Memahami Hikmah dari Ujian Dalam Kehidupan

*

Author Topic: Memahami Hikmah dari Ujian Dalam Kehidupan  (Read 9822 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • Posts: 2192
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
04 June, 2007, 11:15:08 AM
  • Publish
  • MEMAHAMI HIKMAH DARI UJIAN DALAM KEHIDUPAN
     


    Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya.

    Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut. Ujian; sama ada ujian sakit, ujian miskin, ujian isteri atau suami meragam, ujian anak-anak, kena fitnah, kena hina dan sebagainya semuanya dalam kuasa Tuhan. Hakikatnya Tuhanlah yang mendatangkan ujian itu.

    Ujian yang datang ada tiga peringkat atau untuk tiga golongan manusia.

    Peringkat pertama:

    Untuk peningkatan darjat.

    Allah berikan ujian adalah kerana hendak naikkan darjat seseorang di sisi-Nya di Akhirat kelak. Ketinggian darjat di sisi Tuhan ini adalah untuk orang-orang yang taat dengan Tuhan ketika di dunia lagi. Di dunia dia banyak berbuat amal soleh, amal kebajikan tapi masih lagi Allah beri ujian yang berat kepadanya. Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk meninggikan darjatnya di Akhirat kerana ketabahannya dan kesabarannya menghadapi ujian. Ujian seperti ini adalah untuk para rasul, para nabi, para wali dan paling rendah ialah orang soleh. Ujian paling berat kita lihat dalam sejarah seperti yang ditanggung oleh para nabi dan rasul yang mana ia sangat bersesuaian sekali dengan tingginya darjat mereka.

    Peringkat kedua:

    Untuk penghapusan dosa dan didikan langsung dari Tuhan.
    Ujian yang diberi untuk orang-orang Islam yang berdosa. Semua orang ada membuat dosa tidak kira dosa besar atau kecil. Ini adalah kerana manusia biasa bukannya maksum iaitu terpelihara dari dosa seperti para rasul. Jika kita merasakan diri kita tidak berdosa, itu juga merupakan satu dosa.

    Jadi segala ujian ini Allah berikan tidak sia-sia dan ia ada dua tujuan:

    1. Penghapusan dosa Allah Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.

    Sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya. Walaupun hamba-hamba-Nya telah berbuat dosa tapi masih diberi peluang untuk membersihkan dosa sebelum pulang ke pangkuan-Nya dengan jalan diberikan ujian-ujian. Kesabaran dan redha dalam menerima ujian itu akan dinilai oleh Allah sebagai penghapusan dosa.

    2. Untuk ‘post-moterm’ diri

    Manusia lazimnya akan mudah sedar dari kesilapannya apabila ia diuji. Terutama apabila ujian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Manusia yang telah Allah sedarkan ini akan mudah insaf dan akan sentiasa membaiki diri daripada kesalahan lalu dari masa ke semasa. Maha Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan cara diuji. Tetapi kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu. Supaya dengan itu kita dapat tabah dan redha dengan ujian Tuhan. Jika terasa berat ujian yang ditanggung, kita faham ujian itu memang sesuai dengan kita kerana telah banyak buat kesalahan dengan Tuhan atau sesama manusia. Oleh itu jika kita sedar maka kita akan berkata,
    “Terima kasih Tuhan kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”

    Manusia apabila ditimpa musibah sebagai ujian hidupnya, dia akan mudah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Jika tidak dia akan mudah lupa daratan, merasa diri hebat, tidak mahu terima pandangan orang lain. Ujian ini bagi orang yang faham ialah didikan terus dari Allah SWT. Tetapi jika seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang didatangkan, ia akan hilang pertimbangan dan tidak boleh menilai tujuan baik Tuhan dalam memberi ujian itu. Orang yang tidak redha ini biasanya disebabkan tidak faham akan ilmunya. Jika ilmu mengenai ujian itu sendiri tidak ada, bagaimana pula hendak mengamalkannya?

    Peringkat ketiga:

    Bala atau hukuman dari Tuhan
    Diperingkat ini ujian terbahagi pula kepada dua:

    1. Untuk orang-orang kafir

    Ujian diturunkan untuk semua peringkat manusia bukan untuk orang Islam sahaja bahkan termasuk juga orang-orang bukan Islam. Mereka juga menghadapi musibah kesusahan, kesedihan, mala petaka seperti gempa bumi, kebakaran, kematian dan sebagainya. Tetapi oleh kerana mereka itu orang-orang yang tidak beriman maka segala ujian yang ditimpakan ke atas mereka itu tidak boleh meningkatkan diri mereka itu menjadi baik. Malah mereka menjadi semakin jahat, semakin jauh dari Tuhan. Jika mereka boleh bersabar sekalipun dengan ujian tersebut, tiada pahala dan apa-apa kebaikan Akhirat untuk mereka.


