Benarkah "Clubbing" Trend Remaja masa Kini?

Author Topic: Benarkah "Clubbing" Trend Remaja masa Kini?  (Read 12125 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Redhasha

  • *
  • Posts: 36
    • View Profile
Jawab #60 31 December, 2009, 09:00:12 AM
  • Publish Di FB
  • Pokok pangkalnya semua drp hati...
    Bagi yg dh tau dosa pahala tapi masih masih nak melawan syariat Islam mngkn hanya menunggu bala Allah..nauzubillah..
    Tapi bg yg cetek pengetahuan agama dn tak tau yg 'clubbing' tu salah satu cabang maksiat perlu di bimbing dgn akidah yg teguh..
    Prkataan "ketinggalan zaman" dilihat satu modal yg kukuh utk mmpengaruhi jiwa umat Islam..kenapa kita terpengaruh kalau dh tau benda tu salah???
    Cuba jawab balik"siapa yg ketinggalan zaman sebenarnya??" org yg mengaku 'up to date' kononya tu pernahkah ambil tau soal agama?prnah up to date mencari ilmu agama?mengaku ja bragama Islam tapi masih melakukan amalan yg bercanggah dlm Islam!!!
    Senang ja diperBODOHkan oleh org barat..ikut ja apa yang mereka buat!!!

    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #61 31 December, 2009, 11:29:29 AM
  • Publish Di FB
  • :) Memang ramaja sekarang sangat suka dengan aktiviti clubbing ni. Kalau kita perhatikan betul-betul Budaya clubbing ni dah meresap ke sekolah-sekolah dan unversiti. Contohnya bila di adakan majlis-majlis besar akan turut di adakan majlis tarian. Ni salah satu ciri-ciri clubbing yang dah meresap ke pusat pendidikan kita.   <img src=http://www.laymark.com/i/m/m145.gif alt=MySpace Emoticons border=0>


    Memang tak dinafikan ciri-ciri clubbing ni dah meresap dalam kalangan remaja terutamanya di pusat pendidikan amnya.
    Ada kawan,suka p clubbing,.bila masuk kelas asyik tidur jeq dalam kelas.Waktu malam ini lah aktivitinya "Night Life" memang agak popular jugak perkataan "Night Life" dalam kalangan mereka ni.

    elzuddin

    • *
    • Posts: 580
    • dunia ini bagai melepaskan ikan di air..??
      • View Profile
    Jawab #62 31 December, 2009, 11:40:30 AM
  • Publish Di FB


  • Perubahan yang berlaku setiap saat dalam konteks sosial lazimnya turut membawa bersamanya krisis sosial khasnya dari segi penerapan nilai-nilai murni yang mewarnai kehidupan sosial masyarakat. Kendatipun perubahan berbentuk pembangunan ini menyumbangkan kebaikan kepada taraf sosioekonomi masyarakat dan negara, ia tetap mempunyai implikasi negatif terhadap struktur sosial, agama, dan budaya.

    Bagaimanapun, dalam membincangkan implikasi-implikasi yang dibawa oleh arus pembangunan ini, implikasinya terhadap golongan remajalah yang paling banyak dipersoal dan diperbincangkan. Seakan tiada ketidakadilan pula, implikasi negatif dan kebejatan sering menjadi topik perbincangan yang hangat diperdebatkan hingga menutupi implikasi positif yang dibawa. Isu-isu yang diketengahkan pula memperlihatkan seolah golongan remaja langsung tidak memiliki sebarang kualiti yang baik.

    Golongan remaja yang merupakan ´komoditi negara´ sering sahaja menjadi ´kambing hitam´ terhadap segala implikasi negatif yang dibawa arus pembangunan walaupun tidak dapat disangkal, mereka merupakan golongan yang senang terdedah kepada ´tarikan negatif´ yang seakan cuba mengubah budaya Timur yang mereka junjung selama ini kepada suatu budaya baru yang berpaksikan budaya Barat.

    Perubahan yang dipanggil pembangunan ini menjunjung dasar bahawa negara dan masyarakat tidak seharusnya ketinggalan dalam segenap hal yang bersangkut-paut dengan ´kemajuan´ berpaksikan Barat. Akibat daripada keterbukaan ini, segala jenis ´kemajuan´ dan budaya yang tidak sesuai dengan nilai ketimuran yang selama ini menjadi pegangan, dihakis dari dalam sanubari masyarakat Timur.

    Arus ini secara halus cuba menghakis dan menerbitkan rasa ragu-ragu terhadap budaya ketimuran dan pegangan remaja terhadap budaya Timur itu sendiri. Langkah ´westernisasi´ ini jelas dapat dilihat dari segi bahasa, kepercayaan dan pegangan, gaya hidup termasuk cara berpakaian, soal pemakanan dan budaya baru yang terbentuk akibat daripada ´penjajahan´ pasca baru ini.

    Terbaru, budaya televisyen realiti yang di ceduk dari Barat menjadi seakan suatu kegilaan kepada masyarakat bukan sahaja kepada golongan remaja malah juga kepada segenap lapisan masyarakat.

    Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz, genre program televisyen sebegini langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh golongan yang menguruskan rancangan-rancangan itu. Beliau menambah bahawa program-program seumpama itu akan menghalang golongan remaja dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran mereka sendiri.

    Beliau turut menekankan bahawa apa yang berlaku jelas menperlihatkan bahawa betapa mudah golongan pelapis negara ini mengikut telunjuk mereka-mereka yang menguasai media massa ini tanpa menggunakan akal dan fikiran.

    Perkara yang membimbangkan adalah kelihatan bahawa golongan remaja kini seakan kehilangan identiti mereka lantaran daripada ketaksuban mereka terhadap segala yang datang daripada Barat. Kebanjiran hasil-hasil produk yang dibawa masuk daripada Barat ini menjadikan golongan remaja terdorong kepada corak kehidupan yang beracuankan Barat.

