Memahami Peranan Muslimah

Author Topic: Memahami Peranan Muslimah  (Read 18315 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

husnulkhatimah

  • *
  • Posts: 899
  • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
    • View Profile
05 June, 2007, 11:23:26 AM
  • Publish Di FB
  • Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka'ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.

    Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib aljahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti'mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas dan memperlekehkan kaum wanita.

    Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia sama ada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi
    tanggungjawab di atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti.

    Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu muslimah mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam waqi' (realiti). Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai dah'wah.

    Di dalam konteks dah'wah, di sana ada 3 marhalah (peringkat) yang mesti dilalui untuk menjamin keberkesanan usaha yang dilakukan. Marhalah2 tersebut adalah marhalah ta'rif (pengenalan), marhalah takwin (pembentukan), marhalah tanfiz (perlaksanaan). Di sini kita akan cuba menghuraikan peranan muslimah sebagai dah'ieah dalam mengisi ketiga-tiga marhalah tadi.

    1. Marhalah Ta'rif

    Yang dimaksudkan sebagai ta'rif adalah pengenalan dalam konteks penyediaan individu muslimah yang faham, beramal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah pula dalam jihadnya. Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap muslimah tadi berusaha untuk:

    1.1) Melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah azza wa jal dengan pembentukan iman dan aqidah yang benar. Proses ini berlaku apabila muslimah tadi berusaha dan bersungguh dalam ibadat dan hubungannya dengan Allah azza wa jal melalui ibadat dan ketaatan seperti yang telah diwajibkan.

    1.2) Melahirkan insan yang faham akan konsep Iman dan Islam yang menyeluruh sepertimana firman Allah azza wa jal:

    "Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak-jejak syaitan". Surah Al Baqarah ayat 208.

    1.3) Melahirkan insan yang memiliki as syakhsiyah al-islamiyyah (personaliti sebagai seorang Muslim) yang contoh ikutannya adalah Rasulullah SAW. Syakhsiyah ini adalah berbentuk kamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) dan setiap penda'wah hendaklah menyedari bahawa kita sekarang sedang membawa risalah dan setiap gerak geri kita adalah diperhatikan. Pastikanlah bahawa syakhsiyah kita tadi tidak akan menimbul fitnah terhadap Islam yang hendak kita bawa dan tarbiyyah yang sedang kita lalui.

    2. Marhalah Takwin

    Setelah menjalani proses ta'rif, muslimah hendaklah berpindah pula kepada marhalah takwin. Di dalam marhalah ini mad'u (mereka yang dida'wahkan) hendaklah dibawa mengenali konsep amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jamaah). Islam tidak pernah dan tidak akan dapat ditegakkan oleh individu atau pengasingan diri dari masyarakat. Individu tadi
    hendaklah memiliki dan mengujulkan intima' dan iltizam (commitment) yang menyeluruh terhadap Islam, dah'wah dan harakah Islamiyyah (gerakan Islam).

    Dalam peringkat ini hendaklah dibentuk sifat mas'uliyah fardiyah (tanggungjawab) yang tinggi. Masuliyah ini adalah masuliyah yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya) yang akan mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur pada perjuangan yang didokonginya. Kita tidak mahu dalam marhalah ini akan timbul permasalahan furu' (cabang) dibawa menjadi isu yang mengakibatkan kita menjadi golongan al
    mutasaqitin (golongan yang gugur).

    Dalam marhalah ini keujudan baitul muslim (rumah tangga Islam) sebagai nucleus terpenting dalam gerakan Islam adalah merupakan satu tuntutan. Muslimah berperanan untuk memastikan rumahtangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan ini Muslimah berperanan untuk menjadi zaujah as solehah (isteri yang solehah), yang taat dan pendorong utama kepada perjuangan Islam suaminya dan juga berperanan
    besar untuk memastikan tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anaknya) berjalan dalam suasana yang Islamik.

