Berbakti Kepada Ibu Bapa

*

Author Topic: Berbakti Kepada Ibu Bapa  (Read 26555 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14525
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
02 June, 2009, 07:25:45 AM
  • Publish
  • Tanggungjawab terhadap ibu bapa.

    Menghormati ibu bapa dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat istimewa serta tinggi sekali sehinggakan ibu bapa adalah yang kedua perlu dihormati selepas yang Maha Pencipta.

    Terdapat dua jenis tanggungjawab yang boleh dilakukan anak terhadap ibu bapa mereka kerana jika mereka berbuat ehsan kepada ibu bapa, ia membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak yang melakukannya.

    Tanggungjawab pertama ialah tanggungjawab yang boleh dilakukan ketika ibu bapa masih hidup, manakala yang kedua ialah perkara yang perlu dilakukan selepas mereka meninggal.

    Jika berbuat buat baik kepada ibu bapa, ganjaran yang Allah berikan ialah panjang umur dan murah rezeki. Anak yang sebegini diredhai Allah dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.Selain itu, hidup mereka juga sentiasa dalam keberkatan dan peliharaan Allah serta dijauhkan daripada kesempitan hidup. Besar atau tidak ganjaran yang bakal diperoleh, ia mengatasi pahala berjihad fisabilillah.

    Lebih besar daripada itu, anak yang tidak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa mendapat kemuliaan luar biasa dan Allah menjauhkan rasa dukacita serta kesedihan daripada hidupnya.

    Tidak sekadar tanggungjawab ketika hidup, apabila ibu bapa meninggal, tanggungjawab yang perlu dilakukan lebih berat iaitu menguruskan jenazah ibu bapa bersama keluarga terdekat.

    “Anak sewajarnya menerima berita kematian ibu atau bapa dengan reda dan sabar di atas qada dan qadar serta ketentuan Allah dengan mengucap ‘Inna lillaahi wa inna ilaihiraajiuun’ dan tidak meratap kematian berkenaan.

    “Selepas itu segeralah menguruskan jenazah dengan memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan dengan sempurna. Lebih afdal kalau anak berupaya membaca sendiri talkin untuk orang tua mereka.”

    Selain itu, tanggungjawab lain perlu dilakukan ialah menyelesaikan hutang piutang ibu bapa dan membahagikan harta peninggalan mengikut hukum faraid yang ditetapkan supaya tidak timbul sebarang perbalahan di kalangan mereka yang berhak menerimanya.

    Anak juga boleh mengqada puasa untuk ibu bapa mereka sekiranya ibadat tertangguh ketika hayatnya. Kalau berkemampuan, upah orang mengerjakan haji atau umrah bagi kedua-dua ibu bapa yang sudah meninggal itu.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    haizam

    • *
    • Posts: 122
      • View Profile
    Reply #1 03 June, 2009, 10:47:41 AM
  • Publish
  • masih ramai anak2 yang tak menghargai pengorbanan ibu bapa.ada yang hanya memerlukan bapa ketika mereka kesuntukan wang,ada anak yang buat ibu seperti orang gaji,dipaksa bangun pg2 masak n buat kerja mcm orang gaji.
    sy cukup pantang kalau jumpa orang mcm ni.orang2 mcm ni patut di bunuh jer,heh heh,ada jugak anak2 yang salahkan ibubapa kenapa mereka susah n tak kaya mcm orang2 kaya,sy tak kenal ibubapa dari kecil,tak pernah rasa mcm mana berada dalam pelukan seorang ibu dan bapa,sy dibesarkan oleh arwah datuk n nenek tapi bali sy dah kerja n ayah ibu datang ,walaupun sy dah besar tapi sy tetap sanjung n sayang mereka kerana tanpa mereka tak wujud kita di dunia ni,sekarang bapa dah meninggal.sy sedekahkan ayat2 suci agar dapat membantunya dialam barzakh.wahai anak2........hargailah ibu dan bapamu selagi mereka ada disisi,jngn mereka dah tak ada baru nak dikenang2 n ditangisi.satu masa nanti kita juga akan bergelar bapa dan ibu kpd anak2 kita.

