Kenapa Islam mensyariatkan wanita ber'iddah?

*

Author Topic: Kenapa Islam mensyariatkan wanita ber'iddah?  (Read 10484 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

02 June, 2009, 11:36:36 AM
  • Publish

  • TIADA lafaz paling keramat dari lidah seorang lelaki yang bergelar suami, kecuali talak, bahkan dilihat dari satu sudut ia adalah hak eksklusif kaum Adam terhadap kaum Hawa.

    Ada benarnya, kerana dalam Islam lafaz talak atau cerai yang keluar dari bibir si isteri tidak diambil kira, walaupun dia melafazkannya berulang kali dengan bersungguh-sungguh, sekali gus menunjukkan kuasa talak hak suami.


    Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu..." (al-Quran, surah al-Talaq-65: 1)

    Walaupun begitu, seorang suami harus berwaspada.

    Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak."

    Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak." (Riwayat Abu Dawud)

    Seorang suami tidak wajar mempermainkan perkataan cerai kerana sekali ia terlepas dari mulut, mereka mungkin menyesal seumur hidup.

    Rasulullah bersabda: "Tiga perkara menjadi serius walaupun dalam keadaan main-main atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba."

    Tetapi, sejauh mana lafaz cerai menjadi hak eksklusif suami? Apakah hak untuk berpisah bagi si isteri terkunci rapat?
    « Last Edit: 03 November, 2009, 10:33:03 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #1 03 September, 2009, 09:39:10 AM
  • Publish

  • Tujuan mensyariatkan iddah ke atas kaum wanita.

    Assalamualaikum,

    1. Tujuan Islam mensyariatkan 'iddah ke atas kaum wanita ialah untuk memastikan rahim wanita tersebut suci dari air mani suaminya pada saat ia diceraikan dan juga memastikan ia tidak hamil daripada lelaki yang menyetubuhinya sebagai langkah mencegah percampuran nasab dan keturunan.

    2. Bagi wanita yang diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk, ini memberikan peluang kepada suaminya untuk memikirkan kembali saat-saat manis ketika mereka bersama dan kembali rujuk kepada isterinya setelah fikirannya kembali tenang.

    Masa menunggu yang agak panjang ini memberikan peluang kepada pasangan suami isteri untuk menginsafi kembali kesalahan masing-masing dan mencari punca perselisihan antara mereka dan semoga itu mereka dapat bersatu semula.

    3. Tujuan 'iddah juga supaya ikatan sesuatu perkahwinan itu dapatlah dipanjangkan waktunya dan pada tempoh itu adalah diharapkan kewarasan dan kematangan fikiran pasangan suami isteri yang berselisih dapat dipulihkan dan menghubungkan kembali persefahaman dan kasih sayang mereka.

    4. Sewaktu melalui proses 'iddah banyak peluang yang boleh direbut oleh wakil dari kedua-dua belah pihak suami isteri bagi mencari jalan keluar dan perdamaian antara mereka dari perselisihan dan semoga dengan cara ini diharapkan dapatlah mempersatukan mereka semula serta menjauhi dari berlakunya perceraian.

    5. Agama Islam meletakkan institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang tinggi dan mulia terutama bagi pasangan suami isteri dimana hubungan kelamin bagi pasangan suami isteri tetap mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Tuhan. Agama Islam amat benci kepada perceraian dan keruntuhan institusi kekeluargaan di mana ia boleh membawa kepada lebih banyak lagi permasalahan sosial.

    6. Bagi perceraian yang berlaku kerana kematian suami, tujuan 'iddah ialah untuk isteri menjaga hak-hak suaminya, kaum kerabat, menzahirkan perasaan sedih dan dukacita, membuktikan kesetiannya kepada bekas suami serta menjaga ama baik dan maruah diri dan keluarga agar tidak diperkatakan oleh orang lain.

    7. 'Iddah adalah anugerah dari Allah untuk hamba-Nya yang membuktikan kasih sayang dan kesungguhan bagi memelihara dan menjaga keutuhan institusi kekeluargaan dalam Islam.
    « Last Edit: 03 September, 2009, 06:24:45 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #2 03 September, 2009, 12:17:19 PM
  • Publish
  • Asslamualaikum,

    Ni bermaksud dia telah dihasut syaitan untuk membuat dosa, dan pihak pompuan pun akan termakan dosa yang sama.

    Reply #3 05 September, 2009, 12:06:57 PM
  • Publish

  • Memahami maksud idah dalam perkahwinan

    PERSOALAN mengenai idah jarang diperkatakan dengan anggapan ramai tahu mengenainya, tetapi yang nyata masih ada kurang faham sehingga keadaan menjadi keliru.