    Golongan remaja lebih gemar bersuka ria dan bergembira tanpa memikirkan hala tuju dan wawasan masa hadapan. Kegilaan luar biasa mereka terhadap budaya bersuka ria dan bergembira ini dengan jelas melupuskan budaya dan identiti bangsa. Wujud pelbagai kebejatan yang mana sebelum ini dilihat seakan ´taboo´ bagi masyarakat Timur menjadi suatu kebiasaan pula bagi mereka. Peribahasa Barat yang menyatakan “bergembiralah engkau pada hari ini, puaskanlah nafsumu hari ini, kerana esok engkau akan mati” menjadi motto mereka. Budaya Hedonistik ini menenggelamkan budaya ketimuran yang sebelum ini menjadi ikutan nenek moyang yang menitik-beratkan nilai-nilai murni yang ampuh.

    Kebudayaan kebangsaan tidak lagi menjadi rujukan mana-mana pihak. Kesemua ini dianggap fesyen biarpun ia sebenarnya telah mendedahkan bangsa kepada keruntuhan nilai dan kerosakan tamadun.

    Ancaman globalisasi, penjajahan minda termasuk pemodenan gaya hidup ala Barat ini merupakan sejumlah cabaran kepada proses transformasi sosial golongan muda dan pembentukan budaya bangsa. Golongan ini ´dipujuk´ supaya mementingkan kebendaan; sikap yang secara halus cuba ditanam dalam diri remaja. Mereka cuba ´dibuai´ dan ´dibelai´ dengan cara acuan kebaratan yang mementingkan kebendaan semata-mata

    Pembangunan pesat mewujudkan proses urbanisasi. Perpindahan dari desa ke bandar ini dengan trend golongan remaja masa kini yang lebih tertarik dengan kehidupan bandar dan kerjaya makan gaji mengakibatkan kejutan budaya hasil daripada corak kehidupan yang berbeza. Kejutan budaya ini menanam mentaliti bahawa segala yang ada di bandar adalah suatu trend yang wajib diikuti sebagai sebahagian daripada proses ´modenisasi´.

    Gaya hidup bandar yang lazimnya mementingkan diri sendiri mula menjadi suatu kebiasaan di dalam kehidupan dan kelakuan seharian golongan remaja kini. Sikap mementingkan diri sendiri atau individualistik ini mewar-warkan corak kehidupan baru di mana istilah bagi keperluan untuk berkongsi adalah dinafikan sama sekali.

    Semangat nasionalisme merupakan antara modus operandi yang digunapakai pihak penjajah dalam melemahkan dan memecah-belahkan sesuatu bangsa dalam era penjajahan pada masa dahulu. Semangat cintakan bangsa dan kaum ini ditanam sejak kecil bagi supaya lahir rasa taksub kepada bangsa dan kaum sendiri. Seharusnya semangat nasionalisme ini tidak disempitkan hanya kepada bangsa dan kaum sendiri sahaja kerana kerukunan sesuatu masyarakat berbilang bangsa merupakan tembok pengukuh kepada segala jenis penjajahan.

    Kelemahan institusi keluarga turut memainkan peranan menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran sekaligus menyemarakkan lagi kebejatan dikalangan remaja. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan.” Kegagalan dalam mendidik oleh institusi kekeluargaan dan komponen masyarakat dalam menangani isu remaja juga menyumbang ke arah kecelaruan remaja.

    Firman Allah bermaksud : “Mengapakah kamu menyuruh orang lain membuat kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri dalam mengerjakan kebajikan itu, pada hal kamu membaca kitab. Maka apakah kamu tidak berfikir?” (Surah al-Baqarah: 44)

    Jika remaja diminta menutup aurat, tetapi sebahagian besar masyarakat, terutama dewasa tidak berbuat demikian dan memandang ringan perkara ini, maka budaya menutup aurat di kalangan remaja tidak mungkin dapat dilaksanakan secara keseluruhan.

    Begitu juga jika remaja dilarang merokok, tetapi pada masa sama keluarga dan masyarakat sekitar masih mengamalkan perbuatan itu, tidak mungkin wujud masyarakat remaja yang bebas rokok. Kepemimpinan melalui teladan iaitu teladan daripada keluarga dan masyarakat adalah antara cara untuk menyelamatkan anak daripada terjebak ke dalam masalah sosial.

    Rakan sebaya sempurna perlu dirapati dengan membentuk identiti kumpulan rakan sebaya yang ceria, berfikiran matang dan bertindak mengikut norma dibenarkan. Rasulullah s.a.w pernah berpesan terhadap keperluan mencari teman yang baik umpama berkawan dengan penjual minyak wangi. Jika kita tidak dapat membeli minyak wanginya, pasti akan dapat mencium bau wangian jualannya. Tetapi, jika berkawan dengan si tukang besi, pasti akan terkena percikan kepanasan api yang digunakan ketika bertukang besi.

    Biarpun pendidikan ibu bapa menjadi tunggak utama pembentukan generasi muda namun peranan kerajaan dalam penganjuran program-program pembangunan diri, guru-guru dan sistem pendidikan, media massa dan teknologi maklumat juga memainkan peranan penting dalam pembentukan generasi muda hari ini. Ibubapa membentuk anak-anak dalam rumah, bergerak dalam masyarakat dimana persekitarannya digaris panduankan oleh pihak kerajaan.

    Justeru gejala sosial yang tidak sihat ini dapat ditangani sekiranya semua pihak berperanan mengekangnya daripada terus menular. Ketegasan dalam dasar pendidikan, penerangan, kebudayaan dan aktiviti belia banyak memainkan peranan kepada pembentukan generasi cemerlang yang seimbang jasmani dan rohani.

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Jawab #63 13 December, 2010, 01:30:08 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    pendapat saya clubbing ni sesuatu perkara yang paling bodoh yang dilakukan oleh remaja sekarang....

