Merokok Antara Nikmat dan Mudarat

*

Author Topic: Merokok Antara Nikmat dan Mudarat  (Read 54982 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • Posts: 1193
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
02 June, 2007, 04:16:09 PM
  • Publish
  •  :)


    Info Kesihatan : Tabiat Merokok, Kesan & Akibat


    Pengenalan

    Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

    Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing,   terutamanya yg dipaparkan melalui media massa,
    ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

    Hadith Rasullullah s.a.w. :

    "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin"

    ( Al-Bukhari & Muslim)

    "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" 

    (At-Termidzi)

    "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" 

    (Abu Daud)



    Kandungan Berbahaya Dalam Rokok

    Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut.Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.

    Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

    Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

    Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

    Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

    Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

    Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.



    Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

    Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

    Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

    Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

    Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

    Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

    Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
     


    Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

    - Melahirkan bayi yang kurang berat badan
    - Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
    - Lebih terdedah kepada kanser
    - Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal


    Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

      - Lebih mudah mendapat lelah
    - Mendapat jangkitan paru-paru
    - Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
    - Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
     


    Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

    Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

    Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


    Faedah Berhenti Merokok

    - Hidup lebih lama
    - Dapat menghindari racun
    - Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
    - Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
    - Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
    - Meningkatkan deria rasa dan bau
    - Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
    - Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.



    Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

    - Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
    - Yakinkan diri
    - Buat nota peringatan
    - Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
    - Tumpukan pada hari ini
    - Sentiasa berfikiran positif
    - Dapatkan sokongan
    - Lawan keinginan untuk merokok
    - Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
    - Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


    "Setiap Sedutan, Membawa Padah"

    Sumber:
    - Pusat Racun Negara, USM Official Website
    - Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
    - Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
    - Sabahan.net
    - Persendirian
     
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    fairuzniza

    Reply #1 04 June, 2007, 02:31:00 PM
  • Publish
  • Merokok rosakkan sperma

    WASHINGTON: Satu sebab untuk tidak merokok - merokok boleh merosakkan sperma, mewariskan kerosakan genetik kepada anak lelaki itu, lapor penyelidik Kanada.

    Satu kajian terhadap tikus menunjukkan merokok menyebabkan perubahan dalam DNA sel sperma, kata penyelidik dalam keluaran jurnal Penyelidikan Kanser. Mutasi seperti itu dikenali mutasi garisan bakteria dikenal pasti adalah kekal.

    “Jika diwarisi, mutasi seperti ini akan berpanjangan dan sebarang perubahan tidak boleh dipinda dalam komposisi genetik benih pasangan itu,” kata Carole Yauk dari Pegawai Jabatan Alam Sekitar dan Toksikologi Pekerjaan Kanada, yang mengetuai kajian itu.

    “Kami tahu ibu yang merokok boleh membahayakan janin mereka dan di sini kami menunjukkan bukti bahawa bapa berpotensi merosakkan anak mereka lama sebelum mereka bertemu dengan pasangan di masa depan,” katanya.

    Yauk dan pasukannya mengkaji sel induk yang mengeluarkan sperma dalam tikus yang terdedah dengan asap rokok dalam tempoh enam atau 12 minggu. Semua mamalia jantan berterusan mengeluarkan sperma itu.

    Mereka menjumpai 1.7 kali mutasi DNA dalam sel tikus terdedah dengan asap rokok seperti yang dijumpai dalam tikus biasa selepas 12 minggu, dan 1.4 kali mutasi selepas enam minggu.

    “Ia mencadangkan kerosakan itu berkaitan dengan tempoh pendedahan, jadi jika lebih lama anda merokok lebih banyak mutasi berkumpul dan lebih banyak kemungkinan kesan potensi meningkat dalam benih,” kata Yauk.

    Sementara itu, di BEIJING, China mengumumkan tindakan ke atas klinik kesuburan yang mendagangkan sperma yang didermakan kepada mereka untuk mencari keuntungan.

    “Pihak berkuasa tempatan harus mengambil langkah tegas untuk mengelak bank sperma dan teknologi kesuburan dikomersilkan dan menjadi satu industri,” kata Kementerai Kesihatan China dalam satu kenyataan.

    Mereka yang mengutip dan menerima derma sperma tanpa kebenaran akan dihukum dengan tegas, kata kenyataan itu.

    Pasangan Keluarga di China masih mementingkan mereka mempunyai zuriat. Bagaimanapun, pencemaran, tekanan, tabiat merokok dan pengguguran anak membawa kepada ketidaksuburan dalam 10 peratus daripada pasangan China. – Reuters



    zendaani

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Reply #2 04 June, 2007, 02:43:14 PM
  • Publish
  • kepada semua perokok tak kira lelaki @ perempuan....

    berwaspada lah dgn akibat yg ada nie....
    hayya rigaLL RoHHu KitaLL

    fairuzniza

    Reply #3 04 June, 2007, 02:47:44 PM
  • Publish
  • Tabiat merokok punca OCPD

    MASALAH batuk teruk dan berkahak adalah perkara biasa di kalangan lelaki tua yang merokok. Ia petanda utama bagi penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) iaitu masalah yang berkaitan dengan saluran pernafasan.

    Walaupun mengalami batuk teruk hingga kadangkala sukar melakukan kerja, ia tidak dianggap masalah besar bagi kebanyakan perokok. Ramai lebih rela menderita batuk daripada berusaha berhenti merokok mahupun mendapatkan rawatan.

    COPD adalah masalah sejagat dan ia lebih ketara di kalangan perokok tua. Asap rokok yang bertahun-tahun disedut masuk ke paru-paru boleh menyebabkan dua masalah besar, iaitu bronkitis kronik (keradangan pada paru-paru) dan emfisema (kerosakan tisu paru-paru mengakibatkan proses pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen merosot). Kedua-dua masalah ini menjadikan seseorang itu mengalami COPD.

