Sediakan tempat perlindungan untuk wanita terlanjur

*

Author Topic: Sediakan tempat perlindungan untuk wanita terlanjur  (Read 6357 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

SNF

  • *
  • Posts: 904
  • "Kau ibarat permata berharga"
    • View Profile
12 June, 2009, 11:08:45 AM
  • Publish

  • Zina adalah dosa besar yang amat perlu dihindari oleh manusia. Ini kerana ia bukan sahaja merosakkan nasab atau keturunan manusia tetapi juga mendatangkan pelbagai masalah sosial. Yang terbaru ialah perbuatan membuang bayi.

    Youngmalaysian telah memetik satu wawancara yang disiarkan oleh utusan Malaysia dan amat tertarik dengan isu ini untuk dibincangkan oleh pengunjung laman ini.  

    Manusia sebagai sebaik-baik kejadian dibekalkan akal dan nafsu. Justeru amat penting sentiasa meletakkan akal di tempat teratas supaya kita menjadi hamba Allah s.w.t yang patuh. Sebaliknya, jika nafsu menguasai diri, akan binasalah manusia. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya, Dan jangan engkau ikut hawa nafsumu, engkau akan disesatkannya daripada jalan Allah… (Saad: 26)

    Bagi mengupas persoalan ini, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, MOHD. SHAHARANI SAIBI menemu bual pensyarah kanan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Prof. Madya Asmak Ali.

    UTUSAN: Apakah konsep kasih sayang dan cinta dalam Islam?

    ASMAK: Islam tidak pernah melarang umatnya menyemai perasaan cinta. Sebabnya, cinta itu adalah fitrah manusia. Sebagai menggalakkan pergaulan dan menyemai rasa cinta serta hormat menghormati Allah s.w.t berfirman: Wahai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan (bapa dan ibu) dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. (Al-Hujurat: 13)

    Persoalannya ialah bagaimana kita perlu membataskan pergaulan itu agar ia tidak membawa mudarat. Lebih-lebih lagi sehingga membawa kepada zina, perbuatan yang amat dilarang oleh Islam. Sebab itu dihujung ayat tersebut Allah menyebut: Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa.

    Sebagai Muslim, kita perlu sentiasa meletakkan akal menguasai diri. Ini kerana akal pentingkan perkara yang lebih baik dan lebih patut pada akibat. Hawa atau nafsu pula tabiatnya tidak mahu melihat pada akibat yang membahayakan dan buta daripada melihat akibat.

    Permusuhan antara manusia dengan nafsu ini adalah dalam hal mentaati syaitan dan dalam hal mengikut tabiat kehaiwanan serta mengikut syahwat dan hawanya. Ini menyebabkan berlakunya sumbang mahram atau perbuatan haruan makan anak. Perkara ini turut dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya, Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan. (Yusuf: 53)

    Perbuatan membuang bayi sehingga membawa kepada kematian ini seolah-olah membawa kita ke zaman jahiliah moden. Bolehkah kita katakan begitu?

    ASMAK: Saya bersetuju. Cuma pada zaman jahiliah yang dibunuh atau ditanam hidup-hidup adalah bayi perempuan. Namun zaman sekarang tidak kira jantina. Orang jahiliah menanam anak tetapi sekarang sebahagiannya membuang anak. Keadaannya semakin serius. Sebab itu ia boleh dikatakan sebagai perbuatan jahiliah moden.

    Kalau kita melihat sejarah, pembunuhan bayi perempuan ketika itu adalah bagi menutup aib di masa depan kerana ketika itu perzinaan adalah berleluasa malah menjadi budaya masyarakat.

    Hasil pengakuan remaja yang terlibat di media, saya berpendapat, kebanyakan yang terlibat membuang anak hasil zina ini adalah remaja luar bandar. Mereka mengalami kejutan budaya melihat kebebasan berada di bandar. Selalunya remaja di bandar lebih advance dalam langkah mencegah kehamilan melalui penggunaan kondom dan sebagainya.