    Fauziah Begam

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Reply #2 20 June, 2009, 09:48:13 AM
  • Publish
  • Tanggungjawab seorang anak memang besar terhadap ibu bapa.........tidak kira ibu bapa masih hidup @ telah tiada....Tapi masih ada anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa.....Mungkin kerana kurangnyer didikan agama........

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 28 June, 2009, 07:54:21 AM
  • Publish
  • Tanggungjawab terhadap ibu bapa.

    Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk kita membalas jasa ibu bapa adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka.

    Disamping itu, kita hendaklah sentiasa mengunjungi dan menziarahi mereka serta  menghulurkanlah bantuan dan kewangan. Sentiasalah kita bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai anak maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan ibu dari orang lain.

    Marilah kita mengambil iktibar peristiwa yang pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. iaitu kisah seorang pemuda bernama Al-Qamah yang lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat kematiannya al-Qamah tidakmampu untuk mengucap kalimah syahadah sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan al-Qamah.  Akhirnya, barulah al-Qamah dapat menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.

    Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada diri kita?. Semoga kita tidak termasuk dari golongan yang menderhakai kedua ibu bapa kita

    Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 24)

    Maksudnya :

    "Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".


    icahmanja

    • *
    • Posts: 41
      • View Profile
    Reply #4 28 June, 2009, 10:32:18 AM
  • Publish

  • Jasa ibu bapa tak dapat dinilai dengan wang ringgit. Ibu bapa boleh menjaga seramai 10 orang anak.
    Tetapi bila mereka tua, anak2 yang seramai 10 orang ni susah nak jaga ibu bapa.
    Sesiapa yang masih ada ibu bapa, berbaktilah kepada mereka. Ingatlah jasa2 mereka.
     

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #5 28 June, 2009, 11:46:38 AM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..

    Al-Qamah adalah salah seorang dari sahabat Baginda RasulAllah saw, dan dia menghadapi kepayahan yg menyiksa ketika menjelang ajalnya dalam mengalami sakaratul maut, mulutnya tidak mampu mengucapkan kalimatul Haq ( La ilaha illallah )..RasulAllah saw cuba berdoa dan mengajarnya untuk menyebut kalimatul Haq, namun Allah swt tidak izin dan terus menolak seluruh amalnya walaupun Al-Qamah adalah seorang ahli ibadat, kesalahannya ialah menyakiti hati si ibunya dan ibunya tidak redha dan tidak mahu memaafkan si anaknya walaupun di rayu beberapa kali oleh Baginda RasulAllah saw....

    Atas kebijaksanaan Baginda RasulAllah saw, beliau cuba mengalih pandangan si ibu dengan mengambil keputusan untuk membakar sahaja hidup-hidup..mendengar keputusan itu, lalu tak kesampaian si ibu tadi melihat akan kejadian tersebut, dan naluri keibuannya tidak tega lalu memohon kepada Baginda RasulAllah saw agar mengurung niat untuk membakar puteranya dan seterusnya memaafkan kesalahan anaknya, di saat itulah di atas IzinNya dan RahmatNya, ia terbebas dari siksa sakaratul maut dan pada akhir kalamnya mengucapkan kalimatul haq..


    salah satu pengajaran serta pengertian di sini ialah si ibu memiliki kedudukan spritual yang tinggi yang wajib di taati dan hormati selagi tidak mengajar kemaksiatan, redhanya memuluskan perjalanan ruhani untuk mendapatkan kedudukan di sisi Allah swt yang tinggi.. Wallahu a'lam
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #6 28 June, 2009, 12:30:33 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..

    Al-Qamah adalah salah seorang dari sahabat Baginda RasulAllah saw, dan dia menghadapi kepayahan yg menyiksa ketika menjelang ajalnya dalam mengalami sakaratul maut, mulutnya tidak mampu mengucapkan kalimatul Haq ( La ilaha illallah )..RasulAllah saw cuba berdoa dan mengajarnya untuk menyebut kalimatul Haq, namun Allah swt tidak izin dan terus menolak seluruh amalnya walaupun Al-Qamah adalah seorang ahli ibadat, kesalahannya ialah menyakiti hati si ibunya dan ibunya tidak redha dan tidak mahu memaafkan si anaknya walaupun di rayu beberapa kali oleh Baginda RasulAllah saw....

