Hukum Karamah Para Wali

Author Topic: Hukum Karamah Para Wali  (Read 5776 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ahmad_siddiqui

  • *
  • Posts: 525
  • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
    • View Profile
02 June, 2007, 09:47:04 PM
  • Publish Di FB
  • Kisah ajaib dari buku al-Tobaqot al-Kubra (al-Sya’raani)

    Saya mengambil contoh-contoh kisah ajaib ini daripada buku karya Muhammad al-Abduh dan Toriq Abd. Halim tentang sejarah dan isi kandungan tarekat sufi bertajuk ‘al-Sufiyyah, Nasy’atuha wa Tatowwuruha’ (muka surat 61-63). Kisah-kisah ajaib ini diterima oleh golongan tarekat sufi sebagai keajaiban para wali. Al-Sya’raani sendiri berdiam diri tanpa memberikan komen terhadap kisah-kisah yang beliau muatkan di dalam bukunya itu. Mari kita kongsi bersama beberapa contoh tersebut:


    1-     Syeikh Ahmad al-Rifaaei apabila Allah SWT bertajalli (keadaan yang paling hampir dengan Allah) maka Syeikh Ahmad akan cair menjadi air. Maka ketika Allah SWT menginginkannya kembali kepada manusia, Syeikh Ahmad bertukar menjadi manusia sedikit demi sedikit. Menurut Syeikh Ahmad: ‘kalaulah tidak kerana sifat kasih Allah, aku tidak dapat kembali bertemu kamu semua’.

    2-     Apabila seseorang itu ingin berbahasa dalam bahasa yang dia tidak mahir, maka syeikh tarekat akan meludah ke dalam mulutnya lalu dia akan terus menjadi mahir dalam bahasa tersebut.

    3-     Salah seorang syeikh tarekat terkenal di sekitar kurun ke 8 Hijrah bernama Syeikh Ruslan, apabila beliau mengendalikan majlis zikir sambil menari, beliau pernah terapung di atas udara dan berpusing-pusing lalu turun ke bumi secara perlahan. Kemudian apabila beliau menyandarkan badannya kepada pokok buah Tin yang kering dan mati, tiba-tiba pokok itu kembali segar dan hidup semula.

    4-     Salah seorang syeikh tarekat terkenal bernama Abu al-Abbas telah hidup sehingga mencecah umur 400 tahun.

    5-     Kata seorang alim tarekat bernama Husain Abu Ali: seseorang yang sempurna lagi arif sering berubah-ubah bentuk. Kadang-kadang kamu masuk bertemunya dalam keadaan seorang askar, kadang-kadang kamu masuk dan dia telah berubah kepada binatang pemangsa dan kadang-kadang kamu masuk dan kamu melihat dia dalam bentuk seekor gajah.

    6-     Salah seorang syeikh tarekat bernama Ibrahim Ibn ‘Usaifir meracau dan bercakap dengan bahasa yang tidak difahami di hadapan jenazah apabila jenazah dibawa ke perkuburan.

    wassalam.


     -alitantawi-


    « Last Edit: 14 June, 2009, 09:32:07 PM by IbnuNafis »
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Jawab #1 02 June, 2007, 10:26:24 PM
  • Publish Di FB
  • ALLAH tunjukkan kekuasaanNYA pada kite dgn kisah2 tu dan kisah2 yg len...
    so...amiklah...koreklah...ape disebalik kisah2 tu...
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    meow

    Jawab #2 02 June, 2007, 10:55:24 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    err.. mintak maaf ye.. tumpang tanya.. cerita kat atas tu cerita benar ke?

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Jawab #3 03 June, 2007, 10:11:09 AM
  • Publish Di FB
  • ..tue sumer kurafat sufi...(keras kee..?)...

