MARI kita berborak dengan Pak RAMPA....

Author Topic: MARI kita berborak dengan Pak RAMPA....  (Read 35168 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Pedang Keadilan

  • *
  • Posts: 25
  • BERANI BERJUANG
    • View Profile
Jawab #280 11 January, 2011, 04:52:12 AM
  • Publish Di FB
  •  :)..alhamdulillah ana dapat hadir pada malam yang terindah di stadium melawati shah alam.. :msya:..terlalu ramai pejuang-pejuang agama..
    Mengharungi Samudera Kehidupan..Kita Ibarat Para Pengembara...Fikirkan Lah

    Apalalu

    • *
    • Posts: 32
      • View Profile
    Jawab #281 11 January, 2011, 11:51:55 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Ingin bertanya... Betulkah parti UMNO dalam menerajui pemerintahan negara tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an?
    Jika benar apakah bukti-buktinya?
    Saya bukanlah bertanya kerana nak provokasi tetapi nak tahu pandangan Pak Rampa dari sudut ilmiah.

    Terima kasih.
    « Last Edit: 11 January, 2011, 11:55:37 AM by Apalalu »

    MILLIONAIRE

    • *
    • Posts: 38
      • View Profile
    Jawab #282 11 January, 2011, 01:02:22 PM
  • Publish Di FB
  • Jika anda sendiri tidak yakin bererti anda mempunyai hati dan harapan supaya hukum hudud itu tidak usah dijadikan undang-undang di Malaysia.  Ini adalah kerana keyakinan adalah harapan dan harapan itu adalah disertai dengan usaha dan doa.

    Apakah anda tidak yakin?  Bila tidak yakin bererti anda tidak akan turut sama mahu berusaha agar hukum hudud itu dijadikan undang-undang. 

    PKR dan DAP itu sekular sekali pun,  mana anda tahu yang semua ahli parlimen yang beragama Islam dari PKR dan UMNO dll. tidak akan menyokong usul itu iaitu mahukan hudud walaupun hanya untuk umat Islam sahaja?  Apakah ahli-ahli parlimen dari UMNO juga tak mahukan hudud walaupun hanya untuk umat Islam sahaja?    Kita tunggu insyaAllah.

    ***************
    Assalamualaikum..

    Berikut adalah petikan dari blog zulkifli nordin

    Salam 2 all.
    Alhamdulillah teman memanjat syukur kepada ALLAH kerana ketegasan Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang yang menyatakan bahawa PAS dibawah kepimpinan beliau akan terus dengan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Tuan Guru Haji Hadi mencabar kenyataan Karpal Singh dalam ucapan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang mendesak PAS supaya mengkaji semula pendirian mengenai penubuhan sebuah Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Walaupun dalam konvensyen itu ada ahli PAS yang membuat ucapan "sanggup mati untuk Karpal Singh", namun alhamdulillah Tuan Guru Haji Hadi tidaklah bermain kompang yang sama!

    Teman faham isi hati seorang Tuan Guru saperti Ustad Hadi. Beliau tahu sangat Karpal Singh adalah orang yang tidak akan menerima perjuangan PAS. Ustad Hadi tidak saperti pak jangoat penyembah manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan. Ustad Hadi tahu Karpal Singh telah membuat kenyataan kalau mahukan Islam "over my dead body". Sampai mampus Karpal Singh dan Kitsiang serta Anak lakinya tidak akan menerima Daulah Islamiyyah & perlaksanaan syariat Islam (walaupun teman, sebagaimana umat beriman yang lain tidak menafikan ketentuan ALLAH untuk memberikan hidayah dan iman kepada mereka - semoga ALLAH membuka hati & jiwa mereka kepada iman & Islam!).

    Karpal Singh kata dulu itu,  apakah Karpal itu bukannya manusia yang tidak boleh berubah pendiriannya?  Bagaimana sikap Saidina Umar r.a. sewaktu belum menganut agama Islam,  kenapa boleh berubah?

    Adakah Karpal Singh itu seorang Yahudi atau dia adalah seorang yang menganut agama kristian?

    Saudara,  lain kali kalau nak berikan nas dari Al-Qur’an,  pastikan terlebih dahulu biar nas tersebut bertepatan dengan hujah dan rujukan yang hendak anda kemukakan.  Ini adalah kerana nas yang anda nukilkan itu merujuk kepada Yahudi dan Nasara.  Karpal bukannya orang Yahudi dan dia juga bukannya Nasara (kristian).

     :)

    *********************
    Assalamualaikum..

    Hidayah itu datangnya dari ALLAH, jadi tarbiahlah beliau. Mudah2an sebelum PR  menjadi kerajaan pusat,beliau sudahpun menganut Islam. Insyaallah..
    Selagi beliau masih dgn kepercayaan beliau, tak mungkin DAP akan menyetujui hudud , walaupun dilaksanakan kepada umat Islam sahaja.

