BANGSA DI MADINAH

Author Topic: BANGSA DI MADINAH  (Read 4093 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2056
    • View Profile
03 June, 2007, 12:17:17 PM
  • Publish Di FB
  • BANGSA DI MADINAH
     

    Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

    Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

    Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal yang bermaksud : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
     
            Beberapa hari lagi kita pasti akan meninggalkan bulan Zulhijjah bagi menyambut ketibaan tahun baru Hijrah 1422. Berlalunya tahun demi tahun bersama meningkatnya usia kita disamping bertambah dekatnya kita kepada hari mati. Oleh itu hitungkanlah keadaan diri dan amalan kita samada bertambah baik atau sebaliknya sebelum datangnya Izrail untuk menjemput kita bertemu dengan Allah. Beradanya kita pada penghujung tahun 1421 juga mengingatkan kita kepada pelbagai peristiwa samada manis atau pedih yang berlaku ke atas umat Islam seluruh dunia. Semoga kedatangan tahun baru hijrah nanti akan memberi sinar kebahagian kepada seluruh umat Islam.
     
           Pada hari ini kita akan menyentuh mengenai keadaan Yathrib atau Madinah sebelum berlansungnya hijraturrasul s.a.w. Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama di mana kaum yang paling besar ialah Yahudi dan Arab.Kaum Yahudi memiliki beberapa kubu dan benteng serta kampung di mana mereka hidup berasingan dan berkelompok yang menyebabkan mereka tidak mampu mendirikan pemerintahan Yahudi sebaliknya terpaksa membayar ufti setiap tahun kepada ketua-ketua beberapa qabilah Arab sebagai perlindungan daripada pencerobohan Arab badwi. Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai suatu bangsa yang ahli dalam pengetahuan agama dan syariat di mana mereka mempunyai pusat pengajian sendiri untuk perkara tersebut disamping belajar mengenai sejarah lampau mereka khususnya berkenaan rasul dan nabi mereka. Mereka juga mempunyai tempat khas untuk beribadat di mana disitulah mereka berkumpul untuk berbincang mengenai agama dan keduniaan mereka. Mereka juga mempunyai perundangan dan tatacara hidup tersendiri yang sebahagiannya diambil daripada kitab suci mereka dan sebahagian lagi dibuat oleh pendeta mereka.
     
            Hasil pendapatan mereka yang terbesar ialah mengambil keuntungan daripada gadaian barang dan riba. Keadaan Madinah sebagai kawasan pertanian memberi peluang kepada mereka bergiat dengan riba terutama daripada petani yang mendapatkan wang sementara menunggu musim menuai. Penggadaian bukan sahaja melibatkan wang atau mata benda sahaja tetapi wanita dan anak-anak juga dijadikan cagaran gadaian.Kaum Yahudi dapat menguasai ekonomi Madinah dan seterusnya dengan ekonomi yang kukuh mereka menguasai pasar-pasar tanpa bertimbang rasa, mereka menyorok barangan keperluan untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda sehingga mereka dibenci oleh masyarakat Arab setempat. Demi kepentingan ekonomi mereka membuat hubungan dengan kaum Aus dan Khazraj dengan mereka melaga-lagakan antara keduanya yang menyebabkan bangsa Arab lemah dan kaum Yahudi terus menguasai ekonomi Madinah.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
     
            Manakala suku kaum Aus dan Khazraj merupakan penduduk berbangsa Arab yang mendiami Yathrib kemudian daripada kaum Yahudi. Kaum Aus tinggal di selatan dan timur iaitu bahagian tinggi Yathrib yang merupakan kawasan pertanian yang subur manakala Kaum Khazraj berada di tengah sebelah utara iaitu bahagian rendah bandar yang merupakan kawasan kurang subur. Bilangan mereka mengikut perkiraan yang berdasarkan penyertaan mereka dalam peperangan selepas hijrah iaitu semasa penaklukan Mekah ialah 4000 orang. Berpecahan kaum yahudi menyebabkan mereka tidak mampu menyaingi bangsa Arab terutama ada daripada mereka yang bersama kaum Aus dan ada pula bersama kaum Khazraj. Namun begitu bangsa Arab suku Aus dan Khazraj turut berperang sesama mereka di mana perang Samir merupakan peperangan pertama dan diakhiri dengan peperangan Bu’ath lima tahun sebelum hijrah. Kaum Yahudilah yang melaga-lagakan mereka dan mendesak agar mereka berpecah dengan menanamkan semangat dengki. Akhirnya mereka tidak mampu menghadapi kaum Yahudi.Namun demikian, perancangan yahudi disedari oleh bangsa Arab di mana mereka menggelarkan kaum Yahudi sebagai ‘musang’.