    Paru-paru kita mempunyai dua bahagian utama iaitu tiub bronkial (juga dipanggil saluran pernafasan) dan alveoli (pundi udara). Apabila kita bernafas, udara melalui tiub bronkial untuk masuk ke alveoli. Di sinilah berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

    Gas oksigen meresap masuk ke salur darah, manakala gas karbon dioksida pula masuk ke pundi udara untuk dihembus ke luar.

    Seperti organ lain, keupayaan paru-paru untuk berfungsi dengan cekap menurun dengan peningkatan usia; apatah lagi di kalangan perokok. Bagaimanapun bagi perokok, fungsi paru-paru mereka mula merosot apabila mereka mula merokok. Tidak hairan perokok lebih mudah mengalami masalah membabitkan saluran pernafasan.

    Kedua-dua masalah (bronkitis kronik dan emfisema) boleh dikesan dengan mudah melalui gejala batuk berkahak dan sesak nafas — yang biasa berlaku pada perokok tua. Lebih lama tempoh seseorang itu merokok, lebih buruk gejala dihadapi.

    Saluran pernafasan pesakit COPD biasanya menjadi merah dan dipenuhi mukus (lendir) yang menyekat laluan udara, menyebabkan pesakit sukar bernafas. Pada masa sama, alveoli juga mengalami keradangan akibat kemasukan asap beracun. Lama kelamaan, alveoli menjadi keras dan tidak boleh menampung cukup udara. Akibatnya, proses pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida terganggu dan pesakit mengalami sesak nafas.

    Menurut Perunding Geriatrik, Dr P Srinivas, sehingga kini tiada rawatan dapat memulihkan kerosakan paru-paru pesakit COPD. COPD antara empat punca utama yang menyebabkan kematian penduduk dunia. Malah, sikap pesakit yang tidak mahu berhenti merokok atau segera mendapatkan rawatan hanya memburukkan keadaan.

    Keadaan di Malaysia tidak banyak berbeza dengan negara lain kerana hampir 47 peratus lelaki di negara ini merokok, manakala jumlah perokok wanita kini mencecah tiga peratus — semuanya berisiko tinggi mengalami COPD.

    Dianggarkan antara 80 hingga 90 peratus kes COPD berpunca daripada amalan merokok selama 20 tahun. Sekali imbas, tempoh ini nampak sangat panjang dan jauh daripada jangkauan. Cuba ingat kembali bila anda mula merokok dan berapa lama tempohnya hingga hari ini. Jika anda mula merokok ketika berumur 20 tahun dan kini mencecah 40 tahun, tidakkah anda sebenarnya hampir masuk ke pintu COPD?

    Kata Dr Srinivas, masih ramai perokok tidak menyedari masalah ini. Bahkan, kurang kesedaran dan pengetahuan menyebabkan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan masih rendah, walaupun gejala penyakit sudah lama timbul.

    “Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan berhenti merokok. Kajian menunjukkan hampir 41 peratus warga emas yang tinggal di rumah orang tua mengalami masalah COPD dan sebanyak 30 peratus pesakit berumur 65 tahun ke atas menunjukkan tanda positif apabila berhenti merokok.

    “Ramai tidak sedar COPD boleh menyebabkan seseorang perokok mengalami pelbagai masalah, termasuk hilang keupayaan dan tidak boleh bergerak apabila tua,” katanya ketika Persidangan Geriatrik Asia Pasifik: Masalah Lazim di Kalangan Warga Tua anjuran bersama Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kementerian Kesihatan, Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM) dan Hospital Kuala Lumpur.

    COPD dan masalah kesihatan

    Secara umumnya COPD disebabkan tabiat merokok. Lebih awal seseorang itu memulakan tabiat merokok dan lebih lama tempoh merokok, risiko mengalami COPD lebih tinggi.

    Antara gejala utama COPD ialah batuk teruk, berkahak, bunyi nafas kasar (berdehit) dan sesak nafas. Jika anda mengalami tanda ini, Dr Srinivas menasihatkan segera mendapatkan rawatan atau setidak-tidaknya berusaha berhenti merokok kerana ia cara terbaik untuk merawat COPD.

    Malah, pesakit COPD juga kerap mengalami masalah kesihatan lain seperti selesema dan diserang virus influenza kerana asap rokok juga boleh melemahkan daya ketahanan badan.

    Walaupun tidak boleh seperti sedia kala, menghentikan amalan merokok dapat mengembalikan kesihatan paru-paru. Tiada had umur tertentu untuk berhenti merokok. Lebih awal anda berhenti, kesannya lebih baik kepada kesihatan.

    “Sasaran utama rawatan COPD ialah menghentikan gejala, memperbaiki kualiti kehidupan pesakit, mengelakkan perkembangan penyakit dan merendahkan kadar kematian akibat rokok. Syarat utama dalam rawatan ini ialah berhenti merokok. Berhenti merokok dengan mendadak memberikan kesan lebih baik berbanding secara perlahan-lahan.

    “Tidak kira berapa lama anda merokok, paru-paru akan menunjukkan kesan positif apabila anda berhenti merokok. Jika anda bercadang berhenti merokok, segera dapatkan bantuan pakar. Mereka boleh mencadangkan beberapa kaedah, termasuk terapi penggantian nikotin, kaunseling psikologi dan galakan daripada kumpulan sokongan,” katanya.

    Beliau berkata, diagnosis awal dan pengurusan rawatan yang aktif sangat penting untuk mengurangkan kadar morbiditi dan kematian. Malah, ia juga dapat mengatasi masalah emosi kerana kajian menunjukkan 68 peratus pesakit COPD turut mengalami kemurungan.