    2. Untuk orang Islam


    Iaitu orang-orang Islam yang sudah terlalu jahat atau terlalu zalim dan sudah tidak boleh diinsafkan lagi. Tujuan didatangkan ujian di dunia ialah kerana Tuhan hendak hukum dia di dunia lagi sebelum di Akhirat. Jika ujian yang Allah berikan di dunia itu dapat menyedarkannya, maka selamatlah dia di Akhirat kelak. Itu pun jika dia faham akan hikmah yang tersirat dalam ujian itu. Kesimpulannya jika kita diuji oleh Allah, lebih baik kita anggap diri kita dalam golongan peringkat kedua kerana golongan dalam peringkat yang pertama hanya untuk orang yang luar biasa iaitu para nabi dan rasul.. Kita anggap diri kita golongan yang banyak berdosa kepada Tuhan dan layaklah kita dihukum. Manakala

    3. Untuk orang yang jahat.

    Kalau selepas diuji dia bertaubat, betulkan sembahyang, berpuasa, bermaaf-maafan, bertolong bantu, insya-Allah di samping Allah mengampunkan dosa kita, Tuhan juga akan selesaikan masalah kita.
    TuhAN cInTa aGuNg..

    zaitihamdan

    • *
    • Posts: 559
    • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
      • View Profile
    Reply #1 04 June, 2007, 11:46:49 AM
  • Publish
  • satu cerita :

    Seorang anak berusia 3 thn yang keluar jalan2 ngan ibunya, tiba2 trpandang aiskrim. Dia mintak dengan ibunya. Tapi tiba2 ibunya tak bagi. Puas dia pujuk ibu dia sebab dia dah lama tak makan aiskrm tapi ibunya tak bagi jugak. ketika tu anak tu fikir "mesti ibu aku dah tak sayang aku..ke mana perginya kasih sayang seorang ibu???"

    Si anak tak tahu yang dia sebenarnya ada penyakit lelah dan kencing manis. Dia rasa dia sihat. Tapi ibunya tahu dia sakit. So itulah sebabnya ibu dia tak bagi. Ibu dia tak bagi tu sebab terlalu sayangkan anak dia....

    Pada pandangan si anak, ibunya telah berlaku kejam dengan tak bagi dia makan aiskrim. dia tak tahu yang dia ada penyakit tu. Kalau ibu dia bagitahu pun, dia pasti takkan mengerti sebab umur dia terlalu muda!

    Dalam hidup ini, tak semua benda yang kita rasa elok tu baik untuk kita. Kita ni ilmu terbatas.Tak mungkin kita boleh capai taraf ilmu Allah. Allah sebagai Pencipta, tahu segala yang terbaik buat kita. Allah ada sebut dalam Al Quran yang lebih kurang bermaksud "Ada perkara yang kamu suka tetapi sebenarnya ia adalah keburukan buat kamu. Ada perkara yang kamu benci tetapi sebenarnya ia adalah kebaikan buat kamu"

    Ramai yang menyangka, dalam hidup ni kalau dapat duit banyak, hidup senang lenang, dapat suami hensem gile, dapat isteri cantik, rumah besar bla bla bla.., maka itu adalah yang terbaik. Itu yang kita kena dapat. Kalau tak dapat kita merungut.

    Tapi kita pernah terfikir tak, sebenarnya orang2 yang banyak dapat rahmat Allah di dunia ni, sebenarnya dia dapat ujian yang lebih banyak!


    Daripada Sahabat2 Rasulullah yang dijanjikan Syurga, Abd Rahman bin Auf r.a. masuk last sekali. Dikatakan, beliau akan masuk secara mengensot. Kenapa? Kerana di kalangan Sahabat, beliau yang paling kaya. Beliau yang paling banyak dapat rahmat Allah. Maka Allah akan kira satu persatu ke mana kita gunakan rahmatNya tu...

    aku yang perasan pandai nak bagi tips untuk rasa happy..:senyum: ha..:

    Ko kena sentiasa berfikiran positif.Jangan Su'u zhon (bersangka buruk) dengan Allah. Allah bagi ko kecacatan di dunia, mungkin kerana Allah nak bagi ko kecantikan lebih dari orang lain di akhirat kelak.,Allah bagi ko muka yang tak berapa cantik di sini, mungkin nanti ko akan jadi ketua bidadari syurga yang jelita lagi menawan, akhirat tiu kekal abadi akwan, dunia ni sementara aje..ingat..SEMENTARA AJE!!