    Adakah saudara mengharapkan ayat Al Quran menyebut setiap agama yg ada di dunia?

    ************************
    Adakah ahli PAS akan menjadi PM atau PKR sekiranya berjaya membina kerajaan pusat? .... Tunggu setelah PR menang dalam PRU dan dapat menguasai Kerajaan Pusat.  Yang penting dan utama ialah PAS ada bersama dalam PR bila PR menerajui Kerajaan Pusat itu nanti. 

    Sudah tentulah PAS akan mengusulkan di parlimen supaya Perlembagaan Negara itu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dijadikan undang-undang untuk dikuatkuasakan kepada rakyat yg beragama Islam saja.  Di saat itu nanti kita akan tengok,  sama ada ahli-ahli parlimen UMNO yang beragama Islam bersetuju atau tidak dengan usul itu.  Jika ahli-ahli parlimen UMNO itu nanti tak bersetju maka jelaslah mereka adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an kerana hukum hudud adalah satu daripada pengajaran yang terdapat di dalam Al-Qur’an. 

    وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ 
    Yang maksudnya:
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.].

    Selama ini pun UMNO tidak mahu hukum hudud itu dijadikan undang-undang, kan?  Bukankah tindakan begitu membuktikan bahawa UMNO tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an? 
    *********************************

    Assalamualaikum..

    Maka, PAS wajar bertemu dgn UMNO  sekurang2nya dapat jugak PAS memberikan apa2 pendapat atau pandangan terhadap UMNO.

    . :)

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 999
      • View Profile
    Jawab #283 11 January, 2011, 02:18:24 PM
  • Publish Di FB
  • Jika anda sendiri tidak yakin bererti anda mempunyai hati dan harapan supaya hukum hudud itu tidak usah dijadikan undang-undang di Malaysia.  Ini adalah kerana keyakinan adalah harapan dan harapan itu adalah disertai dengan usaha dan doa.

    Apakah anda tidak yakin?  Bila tidak yakin bererti anda tidak akan turut sama mahu berusaha agar hukum hudud itu dijadikan undang-undang. 

    PKR dan DAP itu sekular sekali pun,  mana anda tahu yang semua ahli parlimen yang beragama Islam dari PKR dan UMNO dll. tidak akan menyokong usul itu iaitu mahukan hudud walaupun hanya untuk umat Islam sahaja?  Apakah ahli-ahli parlimen dari UMNO juga tak mahukan hudud walaupun hanya untuk umat Islam sahaja?    Kita tunggu insyaAllah.

    *******************************
    Assalamualaikum..

    Berikut adalah petikan dari blog zulkifli nordin

    Salam 2 all.
    Alhamdulillah teman memanjat syukur kepada ALLAH kerana ketegasan Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang yang menyatakan bahawa PAS dibawah kepimpinan beliau akan terus dengan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Tuan Guru Haji Hadi mencabar kenyataan Karpal Singh dalam ucapan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang mendesak PAS supaya mengkaji semula pendirian mengenai penubuhan sebuah Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Walaupun dalam konvensyen itu ada ahli PAS yang membuat ucapan "sanggup mati untuk Karpal Singh", namun alhamdulillah Tuan Guru Haji Hadi tidaklah bermain kompang yang sama!

    Teman faham isi hati seorang Tuan Guru saperti Ustad Hadi. Beliau tahu sangat Karpal Singh adalah orang yang tidak akan menerima perjuangan PAS. Ustad Hadi tidak saperti pak jangoat penyembah manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan. Ustad Hadi tahu Karpal Singh telah membuat kenyataan kalau mahukan Islam "over my dead body". Sampai mampus Karpal Singh dan Kitsiang serta Anak lakinya tidak akan menerima Daulah Islamiyyah & perlaksanaan syariat Islam (walaupun teman, sebagaimana umat beriman yang lain tidak menafikan ketentuan ALLAH untuk memberikan hidayah dan iman kepada mereka - semoga ALLAH membuka hati & jiwa mereka kepada iman & Islam!).

    Karpal Singh kata dulu itu,  apakah Karpal itu bukannya manusia yang tidak boleh berubah pendiriannya?  Bagaimana sikap Saidina Umar r.a. sewaktu belum menganut agama Islam,  kenapa boleh berubah?

    Adakah Karpal Singh itu seorang Yahudi atau dia adalah seorang yang menganut agama kristian?

    Saudara,  lain kali kalau nak berikan nas dari Al-Qur’an,  pastikan terlebih dahulu biar nas tersebut bertepatan dengan hujah dan rujukan yang hendak anda kemukakan.  Ini adalah kerana nas yang anda nukilkan itu merujuk kepada Yahudi dan Nasara.  Karpal bukannya orang Yahudi dan dia juga bukannya Nasara (kristian).