    Antara rawatan yang boleh diberi kepada pesakit COPD tua ialah penggunaan ubat ß-2 agonist (untuk mengurangkan bakteria dalam saluran pernafasan), theophyllines (bagi individu yang ada masalah pernafasan pada waktu malam), anticholinergics dan ubat terbaru, tiotropium.

    Lebih malang jika tabiat ini membuatkan anda terpaksa menjalani terapi oksigen yang biasanya diberikan kepada pesakit apabila mengalami kesukaran bernafas.

    Jadi, sebelum anda terpaksa bergantung hidup kepada tabung oksigen, lebih baik jika anda memulakan usaha berhenti merokok hari ini juga

    zaitihamdan

    • *
    • Posts: 559
    • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
      • View Profile
    Reply #4 04 June, 2007, 02:58:57 PM
  • Publish
  • khas buat mereka yg nak quit smoking

    ko tau tak berapa banyak kerajaan habis kan duit utk program kesedaran utk tidak merokok? meh aku bagitau ko:

    RM17 juta utk kempen "Tak Nak Merokok"
    RM5.67 juta -- billboard di bandar2
    RM3 juta -- billboard di kawasan kampung2
    RM3 juta -- televisyen
    RM2.5 juta -- media cetak
    RM700,000 -- radio
    RM250,000 -- majalah
    RM200,000 -- pawagam
    RM1.68 juta -- bahan-bahan penerbitan dan kos operasi


    ``wah wah mana ko dapat semua ni?"

    aku amik dari sumber Bernama.

    ko tau tak bernama tu ape? kompem tak tau. kalau aku tanya what does BERNAMA stand for? mesti meleleh air kepala. eh silap... air peluh. iyer, aku tau yg ko tak tau. meh la aku nak bagitau.... [BER]ita [NA]sional [MA]laysia

    aku rasa nanti nak buat surat, kasi kat menteri kesihatan malaysia... ha ko tau tak nama dia? kekeke mesti tak tau. nama dia ialah Y.B. Datuk Dr. Chua Soi Lek. kalau ko tak tau nama2 menteri, TAK PAYAH la berbicara pasal politik.

    eh, melalut pulak..kita teruskan topik kita iaitu bagaimana mahu mengurangkan jumlah perokok di malaysia khasnya dan diseluruh dunia amnya. senang je caranya iaitu :

    (1) hentikan semua usaha yg tidak mendatangkan hasil seperti iklan kat tv ``saya tak nak merokok," pastu label kat kotak rokok ``bahaya kesihatan," etc etc. sebab ape membazir? ye la.. nak bayar pelakon iklan tu, nak itu ini, bla bla bla. pastu takde hasil. kan membazir tu.

    (2) hentikan kenaikan cukai ke atas rokok. kerana orang boleh beli ``rokok haram" secara underground. murah woo, sebab takde cukai...:senyum: he.. usaha kenaikan cukai ni adalah membazir, sebab takde hasil yg memuaskan.

    (3) kempen di sekolah2, pejabat2, etc. tu semua... buang masa penceramah je. sebab bukan 100% audience yg merokok.

    jadi SEPATUTNYA, tindakan yg patut dibuat ialah:

    (1) buat je iklan ``hisap lah ganja, candu"

    (2) turunkan harga candu dan ganja

    (3) ceramah2 tentang kebaikan candu dan ganja yg boleh menghentikan tabiat merokok

    kelebihan2 hisap ganja dan candu :

    (1) bila dah hisap ganja dan candu, ko tak kan merokok lagi, sebab rokok dah tak sedap utk ko.

    (2) pastu kantoi ngan pihak berkuasa, ko akan dimasukkan ke pusat serenti. senang lah nanti pegawai2 sana nak ``tarbiyah" ko dengan berkawad hari, semayang kat surau...5 waktu sehari semalam, cuci2 jamban, tanam sayur, jual sayur kat pasar tani.

    (3) lepas 4-5 tahun, kalau ko dah baik, ko akan dikeluarkan dari pusat serenti.

    (4) tapi kalau ko tak kantoi pon bagus gak. sebab bila ko dah ketagihan hisap dadah, ko akan cepat kiok. bila dah kiok, tak perlu orang risau pasal ko lagi ehhehe...

    (5) utk pengetahuan ko, dadah itu haram. tapi kalau tak berenti merokok gak lepas hisap candu dan ganja... tak tau la aku :senyum: ha...

    sekian, terima kasih kerana membaca...

    assalamualaikum.
    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    zendaani

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Reply #5 04 June, 2007, 04:22:16 PM
  • Publish
  • kene tutup dari punca nya terus.....

    kalau stok xda terus....

    maka.... rokok xda...

    perokok pun .....

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1193
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #6 04 June, 2007, 10:23:53 PM
  • Publish
  • Kesan buruk akibat hisap rokok keretek

    Oleh Noor Hasani Hashim
    Pusat Racun Negara, USM

    SEJAK akhir-akhir ini kita sering mendengar berita bahagian Pencegahan Kastam dan Eksais Diraja berjaya merampas rokok keretek yang diseludup masuk bagi mengelakkan bayaran cukai jualan.

    Dalam bulan September tahun ini sahaja tiga rampasan besar berjaya dilakukan, melibatkan jumlah rokok keretek bernilai lebih kurang RM2 juta manakala duti eksais pula bernilai hampir setengah juta ringgit.

    Mungkin kerugian yang dialami (akibat rampasan) terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang didapati oleh penyeludup.

    Lebih malang lagi, setiap kali rampasan dilakukan, tiada tangkapan dibuat atau penyeludup dapat melarikan diri.

    Malah di bawah Seksyen 74(c) Akta Eksais 1976 memperuntukan jika disabit kesalahan boleh didenda RM10 ribu dan sekiranya kesalahan kali kedua tertuduh boleh dikenakan denda RM20 ribu jika dibandingkan dengan RM1 juta.