    1. buang masa
    2. buang duit
    3.dapat kawan yang tak baik.
    4.menjerumus kita kearah zina
    5.yang penting dia lupa agama dia semasa dia tengah seronok dlm club

    bukankah agama islam mengharamkan kita pergi ketempat macam itu?? :msya:

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1659
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Jawab #64 13 December, 2010, 01:37:53 PM
  • Publish Di FB
  • UMAT ISLAM IKUT JEJAK  LANGKAH YAHUDI DAN NASHRANI

    Dari Abu Sa’id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya. “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?” Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, “Siapa lagi?” (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)

    Keterangan

    Umat Islam akan mengikuti jejak langkah atau “cara hidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hingga dalam urusan yang kecil dan yang remeh sekalipun. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang  Islam akan terus mengikuti mereka.
    Pada zaman sekarang, kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini. Banyak orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nashrani, baik disedari atau pun tidak disedari. Banyak orang Islam yang telah terperangkap dalam tipu muslihat Yahudi dan Nashrani dan ada pula yang sekaligus menjadi alat untuk kepentingan mereka. Ya Allah ! Selamatkan kami dari mereka.
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Jawab #65 13 December, 2010, 01:46:37 PM
  • Publish Di FB
  • UMAT ISLAM IKUT JEJAK  LANGKAH YAHUDI DAN NASHRANI

    Dari Abu Sa’id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya. “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?” Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, “Siapa lagi?” (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)

    Keterangan

    Umat Islam akan mengikuti jejak langkah atau “cara hidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hingga dalam urusan yang kecil dan yang remeh sekalipun. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang  Islam akan terus mengikuti mereka.
    Pada zaman sekarang, kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini. Banyak orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nashrani, baik disedari atau pun tidak disedari. Banyak orang Islam yang telah terperangkap dalam tipu muslihat Yahudi dan Nashrani dan ada pula yang sekaligus menjadi alat untuk kepentingan mereka. Ya Allah ! Selamatkan kami dari mereka.


     :)

    harap-harap kita tak terlibat dalam perkara yang macam tu sudah :ins:

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 479
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Jawab #66 13 December, 2010, 02:28:42 PM
  • Publish Di FB
  • Bantah sedalam-dalamnya. islam membenarkan hiburan tapi hiburan tersebut haruslah mengikut landasan yang telah di tetapkan oleh islam itu sendiri.

    Hiburan & Nyanyian Mengikut Syariat Islam

    Di sini, kami tidak lupa untuk menambah beberapa panduan dan batasan yang perlu diambil kira sehingga nyanyian kekal dalam hukum halal.

    Lirik lagu hendaklah bebas dari segala penyelewengan syariat

    Kami tegaskan di sini bahawa bukan semua nyanyian hukumnya harus. Nyanyian yang harus hendaklah mempunyai tema yang bertepatan dengan ajaran Islam, tidak bercanggah dengan aqidah, syariat mahupun akhlak Islam.

    Oleh itu kita tidak dibenarkan untuk menyanyi syair Abu Nuwwas yang menyebut :

    Biarkanlah celaanku, kerana celaan adalah satu godaan,
    Berikanlah aku penawar dari punca kesakitan itu sendiri

    Juga tidak boleh dinyanyikan kata-kata Syauqi :

    Ramadhan berlalu, maka datangkanlah ia
    wahai penuang-penuang arak
    Jiwa yang rindu ingin segera bertemu dengan kerinduannya

    Ini kerana syair di atas jelas menyeru kepada arak yang dianggap oleh Islam sebagai ibu segala maksiat.

    Lebih membahayakan lagi, kata-kata Iliyaa’ Abu Madhi yang bekata dalam satu qasidahnya yang bertajuk at-Tolaasim (mentera atau jampi serapah) :

    Aku tak mengetahui dari mana asalku, tetapi aku tetap datang!
    Aku melihat langkah mereka yang terdahulu lalu aku melangkah!
    Aku akan terus mara berjalan sama ada aku suka ataupun tidak!
    Bagaimana aku datang? bagaimana aku melihat perjalananku?, aku pun tidak tahu!
    Kenapa aku tidak tahu? Aku sendiri pun tidak tahu.

    Dalam syairnya ini, dia seolah-olah menimbulkan keraguan terhadap asas keimanan iaitu permulaan hidup, tempat kembali dan soal-soal kenabian.

    Antaranya juga lagu berbahasa arab pasar yang bertajuk `Min Ghair Leh’ (tanpa sebarang alasan), kerana ia nerupakan terjemahan syak wasangka Abu Madhi ke dalam bahasa pasar agar pengaruh dan kesannya bertambah.

    Begitu juga dengan lagu yang mengandungi perkara haram juga ialah nyanyian yang bertajuk: Dunia hanyalah antara rokok dan gelas (arak). Semua ini berlawanan dengan ajaran Islam yang telah melabelkan arak sebagai najis dan amalan syaitan. Islam melaknati peminum arak, pemerahnya (pengilangnya), penjualnya, pembawanya dan semua pihak yang memberikan saham kepadanya. Rokok pula membahayakan badan, jiwa dan harta. Ia juga termasuk dalam perkara buruk yang diharamkan.

    Antaranya juga, lagu-lagu yang memuji-muji pemerintah yang zalim, taghut (melampaui batas) dan fasik yang sedang berleluasa dalam umat kita sekarang. Lagu-lagu sebegini juga bertentangan dengan ajaran Islam. Islam melaknat golongan zalim dan setiap pihak yang membantu bahkan siapa sahaja yang mendiamkan diri dengan kezaliman. Bagaimana pula dengan orang yang memuja dan mengagungkan mereka? Sudah tentu lebih jelas pengharamannya.

    Lagu-lagu yang memuji lelaki atau perempuan yang bermata galak atau ghairah adalah juga bercanggah dengan adab-adab Islam yang menyeru :

    “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).”(An-Nur: 30).

    Dan juga firman-Nya :

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).”(An-Nur: 31)

    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :


    “Wahai Ali, janganlah kamu ulang pandang selepas pandangan yang pertama, kerana pandangan pertama adalah untukmu tetapi pandangan kedua bukan untukmu (bahkan dosa ke atasmu).”

    Persembahan Yang Tidak Melampau Dan Menggoda

    Gaya persembahan juga mempunyai kesan dan kepentingannya. Terdapat lagu yang mana liriknya tidak bermasalah namun cara ia dipersembahkan oleh penyanyi lelaki atau wanita telah mengeluarkannya dari zon halal kepada zon haram, syubhat ataupun makruh. Mereka sengaja memanja-manjakan vokal mereka dan menghairahkan lengguk badan semata-mata untuk membangkitkan syahwat yang dibendung dan menggoda jiwa yang lemah..