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Jawab #4 03 June, 2007, 10:35:33 AM
  • Publish Di FB
  • ...cerita tuh sumer direka2...utk menampakkan kehebatan 'tok guru' atau tarekat mereka...

    fikri

    • *
    • Posts: 237
      • View Profile
    Jawab #5 11 May, 2009, 06:49:43 AM
  • Publish Di FB
  • syatohat aje semua ni................. xpayah caya pun xpe.......
    Saya meminta maaf sekiranya terkasar bahasa sepanjang saya bersama Halaqian. Kini saya sudah berhenti menjadi Halaqians. Selamat maju jaya. Selamat menuntut ilmu dengan manhaj yang sahih.Tolong delete ID saya.

    mujahid89

    • *
    • Posts: 110
      • View Profile
    Jawab #6 11 May, 2009, 08:52:28 AM
  • Publish Di FB


  • ..tue sumer kurafat sufi...(keras kee..?)...

    salam saudara ahmad siddiqui...ana nak tanya tasawuf tareqat itu sesat ka?

    zorro

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Jawab #7 19 May, 2009, 04:46:07 PM
  • Publish Di FB
  • erm panas juga isu tasauf dan tareqat ni ya. erm silakan terus berdiskusi. ana no comment.

    ruhani

    • *
    • Posts: 229
    • http://www.youtube.com/watch?v=Zcrsfg-EeqM
      • View Profile
    Jawab #8 19 May, 2009, 09:03:02 PM
  • Publish Di FB
  • Harap jangan berdebat kpd hal2 di luar jangkauan kita,nanti tak pasal2
    dapat dosa kering pulak......semua nya ilmu Allah,kembalikan kpd Nya juga.

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #9 20 May, 2009, 12:24:52 AM
  • Publish Di FB
  • " dari al-Ghazali:
    Jika kamu melihat seorang manusia terbang di udara dan berjalan di atas air,sedangkan ia melakukan
    perkara yang bertentangan dengan syarak,maka hendaklah kamu ketahui bahawa sesungguhnya itu adalah syaitan "
    Akhlak&Tasawwuf Islam-Zakaria Stapa

    Ahli Tasauf ada 12 golongan.Golongan pertama,Sunniyun.
    Mereka adalah orang yang kata dan perbuatan sesuai dengan syariat dan tariqat secara menyeluruh.
    Mereka adalah ahli sunnah wal jamaah.Sebahagian masuk syurga tanpa hisab dan tanpa siksa sama sekali.
    Sebahagian lagi masuk syurga dengan hisab yang ringan dan mendapat sedikit siksa,masuk neraka jahanam,
    dikeluarkan lalu masuk syurga.

    Yang sebelas lagi adalah mereka termasuk ahli bida'ah iaitu:
    2.Halawiyah 3.Haliyyah  4.Aulia-iyah 5.Tsamaraniyyah  6.Hubbiyyah 7.Huriyyah  8.Ibahiyyah  9.Mutajahilah
    10.Wafiqiyah  11.Ilhamiyyah

    Adapun dikatakan seorang yang membina kerajaan langit di sebuah negeri di Pantai Timur semasa zikirnya
    ia boleh terapung di udara, sebab itulah ramai menjadi pengikutnya akibat taksub kepada istidraj tersebut.
    Maka kita hendaklah berhati-hati dan dapat membezakan yang mana benar dan yang mana batil.
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #10 20 May, 2009, 12:26:57 AM
  • Publish Di FB
  • ..tue sumer kurafat sufi...(keras kee..?)...

    Hmm.. macam2 ek.. Moga2 ALLAH bimbing kita ke jalan yg lurus..
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    zawq

    • *
    • Posts: 363
      • View Profile
    Jawab #11 20 May, 2009, 12:49:47 AM
  • Publish Di FB
  • Adapun dikatakan seorang yang membina kerajaan langit di sebuah negeri di Pantai Timur semasa zikirnya
    ia boleh terapung di udara, sebab itulah ramai menjadi pengikutnya akibat taksub kepada istidraj tersebut.
    Maka kita hendaklah berhati-hati dan dapat membezakan yang mana benar dan yang mana batil.


    kalau kerajaan langit ni, ayah pin lah orangnya. sampai ada yang menganggapnya Tuhan. dikatakan dia telah mati sebanyak 17 kali, tetapi hidup kembali. mulia sangat ke kau, ayah pin? rasulullah pun wafat hanya sekali. boleh pulak kau mati 17 kali, tak berasa sakit pulak tu?

    bayazid/ abu yazid bustami (di dalam mikraj-nya) pun sedar bahawa kepala dia di bawah tapak kaki seorang nabi.
    bagaimana pula mereka yang mencapai peringkat kenabian, serta peringkat kerasulan tertinggi di sisi Tuhannya, seperti baginda rasulullah?

    akhir kata, aku memang meluat dengan ayah pin. tapi, aku tetap doakan kau bertaubat. berguru dengan iblis, itulah jadinya. (sorry to say, tapi aku tak yakin kau berguru dengan jibril seperti di war-war kan).