    Apakah punca remaja kini seolah-olah hilang rasa malu?

    ASMAK: Pokok pangkal kepada semua perlakuan maksiat ialah iman. Sebab itu Rasulullah bersabda antara lain: Seseorang yang hendak berzina tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya… (riwayat Syaikhan)

    Mereka yang terlibat dalam maksiat atau jenayah adalah golongan yang tidak beriman semasa melakukannya. Ini kerana orang beriman mempunyai sifat ihsan, iaitu merasakan Allah sentiasa memerhati mereka.

    Satu lagi faktor pendorong ialah filem-filem termasuk filem tempatan lebih cenderung membudayakan berpacaran. Dalam kebanyakan filem termasuk berkaitan kampus, slot percintaan muda-mudi dan budaya hedonisme sentiasa diselitkan. Seolah-olah couples itu menjadi wajib hatta kepada siswa dan siswi.

    Apa yang lupa kita tekankan ialah percintaan itu memerlukan tanggungjawab. Jangan mainkan perasaan orang dan salah satu caranya ialah menjaga adab terutama jangan bersama sebelum nikah.

    Remaja terutama anak gadis perlu memilih sama ada menjadi orang tidak ternilai iaitu yang mempunyai harga diri, yang sentiasa menjaga batas aurat dan pergaulan atau orang yang tidak bernilai atau sampah masyarakat.

    Orang lelaki pula perlu ingat tanggungjawab mereka sebagai pemimpin wanita. Bukannya sebagai pembinasa atau yang mengambil kesempatan terhadap sifat lemah-lembut wanita.

    Selalunya wanita yang terlibat dalam zina ini dalam dilema kerana dicerca, malah ada yang dibuang keluarga. Apakah peranan ibu bapa dalam hal ini?

    ASMAK: Yang pertama, ibu bapa jangan mengambil sikap `berpatah arang dan berkerat rotan’ dengan anak. Zaman dahulu, kita menghalau anak dari rumah, mungkin mereka tidak berani keluar tetapi zaman sekarang, keadaan adalah sebaliknya.

    Islam menetapkan keutamaan menghindarkan mudarat yang lebih besar adalah lebih utama. Buruk baik perbuatan, mereka tetap anak dan darah daging kita.

    Yang kedua, jangan kerana kesilapan itu menjadi penyebab rosaknya seluruh masa depan mereka. Allah itu maha penyayang lagi maha pengampun. Didik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Mudah-mudahan kehidupan mereka akan bertambah baik.

    Dalam masa yang sama, anggaplah perzinaan atau maksiat oleh anak kita sebagai ujian Allah. Paling penting ialah bagaimana kita mengatasi masalah itu secara berhikmah.

    Tekanan yang terlalu kuat kepada wanita terlibat boleh membawa kepada pembuangan bayi kerana mereka tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu. Masyarakat pula lebih ramai yang mencemuh daripada yang membantu.

    Maknanya, kita memerlukan pusat jagaan bagi golongan sebegini?

    ASMAK: Ya. Jangan biarkan mereka terkapai-kapai. Lebih baik jika disediakan pusat pengaduan atau pusat penjagaan untuk mereka. Wanita yang terlibat dalam perzinaan ada di antaranya akibat termakan dengan pujuk rayu dan janji manis teman lelaki. Namun apabila mereka mengandung, selalunya lelaki terlibat tidak mahu bertanggungjawab.

    Melalui pusat-pusat tersebut, kebaikannya bukan sahaja kepada wanita terlibat tetapi juga kepada anak yang dikandung mereka. Jangan pula salah tafsir saya menggalakkan perbuatan haram ini. Sekali jatuh tidak bermakna hidup kita sudah berakhir.

    Wanita terlibat perlu diberi didikan agama dan sesi kaunseling agar kekosongan dalam jiwa mereka diisi. Anak mereka pula boleh dijadikan anak angkat oleh mereka yang layak selepas melalui proses temuduga dan pemilihan tertentu.

    Dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), adakah ibu bapa perlu mengubah cara mendidik anak agar sesuai dengan perubahan zaman?

    ASMAK: Saya setuju. Dalam dunia tanpa sempadan ini, maklumat mudah diperolehi melalui Internet. Kebanyakan rumah juga mempunyai kemudahan Internet dan jarang kita sebagai ibu bapa dapat mengawal semua maklumat yang mereka layari. Menyediakan kemudahan ini di rumah lebih baik daripada kita membiarkan anak-anak ke kafe siber.

    Oleh itu, adalah perlu ibu bapa mempunyai parenting skill. Mereka tidak boleh lagi hanya menghukum tanpa memberi alternatif. Jangan terlalu rigid. Kalau kita tidak benarkan anak menonton wayang, mereka boleh berbuat demikian secara sembunyi-sembunyi. Adakalanya kita perlu membawa mereka menonton wayang bersama-sama ataupun kita membeli cakera padat (CD) dan menontonnya bersama-sama keluarga.

    Pendek kata, ibu bapa kini perlu lebih mendekati remaja. Selami perasaan mereka, jangan amal pemerintahan kuku besi. Ini bagi mengelakkan mereka rasa bengkek (marah).

    Antara amalan yang boleh mengikat rasa kasih sayang sesama keluarga ialah solat berjemaah. Sekali-sekala, apa salahnya kita solat berjemaah bersama keluarga selain berjemaah di masjid dan surau. Ingatlah firman Allah, Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar. (Al-Ankabut: 45)

    Benarkah ada pandangan bahawa anak luar nikah ini berdosa dan pembawa sial?

    ASMAK: Dakwaan sedemikian adalah tidak berasas.. Buktinya, sabda Rasulullah: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah (suci). Ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada menjadi yahudi, nasrani atau majusi. (riwayat Syaikhan).

    Allah juga menegaskan, Orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. (Faathir: 18)

    Semua ini menjelaskan kepada kita bahawa iman dan dosa itu tidak diwarisi.
    « Last Edit: 13 November, 2009, 10:32:56 AM by Ummi Munaliza »

    hanimnorlaila

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #1 13 November, 2009, 12:34:18 AM
  • Publish
  • ana cum nak berkongsi cerita.... moga jadi pengajran buat semua.zina nie.kadang2 bukan kerana kehendak,wlpn prmulaannya mcam kehendak juga.satu kisah.tak pasti la apa pendapat shabat.tapi bagi ana kisah ni amat mendalam dalam jiwa ana kerana terjadi pada sahabat paling dekat dengan ana.kisah pertma.sahabat rapat ana,ana dah melarang dia bercinta dengan lelaki ni.kerana kejadian yg x baik penah berlaku depan mata ana.dirumah ana..masa tu ana pun sama2 jahil.dia datang study kat rumah.bawa pak we dia gak..jadi la perkara ringan.ana nampak pun secara x sengaja..kemudian,persahabatan kami makin renggang,ana buat keputusan x nak pedulikan dia,x nak pk masalah dia pasal masa tu sibuk untuk spm..... jadi,ana cakap kat dia,buat la keputusan terbaik untuk diri awak...ana tengok dia makin x terkawal..seminggu sebelum spm,ana cam perkara x elok.tapi ana x sanggup nak tanya,x berani nak sangka buruk.tapi ana pi farmasi...tanya2 pasal ubat...then kakak farmasi tu cakap.. "ntah2 kawan awak tu pregnant" ana dgn sorang sahabat cakap...x mungkin... kami pun keluar.jempa dgn cg yg baru nak ,masuk dlm tu.he3..nasib sempatr menyorok.bila minggu exam,ana tngok dia dari jauh je..dia makin sihat.bagi ana.dia da sihat.ana x peduli dia dah..sedar2 dapat kepi]utusan spm..masa tengah gembira...ana dapat meseg dari cg.... ""0awak pandia berahsia dgn cg ye' ana x faham....tb2 hp kawan berbunyi "betul ke A kawin??pregnant??" rasa macam terkejut sngt...ana col kawan ana tu.dia kata x ..tapi semua cakap ye....cikgu pun cakap ye,tapi ana x percaya.sampai satu masa..Ana demam,pi klinik.ana jumpa dia dkat bhagian ibu mengandung....kecewa dan sedih.....ana rasa ana dah gagal jadi kawan yg baik pada dia..kesalahan dia kerana kegagalan ana.menyesal snagt...dia dah kawin..tinggal dgn mak mentua..dapat smbg belajar.tapi x pergi..ana nekad..anan akan tlong dia hrungi semua nie... anak dia dah lahir.mudah sgt bersalin.hbgn dgn keluarga makin baik...ana harap dia akan terus istiqamah berubah bersama suami dia..pasa k=sahabat2.jgn putus asa nasihat kawan.jgn jadi mas=cam ana..... amik la pengajran,.... semoga sahabat ana itu  beertaubat untuk selamanya........amin..........