    Jenis nyanyian sebeginilah yang menjadi fenomena masakini, diminati bahkan digilai oleh para penonton dan pendengar dari siaran tv ataupun radio arab (dan mana-mana radio/TV di seluruh dunia). Hampir semua nyanyian bertumpu kepada aspek tarikan seksual dan segala apa yang berkaitan dengan cinta dan asmara. Ia hanya bertujuan untuk menaikkan keghairahan dan gelora jiwa khususnya di kalangan muda mudi.

    Naluri seksual ini adalah perkara yang amat dominan sehingga ada pakar psikologi yang menafsirkan seluruh tabiat manusia dengannya. Naluri seksual sebegini sepatutnya dimartabatkan dan dimuliakan (dengan adab Islam) bukan dibangkit dan dinyalakan dengan perkara-perkara yang menghairahkan.

    Al-Quranul Karim memberi arahan kepada isteri-isteri Rasululah dengan ayat :

    “Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu).”(Al-Ahzaab: 32).

    Bagaimana jika memanjakan dan menghairahkan suara dengan iringan irama, melodi, tarian? (Tentunya adalah lebih diharamkan).

    Nyanyian tidak bercampur dengan perkara yang haram

    Aspek ketiga ialah: Nyanyian tidak bercampur dengan perkara yang diharamkan seperti minum arak, menagih dadah, muzik yang menghairahkan seperti yang mengiringi lagu-lagu barat masa kini, antaranya yang berkonsep budaya hippies (hip-hop) dan seumpamanya. Begitu juga muzik yang mengiringi nyanyian yang diharamkan yang mana dengan menyanyikan lagu tersebut akan menyebut secara langsung perkara haram tersebut. Contohnya lagu yang menyebut perkataan lucah, berhias dan pergaulan bebas lelaki dan wanita tanpa ikatan dan had. Inilah yang biasa berlaku dalam konsert dan majlis-majlis nyanyian semenjak dahulu lagi, sehingga apabila disebut sahaja majlis nyanyi-nyanyian, gambaran yang datang secara langsung di dalam minda ialah: Arak, dayang-dayang dan perempuan.

    Situasi sebeginilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain :

    “Umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama yang lain. Mereka dialunkan oleh muzik dan penyanyi-penyanyi. Allah akan membinasakan mereka dan menjadikan sebahagian mereka beruk-beruk dan babi-babi."

    Ingin saya menarik perhatian di sini bahawa: Pada zaman dahulu, untuk mendengar nyanyian, seseorang perlu pergi ke majlis-majlis nyanyian dan bercampur gaul dengan golongan artis dan pembantu-pembantu mereka. Jarang terdapat majlis sebegitu yang bebas dari perkara-perkara yang diingkari syariat dan agama.

    Namun pada zaman ini, keadaannya sudah berbeza. Seseorang boleh mendengar lagu dalam keadaan berjauhan dari khalayak dan majlis tersebut. Tidak syak lagi bahawa ini adalah satu elemen yang boleh meringankan hukum dalam isu ini. Ia boleh menyebabkan hukum nyanyian lebih kepada zon diizinkan dan dipermudahkan, jika bebas dari segala kemungkaran.

    Tidak Berlebih-lebih Dalam Mendengar Nyanyian

    Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah dihadkan agar tidak berlebihan. Allah s.w.t. telah berfirman :

    “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Aa’raf: 31)

    Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda :

    “Makanlah, minumlah, bersedakah dan berpakaianlah tanpa berlebihan dan sombong”

    Di sini, Rasulullah mengikat keharusan melakukan perkara yang halal dengan dua jenis ikatan :

    Pertama : Ikatan zahir iaitu aspek kuantiti: Menjauh sikap berlebih-lebih dan membazir.

    Kedua : Ikatan dari segi kualiti: Jauh dari kesombongan, meninggi diri dan berbangga ke atas orang lain. Allah tidak menyukai orang yang sombong dan bermegah-megah.

    Mengelakkan pembaziran adalah dituntut dalam segala perkara harus. Tuntutannya lebih kuat dalam hal hiburan, terutamanya bidang nyanyian yang diiringi muzik ataupun tidak, khasnya lagu-lagu sentimental yang hanya menbicarakan berkenaan cinta dan kerinduan.

    Manusia bukan hanya sudut emosi dan emosi pula bukan semuanya cinta. Cinta pula bukan hanya kepada perempuan sahaja dan perermpuan pula bukannya hanya jasad dan nafsu sahaja.

    Oleh kerana itu, kita perlu mengurangkan jenis nyanyian sentimental dan asmara yang melimpah ruah di pasaran sekarang ini. Kita perlu mengatur nyanyian, program dan kehidupan yang seimbang dan saksama antara agama dan dunia.

    Aspek keduniaan perlu diseimbangkan antara hak peribadi dan hak masyakarat. Aspek aspek peribadi pula perlu diseimbangkan antara hak akal dan hak emosi.

    Dalam aspek emosi, ia perlu juga diseimbangkan antara seluruh emosi-emosi lain sama ada emosi cinta, benci, ghairah, semangat, kebapaan, keibuan, keanakan, persaudaraan, persahabatan dan lain-lain lagi.

    Sifat keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam meluahkan satu bentuk emosi sahaja akan mengatasi kepentingan emosi-emosi yang lain. Ia akan mengatasi kewarasan fikiran, roh dan kehendak, mengatasi kepentingan, ciri-ciri dan rukun masyarakat, juga ke atas nilai-nilai dan ajaran agama.

    Oleh itu agama melarang perbuatan melampau dan membazir dalam setiap perkara sehingga dalam perkara ibadat. Jika begitu, tentunya ia lebih dilarang dalam konteks berhibur atau menghabiskan masa dengannya, walaupun hukum asalnya adalah harus.

    Perbuatan ini menandakan akal dan jiwa yang kosong, lalai dari melakukan kewajiban-kewajiban besar dan tujuan-tujuan yang lain. Ia juga menunjukkan bahawa dia telah mencuaikan banyak hak-hak yang perlu dilakukanya, tambahan dengan singkatnya tempoh dan umur manusia di dunia.

    Alangkah benar dan mendalamnya maksud kata-kata Ibnu Muqaffa’:

    “Aku tidak melihat berlakunya satu pembaziran melainkan ada suatu hak yang telah diabaikan”.

    Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban dan kitab Suhuf Nabi Ibrahim ada menyebut :

    “Seorang yang waras perlu menumpukan perhatiannya kepada tiga perkara: Mencari kehidupan duniawi, mencari bekalan untuk hari akhirat atau keseronokan yang tidak diharamkan.”

    Oleh itu marilah kita bahagi-bahagikan waktu kita secara adil antara tiga-tiga perkara ini. Hendaklah kita ketahui bahawa Allah akan mempersoalkan setiap manusia berkenaan umurnya, kemanakah dihabiskannya?, juga berkenaan masa mudanya, apakah yang dilakukan dengannya?

    Imam al-Ghazali mempunyai pendapat yang baik dalam kitab Ihyaa’ nya berkenaan halangan yang boleh menukarkan hukum nyanyian yang harus kepada haram.

    Beliau menyebut halangan kelima iaitu :

    Pendengar dari masyarakat awam yang tiada unsur kecintaan kepada Allah tetapi amat menggemari nyanyian dan dia tidak terpengaruh kepada sebarang unsur syahwat. Ketika ini nyanyian yang asalnya haram untuknya akan menjadi harus sepertimana lain-lain perkara harus yang menyeronokkan. Namun apabila dia menjadikan nyanyian sebagai siulannya dan dia meninggalkan kewajiban yang lain (kemaruk), dia tergolong dari kalangan orang dungu yang tertolak persaksiannya.

    Sifat ingin sentiasa berhibur adalah satu jenayah. Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus. Begitu jugalah keadaannya dengan sebahagian perkara harus yang lain. Terus menerus melakukannya akan menjadikannya dosa walaupun dalam skala yang kecil. Contohnya: Sentiasa berhibur mendengar nyanyian dan tarian kaum Afrika dan Habsyi secara berterusan. Ia adalah dilarang walaupun pada asalnya tidak haram kerana Rasulullah sendiri melakukannya.

    Antara contoh yang sama dalam hal ini ialah bermain catur yang diharuskan oleh syarak. Namun apabila terus menerus dimainkan, hukumnya akan bertukar menjadi makruh yang amat dibenci. Sekiranya tujuan sesuatu permainan adalah untuk berseronok dan berhibur, ia diharuskan kerana ia dapat merehatkan hari. Kerehatan hati akan menjadi penawar kepadanya dalam beberapa keadaan, membangkitkan semula semangatnya lalu mendorongnya untuk berusaha lebih gigih sama ada dalam urusan dunia seperti mencari pendapatan dan berniaga, ataupun dalam perkara agama seperti sembahyang dan membaca al-Quran.

    Kebaikan sebegini akan dapat dihayati apabila dilakukan berselangan dengan perkara-perkara serius. Ia umpama tahi lalat di pipi yang boleh memaniskan wajah seseorang, tetapi jika bilangan terlampau banyak, wajah akan bertukar menjadi hodoh. Alangkah buruknya jika ia berlaku. Begitulah juga dalam masalah ini. Kebaikan pada asalnya akan bertukar menjadi buruk kerana terlalu banyak dilakukan.

    Bukan setiap perkara elok akan kekal elok apabila dilakukan secara banyak dan berterusan. Begitu juga perkara yang harus. Malah roti adalah harus, namun apabila dimakan secara melampau akan menjadi haram (kepadanya). Begitu jugalah seluruh perkara harus yang lain.

    Tuan Guru an-Nablusi dalam kitab yang bertajuk Idohul Aalat berkata bahawa :

    Muzik dan nyanyian yang bercampur dengan arak, zina, liwat ataupun bibit-bibitnya seperti sentuhan ghairah, ciuman, pandangan bernafsu kepada bukan isteri, atau sekadar berazam untuk melepaskan syahwat yang diharamkan atau berkhayal melakukannya dan berangan-angan untuk berada dalam majlis sebegitu, semuanya adalah perkara yang diharamkan. Haram mendengarnya kerana tujuan dan niat tersebut adalah haram. Ia hanya akan mendorongnya melakukan perkara haram yang ada dalam majlis itu, atau perkara haram yang diingininya dalam ilusinya dan dia juga sentiasa membayangkan dia berada di majlis seperti itu. Perkara yang membawa kepada haram adalah haram.

    Sekiranya tujuan sebegini merupakan kebiasaan di zaman ini, kita tetap tidak boleh menghukum dengan menggunakan firasah dan jangkaan sahaja lalu memfasikkan seorang umat nabi Muhammad s.a.w.. Kita tidak boleh menghukum seseorang kecuali jika perkara yang haram itu jelas berlaku di hadapan mata di mana sudah tidak ada kemungkinan dan takwil yang lain lagi.

    Mungkin ada orang yang akan berkata: Cetusan hati untuk melakukan syahwat yang haram seperti zina, minum arak dan sebagainya (dan ia tidak dilaksanakan) sebenarnya tidak memberikan dosa kepada pelakunya dari segi syarak. Inilah yang diputuskan oleh para ulama’ dalam tajuk-tajuk yang berkaitan dengannya. Oleh itu, bagaimana pengharusan nyanyian bersyarat dengan tiadanya cetusan hati yang diharuskan oleh syarak ini? Ada contoh perkara ini dari segi syarak?.

    Jawabnya: Ya. Cetusan hati sebegini tidak membawa dosa kepada seseorang sekiranya ia terbuku di hati dan hati masih berbelah bahagi sama ada untuk melakukannya ataupun tidak, selagi tidak menjadi satu keazaman. Namun apabila seorang hamba mendengar nyanyian lalu hatinya bergelora, azamnya menjadi kuat dan syahwatnya mula menyala, ketika itu dia tidak berupaya lagi untuk menolaknya. Ketika itu dia akan melakukan perkara yang dimahukan oleh nafsunya itu, sekiranya dia mampu.