    3. Marhalah Tanfiz

    Marhalah ini adalah marhalah yang terpenting yang merupakan ujian sebenar terhadap commitment seseorang muslimah terhadap pengisian dan kefahamannya terhadap Islam. Islam yang hanya sekadar diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Dalam marhalah ini, 3 unsur utama yang harus diperhatikan adalah:

    3.1 Al Iman al 'amiq: Iman yang mendalam.

    3.2. Tanzim ad daqiiq: Penyusunan organisasi gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.

    3.3. Al amal mutawasil: Kerja dan komitmen yang dibuat berterusan dan bukan hanya kerana masa yang tertentu, kawan atau suasana.

    Dalam marhalah ini, muslimah tidak lagi dapat menyendirikan diri untuk membawa risalah Islam. Panduan Al Quran dengan jelas memerintahkan pejuang Islam untuk berada dalam satu saf yang tersusun rapi:

    "Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah batu-bata yang tersusun rapi..." AS SAFF: 3.

    Marhalah ini mengajak muslimah untuk keluar di tengah-tengah medan dan bersama mengangkat panji-panji Islam untuk ditegakkan di tengah-tengah kejahilan ummah.

    Marhalah ini adalah marhalah muwajahah (berdepan) dengan realiti perjuangan dah'wah yang akan mengajak kepada pengorbanan yang sebenarnya. Tidak ada di sana sebarang perjuangan yang tidak ada pengorbanan. Pengorbanan dalam dah'wah adalah terlalu luas dan banyak bidangnya yang mengajak kita untuk mengurus dan mentadbir diri kita ini dengan sebaik-baik tanzim.

    Penutup

    Setelah kita melihat segala tuntutan ini dengan jelas menunjukkan bahawa tanggung jawab yang ada di bahu kita adalah lebih banyak dari kemampuan yang kita miliki, maka dengan demikian hadith Rasulullah SAW: "Ilzim jama'betul muslimin wa imamahum"; Lazimkanlah diri kamu dengan jemaah Islam dan Imam (pimpinan) mereka, adalah merupakan satu komitmen yang jelas mengajak kita semua untuk bersatu bersama jemaah.

    Ikrar sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah akan hanya teruji kalau kita bersama dengan harakah Islamiyyah. Perjuangan yang tidak bersifat haraki adalah perjuangan yang tidak menepati contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan cita-cita Islam tidak akan tercapai kalau kita hanya menyatakan bahawa Islam itu benar, indah dan sempurna tetapi kebenaran, keindahan dan kesempurnaan itu tidak kita jihadkan dan kita dah'wahkan.


    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Jawab #1 23 February, 2008, 07:58:48 PM
  • Publish Di FB
  •  :jaz:....x ramai muslimah tau peranan da'ie nieh...kebanyakannya mganggap bahawa diri mereka nih x layak...x mampu lah...ape lah...tp yg pnting kita yg daa sedar akan tanggungjawab menjadi da'ie nie kene sedarkan insan2 yg lain..waLLAhu a'lam
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    ashrafishak

    • *
    • Posts: 38
    • Penegak Syiar Islam
      • View Profile
    Jawab #2 17 March, 2008, 09:32:21 PM
  • Publish Di FB
  • Sebenarnya wanita perlu lebih berani dalam menegakkan keadilan...itu pun mesti dlm konteks Islam...ini tidak....mereka suka memperjuangkan kebebasan yang bukan berlandaskan syarie...cth, Sisters-In-Islam...harap je Islam, tapi sebenarnya penghancur...
    Istiqamah kunci kejayaan

    NoZaBiZz

    Jawab #3 18 March, 2008, 07:49:19 AM
  • Publish Di FB
  • dari pemerhatian ana... wanita yg hebat berdakwah n berpersatuan sewaktu bujang, selepas bernikah, hilang sumer apa yg diperjuangkan... bila ana tanya, join lagi tak bla bla bla... dah tak lagi pas kahwin. adakah keterlibatannya di waktu bujang hanya utk mencari lelaki yg soleh? harap2 sumer serikandi kat halaqah.net nie istiqamah dalam perjuangan.. wallahu'alam...