     :)

    ***********************************
    Assalamualaikum..

    Hidayah itu datangnya dari ALLAH, jadi tarbiahlah beliau. Mudah2an sebelum PR  menjadi kerajaan pusat,beliau sudahpun menganut Islam. Insyaallah..
    Selagi beliau masih dgn kepercayaan beliau, tak mungkin DAP akan menyetujui hudud , walaupun dilaksanakan kepada umat Islam sahaja.

    Adakah saudara mengharapkan ayat Al Quran menyebut setiap agama yg ada di dunia?

    ***********************************
    Adakah ahli PAS akan menjadi PM atau PKR sekiranya berjaya membina kerajaan pusat? .... Tunggu setelah PR menang dalam PRU dan dapat menguasai Kerajaan Pusat.  Yang penting dan utama ialah PAS ada bersama dalam PR bila PR menerajui Kerajaan Pusat itu nanti. 

    Sudah tentulah PAS akan mengusulkan di parlimen supaya Perlembagaan Negara itu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dijadikan undang-undang untuk dikuatkuasakan kepada rakyat yg beragama Islam saja.  Di saat itu nanti kita akan tengok,  sama ada ahli-ahli parlimen UMNO yang beragama Islam bersetuju atau tidak dengan usul itu.  Jika ahli-ahli parlimen UMNO itu nanti tak bersetju maka jelaslah mereka adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an kerana hukum hudud adalah satu daripada pengajaran yang terdapat di dalam Al-Qur’an. 

    وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ 
    Yang maksudnya:
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.].

    Selama ini pun UMNO tidak mahu hukum hudud itu dijadikan undang-undang, kan?  Bukankah tindakan begitu membuktikan bahawa UMNO tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an? 
    ***************************************
    Assalamualaikum..

    Maka, PAS wajar bertemu dgn UMNO  sekurang2nya dapat jugak PAS memberikan apa2 pendapat atau pandangan terhadap UMNO.

    . :)

     :ws:

    Saudara,  sila edit posting anda,  kerana mengelirukan.  Jika nak balas posting forumer lain, tekan Quote di atas sebelah kanan itu.  Tak paya copy andd patse posting orang itu.

    .

    msa

    • *
    • Posts: 1577
      • View Profile
    Jawab #284 11 January, 2011, 02:23:49 PM
  • Publish Di FB
  • Hmm...banyaknya quotation dalam thread ni...kalau ya pun nak quote tak payah lah quote semua sekali....quote yang mana perlu je...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Apalalu

    • *
    • Posts: 32
      • View Profile
    Jawab #285 11 January, 2011, 02:34:48 PM
  • Publish Di FB

  • Assalamualaikum..

    Maka, PAS wajar bertemu dgn UMNO  sekurang2nya dapat jugak PAS memberikan apa2 pendapat atau pandangan terhadap UMNO.

    . :)

    PAS sudah bagi tau dah, dah lama dah bagi tau,  UMNO kena tegakkan SEMUA hukum Allah.  Itu saja.
    .

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 999
      • View Profile
    Jawab #286 11 January, 2011, 03:41:21 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Ingin bertanya... Betulkah parti UMNO dalam menerajui pemerintahan negara tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an?
    Jika benar apakah bukti-buktinya?
    Saya bukanlah bertanya kerana nak provokasi tetapi nak tahu pandangan Pak Rampa dari sudut ilmiah.

    Terima kasih.

     :ws:

    Bagi saya mudah saja cara hendak  memahami sama ada diri kita mengendahkan pengajaran Al-Qur’an atau pun tidak.  Malahan kita juga dengan mudah saja boleh tahu sama ada dalam apa juga perbuatan / bidang,  termasuklah bidang politik, sama ada ianya mengendahkan pengajaran Al-Qur’an atau tidak itu.  Caranya rujuk  Firman Allah SWT. iaitu:
    قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
    Yang maksudnya:
    “Katakanlah: ‘Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.  (Surah Al-An'aam : 162.).

    Jika apa juga perbuatan / bidang,  termasuklah bidang politik itu segala kerja buat dan tindakannya bukannya untuk Allah SWT, iaitu bukan لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ  maka dengan sendiri nya apa juga perbuatan / bidang,  termasuklah bidang politik itu adalah tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an.

    Adakah UMNO perjuangannya adalah لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ  iaitu untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam?َ Jika UMNO tidak pun berjuang dan bertindak semasa menerajui pemerintahan negara kerana untuk Allah SWT maka itu bererti UMNO tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an.

    Akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an padahnya ada dinyatakan oleh Firman Allah di dalam Al-Qur’an,  iaitu:

    وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬
     ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

    وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ
    "Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." [Surah Al-Zukhruf : 37.]