    Yang penting, ko kena redha dengan apa yang Allah bagi. Ko yakin kan Allah Maha Mengetahui? So mungkin sekarang ko nampak seolah2 Allah tak kasih, tak sayang ko tapi sebenarnya Allah nak bagi ko benda yang lebih baik di akhirat!

    Kalau ko rasa ko terseksa hidup di dunia dan ko nak salahkan Allah, ko yang rugi sebab kalau ko buat camtu, kat akhirat nanti ko takkan dapat apa2. Tapi kalau ko redha dan terima apa yang Allah bagi, InsyaAllah kat akhirat ko dapat lebih dari yang orang lain dapat. Kalau ko sabar untuk tempoh dlm 60thn hidup di dunia, insyaAllah ko akan dapat ihsan Allah di akhirat yang kekal abadi!

    Sebabtulah aku ccakap ko ni bertuah.Allah buka ko peluang untuk ko dapat rahmat di akhirat dengan tak bagi terlalu banyak kenikmatan di dunia yang sekejap ni. berapa ramai orang di luar sana yang kaya, ada suami hensem, bini yang cantik dan tak cacat, tapi mengabaikan nikmat yang Allah bagi. Nanti di akhirat diaorang dah tak dapat apa2! Diaorang senang kejap je tapi Allah nak bagi ko senang selama-lamanya nanti!

    APA YANG PERLU KO BUAT ADALAH REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH, YAKIN BAHAWA ALLAH MAHA MENGETAHUI...


    Lain kali kalau ada sesiapa kutuk ko, kalau ada sesiapa kata ko cacat, muka ko burghok, ko terus mengadu kat Allah. Ko cuba lah buat. Mengadu macam budak kecik mengadu kat mak dia. Ko anggap ko tak berdaya betul2 so ko mengadu sungguh2 kat Allah.. Allah mungkin takkan jadikan ko cantik, Allah mungkin takkan jadikan ko tak cacat (Allah boleh buat kalau Dia nak), tapi sekurang2nya hati ko akan tenang, InsyaAllah. Ko akan jadi lebih kuat sebab ko yakin kalau ada apa2 pun, ko ada tempat mengadu...Rasulullah buat cara camni lah, sebabtu baginda boleh solat sampai bengkak kaki!

    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #2 04 June, 2007, 05:16:12 PM
  • Publish
  • ..ujian utk melayakkan diri ke syurga..
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    cnk

    • *
    • Posts: 43
      • View Profile
    Reply #3 16 October, 2009, 04:19:24 PM
  • Publish
  • Subahanallah..insaf sy..terima kasih kawan kerana menyedarkan saya supaya sentiasa bersyukur dan menghargai segala  nikmat pemberian Allah di muka bumi ini..

    hana_maiz

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #4 16 October, 2009, 04:23:19 PM
  • Publish
  • sabar ye~...
    itu semua dugaan hidup~
    semoga ALLAH menberkati anda~ :aamiin:

    che may

    • *
    • Posts: 200
      • View Profile
    Reply #5 16 October, 2009, 04:47:33 PM
  • Publish

  • kisah si penjual tempe

    Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuantua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe danmenjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

    Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untukpergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang kedelai hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Biasaannya tempe beliau telah masak sebelum berangkat. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang semuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum jadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.

    Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahwa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat keduatangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang kedelai ini menjadi tempe. Amin"Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itumenjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang kedelai. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula danberdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapatmenjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang kedelaiku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

    Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mulai didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun karena keyakinannya yg sangat tinggi dia meneruskan untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

    Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi dalam perjalanannya kepasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju kepasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini.Amin".

    Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempeyang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudahmula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidakdikabulkan. Dia merasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya sumber rezekinya, hasil jualan tempe.

    Dia akhirnya cuma duduk saja tanpa memamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahwa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh jadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mulai kurang. Dia melihat-lihat kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahwa hari ini tidak ada hasil jualan yang bisa dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.

    "Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, apa ibu menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum ketemu lagi."Dia termenung dan terkanget-kaget seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini jadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah kagetnya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi!

    Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis semua tempenya yang belum jadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahwa anaknya yang kini berada di Inggris ingin makan tempe dari desa. Dikarenakan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di Inggris nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah jadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak enak lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun keheranan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah dimakbulkan oleh Tuhan...

    moral of the story......

    Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa,padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apayang terbaik untuk diri kita.

    Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagaihambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yangdipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai denganrancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

    Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
    kenalilah dan cintailah islam kerana kebahagiannya ada padanya..

    ina89

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #6 16 October, 2009, 06:54:09 PM
  • Publish
  • mabruk che may,kisah ni bnr2 tkesan..

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 620
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #7 16 October, 2009, 08:03:02 PM
  • Publish
  • che may dan yang lain telah memberikan satu cerita mempunyai moral yang tinggi.. saya sendiri begitu terkesan dengan cerita ini.. terima kasih che may.. moga cerita ini dapat memberikan satu motivasi kepada kita supaya tidak berputus asa dan tidak buruk sangka pada Allah.. insyaAllah..
    « Last Edit: 16 October, 2009, 09:02:08 PM by wan_sgmt »
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #8 16 October, 2009, 08:44:23 PM
  • Publish
  • Kita ni xlepas dari ujian. Ujian masa susah,ujian masa senang.. Satu je tempat yg serba tenang abadi.. Ia iaitu SYURGA.. Moga kita di takdirkan syurga oleh ALLAH. Amin..

    p/s: Beruntunglah Bagi mereka yg berfikir,Bagi mereka yg berakal,Bagi mereka yg bertakwa dan Bagi mereka yg cuba mengetahui.. Tidak ALLAH jadikan suatu perkara sia-sia..
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    miftahul jannah

    • *
    • Posts: 132
    • jihad fisabilalLAH...
      • View Profile
    Reply #9 16 October, 2009, 09:56:12 PM
  • Publish
  • assalamualaikum....
    insyaALLAH....melalui ujian ALLAH, menjadikan aku hamba yang kenal siapa TUHAN ku...siapa yang menciptakan ku..
    dengan  ujianNYA juga menjadikan aku manusia yang mengenal erti sabar, aku yakin ALLAH telah mengatur setiap apa yang berlaku..
    aku mungkin tidak layak keSYURGA TUHAN ku namun aku juga takut untuk menjejakki api NERAKA..
    YA ALLAH...apa yang ku impi didunia ini adalah seinfinit redha mu bukan nya sekelumit redha manusia untuk ku...(-_-)

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #10 16 October, 2009, 11:02:03 PM
  • Publish
  • apabila musibah menimpa kita..
    alhamdulillah..
    tandanye Allah sayang pada kita..
    maka bersangka baiklah kite pada Allah..
    =)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 02 December, 2009, 02:40:00 PM
  • Publish
  • KEHIDUPAN ini sarat dengan ujian dan dugaan, seperti diungkap oleh al-Imam al-Syafie. “Ujian zaman datang begitu banyak, silih berganti tidak berhenti, manakala kegembiraan sedikit sekali mengunjungimu seperti datangnya hari perayaan; masa itu dua; yang tenteram dan sukar, kehidupan juga ada dua bentuknya; tenang dan bergolak.”

    Ujian dan dugaan ditimpa demi menguji keimanan, kebijaksanaan serta keteguhan semangat mereka dalam menghadapi dan mengatasinya. Dalam hubungan ini, al-Quran menjelaskan kehidupan dan kematian ditakdirkan sebagai ujian bagi manusia, “Dialah yang mentakdirkan mati dan hidup (kamu)  untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah antara kamu lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat);” (Surah al-Mulk 67 : 2)
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #12 14 July, 2011, 12:00:18 PM
  • Publish
  • kehidupan ini adalah ujian,ujian tidak akan ada jika tidak ada kehidupan.dan sebagai manusia yang yakin dengan Allah s.w.t kita perlu sedar bahawa ujian adalah qada dan qadar Allah s.w.t ke atas diri kita untuk menguji sejauh mana keimanan kita

    nadeea

    • *
    • Posts: 156
      • View Profile
    Reply #13 14 July, 2011, 12:36:39 PM
  • Publish
  •  :)

    Terima kasih banyak-banyak dengan cerita-cerita yang mendidik jiwa ini.
    Memang macam kene dekat diri sendiri. Dan ia amat menyedarkan :syukur:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    4580 Views
    Last post 26 October, 2010, 05:48:33 PM
    by cahaya pencinta
    10 Replies
    4676 Views
    Last post 18 December, 2012, 10:39:24 PM
    by azrinkun
    6 Replies
    762 Views
    Last post 26 January, 2014, 07:44:25 PM
    by deuteromalay