Tazkirah

*

Author Topic: Tazkirah  (Read 13501 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

tanpanama

  • *
  • Posts: 409
    • View Profile
03 June, 2007, 10:13:44 PM
  • Publish
  • Ini adalah wasiat member rapat saudara kandungku, Seman Tolol dari EXTRO kepada sahabat-sahabat (terutama pmpuan lah ye) sekalian....


    Umpama rusa di dalam almari. Begitulah tamsilan tentang apa yang berlaku pada segelintir muslimah masa kini terutama yang tidak suka memakan roti canai. Sekalipun mereka malu untuk memakai jam dinding di kaki, namun mereka tetap tidak malu mendedahkan aurat di khalayak ramai. Entah fesyen apa yang diperagakan oleh mereka sekarang. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa seterika yang tidak ditutup suisnya boleh menyebabkan kebakaran walau tidak meningkatkan kesesakan lalu lintas.

    Tidak salah menggunakan sampan tanpa pendayung sekiranya kita menaiki bot laju selaju 40 batu nautika sejam. Namun, sepatutnya para muslimah ingat pesan seekor sang kancil betina: "Aurat perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan tangan. Pakaian pula tidak menampakkan bentuk tubuh dan tidak terlalu ketat, melainkan jika anda ingin membungkus karipap, perlu ketat-ketat, biar fit, agar tidak menjejaskan industri Proton di ambang 2007 nanti." Walaupun sang kancil itu sendiri tidak memakai pakaian, namun sekurang-kurangnya dia tidak minum sambil berlari.

    Yang Seman peliknya, sehingga pernah tercekik ketika makan pulut, ialah sewaktu di sekolah, mereka boleh memakai tudung dan memakai stokin. Menutup seluruh tubuh, kecuali dua muka dan tangan, tapi setelah pulang dari sekolah, mereka tidak dapat menutup aurat dengan tudung saji sehingga dihinggapi lalat. Tidak pernahkah terlintas di fikiran mereka bahawa cheewing gum yang dibuang merata-rata tempat itu amat susah dibuang bila terpijak oleh kasut. Senaman muka senaman muka jugak, tapi ingat la pada tapak kasut orang lain yang terpijak tu nanti. Susah nak buang wuuu!

    Di sebalik tabir penerbitan filem pula, ada satu lagi adegan yang tidak wajar dilakukan tapi sering mendapat tempat pertama carta Era. Seman selalu saja fikirkan, mengapakah muslimah mudi ini suka sangat menyinsing lengan baju sewaktu keluar dari sekolah? Adakah kerana suhu panas di Malaysia ini membuatkan mereka lebih suka kepanasan api neraka yang membakar lengan mereka yang terdedah itu di akhirat nanti? Adakah kerana tidak pernah menaiki kereta lembu, lengan baju mesti dilipat? Pelik sungguh perangai ini. Adakah kerana bumi ini tidak cukup gas nitrogen atau susu vitagen? Jawab... jawab!

    Ingatlah sahabatku, mimpi dikejar harimau bukan alasan untuk buka aurat. Tapi sekarang senario berubah. Kalau tak percaya, kita boleh tengok senario yang berlaku , setiap hari Rabu jam 9 malam di TV 3. Yang paling menaikkan air sirap dalam diri Seman, ada yang tergamak pakai baju yang nampak pusat dan perut. Mereka cuba meniru pusat membeli-belah Tesco kerana menawarkan jualan murah! Tapi mereka lelong. Tidakkah ini meningkatkan lagi kepupusan udang galah dan siput? Bukankah siput itu kalau di masak gulai boleh disedut isinya? Seman pernah makan siput gulai lemak daun kadok. Menyelerakan!


    Tengoklah, di bandar-bandar, apa yang berlaku? Kes mencuri lembu pun tidak dapat menandingi kes buka aurat. Bukankah buka aurat adalah salah satu maksiat yang menunjukkan penderhakaan kita kepada Maha Pencipta? Yang sedihnya, gadis Muslimahlah yang menjadi mangsa pereka fesyen barat yang jahat dan penuh muslihat. Walaupun mereka tidak pernah berchatting IRC, namun pernah mencuba keenakan nasi gulai kawah dan nasi ulam dengan harga RM24 untuk tiga orang makan. Jadi buat apa kita ikut mereka. Itu semua jarum untuk menyuntik virus SARS ke dalam diri kita semua. Seman tahu, ini mesti tiru pakaian artis pujaan. Fesyen semasa katakan..emmm.... tak habis-habis dengan artis…rasa nak makan nasi kuah kari dengan ayam goreng je bila Seman dengar.



    Menggunakan cermin mata yang pecah amat membahayakan anak mata. Justeru, apa nak glamournya tiru pakaian artis. Kalau tutup aurat tak mengapalah kan. Ini tidak, dedah sana sini, dari Jepun ke Amerika, di Hong Kong dan Malaysia. Lebih baik memasang air-cond sambil memelihara kucing atau pun paling kurang melihat cerita kartun Doraemon dan Sin Chan.



