Info Mengenai Emas

Author Topic: Info Mengenai Emas  (Read 19621 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

acit

  • *
  • Posts: 705
  • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
    • View Profile
15 June, 2009, 11:39:20 AM
  • Publish Di FB
  •              APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

                 APA ITU KARAT ( K ) ?

                 KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
                 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

                 STANDARD KETULENAN EMAS BARU
                ( a )       999        Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
                                           Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
                                           24K mengikut ukuran lama 
               
                ( b )       950        Emas Kelantan atau Emas 9½

                ( c )       916.6     Emas Singapura
                                           22K mengikut ukuran lama

                ( d )       875

                ( e )       835

                ( f )        750         18K mengikut ukuran lama

                ( g )       585         14K mengikut ukuran lama

                ( h )       375         SUASA – 9K mengikut ukuran lama

                Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

         
                 STANDARD KETULENAN PERAK
                 
                 ( a )       958.4

                 ( b )       925

                 ( c )       830

                 ( d )       800
     
                 STANDARD KETULENAN PLATINUM

                 ( a )       950      bermakna 95.0% kandungannya.

                  CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

                  KARAT  X 100 = STANDARD KETULENAN
                                  24

                  CARA MENGUKUR KARAT

                  STANDARD KETULENAN X 24  = KARAT
                                                      1000
             
                  Contoh Pengiraan :
                  Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 
                  750  X  24 = 18K
                           1000

                  Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

                 
                 Emas Se Amas = 2.551 gm
           
                 Emas Se Rial =2.70 gm
           
                 Emas Se Kupang = 0.64 gm
               
                 Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
               
                 Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
           
                 Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
           
                 Emas 1 Mayam = 3.37 gm

                 Hina Besi kerana karat        Mulia Emas kerana kilat

    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 15 June, 2009, 11:52:19 AM
  • Publish Di FB


  • Saya hanya kenal emas 916 sahaja, yang dibuat perhiasan diri.


    p/s: dah cerita hal emas, ceritalah sekali bab zakat emas, nisab dan haulnya...
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Jawab #2 15 June, 2009, 12:11:09 PM
  • Publish Di FB
  •    ( h )       375         SUASA – 9K mengikut ukuran lama

                Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

    suasa ape hukum lelaki memakainye ade mengatakan boleh dan ade mengatakan haram,

    kerana ade unsurnye emas walaupun sedikit, tp setelah dicanai menjadi cincin diuji kembali peratus emasnye tiade di cincin suase...

    apakah pendapt2 anda kalian mengenai suase ini, perjelaskn
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #3 15 June, 2009, 12:22:00 PM
  • Publish Di FB
  •    ( h )       375         SUASA – 9K mengikut ukuran lama

                Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

    suasa ape hukum lelaki memakainye ade mengatakan boleh dan ade mengatakan haram,

    kerana ade unsurnye emas walaupun sedikit, tp setelah dicanai menjadi cincin diuji kembali peratus emasnye tiade di cincin suase...

    apakah pendapt2 anda kalian mengenai suase ini, perjelaskn

    Suasa itu mengandungi 375 per 1000 kandungan emas di dalamnya.Apabila Suasa itu dicairkan / dilebur ;
    maka terdapatlah emas sebanyak peratusan itu.Jadi bila melibatkan emas,maka hukum memakainya adalah haram bagi lelaki.

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #4 15 June, 2009, 12:34:31 PM
  • Publish Di FB
  • Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT.
    Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula
    menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan
    emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga
    telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas
    bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

    Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah
     cukup haul setahun.

    ::Dalil Wajib Zakat::

    Firman Allah s.w.t:

    "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah
    (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa
    yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam
    neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan
    kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari)
    apa yang kamu simpan itu"
    (Surah At-Taubah: 34-35)

    Sabda Rasulullah s.a.w:
    "Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan
    kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali
    kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan
    dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka
    dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
    (Hadis riwayat Abu Hurairah)

    KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS


    * Emas Yang Disimpan

              o Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun.
    Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan
    zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu
    tidak termasuk batu-batu permata.
              o Contoh: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa),
    maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM 100.
     