    Menurut kitab fiqah, idah ialah waktu menunggu diwajibkan ke atas wanita yang diceraikan, sama ada cerai hidup atau cerai mati, bagi mengetahui sama ada empunya diri hamil atau tidak.

    Bagi wanita hamil, idahnya sehingga lahir anak dikandungnya itu, baik cerai mati atau cerai hidup.

    "Dan perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya." (Surah at-Talaq: 4)

    Wanita tidak hamil, ada ketikanya bercerai mati dan bercerai hidup.

    Bagi yang bercerai mati, idahnya empat bulan sepuluh hari.

    "Dan orang yang meninggal dunia antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (Surah al-Baqarah: 234)

    Jika diperhatikan, ayat 4 surah at-Talaq umum membabitkan cerai hidup dan cerai mati apabila hamil idahnya sehingga lahir anak dan ayat 234 surah al-Baqarah juga umum membabitkan wanita hamil dan tidak apabila bercerai mati idahnya empat bulan sepuluh hari.

    Di sini wujud sedikit perselisihan faham mengenai wanita bercerai mati sedangkan dirinya hamil, manakala anaknya lahir sebelum cukup empat bulan sepuluh hari dari tarikh suaminya meninggal.

    Apakah idahnya tamat dengan melahirkan anak walaupun belum cukup tempoh empat bulan sepuluh hari dari tarikh suaminya meninggal kerana berdasarkan umumnya ayat pertama di atas?

    Haruskah idahnya dicukupkan juga empat bulan sepuluh hari kerana berdasarkan ayat yang kedua?

    Menurut jumhur ulama salaf (terdahulu), idahnya ialah lahir anaknya walaupun belum cukup empat bulan sepuluh hari.

    Tetapi menurut pendapat lain yang diriwayatkan daripada Ali, idahnya mesti mengambil yang lebih panjang. Walaupun anaknya lahir lebih awal, idahnya harus menunggu sehingga empat bulan sepuluh hari.

    Menurut pendapat itu, jika sampai tempoh empat bulan sepuluh hari, tetapi anak yang dikandungnya belum lahir, idahnya harus menunggu sehingga bersalin.

    Selain itu, ada perbezaan pendapat mengenai idah wanita hamil.

    Imam Syafie berpendapat idah wanita terbabit dengan lahirnya anak dikandung apabila anak itu dari suami yang menceraikannya.

    Tetapi jika anak bukan dari suami yang menceraikannya, wanita terbabit tidak beridah dengan kelahiran anak.

    Pendapat Abu Hanifah, perempuan itu harus beridah dengan lahir anaknya, baik anak itu anak daripada suami yang menceraikannya atau bukan, walau anak zina sekalipun.

    Idah bagi wanita bercerai hidup dengan suaminya ialah tiga kali suci sekiranya dia mempunyai haid.

    "Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)." (Surah al-Baqarah: 228)

    Mengira tiga kali suci itu tidak dicampuri suaminya, dengan suci sewaktu perceraian dikira satu kali suci.

    Tetapi jika dalam suci waktu perceraian itu dicampuri, dikira tiga kali suci mulai suci dari haid pertama selepas perceraian.

    Demikian juga perceraian yang berlaku ketika haid, dikira tiga kali suci dari suci selepas haid yang berlaku sewaktu perceraian.

    Keadaan terbabit sekali gus menyebabkan idah bagi seseorang wanita lebih panjang.

    Oleh kerana itu, adalah dilarang suami menceraikan isteri dalam keadaan haid dan suci yang sudah dicampuri.

    Isteri yang diceraikan suaminya sebelum dicampuri tiada idah (tidak perlu beridah).

    "Kemudian kamu talak mereka itu sebelum kamu campuri, maka tidaklah mereka beridah." (Surah al-Ahzab: 49)

    Tetapi bagi wanita yang tiada haid, idahnya tiga bulan. "Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan..." (Surah at-Talaq: 4)

    Perempuan yang tiada haid ada tiga golongan; iaitu yang masih kecil (belum sampai umur), sudah sampai umur, tetapi belum pernah haid dan orang tua yang sudah keputusan haid.

    Wanita beridah tidaklah boleh dibiarkan begitu saja, malah mereka masih mempunyai hak daripada bekas suaminya, seperti tempat tinggal (rumah), pakaian dan segala perbelanjaan.

    Mereka ialah wanita yang taat dalam idah rajiyah (boleh dirujuk), kecuali isteri derhaka, tidak berhak menerima apa-apa.

    Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Dari Fatimah binti Qais, berkata Rasulullah s.a.w kepadanya: 'Perempuan yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman daripada bekas suaminya itu apabila bekas suaminya itu berhak rujuk kepadanya.'" (Hadis riwayat Ahmad dan Nasai)

    Wanita dalam idah bain (tidak boleh dirujuk) jika hamil juga berhak mendapatkan kediaman, nafkah dan pakaian.

    "Jika mereka (janda yang dicerai) mengandung, maka beri nafkahlah olehmu sampai lahir kandungannya." (Surah at-Talaq: 6)

    Sementara wanita yang dicerai secara bain, tetapi tidak hamil, sama ada bain dengan tebus talak mahupun dengan talak tiga, mereka hanya berhak mendapatkan tempat tinggal.

    "Tinggalkanlah mereka di tempat kediaman yang sepadan dengan keadaan kamu." (Surah at-Talaq: 6)

    Bagaimanapun, sesetengah ulama berpendapat, wanita dicerai secara talak bain yang tidak hamil tidaklah berhak mendapatkan nafkah dan tempat tinggal.

    Dari Fatimah binti Qais dari Nabi s.a.w mengenai perempuan yang ditalak tiga, kata Rasulullah, dia tidak berhak tempat tinggal dan tidak pula nafkah. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

    Adapun firman Allah dalam surah at-Talaq ayat 6, kata mereka hanya terhadap wanita dalam idah rajiyah.

    Bagi wanita yang beridah disebabkan kematian suami, mereka tidak mempunyai hak sama sekali walaupun hamil kerana diri dan anak yang dikandungnya sudah mendapat hak pusaka daripada suaminya yang meninggal.

    "Janda hamil yang kematian suaminya tidak berhak mengambil nafkah." (Riwayat Daruqutni)

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #4 04 November, 2009, 07:41:16 AM
  • Publish

  • Kategori dan hikmah iddah menurut syarak.

    Iddah ialah tempoh masa menunggu bagi isteri yang diceraikan suami. Hikmah iddah adalah untuk menentukan rahim isteri bersih daripada benih bekas suaminya.

    Dalam perceraian talak raj’i, iddah memberi peluang kedua-dua pihak berfikir semasak-masaknya, apakah perceraian yang berlaku itu memberi manfaat untuk mereka atau sebaliknya.

    Iddah terbahagi dua iaitu iddah isteri yang kematian suami dan iddah isteri bercerai hidup. Tempoh iddah isteri yang kematian suami ialah jika isteri mengandung maka idahnya selepas melahirkan anak dan jika tidak mengandung, idahnya selama empat bulan sepuluh hari sama ada disetubuhi suami semasa hidup atau tidak.

    Idah isteri yang bercerai hidup pula ialah jika mengandung maka idah tamat selepas kelahiran bayi dan jika tidak mengandung, edahnya ialah tiga kali suci bagi perempuan yang masih datang haid.
    Jika isteri yang diceraikan masih tidak disetubuhi maka tidak ada idah baginya.

    Haram
    bagi suami bersetubuh dengan bekas isteri yang berada dalam tempoh idah raj’i, kecuali selepas berlaku rujuk. Ketika dalam tempoh idah, suami masih bertanggungjawab memberi nafkah makan minum, tempat tinggal dan pakaian kepada bekas isteri.

    Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka itu mengandung maka berikanlah nafkah kepada mereka sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya itu.” (Surah at- Thalaq, ayat 6)

    Arahan Allah ini ditaqninkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang memperuntukkan: “Tertakluk kepada hukum syarak, mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah isteri atau bekas isterinya.”

    Reply #5 12 November, 2009, 11:34:32 AM
  • Publish

  • Tempoh iddah bagi wanita yang telah putus haid


    Bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid (haidh), jika:

    1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari
    2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran.
    3. diceraikan… hah, yang ni panjang sikit ceritanya

    Wanita yang tiada/tidak pernah/telah putus haid, iddahnya ialah 3 bulan dari perpisahan.
    Wanita golongan ini termasuklah perempuan yang belum baligh, atau perempuan yang telah baligh tetapi tiada haidh dan juga wanita yang telah tua iaitu telah putus haid.

    Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Talaq, ayat 4, maksudnya:
    “Dan bagi yang telah ya’s (putus) dari haidh dari kalangan wanita-wanita kamu jika karmu ragu, maka iddahnya ialah tiga bulan, dan begitu juga bagi wanita yang belum haidh”

    Jadi, di sini jelaslah bahawa bagi ibu-ibu, makcik-makcik yang telah berhenti haid (putus haid), jika diceraikan maka iddahnya ialah 3 bulan.