    Annalthafunnisa

    • *
    • Posts: 519
    • put ALLAH first,everything will come to you..
      • View Profile
    Reply #2 13 November, 2009, 07:12:44 AM

    means dia terlanjur dulu bARU kawen?
    smile until you cant smile;

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #3 13 November, 2009, 08:44:16 AM
  • Publish
  • Benarkah ada pandangan bahawa anak luar nikah ini berdosa dan pembawa sial?

    ASMAK: Dakwaan sedemikian adalah tidak berasas.. Buktinya, sabda Rasulullah: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah (suci). Ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada menjadi yahudi, nasrani atau majusi. (riwayat Syaikhan).

    Allah juga menegaskan, Orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. (Faathir: 18)

    Semua ini menjelaskan kepada kita bahawa iman dan dosa itu tidak diwarisi.

    Bagus jika yakin nya demikian

    REAL LIFE STORY
    anaknya, belajar di UK. terlanjur, dapat anak, terus menikah di UK, balik malaysia buat buat tak tahu sahaja.

    yang jadi masalah ialah, bapa si lelaki tu, menjadi, Gila isim, naik basikal serata tempat, baca ayat quran, dan tanya manusia sekeliling, apa hukumnya...........
    di masa yang lain, si bapa tu, mengejar wanita wanita di kampung

    malulah sekeluarga di kampong

    anak yg berbuat zina tu, selamba sahaja, malahan menjadi keluarga yg extreme, dalam rumah org lain takleh masuk, isteri pakai jubah hitam tutup semua.

    Hebat tu Allah uji, tak boleh nak Ikhlaskan diri. Anak buat salah, bapa jadi mangsa, bercerita hukum al quran, bagai org gila

    what can I do, can look, ziarah bapa dia, muga sabarlah

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #4 13 November, 2009, 10:21:03 AM
  • Publish
  • Saya mencadangkan sediakan bakal suami soleh yang sanggup memperisterikan wanita yang terlanjur dan sudah bertaubat ini agar menjadi wanita yang terbela dan solehah.

    fatihah88

    • *
    • Posts: 201
      • View Profile
    Reply #5 13 November, 2009, 11:34:10 AM
  • Publish
  • Saya mencadangkan sediakan bakal suami soleh yang sanggup memperisterikan wanita yang terlanjur dan sudah bertaubat ini agar menjadi wanita yang terbela dan solehah.

