Tawakal : Ibadah hati paling utama

Author Topic: Tawakal : Ibadah hati paling utama  (Read 19935 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14510
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
02 June, 2009, 06:57:45 AM
  • Publish Di FB
  • Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung.
    Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir , Berita Harian, Selasa, 02 Jun 2009 , 8 Jamadilakhir 1430

    Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung

    HIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.

    Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.

    Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.

    Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.


    Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.

    Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.

    Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”

    Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”

    Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.

    Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.

    Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

    Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.


    Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

    Dalam bukunya Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya.

    Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.

    Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.

    Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.

    Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.” (Surah Ar-Rum ayat 47)
    « Last Edit: 06 August, 2009, 08:52:05 AM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 03 June, 2009, 03:32:13 AM
  • Publish Di FB
  • Tawakal : Ibadah hati paling utama

    Setiap perkara yang di ingini, yang di idamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu.

    Semuanya tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu kegagalan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun di sebalik itu tersimpan berbagai hikmah yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hikmah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan itu. Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan berbagai kebaikan di sisi-Nya.

    Mudah-mudahan dengan kegagalan itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, menjadi penghapusan dosa kalau pun tidak sampai meningkatkan darjat. Ini lah hakikat tawakal, menyerah dan pasrah dengan segala apa yang telah Allah takdirkan setelah kita berusaha, berikhtiar dan berdoa. Apabila ia di iringi rasa tawakkal kepada Allah, kita akan jadi hamba yang redha atas apa juga yang terjadi.

    Sering juga terjadi perkara yang kita cita-cita, yang kita idamkan dan diusahakan untuk mendapatkannya, namun tersasar dari keinginan asal. Dalam situasi begini, perasaan yang wajar ialah terimalah hakikat bahawa kita manusia ciptaan Tuhan ini tidak memiliki kuasa mutlak. Yang memiliki kuasa mutlak ialah Tuhan. Lantaran itulah tidak semua dicapai menurut kehendak dan usaha kita. Segala usaha itu tidak lebih dari menghadirkan sebab yang disyariatkan oleh Tuhan. Itu pun dengan maksud supaya manusia mendapat pahala dari usaha tersebut.

    Yakinlah tiada yang sia-sia dari setiap yang Tuhan anugerahkan serta yakinlah bahawa itulah yang terbaik untuk kita, Cuma kita tidak mengetahui dan memahaminya. Setiap sesuatu adalah di bawah takluk dan pentadbiran Tuhan. Di situ kita mendapat pengajaran bahawa kalau kita ada kuasa, tentulah kita akan memperolehi apa yang kita mahukan. Manusia paling berkuasa tetap tidak terlepas dari mengantuk, sakit, bencana alam, dikutuk dan dihina orang, tua, uzur dan mati. Apabila mati, manusia lain yang menguruskannya untuk disemadikan di dalam tanah. Selepas itu tidak upaya pula untuk menempuh Padang Mahsyar, Hari Hisab dan akhirnya ke Syurga atau ke Neraka.
    « Last Edit: 06 August, 2009, 08:52:46 AM by Munaliza Ismail »

    rich_km

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #2 07 June, 2009, 08:36:25 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum.

    Benar tu. Tanpa tawakal (berserah) kita terdedah kepada kekecewaan dan patah hati (sebab kita bukan Tuhan yang boleh mempastikan apa yang diingini PASTI tercapai). Dan dengan tawakal juga kita akan sentiasa ceria dalam hidup walaupun kita mungkin selalu gagal mendapatkan apa yang kita ingini.

    Nota: Sebab itulah; bagi seorang muslim yang tawakal; tiada istilah frustrated atau bunuh diri dalam hidupnya.

    Wassalam.
     

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 06 August, 2009, 08:56:25 AM
  • Publish Di FB


  • Dalam diri kita ada satu perasaan yang mana semua orang mampu untuk memiliki, namun tidak semua dapat memilikinya, kerana diri sendiri yang tidak menghadirkan perasaan itu.Apakah perasaan itu?