    Atas kebijaksanaan Baginda RasulAllah saw, beliau cuba mengalih pandangan si ibu dengan mengambil keputusan untuk membakar sahaja hidup-hidup..mendengar keputusan itu, lalu tak kesampaian si ibu tadi melihat akan kejadian tersebut, dan naluri keibuannya tidak tega lalu memohon kepada Baginda RasulAllah saw agar mengurung niat untuk membakar puteranya dan seterusnya memaafkan kesalahan anaknya, di saat itulah di atas IzinNya dan RahmatNya, ia terbebas dari siksa sakaratul maut dan pada akhir kalamnya mengucapkan kalimatul haq..


    salah satu pengajaran serta pengertian di sini ialah si ibu memiliki kedudukan spritual yang tinggi yang wajib di taati dan hormati selagi tidak mengajar kemaksiatan, redhanya memuluskan perjalanan ruhani untuk mendapatkan kedudukan di sisi Allah swt yang tinggi.. Wallahu a'lam


    Cerita ini khas untuk si suami ye tak Tuan Intizhar?
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #7 28 June, 2009, 02:09:17 PM
  • Publish
  • Cerita ini khas untuk si suami ye tak Tuan Intizhar?

    benar Tuan assidiq...~

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #8 28 June, 2009, 05:20:15 PM
  • Publish
  • Sy ada letak video nya.. kartun dari indon.. SurGA bawah Tapak Kaki Ibu-Video

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 29 August, 2009, 03:37:50 PM
  • Publish


  • Pertama: Mengurus Jenazah Ibubapa.


     Apabila salah seorang atau kedua-dua ibubapa meninggal dunia, hendaklah kita sebagai anak memastikan jenazah mereka diuruskan secepat mungkin. Pengurusan jenazah terdiri daripada:

       1.      Memandikan jenazah.
       2.      Mengkafan jenazah.
       3.      Mensolatkan jenazah.
       4.      Mengkebumikan jenazah.

    Sekalipun proses pengurusan jenazah dilakukan oleh orang-orang yang terlatih dalamnya, adalah utama jika kita dapat turut serta. Jika tidak tahu apa dan bagaimana caranya untuk turut serta,
    maka sekarang adalah masa yang tepat untuk mula mencari ilmu tentang pengurusan jenazah. Setiap daripada proses pengurusan jenazah memiliki petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih sehingga ia memerlukan buku yang berasingan untuk menerangkannya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 29 August, 2009, 03:43:36 PM
  • Publish


  • Kedua: Melunaskan Hutang Ibubapa.


    Apabila ibubapa meninggal dunia, hendaklah kita menyemak sama ada mereka memiliki hutang yang belum dilunaskan. Hutang tersebut terbahagi kepada dua jenis:


    Hutang Harta Benda:

    Hutang seperti ini akan menawan ibubapa yang meninggal dunia sehinggalah ia dilunaskan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda kepada Sa‘ad ibn al-Atswal radhiallahu 'anh yang baru kematian saudaranya:

    "Saudara kamu tertahan disebabkan hutangnya, oleh itu pergilah engkau melunasinya."


    Jika kita tidak mampu membayarnya, maka ia menjadi tanggungjawab negara. Jika negara enggan melaksanakan tanggungjawab tersebut, maka hendaklah umat Islam saling membantu untuk melunasinya. Pilihan lain ialah berjumpa dengan pihak yang dihutang dan berbincang dengan mereka, mudah-mudahan mereka memansuhkan hutang tersebut atau memberi jalan lain yang lebih mudah.

    Menyentuh tentang hutang dan harta, janganlah kita merasa berat untuk melaksanakannya. Janganlah hal ini dipandang sebagai “membayar hutang orang lain” tetapi pandanglah ia sebagai “membuat pelaburan dengan Allah”.