    Alhamdullilah la kalau masih ada lelaki yang masih sanggup nak buat begini..
    Ubahlah diri, nescaya oran lain akan berubah hasil perubahan kita

    hanimnorlaila

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #6 13 November, 2009, 12:06:24 PM
  • Publish
  • a.ah.....sahabat ana terlanjur baru kawin,sekarang dia dah mulakan satu kehidupan baru...dah jadi ibu pun.ana nak berkongsi kisah ke 2 .nie cerita benar,berlaku waktu yang hampir sama dengan kisah pertama tadi.tapi sahabt aba yang nie.belum kawin,keadaan berbeza ,dan  untuk pengajaran bagi insan2 yAng bercouple bahawa,kadang2 zina tu berlaku tampa kerelaan kita.....ceritanya begini..
    sahabat ana couple dgn lelaki 2a0-an.dia sekadar suka2 sahaja, lelaki tu pun "macam baik". seminggu sebelum exam....... dia keluar makan kat kedai dgn pak we dia.ana x pasti mcm mana dia boleh keluar malam.tapi utk pengetahuan semua dia sahabat ana kat tusyen..dia pi tusyen dgan motor pasal memang kena pegi degnan motor.dia anak sulung........ kemudian....sambung cerita tadi.... sudah makan pak we dia bawa dia pi satu tempat sunyi.kat situ pak we dia nak buat x senonoh..tapi x da la sampai menyerahkan segalanya.katanya..masa dia mrenolak permintaan pak we dia.datang 2 lelaki remaja bawa kayu kata dari ajk surau kat situ.dorang kena "tangkap basah".pak we dia merayu..then lelaki tu kata boleh dgn syarat.korang ikut kami..dorang pun ikut la ke satu tempat yg lebih sunyi..kat situ,lelaki tu saruh dorang bersetubuh di depan mereka.... hilanglah segalanya.lepas tu..barang2 berharga dorang hp,duit.semua dirampas....sebab tu ana x dapat hubungi kawan ana waktu awal lepas spm...... lepas peristiwa tu.sahabat ana xda tempat mengadu......kat parents x barani..adik2..dorang x tahu pape..abang kakak x da.kawan2....... dia x percayakan clasmate dia...dia risau takut pgnant.jadi dia tunggu sampao waktu dia datang bulanbaru dgn nekadnya dian mintak putus dgn pak we dia..pak we dia ugut untuk bgthu parents dia.pak we dia penah mintak untuk buat lagi... last3..tahap kemuncak,pak we dia datang rumah dia bgthu mak dia..tapi dia pandai bagi helah..dia dapat buat mak dia percaya yg laki tu tipu coz terlampau syok kat dia..... last...dapatla dia lari dari lelaki tu.kemudian dia dapat sambung belajar kat u.....dapan umah dia..dia minat bidang tu..dan lagi satu,dapat sambung jauh.tapi dia x minat...kerana nak lari dari kisah silam...dia p yang jauh wlpn x minat...di u..dia tertekan..akhirnya dia dapat tawaran kerja kerajaan.dia kerja..tetappi diasak ayahnya umtuk kerja sambil belajar.........eh.terlebih lak part nie..kesimpulannya............ kalau ada adik2 atau kawan2 kita.yang seminggu sebelum exam..kena macam nie...adakan akan berlaku pekara yg sama..lelaki2 nie terlepas bebas..kawan ana tanggung segala..dia tahu,berpunca dari dia coz keluar dgn pak we dia..tengok.asbbab dia cikit je..kesalahan dia keluar dgnlelaki tu..tapi dia menanggung..jadi,pesan la kat diri.zina bol;eh datang dari perkara yang kita anggap kecil.....moga sahabat ana akan tersu istiqamah dalam perubahannya untuk mengenak Ilahi.amin.......

    hanimnorlaila

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #7 13 November, 2009, 12:13:46 PM
  • Publish
  • sahabat ana seorang yang hebat dari segi akademin,tappi kerana peristiwa tu,keputusan spm dia jatuh merudum......dia x bagitahu masam sblm spm,coz x nak orang risau,ayah dia dah la polis,kalau bagitahu..mesti maruah dia dijaja umum... tapi kalau bagitahu mungkin 2 llaki tu boleh dibawa kemuka pengadilan.......ana kesian kat kawan ana tu......