    Sahabatku, kita orang Islam ada cara kita sendiri. Bukan macam orang barat yang tak bertamadun dan artis yang tidak pernah memproses keropok secara tradisional. Islam telah gariskan dengan pembaris cara berpakaian. Pakailah macam mana sekalipun, tapi biarlah kena dengan syarak. Bukan tak boleh berfesyen, malah kalau kena cara lebih cantik dan anggun daripada mereka yang dedah aurat sana sini. Seorang lelaki mata keranjang yang sedang melepak di stesen bas pernah mengaku jujur, "Perempuan yang bukak aurat mata saya suka tengok, tapi hati saya benci. Perempuan yang tutup aurat, bertudung, dan penuh kesopanan, mata dan hati saya suka, penyejuk di mata... penawar di hati..."



    Tidak ada apa pada glamour dengan mendedah aurat. Jika diri kita lebih bernilai pam angin tayar yang terdapat di stesen minyak Petronas, pasti kita akan jaga dan letakkannya di tempat yang baik.

    Tolonglah sampaikan amanat Seman ini pada sahabat-sahabat lain. Siapakah yang membunuh berjuta-juta rakyat Iraq? Siapakah yang mengebom Afghanistan? Siapakah yang membunuh adik-adik comel di Palestin? Siapakah membunuh ibu tua, menghancurkan rumah di Baitul Maqdis? Jiran anda yang baik hati itu? Tentu bukan! Abang ipar sepupu anda? Bukan. Mereka tentu asalnya sama. Daripada Amerika, berlatarbelakangkan Yahudi! Jom boikot Amerika! Jangan makan di bawah jambatan!

    Jagalah diri baik-baik, kerana seandainya dunia ini boleh berkata-kata, seluruh kura-kura dan penyu di dunia ini bersepakat menyokong usaha Seman membanteras gejala buka aurat. Kura-kura dan penyu tidak pernah membuka auratnya di khalayak ramai.... tapi tetap glamour!

    Salam kasih sayang dari

    Seman Tolol
    « Last Edit: 10 April, 2009, 03:11:26 PM by Munaliza Ismail »
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    zaitihamdan

    • *
    • Posts: 559
    • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
      • View Profile
    Reply #1 03 June, 2007, 10:57:05 PM
  • Publish
  • NI ADALAH TEORI YANG SEBENAR :

    PEREMPUAN ADALAH SENJATA SYAITAN WALAUPUN IANYA TIDAK DIGUNAKAN..

    Maka orang perempuan terutamanya AKU, kena beringat, jangan sampai setan jadikan korang sebagai ‘senjata’..
    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Reply #2 04 June, 2007, 10:33:44 AM
  • Publish
  • mafhum hadis (Rasulullah bersabda)....."perempuan adalah fitnah paling besar di dunia..." plz my dear sisters...be different from the musyrik....

    D.A.T.A.R.A.N S.Y.A.M: AURAT?? renungan sejenak..


    plz. do read that...

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Reply #3 08 June, 2007, 09:25:28 AM
  • Publish
  •  :-\   o  my dear sisters...plz read this....




    O mankind! be careful of (your duty to) your Lord, Who created you from a single being and created its mate of the same (kind) and spread from these two, many men and women; and be careful of (your duty to) Allah, by Whom you demand one of another (your rights), and (to) the ties of relationship; surely Allah ever watches over you.

    When news of the Christian army that had prepared on the horizons to wipe out Islam reached Abu Qudaamah Ash-Shaamee, he moved quickly to the mimbar of the masjid. In a powerful and emotional speech, Abu Qudaamah ignited the desire of the community to defend their land – jihaad for the sake of Allah. As he left the masjid, walking down a dark and secluded alley, a woman stopped him and said, "As salamu alaykum wa Rahmatullaah!" Abu Qudaamah stopped and did not answer. She repeated her salam again, adding "this is not how pious people should act." She stepped forward from the shadows. "I heard you in the masjid encouraging the believers to go for jihaad and all I have is this…" She handed him two long silky cord. "It can be used for a horse rein. Perhaps Allah may write me as one of those who went for jihaad."
    The next day as that Muslim village set out to confront the crusader army, a young boy ran through the gathering and stood at the hooves of Abu Qudaamah's horse. "I ask you by Allah to allow me to join the army."


    Some of the elder fighters laughed at the boy. "The horses will trample you," they said.
    But Abu Qudaamah looked down into his eyes as he asked again, "I ask you by Allah, let me join."


    Abu Qudaamah then said, "On one condition; if you are killed you will take me with you to Jannah amongst those you will be allowed to intercede for."
    That young boy smiled. "It's a promise."
    When the two armies met and the fighting intensified, the young boy on the back of Abu Qudaamah's horse asked, "I ask you by Allah to give me 3 arrows."
    "You'll lose them," said Abu Qudaamah.