    حَتَّىٰ إِذَا جَاءَنَا قَالَ يَا لَيْتَ بَيْنِي وَبَيْنَكَ بُعْدَ الْمَشْرِقَيْنِ فَبِئْسَ الْقَرِينُ
    ”Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman.".[Surah Al-Zukhruf : 38.]

    Selebihnya anda boleh baca di forum ...(klik di sini)
    .

    Ghaf

    • *
    • Posts: 143
      • View Profile
    Jawab #287 11 January, 2011, 08:22:40 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Pak Rampa.

    Pernah satu masa dulu Dr. Mahathir menganjurkan suapaya UMNO mengadakan Debat Olok-olok, iaitu seolah-olah debat itu antara UMNO dengan PAS seperti yg dirakamkan di dalam youtubes ini:

    DEBAT OLOK-OLOK TAJAAN UMNO:
    1.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_1

    2.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_2

    3.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_3

    4.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_4

    5.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_5

    6.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_6

    7.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_7

    8.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_8

    9.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_9

    10.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_10

    11.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_11

    12.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_12

    Ghaf

    • *
    • Posts: 143
      • View Profile
    Jawab #288 11 January, 2011, 08:23:24 PM
  • Publish Di FB
  • 13.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_13 (Embedding disabled, limit reached)

    14.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_14 (Embedding disabled, limit reached)

    15.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_15 (Embedding disabled, limit reached)

    Apa pandangan Pak Rampa mengnenai Debat Olok-olok itu?

    Terima kasih.
    .
    « Last Edit: 11 January, 2011, 08:38:24 PM by Ghaf »

    pidut

    • *
    • Posts: 17
    • Anak_Sedare
      • View Profile
    Jawab #289 11 January, 2011, 09:39:40 PM
  • Publish Di FB
  • Jadilah manusia berilmu dengan mengkaji terlebih dahulu sebelum hendak bercakap sesuatu yang kita tidak tahu.Sebagai manusia yg diberi ilmu pengetahuan yang tinggi, maka gunakan sebaik-baiknya.Kaji dahulu dari semua aspek untuk bercakap PR atau BN siapa mengikut Islam atau tidak.

    Mengapa saudara-saudara semua takut sangat dengan PAS dengan menyatakan bahawa PAS tidak mampu laksanakan hukum Hudud sedangkan kuasa pemerintahan Pusat belum diberikan.Sedangkan UMNO telah 50 tahun memerintah tetapi tidak mahu melaksanakan hukum Hudud.Bagilah peluang dahulu kepada pemerintahan Islam yang penuh dalam Malaysia untuk melihat sejauh mana Allah menjaganya.

    Islam bukan setakat menganjurkan Tilawah dan lain-lain sahaja tetapi harus diambil sepenuhnya.Islam mesti diambil secara penuh bukan diambil mana yg rasa sesuai dengan nafsu dan tinggal yang mana tidak sesuai dengan diri pemerintah.Bandingkan yang mana  pihak yang ada kuasa tetapi tidak melaksanakan dan ada pulak pihak ada kuasa melawan sepenuhnya untuk tidak melaksanakan hukum Islam sebaliknya mengambil hukum Barat.

    Semoga semua umat Islam bersatu dan dibuka hati menerima Syariat Islam sepenuhnya.

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 999
      • View Profile
    Jawab #290 11 January, 2011, 10:26:48 PM

     :jaz:  kerana memberikan ulasan tersebut di atas. 
    Begitulah yang terjadi apabila adanya manusia di Malaysia mereka mengaku bahawa mereka menganut agama Islam  tetapi masih tidak memahami secara berilmu maksud Firman Allah SWT.,  iaitu:

    إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
    Yang maksudnya:
    ” Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya.” [Ali ‘Imran : 19].

    dan juga tidak memahami secara berilmu Firman Allah SWT. ini:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
    yang maksudnya:
    “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah
    kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah : 208]

    .

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 999
      • View Profile
    Jawab #291 12 January, 2011, 02:57:20 AM
  • Publish Di FB
  • 13.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_13

    14.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_14

    15.
    Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_15

    Apa pandangan Pak Rampa mengnenai Debat Olok-olok itu?

    Terima kasih.
    .

