KADAM ?

Author Topic: KADAM ?  (Read 3284 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Thabit

  • *
  • Posts: 27
    • View Profile
12 June, 2009, 12:50:02 PM
  • Publish Di FB
  •  :) sahabat Halaqah sekalian,disini saya ada satu soalan mengenai KADAM. KADAM yang saya maksudkan ini,daripada apa yang saya diberitahu,mereka ini adalah diantara 10 wali Allah yang terpilih.Antaranya KADAM YASSIN , KADAM AYAT KURSI , KADAM 3 KUL...Saya agak musykil dan diharap kepada sesiapa yang dapat menjelaskannya saya ucapkan ribuan terima kasih dan betulkah mereka ini wujud ?Sekian. :)
    Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.

    beruang

    • *
    • Posts: 1354
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Jawab #1 12 June, 2009, 02:46:53 PM
  • Publish Di FB
  • :) sahabat Halaqah sekalian,disini saya ada satu soalan mengenai KADAM. KADAM yang saya maksudkan ini,daripada apa yang saya diberitahu,mereka ini adalah diantara 10 wali Allah yang terpilih.Antaranya KADAM YASSIN , KADAM AYAT KURSI , KADAM 3 KUL...Saya agak musykil dan diharap kepada sesiapa yang dapat menjelaskannya saya ucapkan ribuan terima kasih dan betulkah mereka ini wujud ?Sekian. :)

    Saya x pernah dengar kadam yang tuan maksudkan tapi yg saya tahu kadam ni orang suruhan. Yang dinamakan kadam Yassin dan sebagainya ana dengar orang kata kalau seseorang itu beramal dengan ayat al-quran maka dia akan mendapat pertolongan. Benda sebenar / identiti kadam ni yang sebenarnya ana pun x tahu. mungkin halaqian lain tahu....

    Thabit

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Jawab #2 12 June, 2009, 03:15:33 PM
  • Publish Di FB
  • Terima kasih saudara beruang atas pengetahuan saudara tu, cuma mencari kebenarannya sahaja.

    acit

    • *
    • Posts: 703
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #3 12 June, 2009, 05:22:18 PM
  • Publish Di FB
  • Khadam itu dari segi maksud mudahnya ialah orang suruhan / pesuruh atau orang gaji iaitu
    mereka yang kita suruh atau arahkan untuk membuat sesuatu perkara.Tetapi dalam konteks
    soalan ini,khadam yang dimaksudkan itu ialah penjaga sesuatu ayat atau penjaga sesuatu Ilmu itu.

    Memang wujud penjaga sesuatu ayat itu samada dari kalangan para wali/Nabi-nabi atau dari kalangan jin.
    Apabila seseorang itu telah beramal bersungguh-sungguh sesuatu ayat itu (termasuk ayat Al Quran / jampi)
    selama 40 hari berturut-turut maka ia sudah mempunyai Khadam ayat, kalau amalan itu hanya kerana berkat ayat
    maka khadam itu datang dari kalangan jin ,yang boleh memesongkan akidah manusia malah boleh membawa
    kepada perbuatan khurafat dan syirik.

    Amalan membaca/mengamalkan sesuatu ayat dari Al Quran itu hendaklah bersandarkan pada Allah Ta'ala
    semata-mata,keberhasilan dari amalan itu merupakan anugerah dan kurnia dari Allah; bukan dari ayat yang dibaca
    itu.Ayat itu adalah sebagai elemen atau pengantara bagi maksud tersebut.Ayat yang dibaca itu tidak boleh mendatangkan
    apa keberkatan atau kuasa melainkan dari kekuasaan dari Allah.

    Apabila amalan atas berkat kerana ayat,maka ia lebih cenderung membawa kepada syirik,menyatakan ada kekuasaan
    lain daripada Allah.Inilah kekeliruan yang kerap terjadi dalam masyarakat kita.Amalan itu tidak salah tetapi yang salah
    itu dari qasad hati.

    Kita beramal sesuatu perkara wajib dinisbahkan kepada Allah semata-mata,tidak pada yang lain selain Nya, tidak kepada
    Khadam ayat,tidak kepada Malaikat.Bacaan itu hanya suatu medium atau alat bagi menguatkan pergantungan ,harapan
    dan penyerahan kita pada Allah s.w.t. 

    Bila ada pengantungan pada Khadam ayat , maka Allah Ta'ala sudah diletakkan di kedudukan kedua.Perkara ini sangat
    membahayakan pada akidah.Perkara yang nampak kecil pada kita,tetapi besar di sisi Allah Ta'ala.
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    Thabit

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Jawab #4 12 June, 2009, 05:38:17 PM
  • Publish Di FB
  • Terima kasih pak Acit atas keterangan tadi..

    divider3
    halaqahforum4