BERSENAM SECARA BETUL DAN SIHAT

Poll

-

Adakah anda suka bersenam?
0 (0%)
berapa kerap anda bersenam ?
3 (100%)

Total Members Voted: 3

Author Topic: BERSENAM SECARA BETUL DAN SIHAT  (Read 1341 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

pearl_ilmi

  • *
  • Posts: 1
    • View Profile
25 June, 2009, 10:25:04 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Sahabat2 semua, disamping menjaga pemakanan, senaman juga perlu dititikberatkan..............
    InsyAllah sihat.......... :aamiin:

    sila baca...amalkan...sampaikanlah  pd yg lain..


    Senaman Yang Selamat

    Garis panduan di bawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan.

    1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
    2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas.

        * Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
        * Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit .

    3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
    4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
    5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.
    6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:

        * Ketidakselesaan
        * Sakit
        * Pening

    7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
    8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:

        * Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
        * Petang ( selepas pukul 6 petang )

    9. Persekitaran tempat senaman:

        * Permukaan yang rata.
        * Suhu dan kelembapan udara terkawal.
        * Kawasan redup/teduh.
        * Tempat yang cukup terang.

    10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.
    11. Amalkan senaman pernafasan di antara senaman.
    12. Jika anda pengidap penyakit Diabetes:

        * Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia (paras glukos rendah).
        * Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
        * Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.

    13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi:

        * Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.

    14. Jika anda Gemuk:

        * Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot

    Kemampuan Bersenam

    1. Ujian Percakapan:Perlahankan intensiti anda sekiranya anda sesak nafas bila bercakap semasa bersenam.Tingkatkan intensiti anda sekiranya anda masih mampu bergelak semasa bersenam.

    2. Kira Sasaran Denyutan Jantung Anda :

    220 - umur x 60% Denyutan Jantung
    Contoh:Jika umur anda 70 tahun
    220 - 70 = 150
    150 x 0.60 = 90
    150 x 0.90 = 135

        * Cuba kekalkan denyutan jantung di antara 90 dan 135 seminit.
        * Dapatkan nasihat doktor jika:

    1. Denyutan jantung semasa berehat berdekatan atau melebihi sasaran denyutan jantung anda
    2. Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh memperlahankan denyutan jantung.

        * Untuk mendapatkan denyutan jantung anda. Mempalpat denyutan nadi di pergelangan tangan selari dengan pangkal ibu jari.
        * Untuk mengira denyutan jantung anda, mempalpat denyutan nadi selama10 saat. Keputusannya digandakan dengan 6.


    Sumber:http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=36

    acapklcc9

    • *
    • Posts: 337
    • Perjuangan Belum Selesai
      • View Profile
    Jawab #1 27 June, 2009, 02:45:16 AM
  • Publish Di FB
  • marilah kita semua bersenam........
    utk kesihatan sendiri.......

    kasba

    • *
    • Posts: 245
    • hmmm.....
      • View Profile
    Jawab #2 17 October, 2012, 02:21:18 PM
  • Publish Di FB

  • Ketika bersenam, tidak dinafikan otot-otot yang terlibat akan berada di dalam kesakitan. Bagaimana kita ingn mengetahui bahawa, kesakitan itu akan membawa kepada kecederaan? Kadang-kadang kesakitan itu adalah disebabkan kecederaan yang anda tidak sedari. Kesakitan kepada otot ketika bersenam boleh dibahagikan kepada 3:

    Peringkat pertama = kesakitan tahap ini adalah ringan dan anda boleh menghiraukannya.

    Peringkat kedua = kesakitan tahap ini agak kuat dan akan berkurangan jika anda mengurangkan intensiti senaman anda. Anda dinasihatkan mengurangkan intensiti senaman anda tapi boleh meningkatkan intensiti senaman tersebut dengan berkala.

    Peringkat ketiga = kesakitan tahap ini agak kuat dan TIDAK berkurangan jika anda mengurangkan intensiti senaman anda, Anda dinasihatkan berhenti daripada senaman dan berehat.

    kasba

    • *
    • Posts: 245
    • hmmm.....
      • View Profile
    Jawab #3 17 October, 2012, 02:32:43 PM
  • Publish Di FB

  • Penjagaan Otot selepas Bersenam
    ======================

    Selepas bersenam, sel-sel otot anda akan rosak disebabkan 'overwork'. Oleh itu, untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru di dalam otot tersebut, anda disarankan:

    - Letakkan ais di otot-otot yang terlibat dengan senaman tadi. Darah akan bertumpu ke otot-otot yang diletakkan ais tadi sekaligus mempercepatkan pertumbuhan sel baru. Ini juga dapat mengurangkan kesakitan selepas senaman.
    - Tidur. sel-sel otot yang baru akan digantikan sewaktu anda tidur.
    - Makan. Makan makanan yang berkhasiat untuk menggalakkan pertumbuhan sel baru.

    Akhir sekali, sila mandi kerana badan anda dah berpeluh dan sekaligus berbau...........

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    17 Replies
    4340 Views
    Last post 13 July, 2010, 12:43:57 AM
    by minaina
    67 Replies
    5397 Views
    Last post 05 January, 2012, 03:47:33 PM
    by azrinkun
    1 Replies
    323 Views
    Last post 07 September, 2013, 11:38:41 AM
    by deuteromalay