    The boy repeated, "I ask you by Allah to give me them."
    Abu Qudaamah gave him the arrows and the boy took aim. "Bismillah!" The arrow flew and killed a Roman. "Bismillah!" The second arrow flew, killing a second Roman. "Bismillah!" The third arrow flew, killing a third Roman. An arrow then struck the boy in the chest, knocking him off the horse. Abu Qudaamah jumped down to his side, reminding the boy in his final breaths, "Don't forget the promise!"
    The boy reached into his pocket, extracted a pouch and said, "Please return this to my mother."
    "Who's your mother?" asked Abu Qudaamah.
    "The women that gave you the cord yesterday."
    My respected Brothers and Sisters:
    Think about this Muslimah. How did she reach this level of taqwa where she would sacrifice her son? Indeed, she spent her life in the obedience of Allah, and when exam time came, she passed. Not only did she pass herself, but her children shone with that same beauty of iman; children that she herself raised.


    Brothers and sisters
    Most often the khutbahs, and talks are all directed to the Muslim men. We forget that from the hady (guidance and way) of RasulAllah sal Allaahu alayhi wa sallam was that he would allocate a specific day of the week to teach the women. Women would come up to him in Hajj, in the street, and even in his home to ask him questions about the deen. At the Eid salah, after addressing the men, he would take Bilal and go to the women’s section and address the women. Allah revealed an entire surah by the name of An-Nisaa’ (The Women), another by the name of Maryam (Mary), and yet another by the name of Al-Mujaadalah (The Woman Who Pleads). It is in enlivening this Sunnah that today this speech shall be addressed to the believing women – al-mu'minaat.



    Dear sister, dear mother, and dear daughter, everyone is looking for happiness and fun, and I am sure that you are not excluded. Where is that happiness and fun though? And where and when do you want that happiness? Do you want to have ‘fun’ in this life at the expense of the hereafter? Or is it in the hereafter, when you meet Allah, that you want to be happy?
    Everywhere you go you shall find a swarm of people, media, and culture swearing to you that happiness is the happiness of the dunya. Is it really happiness though? On the Day of Repayment, Allah shall take the most ‘happiest’ non-believer of the dunya and dip him in Jahannam (Hellfire). Then He shall ask him, "Have you ever seen any happiness?" The non-believer will say, "Never!"


    Nay, the happiness is only the happiness of the hereafter no matter what happens in this dunya. Allah shall bring on the Day of Repayment the most tested human and dip him in Jannah (Paradise). He shall then ask him, "Have you ever seen sadness?" And that person shall say, "Never!"
    And don't think that this happiness and fun is exclusive to the Hereafter. It is very much tied to this life as well. Listen and understand the words of Allah:
       
    Whoever works righteousness, whether male or female, while he [or she] is a true believer, verily to him We will give a good life [in this world with respect, contentment and lawful provision], and We shall pay them certainly a reward in proportion to the best of what they used to do [i.e. Paradise in the Hereafter] (An-Nahl 16/97).
    Dear sister, The Prophet once said to her daughter Fatimah r.a., "O Fatimah, the daughter of Muhammad, ask me whatever you wish from my wealth, for I shall avail you nothing to Allah." Meaning that it doesn't matter if you're my daughter; if you don't work for Jannah, saying to Allah that my father is so and so will not help you in any way.



    Dear Sisters,
    When the other girls put up posters of singers, actresses and others you should put up posters in your heart of Khadijah, Aishah, Fatimah and many other mu'minahs.
    One of these women was Asiyah, the wife of Fir'own. Her eman in Allah thrived under the shadow of someone who said, "I am your Lord, Most High!" When news reached Fir'own of his wife's eman, he beat her and commanded his guards to beat her. They took her out in the scalding noon heat, tied her hands and feet, and beat her perpetually. Who did she turn to? She turned to Allah! She prayed, "My Lord, build for me a home with you in Paradise, save me from Fir'own and his deeds, and save me from the transgressive people."
    It was narrated that when she said this, the sky opened for her and she saw her home in Paradise. She smiled. The guards watched astonished – she's being tortured and she smiles? Frustrated, Fir'own commanded a boulder to be brought and dropped on Aasiyah to crush her to death. But Allah took her soul before the boulder was brought and she became an example for all the believing men and women till the end of time:

    And Allah has set forth an example for those who believe: the wife of Fir'own [Pharaoh] when she said, "My Lord, Build for me a home with You in Paradise, and save me from Fir'own and his deeds, and save me from the transgressive [disbelieving people] (At-Tahreem 66/11).
    When we talk about jihaad and shuhadaa' (martyrs), do you know who the first Muslim in Islam to be shahid in the path of Allah was? It was Sumayyah, the mother of Ammar. When Abu Jahl heard of her, her husband Yaasir, and her son Ammar’s Islam, he whipped them all and beat them, so much so, that RasulAllah would pass by them as they went through this test of their iman and would say to them, “Be patient, O Jannah!”
    One day, as Abu Jahl beat Sumayyah, she refused to recant her deen; something that enraged Abu Jahl. He took a spear as she lay on the burning sand looking up to the sky, and he speared through her midsection. She was the first of her family and the entire ummah to meet Allah as a shahidah.
    There are many other stories that we know about of powerful believing mothers, wives and sisters, and many that Allah only knows about.
    Whenever a halaqah or durus is going on, the Muslim women outnumber the men. Go to an Islamic teachers or schools conference, attend a lecture and you shall see the mismatch of sisters to brothers. Sometimes it is sad to see all these brothers lacking the motivation that many muslimahs have. But if there is a beautiful sign in all this, it is that, in sha Allah ta'aala, those sisters are going to raise generation of believing men and women in the future, wAllahu Akbar!
    Sisters and Brothers,
    When Imam Ahmad was still young, his father died. He would tell his students of the work his mother went through in raising him, and he would pray for her. In the cold Baghdad nights, she would wake long before him to warm the water so that her son Ahmad could make wudu for Fajr. Then she would wrap him in blankets, she herself cloaked in her jilbaab. She would guide him through the dark, cold alleys to reach the main masjid long before Fajr so that her son could get a good seat in class. Her son Ahmad, at early age, would sit all day long studying Qur’an and Sunnah, and she would wait for him to finish so that she could drop him home safely. At the age of 16, she prepared money and food for him and told him, "Travel for your search of knowledge." He left for Makkah and Madinah and many other places, and met many great scholars. She raised Ahmad to become one of the four greatest imams in Islam.
    These are some of the examples of the great contributions and role of women in Islam.




    PART II

    Dear sister, after all this, ask those people who are requesting that the women be liberated. They want you to be liberated from what? From Allah and his Messenger? From the Qur’an and the Sunnah? From Jannah? From this deen that Allah chose for you?
    One person summed up exactly what they think of women, "It's not who you are, it's what you wear and what you look like!" And listen to Fabian, a French 'model,' as she spit on the fashion industry. "Fashion houses made me into a mannequin, a wooden idol. The mission: to manipulate hearts and alter minds. I learned how to be worthless, nothing on the inside, but cold. We lived in a world of filth." This is her description. And see the contrast of this and when the Prophet s.a.w. said when he stood on the plain of Arafah and gave his farewell speech, he said to the ummah, "Treat the women kindly!"
    History records that in Europe, in the same year, at the same time that Islam was saying this, the Christian clergy were arguing whether a woman was a human or an animal!
    There is much more than can be said. I shall conclude with the advice of RasulAllah sal Allaahu alayhi wa sallam to every Muslim mother, daughter, and wife:
    "If the woman prays her five (salah), fasts her month (of Ramadan), protects herself (from committing zina), and listens to her husband, it will be said to her, that from any door you wish, enter Paradise!"
       
    O ye who believe! Give your response to Allah and His Messenger, when He calls you to that which shall give you life; and know that Allah cometh between a man and his heart, and that it is He to Whom ye shall [all] be gathered (Al-Anfal 8/24).


    « Last Edit: 08 June, 2007, 09:27:08 AM by faseh@فصيح »

    nuriman

    • *
    • Posts: 4
    • ISLAM IS THE WAY OF LIFE
      • View Profile
    Reply #4 18 June, 2007, 08:12:08 PM
  • Publish
  • [mp3=200,20,0,center]

    Teman,
    Atas tautan ukhwah
    Juga atas satu dasar yang kukuh
    Nan Aqidah Muslim,
    Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
    Wahai temanku an nisa
    Engkau sedia maklum,
    Engkaulah hiasan dunia,
    Lantaran fitrah itu,
    Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
    Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
    Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

    Wahai temanku arrijal,
    Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
    yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
    Dan tentulah temanmu yang diimpi,
    Seorang serikandi..
    Wahai temanku an-nisa
    Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
    Engkau ingin disayangi,
    ingin dimanjai,
    Engkau juga ingin menyayangi
    juga ingin memanjai..
    Dan aku juga tahu,
    Temanmu arrijal juga begitu..

    Tetapi temanku an-nisa
    Ketahuilah engkau,
    Bercinta itu fitrah,
    Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
    Kalau benar engkau mengasihinya,
    kasihinya kerana Pencipta Fitrah,
    Dan jika engkau benar mengasihinya
    KeranaNya,
    Engkau tak kan bisa,
    Melunakkan soutul engkau,
    Engkau tidak kan bisa,
    Melemparkan panahan menggodamu,
    Kerana engkau tahu,
    Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal!
    Dan engkau mengetahui,
    Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
    Namun nafsu itu sentiasa beraja,
    Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
    Nafsu raja yang menggila!
    Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
    Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
    Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
    Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

    Wahai temanku arrijal
    Andai engkau mencintainya,
    Cintailah ia keranaNya,
    Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
    Andai engkau mengasihinya keranaNya,
    Engkau tidakkan bisa,
    Mengajaknya bermukah di taman sepi,
    Kerana engkau tahu,
    Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
    Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
    Andai engkau mengasihinya keranaNya,
    Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
    Walaupun yang ringan-ringan,
    Kerana engkau tahu,
    Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
    Dan engkau tahu bukan ?
    Zina tempatnya di api yang menjunam?
    Apakah engkau benar mengasihinya,
    Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

    Sahabatku an-nisa
    Sahabatku arrijal
    Aku mengasihimu LILLAH,
    Lantaran itu,
    Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
    Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
    Bercinta tak salah,
    Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
    Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
    Sedikit cuma..
    Andai Dia yang engkau dahului,
    Engkau takkan gelisah,
    Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
    Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
    depan mata,
    Engkau tidakkan rindu,
    Andai sehari tidak besua,
    Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
    mengatakan I love you.
    Kerana engkau percaya..
    DIA yang terbaik..