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Antara sebab kaum Aus dan Khazraj mudah menerima Islam kerana perkara berikut :

    Pertama : Suku Aus dan Khazraj dikurniakan Allah dengan fitrah lemah lembut dan tidak terlalu angkuh, tidak keterlaluan menolak kebenaran. Sifat ini adalah pusaka turun temurun daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Yaman. Ini pernah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud :
    “Sudah tiba kepada kamu penduduk Yaman yang berhati dan berperasaan amat lembut”

    Kedua : Suku Aus dan Khazraj telah kehilangan tenaga kerana peperangan sesama mereka terutama dalam peperangan terakhir antara mereka iaitu peperangan Bu’ath. Keadaan ini mereka telah gambarkan dalam ucapan mereka kepada Rasulullah s.a.w:
    “ Sesungguhnya telah kami tinggalkan kaum kami, suatu kaum yang paling ketat permusuhan sesama sendiri. Semoga Allah menyatukan mereka melalui engkau Wahai Rasulullah!. Sekiranya mereka disatukan kembali oleh Allah maka tiada orang yang lebih mulia daripada engkau Wahai Rasulullah!”.

    Ketiga  : Suku Aus dan Khazraj selalu mendengar orang-orang Yahudi berbicara tentang kenabian dan para nabi dan mereka juga mendengan orang Yahudi membaca lembaran Taurat dan tafsirannya malah orang Yahudi sentiasa mengugut mereka dengan mengatakan : “ Sesungguhnya akan dibangkitkan seorang nabi pada akhir zaman nanti. Kami akan memusnahkan kamu bersama nabi itu. Kamu akan musnah sama seperti musnahnya kaum ‘Aad dan Iram”.

            Perkara ini agak berbeza dengan kaum Quraisy Mekah dan seluruh bangsa Arab yang telah terputus sekian lama daripada kenabian dan para nabi yang menyebabkan mereka tidak tahu tentang kenabian dan para nabi. Mereka hanya menumpukan kepada berhala dan mereka juga terpencil daripada umat-umat yang ada hubungan dengan para nabi dan mempunyai kitab samawi.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
     
            Secara ringkasnya selepas berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj maka nabi mula menyebarkan dakwah melalui pertemuan dengan qabilah-qabilah yang datang ke Mekah. Ketika tibanya bulan Zulhijjah iaitu musim haji, Rasulullah s.a.w seperti biasa keluar bertemu dengan qabilah yang datang menunaikan haji. Semasa berada di ‘Aqabah, baginda telah bertemu dengan satu rombongan daripada suku Khazraj dari Yathrib. Rasulullah s.a.w memperkenal dan menerangkan kepada mereka tentang Islam dan diperdengarkan al-Quran. Suku Khazraj yang merupakan jiran kepada kaum Yahudi di Madinah sebelum ini sentiasa mendengar orang Yahudi memberitahu bahawa sudah hampir masanya dibangkitkan seorang nabi. Lalu di antara mereka berkata : “ Wahai kaumku sekalian! Ketahuilah bahawa Demi Allah inilah nabi yang telah dijanjikan oleh kaum Yahudi kepadakamu maka kita harus biarkan mereka mendahului kita mendapat peluang ini”. Lantas mereka menyahut dan menerima seruan nabi s.a.w itu di mana bilangan mereka ialah 7 orang daripada suku Khazraj.
     