    Kita kurang arif tentang kitaran keretek yang diseludup dan di mana akhirnya.

    Walau apa pun asap daripada pembakarannya tetap berbahaya.

    Faktor yang mengarah kepada penyeludupan ialah permintaan keretek yang bertambah. Selain daripada penduduk tempatan, kehadiran pekerja asing dari Indonesia hampir 1 juta yang majoritinya penagih keretek juga menyebabkan pertambahan permintaan keretek.

    Memandangkan keretek dibawa masuk secara seludup maka ia dijual dengan harga yang murah dan mempunyai pelanggan khas.

    Terdapat dua jenis keretek yang popular di kalangan penagih keretek iaitu bungkusan yang berwarna merah dan hitam.

    Biasanya penagih akan menyebut "warna" sahaja kepada pembekal atau penjual bagi mendapatkan bekalan.

    Keretek atau rokok kretek mengandungi campuran tembakau dan 30 hingga 40% bunga cengkih kering.

    Telah dilapurkan bahawa kandungan tar, nikotina dan karbon monoksida daripada keretek lebih tinggi daripada rokok biasa.

    Secara purata bagi setiap batang keretek menghasilkan 34 hingga 65 mg tar, 1.9 hingga 2.6 mg nikotina dan 18 hingga 28 mg karbon monoksida.

    Analisis

    Hasil analisis menggunakan gas kromatografi spektrometri massa ke atas asap keretek menunjukkan penemuan lima sebatian kimia yang tiada pada asap rokok biasa.

    Sebatian kimia tersebut ialah eugenol, acetyl eugenol, B-caryophyllene, x-humulene dan caryophllene epoksida.

    Bunga cengkih mengandungi 15% berat/isipadu minyak di mana 82-87% daripada kandungan minyak tersebut ialah eugenol (4-allyl-2-methoxyphenol atau 2-methoxy-4-(2-propenyl) phenol).

    Kandungan ini setara dengan 120 - 130 mg eugenol bagi setiap 1 gram bunga cengkih kering.

    Purata kandungan eugenol bagi sebatang keretek ialah 13 mg dan dianggarkan sebanyak 7 mg eugenol disedut ketika merokok.

    Selain digunakan dalam keretek, eugenol digunakan dengan meluas dalam produk pergigian, bahan perisa dalam makanan dan ubat-ubatan.

    Eugenol ialah sejenis minyak esential ruap, boleh menyebabkan kerosakan tisu secara langsung, dermatitis dan tindak balas alahan.

    Walaupun ujian terhadap haiwan tidak menunjukkan kesan mutagenik akan tetapi sesetengah metabolit eugenol adalah mutagenik.

    Telah dilapurkan juga penagih-penagih keretek mempunyai risiko yang paling tinggi mengalami pembengkakkan paru-paru.

    Kajian menunjukkan eugenol dan terbitannya memberi kesan toksik kepada sistem saraf pusat.

    Penagih keretek di kalangan remaja dilapurkan mendapat kesan khayal ringan apabila menghisap keretek.

    Menyedut asap keretek "dalam-dalam' akan meningkatkan kepekatan asap dan ini bersesuaian dengan hubungan kepekatan tinggi eugenol yang diserap akan memberikan kesan tersebut.

    Paras kepekatan nikotina yang tinggi juga memberi kesan khayal.

    Selain dari mendapat bahaya keracunan akibat daripada pembakaran bunga cengkih, penagih keretek juga akan mendapat risiko akibat pembakaran tembakau.

    Kemusnahan sel-sel pada paru-paru akan mengurangkan keupayaan paru-paru membawa masuk oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.

    Saluran pernafasan menjadi sempit dan radang.

    Pembentukan kahak dan lendir meningkat.

    Sel-sel pernafasan tersumbat oleh tar dan bahan racun lain dan akhirnya mendapat barah paru-paru.

    Kerosakan yang dialami bukan pada paru-paru sahaja malah keseluruhan organ-organ badan yang lain antaranya mulut, kerongkong, pundi-pundi kencing, buah pinggang, pankreas, jantung sistem pernafasan, sistem pembiakan, kerencatan pembesaran dan kurang berat sewaktu lahir.

    Adalah agak malang bagi penagih rokok dan keretek kerana tidak mahu membuang tabiat yang buruk ini.

    Pergantungan

    Memandangkan kesan buruk akibat menjadin penagih nikotina timbul dalam jangka masa yang panjang dan berlaku secara perlahan-lahan, penagih rokok masih tidak mahu mengakui bahawa kesan buruk yang dialami akibat menghisap rokok bukanlah berpunca dari tabiat merokok.

    Tiada satu kebaikan pun diperolehi daripada merokok.

    Kita sering mendengar penagih nikotina mengalami batuk dan sakit tekak serta demam selesema.

    Penagih tahu akan punca penyakit tersebut dan terus berhenti dari merokok.

    Setelah beberapa hari penyakitnya pulih ia akan kembali menjadi nikotin dan merokok semula.

    Puncanya ialah pergantungan kepada nikotina.

    Mereka ini sudah menjadi penagih yang kronik, malah pergantungan secara fizikal ini mat sukar untuk dihentikan.

    Hanya semangat dan keazaman yang cekal sahaja dapat menyelamatkan penagih-penagih tersebut.

    Harga rokok yang mempunyai berbagai racun itu mencecah RM40 bagi setiap 20 kotak.

    Penagih nikotin kronik akan menghisap paling kurang 40 batang rokok sehari, malah tinjauan terhadap sekumpulan nelayan menunjukkan mereka menghisap rokok melebihi 3 kotak sehari.

    Bayangkan dengan purata lebih kurang RM10 dibelanjakan setiap hari, RM300 sebulan dan RM3,600 setahun dan RM72,000 bagi tempoh 20 tahun.