    Kita ikatkan perkataan `syahwat’ di sini dengan `yang diharamkan’ semata-mata untuk mengecualikan syahwat yang diharuskan. Contoh syahwat yang diharuskan ialah makanan dan minuman halal yang lazat, perkahwinan (persetubuhan) dengan isterinya dan lain-lain lagi. Cetusan hati kepada syahwat yang halal sebegini sekiranya ia berlaku ketika mendengar nyanyian, tidak akan mengharamkan nyanyian tersebut. Malah nyanyian akan kekal dengan hukum harusnya”

    Berkaitan Dengan Pendengar

    Selepas penjelasan ini, tinggal lagi beberapa perkara atapun zon-zon tertentu yang berkaitan dengan pendengar. Perkara sebegini tidak tertakluk dalam sebarang fatwa ataupun disiplin tertentu secara terperinci, malah ia terserah kepada hati dan ketaqwaan seseorang. Para pendengar adalah orang yang lebih faham keadaan dirinya dan lebih layak menjadi mufti (pemutus) kepada dirinya sendiri.

    Setiap orang mengetahui dirinya, arah fikiran dan cetusan hatinya, lebih dari orang lain. Sekiranya nyanyian ataupun jenis-jenis tertentu darinya boleh menyalakan emosinya dan mendedahkannya kepada fitnah dan kejahatan, menyebabkannya berenang di alam fantasi dan memuncakkan nafsu kebinatangannya melebihi sudut spiritual, ketika itu dia perlu meninggalkannya. Dia perlu menutup pintu yang mungkin didatangi oleh angin fitnah kepada hati, agama dan akhlaknya. Hanya ketika itu sahaja, dia akan terselamat dari fitnah. Inilah yang digambarkan oleh sebuah hadis nabi :

    “Kebaikan ialah apa yang ditenterami oleh jiwa dan ditenangi oleh hati sedangkan dosa ialah perkara yang tidak ditenterami oleh jiwa dan tidak ditenangi oleh hati, walau apapun yang telah difatwakan oleh orang-orang yang memberikan keputusan.”

    Inilah yang cuba ditegaskan oleh Imam al-Ghazali dalam al-Ihyaa’ ketika menyebut dalil pengharusan dari aspek nas dan maqasid syariah. Kemudian beliau menyebut halangan kepada nyanyian yang menukarkan hukum harus kepada haram. Beliau berkata :

    Halangan keempat adalah dari diri pendengar itu sendiri. Jika pendengar seorang pemuda yang mudah dikuasai oleh nafsu syahwat dan sifat ini lebih menonjol dari sifatnya yang lain. Mendengar nyanyian adalah haram baginya sama ada dia dikuasai perasaan cinta kepada seseorang ataupun tidak. Orang yang sebegini akan bangkit syahwatnya walaupun dengan hanya mendengar sifat rupa paras, pipi, perpisahan dan percintaan dan sebagainya. Dia sentiasa mengkhayalkan imej-imej yang tertentu lalu syaitan meniupkan api syahwat ke dalam hatinya yang akan mendorongnya kepada kejahatan.

    Keadaan ini merupakan bantuan kepada kumpulan syaitan dan satu kekecewaan kepada yang menjadi batu penghalang kepada kumpulan Allah. Pertarungan antara tentera syaitan (syahwat) dan tentera Allah (cahaya akal) akan sentiasa berlaku di dalam hati, kecuali dalam hati yang telah dikuasai oleh salah satu pihak secara total.

    Kini, kebanyakan hati telah dimenangi dan dikuasai oleh tentera syaitan. Justeru, pertarungan ini belum selesai. Ia perlu disambung semula untuk menggugat dan menghalangnya dari memperbaharui senjata, pedang dan segala peralatannya. Bidang nyanyian adalah merupakan pengasah senjata syaitan kepada orang yang sebegini. Oleh itu dia sepatutnya meninggalkan keseluruhan nyanyian kerana ia akan memudaratkannya.


    Sumber: Fiqhul Ghina’ wal Musiqi fi Duil Quran was Sunnah.-(Feqah Nyayian dan Muzik berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah)-Oleh Syeikh Dr Yusuf Abdullah al-Qardhawi.
    sumber : http://www.ustaznoramin.com/2010/10/hiburan-nyanyian-mengikut-syariat-islam.html
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 479
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Jawab #67 13 December, 2010, 02:31:44 PM
  • Publish Di FB
  • Berhibur Ada Batasnya Majalah Cahaya Feb 2006, Oleh : Lokman bin Ismail

    BERHIBUR ADA BATASANNYA
    Oleh: Lokman Bin Ismail

    Islam agama yang lengkap dan sempurna menenuhi keperluan hidup manusia di dunia dan akhirat.  Segala yang terkandung dalam ajaran Islam menepati keperluan fizikal dan rohani manusia.

    Ajaran Islam tidak hanya menumpukan kepada ibadat khusus semata-mata dalam menilai ketaatan dan keingkaran hamba-Nya. Setiap apa yang dilakukan mendapat pembalasan yang setimpal.

    Secara tepatnya, syariat Islam memenuhi fitrah manusia.  Segala keperluan rohani dan fizikal manusia dipenuhi berdasarkan konsep mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan.  Apa yang baik itu adalah Islam dan yang buruk bukan daripada ajaran Islam. 

    Termasuk perkara yang dibenarkan dalam Islam ialah berhibur.  Syariat Islam memenuhi keperluan fitrah manusia yang ingin dan suka berada dalam keadaan gembira. Cuba kita tanya antara kita siapa yang tidak suka berhibur atau tidak mahu akan hiburan?   

    Antara sumber bentuk hiburan yang biasa ialah nyanyian, tarian dan lakonan.  Kebiasannya ramai antara kita menganggap bentuk hiburan itu melalaikan dan haram.  Boleh dikatakan tidak ada di kalangan pak haji, ustaz, dan guru agama mengatakan hiburan bentuk itu baik, kalaupun tidak mengatakan haram sepenuhnya. 

    Perkara ini perlu diberi penjelasan untuk mengelak keadaan keliru.  Perkara berkaitan seni hiburan perlu dijernihkan untuk mengelak pendangan serong berterusan terhadap individu yang terlibat dalam seni dan mereka yang meminatinya. 

    Imam al-Ghazali berpendapat, dalam mendengar nyanyian, ada yang harus dan sunat.  Selain itu ada yang diharamkan.     
    Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu, sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk memperlajari sesuatu daripadanya, adalah keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya.


