Sultan Muhammad Al-Fateh

Author Topic: Sultan Muhammad Al-Fateh  (Read 12005 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

rabbitah

  • *
  • Posts: 608
    • View Profile
Jawab #20 19 December, 2010, 02:14:50 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    INGATAN:-

    Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.

    Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    RS^

    • *
    • Posts: 157
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Jawab #21 18 June, 2012, 01:58:28 PM
  • Publish Di FB
  • Hilal Asyraf
    "Kejayaan Muhammad Al-Fateh - Hasil Sinergi Para Gergasi."
    http://langitilahi.com/9008

    Saya jarang suruh orang share artikel saya. Biasanya orang share sendiri, sebarkan sendiri. Tetapi untuk artikel ini, saya dengan rendah diri mengajak semua friends dan subscribers saya share seluas-luasnya.

    Semoga apa yang saya tulis ini, bermanfaat buat kita semua.

    Ini bukan berkenaan Al-Fateh semata-mata.
    Ini berkenaan kita juga.


    Pada 17hb Jun 2012, saya mengikuti Seminar 1453 yang dianjurkan oleh OneHeart Creative Solution, dengan kerjasama daripada Ibrah Paradigm Training&Consultancy yang diketuai oleh Abang Syaari Ab Rahman. Antara figure-figure yang hadir adalah yang saya kasihi – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil – dan bekas pengasas kepada Ubat Gigi Mu’min – Dr Amirullah.

    Saya hanya sempat mengikuti majlis itu dari pagi ke tengahari, memandangkan saya punya pelbagai urusan yang lain. Hanya sempat menjamah santapan minda dan rohani yang diberikan oleh Abang Syaari dan Ustaz Hasrizal. Abang Syaari banyak menyentuh perihal sejarah Muhammad Al-Fateh, manakala Ustaz Hasrizal membawa tajuk – Bagaimana Al-Fateh Dibentuk.

    Muhammad Al-Fateh. Pada usianya 21 tahun, dia berjaya menumbangkan Konstantinopel, sekaligus menjadikan apa yang disabdakan Rasulullah SAW pada peperangan Khandak sekitar 800 tahun sebelumnya, menjadi kenyataan.

    “Akan ditawan Kota Konstantinopel itu, yang mana Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Begitulah sabda Rasulullah SAW yang masyhur akan pembukaan Kota Konstantinopel.

    Ramai yang meletakkan kemenangan Muhammad Al-Fateh ke atas dirinya. Namun selepas mengikuti seminar, saya mendapat yang lebih besar daripada itu. Pada saya, sesungguhnya Kota Konstantinopel itu tumbang, kerana sinergi para raksasa sebelumnya.

    800 tahun yang bukan kosong.

    Kota Konstantinopel bukanlah ditawan semata-mata kerana sabda Rasulullah SAW. Bahkan, kala Rasulullah SAW sendiri bersabda akan hal pembukaan Kota Konstantinople, Byzantine yang memimpin kota itu adalah musuh ketat bangsa arab dan Islam.

    Bangsa atau kerajaan gangster yang sering menganggu perkembangan dakwah Islamiyyah, menghantar tentera ke Mu’tah. Bahkan pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, terdapat lebih dari 10 peperangan antaraKerajaan  Islam dan Byzantine, kerana Byzantine tidak tahan dengan perkembangan yang wujud pada Kerajaan Islam.

    Sabda Rasulullah SAW adalah wahyu daripada Allah SWT. Percikan api tatkala baginda memukul batu yang menghalang kerja mengorek Khandak(parit), yang mana setiap percikan api itu menggambarkan peristiwa masa hadapan, itu semua adalah ilmu Allah SWT.

    Allah SWT yang menetapkan bahawa, Kota Konstantinopel, kota terkukuh Byzantine itu mesti ditumbangkan bagi meluaskan lagi agama Allah SWT di muka bumi ini. Agar tiada yang menganggu, angkuh, takabbur dengan agama Allah SWT.