    Sekiranya satu keluarge nelayan tersebut mempunyai lebih daripada seorang penagih rokok maka perbelanjaan untuk meracunkan keluarga pasti bertambah.

    Amat malang sekali apabila kajian menunjukkan 71% remaja dan ini tidak termasuk orang-orang dewasa dan warga tua yang menjadi penagih rokok.

    Selain daripada asap kenderaan dan kilang-kilang, asap yang paling menghampiri manusia ialah asap daripada penagih rokok.

    Sekiranya 71% menjadi penagih rokok yang tinggal hanya 29% lagi.

    Mereka ini tidak akan selamat walaupun tidak menjadi penagih, asap dari penagih 71% rakan mereka akan menenggelami mereka dan akhirnya tidak seorang pun yang selamat.

    Tidak ada apa yang menguntungkan dan tidak ada kebaikan apabila menjadi penagih rokok.

    Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk membuang tabiat buruk ini dan kehidupan akan menjadi lebih selesa tanpa rokok

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1193
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #7 04 June, 2007, 11:28:03 PM
  • Publish

  • ASAP ROKOK...kesan lebih dalam kepada PENGHIDU ASAP rokok tue..

    yang di persekitaran lebih berisiko daripda si perokok tue..

    sebb ada..sebb ketika si perokok menghisap rokok..setiap sedutan dari rokok tue..di tapis di batang rokok tue..yang kale kuning tue...

    tapi yang menghidu asapnyer..lebih teruk

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2886
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #8 06 June, 2007, 05:04:41 PM
  • Publish
  • ermm merokok..ada jugak yg kata perokok ni nampak macho..skang ni makin hampeh...pompuan pun dah berlagak isap rokok...aii dunia akhir zaman..pompuan berlagak nak jadi lelaki...konon nak setaraf la tuh..aper laki wat pompuan pun leh...hancusss....
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #9 06 June, 2007, 05:29:58 PM
  • Publish
  • ermm merokok..ada jugak yg kata perokok ni nampak macho..skang ni makin hampeh...pompuan pun dah berlagak isap rokok...aii dunia akhir zaman..pompuan berlagak nak jadi lelaki...konon nak setaraf la tuh..aper laki wat pompuan pun leh...hancusss....

    takpe nanti ustaz ibnu balik..
    tarbiah bebudak kat malaysia...
    « Last Edit: 06 June, 2007, 09:32:18 PM by NurWahidaFauzi »
    TuhAN cInTa aGuNg..

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2886
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #10 06 June, 2007, 05:41:40 PM
  • Publish
  • pak kanjeng dah ada kat msia tuh..pak kanjeng start dulu..nanti teman balik teman follow..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #11 06 June, 2007, 05:44:58 PM
  • Publish
  • pak kanjeng dah ada kat msia tuh..pak kanjeng start dulu..nanti teman balik teman follow..

    pak kanjeng dah buat dah..
    jemaah pak kanjeng..
    baik lelaki ataupun pempuan tak isap rokok...
    dan jemaah pak kanjeng juga...
    sering ditarbiah oleh ..
    tok guru kami...

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2886
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #12 06 June, 2007, 07:53:43 PM
  • Publish
  •  :D pak kanjeng..kalo jemaah dah ok..leh laa bermula utk masyarakat luar lak...

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Reply #13 06 June, 2007, 10:14:33 PM
  • Publish
  • nak tanya nie...ade ke perokok kat sini?

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #14 06 June, 2007, 10:49:36 PM
  • Publish
  • ..ahak...ade kee...?
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    anplatma

    • *
    • Posts: 49
    • Ikut berjuang: harus kuat, tangguh, dan cerdas
      • View Profile
    Reply #15 06 June, 2007, 11:23:06 PM
  • Publish
  • Kalau kita mau bersyukur kepada Allah atas nikmat udara yang diberikan NYa...
    Ujian adalah Tarbiyyah dari Allah

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 693
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Reply #16 07 June, 2007, 12:48:49 AM
  • Publish
  • Tak ramai perokok berani mengaku dia merokok.
    Sekarang ni memang tak kira lelaki dan perempuan. betul tu.
    masih sekolah lagi da pandai merokok.
    Zaman sekolah dulu tau da.
    Tandas sekolah jadi sarang perokok.
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #17 07 June, 2007, 08:38:55 AM
  • Publish

  • Hukum Merokok

     
    Pendahuluan 
     
              Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam kepada pesuruhNya ( Nabi Muhammad S.A.W ),ahli keluarganya, sahabat-sahabat juga orang-orang yang mengikut jejak langkahnya.

              Sesungguhnya telah muncul pokok ini yang dikenali dengan nama "  والتتن       " التمباك "  والتبغ والدخان "   di akhir kurun ke sepuluh hijrah. Oleh kerana pokok ini digunakan secara meluas di kalangan orang ramai, maka ianya telah memaksa alim ulama di zaman itu membahas dan mengkajinya untuk memberi penjelasan hukum dari segi syarak.

              Memandangkan masalah ini adalah masalah baru,  tidak ada hukum yang di keluarkan oleh Fuqaha, Mujtahidin yang lalu serta ulama-ulama selepas mereka dari kalangan Ahli Takhrij dan Tarjih dalam mazhab berkenaan perkara ini. Mereka juga tidak mendapat gambaran yang jelas tentang hakikat dan implikasinya berdasarkan kajian ilmiah yang betul,maka  berlakulah perbedaan pendapat yang ketara di kalangan ulama pada waktu itu. Ada di kalangan mereka yang memfatwakan haram, ada yang memfatwakan makruh,ada yang mengatakannya harus dan ada yang mengambil sikap berdiam diri tanpa membincangkannya. Fenomena ini juga berlaku kepada ke empat-empat mazhab ahli sunnah waljamaah.