    :)

    Yang sebanarnya, ulasan-ulasan mengenai Debat Olok-olok yang Dr. Mahathir adakan itu sudah ada di dalam youtubes berikut:

    ULASAN:
    1.
    http://www.youtube.com/watch?v=TkzIcRFSyec# (Embedding disabled, limit reached)]http://www.youtube.com/watch?v=TkzIcRFSyec#

    2.
    http://www.youtube.com/watch?v=aSOzFqfNEIc# (Embedding disabled, limit reached)]http://www.youtube.com/watch?v=aSOzFqfNEIc#

    3.
    http://www.youtube.com/watch?v=Dax4zXol7pQ# (Embedding disabled, limit reached)]http://www.youtube.com/watch?v=Dax4zXol7pQ#

    4.
    http://www.youtube.com/watch?v=KDBIzZZ6joU# (Embedding disabled, limit reached)]http://www.youtube.com/watch?v=KDBIzZZ6joU#

    Kisah yang tersebar selepas perdebatan olok-olok itu diadakan ialah rancangan awal UMNO ialah untuk merakamkan debat tersebut untuk dibuat CD bagi menyebar-edarkan CD itu kepada rakyat untuk dapat menontonnya juga.   Tetapi setelah Dr. Mahathir mendemgar debat tersebut didapatinya hujah-hujah di pihak "UMNO" dalam debat itu lemah dan hujuh-hujah di pihak "PAS" adalah benar, dan lebih banyak dapat dipatahkan oleh pihak "PAS" maka pihak UMNO membatalkan saja dari mahu mengedarkan CD itu kepada rakyat.  Entah macam mana rakaman tersebut terlepas dibawa keluar oleh pihak tertentu, maka itulah yang menyebabkan boleh tersiar dalam youtubes itu oleh pihak tertentu itu.

    UMNO merancang,  Allah SWT juga Maha Merancang, maka itulah sebabnya kita juga dapat menonton youtubes itu.

    Anda sendiri boleh menilai sendiri hujah-hujah daripada dua-dua pihak yang berdebat itu, yang kesimpulannya ialah habis semua hujah di pihak "UMNO" dapat dipatahkan oleh pihak "PAS" dalam debat olok-olok itu.  Cuma saya hairan kenapa di youtube No.2 itu hujah-hujah di pihak "PAS" telah dipadamkan.

    Wasalam.
    .

    Penyayang

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #292 12 January, 2011, 02:59:22 AM
  • Publish Di FB
  • :)

    Pak Rampa.

    Saya nak minta pandangan Pak Rampa.
    Kenapa ada orang bila berhutang,  mereka ada yang:
    (a) Langsung lari tak mahu membayar hutang
    (b) Buat tak tahu saja bagaikan tidak pun berhutang, bila mereka ada duit taknak bayar.
    (c) Bila diminta membayar mereka asyik minta tangguh saja pada halnya mereka ada duit.

    Terima kasih.

    .

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 999
      • View Profile
    Jawab #293 12 January, 2011, 06:29:38 PM
  • Publish Di FB
  •  :ws:

    Terima kasih kerana sudi bertanya.  Soalan itu amat baik kerana bab hutang dan berhutang ini adalah perkara lumrah dalam kehidupan.

    Bab berhutang ada Firman Allah yang paling panjang di dalam Al-Qur’an,  iaitu Allah SWT Berfirman:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ ۚ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَن يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ ۚ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا ۚ فَإِن كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَن يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ ۚ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِن رِّجَالِكُمْ ۖ فَإِن لَّمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ أَن تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَىٰ ۚ وَلَا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا ۚ وَلَا تَسْأَمُوا أَن تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَىٰ أَجَلِهِ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَىٰ أَلَّا تَرْتَابُوا ۖ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَا ۗ وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ ۚ وَلَا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ ۚ وَإِن تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
    Yang maksudnya:
    ”Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya.  Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, samada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya dan adakanlah saksi apabila kamu berjual beli dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” [Al-Baqarah : 282.]

    Jadi,  kenapakah ada orang bila berhutang perangainya menjadi seperti itu, lebih teruklah bila orang itu adalah kawan rapat yang selama ini seorang yang baik sangat.

    Saya merahkan dalam maksud Firman Allah di atas itu.  Itu adalah Perintah Allah.  Tetapi bila Perintah Allah tidak dipatuhi,  bermakna yang tidak mematuhi perintah Allah itu adalah tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an.  Bila kawan atau sesiapa yang dipercayai nak pinjam wang (berhutang) maka terus diberi saja wang itu dengan yang berhutang itu berjanji mulut saja iaitu kata akan bayar hutang itu nanti.  Allah SWT tidak Suruh bila berhutang berjanji bayar balik dengan perjanjian yang diikrarkan dengan mulut tetapi Perintah Allah ialah kita mesti buat secara bertulis dan bersaksi menandatanganinya.

    Apabila diberi orang berhutang tanpa dibuat secara bertulis dan bersaksi begitu bererti dua-dua pihak tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an.  Bila tidak mengendahkan pengajaran maka sebaik-baik saja yang nak pinjam (berhutang) wang itu dapat saja wang itu, misalnya RM10.00 saja,  maka Allah SWT Beri kepada dua-dua pihak itu syaitan.