    Mengikut riwayat, daripada Aisyah bahawa bapanya, Abu Bakar pernah menemuinya dan ketika itu beliau bersama-sama dua hamba perempuan pada hari Mina.  Kedua-duanya menyanyi dan memukul gendang, sedangkan Nabi Muhammad menutup wajahnya dengan pakaiannya.
     
    Lalu, Abu Bakar mengherdik mereka.  Kemudian, Rasulullah membuka wajah dan berkata: “Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar!  Sesungguhnya hari ini adalah hari raya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).   

    Dalam hadis lain diriwayatkan Tirmizi bermaksud: “Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta palulah rebana.”
    Namun harus diingatkan hukum harus itu boleh bertukar haram jika melibatkan perbuatan yang ditegah agama.  Hal inilah mengapa banyak pihak menolak segala bentuk nyanyian yang dipersembahkan artis sekarang.  Mereka bukan menolak hiburan, tetapi kerana melihat corak hiburan sekarang banyak melibatkan unsur haram. 

    Antara batasan yang perlu dijaga ketika berhibur ialah cara pergaulan lelaki dan perempuan.  Lelaki dan perempuan perlu mengelak berada dalam keadaan berasak-asak yang bersentuhan hingga menimbulkan perasaan berahi. 
     
    Biarpun sukar untuk memastikan 100 peratus tidak ada berasak-asak, kerana di pasar dan di mana-mana pun keadaan ini tidak dapat dielakkan, penganjur konsert atau sebarang bentuk hiburan perlu mengambil usaha untuk mengurangkannya.  Mengasingkan penonton lelaki dan perempuan adalah cara terbaik yang perlu diamalkan.

    Penonton perlu menjaga tatatertib dan kesopanan ketika menikmati hiburan.  Hayatilah hiburan yang dipersembahkan kepada mereka.  Tidak perlulah penonton di bawah pentas turut  menari, bersorak dan terhinjut-hinjut mengikut irama dalam keadaan terlalu mengasyikkan hingga lupa diri.   
    Tindakan itu mengundang perbuatan tidak senonoh yang terkeluar dari landasan agama dan budaya.   Lelaki dan perempuan berpasangan menari dalam keadaan mengasyikan.   

    Turut mendatangkan keresahan banyak pihak berkaitan hiburan yang berlangsung di negara kita ialah muda mudi datang menyaksikannya secara berpasangan.  Biasanya mereka tidak terus pulang apabila tamat persembahan.  Sebaliknya, ramai yang melencung ke tempat lain dan melakukan perbuatan tidak senonoh.
    Para artis perlu menjaga tingkah laku yang sesuai dengan kehendak agama dan budaya masyarakat timur.  Percakapan mereka juga mesti dijaga agar tidak memperkatakan sesuatu yang tidak wajar. 

    Artis juga perlu mengenakan pakaian sopan.  Artis tidak perlu mengenakan pakaian seksi dan keterlaluan semata-mata untuk menarik perhatian ramai.  Apa yang penting, lagu yang dinyanyian merdu dan menghiburkan.

    Penampilan artis mampu mempengaruhi minda dan tingkah laku peminatnya.  Jadi, artis perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti.   
    Sikap berhibur keterlaluan banyak keburukannya.  Fizikal dan mental rasa letih.  Ini bertentangan dengan tujuan asal berhibur yang dibenarkan Islam, untuk mendapat ketenangan.  Individu berhibur hingga larut malam tidak mampu bekerja dengan baik pada keesokannya.

    Persembahan nyanyian di kelab malam dan pusat hiburan lagi haru biru.  Ditambah lagi lagi dengan hidangan arak, pengambilan dadah dan bahan mengkhayalkan.  Semua itu haram.  Tidak ada hujah untuk mengatakan harus.   

    Hiburan keterlaluan juga membazirkan masa.  Masa lima enam jam terbuang begitu sahaja.  Banyak tugas terganggu.  Turut dibazirkan ialah wang.   
    Konsert melibatkan penghibur profesional, tambah lagi daripada luar negara, harga tiket mencecah lebih seratus ringgit.  Ada sanggup berhutang untuk mendapatkan tiket konsert.   

    Amat malang, bilangan paling banyak hadir di majlis hiburan di negara kita adalah orang Melayu beragama Islam.  Orang Melayu sepatutnya insaf nasib bangsa sekarang.   
    Kedudukan orang Melayu masih jauh tertinggal berbanding bangsa lain.  Dalam segi ekonomi, orang Melayu hanya menguasai ekuiti kira-kira 20 peratus. 
    Orang Melayu sepatutnya lebih gigih berusaha mencari rezeki dan memperbaiki kedudukan.  Dikenal pasti antara punca keruntuhan moral anak muda Melayu ialah pengaruh hiburan keterlaluan. 

    Bentuk hiburan di negara kita perlu dimurnikan dengan niat dan maksud yang baik.  Hiburan sedemikian wajar diteruskan.   
    Sebaliknya, sekiranya lebih banyak keburukan yang timbul akibat hiburan keterlaluan, perkara ini perlu diperbetulkan segera agar tidak mendatangkan malapetaka yang besar kepada masyarakat.
     

    Tarikh :   10 March 2006
    [Zakaria Bin Othman]
    Editor : PRO JAKIM []
    Hits :  7578 

    http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1316
    « Last Edit: 13 December, 2010, 03:29:11 PM by aini zinnirah »

    amYunus

    • *
    • Posts: 259
      • View Profile
    Jawab #68 13 December, 2010, 03:23:05 PM
  • Publish Di FB
  • :)


    boleh dikatakan 40% dari muda mudi yang ana jumpa, baik zaman university mahupun zaman pekerjaan ni, mengaku mmg pernah ke club, dan separuh dari mereka adalah pengunjung setia. serius... dah jadi macam trend. dan ada kawan ana ceritakan kat ana,sapa2 yang tak pernah pegi club ni, ketinggalan zaman..seolah-olah menyindir..tapi tak kisah dengan sindirian tu coz tak thu apa ke benda "clubbing" tu

    Tapi bila dah thu "clubbing" tu apa..rupanya tempat hiburan anak muda mudi dan tempat maksiat.... :msya:
    Ada baiknya ana tak payah tnya apa tu "clubbing"..

    apa pendapat anda? ana rasakan ini bukan satu gejala yang sihat. apakah puncanya? bagaimana cara untuk mengatasi? how to say no to people yang baru2 nak blajar pergi club?