            Apabila mereka pulang ke Madinah dalam keadaan telah beriman dan memeluk Islam lalu mereka memberitahu tentang Rasulullah s.a.w kepada saudara mara yang lain dan mengajak mereka kepada Islam. Maka tersebarlah Islam di kalangan mereka sehingga tiada rumah orang Ansar yang tidak bercakap tentang Rasulullah s.a.w. Begitulah dia penerimaan awal kepada Islam dan keadilannya sebelum berlangsungnya 2 bai’ah Aqabah atau perjanjian antara wakil warga Madinah dengan Rasulullah s.a.w di ‘Aqabah. 2 bai’ah atau perjanjian yang dibuat ini menjadi suatu perkara yang penting sebelum terdirinya negara Islam pertama di Madinah.
     
                Pada tahun 621 M iaitu setahun selepas peristiwa pengislaman 7 orang  daripada suku Khazraj tersebut maka telah datang 12 orang dari Yathrib daripada suku Aus dan Khazraj bagi menunaikan haji dan juga mengadakan pertemuan rahsia dengan Rasulullah s.a.w. di ‘Aqabah. Bai’ah ini dikenali sebagai Bai’ah ‘Aqabah  Pertama atau Bai’ah an-Nisa’ memandangkan tiada penekanan terhadap masalah peperangan dan jihad dalam perjanjian ini sebagaimana yang biasa dilakukan terhadap wanita ketika berbai’ah.
     
                Ubadah bin as-Somit telah memberitahu tentang perjanjian ini di mana katanya :  Sesungguhnya kami berjumlah 12 orang lelaki maka Rasulullah s.a.w berkata kepada kepada kami:  ” Marilah kamu semua untuk memberi bai’ah kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak mengengkariku pada perkara kebaikan. Sesiapa di kalangan kamu yang menepati bai’ah ini maka Allah akan mengganjarinya dan sesiapa yang melanggarnya dan Allah membalasnya di dunia maka ia merupakan kaffarah kepadanya. Sesiapa yang melanggarinya dan Allah menutupnya maka urusannya terserah kepada Allah samada Dia membalasnya di akhirat atau pun memaafkannya”. Ubadah bin as-Somit menambah lagi bahawa selepas itu mereka semua memberi bai’ah kepada Rasululullah s.a.w.
     
            Sebelum mereka  bertolak pulang ke Madinah, Rasulullah s.a.w telah mengirim bersama mereka Mus’aib bin ‘Umair bagi mengajar al-Quran dan menerangkan tentang Islam di nama beliau dikenali sebagai Muqri’ ertinya pembaca al-Quran. Ketika berada di Madinah beliau tinggal bersama dengan Sa’ad bin Zararah. Inilah usaha dan suasana sambutan awal kepada penerimaan Islam oleh penduduk Madinah hasil kegigihan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w.

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
     
            Bai’ah Aqabah kedua terjadi pada tempat yang sama pada malam 12 Zulhijjah tahun 13 kenabian juga dalam keadaan rahsia. Bilangan wakil penduduk Madinah terdiri daripada 73 orang lelaki dan 2 perempuan yang diketuai oleh Al-Barra’ bin Makrur. Ucapan Bai’ah mereka hampir sama dengan yang pertama tetapi ada tambahan dalam masalah jihad dan peperangan. Ia turut dihadiri oleh bapa saudara baginda Abbas bin Abdul Muttalib. Dalam bai’ah ini kaum Khazraj memohon agar nabi s.a.w rela berhijrah ke Madinah di mana mereka sanggup menjaga keselamatan baginda sebagaimana mereka menjaga keluarga sendiri.
     
            Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Dan supaya kamu sekalian akan membantuku dan mejaga keselamatanku ketika berhijrah ke sana nanti sebagaimana kamu menjaga diri dan keluargamu dan bagi kamu balasan Syurga daripada Allah”
     
                Bai’ah ini yang juga dipanggil Bai’ah Aqabah Kubra ditutup dengan doa yang diucapkan oleh Abbas bin Abdul  Muttalib yang mana antara kandungannya ialah memohon kepada Allah tentang keselamatan Rasulullah s.a.w dan kesungguhan janji daripada orang-orang Yathrib itu. Ini merupakan kejayaan besar yang membuka dan memudahkan jalan dakwah dan seterusnya tertegak Daulah Islamiah yang  pertama di Madinah.