              Justeru itu kita tidak boleh menisbahkan kepada mana-mana mazhab, pendapat atau fatwa yang nengatakan merokok itu harus,atau haram atau makruh.

              Nyata kepada saya bahawasanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mazhab-mazhab,  ketika permulaan  munculnya rokok,  penggunaannya begitu meluas dan berlaku perbezaan mereka dalam mengeluarkan hukum tentangnya,bukanlah perbezaan dari segi dalil-dalil, bahkan perbezaan berlaku dalam menentukan `ilat (مناط ) yang ada pada rokok.

              Ada di kalangan mereka yang mendakwa terdapat beberapa manfaat atau faedah pada merokok. Ada juga ulamak yang mendakwa terdapat mudarat dan manfaat yang sama berat pada rokok. Terdapat juga ulamak  yang tidak menyabitkan apa-apa faedah pada rokok tetapi menafikan terdapat mudarat pada rokok. Ini bermakna sekiranya mereka dapat memastikan ada mudarat pada perkara ini, pasti mereka mengharamkannya tanpa wujud perdebatan.

              Di sini kami berpendapat untuk menyabitkan ada dan tidak ada implikasi buruk terhadap tubuh badan pada rokok dan benda-benda lain yang ada unsur ketagihan,ianya bukan bidang kuasa ahli feqah,bahkan ianya adalah bidang kuasa ahli perubatan dan penganalisis.

     Merekalah sepatutnya yang dirujuk dalam masalah ini kerana mereka adalah ahli sains dan banyak pengalaman. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :” Tanyalah orang yang tahu tentang perkara itu”, “ Tidak boleh menceritakan kepada engkau seperti mana orang yang alim”.
     
             Secara umumnya para doktor dan penganalisis sebulat suara menjelaskan implikasi buruk merokok ke atas tubuh badan secara umum, dan secara khususnya terhadap paru-paru dan organ pernafasan, seterusnya boleh membawa kepada kanser paru-paru. Inilah faktor yang meyebabkan  masyarakat dunia sejak tahun-tahun kebelakangan ini menyeru agar berhati-hati terhadap aktiviti merokok.

              Sepatutnya di zaman kita ini para ulamak sepakat membuat keputusan ini. Sesungguhnya keputusan ahli feqah dalam masalah ini diasaskan atas pandangan pakar perubatan. Bilamana pakar perubatan menjelaskan bahawa gejala ini (merokok) meninggalkan implikasi buruk kepada kesihatan manusia. Sepatutnya ahli feqah menetapkan hukum haram kepada aktiviti merokok, kerana setiap perkara yang meninggalkan implikasi buruk kepada kesihatan manusia  mesti diharamkan di sisi syarak.
     

    Sebab diharamkan:
     
    Ada sesetengah orang mengatakan “ Bagaimanakah mereka boleh mengharamkan pokok ini tanpa nas ? “
     
    Jawapannya :
             
    Sesungguhnya tidak mesti penggubal undang-undang menaskan setiap satu perkara-perkara yang diharamkan , memadailah mereka menetapkan garis panduan atau kaedah-kaedah yang akan termasuk di bawahnya pecahan-pecahan dan unit-unit. Kaedah-kaedah ini boleh membataskannya. Adapun perkara-perkara yang khusus maka tidak mungkin membataskannya.

              Memadai bagi penggubal undang-undang mengharamkan sesuatu yang jelek dan memudaratkan, supaya termasuk di bawahnya kebanyakan makanan dan minuman lain yang juga mempunyai unsur jelek dan memudaratkan. Kerana inilah ulamak sepakat mengharamkan pokok Hasyisyah ( pokok yang menyebabkan ketagih ) dan pokok lain yang mempunyai unsur ketagihan,walaupun tidak ada nas tertentu yang mengharamkannya secara khusus.

              Imam Abu Muhammad Bin Hazam Azzahiri, kita sedia maklumi dia seorang yang berpegang dengan zahir nas, walaupun begitu beliau tetap mengharamkan sesuatu yang memudaratkan dengan memakannya, kerana berpegang dengan nas-nas yang umum. Beliau mengatakan : “ Setiap sesuatu yang boleh memudaratkan maka ianya adalah haram, berdasarkan sabda nabi S.A.W yang bererti : “ Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan terhadap sesuatu, maka sesiapa memudaratkan dirinya sendiri atau orang lain maka dia telah tidak melakukan ihsan dan sesiapa yang tidak melakukan ihsan, maka dia telah menyalahi ketetapan,iaitu ketetapan Allah mesti melakukan ihsan  terhadap segala sesuatu.”

              Boleh juga menjadikan dalil untuk hukum ini, sabda Nabi S.A.W yang bererti : “ tidak boleh memudaratkan dan tidak boleh dimudaratkan” , begitu juga firman Allah yang bermaksud : “ Janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat mengasihi kamu”.

              Antara ungkapan feqah yang paling baik berhubung pengharaman memakan makanan yang boleh memudaratkan ialah ungkapan Iam Nawawi didalam kitab ‘ Raudah ‘, beliau berkata ;” Setiap sesuatu yang memudaratkan  apabila dimakan seperti kaca, batu, racun maka hukum memakannya adalah haram.

    Setiap sesuatu yang suci yang tidak menimbulkan mudarat memakannya maka hukum memakannya adalah halal kecuali sesuatu yang dianggap jelek seperti mani dan hingus, maka memakannya adalah haram mengikut pendapat yang betul. Harus meminum ubat yang mengandungi sedikit racun yang tidak membahayakan, jika diperlukan.
     