    * Emas Yang Dipakai
              o Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara
    berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang
     dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas
    nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya
    bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan,
    buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.
              o Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai
    RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #5 15 June, 2009, 10:07:01 PM
  • Publish Di FB
  • TAKRIF KETULENAN

    Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ).
    Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu
    barang samada daripada emas, perak atau platinum.

    PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )

    Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandungan
    logam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik.Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga
    yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga.

    Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu
    mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM.

    Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN 
    pada barang yang telah diuji.

    STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN

    Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga )
    1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi
    standard ketulenan yang telah ditetapkan.

    Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.

    Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870.

    Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.

    Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan.

    Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

    PENANDAAN STANDARD KETULENAN
    Barang-barang yang diwajibkan penandaan

    Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard
    ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.

    Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja.

    Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan.

    Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-
    peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat
    tambahan pembeli .Penandaan lambing pembuat,pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun
    tidak diwajibkan.

    PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )

    Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )
    perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum
    yang dicap pada barangan tersebut.

    Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-
    barang yang disadur.
    Contohny disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K
    ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

    PENGECUALIAN DARI PENANDAAN

    Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat
    yang kurang daripada 1.5 gram.

    PNGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI

    Duit syiling ,  barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik
    atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,
    wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat
    sebelum 1hb.Ogos,1995.


    khaifieda

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #6 03 August, 2009, 09:52:40 AM
  • Publish Di FB
  • <a href='http://img193.imageshack.us/i/dsc00007qgx.jpg/'><img src='http://img193.imageshack.us/img193/2800/dsc00007qgx.jpg' border='0' alt='Image Hosted by ImageShack.us'/>[/url]
    Salam.. Sy nak tanya.. Sy ada sebentuk loket.. Warna nya sangat mirip dgn emas tulen.. Masalah nya, sy tak pasti samada loket tersebut adalah benar2 emas tulen atau tidak.. di belakang loket ini hanya tertera 22KGP.. Soalan sy..adakah ia emas tulen yg ada nilai harga yg tinggi? Tlg reply msg ini ke email sy khaifieda@gmail.com TQ..

    UyunAhmad

    • *
    • Posts: 118
      • View Profile
    Jawab #7 03 August, 2009, 10:12:35 AM
  • Publish Di FB
  • yang penting harga emas dah makin naik. jadi bersiap sedialah bagi yang bakal nak tunang, nikah dengan harga emas yang semakin melambung naik (tapi kadang2 turun semula)

    ~sediakan payung sebelum hujan~

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #8 03 August, 2009, 06:26:30 PM
  • Publish Di FB
  • assalamu'alaikum,

    berapa harga se gram emas sekarang ini ya?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 03 August, 2009, 06:40:42 PM
  • Publish Di FB


  • “Emas adalah logam terpilih… yang dijadikan Allah dengan keistimewaannya yang tersendiri”.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #10 03 August, 2009, 06:47:29 PM
  • Publish Di FB

  • Emas adalah logam yang sangat istimewa.
    Bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana:

    Emas adalah lambang kekayaan
    Emas adalah lambang kecantikan
    Emas adalah lambang kekuasaan
    Emas adalah lambang kejayaan di akhirat
    Emas sebagai lambang kekayaan.


    Emas itu adalah lambang kekayaan kerana ia adalah wang.

    Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh dunia.

    Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana ‘dipaksa oleh pemerintah’.

    Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling baik, selamat dan bijak.
    Emas itu lambang kecantikan.

    Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas.

    Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia.

    Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas. Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas.

    Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya, gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka nenek, moyang etc. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang.

    Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas.

    Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin perempuan maka ia adalah lebih baik kerana melambangkan tuah yang akan dibawa oleh pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.

    Emas itu lambang kekuasaan.

    Emas adalah logam terpilih.

    Raja-raja biasanya menggunakan emas pada mahkota, keris dan alat-alat kebesaran kerajaan. Ini secara tidak langsung mengaitkan emas dengan kekuasaan. Even kat Malaysia sekarang, kita semua tahu bahawa kuning ialah warna Diraja.