     

    Hutang Ibadah:

    Jika ibubapa memiliki hajat untuk melaksanakan sesuatu ibadah lalu mereka tidak sempat kerana meninggal dunia, maka kita boleh melaksanakan ibadah tersebut. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan:

    Bahawa seorang wanita daripada Juhainah datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk melaksanakan haji akan tetapi dia tidak sempat melaksanakan haji tersebut sehingga dia meninggal dunia. Apakah boleh aku melaksanakan haji tersebut untuknya?”

    Rasulullah menjawab: “Ya, hajikanlah dia. Apa pandangan kamu jika ibu kamu memiliki hutang, adakah kamu juga akan melunasinya? Lunaskanlah untuk Allah kerana (hutang kepada) Allah adalah lebih berhak untuk dilunasi.”[3]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 29 August, 2009, 03:45:58 PM
  • Publish


  • Ketiga: Melaksanakan Rancangan Atau Janji Ibubapa.


    Jika ibubapa memiliki rancangan tertentu dan mereka tidak sempat melaksanakannya, kita sebagai anak boleh melaksanakannya dan ganjaran kebaikan akan mengalir kepada ibubapa dan juga kita. Jabir bin ‘Abd Allah radhiallahu 'anh menerangkan:

    Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah berkata:

    “Apabila datang harta dari Bahrain nescaya aku akan memberi engkau sekian-sekian.”


    Namun harta dari Bahrain tidak datang sehinggalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam wafat.

    Ketika harta dari Bahrain sampai, Abu Bakar (radhiallahu 'anh) memerintahkan seseorang menyeru: “Sesiapa yang memiliki janji atau hutang dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datanglah kepada kami.”

    Maka aku datang dan berkata: “Sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berjanji kepada aku sekian-sekian.” Maka dia memberi aku satu genggaman dan aku menghitungnya,ternyata jumlahnya lima ratus (dirham). Dia berkata: “Ambillah lagi seumpamanya.”[4]


    Dalam hadis di atas, janji Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada Jabir dilaksanakan oleh Abu Bakar radhiallahu 'anh sebagai pemerintah pada saat itu. Dalam kes ibubapa, janji atau rancangan mereka boleh dilaksanakan oleh anak-anaknya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 29 August, 2009, 03:55:04 PM
  • Publish


  • Keempat: Melakukan Kebaikan Yang Disyari‘atkan.

    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

    "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."
    [al-Najm 53:39]


    Seorang anak adalah hasil usaha ibubapanya sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:"Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang ialah daripada hasil usahanya sendiri dan anaknya termasuk daripada hasil usahanya."[5]

     

    Justeru apa jua kebaikan yang selari dengan syari‘at yang dilakukan oleh kita sebagai seorang anak, seperti beribadah, bersedekah, amar ma’ruf dan nahi mungkar dan selainnya, maka ibubapa akan memperoleh ganjaran. Ganjaran tersebut akan diperolehi oleh ibubapa sama ada kita meniatkan atau tidak, kebaikan yang dilakukan itu kepada mereka.

    Antara contoh kebaikan yang memberi manfaat kepada ibubapa ialah apabila kita “mengambil al-Qur’an” sebagaimana hadis berikut daripada Buraidah radhiallahu 'anh:Aku duduk di sisi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu aku mendengar baginda bersabda:
    “Pelajarilah surah al-Baqarah kerana mengambilnya merupakan keberkatan, meninggalkannya merupakan kerugian dan orang yang suka membuat kebatilan tidak akan mampu mengilmuinya.”

    Kemudian baginda diam sesaat, lalu bersabda:“Pelajarilah surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-duanya adalah al-Zahrawan yang menaungi orang yang memilikinya pada Hari Kiamat, seakan-akan dua gumpalan awan atau dua barisan burung.

    Sesungguhnya al-Qur’an akan menemui pemiliknya pada Hari Kiamat ketika dia dibangkitkan daripada kuburnya seperti seseorang yang berkulit kuning, lalu dikatakan kepadanya:


    “Adakah kamu mengenal aku?”

    Dia menjawab: “Aku tidak mengenal engkau.”

    Dikatakan (lagi) kepadanya: ““Adakah kamu mengenal aku?”

    Dia menjawab: “Aku tidak mengenal engkau.”

