TAKDIRNYA Saya menjadi ibu tiri

*

Author Topic: TAKDIRNYA Saya menjadi ibu tiri  (Read 4507 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

acit

  • *
  • Posts: 705
  • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
    • View Profile
28 May, 2009, 07:57:36 AM
  • Publish
  • “ Mama ingin sangat jadi ibu tiri macam lakonan Siput Sarawak.
    Kalau jadi pengacara Mama kurang pandai.
    Mama bukannya petah bercakap,” katanya ...

    “Selama ini Ibu Tiri selalu dicap dengan sifat buruk, jahat, bengis
    dan sadis, tapi tahukah anda tidak selamanya seorang Ibu Tiri
    berprilaku seburuk ...”

    Begitulah antara petikan mengenai Ibu Tiri.

    Apakah peranannya seorang wanita yang mengambil tempat untuk
    menumpang kasih sayang bagi mengantikan tempat ibu yang telah
    meninggal atau telah berpisah dengan ayah atau  berkongsi kasih
    sayang dengan ibu yang masih ada.

    Adakah Ibu Tiri ini akan redha menerima qada’ dan qadar Allah dan
    menjalankan tanggungjawabnya sama seperti ibu kandung kepada
    anak-anak suaminya ?

    Adakah kasih sayang  pada anak tiri itu akan tetap sama apabila sudah
    mempunyai anak sendiri ?

    Adakah Ibu Tiri rela anak-anak tiri tinggal bersamanya ?

    Firman Allah ,Surah At-Thur ayat 21:
     
    "Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti
     mereka dalam keimanan, kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka,
    dan kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. tiap-tiap manusia
    terikat dengan apa yang dikerjakannya."

    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 28 May, 2009, 08:07:32 AM
  • Publish

  • Menjadi  ibu tiri sebenarnya adalah amanah. Di kurniakan anak, walaupun bukan dari rahimnya, tetapi tanggungjawap adalah sama juga. Sebab itu, seorang anak mesti menghormati ibu tirinya sama seperti ibu kandung. Ibu tiri menjadi mahram sepanjang hayat walaupun bapanya hanya bernikah tetapi tidak menyetuhuhinya. 
    « Last Edit: 23 October, 2010, 07:15:54 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #2 20 October, 2010, 01:10:10 AM
  • Publish
  • Menjadi ibu tiri pada 3 orang anak (setakat ini) merupakan pengalaman yang berharga buat saya..
    Seawal 20 tahun ini,saya telah dikurniakan 3 orang anak express,bak kata abang saya buy 1 get 3.. baguss ...
    Alhamdulillah mereka menerima dan amat manja dengan saya..
    Bahkan yang kedua ada iras-iras saya sedikit..
    Rindu bertamu di hati andai tak bertemu mereka dan mereka juga..
    Jika datang ke rumah saya atau saya pergi ke rumah kakak,dari jauh dengar suara memanggil mama..
    Dan bagi saya,saya kurang gemar menggelarkan mereka anak tiri,dan saya tak panggil pun mereka anak tiri jika ada yang bertanya ini siapa...terngiang-ngiang rasanya kezaliman seorang ibu tiri..yang pasti saya adalah ibu pada mereka walaupun saya tidak melahirkan mereka..Semoga kasih sayang ini terus mekar walaupun telah dikurniakan anak sendiri..

    naim_mahmood

    • *
    • Posts: 367
      • View Profile
    Reply #3 20 October, 2010, 07:17:40 AM
  • Publish

  • Menjadi  ibu tiri sebenarnya adalah amanah. Di kurniakan anak, walaupun bukan dari rahimnya, tetapi tanggungjawap

    adalah sama juga. Sebab itu, seorang anak mesti menghormati ibu tirinya sama seperti ibu kandung. Ibu tiri menjadi

    mahram sepanjang hayat walaupun bapanya hanya bernikah tetapi tidak menyetuhuhinya.

    ummi kalau tak salah saya (petikan dari kuliyah.net alamak lupa ust tu nama apa)

    boleh sesiapa pastikan
    selagi bapa tak setubuh ibu tiri... maka bapa boleh ceraikan ibu dan berkahwin dengan anak tiri itu.
    « Last Edit: 20 October, 2010, 07:19:48 AM by naim_mahmood »

    naim_mahmood

    • *
    • Posts: 367
      • View Profile
    Reply #4 20 October, 2010, 07:19:06 AM
  • Publish
  • Menjadi ibu tiri pada 3 orang anak (setakat ini) merupakan pengalaman yang berharga buat saya..
    Seawal 20 tahun ini,saya telah dikurniakan 3 orang anak express,bak kata abang saya buy 1 get 3.. baguss ...
    Alhamdulillah mereka menerima dan amat manja dengan saya..
    Bahkan yang kedua ada iras-iras saya sedikit..
    Rindu bertamu di hati andai tak bertemu mereka dan mereka juga..
    Jika datang ke rumah saya atau saya pergi ke rumah kakak,dari jauh dengar suara memanggil mama..
    Dan bagi saya,saya kurang gemar menggelarkan mereka anak tiri,dan saya tak panggil pun mereka anak tiri jika ada yang bertanya ini siapa...terngiang-ngiang rasanya kezaliman seorang ibu tiri..yang pasti saya adalah ibu pada mereka walaupun saya tidak melahirkan mereka..Semoga kasih sayang ini terus mekar walaupun telah dikurniakan anak sendiri..