    Firman Allah dalam ayat 218 surah al-Baqarah yang bermaksud : Sesungguhnya mereka yang beriman dan mereka yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah maka mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

    Firman Allah dalam ayat 63 surah al-Anfal yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang menyatukan di antara hati-hati mereka. Jika engkau belanjakan segala yang ada di bumi nescaya engkau tidak mampu juga menyatukan antara hati-hati mereka. Tetapi Allah telah menyatukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maka Kuasa lagi Maha Bijaksana.

             Perpaduan yang sejati mestilah berteraskan Islam bukannya sesuatu yang boleh dicapai berdasarkan hukum akal manusia semata-mata. Perpaduan yang dicari bukanlah untuk kepentingan diri dalam menjaga harta yang dimiliki dan pangkat yang dijawati tetapi ia mesti atas asas keikhlasan kepada Allah demi kebaikan semua. Perkara yang boleh menjadi sokongan kepada perpaduan yang dicari ialah memberi semula hak rakyat yang dirampas serta menghentikan penindasan berasaskan dendam disamping mengambil Islam sebagai dasar perpaduan.

    http://members.tripod.com/~DarulUlum/SN24.htm
    « Last Edit: 03 June, 2007, 12:33:44 PM by alhaudhie »
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 09 May, 2009, 08:27:20 AM
  • Publish Di FB
  • [box title=BANGSA MADINAH]Sebelum hijrah Rasullulah ,  Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama di mana kaum yang paling besar ialah Yahudi dan Arab. Kaum Yahudi memiliki beberapa kubu dan benteng serta kampung di mana mereka hidup berasingan dan berkelompok yang menyebabkan mereka tidak mampu mendirikan pemerintahan Yahudi sebaliknya terpaksa membayar ufti setiap tahun kepada ketua-ketua beberapa qabilah Arab sebagai perlindungan daripada pencerobohan Arab badwi. Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai suatu bangsa yang ahli dalam pengetahuan agama dan syariat di mana mereka mempunyai pusat pengajian sendiri untuk perkara tersebut disamping belajar mengenai sejarah lampau mereka khususnya berkenaan rasul dan nabi mereka. Mereka juga mempunyai tempat khas untuk beribadat di mana disitulah mereka berkumpul untuk berbincang mengenai agama dan keduniaan mereka. Mereka juga mempunyai perundangan dan tatacara hidup tersendiri yang sebahagiannya diambil daripada kitab suci mereka dan sebahagian lagi dibuat oleh pendeta mereka.
     
            Hasil pendapatan mereka yang terbesar ialah mengambil keuntungan daripada gadaian barang dan riba'. Keadaan Madinah sebagai kawasan pertanian memberi peluang kepada mereka bergiat dengan riba terutama daripada petani yang mendapatkan wang sementara menunggu musim menuai. Penggadaian bukan sahaja melibatkan wang atau mata benda sahaja tetapi wanita dan anak-anak juga dijadikan cagaran gadaian.Kaum Yahudi dapat menguasai ekonomi Madinah dan seterusnya dengan ekonomi yang kukuh mereka menguasai pasar-pasar tanpa bertimbang rasa, mereka menyorok barangan keperluan untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda sehingga mereka dibenci oleh masyarakat Arab setempat. Demi kepentingan ekonomi mereka membuat hubungan dengan kaum Aus dan Khazraj dengan mereka melaga-lagakan antara keduanya yang menyebabkan bangsa Arab lemah dan kaum Yahudi terus menguasai ekonomi Madinah.
    [/box]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 09 May, 2009, 08:29:22 AM
  • Publish Di FB
  • [box title=KAUM AUS DAN KHAZRAJ]Suku kaum Aus dan Khazraj merupakan penduduk berbangsa Arab yang mendiami Yathrib kemudian daripada kaum Yahudi. Kaum Aus tinggal di selatan dan timur iaitu bahagian tinggi Yathrib yang merupakan kawasan pertanian yang subur manakala Kaum Khazraj berada di tengah sebelah utara iaitu bahagian rendah bandar yang merupakan kawasan kurang subur. Bilangan mereka mengikut perkiraan yang berdasarkan penyertaan mereka dalam peperangan selepas hijrah iaitu semasa penaklukan Mekah ialah 4000 orang. Berpecahan kaum yahudi menyebabkan mereka tidak mampu menyaingi bangsa Arab terutama ada daripada mereka yang bersama kaum Aus dan ada pula bersama kaum Khazraj. Namun begitu bangsa Arab suku Aus dan Khazraj turut berperang sesama mereka di mana perang Samir merupakan peperangan pertama dan diakhiri dengan peperangan Bu’ath lima tahun sebelum hijrah. Kaum Yahudilah yang melaga-lagakan mereka dan mendesak agar mereka berpecah dengan menanamkan semangat dengki. Akhirnya mereka tidak mampu menghadapi kaum Yahudi.Namun demikian, perancangan yahudi disedari oleh bangsa Arab di mana mereka menggelarkan kaum Yahudi sebagai ‘musang’.[/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 09 May, 2009, 08:31:13 AM
  • Publish Di FB
  •  
    [box title=Antara sebab kaum Aus dan Khazraj mudah menerima Islam kerana perkara berikut :]
    Pertama : Suku Aus dan Khazraj dikurniakan Allah dengan fitrah lemah lembut dan tidak terlalu angkuh, tidak keterlaluan menolak kebenaran. Sifat ini adalah pusaka turun temurun daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Yaman. Ini pernah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud :
    “Sudah tiba kepada kamu penduduk Yaman yang berhati dan berperasaan amat lembut”

