AIR KOSONG PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT

*

Author Topic: AIR KOSONG PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT  (Read 3282 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

peluru

  • *
  • Posts: 369
  • Mujahidin
    • View Profile
24 May, 2009, 12:41:48 AM
  • Publish
  • Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

    Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

    Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

    Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

    • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
    • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
    • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
    • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
    minum untuk tempoh dua jam.
    • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
    permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
    berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
    • Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

    1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
    2. Gastrik - 10 hari
    3. Diabetes – 30 hari
    4. Sembelit – 10 hari
    5. Kanser – 180 hari
    6. Tibi – 90 hari.

    Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

    sumber:http://www.kpwkm.gov.my/
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Reply #1 24 May, 2009, 11:46:41 AM
  • Publish
  • AIR - MAKHLUK  YANG HIDUP

           “ Pada air ada semua kepentingan, semua kebajikan dan semua kebaikan, bagi mereka
     yang mendapat manfaatnya beruntunglah dia sebab dia tidak sekadar meminum air,
      tapi bagi yang tidak melihatnya maka rugilah dia kerana dia hanya benar-benar minum air.”

       Dahulu, menjadi kebiasaan orang meletakkan air ditengah-tengah bulatan ketika

     membaca al-Quran, terutamanya Surah Yasin pada malam Jumaat.
    Kemudian air itu diminum beramai-ramai sambil masing-masing berdoa.
       Kini, ketika para pelajar akan menduduki peperiksaan besar, barulah  majlis-majlis seumpama itu
    diadakan semula.
    Selebihnya air hanya untuk menghilangkan dahaga, mandi, membasuh dan kegunaan-
    kegunaan harian yang lain.
       Suatu masa dahulu, terdapat sebuah syarikat pengedaran air suling yang memottokan
    “air hidup” ketika memasarkan produknya. Air ini dikatakan telah melalui proses pengionan,
    maka ia lebih berkesan untuk mengekalkan kesihatan mahupun penyembuhan dalam tubuh manusia.
       Pada ketika itu, keyakinan orang ramai terhadap produk berkenaan tidak ke mana.
     Sesetengah orang menyatakan air semuanya sama. Tetapi jika sama, mengapa agama Islam
    melarang meminum air yang terjemur dibawah panas terik  matahari dan yang tersimpan
     dalam bekas berkarat? Mengapa air zamzam menjadi begitu mulia? Mengapa para pengamal
    perubatan tradisional menjadikan ia salah satu bahan pengubatan yang utama? Mengapa air mineral
    sekarang ini diyakini sebagai lebih baik daripada air suling biasa? Bagi menjawab segala persoalan
    tersebut ingin saya berkongsi cerita menarik ini.    
       Pada pagi Sabtu (21 September 2002) saya telah berkesempatan menghadiri kuliah Subuh
    yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmood. Beliau telah menceritakan bahawa dia telah
     berkesempatan menghadiri satu seminar di Hotel Istana yang disampaikan oleh seorang Profesor
     dari Jepun yang pakar tentang air.Profesor tersebut telah menunjukkan hasil-hasil kajian yang telah
     dijalankannya  keatas sample-sample air daripada  pelbagai sumber. Antaranya  dari sungai, laut, perigi,
     hujan dan merata-rata tempat. Dikaji molekul-molekul air itu dan dengan menggunakan mikroskop
    serta projector maka dipancarkan keputusannya di skrin putih.
    Maka  keluarlah bermacam-macam rupa bentuk susunan molekul air-air  itu.
       Ada yang menakutkan dan ada yang mengerunkan. Apabila diambil air zamzam, maka keluarlah
    cahaya yang bersinar dengan susunan molekul yang tersusun lagi cantik.
       Kemudian disuruh pula dibacakan ayat-ayat suci dan zikir-zikir pada air biasa. Apabila diuji, air
     tersebut juga bercahaya. Untuk menguatkan lagi bukti maka diambil air biasa dan dimaki hamun dengan perkataan yang hodoh, hasilnya  gambaran yang menakutkan.
       Subhanallah........
       Air kosong yang kita minum dan guna setiap hari pun tahu betapa agungnya ayat-ayat Allah.
    Bagaimana kita yang setiap saat dan detik ini menghirup dan menikmati rahmat Allah.
     Tidak terfikirkah kita?...
       Semoga Profesor Jepun tersebut mendapat hidayat dan memeluk Islam. Dalam seminar itu
    hanya segelintir sahaja orang Islam yang hadir.
       Peristiwa ini cukup memotivasikan, cukup merangsangkan pemikiran kita tentang kejadian
    kejadian lain di sekitar kita. Kita pernah diberitahu, pokok-pokok turut berzikir, burung di udara
    dan ikan di laut juga berzikir kepada Allah. Sukar bagi kita hendak menerimanya tanpa bukti sebab
     kita hanya lihat burung begitu saja, ikan begitu  juga.
       Dengan penemuan terbaru ini apakah anggapan kita MASIH SAMA?

    -Dr HMTI
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #2 24 May, 2009, 11:58:58 AM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum.

    Minum air 8-10 gelas untuk mengelakkan dari kena masalah berkaitan pinggang dan pundi kencing.

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #3 30 June, 2011, 09:46:03 AM
  • Publish
  • alhamdulillah satu info yang sangat berguna, dalam Islam dianjurkan berdoa sebelum makan atau minum kesannya ada pada fizikal dan kerohanian kita.sama-sama kita amalkan

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    18 Replies
    8268 Views
    Last post 11 December, 2013, 12:02:59 AM
    by sekasihsayang
    16 Replies
    13160 Views
    Last post 09 December, 2009, 06:25:11 AM
    by akuime
    0 Replies
    48 Views
    Last post 11 October, 2014, 11:27:21 AM
    by dini