      Mudarat Harta

               Manusia tidak harus membelanjakan hartanya kepada perkara yang tidak berfaedah sama ada di dunia atau akhirat, kerana mereka sebenarnya pemegang amanah ke atas harta yang ditinggalkan kepada mereka. Sebenarnya kesihatan dan harta adalah dua amanah Allah,maka tidak harus manusia memudaratkannya  atau mensia-siakannya. Kerana hakikat inilah,maka Nabi S.A.W melarang sesorang mensia-siakan hartanya.
             
              Perokok membeli kemudaratan dirinya dengan kesucian hartanya, ini tidak harus di sisi syarak. Firman Allah yang bermaksud : “ Janganlah kamu membazir,sesungguhnya  Allah tidak suka kepada orang-orang yang membazir.
     
     Tidak ragu-ragu lagi bahawa menghabiskan harta dengan merokok adalah perbuatan mensia-siakan harta. Maka bagaimana pula jika di samping merosakkan harta ( kerosakan yang diyakini berlaku atau tidak yakin ) wujud juga perbuatan merosakkan badan ?
     
             

    Mudarat Penghambaan
     
              Di sana ada kemudaratan lain yang biasanya tidak disedari oleh penulis-penulis mengenainya, iaitulah kejiwaan, saya maksudkan dengan mudarat jiwa ialah kebiasaan merokok dan seumpamanya akan memperhambakan jiwa manusia dan seterusnya kebiasaan yang hina ini akan menjadikan jiwa manusia sebagai mangsanya.

    Manusia tidak mampu meloloskan diri daripadanya dengan mudah apabila mereka ingin melakukannya pada sesuatu ketika kerana sebab-sebab tertentu,seperti kemunculan bahaya pada badannya, menampakkan kesan yang negatif dalam pendidikan anaknya ataupun kerana keperluannya yang mendesak untuk membelanjakan harta pada benda lain yang lebih berguna dan sepatutnya ataupun untuk sebab-sebab lain.

              Melihatkan kepada mudarat penghambaan jiwa ini , kami mendapati sesetengah perokok sanggup menganiayai makan minum anak-anaknya dan perbelanjaan asas keluarganya, kerana ingin memuaskan tabiatnya ini, kerana dia sememangnya sudah tidak boleh dianggap orang yang mampu membebaskan diri daripadanya.

    Di suatu hari nanti apabila perokok telah menjadi lemah seumpama ini, kehidupannya pasti goyah, pertimbangannya jadi tidak seimbang, keadaannya hina, pemikirannya bercelaru dan emosinya mudah tertekan kerana satu-satu sebab atau tanpa sebarang sebab. Tidak ragu-ragu lagi kemudaratan seumpama ini patut diambil kira dalam mengeluarkan hukum merokok.
     
     
              Merokok diharamkan disisi syarak :

             
              Di zaman kita ini tidak ada pendapat yang boleh menghalalkan merokok dalam apa bentuk sekalipun, selepas Persatuan Sains Perubatan membicarakan panjang lebar implikasi buruk merokok serta kesannya yang negatif, golongan  elit dan orang awam juga mengetahui keburukan merokok dan dikuatkan lagi oleh perangkaan.

              Apabila telah gugur pendapat bahawa merokok harus secara mutlak, maka yang ada hanyalah pendapat makruh dan haram.

    Sesungguhnya telah jelas kepada kita melalui perbincangan  lalu bahawa hujjah haram merokok lebih kemas dan mantap. Inilah pendapat kita . Perbincangan lalu juga dijadikan garis panduan bagi memastikan terdapat mudarat pada tubuh badan, mudarat pada harta, dan mudarat pada jiwa dengan sebab merokok berterusan. Sesungguhnya setiap perkara yang boleh menjejaskan kesihatan manusia ianya mesti diharamkan disisi syarak.

              Allah Taala berfirman dan maksudnya : “ Dan janganlah kamu campakkan diri-diri kamu ke kancah kebinasaan”, “ Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu,sesungguhnya Allah amat mengasihi kamu”  ,   “ Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak suka  kepada  orang-orang yang membazir”.  “ Dan janganlah kamu   melakukan pembaziran,sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara syaitan.”  Di sana ada kemudaratan tubuh badan dan di sana juga ada kemudaratan harta benda, maka menggunakan sesuatu yang memudaratkan manusia adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah yang bermaksud :  “ Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu “. Kerana fakta inilah wajib kita berfatwa, merokok adalah haram di zaman kita ini.

              Hakikat yang tidak boleh diragukan lagi bahawa kalangan doktor sepakat mengatakan terdapat kesan yang sangat buruk dalam aktiviti merokok.  Benar kesan buruknya tidak segera tapi beransur-ansur. Namun kesan mudarat segera dan  beransur-ansur adalah sama saja dari segi haramnya. Racun yang memberi kesan lambat atau segera sama saja, kedua-duanya diharamkan.
     

              Manusia tidak harus memudaratkan atau membunuh dirinya dan mereka juga tidak boleh memudaratkan orang lain. Berkenaaan ini Nabi S.A.W bersabda : “ Tidak memudaratkan dan tidak boleh dimudaratkan “ , iaitu engkau tidak boleh memudaratkan diri engkau dan orang lain.

              Merokok meninggalkan implikasi yang sangat buruk kepada diri manusia mengikut kesepakatan doktor sedunia, lantaran ini kerajaan-kerajaan sedunia mewajibkan syarikat yang mengiklan rokok menyebut “ Merokok Membahayakan Kesihatan”, selepas mereka yakin merokok memudaratkan semua orang. Justeru itu golongan fuqaha  tidak boleh berselisih pendapat tentang mengharamkan merokok.

              Lima unsur asasi yang disebut oleh ahli-ahli usul dan orang yang mendalam dalam bidang agama, serta mewajibkan supaya bersungguh-sungguh dijaga dan tidak boleh dimudaratkannya, ialah Agama,  Jiwa, Akal, Keturunan dan Harta Benda.