    Memahami akan hal inilah, bermula zaman sahabat Rasulullah SAW – Mu’awiyyah Bin Abi Sufyan – mereka gencar menjalankan usaha pembukaan Kota Konstantinopel. Usaha itu diteruskan oleh Khalifah-khalifah selepas itu, antaranya Sulaiman bin Malik, Harun Ar-Rasyid. Apabila Kerajaan Othmaniyyah mula memerintah Daulah Islamiyyah, mereka juga gencar berusaha untuk menawan Kota Konstantinopel. Sultan seperti Beyazid, Murad II dan lain-lain telah berusaha tanpa henti untuk menawan Kota tersebut, bagi memudahkan urusan penyebaran Islam di atas muka bumi Allah SWT ini.

    800 tahun itu, bukanlah tahun-tahun yang kosong. Diisi dengan pelbagai usaha dan strategi, bagi menegakkan kalimah Allah SWT pada aras yang tertinggi di atas muka bumi ini.

    Ramai yang menyebut bahawa 800 tahun ini, Kerajaan Islam ‘gagal’ menawan Kota Konstantinopel.

    Tetapi saya ingin mengajak kita memandang bahawa – 800 tahun ini, seluruh raksasa-raksasa di dalam sejarah Islam telah berusaha mempermudahkan jalan untuk menawan Kota Konstantinopel, bagi orang yang datang selepas mereka.

    Mereka bersinergi hakikatnya.

     

    Muhammad Al-Fateh, jalan yang telah dipermudahkan.

    Kerajaan Byzantine pada zaman Muhammad Al-Fateh, berbanding Kerajaan Byzantine pada zaman khalifah-khalifah sebelum beliau, adalah jauh lebih kecil. Bantuan-bantuan ketenteraan yang diterima oleh Kerajaan Byzantine pada zaman Muhammad Al-Fateh juga telah merosot.

    Mengapa?

    Kerana walaupun khalifah-khalifah sebelum Muhammad Al-Fateh gagal menawan Kota Konstantinopel, tetapi mereka memandang lebih jauh – bahawa Kota Konstantinopel itu akan ditawan juga satu hari nanti oleh pewaris mereka. Lantas, mereka ini menjalankan tugas sebagai ‘pemudah cara’ buat yang datang selepas mereka.

    Mereka menawan negara-negara dan kepulauan-kepulauan sekeliling Byzantine. Mengecilkan tanah jajahan Byzantine. Melemahkan sekutu-sekutu Byzantine.

    Ya. Jalan Muhammad Al-Fateh telah dipermudahkan.

    Jika kita lihat dan mengkaji bagaimana Muhammad Al-Fateh menawan Kota Konstantinople, kita akan melihat betapa dia menawan Kota itu dengan penuh susah payah. Bayangkan, itu setelah dipermudahkan. Fikirkanlah apa yang dihadapi oleh Khalifah-khalifah sebelumnya.

    Sekiranya khalifah-khalifah ini tidak memahami betapa perjuangan Islam itu tidak semestinya mengecap kemenangan di zaman mereka sendiri, sekiranya mereka tidak memahami bahawa mereka hanyalah satu mata rantai dari mata-mata rantai yang bergabung dalam perjuangan nafas panjang penyebaran Islam ini, maka pastinya selepas gagal menawan Konstantinople, mereka hanya akan pulang dan berehat di Kerajaan masing-masing, sekaligus memustahilkan Al-Fateh untuk membuka Kota tersebut pada 1453.

    Namun mereka memahami bahawa perjuangan Islam adalah perjuangan jama’ie yang merentas zaman. Mereka perlu melakukan sesuatu, agar urusan dakwah pewaris-pewaris mereka akan dipermudahkan. Maka mereka melakukan sesuatu.

    Bukan sekadar berharap perjuangan mereka akan diteruskan.

     

    800 tahun, dan kalaulah Mu’awiyah Tidak Bermula.

    Dari sabda Rasulullah SAW hinggalah kepada pembukaan Kota Konstinople, sekitar 800 tahun lebih. Bayangkan sekiranya Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA tidak memulakan ekspidisi menawan Kota tersebut? Maka 800 tahun akan teranjak lagi lebih ke belakang.

    Bayangkan sekiranya Abu Ayyub Al-Ansori RA, tidak menyuruh dirinya dikuburkan di tempat terdekat dengan Tembok Kota Konstantinople? Maka kemenangan yang akan dicapai 800 tahun selepas itu akan lebih teranjak lagi ke belakang.