    Firman Allah SWT:
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

    Bukannya banyak pun cuma RM10.00 saja tetapi dua-dua pihak pun telah Allah Bagi memiliki teman iaitu syaitan yang tidak renggang.  Syaitan itu hasut yang berhutang itu jadi malas nak membayar, lalu perangainya pun jadilah:
    (a) Langsung lari tak mahu membayar hutang
    (b) Buat tak tahu saja bagaikan tidak pun berhutang, bila mereka ada duit taknak bayar.
    (c) Bila diminta membayar mereka asyik minta tangguh saja pada halnya mereka ada duit.

    Bila yang berhutang itu berperangai begitu maka yang bagi pinjam wang tersebut juga dihasut oleh syaitan (sebab dirinya juga Allah sudah Bagi syaitan sebagai teman), menjadikan hati rasa nak marah, meradang atau rasa menyampah kepada yang pinjam (berhutang) itu.  Maka mulalah bercerita kepada orang mengata-ngata yang berhutang itu taknak bayar hutang,  mengumpatnya.  Dosa mengumpat itulah yang syaitan suka sangat dimiliki oleh yang memberikan pinjaman wang tersbut.

    Oleh itu jika kita hendak bagi orang pinjam wang (berhutang) kita kena patuhi Perintah Allah SWT.,  iaitu kena buatlah surat atau catatan ditandatangani oleh dua-dua piak dan bersaksi.

    Jika malas hendak buat begitu,  bila orang nak pinjam wang (berhutang) atau apa-apa yang jenisnya adalah berhutang; niatkan saja di dalam hati kalau orang yang berhutang itu bayar, tak mengapa dan kalau tak bayar balik pun tak mengapa;  dihalalkan saja.

    Dalam pada itu jangan lupa Firman Allah SWT ini:

    وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
    “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya.  Dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak.)”.  [Al-Baqarah : 280].
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 111-112.]

    Wallahua’lam.
    .

    arifaura

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #294 12 January, 2011, 10:01:58 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Pak Rampa ,

    Perkembangan terkini adalah kenyataan DSAI  tentang  " Program  100 hari  PR " tu!.  PM  pula berdolak-dalik ketika diminta  untuk  berdebat  tentang  perkara  ini.Apa  pendapat  Pak Rampa tentang  senario politik UMNO  yang cukup TERDESAK  sekarang???

    Terimakasih

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 999
      • View Profile
    Jawab #295 13 January, 2011, 04:52:01 AM
  • Publish Di FB
  • :)

    Pak Rampa ,

    Perkembangan terkini adalah kenyataan DSAI  tentang  " Program  100 hari  PR " tu!.  PM  pula berdolak-dalik ketika diminta  untuk  berdebat  tentang  perkara  ini.Apa  pendapat  Pak Rampa tentang  senario politik UMNO  yang cukup TERDESAK  sekarang???

    Terimakasih

    :ws:
    arifaura.

    Terima kasih Arif.

    PROGRAM 100 hari PR yang dimaksudkan itu termaktub di dalam risalah yang dipanggil sebagai [b]Buku Jingga (klik di sini)[/b] yang boleh kita baca isi kandungannya.
    Ada 10 perkara atau agenda dijanjikan oleh Pakatan Rakyat apabila Pakatan Rakyat dapat menerajui pemerintahan Kerajaan Pusat bila memenangi PRU13 nanti dalam tempoh 100 hari,  iaitu untuk melaksanakan perkara-perakara berikut”
    1.   Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
    2.   Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
    3.   Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
    4.   Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
    5.   Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
    6.   Menyediakan perkhidmatan internet wifi  percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
    7.   Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.
    8.   Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
    9.   Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
    10.   Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

    Persoalannya adakah mampu dilaksanakan oleh Kerajaan PR nanti?  Sama ada mampu atau tidak, kelihatannya rakyat sudah mula meyakini bahawa Kerajaan akan mampu yang ia boleh menjadi realiti.   Maka itulah sebabnya UMNO dikatakan menjadi sudah cukup TERDESAK  dan PM  bukan lagi  berdolak-dalik ketika bila diminta  oleh DSAI untuk  berdebat  mengenai  polisi ekonomi dengannya, tetapi PM telah pun menolak tidak mahu berdebat dengan DSAI itu. 

    DSAI mencabar PM berdebat itu [b]kerana PM mencemuh (klik di sini)[/b] PROGRAM 100 hari PR itu dengan menggambarkannya (iaitu sebagai memperli) bahawa PROGRAM 100 hari PR itu adalah "terlalu bagus untuk menjadi kenyataan" dan PM mendakwa bahawa negara akan muflis jika program tersebut dilaksanakan [b](klik di sini)[/b]

    Pada hemat saya sudah tentulah pihak PR mampu melaksanakannya kerana sebelum PROGRAM 100 hari PR itu diumumkan rumusan 10 perkara itu dibuat adalah setelah mendapat pandangan para pakar ekonomi di dalam dan di luar negara dan lagi pun negara memang ada mempunyai dana kerana adanya wang Petronas,  lebih-lebih lagi jika PR menerajui kerajaan Pusat sudah tentu akan bertindak antara mana-mana projek mega yang hendak dilaksanakan oleh Kearajaan BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat (dan dari segi ekonomi negara tidak memberikan pulangan yang baik) akan dihentikan atau dibatalkan. Penguatkuasaan SPRM akan digembelingkan sepenuhnya bagi mencegah rasuah. 

