Tips Menarik :- Jaga Hati Isteri Anda

*

Author Topic: Tips Menarik :- Jaga Hati Isteri Anda  (Read 6183 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Abi Naim

  • *
  • Posts: 275
  • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
    • View Profile
18 June, 2009, 06:54:13 PM
  • Publish
  •  :)

    Tips Menarik Untuk Suami:- Jaga Hati Isteri Anda

    Berikut adalah antara pedoman untuk suami ketika melayan dan menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian rumah tangga:

    Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.

    Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.

    Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.

    Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.

    Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.

    Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

    Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.

    Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.

    Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.

    Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.

    Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

    Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.

    Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.

    Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.

    Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.

    Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.

    P/s" Disamping itu jangan lupa mengguna  produk HPA.Semoga kita sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah. Layari: http://www.DuniaHerba.net/mazlan65

    syahirah_nur

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Reply #1 23 July, 2009, 12:46:33 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Sebagai isteri, suami adalah "kunci syurga" buat kita. Sama ada suami itu soleh ataupun tidak, dia adalah kunci untuk kita mengetuk syurga.

    Hati suami sewajibnya dijaga. Malah, proses menjaga hati suami ini akan berlarutan sehingga waktu yang hanya Allah yang tahu (tentang jodoh kita). Terdahulu, belajar dahulu untuk menjaga hati kita. Letakkan diri kita sebagai suami. Apa yang kita suka belum pasti lagi akan menjadi kesukaan suami, begitu juga sebaliknya.

    Apabila suami percaya isteri maka automatiknya isteri juga akan percaya pada suami. Perkahwinan adalah universiti kehidupan untuk suami isteri saling belajar untuk menyempurnakan kehidupan ini.

    Bunga raya merah berseri
    Bunga mawar harum mewangi
    Adat berkasih suami isteri
    Ada rajuk rindu dihati

    asri85

    • *
    • Posts: 96
      • View Profile
    Reply #2 18 January, 2012, 08:44:59 AM
  • Publish
  • kejarlah cinta Allah InsyaALLAH cinta manusia akan mengiringimu.. tapi jika kita kejar cinta manusia semata,kemurkaan Allah yang akan menghampirimu...Ya Allah..andai dirinya adalah jodoh untukku.. pertemukanlah diriku dengannya pada waktu yang Engkau redhai kami.. andai dirinya adalah jodohku.. satukanlah kami dgn jalan redhai.. bukan dengan cinta yang bertuankan nafsu.. Ya ALLAH.. bimbinglah diriku.. jangan sampai diriku terjerat dalam umpanan syaitan.. tatkala ramai sahabat sibuk bercinta.. bantulah diriku.. agar diriku.. tetap denagn pendirianku.. kuatkanlah aku.. untuk sama2 membimbing sahabat ke jalan yang benar.. ku tidak sanggup membiarkan mereka... berilah petunjuk pada mereka Ya Allah.. ku mohon... mereka mengetahui perkara yang mereka buat adalah salah.. namun,nafsu mereka menagtakan mereka adalah betul.. mge mereka dan diriku kembali ke jalan yang benar...
    sy hanyalah seorang islam yang biasa

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    25 Replies
    10189 Views
    Last post 14 August, 2009, 11:16:28 AM
    by ZHAMORA
    10 Replies
    4873 Views
    Last post 01 September, 2012, 12:52:47 PM
    by Nurul Nawar
    21 Replies
    3514 Views
    Last post 25 July, 2012, 03:22:12 PM
    by shearazi