    "Perasaan disayang ALLAH dengan penuh kasih sayang,"
    Ya, perasaan inilah yang memberikan kekuatan untuk kita terus redha dan tawakkal
    dalam apa juga perkara yang telah berlaku.

    zunita

    • *
    • Posts: 745
      • View Profile
    Jawab #4 14 January, 2011, 02:05:56 PM
  • Publish Di FB

  • "Perasaan disayang ALLAH dengan penuh kasih sayang,"
    Ya, perasaan inilah yang memberikan kekuatan untuk kita terus redha dan tawakkal
    dalam apa juga perkara yang telah berlaku.

    Moga-moga perasaan ini sentiasa ada dalam diriku.  :aamiin:
    لا إله إلا الله

    imanhilmi

    • *
    • Posts: 490
    • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
      • View Profile
    Jawab #5 14 January, 2011, 03:11:21 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Nabi Muhamad saw pernah bertanya kepada Malaikat Jibril apakah ertinya Tawwakkal dan apakah batasannya?

    Malaikat Jibril menjawab Tawakkal adalah satu kesedaran  bahawa seluruh makhluk tidak
    mendatangkan kemudharatan atau manafaat kepadamu,tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu
    dan engkau tidak mengantungkan sebarang harapan kepada mereka.

    Apabila seeorang manusia[hamba] memiliki sifat demikian,dia tidak akan melakukan sesuatu melainkan   
    kepada ALLAH semata mata dan tidak menaruh harapan kepada sesiapa melainkan kepada ALLAH semata
    semata mata.

    ALLAH SWT berfirman dalam surah At Taubah ayat 51 (maksudnya)

    "Katakanlah:Sekali kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah di tetapkan oleh oleh ALLAH
    bagi kami,DIAlah pelindung kami dan hanyalah kepada ALLAH orang orang beriman harus bertawkkal".

    « Last Edit: 20 June, 2011, 12:44:20 PM by imanhilmi »
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #6 02 March, 2011, 11:43:44 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Umar bin Khaththab berkata:Rasulullah SAW bersabda:

    "Kalau sekiranya kalian bertawakkal dengan tawakkal yang sesungguhnya kalian akan diberi rezeki seperti burung yang berangkat dengan perut kosong dan kembali kenyang."(HR Tirmidzi)


    Abdullah berkata Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

    "Ramalan itu berasal dari syirik, bukan dari kami, Allah Ta'ala akan menghilangkannya dengan tawakkal."(HR Tirmidzi)

    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    Nurzulaikha

    • *
    • Posts: 2
    • Ana masih mentazkiyah nafs, sama-sama kongsi ilmu.
      • View Profile
    Jawab #7 03 March, 2011, 01:15:34 AM
  • Publish Di FB
  • Tawakal kepada ALLAH >
    : berserah
    : redha
    :ikhlas
    Inabah kembali kepada ALLAH.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #8 03 March, 2011, 10:20:56 AM
  • Publish Di FB
  • mudah datang apabila mengetahui

    kebijakan pula apabila dapat menuruti kebaikan

    sebagaimana satelah mengetahui akan halnya SIHIR, kita tidak menganiaya diri dan orang lain, apakah amalan yang boleh menjadikan diri kita didalam kebaikan

    dengan mengingat Allah, tenteramlah dirimu

    jaroz01

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Jawab #9 10 March, 2011, 10:47:24 AM
  • Publish Di FB
  • hidup ku mati hanya kerana allah swt.....amin
    bertawakal dan berserah kepada allah

    msa

    • *
    • Posts: 1575
      • View Profile
    Jawab #10 10 March, 2011, 10:08:10 PM
  • Publish Di FB
  • Redha dan tawakkal....susah untuk dipupuk...payah untuk dijaga...selalu saja ada bisikan2 halus yang menggugatnya....

    Semoga kita semua dipelihara Allah dan diberikan kekuatan untuk sentiasa redha dan tawakkal kepadaNya...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    maliki

    • *
    • Posts: 608
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Jawab #11 11 March, 2011, 07:42:55 AM
  • Publish Di FB
  • jikalau ana ada kesushan ana hanya bertawakal pa Allah walaupun ana xpernah pun bersyukur pa nikmatNya :'(
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 820
      • View Profile
    Jawab #12 20 June, 2011, 08:43:07 AM
  • Publish Di FB
  • Tawakal itu dilakukan setelah kita berusaha kan?
    Yang berlaku, belum usaha bersungguh-sungguh dah bertawakal, terus menyerahkan segala-gala pada takdir.
    Usaha dulu, lepas tu doa, barulah bertawakal.