    agama islam itu sudah lengkap. tak perlu lagi nabi, dan rasul melayu. sekian, terima kasih.

    bagi mereka yang ingin mengenali ayah pin dengan lebih lanjut, sila ke : http://www.theskykingdom.blogspot.com

    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 516
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Jawab #12 20 May, 2009, 10:12:41 AM
  • Publish Di FB
  • benar haruslah membezakan mana yg benar dan mana yg batil

    kdg-kala kita tahu kebenarannya tapi mata hati tertutup dengan kebatilan

    oleh itu waspadalah dgnnya...
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Jawab #13 20 May, 2009, 05:05:33 PM
  • Publish Di FB


  • ..tue sumer kurafat sufi...(keras kee..?)...

    salam saudara ahmad siddiqui...ana nak tanya tasawuf tareqat itu sesat ka?

    salam, akhi.

    tasawwuf adalah ilmu, adapun tariqat adalah cara tasawwuf tu dibawa. pelbagai cara atau jalan (tariqat) yang dibawa untuk menghayati makna tasawwuf. tasawwuf bukanlah suatu ajaran yang menyesatkan selagimana berpandukan al-Quran dan as-Sunah, adapun sebaliknya perlulah dijauhi. antara ulamak yang menghayati makna tasawwuf ini ialah, Imam Ibnu al-Qayyim, Ibnu Taimiyah, Ibnu Solah, dan ramai lagi.

    namun sekarang ni mencari tariqat yang betul2 berlandaskan Quran Sunah amat2lah susah, ada baiknya kita mendalami ilmu hadis yang padanya tersusun rapi segala ilmu berkaitan agama termasuklah ilmu tasawwuf. Imam Bukhari sendiri memuatkan di dalam kitabnya (Sahih Bukhari) hadis2 berkenaan kezuhudan (tasawwuf) pada 'Kitabu Riqaq'. pada hemat saya, mencari sesuatu ilmu mestilah mendahulukan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w..

    wallahuaklam.

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #14 20 May, 2009, 07:05:42 PM
  • Publish Di FB
  • Satu kumpulan berupa ttulisan-tulisan yang dihasilkan oleh para ahli sufi yang cuba mengambarkan sedapat mungkin pengalaman kerohanian yang mereka alami.
    Kitab-kitab seumpama Qut al-Qutub oleh Abu Talib al-Makki, Al-Luma' fi al-Tasawwuf oleh Abu Nasr al-Sirraj, al-Risalah
    al-Qusyayriyyah oleh al-Qassim al-Qusyayyri adalah diantara yang termasuk di dalam kumpulan ini.

    Satu kumpulan lagi ialah berupa penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh pengkaji Ilmu Tasawwuf; dimana para pengkaji
    ini boleh pula dikelompokkan ke dalam dua kelompok utama.

    Pertama;kelompok yang melihat Ilmu Tasawwuf sebagai satu Ilmu yang wajar dan mempunyai kedudukan yang tersendiri
    di dalam keseluruhan rangka keagamaan Islam.
    Imam Malik berkata:
    "Sesiapa yang hanya belajar dan beramal dengan feqah sahaja,maka ia jadi fasik dan sesiapa yang hanya belajar dan
    beramal dengan Ilmu Tasawwuf sahaja,ia jadi zindik dan sesiapa yang mengabungkan kedua-duanya (Feqah dan Tasawwuf)
    itu maka ia sampai pada hakikat (kehambaan)"

    Kelompok kedua pula melihat Ilmu Tasawwuf sebagai sesuatu yang tidak wajar dan tidak sesuai dengan keseluruhan
    semangat dan pembawaan agama Islam sebagai agama yang dinamik dan proresif.

    Diantara kitab-kitab yang disenaraikan dibawah kelompok ini ialah seumpama Madhkal ila al-Tasawwuf al-Islam oleh
    Abu al-Wafa al-Ghanimi al-Taftazani,al-Tasawwuf:al-Thaurah al-Ruhiyyah fi al-Islam oleh Abu al-Ula Afifi, al-Falsafah
    al-Sufiyyah fi al-Islam oleh Abd al-Qadir Mahmud dan lain-lain lagi.

    robby

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #15 21 May, 2009, 08:13:12 AM
  • Publish Di FB
  • Mungkin2 aja ada kejadian seperti itu, tidak ada yang tidak mungkin bila Allah berkehendak.....