    faseh

    • *
    • Posts: 999
    • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
      • View Profile
    Jawab #4 18 March, 2008, 03:52:07 PM
  • Publish Di FB
  • dari pemerhatian ana... wanita yg hebat berdakwah n berpersatuan sewaktu bujang, selepas bernikah, hilang sumer apa yg diperjuangkan... bila ana tanya, join lagi tak bla bla bla... dah tak lagi pas kahwin. adakah keterlibatannya di waktu bujang hanya utk mencari lelaki yg soleh? harap2 sumer serikandi kat halaqah.net nie istiqamah dalam perjuangan.. wallahu'alam...


    pendapat faseh,
    perjuangan x hilang, cuma penglibatan mungkin kurang, dan menumpukn perhatian pada keluarga...satu jihad juga
    lepas kahwin, segala apa yg kita lakukan kena dengan izin suami...
    if yg sefikrah, mungkin tiada masalah, sbb suami faham/tahu apa yang diperjuangkan...
    sbg contoh ustzh bahiyah dan suaminya ustaz akhashah...
    klau yg x sefikrah tu, kena la xplain...

    P/ss...teringat kata2 ustazah ana ms study dlu, mase bujang la nak ligat (aktiviti b'faedah atc usrah..blabla,)da kawin x de dah..heh
     :ins: mudah2an...

    rindunyer dengan teman2...huuu
    « Last Edit: 18 March, 2008, 03:57:18 PM by faseh@فصيحة »
    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    mukmin1912

    • *
    • Posts: 111
      • View Profile
    Jawab #5 18 March, 2008, 04:14:05 PM
  • Publish Di FB
  • Pada pendapat mukmin pula, langkh awal seorang muslimah untuk berdakwah adalah melalui keluarga dahulu. Kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkan kepada ahli keluarga adalah kesinambungan kepada kejayaan dakwah terhadap anggota masyarakat seterusnya.
    Aku Tetap Mencari Dunia,
    Namun Akhirat Tetap Aku Utamakan,
    Kerana Dunia & Akhirat Senjata Kebahagiaan,
    Insan Terpilih Segenap Maya...

    faseh

    • *
    • Posts: 999
    • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
      • View Profile
    Jawab #6 18 March, 2008, 04:23:22 PM
  • Publish Di FB
  • Pada pendapat mukmin pula, langkh awal seorang muslimah untuk berdakwah adalah melalui keluarga dahulu. Kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkan kepada ahli keluarga adalah kesinambungan kepada kejayaan dakwah terhadap anggota masyarakat seterusnya.

    yup setuju...
    kadang2 nak dakwah dalam keluarga lg susah berbanding orng luar...
    silap gaye dakwah, bleh pecah belah...

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Jawab #7 20 March, 2008, 01:00:35 PM
  • Publish Di FB
  • yes...wanita leh main peranan berdakwah dalam keluarga (dalam konteks yg dah bersuami atau berkeluarga)..mugkin mendidik anak2 adalah salah satu jalan dakwah juga...dan itu sudah jadi tangungajawab mak ayah juga....dan wanita yg hanya jadi surirumah juga bolh main peraanan sebagai pendakwah...tak kira d mana2...kita leh je berdakwah..asalkan kite kenal siapa yg nak didakwah dan apa yg nak kita dakwahkan...
    pendek kata mmg kita diciptakan utk berdakwah dan menyampaikan dan itu sdh mnjadi tghjawab kite tak kira lelaki mahupun perempuan...tak semestinye masuk usrah atau jemaah je baru boleh berdakwah..kalo secara individu dansudah berumahtanga pun..kita masih berperanan dalam dakwah ..wallahua'lam

    ashrafishak

    • *
    • Posts: 38
    • Penegak Syiar Islam
      • View Profile
    Jawab #8 30 March, 2008, 01:35:39 PM
  • Publish Di FB
  • betul2...saya setuju....wanita yg dah berkhwin kene kawal pergaulan dan pendedahan kepada org lain...nanti suami juga yg x senang....tp seboleh-bolenyer, cubelah berusaha utk berdakwah juga...pengorbanan terhadap agama, seolah-olah suatu jihad, kelak mendapat maqam tertinggi di sisi Allah

    muslihah

    • *
    • Posts: 8
    • ~inni akhaafullah...~
      • View Profile
    Jawab #9 30 March, 2008, 02:36:00 PM
  • Publish Di FB
  • Maksud tfsir surah al-fatihah…