    Lalu dikatakan: “Aku adalah sahabat kamu: al-Qur’an,

    yang telah membuat kamu kehausan pada siang hari

    dan menyebabkan kamu tidak tidur pada malam hari.

    Sesungguhnya setiap pedagang berada di belakang barang dagangannya

    sedangkan kamu pada hari ini berada di belakang semua barang dagangan.”[6]

    Lalu dia diberi kerajaan dari arah kanannya, diberi keabdian dari sebelah kirinya,

    diletakkan di atas kepalanya mahkota kebesaran dan ibubapanya dikenakan pakaian yang membuatkan seluruh penduduk dunia berdiri menghormati mereka berdua. Maka mereka berdua bertanya:

    “Dengan apakah menyebabkan kami menerima semua ini?”

    Dijawab: “Dengan sebab anak kalian berdua yang mengambil al-Qur’an.”

    Kemudian dikatakan (kepada anak tersebut):

    “Bacalah (al-Qur'an) dan naiklah darjat-darjat syurga dan ruangan-ruangannya.”

    Dia terus naik selama membaca al-Qur’an sama ada secara cepat atau perlahan.[7]


    Dimaksudkan yang “mengambil al-Qur’an” adalah melaksanakan apa yang dituntut ke atas setiap orang Islam terhadap al-Qur’an, iaitu:

       1.      Beriman kepadanya.
       2.      Membacanya dengan disiplin tajwid.
       3.      Menelaahnya, yakni memerhati dan mengkaji kandungannya (tadabbur).
       4.      Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan.
       5.      Menyampaikannya sama ada untuk tujuan dakwah atau menegakkan hujah.
       6.      Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan segelintir umat Islam.

    Apabila kita melaksanakan keenam-enam tuntutan di atas sekuat mampu, maka kita dikira telah “mengambil al-Qur’an” dan diberi kedudukan yang mulia di Hari Akhirat kelak. Kemuliaan ini juga kemudiannya dikurniakan kepada ibubapa kita sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis di atas.[8]

    Contoh kebaikan lain yang dapat kita lakukan untuk ibubapa ialah bersedekah, seperti mana hadis berikut daripada ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma:Sesungguhnya datang seorang lelaki dan bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia, apakah bermanfaat untuknya jika aku bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab: “Ya.”

    Lelaki itu lantas berkata: “Sesungguhnya aku memiliki sebuah kebun yang berbuah,maka saya persaksikan kepada engkau bahawa aku mensedekahkannya untuknya.”[9]


    « Last Edit: 29 August, 2009, 03:57:07 PM by ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 29 August, 2009, 04:03:35 PM
  • Publish


  • Kelima: Meneruskan Apa Yang Baik dan Menghentikan Apa Yang Buruk.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun.Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun."[10]


    Senafas dengan hadis di atas adalah: "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak shalih yang mendoakannya."[11]


    Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, jika ibubapa pada masa hidup pernah melakukan satu amalan yang disyari‘atkan kepada masyarakat, maka hendaklah kita memastikan amalan tersebut terus dilaksanakan selepas mereka meninggal dunia. Sebagai contoh, jika ayah pernah mensedekahkan sejumlah naskah al-Qur’an kepada surau berhampiran untuk menjalankan kelas pengajian al-Qur’an, pastikan al-Qur’an tersebut dalam keadaan baik dan kelas pengajian diteruskan oleh ahli surau. Jika ibu pernah membuat kelas tuition secara percuma di rumah bagi budak-budak yang tidak berkemampuan, pastikan dicari dan dibayar seorang guru yang baru agar kelas tuition tersebut dapat diteruskan.