    Qishashul

    • *
    • Posts: 125
    • Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!
      • View Profile
    Reply #8 25 November, 2009, 10:17:56 AM
  • Publish
  • bunga yang kembang menjadi layu...gugur ke bumi x harum lagi....
    Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!

    Qishashul

    • *
    • Posts: 125
    • Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!
      • View Profile
    Reply #9 25 November, 2009, 10:18:35 AM
  • Publish
  • sahabat ana seorang yang hebat dari segi akademin,tappi kerana peristiwa tu,keputusan spm dia jatuh merudum......dia x bagitahu masam sblm spm,coz x nak orang risau,ayah dia dah la polis,kalau bagitahu..mesti maruah dia dijaja umum... tapi kalau bagitahu mungkin 2 llaki tu boleh dibawa kemuka pengadilan.......ana kesian kat kawan ana tu......

    ana simpati....

    Qishashul

    • *
    • Posts: 125
    • Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!
      • View Profile
    Reply #10 25 November, 2009, 10:19:56 AM
  • Publish
  • Saya mencadangkan sediakan bakal suami soleh yang sanggup memperisterikan wanita yang terlanjur dan sudah bertaubat ini agar menjadi wanita yang terbela dan solehah.

    Alhamdullilah la kalau masih ada lelaki yang masih sanggup nak buat begini..

    ya betul :)

    hanimnorlaila

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #11 25 November, 2009, 10:36:45 AM
  • Publish
  • sahabat ana seorang yang hebat dari segi akademin,tappi kerana peristiwa tu,keputusan spm dia jatuh merudum......dia x bagitahu masam sblm spm,coz x nak orang risau,ayah dia dah la polis,kalau bagitahu..mesti maruah dia dijaja umum... tapi kalau bagitahu mungkin 2 llaki tu boleh dibawa kemuka pengadilan.......ana kesian kat kawan ana tu......

    ana simpati....
    Allah dah simpan aib dia..
    moga dia dapat mulakan hidup baru skarang..amin

    teruterubozu

    • *
    • Posts: 99
      • View Profile
    Reply #12 25 November, 2009, 10:39:06 AM
  • Publish
  • Saya mencadangkan sediakan bakal suami soleh yang sanggup memperisterikan wanita yang terlanjur dan sudah bertaubat ini agar menjadi wanita yang terbela dan solehah.

     :syukur:

    Masih ada lagikah lelaki baik apatah lagi soleh yang bersedia mengambil wanita terlanjur sebagai isteri???Kata beberapa kawan lelaki, sejahat-jahat lelaki pun dia tetap nak memperisterikan seorang wanita yang masih dara..
    Love All, Hate None

    hanimnorlaila

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #13 25 November, 2009, 10:53:56 AM
  • Publish
  • Saya mencadangkan sediakan bakal suami soleh yang sanggup memperisterikan wanita yang terlanjur dan sudah bertaubat ini agar menjadi wanita yang terbela dan solehah.

     :syukur:

    Masih ada lagikah lelaki baik apatah lagi soleh yang bersedia mengambil wanita terlanjur sebagai isteri???Kata beberapa kawan lelaki, sejahat-jahat lelaki pun dia tetap nak memperisterikan seorang wanita yang masih dara..
    tu la..mcm x berapa nak yakin je ada lagi lelaki mcm tu
    mungkin ada.tapi kuantiti terlampau sedikit..
    tapi kena ingat
    mungkin jodoh dorang sama2 ada pengalaman masing2
    mungkin lelaki tu pun ada kisah silam sendri
    wanita tuu pun sama
    tapi
    kalau 2 2 dah taubat,x pe la..mlalah,dorang lebih bagus dari diri ni coz dorang dah taubat nasuha
    jgn risau
    ingat janji Allah, lelaki yg baik dgn wanita yg baik
    mcm tu la sebalknya
    Allah dah sediakan jodoh kita

