Buah naga merah banyak khasiat

Author Topic: Buah naga merah banyak khasiat  (Read 26133 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Topik ini mengandungi pilihan bagi Best Answer. Klik di sini untuk paparan.

fairuzniza

04 June, 2007, 03:36:54 PM
  • Publish Di FB
  • Buah naga merah banyak khasiat
    Oleh ZAINUDDIN ZAIN

    MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

    Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan buah epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

    Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.

    Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

    Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

    Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

    “Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

    “Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.

    Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

    Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

    Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.

    Katanya, buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

    “Syarikat kami juga mengeluarkan produk jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Pada masa sama, buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang,” katanya.

    Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

    “Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.

    “Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,” katanya.

    Leong berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

    “Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,” katanya.

    Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.

    “Kita sekarang cuba mempromosikan buah ini kepada seluruh rakyat Malaysia bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga sangat berkhasiat. Tidak hairanlah harganya mahal.

    “Bagaimanapun, kita sekarang cuba menggalakkan lebih ramai orang di negara ini menanam buah naga dengan menawarkan insentif menarik, termasuk menjual pokok pada harga murah dan jaminan pembelian semula buah daripada petani,” katanya.

    Leong berkata, kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

    “Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan,” katanya.

    KEBAIKAN
    Tingkat daya tahan
    Kurangkan metabolisma badan
    Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
    Kurangkan tekanan emosi
    Neutralkan toksik dalam darah
    Cegah kanser usus
    Cegah kandungan kolesterol tinggi
    Turunkan kadar lemak

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Jawab #1 04 June, 2007, 03:38:57 PM
  • Publish Di FB
  • RM 10 ringgit = 3 bijik.... mahal nak mamposs.....
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    fairuzniza

    Jawab #2 04 June, 2007, 03:39:31 PM
  • Publish Di FB
  • RM 10 ringgit = 3 bijik.... mahal nak mamposs.....

    ye ke? kat umah ana 1.70 je sebijik...

    faseh

    • *
    • Posts: 999
    • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
      • View Profile
    Jawab #3 04 June, 2007, 03:44:45 PM
  • Publish Di FB
  • tengok jenis jugak...

    klau yg isi putih tu, murah ckit..
    kat pasar malm 7 biji RM10 bleh dapat...

    yang merah tu mmg mahal skit..
    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    nor

    • *
    • Posts: 142
      • View Profile
    Jawab #4 04 June, 2007, 04:03:48 PM
  • Publish Di FB
  • buah yg banyak khasiatnya...mahal la :'( :'( :'(
    JANA PENDAPATAN MEWAH HANYA DENGAN HANDPHONE ANDA!!Sila lawati http://Prepaid4U.Net/?id=eyla07

    Marked as best answer by on 18 February, 2014, 06:05:57 AM

    fairuzniza

    Jawab #5 04 June, 2007, 04:06:41 PM
  • Publish Di FB
  • Undo Best Answer
  • setiap kebaikan tu disusuli dengan pengorbanan...memang apa2 yang membawa kebaikan biasanya mahal... =]

    fetea

    • *
    • Posts: 66
      • View Profile
    Jawab #6 04 June, 2007, 05:58:09 PM
  • Publish Di FB
  • tp buah naga nie mmg sedap la.. ana suka... nyum nyum :'(
    "Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan di hatiku">

    zendaani

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Jawab #7 04 June, 2007, 06:34:29 PM
  • Publish Di FB
  • bagus jugak... sbb org tue suke....

    sesuai bg org yg xde gigi....

    lembut dan mudah di telan....
    hayya rigaLL RoHHu KitaLL

    sutera_kasih85

    • *
    • Posts: 168
    • + Human Is Not PeRfecT +
      • View Profile
    Jawab #8 04 June, 2007, 10:17:24 PM
  • Publish Di FB
  •  :)


    oh buah ni mahal ye??
    baru tau..
    mitak2la pokok dragonfruit yg tanam kat umah tumbuh ngan suburnye
    nnt hasil leh jual kat sahabt2 halaqah...hhehehe :-\ :'( :-\
    Success Through Endeavour
    <img src="http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/banner12.gif?v=0" border="0">

    selasih

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #9 19 March, 2008, 11:19:17 PM
  • Publish Di FB
  • hmm....tak penah lagi makan buah ni...nampak macam best...tengok orang makan macam manis je...tambah pula ade keluarkan jus naga...
    "Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai."
    -- Hamka

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #10 20 March, 2008, 12:32:01 AM
  • Publish Di FB
  • :)


    oh buah ni mahal ye??
    baru tau..
    mitak2la pokok dragonfruit yg tanam kat umah tumbuh ngan suburnye
    nnt hasil leh jual kat sahabt2 halaqah...hhehehe :-\ :'( :-\

    tak mahal mana pun...
    1 kg rm8..
    kira okay apa...
    TuhAN cInTa aGuNg..

    UMMIHANI

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Jawab #11 29 April, 2009, 05:33:14 AM
  • Publish Di FB
  • Assalammualaikum w.b.t
    Buah naga ni memang banyak khasiatnya.  Kalau kat sini, (tempat saya) abang member ada kebun buah naga, dia jual RM 10 dapatlah lima biji.  Free 1 sebab member.  Macam-macam boleh buat dengan buah ni antaranya ais krim buah naga, jus buah naga, kek buah naga, jeli buah naga, nata de co co buah naga dan banyak lagilah.  Isi yang warna merah rasanya lebih sedap (pada saya).  Orang tua yang tidak bergigi pun mudah menelannya sebab isinya lembut bangat.  Wassalam.

    iswimsuit

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Jawab #12 30 April, 2009, 07:48:08 PM
  • Publish Di FB
  • sedap..memang sedap..kat pasar sec 6 shah alam..2 biji rm6.30..mahal!

    adly

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #13 18 June, 2009, 10:15:48 AM
  • Publish Di FB
  • sesiapa yang berminat nak dptkan baja folial khas untuk buah naga sahaja: sila e-mailkan ke adlyshah@gmail.com


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #14 19 August, 2009, 09:06:07 AM
  • Publish Di FB


  • Suatu bentuk yang biasa, tapi mempunyai kulit yang sangat unik. Bila tengok pada kulit,
     boleh bayangkan Jantung Pisang.  Lebih kurang warna kulit Buah Naga ni dengan jantung pisang.
    Macam bunga kantan pun ada.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 19 August, 2009, 09:11:48 AM
  • Publish Di FB


  • Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga cactacea yang tergolong
    dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini,
    sebenarnya kaya dengan khasiat.
    Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih
    mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan,
    buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.
    « Last Edit: 19 August, 2009, 09:15:06 AM by ummi Munaliza »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1266 Views
    Last post 28 February, 2011, 09:39:43 PM
    by hazanutz
    0 Replies
    953 Views
    Last post 01 November, 2011, 12:06:04 PM
    by elhakim
    0 Replies
    323 Views
    Last post 04 June, 2013, 10:23:34 AM
    by ahwahid