     

    Akan tetapi seandainya ibubapa pernah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syari‘at dan mereka tidak sempat membetulkannya pada masa hidup, hendaklah kita memastikan ia dibetulkan setelah mereka meninggal dunia. Sebagai contoh, seandainya ayah pernah menulis buku yang di dalamnya mengandungi kesalahan dan hal ini dikesan oleh kita, maka dalam cetakan akan datang perbetulkanlah kesalahan tersebut. Jika ibu pernah berselisih pendapat dengan seorang jiran sehingga menyinggung perasaan dia, maka pergilah berjumpa dengan jiran tersebut dan mohonlah maaf bagi pihak ibu.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 29 August, 2009, 04:07:42 PM
  • Publish

  • Keenam: Mendoakan Ibubapa.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak shalih yang mendoakannya."[12]

    Dalam sebuah hadis yang lain baginda juga bersabda:Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki yang shalih di syurga,lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?”Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.”[13]

    Doa keampunan kepada ibubapa yang boleh diamalkan adalah daripada al-Qur’an seperti mana yang dikemukakan sebelum ini:“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku,serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman;dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan;dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Nuh 71:28]
     

    Memandangkan hadis yang pertama menyebut doa seorang anak yang shalih secara umum, maka dianjurkan juga mendoakan rahmat kepada ibubapa sebagaimana berikut:“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]

    Demikianlah dua doa yang diajarkan oleh al-Qur’an dan ia mencakupi dua perkara yang amat diperlukan oleh ibubapa setelah mereka meninggal dunia: keampunan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Doa-doa ini boleh kita baca di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ia tidak terhad kepada saat menziarahi kubur ibubapa.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #15 29 August, 2009, 04:10:04 PM
  • Publish

  • Ketujuh: Berhubung Dengan Orang Yang Dicintai Oleh Ibubapa.

    Kebaikan yang terakhir adalah setinggi-tinggi kebaikan yang dapat dilakukan oleh seorang anak kepada ibubapanya yang telah meninggal. Hadisnya adalah seperti berikut:Dalam satu perjalanan ke Mekah, ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma menemui seorang Arab Badui. Lantas Ibn ‘Umar mengucapkan salam kepada beliau, menaikkan beliau ke atas keldai yang tadi ditungganginya dan kemudian memberikan beliau serban yang sedang dipakainya.

    Ibn Dinar (yang menyaksikan perbuatan Ibn ‘Umar) berkata kepadanya:“Semoga Allah memperelok keadaan kamu! Sesungguhnya mereka adalah orang Arab Badui dan sesungguhnya mereka sudah mencukupi dengan sesuatu yang sedikit.”

    Maka Ibn ‘Umar menjawab:“Sesungguhnya ayah orang ini adalah sahabat yang amat dicintai oleh (ayahku) ‘Umar bin al-Khaththab. Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:“Sesungguhnya bakti terbaik seorang anak ialah menghubung silaturahim dengan orang yang dicintai ayahnya.”[14]
     

    Berdasarkan hadis di atas, hendaklah kita berbuat baik kepada ibubapa yang sudah meninggal dunia dengan menjalinkan hubungan silaturahim dan berbuat baik kepada sesiapa sahaja yang dicintai atau menjadi sahabat karib ibubapa semasa mereka masih hidup.

    Demikian tujuh ruang berbuat baik kepada ibubapa yang dibuka oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada kita setelah ibubapa meninggal dunia. Laksanakanlah ketujuh-tujuh perkara di atas, nescaya ia memanfaatkan ibubapa. Janganlah ditambah atau dikurangi, melainkan memiliki dalil yang sahih lagi jelas.[15]




    Sumber rujukan :

    [1] Kitab ini memiliki dua edisi terjemahan:

       1.      Tuntutan Lengkap Mengurus Jenazah yang diterbitkan oleh Gema Insani Press, Jakarta, 1999.
       2.      Hukum & Tatacara Mengurus Jenazah Mengikut al-Qur’an & as-Sunnah yang diterbitkan oleh Pustaka Imam Asy-Syafi’e, Bogor, 2005.

    [2] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2433 (Kitab al-Ahkam, Bab membayar hutang orang yang meninggal dunia).

    [3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 1852 (Kitab al-Hajj, Bab menunaikan nazar haji untuk yang meninggal dunia).

    [4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2296 (Kitab al-Kafalah, Bab orang yang bertanggungjawab untuk menunaikan hutang si-mati…).

    [5] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 3528 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan seorang yang makan daripada harta anaknya).