    Memang sekarang ni ramai anak muda kita yang clubbing ni.
    Saya tahu apa itu clubbing pun bila saya belajar kat KL pertengahan tahun lepas.
    I orang housemate saya kaki clubbing. Tiap-tiap malam pergi clubbing. Subuh baru balik.
    Pastu tak pergi kelas sebab tidur.

    Sedih bila tengok dia...pakaina tu tak payah cakap la kalau pergi clubbing...
    seksi la sangat...

    Saya ada kawan baik pergi clubbing.
    Saya kenal dia pun masa belajar kat KL,sekarang saya dah berhenti dah belajar.
    Kawan saya ni cakap dia pergi clubbing sebab nak hilangkan tension.
    Dia juga yang cakap kat saya bahawa kalau kat club ni confirm ada arak dan dadah.
    Tak kira la pil khayal ke, pil ectasy ke. Tapi, bende gitu memang ada kat club.

    Saya pernah nasihatkan dia kalau tension, tak payah pergi club...buat lagi sakit kepala adalah...
    Ye ar dengan suasana bising gitu...
    Kalau tension, baik amik wuduk dan sembahyang...cerita semua kat Allah swt.
    Itu lagi tenang berbanding ke club...

    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Jawab #69 13 December, 2010, 03:29:58 PM
  • Publish Di FB
  • Salam,

    Namapun ‘clubbing’. Takkan nak pi mengaji agama disebut p  ‘clubbing’
    Apa maksud clubbing tu? .
    Apa tujuan clubbing tu ek?

    Bila dah sebut clubbing (cakap moden) tu tentulah nak gelak ketawa, bersuka ria, berseronok, ,bersentuhan lelaki perempuan
    dan seumpamanya di tempat yang tertentu. Astaghfirullah.
    Apa kata orang putih “to get away”. Ish  ish ish tak taulah

    Memang budaya barat dah meresap masuk dah. Mudah sungguh terikut-ikut .
    Tu la uztaz cakap, kalau sesuatu yang melalaikan dan seronok ,itulah yang nak ikut sangat.
    Kalau suruh pi mengaji ke , usrah ke, liat sangat.

    Memang seronok.. Itukan agenda syaitan nak menyesatkan kita .
    Kalau pakaian tak payah cakap, dah dapat fikir sendiri.
    Ada ke orang ‘clubbing’ pakai jubah kopiah?
    Itu yang saya faham kan ‘clubbing’ dalam konteks era globalisasi ini.

    Kalau dah macam yang disebut di atas , tentu dah tahu hukum hakamnya..kan.
    Pandai-pandaila fikir sendiri.

    Macam coupling la. Dah disebut tak boleh , nak buat juga.
    Masih mahu berhujah nak berbetulkan benda yang memang tak betul dan tak boleh
    Tak tahu la macam mana nak terang lagi.


    Wahai umat Rasulullah, jangan biar masa muda ditelan oleh kehendak hawa nafsu.
    Pandulah masa muda mu menurut imanmu yang sentiasa berlandaskan kitabullah dan sunnah Rasulullah.
     (termasuk diri ini yang sentiasa lalai pada perintah MU Ya ALLAH))

    Rasulullah s.a.w. bersabda;
    “Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara;
    tentang usianya untuk apa dihabiskan,
    tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan,
    tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan,
    dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”
    [Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu]
    wALLAHua’lam

    p.s. Maaflah pendapat dari saya yang serba cetek ilmu ini. Kalau salah betulkan

    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 916
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Jawab #70 13 December, 2010, 03:46:41 PM
  • Publish Di FB
  • bila baca thread ni...
    baru tahu betapa ramai remaja kita yang kaki clubbing...
    masa degree dulu...dalam course saya yang lebih kurang 70 orang..
    setahu saya yang kaki clubbingnya seorang lelaki cina dan seorang lelaki melayu...
    jadi lebih kurang 3% sahaja....tu pun termasuk yang cina...
    yang cina di sisihkan pelajar cina lain.. begitu juga yang melayu itu...
    yang kaki karoeke jer yang ramai...

    tapi tak tahu la macam mana diorang sekarang...
    dah masuk alam pekerjaan ni...
    ada kawan kena arah pegi pub dan belajar minum arak di bulan ramadhan untuk layan customer..
    astaghfirullahalazim... dah la yang suruh tu orang islam...
    alhamdulillah... dia terus berhenti dari kerja tu...
    « Last Edit: 13 December, 2010, 03:51:54 PM by ixora_skru »
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    maliki

    • *
    • Posts: 608
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Jawab #71 28 June, 2011, 01:56:31 PM
  • Publish Di FB
  • bila baca thread ni...
    baru tahu betapa ramai remaja kita yang kaki clubbing...
    masa degree dulu...dalam course saya yang lebih kurang 70 orang..
    setahu saya yang kaki clubbingnya seorang lelaki cina dan seorang lelaki melayu...
    jadi lebih kurang 3% sahaja....tu pun termasuk yang cina...
    yang cina di sisihkan pelajar cina lain.. begitu juga yang melayu itu...
    yang kaki karoeke jer yang ramai...

    tapi tak tahu la macam mana diorang sekarang...
    dah masuk alam pekerjaan ni...
    ada kawan kena arah pegi pub dan belajar minum arak di bulan ramadhan untuk layan customer..
    astaghfirullahalazim... dah la yang suruh tu orang islam...
    alhamdulillah... dia terus berhenti dari kerja tu...
    kebanyakkan remaja ni kalau ajak pergi majlis agama kat masjid,banyak alasan nak bai,sibuka la,penat la
    bila dengar ada "pesta muda mudi" bersemangat nak mampui,rela beli baju mahal2 semata mata nak bergaya di sana,puih
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    3306 Views
    Last post 15 May, 2011, 01:53:03 AM
    by kemanisan iman
    60 Replies
    12776 Views
    Last post 05 October, 2012, 10:21:59 AM
    by elsanxs
    5 Replies
    1092 Views
    Last post 25 May, 2011, 01:55:14 PM
    by maliki