    Penjelasan tentang 3 bulan


    Hendaklah menggunakan kalender Islam, iaitu 3 bulan ini bermaksud 3 bulan qamariyah, iaitu sebanyak 90 hari.
    Walaupun demikian, tidak dinafikan terdapat perbezaan pandangan di kalangan fuqaha mengenai bilangan 3 bulan tersebut. Menurut Muhammad Uqlah, para fuqaha sependapat bahawa jika perceraian berlaku pada awal bulan, maka bulan itu dikira 1 bulan pertama, jadi, bilangan hari mungkin kurang dari 90 hari.

    Reply #6 30 December, 2010, 02:18:25 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Di sini saya mempunyai dua kemusykilan berkenaan hal idah, tempoh idah bagi wanita yang hamil, nafkah semasa idah  dan nafkah sesudah melahirkan anak . Dan bagi ibu yang menyusukan anak , adakah berhak untuk dia menerima sebarang nafkah atau upah kerana menyusukan bayi tersebut ?

    Situasi yang saya alami ialah saya telah pun diceraikan oleh suami pada bulan Syawal yang lalu, ketika itu saya sedang hamil 6 bulan . Sepanjang tempoh kehamilan sehingga saya melahirkan anak kami, bekas suami masih memberikan nafkah untuk saya .

    Tetapi sebaik sahaja saya, melahirkan anak , berpantang dan sesudahnya . Masihkah saya berhak menerima sebarang nafkah dari suami ? Mengikut apa yang saya fahami hasil pembacaan dan pengetahuan saya, idah saya tamat sebaik sahaja saya melahirkan anak . Dan pada fikiran saya , saya sudah tidak menjadi tanggungjawab bekas suami selain kos melahirkan dan kos sehingga saya selesai berpantang selama 40hari .

    Tetapi mengikut orang tua saya pula, saya masih lagi berhak menerima nafkah selama 3 bulan selepas bersalin . Jadi terdapat percanggahan di situ, dan ini menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk menuntutnya pada bekas suami .

    Bukan soal wang ringgit yang saya khuatiri, tapi saya Cuma ingin tahu hak-hak sebenar seorang bekas isteri supaya mempermudahkan kami, saya dan bekas suami untuk berurusan mengikut apa yang dituntut oleh syariat Islam .

    Dan sekiranya saya menyusukan anak yang saya lahirkan, perlukah bekas suami memberi sebarang upah untuk itu ?

    Reply #7 08 August, 2011, 02:56:49 PM
  • Publish
  • Umi ...leh tanya kat sini kot... pengiraan iddah dikira bermula bila, terutama bagi isteri kematian suami. adakah pada hari kematian suami sudah dikira atau bermula pada keesokan hari.

    Reply #8 08 August, 2011, 03:48:03 PM
  • Publish
  • Umi ...leh tanya kat sini kot... pengiraan iddah dikira bermula bila, terutama bagi isteri kematian suami. adakah pada hari kematian suami sudah dikira atau bermula pada keesokan hari.



    sila klik linknya  Tempoh Iddah Seorang Perempuan


    TEMPOH IDDAH WANITA YANG KEMATIAN SUAMI

    1) BAGI WANITA/ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG

    Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa ‘bulan’ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari.

    2)BAGI WANITA/ ISTERI YANG MENGANDUNG

    Keadaan ini adalah menyamai keadaan saya yang kehilangan suami tercinta ketika mengandung 8 bulan.

    Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.
    « Last Edit: 08 August, 2011, 03:50:56 PM by al_ahibbatu »

    Reply #9 13 October, 2011, 08:53:45 PM
  • Publish
  • Bagaimana dengan tempoh iddah bagi isteri yang haidnya tidak tentu...

    Cthnya;
     bulan petama - awal bulan
     bulan kedua plak - hujung bulan
     bulan ketiga - tak datang langsung tp dah masuk bulan ke empat baru datang...

    Nak kene kira hitung hari...kalender islam @ masih ikut 3 kali suci....?

    Reply #10 17 October, 2011, 08:39:00 AM
  • Publish
  • Bagaimana dengan tempoh iddah bagi isteri yang haidnya tidak tentu...

    Cthnya;
     bulan petama - awal bulan
     bulan kedua plak - hujung bulan
     bulan ketiga - tak datang langsung tp dah masuk bulan ke empat baru datang...

    Nak kene kira hitung hari...kalender islam @ masih ikut 3 kali suci....?

    Ya, masih ikut 3 kali suci.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    112 Replies
    15774 Views
    Last post 19 September, 2013, 10:10:31 PM
    by Serikandi_88
    87 Replies
    9169 Views
    Last post 09 November, 2012, 09:26:37 PM
    by Ana Tholibah
    60 Replies
    12157 Views
    Last post 11 October, 2011, 03:45:04 PM
    by mohdazri