    Lantaran DIA yang terbaik
    DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
    Dan andai dia yang terbaik untukmu,
    DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
    Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
    Dan itulah yang terbaik buat kalian
    Kalau ada jodoh tak ke mana..
    Yakinlah!
    Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

    Maafkan aku teman,
    Bicaraku penuh ketegasan,
    Aku tidak membencimu,
    Tetapi aku membenci mungkar itu,
    Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
    Aku menegur yang mana mampu,
    Kerana aku takut,
    Andai aku tidak menegurmu,
    Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
    yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
    Nauzubillah min zalik.

    Sama²lah teman,
    Pagarilah imanmu,
    Agar si iman itu tidak terlepas,
    Cintailah IA,
    Kerana DIAlah penjaga iman kita..
    Yakinlah dengan IA..
    Serahkan segalanya pada IA..
    Kerana DIA tahu yang terbaik,
    Sedangkan kita tidak.
    ALLAHu 'alam.
    Akhirul kalam
    Letakkan si DIA dalam hatimu,
    Engkau akan merinduiNYA,
    Andai harimu tiada ingatan kpdNYA,
    Engkau akan gelisah andai DIA,
    Tidak mendengar rintihanMu,
    Engkau kan rindu,
    Andai DIA tidak memandangmu,
    Engkau kan tak keruan andai,
    Doamu ditolak..
    Dan itulah cinta hakiki..
    Kerana engkau yakin,
    Di sana adanya sebuah
    Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
    Bercintalah kerana ALLAH..
    Dan Engkau akan merasakan,
    Erti bercinta yang sebenar,
    Insya ALLAH!!

    *Bersama2 kita bertaubat dan menyegerakan amalan kita...amin.*



    [
    b]BERAMAL KERANA ALLAH,BERJIHAD JALAN KAMI SYAHID CITA-CITA KAMI[/b]

    shihab

    • *
    • Posts: 72
    • :: Tunjukkan daku jalan yang lurus ::
      • View Profile
    Reply #5 22 June, 2007, 10:59:10 PM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum

    hari ni ada tazkirah best ana nak bagitahu...

    meskipun semua dah tahu,,,just peringatan buat diri ana...dan semua manusia...

    Daripada Muaz bin Jabal, sesungguhnya
    beliau telah
    bertanya kepada Baginda Rasulullah
    S.A.W mengenai
    ayat:

    Maka menangis Rasulullah sehingga
    basah bajunya seraya
    bersabda:
    Wahai Muaz, sesungguhnya engkau telah
    bertanya kepada
    aku mengenai perkara yang paling
    besar. Yang mana umat
    aku akan dibangkitkan di Padang
    Mahsyar dalam dua
    belas gambaran

    P e r t a m a :
    Akan dibangkit dari kubur dengan tanpa
    tangan dan
    kaki. Bertanya Muaz, apakah dosa
    mereka, ucap
    rasulullah S.A.W : Itulah mereka yang
    menyakiti jiran.


    K e d u a :
    Akan dibangkit dengan rupa seekor bab*
    yang hitam.
    Para sahabat bertanya, apakah dosa
    mereka? . Jawab
    Baginda,Itulah melengah-lengahkan
    solat lima waktu.

    K e t i pergi a :
    Mereka yang tidak mengeluarkan zakat
    akan dibangkitkan
    dari kubur dengan rupa perut yang
    buncit seperti bukit
    yang dipenuhi dengan ular dan jengking.

    k e e m p a t :
    Satu golongan yang akan dibangkitkan
    dengan rupa buruk
    serta darah dan nanah yang mengalir
    dari mulut mereka.
    Baginda Rasulullah S.A.W menerangkan
    itulah mereka
    yang menipu dalam urusan jual beli.

    K e l i m a :
    Akan dibangkitkan dari kubur mereka
    dengan rupa
    bengkak-bengkak dan baunya lebih busuk
    dari bangkai
    manusia. Sahabat bertanya lagi
    siapakah itu?
    Rasulullah S.A.W menjelaskan , itulah
    mereka yang
    menyembunyikan maksiat kerana takutkan
    manusia,
    sebaliknya tidak takut akan Allah.

    Keenam :
    Akan dibangkitkan dari kubur mereka
    dengan rupa
    terpotong tanpa kepala. Apakah dosa
    mereka, tanya
    sahabat. Rasulullah S.A.W menyatakan ,
    itulah golongan
    saksi yang bohong.

    K e t u j u h :
    Akan dibangkitkan daripada kubur
    dengan rupa yang
    buruk tanpa lidah serta mengalir
    nanah, darah dan air
    busuk dari mulutnya. Siapakah mereka?
    Jawab
    Rasulullah, itulah mereka yang tidak
    mahu menjadi
    saksi kepada kebenaran.

