Makanan Sihat Untuk Pelajar

*

Author Topic: Makanan Sihat Untuk Pelajar  (Read 5862 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Abi Naim

  • *
  • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
    • View Profile
18 June, 2009, 06:49:35 PM
  • Publish
  •  :)

    Makanan Sihat Untuk Pelajar

    PAOLA VILLATORO, 17, dari Sekolah Tinggi Downtown Magnet di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) sedang menikmati makanan di kafeteria sekolah seperti piza rendah lemak dengan roti bijirin penuh yang agak enak rasanya.

    “Sebahagian daripada makanan ini sedap juga rasanya,” katanya.

    Tetapi, pelajar sebuah sekolah persediaan Best Adams, Alfredo Segura tidak menyukainya.

    “Rasanya seperti makanan di penjara,” kata Segura, 16, ketika dia bersama beberapa pelajar lain menikmati snek di sebuah kedai makanan segera berhampiran sekolahnya.

    Los Angeles Unified School District merupakan peneraju kepada kempen antimakanan rapu.

    Cabarannya adalah untuk menukar amalan pemakanan tidak sihat yang telah dibentuk dan dipromosikan oleh gergasi-gergasi industri makanan segera sejak berdekad-dekad lamanya.

    Jabatan Perkhidmatan Makanan di daerah itu telah menyingkirkan makanan bergoreng yang tinggi lemak dengan menambah lebih banyak makanan segar dan mengurangkan jumlah sodium dalam makanan di kafeteria sekolah.

    Ia juga mengharamkan minuman soda yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, selain melupuskan mesin-mesin runcit di dalam kampus.

    Namun, penguatkuasaannya tidak menyeluruh. Malah, rangkaian-rangkaian makanan segera dan kedai serbaguna sentiasa bersiap sedia menunggu para pelanggannya di luar pagar sekolah.

    Walaupun dia menggemari beberapa makanan di sekolah, Villatoro ada menyertai rakan-rakannya untuk menikmati makan tengah hari di kedai makanan segera yang terletak berhadapan dengan sekolahnya, seminggu sekali.

    Bilangan restoran makanan segera di AS berkembang pesat kepada 220,000 buah pada tahun 2001, berbanding hanya 30,000 buah sekitar tahun 1970.

    Menurut sebuah badan yang memberi fokus kepada kesihatan awam, Trust for America”s Health dan Yayasan Robert Wood Johnson, sejak tiga dekad lalu, perbelanjaan ke atas makanan ringan mencecah AS$110 bilion (RM385 bilion) daripada AS$6 bilion (RM21 bilion) sebelumnya.

    ROTI bijirin dan susu menggantikan makanan segera yang tinggi kandungan lemak.

    Memandangkan golongan ibu bapa cenderung untuk mendapatkan makanan yang banyak dan murah, tabiat pemakanan orang dewasa serta kanak-kanak telah berubah, sekali gus membuatkan ukuran pinggang semakin besar.

    Pada masa yang sama, sekolah-sekolah juga telah menggantikan kelas-kelas jasmani dan fizikal yang bertujuan untuk bersenam bagi memberi lebih banyak masa untuk pelajaran akademik.

    Sejak tahun 1980-an, kadar obesiti dalam kalangan murid sekolah telah meningkat tiga kali ganda kepada 17 peratus. Pada kadar ini, wujud satu epidemik di AS, jelas seorang jurucakap dari Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika.

    Para pakar bimbang terhadap kadar penyakit diabetes, penyakit jantung dan kondisi kronik lain yang mungkin dihidapi oleh kanak-kanak ini sewaktu membesar. Situasi ini turut memburukkan krisis kesihatan yang sedia wujud.

    Mengikut perangkaan Jabatan Kesihatan Daerah Los Angeles, 23 peratus pelajar sekolah mengalami obesiti, sementara 19 peratus lagi mempunyai berat badan berlebihan pada tahun 2007.

    Kerajaan Amerika membelanjakan kira-kira AS$11.7 bilion (RM41 bilion) setahun untuk menyediakan program makanan sekolah.

    Seramai 30 juta pelajar menikmati makan tengah hari dan lebih daripada 10 juta lagi diberi makanan untuk sarapan. Tetapi, piawaian khasiat dan keperluan makanan tidak dikemaskini sejak 1995.

    Ada negeri-negeri yang cuba melakukan sesuatu tanpa menunggu pelaksanaan kerajaan persekutuan. Sehingga Ogos tahun lalu, sebanyak 18 buah negeri telah menggunakan standard nutrisi makanan lebih ketat berbanding dengan apa yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

    Malangnya, kuasa penguatkuasaannya terhad dan mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa yang melanggarnya, jelas pihak Trust for America”s Health, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang berusaha meningkatkan standard kesihatan komuniti.

    Data terkini menunjukkan, kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak mungkin menurun. Beberapa pakar memberitahu program-program seperti makanan tengah hari yang lebih sihat di sekolah mula menunjukkan kesannya, tetapi masih ramai yang bersikap skeptikal.

    Presiden Barack Obama mahu menambah dana program nutrisi kanak-kanak Amerika sebanyak AS$1 bilion (RM3.5 bilion) setahun bagi mengelakkan golongan ini lapar sewaktu kemelesetan ekonomi yang menyebabkan kadar pengangguran tertinggi dalam tempoh 25 tahun.

    “Kami berharap program ini akan berjaya,” kata Laura Benavidez, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Makanan untuk sekolah-sekolah di daerah Los Angeles yang mempunyai kira-kira 690,000 orang pelajar.