    Maka kesan merokok terhadap agama : ada di kalangan orang ramai tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan lantaran tidak dapat menahan diri dari merokok.
     Keturunan turut menerima kesan buruk dari merokok, samada perokok itu salah seorang dari ibu, bapa atau kedua-duanya.

    Bahkan janin akan menerima kesan buruk ekoran ibu  yang merokok. Ini bermakna  perokok tidak memudaratkan dirinya sahaja bahkan ianya turut memudaratkan orang lain. Di sini ada yang dinamakan merokok secara terpaksa ataupun merokok dengan paksaan. Ini boleh berlaku melalui orang lain yang merokok tanpa rasa malu, sedangkan dia tidak merokok,  dia hanya menyedut asap rokok secara tidak langsung ketika dia duduk berhampiran perokok atau berada di persekitaran yang ada aktiviti merokok.

              Maka anda wahai perokok, secara tidak langsung anda telah memudaratkan diri anda sendiri dan juga orang lain. Maka kerana kemudaratan ini dan kemudaratan yang lain merokok mesti diharamkan dan ulamak mesti sepakat mengharamkannya. Sesungguhnya ada sesetengah ulamak meletakkan sebagai paksi sebilangan besar hukum merokok di atas kemampuan kebendaan sahaja. Maka haram merokok bila mana perokok berada dalam kesempitan duit untuk merokok dan makruh bagi orang yang mampu membeli rokok. Ini adalah pendapat yang tidak betul dan tidak mantap.

              Para ulamak dan doktor sedunia sepakat, menjadikan faktor mudarat tubuh badan dan mudarat jiwa sebagai satu faktor besar dalam menentukan hukum merokok, disamping mudarat harta. Sesungguhnya orang kaya tidak berhak membelanjakan dan menghabiskan hartanya dengan sewenang-wenangnya,kerana  hartanya itu  sebenarnya milik Allah dan masyarakat.

              Orang Islam yang rasional sepatutnya menjauhkan diri dari penyakit yang merosakkan ini, kerana rokok telah diyakini mempunyai unsur-unsur yang jelek,ianya tidak tergolong dalam makanan yang berkualiti lantaran tiada faedah samada untuk dunia  dan akhirat.

              Nasihat saya kepada pemuda-pemuda  secara khusus, supaya mereka mengelak diri dari terjebak dengan penyakit yang boleh merosakkan kesihatan mereka, melemahkan kekuatan dan kesuburan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi mangsa kekeliruan yang dibayangkan kepada mereka, bahawa merokok adalah tanda kelelakian dan tanda  peribadi merdeka.
             
    Mana-mana individu dari kalangan pemuda yang terlibat dengan aktiviti merokok, mampu melepaskan diri daripadanya dan mengalahkannya  (kerana beliau masih diperingkat awal ) sebelum penyakit ini bertapak kukuh dan mengalahkannya jika tidak nanti sukar baginya melepaskan diri dari cengkamannya kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah.

              Menjadi tanggungjawab media massa memfokuskan kempen yang teratur dengan berbagai cara  untuk menjelaskan keburukan merokok. Tanggungjawab penyusun skrip, pengeluar dan penerbit filem, teater dan drama bersiri pula ialah mengekang propoganda ke arah merokok dengan mempamerkan rokok dalam gambaran yang sesuai dan tidak sesuai pada setiap keadaan.

              Tanggungjawab kerajaan pula ialah berganding bahu membasmi penyakit ini dan membebaskan rakyat dari bahananya walaupun kerajaan mengalami kerugian cukai berjuta-juta, namun kesihatan rakyat  dan anak bangsa dari segi jasmani dan spiritual lebih penting dan berharga dari wang ringgit. Sebenarnya kerajaan menanggung kerugian dari segi kebendaan ketika mana kerajaan mengizinkan merokok.

     Ini adalah kerana kos yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menjaga pesakit yang menghidap pelbagai penyakit dan ancaman ekoran aktiviti merokok berlipat kali ganda melebihi hasil kutipan cukai yang dikenakan ke atas tembakau, kalau dibandingkan kerugian ekoran kekurangan produktiviti negara dengan sebab ramai perokok tidak dapat menjalankan tugas lantaran menderita pelbagai penyakit.

              Kami memohon ke hadrat Allah Taala agar menyinari hati-hati kami memberi kefahaman yang mendalam kepada kami tentang agama kami,mengajar apa yang boleh memberi faedah kepada kami,memberi faedah dengan sesuatu yang kami telah tahu, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi hampir dengan hamba-hambaNya. Selamat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W,ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
     
    WALLAHU  A`LAM



    `..::Akhuya::..~

    « Last Edit: 26 April, 2009, 02:42:52 PM by Munaliza Ismail »

    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Reply #18 07 June, 2007, 09:00:44 AM
  • Publish
  • ana sokong... ???  masyarakat pula perlu ambil faham ttg isu ini..
    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #19 07 June, 2007, 09:31:45 AM
  • Publish
  • :D pak kanjeng..kalo jemaah dah ok..leh laa bermula utk masyarakat luar lak...

    kami alhamdulillah...
    sekarang nie sedang berjuang untuk jemaah luar...
    cuma mereka boleh atau tidak terima terpulanglah...
    tetapi bagi kami yang berada dalam..
    jemaah kami...teramat syukur kapada allah...'
    kerana dengan izinnya mendapat guru..
    yang benar benar menzahirkan..
    kebenaran,,.....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    39 Replies
    5083 Views
    Last post 24 June, 2013, 05:17:39 PM
    by faa zahra
    0 Replies
    656 Views
    Last post 10 May, 2010, 01:03:11 AM
    by meja
    18 Replies
    3181 Views
    Last post 24 October, 2010, 10:58:01 AM
    by mukminwannabe