    K e l a p a dan :
    Akan dibangkitkan daripada kubur
    mereka dengan rupa
    hitam mata biru dan perut mereka
    bersinar-sinar
    dipenuhi api neraka. Siapakah mereka
    itu?. Jawab
    Rasulullah S.A.W itulah mereka yang
    memakan harta anak
    yatim secara zalim.

    K e s e m b i l a dan :
    Akan dibangkit daripada kubur mereka
    dengan rupa
    terbalik yang mana berjalan dengan
    kepala dan kali
    sebelah atas. Dosa apakah mereka itu
    wahai Rasulullah.
    itulah mereka yang berzian kemudian
    mati tidak
    bertaubat.

    K e s e p u l u h :
    Akan dibangkit daripada kubur mereka
    dengan rupa hodoh
    di mana penuh dengan penyakit sopak
    balar dan kurap.
    Siapakan mereka itu. Jawab Rasulullah,
    ituah mereka
    yang derhaka kepada ibu bapa mereka.

    K e s e b e l a s :
    Akan dibangkit daripada kubur mereka
    dengan buta hati,
    mata, gigi mereka seperti tanduk
    kerbau, bibir mulut
    mereka besar hingga menutupi paras
    dada, lidah mereka
    panjang hingga sampai atas perut dan
    paha, manakala
    keluar daripada perut mereka air nanah
    dan darah yang
    busuk. Siapakah mereka itu. Jawab
    Rasulullah SAW,
    itulah mereka yang meminum arak.

    K e d u a b e l a s :
    Akan dibangkit dari kubur mereka
    dengan rupa bercahaya
    mukanya seperti bulan penuh purnama
    dan berjalan atas
    titian Siratun Mustaqim seperti kilat
    menyambar.
    Siapakah mereka itu, bertanya sahabat.
    Itulah mereka
    yang sentiasa melakukan perkara baik.
    Mereka itu
    menjauhkan perkara maksiat, mereka itu
    menjaga
    sembahyang lima waktunya dan mati
    selepas bertaubat,
    syurgalah balasan yang baik bagi
    mereka.

    Kita sebagai umat Islam seharusnya
    insaf dan sedar ,
    sesungguhnya kehidupan yang kita lalui
    ini hanyalah
    sementara sahaja .Lantaran itu,
    janganlah kita
    terpedaya dan hanyut dalam keenakkan
    dan keseronokan
    dunia sehingga kita melupakan
    tanggungjawab kita
    sebagai hamba Allah SWT. Lakukanlah
    amalan-amalan yang
    boleh meningkatkan ketaqwaan kita
    kepada Allah SWT,
    dalam pada masa yang sama
    mempergunakan dunia ini
    sebagai jambatan menuju ke negeri yang
    kekal abadi.
    Sekadar renungan bersama.


    [3:26] say (ya Muhammad):"Ya Allah, Possessor of Kingdom, You give the kingdom to whom You will,
    and You take the kingdom from whom you will, and you endue with honour whom You will, and You humiliate whom You will,
    In Your Hand is the Good. Verily, You are Able to do all Things

    sailormoon(^^,)

    • *
    • Posts: 72
      • View Profile
    Reply #6 24 June, 2007, 03:46:15 AM
  • Publish
  • Dengan menutup aurat, seorang perempuan membezakan dirinya dengan perempuan kafir dan juga pelacur...

    syahidatul

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Reply #7 24 June, 2007, 10:06:42 AM
  • Publish
  • Tutuplah aurat sekarang. Malulah sekarang. Jika tak nak malu di akhirat nanti.

    Sepanas-panas memakai tudung dan menutup aurat dengan sebaiknya di dunia, panas lagi api neraka di akhirat.

    Menutup aurat dengan baik juga membuatkan kaum lelaki menghormati wanita, di samping menjaga maruah wanita itu dan sebagai perlindungan kepada wanita itu sendiri. Mengelakkan dosa-dosa pada mata-mata lelaki yang memandang, dan juga menambahkan keindahan dan ketenangan suasana dan majlis. Tak sejukkah mata memandang kaum muslimat yang berpakaian menutup aurat dengan sempurna dan bertudung litup?

    Wahai wanita, tutuplah aurat dengan sempurna. Jika anda seorang anak kepada seorang ayah, isteri kepada seorang suami, atau adik kepada seorang abang, atau kakak kepada seorang adik lelaki, dan jika anda tidak menutup aurat, kaum Adam itu lah yang terpaksa menanggung dosa dan tertarik ke neraka nanti. Semuanya kerana perbuatan anda... Tidakkah anda kasihan dengan mereka?

    Sekiranya anda membuatkan seorang lelaki bukan mahram memandang anda dua kali kerana tertarik dengan kecantikan anda, sedarkah anda, anda juga berdosa? Begitu juga anda telah membuatkan lelaki itu berdosa secara free-free..