    Kedua : Suku Aus dan Khazraj telah kehilangan tenaga kerana peperangan sesama mereka terutama dalam peperangan terakhir antara mereka iaitu peperangan Bu’ath. Keadaan ini mereka telah gambarkan dalam ucapan mereka kepada Rasulullah s.a.w:
    “ Sesungguhnya telah kami tinggalkan kaum kami, suatu kaum yang paling ketat permusuhan sesama sendiri. Semoga Allah menyatukan mereka melalui engkau Wahai Rasulullah!. Sekiranya mereka disatukan kembali oleh Allah maka tiada orang yang lebih mulia daripada engkau Wahai Rasulullah!”.

    Ketiga  : Suku Aus dan Khazraj selalu mendengar orang-orang Yahudi berbicara tentang kenabian dan para nabi dan mereka juga mendengan orang Yahudi membaca lembaran Taurat dan tafsirannya malah orang Yahudi sentiasa mengugut mereka dengan mengatakan : “ Sesungguhnya akan dibangkitkan seorang nabi pada akhir zaman nanti. Kami akan memusnahkan kamu bersama nabi itu. Kamu akan musnah sama seperti musnahnya kaum ‘Aad dan Iram”.
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 09 May, 2009, 08:34:30 AM
  • Publish Di FB
  • [box title=PENGISLAMAN PENDUDUK MADINAH]Selepas berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj maka nabi mula menyebarkan dakwah melalui pertemuan dengan qabilah-qabilah yang datang ke Mekah. Ketika tibanya bulan Zulhijjah iaitu musim haji, Rasulullah s.a.w seperti biasa keluar bertemu dengan qabilah yang datang menunaikan haji. Semasa berada di ‘Aqabah, baginda telah bertemu dengan satu rombongan daripada suku Khazraj dari Yathrib. Rasulullah s.a.w memperkenal dan menerangkan kepada mereka tentang Islam dan diperdengarkan al-Quran. Suku Khazraj yang merupakan jiran kepada kaum Yahudi di Madinah sebelum ini sentiasa mendengar orang Yahudi memberitahu bahawa sudah hampir masanya dibangkitkan seorang nabi. Lalu di antara mereka berkata : “ Wahai kaumku sekalian! Ketahuilah bahawa Demi Allah inilah nabi yang telah dijanjikan oleh kaum Yahudi kepadakamu maka kita harus biarkan mereka mendahului kita mendapat peluang ini”. Lantas mereka menyahut dan menerima seruan nabi s.a.w itu di mana bilangan mereka ialah 7 orang daripada suku Khazraj.
     