    Cuba tonton dan dengar apa kata Ketua Menteri Pulau Pinang  Lim Guan Eng.. yang mengatakan Malaysia tidak akan bengkerap jika di bawah kerajaan PR
    [b](klik di sini)[/b] (Embedding disabled, limit reached)

    Saya tertarik dengan agenda No. 3,  iaitu “Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.”.  Para guru jika tidak memenangkan PR pada PRU13 nanti,  rasanya jangan haraplah BN akan mahu memberi imbuhan tersebut kepada para guru sekiranya BN terus menerajui pemerintahan Kerajaan Pusat.

    Senario politik UMNO  memang cukup TERDESAK  sekarang itu dapat dilihat dari segi tindakan oleh BN sampaikan terpaksa menggunakan nasihat daripada pihak APCO.  Tindakan-tindakan politik oleh pihak UMNO semakin hebat melaksanakan ajaran [b]falsafah politik Machiavelli (klik di sini),[/b].  Contohnya akhir-akhir ini berkaitan dengan pelantikan KSU Negeri Selangor adalah pelaksanaan politik Machiavelli itu.

    Pihak UMNO kelihatannya bagaikan tidak menyedari bahawa semakin hebat mereka melaksanakan politik Machiavelli itu makin hebatlah juga menjadikan rakyat yang berkependidikan sederhana dan tinggi (terutamanya rakyat bukan Melayu) membenci kepada UMNO/BN.  Ini adalah kerana di era sekarang mentaliti rakyat bukannya lagi seperti mentaliti pada zaman Machiavelli,  lebih-lebih lagi kini rakyat sudah pun mempunyai kemudahan boleh terdedah kepada pelbagai maklumat melalui internet, termasuk dari luar negara dengan hanya klik saja di kekunci tetikus di komputer.

    Oleh sudah terdesaknya UMNO maka pihak UMNO hingga bagaikan terlupa dan sudah tidak tahu untuk mengambil hati rakyat,  di sebaliknya menggunakan politik sebagaimana apa yang dimaksud apa itu politik adalah mengikut kata-kata Hendry Adams,  iaitu:
    “Politics as a practice,  whatever its profession;   has always been the systematic organisation of hatred.”  [Hendry Adams (1838 – 1918)],  yang maksudnya:  “Politik sebagai amalan, apa pun profesinya; selalu menjadi organisasi sistematik kebencian.”

    Cuba perhatikan tindakan Kerajaan Pusat di bawah kepimpinan Najib selaku PM,  ada-ada saja keputusan yang diambil untuk dilaksanakan adalah yang mnejadikan rakyat semakin rasa tambah benci kepada UMNO/BN.  Contohnya harga barangan keperluan sentiasa terus dinaikkan.  PJJ pula diberi kuasa yang lebih luas hingga sampai boleh bertindak di kampung-kampung dan luar bandar.  Sejak PR dapat berkuasa menerajui Kerajaan-Kerajaan Negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor semangat federalisme semakin tidak dihormati oleh UMNO/BN.   Semakin banyak tindakan UMNO/BN terhadap Keraja-Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PR semakin bertambah rasa benci rakyat terhadap UMNO/BN.

    Kelihatannya juga UMNO/BN semakin tidak mampu untuk memelihara dan menjaga hati rakyat, misalnya harga barangan keperluan semakin naik dan naik itu adalah bukti UMNO/BN yang menerajui Kerajaan Pusat adalah terus menerus melakukan kezaliman kepada rakyat.  Kenapa pula Malaysia mengeluarkan minyak petrol dan gas tetapi kepada rakyat dinaikkan harganya?   Lainlah halnya jika negara tidak menghasilkan petroleum itu.

    Apabila Kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN melakukkan kezaliman itu dan kezaliman ini, maka antara kesannya juga ialah nilai wang menjadi semakin kecil dan rakyat yang berpendapatan rendah semakin menjadi susah.  Oleh yang demikian rakyat akan menjadi bertambah benci kepada UMNO/BN dan ini akan menjadikan majoriti rakyat yang mengundi nanti dalam PRU13 akan mengundi memenangkan PR akibat kebencian majoriti rakyat tersebut kepada UMNO/BN itu.  Seandainya UMNO/BN menang juga dalam PRU13 itu nanti itu adalah kemenangan akibat adanya penipuan dan juga tidak telusnya PRU itu dilaksanakan, termasuk pihak UMNO menggunakan jentera kerajaan dan agensi-agensi kerajaan seperti misalnya apa yang berlaku di Johor di mana ada dakwaan bahawa Pengarah Pendidikan Negeri turut berkempen... Dengar ucapannya... [b](klik di sini). (Embedding disabled, limit reached)

    Dikatakan bahawa tindakan Pengarah Pendidikan Negeri turut berkempen tersebut adalah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [b](klik di sini)[/b].