    [6] Ini adalah satu kiasan, bererti setiap orang berbangga dengan barang yang bernilai bagi dirinya manakala seorang pemilik al-Qur’an pada Hari Kiamat akan berbangga dengan barang yang paling bernilai di atas semua barang, iaitu al-Qur’an.

    [7] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya – hadis no: 22950 (bagi edisi 6 jld., rujuk jld. 5, ms. 348) dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna‘uth.

    [8]  Alhamdulillah, saya telah menyusun sebuah buku khas yang menjelaskan perlaksanaan tuntutan-tuntutan di atas, berjudul Marilah Berkenalan Dengan al-Qur’an terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.

    [9] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2770 (Kitab al-Wasiat, Bab jika diwakafkan tanah…).

    [10] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1017 (Kitab al-Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…)

    Banyak berlaku salah faham terhadap hadis ini sehingga ia dijadikan dalil oleh sebahagian pihak untuk mencipta amalan-amalan yang baru. Untuk mengetahui maksud sebenar hadis ini, rujuk buku Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami oleh Asri Zainul Abidin, terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.

    [11] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran  yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia).

    [12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran  yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia).

    [13] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya – hadis no: 10610 (jld. 2, ms. 509) dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth.

    [14] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2552 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab keutamaan berbuat baik kepada rakan ayah dan ibu).

    [15] Sebagai contoh, menziarahi kubur ibubapa tidak termasuk dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa. Ini kerana menziarahi kubur kebaikannya adalah untuk penziarah dan bukan yang diziarahi. Lebih lanjut, hubungan orang Islam dengan kubur boleh dibahagikan kepada tiga:

       1.      Sunnah dan disyari‘atkan, iaitu apabila seseorang menziarahi kubur atas tujuan mengambil iktibar, melembutkan hati, menginsafkan diri dan mengingati kematian.
       2.      Harus, iaitu apabila seseorang sekadar melintasinya seperti orang yang dalam perjalanannya ke kerja, dia melalui tanah perkuburan.
       3.      Bid’ah dan dilarang, iaitu apabila seseorang melakukan pelbagai kurafat di atas kubur seperti menuang air Yasin, menabur bunga, memacak payung, membaca al-Qur’an, mengambil berkat daripada ahli kubur, berdoa meminta pertolongan atau bertawasul kepada ahli kubur, menyembelih haiwan, memberi sajian makanan dan sebagainya.

     

    « Last Edit: 29 August, 2009, 04:11:41 PM by ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #16 29 August, 2009, 04:20:48 PM
  • Publish

  •    Kisah Juraij, Seorang Ahli Ibadah


    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

    Pernah terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat.

    Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

    Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

    Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat.

    Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

    Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

    Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat.

    Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

    Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

    Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa:

    “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

    Sejak saat itu, kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata:“Jika kalian kehendaki, aku akan menggodanya untuk kalian.”

    Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya. Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa:

    “Ini adalah anak Juraij.”

    Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya.

    Juraij bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?”

    Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!”

    Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?”

    Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.”

    Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya:

    “Wahai bayi, siapakah ayah kamu?”

    Bayi itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”

    Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata:

    “Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.”

    Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”[1]

     

    Hadis di atas menunjukkan betapa besar kedudukan ibubapa ke atas seorang anak dan betapa pentingnya bagi seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Bayangkan, jika seorang anak yang sedang bersolat dianggap melakukan kesalahan kerana tidak mengendahkan hajat ibunya, bagaimana pula dengan kita yang sering leka mengejar kehidupan dunia sehingga tidak mengendahkan hajat ibubapa kita?

    Melalui buku ini, saya akan cuba memaparkan ayat-ayat al-Qur’an serta hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang sahih berkenaan kedudukan ibubapa dan tuntutan berbuat baik kepada mereka. Kemudian disertakan juga keterangan lanjut tentang beberapa hukum fiqh yang berkaitan dengan berbuat baik kepada ibubapa serta cara mempraktikkannya, sama ada dalam kehidupan mereka atau setelah mereka meninggal dunia. Semua ini saya usahakan sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan para pembaca sekalian untuk menyedari akan betapa besarnya kedudukan ibubapa kita. Semoga dengan peringatan ini, kita akan lebih gigih dan sabar untuk berbuat baik kepada ibubapa kita.