    Bajet perkhidmatan makanan sebanyak AS$325 juta (RM1.13 bilion) tahun ini bukan sekadar merangkumi makanan, malah meliputi gaji kakitangan, faedah-faedah, kemudahan insurans dan kelengkapan alat tulis.

    Pihak jabatan itu juga membelanjakan 70 sen untuk setiap hidangan, tidak termasuk susu yang berharga sekitar di antara 18 hingga 20 sen. Buat masa sekarang, pihak berkuasa daerah mengalami kerugian bagi setiap hidangan yang disediakannya.

    PELAJAR di Los Angeles kini diperkenalkan dengan pelbagai menu sihat di rak kafeteria sekolah mereka.

    Baru-baru ini, di sekolah Castelar Elementary yang terletak di Chinatown Los Angeles, para pelajarnya mengambil makanan di kaunter salad seperti oren, pisang dan kacang pis hijau. Hasilnya, tidak banyak makanan yang dibuang ke dalam tong sampah.

    Namun, mesej berkaitan pemakanan sihat sering “digagalkan” oleh acara-acara meraih dana yang dianjurkan sekolah. Di sana, mereka menjual makanan ringan untuk mendapatkan dana bagi pasukan sukan atau kelab-kelab akademik.

    “Kami tidak boleh menghilangkan tabiat lama,” kata Dennis Barrett yang bertanggungjawab memantau operasi perkhidmatan makanan di daerah tersebut.

    Dalam pertarungan antara sayur-sayuran dan burger, burger mungkin sangat sukar untuk dikalahkan. - Reuters

    P/s: Disamping itu jangan lupa mengguna  produk HPA.Semoga kita sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah. Layari: http://www.DuniaHerba.net/mazlan65

    Reply #1 24 November, 2009, 10:37:09 PM
  • Publish
  • assalamualaikum....makanan yang sihat untuk minda ialah kismis, kurma dan lain-lain lagi....sewaktu saya belajar pondok dulu guru saya menyebut buah kundur pun elok untu pemikiran.....wallahhualam....

    wansiti

    • *
    • Mencari yang 'halal' itu fardhu,.. ^_^
      • View Profile
    Reply #2 09 January, 2010, 11:35:58 AM
  • Publish
  • ouh, berita rupanya,
    saya ingatkan panduan makanan mengikut Islam..
    Ada sape2 pernah posting tajuk pemakanan ikut Islam ke?
    Mencari makna hakiki penciptaan manusia di atas muka bumi ni melalui, iman dan amal... Semoga bekalku yang diusahakan ini untuk ke Negeri yang Abadi diberkati-NYA, amiin. ~* Wan Siti *~

    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/kelant10.jpg[/img]

    cikanaISLAM

    • *
    • Salam ta'aruf
      • View Profile
    Reply #3 09 January, 2010, 01:24:26 PM
  • Publish
  • owh..ingatkan makanan sihat untuk pelajar ISLAM.
    :)

    Reply #4 13 August, 2010, 11:54:52 AM
  • Publish
  • salam ramadan...
    yang pasti, jauhkan memakan pizza, keju, mc donald...sebab TERBUKTI...akan kandungan bahan dari sesuatu yang haram.
    ~ kepada anda yang sedang mnderita penyakit krnik, sila dapatkan alternatif yang terbukti dengan harga berpatutan. sila hubungi:  HP: 0109071763
    ~ INGINK MENJADI GURU TIUSYEN YANG MENGHASILKAN INCOME LUMAYAN HANYA DI RUMAH???:
    http://www.seminartuisyen.com/index.php?ref=ASTberkat

    Serikandi_88

    • *
    • ISLAM ITU INDAH JIKA DINIKMATI .. ALLAHUAKBAR
      • View Profile
    Reply #5 13 August, 2010, 03:25:11 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...
    minum lah susu kamben..bagus tuk minda & kesihatan...iklan dari HI-GOT...
    bersama menyumbang produk islam

    Reply #6 13 August, 2010, 04:33:13 PM
  • Publish
  • iye lah
    Kembara MencariNYA

    Reply #7 13 August, 2010, 07:14:09 PM
  • Publish

  • Ikutlah makanan sunnah nabi,apa yang nabi makan itulah yang terbaik untuk semua tidak kira pelajar atau tidak. Madu.....susu....kurma.... buah delima.....kismis....buah badam.....kekacang.......skng ni dah banyak dipasaran^_^

    misbah

    • *
    • fizikal pandangan manusia, hati pandangan Allah.
      • View Profile
    Reply #8 13 August, 2010, 10:03:30 PM
  • Publish
  • tambahan.............habbatus sauda'.....
    aKu....

    nazirul razali

    • *
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Reply #9 13 August, 2010, 10:58:11 PM
  • Publish
  • owh..... macam-macam makanan yang diamalkan oleh Rasulullah kepada kita....... tapi, adakah kita mengikutinya......??? kalau sekadar masa bulan Ramadhan je yang nak buat........ entah la......... (paham-paham je lah ye......)
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    Reply #10 13 December, 2010, 01:49:48 PM
  • Publish
  • assalamualaikum....makanan yang sihat untuk minda ialah kismis, kurma dan lain-lain lagi....sewaktu saya belajar pondok dulu guru saya menyebut buah kundur pun elok untu pemikiran.....wallahhualam....


     :)

    apa khasiat buah kundur??pertama kali dengar buah kundur elok untuk pemikiran ceria*

    divider3
    halaqahforum4