JADILAH MANUSIA YANG BERILMU

Author Topic: JADILAH MANUSIA YANG BERILMU  (Read 3605 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Thabit

  • *
  • Posts: 27
    • View Profile
04 June, 2009, 11:06:43 AM
  • Publish Di FB
  • "JADILAH MANUSIA YANG BERILMU"     

    Image Pelbagai cara manusia diberikan penghormatan dan kemuliaan. Ada manusia yang dimuliakan kerana pangkat dan kebesaran. Ada manusia yang dimuliakan kerana kebaikan dan kemurahan hati dan ada manusia yang dimuliakan kerana keturunan, tetapi kemuliaan yang paling berharga dalam kehidupan seseorang ialah kerana ilmu dan amalannya. Insan seperti ini sebenarnya bukan sahaja dimuliakan antara sesama manusia bahkan Allah juga turut memuliakannya. Ini jelas sebagaimana firman Allah di dalam Al-Mujadalah ayat: 11 yang bermaksud :

    "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan."

                Oleh itu, sementara hayat dikandung badan, nadi masih berdenyut dan kesihatan masih mengizinkan, marilah kita merebut kesempatan ini untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin kerana semakin banyak ilmu yang kita dapat maka semakin banyak amalan yang boleh kita lakukan.

                Kalau kita terpaksa bersusah payah kerana mendapatkan ilmu maka hadapilah ia dengan penuh bersemangat kerana mendapatkan ilmu itu lebih penting daripada segalanya. Oleh itu andai wang ringgit menjadi syarat mendapatkan ilmu maka korbankanlah barang seringgit dua kerana ilmu yang kita dapat sudah pasti tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Andai masa terpaksa kita korbankan kerana mendapatkan ilmu maka luangkanlah sedikit masa untuk tujuan yang mulia ini kerana masa yang kita buangkan tidak sama dengan ilmu yang kita perolehi. Ingatlah bahawa menuntut ilmu adalah permulaan jalan ke syurga. Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Ertinya : Sesiapa sahaja yang merintis jalan kerana menuntut ilmu maka Allah membuka kepadanya jalan ke syurga".                      (Hadis Riwayat Muslim)

    Sesungguhnya kelebihan orang yang berilmu amat banyak sekali. Saidina Ali pernah berkata kepada seorang yang bernama Kamil : "Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan."

                 Saidina Ali berkata lagi : "Tiadalah kebanggaan yang sebenar melainkan bagi orang-orang yang berilmu kerana mereka sentiasa berada di atas jalan hidayah, mereka menunjukan jalan hidayah kepada orang-orang yang memintanya. Memadailah ukuran bagi setiap seseorang itu kebaikan yang dilakukan sedangkan orang yang jahil tetap memusuhi orang-orang berilmu. Maka rebutlah kesempatan menunut ilmu supaya kamu dapat hidup selamanya kerana hakikatnya manusia semuanya mati sedangkan ahli-ahli ilmu akan terus hidup."

                 Ilmu agama atau ilmu Fardhu Ain menduduki tempat terrtinggi dalam senarai ilmu-ilmu yang dicari oleh manusia. Ketinggian ilmu agama tidak dapat di atasi dan ditandingi oleh ilmu-ilmu lain kerana ia didatangkan terus daripada Allah s.w.t yang dipindah dan disampaikan kepada kita oleh Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa ilmu agama tidak penting daripada ilmu-ilmu lain wajiblah dikikis dan diperbetulkan segera kerana ia boleh menyebabkan umat Islam menyeleweng dan menyimpang daripada ajaran agama semasa mereka menjalani kehidupan didunia ini.

    Sesungguhnya ilmu tidak datang bergolek sebaliknya ia perlu dicari dengan mempelajari dan menuntutnya sepanjang masa atau dengan kata lain selagi hayat dikandung badan. Kadang-kadang semasa menuntut ilmu maka berkemungkinann kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Dalam keadaan ini kita tidak boleh berdiam diri. Sebaliknya kita wajib bertanya sesuatu yang tidak difahami supaya dapat dijelaskan oleh guru apa yang kita tidak memahaminya. Sebenarnya bertanya itu merupakan kunci untuk mendapatkan ilmu sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah An Nahl ayat 43 yang bermaksud:

    "Dan tidaklah kami mengutus Rasul-Rasul sebelumnya (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui".

                Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda :

    Ertinya : Ilmu itu adalah perbendaharaan, segala kunci adalah pertanyaan, oleh yang demikian maka hendaklah kamu bertanya kerana sesungguhnya dengan bertanya itu empat golongan akan mendapat pahala iaitu orang yang bertanya, orang alim yang ditanya, orang yang mendengar dan orang yang menyukai mereka bertiga.                                     (Hadis Riwayat Abu Naim)

                Oleh kerana ilmu adalah kunci segala kebaikan maka marilah kita mengintai peluang dan berebut kesempatan untuk mendapatkannya. Banyak cara boleh kita lakukan untuk mendapatkan ilmu antaranya mendengar ceramah agama di radio, menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid dan surau serta menbaca buku-buku agama. Sekiranya kita melakukan semua itu maka percayalah bahawa kita adalah golongan yang akan dimuliakan darjah daripadanya manakala sesama manusia juga kita akan dimuliakan.

                Jadilah manusia yang berilmu melalui kaedah pembacaan. Kunjungi Pesta Buku Antarabangsa Malaysia yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur dan berakhir pada  26 April 2009.

    Selamat membeli dan membaca.

     

    Disediakan oleh:

    Bahagian Dakwah, JAIS
    Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.

    eja

    • *
    • Posts: 114
    • asalamulaikum..khaifahalukum?salam ukhwah..
      • View Profile
    Jawab #1 04 June, 2009, 11:08:54 AM
  • Publish Di FB
  • orang yang mencari ilmu adalah orang yang paling mulia disisi allah s.w.t dan diangkat darjatnya..
    wanita bkn dcipta dr kepala utk disanjungi bkn juga dicpta dr tapak kaki utk dijdkn alas,tp wanita dicipta dr tulang rusuk sblh kiri lelaki utk dilindungi..fikir2 kan lah..

    http://eja-hasnizaeja.blogspot.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    3938 Views
    Last post 16 November, 2009, 05:57:09 AM
    by Ummi Munaliza
    22 Replies
    4099 Views
    Last post 17 December, 2012, 09:45:16 PM
    by afiQoh
    0 Replies
    1151 Views
    Last post 16 October, 2010, 11:31:09 PM
    by MohammadAkif