    Walaubagaimanapun ingin saya nyatakan awal-awal bahawa sebahagian daripada keterangan yang terkandung dalam buku ini mungkin agak berat untuk dipraktikkan. Berat bukan kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala membebankan sesuatu yang tidak mampu dipraktikkan oleh para hamba-Nya, tetapi berat kerana ia adalah sesuatu yang baru bagi kita dan mempraktikkannya memerlukan beberapa pengubahsuaian dalam cara pemikiran dan jadual kehidupan.

    Semoga Allah memudahkan kita untuk mempraktikkan ayat-ayat-Nya serta hadis-hadis Rasul-Nya berkenaan kedudukan ibubapa dan tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka.


    Rujukan :

    [1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2550 (Kitab al-Birr wa al-Shalah wa al-Adab, Bab mendahulukan kebaikan kepada ibubapa daripada solat sunat).


    raudhahzahra

    • *
    • Posts: 26
      • View Profile
    Reply #17 29 August, 2009, 10:39:06 PM
  • Publish
  • semoga kita akan terus beringat... Ibu bapalah titik permulaan bg kita ke dunia ini..tanpa mrk,
    tiadalah kita...

    sama2lah kita saling mgingatkan...=)

    hazulfa

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #18 16 April, 2010, 10:29:00 AM
  • Publish
  • kita sering di sajikan dengan kisah ibubapa yang terlantar dirumah orang-orang tua.Adakah kasih anak sudah luntur. Anak menghantar orang-orang tuanya ke rumah orang tua mesti memberikan pelbagai alasan tentang apa yang dilakukannya. Apapun ibubapa kadang-kadang perlu muhasabah diri kenapa hal ini berlaku.Adakah anak kurang didikan atau kita tidak memainkan peranan mendidik anak-anak. Adakah perkara itu berlaku kerana ujian allah.Apapun kita harus ingat kasih tiada sempadan. saling memberi dan saling menerima.

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #19 09 January, 2011, 03:04:30 AM
  • Publish
  •  :)

    10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

    1. Memberi nafkah.
    -Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
    Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

    2. Menyediakan tempat tinggal.
    -Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

    3. Memberi kasih sayang.
    -Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.Firman Allah s.w.t.  bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra  ayat 24).


    4. Memberi perhatian.
    -Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

    5. Memenuhi permintaan.
    -Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu baginda bersabda maksudnya : : "Sembahyang pada waktunya."Kemudian apa?"tanya saya lagi.Baginda s.a.w.  menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa."Saya bertanya : "Apa lagi ?"Jawab baginda : "Berjihad pada jalan Allah."

    6. Melakukan apa yang disukai.
    -Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

    7. Bercakap dengan lemah lembut.
    -Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.Firman Allah s.a.w. bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

    8. Menghadiahkan kejayaan.
    -Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

    9. Meluangkan masa bersama-sama.
    -Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

    10. Mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa.
    -Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendo'akan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).


    Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.Abu Laith Samarqandi meriwayatkan bahawa datang seorang pemuda berkata kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, ibu saya sakit di tempat saya, maka sayalah yang memberi makan dan minum. Tangan sayalah yang mewudhukkan mereka, mengangkat di atas bahu saya. Apakah dengan itu terbalas jasa-jasa mereka?"Jawab Nabi s.a.w yang bermaksud, "Belum satupun dari jasa-jasa mereka! Cuma kau telah berbuat baik, dan Allah akan memberi pahala yang besar terhadap amal kau yang sedikit itu."Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki Syurga.Baginda pernah bersabda maksudnya : “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki Syurga.” (Hadis riwayat Muslim)
     
    Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu rahsia kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu rahsia yang disimpan oleh orang tua kita.
    « Last Edit: 09 January, 2011, 03:14:24 AM by rabbitah »
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    2941 Views
    Last post 10 April, 2009, 02:45:47 PM
    by al-maududi
    19 Replies
    1432 Views
    Last post 13 October, 2010, 10:14:39 AM
    by Qasseh
    5 Replies
    1552 Views
    Last post 29 June, 2011, 06:27:27 PM
    by Saya Hamba