Tafsir Surah Al-Asr

Author Topic: Tafsir Surah Al-Asr  (Read 8392 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14528
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
04 June, 2009, 07:12:03 AM
  • Publish Di FB

  • “Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
    Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.


    [box title=Tafsiran Surah Al- Asr]Inilah yang Allah SWT tekankan dalam surah al-‘Asr yang diketengahkan khusus untuk menyedarkan umat Islam menghayati betapa pentingnya masa. Inilah antara soalan terpenting yang diberikan perhatian oleh semua masyarakat yang bertamadun di dunia, tanpa mengira bangsa dan di mana jua mereka berada. Kerana masa merupakan kehidupan, masa merupakan penentu keadaan kita di akhirat kelak. Realiti inilah yang perlu disedari oleh umat bahawa budaya memanfaatkan masa semakin jauh dari kehidupan seharian umat Islam.

    Allah menjadikan masa selama 24 jam sehari sememangnya cukup untuk setiap hamba-Nya meneruskan kehidupan mereka. Adakalanya kita merasakan tidak cukup masa bukan kerana salah masa atau pun Allah tidak memperuntukkan masa yang cukup untuk kita, namun apa yang perlu kita sedari ialah pengurusan kita untuk mendahulukan yang lebih penting daripada perkara yang penting. Meninggalkan perkara yang tidak memberikan manfaat dan menggantikannya dengan perkara yang berfaedah.

    Tapi, bagaimana cara kita ingin menentukan kewajipan yang perlu didahulukan daripada perkara-perkara remeh yang lain? Inilah pentingnya kita memahami ‘Fiqh al-Awlawiyat’ yang memberikan kita kefahaman untuk membahagi-bahagikan masa yang ada dengan sebaik mungkin serta menguruskan setiap urusan kita dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan berbanding dengan perkara-perkara yang lain.

    Inilah sebenarnya kelebihan umat Islam. Allah SWT telah membekalkan kepada umat Islam teori-teori pengurusan yang baik. Dengan akhlak yang sempurna, sudah barang pasti kita akan menjadi pemimpian yang berwibawa.menghayat i surah al-‘Asr dituruti dengan kefahaman terhadap ‘Fiqh al-Awlawiyat’ menjadikan kita seorang pengurus masa yang cekap dan mampu untuk membereskan kerja bukan sekadar menurut ‘mood’ atau desakan pihak-pihak tertentu, tetapi kesemuanya berpandukan ajaran Allah SWT yang melengkap setiap aspek kehidupan. Umat Islam sebenarnya telah diberikan ilmu Sains Pengurusan sejak 1400 tahun yang lalu.

    Justeru, kehidupan muda kita ini menuntut kita untuk menjadi pengurus yang cekap kerana waktu inilah saat dan ketikanya untuk mengejar rahmat Allah SWT. Usia muda yang penuh dengan dugaan tetapi sekiranya dihiasi dengan tuntutan syariat, ia merupakan aset terpenting untuk melepasi titian sirat.

    Sekiranya kita meneliti kehidupan para sahabat r.a, mereka memanfaatkan masa muda dan kesihatan ketika mana sebelum datangnya waktu tua semaksimum mungkin. Khalid al-Walid menjadi tentera yang berjuang di jalan Allah semenjak usianya belasan tahun lagi. Begitu juga beberapa orang sahabat yang lain, menjadikan usia muda sebagai modal untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat demi mengejar syahid. Tidak ketinggalan yang tua, umpamanya Abu Thalhah, yang menghabiskan usia tuanya di jalan jihad sehingga dikebumikan di negeri orang semata-mata usahanya mengatur langkah demi menegakkan kalimah Allah SWT. Inilah jejak langkah yang perlu kita teliti dan perlu kita lalui supaya tidak menjadi orang yang rugi di akhirat; hanya mendapat laba dunia tetapi ketika dibangkitkan kali kedua terpaksa merana.

    Penghayatan masa perlu kita perbaiki terutama dalam usaha untuk menegakkan ketuanan Islam. Kita bukan sekadar perlu memenuhi tuntutan masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya, bahkan perlu menghormati masa untuk dihormati. Gerakan Islam tidak perlu lagi melewat-lewatkan mesyuarat atau aktiviti hanya semata-mata menunggu pihak-pihak lain, akan tetapi ketetapan masa perlu kita kuasai dengan sebaik mungkin. Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
    [/box]

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    haizam

    • *
    • Posts: 122
      • View Profile
    Jawab #1 04 June, 2009, 09:06:15 AM
  • Publish Di FB
  • manusia zaman sekarang tak sedar yang terlalu banyak masa yang dibuang atau tak di isi dengan sesuatu yg berfaedah.manusia sekarang juga tak sedar yang masa yang ada semakin singkat n suntuk tuk di sia2kan.cuba kita hitung masa sehari2 kita guna,banyak mana kita guna untuk mencari bekalan akhirat,....wahai orang2 yang beriman isi lah masa yang ada dengan sesuatu yang berfaedah agar ianya dapatmembantu kita di akhirat nanti...

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #2 23 November, 2011, 09:26:03 AM
  • Publish Di FB
  • berpesan dan bersabar...
    usah mencerla masa... sesungguhNya masa itu ALLAH -
    sentiasa memperingati masa selagi nafas di kandung jiwa...

    berserta lah ALLAHU....

    Insyallah -

    Berkata Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin (rahimahullah):

    ومن ثم نعرف أنه ليس من أسماء الله: "الدهر" لأنه لا يتضمن معنى يبلغ غاية الحسن، فأما قوله صلى الله عليه وسلم

    Ad-Dahr (masa) tidaklah termasuk Nama Allah kerana kalimah tersebut tidak mengandungi makna kebaikan yang sempurna. Ada pun berkaitan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

    لا تسبوا الدهر، فإن الله هو الدهر

    Terjemahan: “Jangan kamu mencela ad-Dahr (masa), kerana Allah adalah ad-Dahr (masa).” (Hadis Riwayat Ahmad, 15/70, no. 9137. Muslim, 11/313, no. 4169)

    بيدي الأمر أقلب الليل والنهار

    Terjemahan: “Di Tangan-Ku-lah segala urusan, Aku yang menukar malam dan siang.” (Rujuk: Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin, Syarah Lum’atul I’tiqad,
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    7641 Views
    Last post 20 December, 2010, 06:58:57 PM
    by Rahimah Sakinah
    11 Replies
    12538 Views
    Last post 21 December, 2010, 01:20:12 AM
    by Rahimah Sakinah
    5 Replies
    1611 Views
    Last post 10 October, 2011, 02:36:45 PM
    by al_ahibbatu