Author Topik: Doa isteri kunci kejayaan suami  (Read 19519 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

fairuzniza

Doa isteri kunci kejayaan suami
« on: 04 June, 2007, 03:13:10 PM »
Doa isteri kunci kejayaan suami
Oleh Noriah Idris

DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas, kata pendakwah dan perunding motivasi terkenal, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.

Beliau yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman.

Beliau berkata, sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu.

“Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat kejayaan.

“Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga,” katanya.

Katanya, fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman.

“Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah kepada amah.

“Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga,” katanya.

Menurutnya, mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan rumah yang kemas.

“Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah.

“Justeru, sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga,” katanya.

Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri katanya ada peranan tersendiri.

Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting.

“Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan suami.

“Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek.

“Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang,” katanya.

Ustaz Wan Akashah turut menyarankan wanita menjadi golongan yang serba boleh sama ada di pejabat mahupun rumah.

Katanya, kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri.

“Jika anak-anak yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan.

“Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga,” katanya.

Share this topic on Facebook


alhaudhie

  • *
  • Offline
  • Posts: 1855
  • tg
    • View Profile
    • Forum Komuniti Halaqah
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #1 on: 27 November, 2008, 05:57:48 PM »

DOA ISTERI SOLEHAH

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….


http://afizart.blogspot.com/2008/01/doa-isteri-solehah.html

Share this topic on Facebook

ISLAM untuk semua
Bakper: Ustaz cakak ganung pekat.
Jawak: Pasal ghama dok pahang biler cakap standark.

UMMIHANI

  • *
  • Offline
  • Posts: 70
    • View Profile
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #2 on: 28 April, 2009, 03:26:27 PM »
Assalammualaikum w.b.t
Isteri perlu banyak berdoa yang baik-baik untuk suami agar suami itu dipermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.  Berkat doa isteri suami akan sentiasa terhindar dari musibah semasa isteri tiada disisi.  Doa yang baik-baik akan menyatukan hati dengan suami.  Jika isteri marah kat suami, tetap doakan yang baik-baik.  Pulangannya akan datang kemudian, InsyaAllah.  Wassalam.

Share this topic on Facebook


aldawiyah

  • *
  • Offline
  • Posts: 92
  • smile
    • View Profile
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #3 on: 07 May, 2009, 09:08:22 AM »
salam..
xsabar nak jadi isteri nk doakn tok suami..:senyum:

Share this topic on Facebook


aako_dkm

  • *
  • Offline
  • Posts: 435
  • cintailah ilmu
    • View Profile
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #4 on: 07 May, 2009, 10:42:18 AM »
salam..
xsabar nak jadi isteri nk doakn tok suami..:senyum:


amboi2,Aldawiyah..
semangat betul kamu ni yer..
alhamdulillah,kesedaran untuk menjadi isteri yang solehah itu dah ada..
moga2 kamu mendapat pasangan yang soleh,insyaallah,amin..

Share this topic on Facebook

Cinta Rasullallah

[/url]

aldawiyah

  • *
  • Offline
  • Posts: 92
  • smile
    • View Profile
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #5 on: 10 May, 2009, 01:10:26 AM »
eh mesti la aako_dkm....
impian tu....:senyum:..
doakan ana dapt suami yg dapat memimpin dri ana k ^_^

Share this topic on Facebook


NURALFILAILI

  • *
  • Offline
  • Posts: 2
    • View Profile
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #6 on: 01 July, 2010, 12:52:37 PM »
MUDAH-MUDAHAN DAPAT MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH KEPADA SUAMIKU NANTI...
DAPAT MEJADI IBU YANG PENYAYANG KEPADA ANAK-ANAKKU...
DAPAT MENJADI ANAK YANG BAIK KEPADA KELUARGA...
DAN MENJADI INSAN YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT...

Share this topic on Facebook


fayah_89

  • *
  • Offline
  • Posts: 446
  • my
    • View Profile
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #7 on: 01 July, 2010, 01:30:37 PM »
HR Tirmidzi : “Tiada satupun yang lebih mulia bagi Allah melainkan do'a”.

Do’a adalah senjata, do’a adalah bukti begitu kecilnya kita sebagai hamba.
Tidak pantas kita menyombongkan diri karena hanya kepada Allah sajalah
kita memohon pertolongan dan perlindungan.
Apalagi do’a seorang istri kepada suami, seperti kisah Nabi Ayub as.
Ia diuji dengan bencana yang menimpa fisiknya.
Tubuhnya tidak menyisakan satu lobang jarumpun yang sehat.
Tidak ada sesuatupun di dunia ini yang dapat menolongnya, selain istrinya yang
tetap memelihara cintanya karena Allah.
Istrinya selalu melayaninya dan selalu mendo’akan sang suami untuk kesembuhannya,
maka Allah mengabulkan do’anya, memperkenankan permohonannya.
Lalu Allah memerintahkan Nabi Ayub untuk bangkit dan menjejakkan kakinya ke tanah
dan Allah mengeluarkan mata air dari dalam tanah dan menyuruhnya mandi dengan air itu.
Lalu, Allah menghilangkan seluruh penyakit yang ada di tubuhnya.
Itulah buah dari do’a istri yang sholehah.
Do’a Perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki, ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab Baginda,
“Ibu lebih penyayang dari pada Bapa, dan do’a orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.