    kumanzali

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Jawab #16 25 May, 2009, 11:32:57 AM
  • Publish Di FB


  • ..tue sumer kurafat sufi...(keras kee..?)...

    salam saudara ahmad siddiqui...ana nak tanya tasawuf tareqat itu sesat ka?

    salam, akhi.

    tasawwuf adalah ilmu, adapun tariqat adalah cara tasawwuf tu dibawa. pelbagai cara atau jalan (tariqat) yang dibawa untuk menghayati makna tasawwuf. tasawwuf bukanlah suatu ajaran yang menyesatkan selagimana berpandukan al-Quran dan as-Sunah, adapun sebaliknya perlulah dijauhi. antara ulamak yang menghayati makna tasawwuf ini ialah, Imam Ibnu al-Qayyim, Ibnu Taimiyah, Ibnu Solah, dan ramai lagi.

    namun sekarang ni mencari tariqat yang betul2 berlandaskan Quran Sunah amat2lah susah, ada baiknya kita mendalami ilmu hadis yang padanya tersusun rapi segala ilmu berkaitan agama termasuklah ilmu tasawwuf. Imam Bukhari sendiri memuatkan di dalam kitabnya (Sahih Bukhari) hadis2 berkenaan kezuhudan (tasawwuf) pada 'Kitabu Riqaq'. pada hemat saya, mencari sesuatu ilmu mestilah mendahulukan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w..

    wallahuaklam.
    hamba setuju dgn saudara...

    tasauf itu ilmu.. manakala tariqah itu berasal dari `tariq' yakni jalan atau amalan yg dibawa oleh kita. apa yg kita nak bawa itu adalah tasawuf. ad-din itu merangkum islam, iman,ihsan serta tasauf. Nabi muhammad s.a.w itu sendiri ketua tasauf. apa yg dibawa oleh rasul s.a.w itu cukup sempurna dan cantik. tasauf telah lama terpisah jauh dari kita. maka telah bangkit mereka yg ingin perjuangkan ilmu ini dan untuk membawa/mengamal semula ilmu ini maka ia dinamakan tariqah yakni jalan untuk mengembalikan ilmu tasauf yang telah lama terpisah.



    robby

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #17 14 June, 2009, 06:26:41 PM
  • Publish Di FB


  • Berbicara tentang Tasawuf sebagian orang menilai, ah…! itu ajaran sesat, itu ajaran khurafat, itu ajaran menyimpang, itu ajaran kesaktian, itu ajaran yang diada-adakan (bid’ah) dll yang menjurus kepada ajaran yang diluar dari ajaran Islam.

    Sebagian lagi mengatakan Tasawuf itu ajaran yang mengajarkan tentang kesucian hati, tentang pembersih diri, tentang ikhlas, sabar, syukur dll.

    Dimana-mana tidak hanya di Indonesia tetapi seluruh Dunia memandang Tasawuf itu dengan pandangan yang berbeda, satu mengatakan Negatif dan yang satu lagi mengatakan Positif.

    Lalu bagaimana sih sebenarnya Tasawuf itu dan apa sih yang diajarkan dalam tasawuf itu..?

    Sebenarnya Tasawuf itu sudah ada pada zaman Rosulullah Saw, bahkan Beliau sendiri yang mengajarkan kepada para Sahabat tentang Tasawuf. Tetapi pada waktu itu belum bernama “Tasawuf” melainkan “Ma’rifah/Ma’rifat (Mengenal)”. Sebagian yang disampaikan oleh Rosulullah yang berhubungan dengan Ma’rifat diantaranya :

    Beliau pernah mengatakan : “Aroftu Robbii bi Robbii (Aku kenal akan Tuhanku dengan Tuhanku)”, Muutu Qobla Anta Muutu (Matikan diri kamu sebelum kamu Mati).

    Dan Allah Swt juga mengatakan dalam Firmannya :

    “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. (QS, Al’raaf : 179)


    Jelas sekali bahwa Ma’rifat/Mengenal itu wajib bagi tiap-tiap diri, bagaimana seseorang itu menuju kepada Allah jika ia tidak mengetahui atau kenal akan Allah melalui sifat-sifat dan tanda-tanda adanya Allah. Tentu siapa yang tidak mengenal akan Allah melalui tanda-tanda yang telah nyata dicipta Allah maka tatkala beribadah, ibadah itu hampa. Karena Batinnya kering dan Buta dari pada memandang Allah yang dikatakan oleh Nabi dengan Kata-kata “Ma’rifat/Mengenal.