    cepat dgn lambat je..
    kalau kita dapat orang yg x sekufu dgn kita
    apelagi dari segi agama
    tu mungkin uujian untuk kita
    ramai je wanita
    hadapi keadaan mcm tu
    setiap orang akan ada ujian masing2

    masakan kamu mengaku kamu beriman padahal kamu belum di uji..
    hm..dah lari topik nie..
    papepun,tempt perlindungan ni penting
    untk kembalikan kita pada jalan sebenar
    kdg2 perkara ni berlaku kerana x da basic agama
    mgkin dgn cara nie
    akan ada  peluang untk dorang jadi waniya solehah..amin.
    bagi sahabt yg dah terdidik dgn agama dgn famly
    bersyukur lah keraa Allah telah memilih kalian
     :syukur:

    aku kecil

    • *
    • Posts: 129
    • islam itu indah.
      • View Profile
    Reply #14 25 November, 2009, 12:41:12 PM
  • Publish
  • salam..
    de ke lagi lelaki yang baik nak memperisterikan perempuan yang dah terlanjur??
    macam mana dengan lelaki baik hanya untuk perempuan baik dan lelaki jahat hanya untuk perempuan jahat??

    nur_87

    • *
    • Posts: 699
      • View Profile
    Reply #15 25 November, 2009, 01:15:36 PM
  • Publish
  • salam..
    de ke lagi lelaki yang baik nak memperisterikan perempuan yang dah terlanjur??
    macam mana dengan lelaki baik hanya untuk perempuan baik dan lelaki jahat hanya untuk perempuan jahat??

     :ws:

    saudara/i boleh rujuk topik ni.. ada dibincangkan: Perkahwinan Lelaki/Perempuan Suci dengan Penzina
    ~bErSuJuD KpD ALLAH ~

    poklohkoh

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Reply #16 26 January, 2010, 11:29:55 PM
  • Publish
  • Salam
    Faktor pemakanan juga mnjadi punca anak2 menjadi liar.

    AlBahr

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Reply #17 27 January, 2010, 12:59:10 AM
  • Publish
  • MasyaAllah...takutnya generasi kita dan akan datang jadi hancur lebur...

    Sebab itu dalam Al-Qur'an ada doa yang menyebut 'ya Allah kurniakan zuriatku dari kalangan
    yang mendirikan solat, soleh dan beriman...'  * dah lupa doa dari Nabi mana... *

    Aduhai bukan mudah rupanya mahun generasi yang sebegitu...

    yang mengelakkan kemungkaran pun di uji dengan pelbagai dugaan,
    apatah lagi yang segaja melakukan maksiat...

    sizwaniey

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #18 08 April, 2010, 03:59:54 PM
  • Publish
  • Saya mencadangkan sediakan bakal suami soleh yang sanggup memperisterikan wanita yang terlanjur dan sudah bertaubat ini agar menjadi wanita yang terbela dan solehah.

     :syukur:

    Masih ada lagikah lelaki baik apatah lagi soleh yang bersedia mengambil wanita terlanjur sebagai isteri???Kata beberapa kawan lelaki, sejahat-jahat lelaki pun dia tetap nak memperisterikan seorang wanita yang masih dara..

    betul tu..tp, mudah-mudahan ada lah lelaki sebaik ini..

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1086
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #19 08 April, 2010, 04:02:24 PM
  • Publish
  •  :)

    bukan ada raudhatussakinah ke? :senyum:..kat situ diorang siap dapat kawen dengan ustaz2..hari2 dipenuhi dengan mendalami dan mengamalkan ilmu agama...

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    47 Replies
    54004 Views
    Last post 02 December, 2009, 02:51:04 PM
    by fayah_89
    7 Replies
    1503 Views
    Last post 10 July, 2012, 04:11:10 PM
    by Yuzie
    2 Replies
    1058 Views
    Last post 13 March, 2012, 03:16:15 PM
    by hamba allah20