    sangat menyentuh perasaan ^_^

    zunita

    • *
    • Posts: 740
      • View Profile
    Reply #5 20 October, 2010, 09:24:21 AM

    Alhamdulillah anak-anak itu mendapat ibu seperti Deena, ramai anak tiri menjadi mangsa kepada ketidakstabilan sebuah institusi kekeluargaan.
     
    Andai suatu hari ditakdirkan saya menjadi ibu tiri harap saya dapat menerima mereka dan memberi kasih sayang seperti anak sendiri.
    لا إله إلا الله

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #6 20 October, 2010, 10:06:19 AM
  • Publish
  • Ehm ehm.. Zunita ada cita-cita dan azam ke nak jadi ibu tiri? Maksudnya apa tu? :-? :senyum:.. Macam ada maksud tersirat ja..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    zunita

    • *
    • Posts: 740
      • View Profile
    Reply #7 20 October, 2010, 10:10:45 AM
  • Publish
  • Ehm ehm.. Zunita ada cita-cita dan azam ke nak jadi ibu tiri? Maksudnya apa tu? :-? :senyum:.. Macam ada maksud tersirat ja..

     senyum*  he..he..ummu fatimah, kalau ditakdirkan saya terima dengan redha...kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #8 20 October, 2010, 01:16:30 PM
  • Publish
  • Seronok sebenarnya ada anak-anak yang ramai..
    Macam-macam ragam...
    Dengan adanya mereka menjadi panduan awal bagaimana saya mahu mendidik anak kandung saya pula..
    Yang penting,jangan mempunyai rasa yang mereka tu bukan anak aku..
    Anak suami adalah anak kita juga...
    Kalau kita buat tak baik pada mereka,tak hairan jika suatu hari nanti orang lain akan menzalimi anak kita pula..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 23 October, 2010, 07:23:21 AM
  • Publish

  • Menjadi  ibu tiri sebenarnya adalah amanah. Di kurniakan anak, walaupun bukan dari rahimnya, tetapi tanggungjawap adalah sama juga. Sebab itu, seorang anak mesti menghormati ibu tirinya sama seperti ibu kandung. Ibu tiri menjadi mahram sepanjang hayat walaupun bapanya hanya bernikah tetapi tidak menyetuhuhinya.

    ummi kalau tak salah saya (petikan dari kuliyah.net alamak lupa ust tu nama apa)

    boleh sesiapa pastikan
    selagi bapa tak setubuh ibu tiri... maka bapa boleh ceraikan ibu dan berkahwin dengan anak tiri itu.

    Mohon maaf  sekira berlaku kekeliruan dalam  memahami keterangan ummi di atas. Disini,jika bersalahan dengan tulisan di atas,ummi bawakan dalil yang benar tentang kedudukan anak tiri.

    Jika seorang lelaki telah menikahi anak perempuan seorang janda, kemudian diceraikan sebelum disetubuhi, maka haram untuk lelaki itu menikahi ibu kepada bekas isterinya ia kerana kemuliaan seorang ibu.

    Imam Tirmizi telah meriwayatkan dalam kitabnya   yang bernama " مسند"  dan dijadikan satu bab khas dalam penggal 9 kitab    النكاح. Didalamnya ada disebutkan satu bab yang diberi nama " باب ما   جاء فيمن تزوج المرأة ويطلقها قبل يدخل بها هل يتزوج ابنتها ام لا"  bab   pada menyatakan hukum lelaki yang menikahi seseorang perempuan kemudian   ditalaknya sebelum ia bersetubuh dengannya adakah harus ia menikahi anak   perempuan itu(daripada bapa lain) @ pun tidak. Beliau berkata dan meriwayatkan satu hadith   daripada Umar bin Syuaib daripada bapanya daripada nendanya bahawa   Rasulullah s.a.w telah bersabda: " ابما رجل نكاح امرأة لا يحل له نكاح   انبتها وان لم يكن دخل بها فلينكح انبتها"  ertinya mana-mana juga lelaki   yang menikahi seseorang perempuan maka tidak halal baginya menikahi anak   bagi perempuan itu tetapi jika ia tidak bersetubuh dengannya( kemudian   ia talakkan dia) maka haruslah ia menikahi anaknya dan sabdanya lagi   sebagai menyambung hadith itu " وأيما رجل نكاح امرأة فرفلا يحل له نكاح   أمها دخل بها اولم يدخل" Ertinya mana-mana juga lelaki menikahi seseorang   perempuan maka tidak halal baginya menikahi ibunya sama ada bersetubuh   dengannya @ pun tidak.   