    Kata-kata Tasawuf sendiri dikenal sejak zaman para Wali. Diantaranya Imam Al-Junaid, Ma’ruf Al-Karkhi, Hasan Al-Basri, Robiatul Adawiyah dll. Mereka (para Wali) lah yang mengatakan ajaran Ma’rifat itu dengan sebutan Tasawuf.

    Lantas dimanakah letaknya Bid’ah itu dalam tasawuf..?

    Bid’ah itu menurut Ahlul Ma’rifat/Ahli Tasawuf adalah mereka yang mengada-ngadakan sesuatu sedangkan ia tidak mengetahui Rahasia/Hikmah Ilmu pada apa yang dikerjakannya. (mengerjakan sesuatu hanya ikut-ikutan tetapi tidak merasakan hasil/Nikmat dari apa yang dikerjakannya). Jika demikian, sesuatu yang dikerjakan tapi tidak memperolah manis lezatnya dari apa yang diperbuat maka Hampa lah yang didapatnya.

    Jika Demikian Tasawuf itu bukanlah sesuatu yang bid’ah karena mereka yang berada di dalam tasawuf itu merasakan manis dan lezatnya Amal Ibadah yang dilakukan, disebabkan ia mengerti akan rahasia Ilmu yang terkandung didalam Amal Ibadah.

    Mereka yang tidak mengerti akan rahasia Ilmu yang terkandung di dalam Amal Ibadah, merekalah yang disebut pada Ayat tadi dengan sebutan “Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. disebabkan hatinya buta dari melihat dan merasakan kehadiran Allah.

    Lalu siapakah yang BID’AH……….? Bid’ah itu SESAT…! Siapakah yang sesat jalan itu…… Tentu yang tidak tahu jalan…!!!!!!!

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #18 14 June, 2009, 09:29:24 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamu'alaikum,

    jangan pelik apabila ALlah kurniakan kelebihan pada hamba pilihanNya iaitu berbentuk karomah (perkara luar biasa yang berlaku pada hamba ALlah yang soleh yang beriman).

    Soalan :


    Saya pernah melihat karamah yang berlaku pada beberapa lelaki yang soleh yang benar-benar menunaikan janji mereka kepada ALlah. Diharapkan kamu dapat memberi satu penjelasan kepada kami berhubung dengan masalah ini. Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan-bantuan ghaib daripada orang-orang yang soleh? Adakah ini bertepatan dengan ayat :
    Quote
        أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ (٦٣) لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِڪَلِمَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٦٤)

        Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62) (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. (63) Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar. ( 64)

    Surah Yunus 62-64

    Apakah yang dimaksudkan dengan ayat yang ertinya : Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan mereka di dunia?

    Jawapan :


    Al Karamah
    ialah perkara yang mencarikkan adat yang dizahirkan oleh ALlah di tangan seorang insan Mukmin yang soleh lagi ikhlas dan bukan untuk riak (tunjuk - menunjuk). Ia menjadi bukti bahawa pegangan agamanya adalah benar dan RasulNya adalah benar. Sekiranya tidak benar apa yang didatangkan oleh RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, nescaya karamah itu tidak akan berlaku di tangan seorangpun daripada umatnya. Sebab itu para ulama menyebut : Sesuatu yang harus berlaku sebagai mukjizat bagi seorang nabi, maka ia juga harus berlaku sebagai karamah seorang wali, sedangkan ia perkara yang sama yang merupakan mukjizat bagi seorang Nabi.

    Ini memang dinyatakan di dalam al Quran, Sunnah Nabawiyah dan athar para sahabat dan tabi'ien. Oleh itu, seorang yang mengingkarinya secara umum sebagai satu prinsip am akan menjadi kufur. Tetapi sekiranya dia mengingkari satu bahagian daripadanya atau satu peristiwa , maka dia tidak lagi jatuh kufur selagimana perkara yang diingkari itu bukanlah diriwayatkan secara mutawattir.

    Al Quran sendiri menceritakan karamah-karamah yang berlaku pada umat yang terdahulu. Di antaranya , karamah yang berlaku pada Maryam iaitu wujud buah-buahan musim sejuk pada musim panas dan buah-buahan musim panas pada musim sejuk ketika Nabi Zakaria masuk menemuinya.