    Fikir-fikirkan... berapa banyak dosa yang dikutip wanita yang tidak menutup aurat itu setiap hari?

    Tutuplah aurat... Selamatkanlah diri anda dan insan-insan yang tersayang dalam hidup anda di dunia dan di akhirat...
    Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.

    shauqah wardah

    • *
    • Posts: 4
    • mujahidah solehah
      • View Profile
    Reply #8 24 June, 2007, 10:41:07 AM
  • Publish
  • wanita dalah hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah...jagalah uarat kita sebaik-nbaiknya...jadilah seperti mawar berduri yang mekar di taman larangan...
    sebarkan salam,maniskan senyuman

    almadani

    • *
    • Posts: 115
      • View Profile
    Reply #9 24 June, 2007, 02:08:30 PM
  • Publish
  • sahabat-sahabatku, ana berpandangan, ada baiknya bab ini kita turut tampilkan yang positif bab wanita. dalam hadis tentang bahaya fitnah tu, ia sebenarnya peringatan lebih kepada lelaki juga satu renungan untuk wanita agar tidak membenarkannya berlaku ke atas mereka..jika tengok lafaz hadis tu, datang perkataan lelaki barulah wanita..means, secara sudut kaedah perbandingan, ia bermula sebagai peringatan kepada lelaki..ana tidak melihat sudut wanita sahaja..

    syahidatul

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Reply #10 24 June, 2007, 05:36:23 PM
  • Publish
  • memang benar almadani. dalam hal ni, kedua-dua lelaki dan wanita itu juga berperanan. namun hakikatnya menurut hadis itu, penekanan dan keutamaan peringatan itu adalah ditujukan kepada lelaki. tapi, ni kan bahagian Halaqah Muslimah. Jadi tumpuan itu kepada wanita....

    almadani

    • *
    • Posts: 115
      • View Profile
    Reply #11 24 June, 2007, 05:57:12 PM
  • Publish
  • memang benar almadani. dalam hal ni, kedua-dua lelaki dan wanita itu juga berperanan. namun hakikatnya menurut hadis itu, penekanan dan keutamaan peringatan itu adalah ditujukan kepada lelaki. tapi, ni kan bahagian Halaqah Muslimah. Jadi tumpuan itu kepada wanita....

    memang benar, namun biarlah dalam persepsi yang adil dan saksama. tazkirah itu boleh ditafsirkan kebencian atau bernada tidak suka pada wanita dengan hanya menampilkan hadis ini dan tidak hadis lain mengenai wanita. jadi tidak seimbang..bukan pro kepada wanita atau kontra pada lelaki tapi ana melihat cabang hadis itu luas sebagaimana banyak hadis-hadis mengenai wanita..

    sailormoon(^^,)

    • *
    • Posts: 72
      • View Profile
    Reply #12 24 June, 2007, 08:18:40 PM
  • Publish
  • sahabat-sahabatku, ana berpandangan, ada baiknya bab ini kita turut tampilkan yang positif bab wanita. dalam hadis tentang bahaya fitnah tu, ia sebenarnya peringatan lebih kepada lelaki juga satu renungan untuk wanita agar tidak membenarkannya berlaku ke atas mereka..jika tengok lafaz hadis tu, datang perkataan lelaki barulah wanita..means, secara sudut kaedah perbandingan, ia bermula sebagai peringatan kepada lelaki..ana tidak melihat sudut wanita sahaja..

    Kalau macam tu masalah Zina adalah banyak berpunca dari perempuan la ek...Sebab ayat 2 surah An-Nuur di mulakan dengan Perempuan yang berzina kemudian di ikuti oleh Lelaki yang berzina...Perkara ni ada dibincangkan dalam sebuah rancangan dekat TV3...

    almadani

    • *
    • Posts: 115
      • View Profile
    Reply #13 24 June, 2007, 08:29:20 PM
  • Publish
  • ok..anta nak analisa bagaimana? yup..ayat tu memang mendahulukan wanita kemudian lelaki. adakah ia menandakan zina berpunca semata-mata dari wanita? apa pula peranan lelaki?

    sailormoon(^^,)

    • *
    • Posts: 72
      • View Profile
    Reply #14 24 June, 2007, 08:38:50 PM
  • Publish
  • Uiks...Buat analisa???Saya tak layak nak buat analisa terhadap ayat Al-Quran...Bukan bidang saya...Saya bukanya dari jurusan agama...Saya cuma kongsi apa yang saya tahu je...Dalam rancangan tu, penceramah tu kata zina banyak bermula oleh dari perempuan sebab tak menutup aurat dan tak menjaga suara bila bercakap...Orang lelaki pun bersalah juga dalam hal zina ni....Bukan orang perempuan je...