    .

    arifaura

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #296 13 January, 2011, 10:38:56 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Pak Rampa ,

    Minta  penjelasan  tentang  makna  istilah  " Raja  Adil  Raja  Disembah , Raja  Zalim  Raja  Disanggah "

    Ada pula tu seorang YB & NGOs  tertentu  mencadangkan  supaya  pengkritik  Sultan  dijatuhkan  hukuman  gantung  sampai  mati.

    Apa  komen  Pak  Rampa  tentang  perkara  ini ???

    Terima  kasih

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 999
      • View Profile
    Jawab #297 15 January, 2011, 05:40:22 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Di sini elok juga kita dengar apa kata Raja Petra Kamarudin (RPK) ...

    Raja Petra Kamarudin (klik di sini) yang juga disebut sebagai  RPK juga adalah seorang bloger yang terkenal dengan blognya Malaysia Today [klik di sini).  Selain menulis artikel beliau juga kini menyampaikan pandangannya melalui radio yang boleh didengar melalui links berikut dalam bahasa Melayu:

    Khairy has to debate someone of his level
    http://yourlisten.com/channel/content/77099/Khairy_has_to_debate_someone_of_his_level

    Lain-lain topik:

    1. http://yourlisten.com/channel/content/75832/Wakil_Rakyat_versus_Wakil_Parti

    2. http://yourlisten.com/channel/content/75734/Ketuanan_Rakyat_versus_Ketuanan_Melayu

    3. http://yourlisten.com/channel/content/76063/Independent_minded_Wakil_Rakyat

    4. http://yourlisten.com/channel/content/76205/The_Selangor_SUK_confusion

    5. http://yourlisten.com/channel/content/76347/The_Christmas_Eve_%E2%80%98party%E2%80%99_at_the_Istana_Terengga

    6. http://yourlisten.com/channel/content/76432/Both_BN_and_PR_are_not_confident_of_winning_the_next_GE

    7. http://yourlisten.com/channel/content/76516/What_must_Pakatan_Rakyat_do_to_not_lose_the_next_GE

    8. http://yourlisten.com/channel/content/76609/APCO_is_not_about_the_Jews_but_about_the_wastage_of_money

    9. http://yourlisten.com/channel/content/76810/Why_Umno_wants_to_give_Penang_back_to_Kedah

    10. http://yourlisten.com/channel/content/76854/The_price_of_corruption:_lives_lost

    11. http://yourlisten.com/channel/content/76944/Why_are_three_richest_states_also_the_poorest?

    .

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 999
      • View Profile
    Jawab #298 18 January, 2011, 12:39:50 AM
  • Publish Di FB
  • 1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor

    http://www.youtube.com/watch?v=ojfC7gZ4v3g&feature=player_embedded# (Embedding disabled, limit reached)

    crazyghostseekers

    • *
    • Posts: 119
    • KeKaSiH Ku.....!
      • View Profile
    Jawab #299 18 January, 2011, 05:10:06 AM
  • Publish Di FB
  • :)
    Pak Rampa ,

    Minta  penjelasan  tentang  makna  istilah  " Raja  Adil  Raja  Disembah , Raja  Zalim  Raja  Disanggah "

    Ada pula tu seorang YB & NGOs  tertentu  mencadangkan  supaya  pengkritik  Sultan  dijatuhkan  hukuman  gantung  sampai  mati.

    Apa  komen  Pak  Rampa  tentang  perkara  ini ???

    Terima  kasih

    sultan tu kan raja kita..so,, kalo digantung sampai mati pun x da masalah..sebab raja ada kuasa..cume british dulu menjajah tanah melayu,, dan ubah sistem pentadbiran..tu sultan hilang kuasa terus.. dan sekarang ni pulak kita banggakan sangat dengan barng keluaran amerika,, ikut sistem dia,, ikut bahasa dia,, ikut perangai diorang,, sexs bebas,, dan mcm2 lagi..semua tu dibanggakan oleh masyarakt kita..ape tindakan? masing2 buat taik mata...

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    4355 Views
    Last post 26 October, 2010, 05:48:33 PM
    by cahaya pencinta
    38 Replies
    4463 Views
    Last post 01 October, 2012, 09:17:33 PM
    by Sejadah_Usang
    0 Replies
    135 Views
    Last post 04 February, 2013, 05:39:05 PM
    by hana93