Selawat Syifa

*

Author Topic: Selawat Syifa  (Read 21456 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assiddiq

  • *
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
05 June, 2009, 11:33:12 PM
  • Publish
  • baru2 ni ada orang tanya ana permasalahan selawat syifa' ni. Di sini ana nukilkan bersama beberapa posting dari forum2 yang berkaitan.

          
       
    Quote
    Maksud selawat syifa' yang sering dibaca oleh orang Melayu ialah :

    "Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad, doktor hati dan ubatnya sebagai penyihat badan dan pemnyembuhnya, penyinar mata dan cahayanya dan selawat atas keluarganya."

    Cubalah renungkan bait-bait syair yang terdapat dalam selawat ini. Patutkah orang Islam mengucapkan hal ini? Bukankah semua ini milik Allah? Bukankah kita diperintahkan untuk meminta kesembuhan badan mahupun hati hanya kepada Allah? Tidakkah kita menyedari bahawa dalam selawat ini kita diajak meminta kemanfaatan kepada Rasulullah? Bukankah ini bertentangan dengan AQ Surah Yunus: 49 mafhumnya:

    "Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa memberi kemanfaatan pada diriku dan tidak pula kemudharatan kecuali apa-apa yang dikehendaki Allah ..."

    (dipetik dari ms 84 dalam kitab Sifat Selawat dan Salam kepada Nabi SAW susunan oleh Abdul Hakim Abdat cetakan Jahabersa)
       
          


    dan juga di http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/ ... lawat.html

    manakala ianya dijawab oleh webmaster darussyifa' sendiri sebagaimana berikut :


          
       
    Quote
    Dalam buku Doa & Rawatan Penyakit yang di karang bersama oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Haron Din & YB. Dr. Amran Kasimin menterjemahkan makna Selawat Syifa’ seperti berikut;


    Terjemahan:
    “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

    Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.

    Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.

    Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”

    ‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.

    Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

    Wallahhu ‘alam

    Webmaster Darussyifa’
       
          
    Ustaz ada apa2 pandangan tak mengenai perkara ini?. Sy nak jatuhkan hukum pun xpandai sebab memang bukang bidang sy. sy ni nama jer mengaji kat mekkah, tapi x tahu apa2 langsung~ Wallahualam.
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #1 05 June, 2009, 11:33:52 PM
  • Publish
  • [box title=Jawapan]Dalam lafaz selawat tersebuti perkataan solat itu berada pada kedudukan maf'ul mutlak (kata kena buat mutlak) yang berfungsi sebagai penguat atau penentu bagi jenis kata kerja salli (selawatkanlah), disamping ia juga berada pada kedudukan mudhaf i (yang disandarkan) kepada perkataan tibb. Berdasarkan kedudukan ini, maka lafaz selawat yang diandaikan itu difahami dengan maksud:
    "Ya Allah! selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, dengan suatu selawat yang boleh menjadi rawatan bagi hati dan apa yang boleh menjadi ubat baginya (hati)... sehingga akhir."
    Berdasarkan maksud ini, maka tidak berlaku lagi apa yang dikatakan sebagai penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat Allah swt, kerana yang dilihat memberi khasiat perubatan bukan lagi zat nabi Muhammad saw, tetapi selawat yang diucapkan itu. Oleh kerana membaca selawat itu adalah sejenis amal soleh, maka ia termasuk dalam jenis tawasul dengan amal salih yang disyariatkan oleh syara' dengan maksud ini. Maka penyamaan sifat yang dipersoalkan itu tidak berlaku kerana memang tidak ada penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat penyembuh.

    Dan boleh ditakdirkan juga antara lafaz muhammadin dan lafaz tiib itu dengan dengan sifat yg telah dihazafkan mausufnya..

    Fataammal ya akhi.. ;)[/box]

    Sumber http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=23&t=1040
    « Last Edit: 01 November, 2009, 10:18:27 AM by Ummi Munaliza »

    alhaqier

    • *
    • alhaqier ilallah
      • View Profile
    Reply #2 20 June, 2009, 11:11:03 PM
  • Publish
  • alhamdulillah..tepat sekali penerangan ust...camna la selawat pon jadi bahaya...haru2
    بارك الله لنا

    Reply #3 21 July, 2009, 08:34:44 PM
  • Publish
  • Berhati-hati melawati laman web bahaya syirik yang ditulis oleh An Nawawi (pembawa fahaman wahhabi salafi) - beliau ini gemar menjatuhkan hukum syirik tanpa hak ke atas umat Islam. dan pernah menghukum ibnu hajar al Asqolani terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah.

    WaLlahua'lam

    Reply #4 02 October, 2009, 02:57:37 PM
  • Publish
  •  

    Selawat syifa' inilah yang menjadi amalan ulamak-ulamak dan umat Islam sehingga kini. Dan ia mengandungi doa yang baik di dalamnya.

    malangnya ada fahaman yang menyusup masuk ke masyarkat kita hari ini yang suka menghukum sesat, kafir dan syirik tanpa hak kepada umat Islam.

    laman-laman blog dan laman web di atas, saya pernah selusuri dan lihat sendiri bagaimana ada fahaman yang telah saya sebutkan di atas menghukum syirik kepada selawat syifa', selawat tafrijiyyah dan juga selawat nariyyah amalan para ulamak.

    Maka kerana itu, semalam saya telah peringatkan kepada sahabat yang lain agar blog dan laman web di atas tidak dijadikan sebagai rujukan utama.
                         by: IbnuNafis
    « Last Edit: 05 October, 2009, 07:40:43 AM by Ummi Munaliza »

    Reply #5 02 October, 2009, 03:53:54 PM
  • Publish


  • laman-laman blog dan laman web di atas, ......

    mane alamat websitenya?
    « Last Edit: 02 October, 2009, 03:57:50 PM by yunia »

    Reply #6 05 October, 2009, 06:35:38 AM
  • Publish
  • Antara laman web yang menghukum syirik kepada selawat syifa :

    1. Http://soaljawab.wordpress.com - dipunyai oleh masri, muslimz87, atau blognya yang diperbaharui iaitu LOBAI TAMPIN.BLOGSPOT

    2. http://bahaya-syirik.blogspot.com - dipunyai oleh An Nawawi yang juga menulis blog bagi FIQH SUNNAH

    3. http://al-fikrah.net Panel mereka ini juga antaranya adalah Masri sendiri dan user yang berfahaman wahhabi salafi.

    Laman-laman web di atas mempunyai unsur-unsur wahhabi salafi (ada yang mengaku sebagai firqah najiah) yang suka menghukum kafir, sesat dan syirik tanpa hak.

    WaLLahua'lam

    Reply #7 05 October, 2009, 06:40:04 AM
  • Publish
  • Persoalan Selawat Syifa' sebenarnya telah dibahaskan di dalam thread yang berikut :

    Permasalahan Selawat Syifa'

    WaLlahua'lam

    Antara ulamak yang mengamalkan selawat Syifa' adalah ulamak nusantara termasuklah Prof Dr Haron Din dan juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz :

    <a href="http://www.youtube.com/watch?v=BeWR1L5HRNk" target="_blank" class="aeva_link bbc_link new_win">http://www.youtube.com/watch?v=BeWR1L5HRNk</a>

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 05 October, 2009, 07:44:35 AM
  • Publish

  • Saya dah gabungkan topik Permasalahan Selawat syifak yang dibuka oleh Assiddiq  dengan Selawat syifak yang dibuka oleh cahaya^bulan.
    Jika membaca, bacalah dari awal topik , jangan baca post terakhir sahaja.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    divider3
    halaqahforum4