     
    Emas itu lambang kejayaan di akhirat.

    Satu perkara yang menarik mengenai emas ialah ianya wujud di dalam syurga.

    Al-Quran di dalam surah Al-Hajj menyebut emas adalah simbol kejayaan dan kemewahan penduduk syurga. Mereka akan dipakaikan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka diperbuat daripada sutera.
    "Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai;
    mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera "
    (Surah Al-Hajj:23)

    Jadi, memang Allah SWT mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat jua..

    Memang logam terpilih emas ni .

    Bagi mereka yang belum membeli emas. Cuba beli seketul. Letak kat tapak tangan. Kemudian cuba renung betul-betul. Saya jamin emas tersebut akan memberikan anda satu ‘good feeling’.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 03 August, 2009, 06:51:14 PM
  • Publish Di FB
  • assalamu'alaikum,

    berapa harga se gram emas sekarang ini ya?
    Harga hari ini  3 Ogos 2009

    999 Gold     :     RM130.00/gm
    916 Gold    :    RM122.00/gm
    835 Gold    :    RM112.00/gm
    750 Gold    :    RM101.00/gm
    375 Gold    :    RM55.00/gm
       

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 03 August, 2009, 07:07:23 PM
  • Publish Di FB

  • Keistimewaan Emas


    Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

    1. Cantik pada pandangan mata
    2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
    3. Tidak boleh dibinasakan
    4. Sukar diperolehi

    Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.

     Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.


    Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya. Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang.

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #13 03 August, 2009, 10:12:27 PM
  • Publish Di FB
  • Salam.. Sy nak tanya.. Sy ada sebentuk loket.. Warna nya sangat mirip dgn emas tulen.. Masalah nya, sy tak pasti samada loket tersebut adalah benar2 emas tulen atau tidak.. di belakang loket ini hanya tertera 22KGP.. Soalan sy..adakah ia emas tulen yg ada nilai harga yg tinggi? Tlg reply msg ini ke email sy khaifieda@gmail.com TQ..


    Waalaikumusalam wbt, Loket anda adalah berupa saduran emas 22 Karat , berpandukan kepada 22KGP.
    KaratGoldPLATED ( KGP ) adalah tanda ketulenan atau hallmark bagi Emas Saduran. Ada juga digunakan
    tanda GEP ( GOLD ELECTROPLATE ) atau HGE ( HIGH GOLD ELECTROPLATE ) ataupun emas saduran itu
    ditanda dengan perkataan PLATED sahaja.

    Semua Emas Tulen adalah mempunyai tanda ketulenannya ( hallmark ) seperti ini :


    tunteja

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #14 25 November, 2009, 09:25:36 AM
  • Publish Di FB
  • SALAM..
    SAYA TUNTEJA AHLI BARU DALAM HALAQAH..SELAMAT BERKENALAN PADA SEMUA.

    JOM KITA SAMA-SAMA BUKA MINDA DAN BERKONGSI IDEA.

    Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

    CARI LAH ILMU PASAL EMAS SEBELUM ANDA MENYIMPAN DAN MEMBELI EMAS..XRUGI ANDA SIMPAN DAN BELI EMAS

    JIKA INGIN MAKLUMAT LANJUT LAYARILAH BLOG SAYA.: http://www.samurai-syurgaemas.blogspot.com atau hubungi saya di talian 012-2768040 (IZWAN) / 012-2421591 (HANI).

    SAYA MEMBELI/MENJUAL PELBAGAI JENIS EMAS DAN BARANG KEMAS..KAMI JUGA MEMBELI SURAT PAJAK,EMAS ROSAK DAN LAMA DAN JUGA TRADE IN EMAS LAMA KEPADA EMAS BARU..JINGKONG DAN DINAR EMAS JUGA ADA. HUBUNGI LAH KAMI JIKA BERMINAT..EMAS ADALAH UNTUK ORANG MELAYU DAN ISLAM.

    tunteja

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #15 25 November, 2009, 09:54:36 AM
  • Publish Di FB
  • salam..
    saya tunteja ahli baru dalam halaqah..jom kita berkongsi ilmu dan buka minda pasal emas..

    Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

    simpan dan beli lah emas  untuk simpanan kita orang islam dan melayu pada masa hadapan..anda tidak akan rugi.

    Jika ingin maklumat lanjut pasal emas jemput lah ziarah ke blog saya: http://www.samurai-syurgaemas.blogspot.com. atau hubungi saya 012-2421591 (tunteja) dan 012-2768040 (izwan).
    Kami membeli dan menjual pelbagai jenis barang kemas dan juga jongkong /dinar emas. Kami juga membeli surat pajak,emas rosak dan trade in emas lama/rosak kepada emas baru mengikut undang-undang perniagaan islam yang betul.
    Jika inginmak

    Kudo

    • *
    • Posts: 29
      • View Profile
    Jawab #16 13 January, 2010, 12:11:52 PM
  • Publish Di FB

  • Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In'

    a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.

    b- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.

    - ingin selamat di akhirat-

    Jawapan :


    a.      Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.

    Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

    Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.

    Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )  

    Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.

    Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

    Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

    Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).

    Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

    Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa:  "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.

    Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan).

    Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

    Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis.

    b- Jawapan Bagi ‘Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.

    Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :

    i) Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

    ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

    Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?

    Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"

    JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

    Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.

    Ust Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net
    « Last Edit: 13 January, 2010, 12:20:24 PM by Ikan Pari »
    Zauj cahayalurus

    ummi@uli@09

    • *
    • Posts: 512
    • La Tahzan
      • View Profile
    Jawab #17 13 January, 2010, 12:18:19 PM
  • Publish Di FB
  • wah...dah ada topik pasal  emas ni..td harga turun lg...skrg x tahulah dah naik ke belum...pg2 biasalah harga x stabil lg....nk kena suruh husband join forum ni..ni teja....

    s.adib

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Jawab #18 13 January, 2010, 01:15:54 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum.. emas adalah sumber semulajadi yg tidak dapat dibuat oleh manusia. tanah, emas, minyak dan sumber asli yg lain akan habis nanti. simpanlah emas kerana ia dapat menyelamatkan aset kita. wang akan susut nilai. tapi harga emas sentiasa naik. contohnya, zaman dahulu dengan 1sen dapat beli ikan. sekarang 1sen dah tiada nilai. jumpa tepi jalan pun org tak pandang. dahulu kita bawa 50sen sehari saja ke sekolah. tapi sekarang rm5 sehari. emas pula dahulu rm80/g.. tapi sekarang dah naik berganda2. jadi simpanlah emas sebagai pelaburan. jangan cari liabiliti tapi carilah aset.

    ummi@uli@09

    • *
    • Posts: 512
    • La Tahzan
      • View Profile
    Jawab #19 13 January, 2010, 01:34:50 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum.. emas adalah sumber semulajadi yg tidak dapat dibuat oleh manusia. tanah, emas, minyak dan sumber asli yg lain akan habis nanti. simpanlah emas kerana ia dapat menyelamatkan aset kita. wang akan susut nilai. tapi harga emas sentiasa naik. contohnya, zaman dahulu dengan 1sen dapat beli ikan. sekarang 1sen dah tiada nilai. jumpa tepi jalan pun org tak pandang. dahulu kita bawa 50sen sehari saja ke sekolah. tapi sekarang rm5 sehari. emas pula dahulu rm80/g.. tapi sekarang dah naik berganda2. jadi simpanlah emas sebagai pelaburan. jangan cari liabiliti tapi carilah aset.

    wah berkobar2 komen tu...bagus2...1 info yg bagus utk dikongsi..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    25711 Views
    Last post 06 May, 2010, 05:31:56 PM
    by HafizahUmairoh
    10 Replies
    10142 Views
    Last post 30 September, 2012, 05:51:37 PM
    by MATAEMASAN
    11 Replies
    14261 Views
    Last post 17 December, 2012, 05:20:49 PM
    by al_ahibbatu