            Apabila mereka pulang ke Madinah dalam keadaan telah beriman dan memeluk Islam lalu mereka memberitahu tentang Rasulullah s.a.w kepada saudara mara yang lain dan mengajak mereka kepada Islam. Maka tersebarlah Islam di kalangan mereka sehingga tiada rumah orang Ansar yang tidak bercakap tentang Rasulullah s.a.w. Begitulah dia penerimaan awal kepada Islam dan keadilannya sebelum berlangsungnya 2 bai’ah Aqabah atau perjanjian antara wakil warga Madinah dengan Rasulullah s.a.w di ‘Aqabah. 2 bai’ah atau perjanjian yang dibuat ini menjadi suatu perkara yang penting sebelum terdirinya negara Islam pertama di Madinah.
     
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 09 May, 2009, 08:36:52 AM
  • Publish Di FB
  •     

    [box title=PERJANJIAN AQABAH PERTAMA]
    Pada tahun 621 M iaitu setahun selepas peristiwa pengislaman 7 orang  daripada suku Khazraj tersebut maka telah datang 12 orang dari Yathrib daripada suku Aus dan Khazraj bagi menunaikan haji dan juga mengadakan pertemuan rahsia dengan Rasulullah s.a.w. di ‘Aqabah. Bai’ah ini dikenali sebagai Bai’ah ‘Aqabah  Pertama atau Bai’ah an-Nisa’ memandangkan tiada penekanan terhadap masalah peperangan dan jihad dalam perjanjian ini sebagaimana yang biasa dilakukan terhadap wanita ketika berbai’ah.
     
    Ubadah bin as-Somit telah memberitahu tentang perjanjian ini di mana katanya :  Sesungguhnya kami berjumlah 12 orang lelaki maka Rasulullah s.a.w berkata kepada kepada kami:  ” Marilah kamu semua untuk memberi bai’ah kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak mengengkariku pada perkara kebaikan. Sesiapa di kalangan kamu yang menepati bai’ah ini maka Allah akan mengganjarinya dan sesiapa yang melanggarnya dan Allah membalasnya di dunia maka ia merupakan kaffarah kepadanya. Sesiapa yang melanggarinya dan Allah menutupnya maka urusannya terserah kepada Allah samada Dia membalasnya di akhirat atau pun memaafkannya”. Ubadah bin as-Somit menambah lagi bahawa selepas itu mereka semua memberi bai’ah kepada Rasululullah s.a.w.
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 09 May, 2009, 08:38:55 AM
  • Publish Di FB
  • [box title=PERJANJIAN AQABAH KEDUA ATAU KUBRA]
    Bai’ah Aqabah kedua terjadi pada tempat yang sama pada malam 12 Zulhijjah tahun 13 kenabian juga dalam keadaan rahsia. Bilangan wakil penduduk Madinah terdiri daripada 73 orang lelaki dan 2 perempuan yang diketuai oleh Al-Barra’ bin Makrur. Ucapan Bai’ah mereka hampir sama dengan yang pertama tetapi ada tambahan dalam masalah jihad dan peperangan. Ia turut dihadiri oleh bapa saudara baginda Abbas bin Abdul Muttalib. Dalam bai’ah ini kaum Khazraj memohon agar nabi s.a.w rela berhijrah ke Madinah di mana mereka sanggup menjaga keselamatan baginda sebagaimana mereka menjaga keluarga sendiri.
     
    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Dan supaya kamu sekalian akan membantuku dan mejaga keselamatanku ketika berhijrah ke sana nanti sebagaimana kamu menjaga diri dan keluargamu dan bagi kamu balasan Syurga daripada Allah”
     

    Bai’ah ini yang juga dipanggil Bai’ah Aqabah Kubra ditutup dengan doa yang diucapkan oleh Abbas bin Abdul  Muttalib yang mana antara kandungannya ialah memohon kepada Allah tentang keselamatan Rasulullah s.a.w dan kesungguhan janji daripada orang-orang Yathrib itu. Ini merupakan kejayaan besar yang membuka dan memudahkan jalan dakwah dan seterusnya tertegak Daulah Islamiah yang  pertama di Madinah.
    [/box]