    Mungkin ustaz almadani boleh terenagkan dengan lebih detail...

    almadani

    • *
    • Posts: 115
      • View Profile
    Reply #15 24 June, 2007, 08:40:10 PM
  • Publish
  • ana rujuk tafsir Ibnu Kathir, ayat ini ditafsirkan fokus pada sudut ayat rejaman, khusus kerana disebut perkataan rejam dan ia hukuman khusus untuk wanita dan lelaki yang berzina, hinggakan Imam Malik menamakan ayat ini sebagai ayat rejam. kemudian pemerincian, dara disini ialah wanita yang belum bernikah lagi, yang berzina dengan lelaki. maka hukuman disini, memetik pada wanita yang tidak kawin melalui perkahwinan sah dan melakukan persenggamaan dan itulah zina..ana ringkaskan dari perbahasan dan kupasan panjang dari Ibnu Kathir rahimahullah

    rujukan:

    الرئيسة - القرآن الكريم - موقع الإسلام
    « Last Edit: 24 June, 2007, 08:42:40 PM by almadani »

    almadani

    • *
    • Posts: 115
      • View Profile
    Reply #16 24 June, 2007, 08:49:33 PM
  • Publish
  • yang ana faham, sebab permulaan zina adalah dari wanita kerana tidak menutup aurat, tidak menjaga adab percakapan..ini kesimpulan ana selepas perhalusi kenyataan anta sebab anta menukilkannya daripada rancangan tv tu, ana tak tengok jadi ana tak dapat tangkap maksud penuh oleh penceramah tu. bukan punca..kena faham perkataan ini..punca zina tidak semestinya dari wanita, bagaimana dengan lelaki? sebab permulaan dari wanita kerana penzahiran aurat mereka..ini punca awal, bukan punca dalam sudut ajakan berzina..ni sudut ana..tak semestinya sama dengan orang lain..
    « Last Edit: 24 June, 2007, 08:53:43 PM by almadani »

    sailormoon(^^,)

    • *
    • Posts: 72
      • View Profile
    Reply #17 24 June, 2007, 09:01:41 PM
  • Publish
  • O macam tu rupanya...Thanks kerana sudi explain pasal benda ni...

    almadani

    • *
    • Posts: 115
      • View Profile
    Reply #18 26 June, 2007, 09:03:10 AM
  • Publish
  • biarpun banyak berpunca dari wanita, hakikatnya, tanpa respon dari lelaki, zina tetap takkan terjadi. pelacur yang melacurkan diri, adakah benar semua redha dengan pekerjaan yang dikerjakan selama ini? ada yang dipaksa, ada yang terpaksa, ada yang tiada pilihan atau dalam sesetengah kes, ditipu.

    dari satu sudut, kita menilai sebegitu. namun, tanggungjawab wanita lebih daripada lelaki untuk mematuhi perintah dan larangan agama, kerana manfaatnya akan kembali kepada mereka dalam bentuk menjaga maruah, harga diri dan paling penting keselamatan diri khasnya agama mereka. pemahaman terhadap maksud hadis dari sudut maksud disebalik nas juga penting, bukan sahaja kepada lelaki yang membacanya tapi wanita.

    contoh, hadis ini daripada riwayat Muslim, jilid 3 no 1489, Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi

    mana-mana wanita yang berhias (memakai minyak wangi), kemudian melalui satu kaum agar mereka mencium bau wangiannya, maka dia adalah penzina.

    dari satu sudut, ia kembali kepada hadis pertama sekali dalam Sahih Bukhari, dalam Kitab permulaan wahyu, bab Segala Amalan Dinilai oleh Niat dari Umar bin al-Khattab.. niat wanita memakai wangian untuk menarik perhatian orang, diklasifikasikan sebagai penzina, kembali kepada wanita itu sendiri dan ini merupakan antara punca awal zina hingga disebut penzina dalam lafaz hadis. bukan persetujuan untuk zina..

    satu lagi daripada riwayat Ahmad dalam Sahihul Jami, 2073, dalam musnad jilid 2, no 444

    Mana-mana perempuan yang memakai minyak wangi kemudian pergi ke masjid, agar wangiannya dicium/ dihidu (orang lain), maka solatnya tidak diterima, sehinggalah dia mandi seperti mandi junub.

    kerasnya larangan dalam agama atas sebab menjaga wanita dan amalnya sendiri hinggakan solat tidak diterima dan mandi junub. mandi junub seperti penerangan jumhur, mengandungi hikmah pembersihan zahir dan batin, Taisirul Fiqh, Abdullah al-Bassam, Arab Saudi.

    posting ini sekadar menambah penerangan ana dan setelah merujuk pada beberapa sumber..bukan sebab persetujuan zina semata-mata dari perempuan, namun punca-punca awal datang dari mereka..
    « Last Edit: 26 June, 2007, 09:04:41 AM by almadani »

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Reply #19 26 June, 2007, 03:54:05 PM
  • Publish
  • naper pelu tggu ada respon ke tak...yg pntg kiter pelu mencegah dr merawat...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    95 Replies
    8643 Views
    Last post 01 August, 2014, 06:24:17 AM
    by Ummi Munaliza
    107 Replies
    8383 Views
    Last post 08 June, 2014, 06:45:06 PM
    by abuzulfiqar
    1 Replies
    530 Views
    Last post 13 April, 2012, 09:56:05 AM
    by Arozi