    Fenomena sekarang: Kita cemburu melihat kesenangan orang lain, berkereta besar, berumah besar. Jika dibandingkan dengan diri kita, apalah yang ada ...
    Tapi kita lupa, adakah mereka berjaya dengan hanya berpeluk tubuh saja ? Memang tidak dinafikan , ada yang kaya kerana durian runtuh. Tapi kebanyakan yang berjaya, adalah kerana usaha gigih mereka sendiri. Bila mereka berusaha dengan gigih barulah bertawakal, maka hati akan tenang (sebab dah berusaha bersungguh-sungguh).Jika gagal pun, dalam hati berkata, at least kita dah berusaha sekuat hati kita dan takda penyesalan jika gagal, cuma mencari punca untuk memperbaiki kesilapan dalam berusaha. Jika kita bertawakal tanpa beruasaha, adakah hati akan merasa tenang (sebab kita tahu kita tak berusaha,diri sendiri pun tak hairan kalau kita gagal ).


    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #13 20 June, 2011, 10:09:12 AM
  • Publish Di FB
  • tawakkal itu patut sentiasa

    sentiasalah berserah diri kita kepada Allah

    bulat bulat berserah diri, kepada Allah, islam lah

    Islam (sabar, usaha, ikhtiar, tawakkal)

    patutnya bersatu, semuanya, baru kukuh diri ESA berdiri

    inshallah

    pelaMbusuk

    • *
    • Posts: 135
    • aku masih mencari...
      • View Profile
    Jawab #14 20 June, 2011, 10:14:41 AM
  • Publish Di FB


  • Dalam diri kita ada satu perasaan yang mana semua orang mampu untuk memiliki, namun tidak semua dapat memilikinya, kerana diri sendiri yang tidak menghadirkan perasaan itu.Apakah perasaan itu?

    "Perasaan disayang ALLAH dengan penuh kasih sayang,"
    Ya, perasaan inilah yang memberikan kekuatan untuk kita terus redha dan tawakkal
    dalam apa juga perkara yang telah berlaku.


    bagaimana dengan penyesalan?
    menyesal dengan sesuatu dalam masa yg sama kite redha benda tu terjadi?
    facebook?
    face to face la mantooop!

    jaimejoothman

    • *
    • Posts: 232
    • striving for an independent soul
      • View Profile
    Jawab #15 20 June, 2011, 10:42:53 AM
  • Publish Di FB
  • Tawakkal adalah menyerahkan diri kepada Allah untuk menguruskan urusan kita setelah berusaha dan berikhitiar. Tapi tawakkal ni datang bersama dengan redha kerana kadang-kadang apa yang dirancang tidak selari dengan rancangan Allah. Bila berjaya redha menerima yang berlaku dengan rendah hati dan sedar akankebijaksanaan Allah dan keluasan ilmu Allah yang mengetahui apa yang terbaik bagi kita, baru la jadik betul process tawakkal tu.

    Tapi kita kadang-kadang kata jer tawakkal tapi bila datang jawapan dari Allah kita bukan redha tapi terpaksa redha...sbb takda choice.

    A Long Walk Home - http://jaimejoothman.blogspot.com ~ Kerugian & kemiskinan yang paling mengerikan; bahwa surga itu seluas langit & bumi; tapi kita tak beroleh sepijakpun tempat di sana~

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #16 20 June, 2011, 11:31:06 AM
  • Publish Di FB
  • Baik dan buruknya dariNya
    maka jika sudah bertawakkal dan kenal padaNya
    Redholah segala Qudrat dan IradatNya...rukun Iman jugak kan tu yang ke berapa?
    Allah..Allah ..Allah ...Ya Allah
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    1922 Views
    Last post 07 October, 2009, 11:23:34 PM
    by dol_bendol
    3 Replies
    2893 Views
    Last post 12 August, 2009, 02:56:15 PM
    by nur zulaikha
    1 Replies
    416 Views
    Last post 29 August, 2012, 04:52:47 PM
    by al_ahibbatu