Kepergian suami di pagi hari dalam rangka mencari nafkah dituliskan sebagai pahala jihad
oleh Allah SWT, maka apa salahnya dan seberapa sulitnya sebagai istri melayani dan
mempersiapkan segala keperluannya, karena Allah menjanjikan dalam HR Bukhari-Muslim :
“Barang siapa menyiapkan perlengkapan orang yang akan berjihad di jalan Allah,
maka ia pun dinilai seperti orang yang berjihad”.


Nah, para istri yang ingin setiap hari dapat pahala jihad layani suami anda dengan sebaik-baiknya,
ingatkan kalo waktunya syuro, liqo, dan kegiatan dakwah lainnya dan jangan lupa
antarkan kepergiannya dengan senyuman dan ucapkan do’a :
"Zawadakillahu Taqwa Wa Ghafara Dzanbaki Wa Yasara Laki Haitsu Ma Kunti"
artinya : Semoga Allah menambahkan ketaqwaan kepadamu, mengampuni dosamu dan melancarkan segala urusanmu dimana saja.

Agar suami anda berangkat jihad dengan lapang dan penuh semangat.
http://kaisan.tblog.com/post/1969965559

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 01 July, 2010, 01:33:32 PM oleh Ayuni_Zuhairah »
Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

mohdazri

  • *
  • Offline
  • Posts: 1076
  • my
    • View Profile
    • http://alhikmahwalsyifa.blogspot.com
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #8 on: 01 July, 2010, 02:38:30 PM »

aduhai sejuknya hati para suami sekiranya sambil isteri mencium tangan suami disaat suami hendak melangkah ke tempat kerja
lalu mendoakan suaminya sambil memberikan senyuman

Share this topic on Facebook


sinarhidup

  • *
  • Offline
  • Posts: 226
  • my
  • sinarilah hidup kita dengan doa
    • View Profile
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #9 on: 01 July, 2010, 03:18:41 PM »

aduhai sejuknya hati para suami sekiranya sambil isteri mencium tangan suami disaat suami hendak melangkah ke tempat kerja
lalu mendoakan suaminya sambil memberikan senyuman


insya Allah moga-moga di kurniakan isteri penyejuk di mata penawar di hati.. :ins:

Share this topic on Facebook

"robbi yasser wala tu'assir"

nur_ezah189

  • *
  • Offline
  • Posts: 115
    • View Profile
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #10 on: 01 July, 2010, 08:22:18 PM »

DOA ISTERI SOLEHAH

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….


http://afizart.blogspot.com/2008/01/doa-isteri-solehah.html

nak copy blh???

Share this topic on Facebook

Indah nya DIuji...~~aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN,Tetapi AKU menerima apa yang AKU PERLUKAN~~

jaimejoothman

  • *
  • Offline
  • Posts: 232
  • my
  • striving for an independent soul
    • View Profile
    • A Long Walk Home
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #11 on: 22 May, 2011, 06:51:20 PM »
Dalam kisah prof Muhd kamil penulis buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, isterinya Puan Roza telah berdoa agar dia berubah dan terbuka hati untuk ke Tanah Suci selama 6 tahun barulah doa itu dimakbulkan.

Katanya, tiada cara seorang isteri yang melihat suaminya jahil dan mahukan yang terbaik buat suaminya melainkan meminta kepada Allah yang Maha Kaya.

Hebat kan kisah-kisah tawakkal ni.

Share this topic on Facebook

A Long Walk Home - http://jaimejoothman.blogspot.com ~ Kerugian & kemiskinan yang paling mengerikan; bahwa surga itu seluas langit & bumi; tapi kita tak beroleh sepijakpun tempat di sana~

mohdazri

  • *
  • Offline
  • Posts: 1076
  • my
    • View Profile
    • http://alhikmahwalsyifa.blogspot.com
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #12 on: 23 May, 2011, 08:40:07 AM »
Doa isteri amat diperlukan oleh seorang suami bagi mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat

Share this topic on Facebook


wardah8990

  • *
  • Offline
  • Posts: 67
  • my
  • “DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”
    • View Profile
Re: Doa isteri kunci kejayaan suami
« Jawab #13 on: 27 November, 2012, 12:26:15 PM »
MUDAH-MUDAHAN DAPAT MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH KEPADA SUAMIKU NANTI...
DAPAT MEJADI IBU YANG PENYAYANG KEPADA ANAK-ANAKKU...
DAPAT MENJADI ANAK YANG BAIK KEPADA KELUARGA...
DAN MENJADI INSAN YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT...


aameennn aameennn aameennn .. sebelum menjadi isteri solehah,jum mendidik diri untuk menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa.. :senyum:

Share this topic on Facebook

Kehidupan dunia ini HINA,dan masa untuk hidup itu singkat..dan tidak ada org yang RAKUS kepada DUNIA melainkan orang yg BUTA HATINYA..


 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
24 Jawapan
6752 Views
Kiriman Akhir 23 August, 2011, 01:58:46 PM
oleh zuraida
12 Jawapan
5485 Views
Kiriman Akhir 31 December, 2009, 01:40:20 PM
oleh jawdan
5 Jawapan
3319 Views
Kiriman Akhir 18 August, 2012, 08:44:39 PM
oleh اَنَا طَالِبَةٌ