    1.  Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].
    2.  Segala puji[2] bagi Allah, Tuhan semesta alam[3].
    3.  Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
    4.  Yang menguasai[4] di hari Pembalasan[5].
    5.  Hanya Engkaulah yang kami sembah[6], dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan[7].
    6.  Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,
    7.  (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]

    [1]  Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah Ini dengan menyebut nama Allah. setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih hewan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang Ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
    [2]  Alhamdu (segala puji). memuji orang adalah Karena perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah berrati: menyanjung-Nya Karena perbuatannya yang baik. lain halnya dengan syukur yang berarti: mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah Karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.
    [3]  Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati yang Memiliki, mendidik dan Memelihara. Lafal Rabb tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah). 'Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia, alam hewan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. Allah Pencipta semua alam-alam itu.
    [4]  Maalik (yang menguasai) dengan memanjangkan mim,ia berarti: pemilik. dapat pula dibaca dengan Malik (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.
    [5]  Yaumiddin (hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dan sebagainya.
    [6]  Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, Karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
    [7]  Nasta'iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.
    [8]  Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. yang dimaksud dengan ayat Ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.
    [9]  yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

    ~rabbi zidna 'ilmannaafi'a~
    ~mg dpmudahkn urusn~
    ~mg blapang dada dlm smue urusan~

    :)
    ''Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagim
    u;Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.''AL-BAQARAH(216)

    ~hasbiyallaah ni'mal maula wani'mannathir~
     *Image Removed*

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Jawab #10 24 June, 2008, 12:28:58 PM
  • Publish Di FB
  • peranan wanita dalam kerja2 dakwah....galak kan mahram2 mereka, suami, bapa, saudara lelaki berjihad di jalan Allah. kata2 wanita boleh mencabar keegoan lelaki....cabar mereka memperjuangkan agama...jgn biarkan kaum lelaki ini jadi pengecut

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Jawab #11 07 September, 2008, 12:16:32 AM
  • Publish Di FB
  • peranan wanita dalam kerja2 dakwah....galak kan mahram2 mereka, suami, bapa, saudara lelaki berjihad di jalan Allah. kata2 wanita boleh mencabar keegoan lelaki....cabar mereka memperjuangkan agama...jgn biarkan kaum lelaki ini jadi pengecut

    heh.tertarik dgn ayat2 itu.ya~slame nih rame laki yang anggap p0mpuanlah yg tarik mereka ke arah maksiat.tp pada hakikatnye mmg ade p0n tp x semua en~ada juga MUSLIMAH2 yg memperjuangkan agama dgn usaha sungguh2 tarik perempuan2 yg beragama ISLAM utk menjadikan ISLAM tu sebagai cara hidup..s0 cabaranuntuk kedua2nya...perempuan dan lelaki~kedua-duanya yg menggalas amanah sebagai da'ie/ah yg menegakkn amar makruf nahi mungkar.~

    muhasabah diri...
    sudahkah kita berusaha ke arah kecemerlangan ummah?
    "............................" ((think for yourself)
    waLLAHU a'lam

    miftahul jannah

    • *
    • Posts: 132
    • jihad fisabilalLAH...
      • View Profile
    Jawab #12 11 November, 2008, 01:13:07 PM
  • Publish Di FB
  • Pada pendapat mukmin pula, langkh awal seorang muslimah untuk berdakwah adalah melalui keluarga dahulu. Kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkan kepada ahli keluarga adalah kesinambungan kepada kejayaan dakwah terhadap anggota masyarakat seterusnya.

    yup setuju...
    kadang2 nak dakwah dalam keluarga lg susah berbanding orng luar...
    silap gaye dakwah, bleh pecah belah...

    salam alaiykh...
    betul apa yang faseh cakap tu..dakwah ngan keluarga lagi susah&lebih mencabar klau kelurga tak boleh terima&tidak memahami perjuangan..tapi seorng wanita itu dicipta dengan sifat yang lemah lembut..insyaALLAH, dgn itulah seorang muslimah juga mampu memjadi dai'e..dengan cara berhikmah...tidak kira dalam apa keadaan sekalipun..wallahu'alam..(^_^)

    qiraati

    • *
    • Posts: 284
    • Ukhwah Fillah Abadan Abada
      • View Profile
    Jawab #13 11 November, 2008, 11:19:43 PM
  • Publish Di FB
  • Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

    Assalamualaikum wbt..