    Ia berlainan jika seorang lelaki  menikahi janda yang mempunyai anak perempuan, diceraikan janda itu sebelum disetubuhi, halal bagi lelaki itu menikahi anak perempuan janda itu.

    Pendapat Jumhur ulama’ sebagaimana yang   diterangkan di dalam surah An-Nisa  ayat 23, itu ialah Al-Quran Al-Karim berpada untuk   menghalalkan perbuatan menikahi anak tiri itu bila tidak berlaku   persetubuhan di antara ibu dan bapa tiri itu dalam firmanNya" فان تكونوا   دخلتم بهن فلا جناح عليكم"  yang bererti jika kamu tidak bersetubuh   dengan ibu-ibu itu maka tidaklah ada tegahan atas kamu(bapa tiri)   menikahi anak-anak tiri itu.
    « Last Edit: 23 October, 2010, 11:26:44 AM by Ummi Munaliza »

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #10 23 October, 2010, 07:30:31 AM
  • Publish
  • Moga-moga saya dapat jadi ibu tiri yang baik apabila tiba masanya. Masa kecik-kecik dulu cemburu bila tengok arwah mak mandikan adik-adik tiri. :senyum:, ada yang bercakar-cakar nak duduk kat riba mak.. :sedihnya:, bestnya ada 2 mak yang penyayang.. Rindu sangat suasana itu..

    dwna2001

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #11 29 May, 2012, 02:54:04 PM
  • Publish
  • Saya pernah menjadi ibu kepada 3 orang anak tapi akhirnya pengorbanan saya disia-siakan oleh suami saya. perkara ini berlaku disebabkan orang ketiga mengenakan ilmu sihir ke atas saya, sikit demi sikit dia membenci saya. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. sekarang semuanya telah terlambat tiada lagi harapan. ujian datang bertimpa-timpa. tapi saya cuba terbaik. saya menghadapi masa yang sukar mengharungi peperiksaan, dengan kerja di pejabat ditambah dengan sihir kepada saya. Tapi saya yakin Allah sentiasa bersama saya.
    Doakan semoga saya sembuh...

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Reply #12 29 May, 2012, 04:33:18 PM
  • Publish
  • PERSEPSI orang melayu, bahawa ibu tiri itu ZALIM, GANAZZZ, JAHAT dan memacam lagi yang negatif menyebabkan ia menjadi satu ke FOBIA an bagi sesapa yang bakal terlibat dgn ibu tiri... Baik cerita yang di tayang kat TV-MOVIE, mahupun terpampang di media cetak, rerata menggambarkan si ibu tiri yang negatif..

    Awat tak mo buat cerita ibu tiri seperti yang halaqian2 ini describe-kan?? Cerita kisah si ibu tiri yang penyayang dan penuh dengan memacam sifat2 yang positif.....PASTI anak2 aku pun mau gak ada ramai ibu!....huah huah huah!...

    faa zahra

    • *
    • Posts: 1030
    • pimpin daku menuju jalanNya
      • View Profile
    Reply #13 29 May, 2012, 05:24:11 PM
  • Publish
  • ade je kisah2 ibu tiri baik..cume tak dipandang..lebih suke ambil yang buruk..
    pengaruh cerita bawang putih bawang merah la tu...:senyum:

    thanks ummi atas penerangan yang jelas tu..
    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #14 29 May, 2012, 06:05:49 PM
  • Publish
  • menjadi ibu kandung, ibu susuan, ibu tiri, ibu mertua hatta ibu angkat sekalipun, semuanya tetap dinobatkan sebagai ibu dan menjadi ibu. dan fitrahnya seorang ibu itu punya nilai perasaan yakni kasihsayang dan perhatian yang tinggi terhadap insan yang bergelar anak. justeru itu, jadilah ibu yang menjaga hak dan amanah ALLAH. jadilah ibu yang mengasihi dan dikasihi. jadilah ibu yang menyayangi dan disayangi. jadilah ibu sebagaimana layaknya seorang insan bergelar ibu walaupun title ibu itu bukan ibu kandung... Wallahu'alam...

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2830 Views
    Last post 13 October, 2009, 05:48:01 AM
    by Ummi Munaliza
    10 Replies
    10607 Views
    Last post 07 March, 2012, 12:49:16 PM
    by nazri0070
    7 Replies
    10265 Views
    Last post 08 June, 2012, 11:02:15 AM
    by robhunhayati