    SHAH1982

    • *
    • Posts: 40
      • View Profile
    Jawab #7 04 December, 2010, 09:16:53 PM
  • Publish Di FB
  •  :), sebagai umat Islam kita kenalah faham apa sebenarnya tujuan dan matlamat hijrah Rasulullah SAW.. agar kehidupan kita kini dapat mencontohi hijrah Rasul tersebut dalam konteks yang lebih luas dan universal, agar Islam tersebar dengan lebih luas dengan rahmat Allah. Hijrah dapat didefinisikan dengan lebih luas maknanya. Kita terjemahkan hijrah masa kini dengan skop sekarang agar maksud sebenarnya dapat tercapai dengan hakikat yang sebenar. Kita kena memehami dengan maksud dan pemahaman yang lebih mendalam.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #8 04 December, 2010, 10:29:58 PM
  • Publish Di FB
  • Saya terjumpa hadith ni..

    Adalah diriwayatkan oleh seorang daripada keluarga Khattab bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 'barangsiapa melakukan perjalanan khasnya untuk menziarahi kuburanku, akan menjadi jiranku pada hari Kiamat; dan barangsiapa tinggal di Madinah Munawwarah dan menanggung segala kepayahan dan dugaannya dengan sabar, aku akan menjadi saksi kepadanya dan memberi syafaat pada hari kiamat; dan barangsiapa meninggal dunia sama ada di salah satu Haramain (makkah atau madinah) akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama-sama mereka yang telah dikurniakan dengan keselamatan' HR Baihaqi.

    Mohon penjelasan dan huraian..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    AZ^Zahra

    • *
    • Posts: 276
      • View Profile
    Jawab #9 04 December, 2010, 11:24:34 PM
  • Publish Di FB
  • Antara sebab kaum Aus dan Khazraj mudah menerima Islam.

    Selain yang dinyatakan diatas, antara sebab lain adalah seperti yang dipetik dari buku Muhammad SAW: Kisan dan riwayat hidup Baginda dari sumber2 terawal (Lings.M., 1983).

    Seorang Yahudi bernama Ibn al-Hayyaban yang berhijrah daripada Syria, juga telah berkali2 menyelamatkan oasis daripada kemarau melalui upacara menyembah untuk meminta hujan. Lelaki seperti wali ini telah meninggal dunia kira2 Rasulullah menerima wahyunya yg pertama; pada saat2 kematiannya, dia telah berkata tentang Rasulullah.

      "Wahai orang Yahudi, mengapakah, kamu fikir, yg membuatku meninggalkan roti dan wain untuk kesusahan dan kelaparan?"

      "kamulah yg lebih mengetahui." Mereka berkata.

      "Aku datang ke negara ini dengan harapan Rasul yg dinantikan yg waktunya hampir tiba. Di negara inilah dia akan berhijrah. Aku berharap dia akan dihantar pd masa ini agar aku boleh mengikutnya. Waktunya hampir kepadamu." Dia menjawab. Perkara ini telah sampai kepada kaum Aus dan Khazraj.
     
      Arab Aus dan Khazraj juga turut kagum apabila mengetahui bahawa orang Yahudi amat berminat dan teruja serta menyiasat mengenai Rasulullah apabila para jemaah membawa khabar tentang Rasul ke Yathrib.

      Selain itu, puak Khazraj juga sedar tentang pautan tali persaudaraan yg kuat dengan lelaki yg mendakwa dirinya rasul, dan yg pernah melawat Yathrib bersama ibunya ketika Baginda masih kecil, dan beberapa kali lagi selepas itu dalam perjalanannya ke Syria. Bagi Aus pula, salah seroang pemimpin mereka, Abu Qays, berkahwin dengan orang Mekah, yakni ibu saudara kepada Waraqah dan Khadijah. Abu Qays sering tinggal dengan keluarga belah isterinya, dan dia menghormati pendapat Waraqah tentang Rasul yg baru.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    317 Views
    Last post 10 June, 2011, 09:03:16 AM
    by syeduum
    11 Replies
    2188 Views
    Last post 12 April, 2014, 09:43:17 PM
    by Ummi Munaliza
    5 Replies
    1120 Views
    Last post 23 March, 2012, 08:16:55 AM
    by anazahra