    Sometimes..kadangkala, bila berdakwah dalam family sendiri..setengah orang gagal..to dakwah ..and setengah orang bila gagal..mereka berhenti dari dakwah disebabkan gagal..jadi mereka tak dakwah di luar..sedangkan..perkara itu bukan menjadi penghalang kalau niat untuk berdakwah dengan sesiapa..
    Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

    Khalawatul Iman

    • *
    • Posts: 385
    • Hidup dan Matiku hanyalah ISLAM
      • View Profile
    Jawab #14 11 November, 2008, 11:57:02 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum..ana setuju..kita mulakan dakwah dengan family dulu..dari situlah tunggak akhlak kita...dari rumah hingga ke luar...(masyarakat)...sebab segalanya adalah cermin kepada dakwah yang kita bawak..kalau dari umah dah kita perangai tak elok..mcm mana family kita nak respek kita...bila luar je elok...hmmm...lain dah..so..biarlah kita elok dari luar dan dalam...perhalusi akhlak kita bersama keluarga..insya Allah...moganya dakwah kita berkesan..segala penulisan ini...untuk peringatan diri yang hatinya lemah..wallahualam
    Tiada rupa seindah AKHLAQ,tiada hati seindah IMAN,Tiada hidup seindah ISLAM,tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Jawab #15 12 November, 2008, 12:02:45 AM
  • Publish Di FB
  • dakwah di kalangan keluarga ....isteri, suami, anak2, adik beradik, bapa, ibu, saudara mara...itu sudah semestinya. dakwah yg paling berkesan bukan dengan perkataan semata2....dengan akhlak. bermakna dakwah diri kita sendiri dulu....tetapi dalam waktu yg sama saling berdakwah sesama muslim...jika tidak amalan dakwah ni tak berkembang...berkisar dalam keluarga sahaja

    Khalawatul Iman

    • *
    • Posts: 385
    • Hidup dan Matiku hanyalah ISLAM
      • View Profile
    Jawab #16 12 November, 2008, 12:06:58 AM
  • Publish Di FB
  • di situ le peranan akhlak kita..dari segi amalam kita juga berkait..istiqamah...sentiasa tetap dalam sesuatu perkara..keluarga ni sebagai aset penting...dari situ..dakwah kita juga akan berkembang...melalui pergaulan...dan apa2 sahaja dalam kehidupan kita yang berkait...insya Allah

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Jawab #17 12 November, 2008, 12:11:22 AM
  • Publish Di FB
  • ermmm..istiqamah...amalan walau pun sedikit tetapi berterusan...di sukai oleh Allah. Itu tanda2 keikhlasan

    Khalawatul Iman

    • *
    • Posts: 385
    • Hidup dan Matiku hanyalah ISLAM
      • View Profile
    Jawab #18 12 November, 2008, 12:13:43 AM
  • Publish Di FB
  • betul2..yang utamanya istiqamah...biar sedikit asal berterusan...moga kan meningkat...insya Allah...muslimah ni banyak cabaran nya..dalam dakwah ni..semuanya kena jaga....untuk mengelakkan fitnah di kalangan masyarakat..wallahualam

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Jawab #19 12 November, 2008, 12:18:19 AM
  • Publish Di FB
  • Rasulullah sangat teliti tentang wanita...lebih2 lagi ttg aurat mereka...mereka boleh menyumbang fitnah yg besar jika tidak di jaga.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    738 Views
    Last post 28 May, 2010, 08:21:25 AM
    by dol_bendol
    1 Replies
    1439 Views
    Last post 30 October, 2010, 11:34:32 PM
    by nazri0070
    51 Replies
    8115 Views
    Last post 05 September, 2012, 10:52:18 AM
    by al_ahibbatu