    Di antaranya juga, seorang lelaki yang dikenali 'Asif bin Barkhaya dapat mengubah takhta Balqis, permaisuri Yaman ke Baitul Maqdis dalam sekelip mata.

    Manakala di dalam sunnah, ada disebut beberapa bentuk karamah. Di antaranya : Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al Bukhari daripada Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah menceritakan satu kisah kepada para sahabatnya iaitu :

    Quote
        "Pada suatu ketika seorang lelaki menunggang seekor lembu betina. Tiba-tiba lembu itu berpaling ke arahnya, lalu berkata : Aku tidak dijadikan untuk tujuan ini, tetapi aku dijadikan untuk membajak tanah." Lalu RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : "Saya, Abu Bakar dan Umar mempercayainya".


    Kisah tiga pemuda yang terperangkap di dalam gua. Kisah Saidina Umar bersama ketua tenteranya, Sariyah. Malah banyak lagi.

    Soalan :

    Sekiranya ditanya : Apakah hukum memukul badan dengan alat-alat yang tajam dan menzahirkan perkara-perkara pelik yang lain sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian kumpulan tariqat pada ketika itu?

    Jawapanku :

    1. Sekiranya yang melakukan perkara itu ialah seorang yang terkenal dengan takwa dan kesolehannya, maka perkara tersebut bukanlah menjadi tegahan sebagai karamah untuknya. Sekiranya perkara tersebut berlaku pada seorang yang fasik, maka perkara-perkara yang pelik itu termasuk di dalam 'istidraj' dan bukanlah boleh dianggap karamah. Istidraj ialah sesuatu yang pelik yang dijadikan ALlah untuknya sebagai penghinaan dalam jangkamasa yang panjang.

    Paling kurang dia akan merasai dirinya seorang yang soleh dan telah mencapai darjat di sisi ALlah, sedangkan realitinya yang sebenar adalah sebaliknya.

    Mungkin juga perkara itu berlaku kerana ALLah hendak memuliakan seorang yang lain. Contohnya : Saidina Umar berdoa memohon hujan dengan bertawassulkan Saidina Abbas kerana kelebihannya sebagai bapa saudara RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Beliau berdoa :
    Quote
        Ya ALlah, kami pernah meminta hujan dengan bertawassulkan NabiMu, dan pada hari ini kami bertawassul dengan Abbas, bapa saudara Nabimu.."
    Jadi permohonan Saidina Umar tadi kepada ALlah agar menurunkan hujan sebagai memuliakan kepada Abbas dari sudut beliau adalah bapa saudara RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam.

    ALlah memelihara harta dua orang anak yatim dengan memerintahkan Khidir mendirikan tembok atau dinding kerana memuliakan bapa kedua anak yatim yang soleh.

    Adakalanya perkara-perkara yang pelik itu berlaku dengan sebab latih tubi sebagaimana yang berlaku pada orang-orang Hindu yang kafir.

    2. Diharamkan mezahirkan perkara-perkara yang pelik melainkan pada dua keadaan :

    a. Sekiranya terdapat seorang yang mengingkari wujudnya karamah di dalam Islam. Maka dia boleh menzahirkan perkara-perkara yang pelik itu sekiranya beliau berkeyakinan bahawa orang terebut akan menjadi Islam dan beriman.

    b. Sekiranya untuk tujuan menguji dirinya atau sebagai latihan, adakah dia mampu menzahirkan perkara-perkara pelik itu sekiranya diperlukan.

    Yang dimaksudkan dengan "Berita gembira di dunia", dikatakan bahawa ia adalah mimpi-mimpi yang benar. Dikatakan juga ia adalah kasih sayang manusia kepadanya dan manusia menyebutnya dengan pujian yang baik. Dikatakan juga iaitu: ketika mati yang mana malaikat akan berkata kepada mereka: "Janganlah kamu takut, jangan kamu risau, bergembiralah dengan syurga yang kamu dijanjikannya."

    Sumber :
    Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur
    « Last Edit: 14 June, 2009, 09:31:23 PM by IbnuNafis »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    31595 Views
    Last post 06 January, 2008, 09:04:25 AM
    by kanjeng sunan
    6 Replies
    3650 Views
    Last post 08 April, 2014, 02:21:15 PM
    by SeliparBuruk
    6 Replies
    1862 Views
    Last post 30 January, 2012, 05:15:58 PM
    by IbnuNafis