    Bayangkan sekiranya Khalifah-khalifah semuanya berdiam diri, dan tidak bergerak. Semuanya merasakan – “Ala, nanti selepas aku ada la yang akan buat tu.” Dan sebagainya. Maka kemenangan akan teranjak lagi ke belakang.

    Tidakkan demikian?

    Maka adalah patut kita di zaman ini memahami bahawa, kita harus menggerakkan, menyambung, perjuangan yang telah digerakkan oleh Rasulullah SAW, Para Sahabat baginda, juga mereka yang menuruti mereka itu. Tidak menanti siapa selepas kita akan melaksanakannya. Kita perlu melaksanakan, dan merasakan bahawa jika perjuangan ini tidak dapat dijayakan pada zaman kita, maka ianya adalah untuk orang-orang yang akan datang pada zaman selepas kita!

    ‘ukhuwwah islamiyyah’ itu merentasi zaman.

    Perjuangannya begitu.

    Kerana kita beriman kepada Tuhan yang tidak pernah mati ditelan masa. Maka iman kita pada setiap zaman adalah serupa, yakni tunduk kepada Yang Maha Esa.

    Maka bagaimana kita boleh merasakan – zaman aku adalah untuk zaman aku, dan zaman selepas aku, biarlah mereka sendiri yang memulakannya. Bahkan kita sepatutnya merasakan – Inilah yang aku boleh buat pada zaman aku, agar Allah SWT mempermudahkan urusan mereka yang datang selepas aku!

     

    Penutup: Ramai Yang Memahami Sinergi Ini. Apakah Kita Turut Serta Memahaminya?

    Kita melihat kepada satu susuk tubuh bernama Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna, yang selepas jatuhnya Daulah Othmaniyyah di Turki pada 1924, telah menubuhkan Pergerakan Ikhwaanul Muslimin pada tahun 1928, bagi mengembalikan sistem Islam agar tertegak di atas muka bumi.

    Beliau kini telah tiada. Meninggal dunia selepas ditembak bertubi-tubi di Mesir sana puluhan tahun yang lampau. Apakah beliau ‘rugi’ kerana mati sebelum perjuangannya berjaya?

    Begitulah anak-anak didik beliau yang berjuang, seperti  Umar Tilmisani, Muhammad Al-Ghazali, Hassan Al-Hudaibi dan lain-lain, semuanya meninggal dunia sebelum apa yang diperjuangkan berjaya. Apakah mereka ini ‘rugi’?

    Tidak. Mereka memang berjuang, bukan kerana mereka mahukan kejayaan itu terhasil segera ketika mereka masih hidup. Mereka berjuang, kerana mereka memahami bahawa jika bukan mereka yang memulakan, maka kemenangan akan teranjak jauh lebih ke belakang. Maka mereka mesti memulakannya, menyambung semula perjuangan Rasulullah SAW, menghidupkan obor perjuangan, menyediakan ‘track’, ‘petunjuk jalan’, agar orang selepas mereka bergerak dengan lebih mudah dan lebih mudah dari mereka yang memulakannya.

    Agar orang selepas mereka meneruskannya.

    Dan pada saat saya menulis artikel ini, selepas sekitar 80 tahun lebih Ikhwaanul Muslimin ditubuhkan, Dr Mursi, calon Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwaanul Muslimin, telah berjaya memenangi kerusi Presiden Mesir, secara tidak rasmi. Jika makar-makar tangan kroni Mubarak berjaya ditahan, maka itulah dia kemenangan yang kita nanti-nantikan selama ini.

    Ya. 80 tahun selepas penubuhannya. Berpuluh tahun selepas Al-Banna meninggal dunia.

    Tetapi bayangkan jika Al-Banna tidak memulakan perjuangan ini.

    Maka apakah hari ini akan ada?

    Inilah yang perlu kita fahami.

    “Sinergi Para Gergasi”

    Maka apa yang kita masih duduk-duduk dan menjalani kehidupan yang sia-sia ini?

    Mari menyambung perjuangan Nabi, untuk generasi masa hadapan selepas kita nanti!

    Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

    http://bro-rs.blogspot.com/

    http://lamanpuisi-rs.blogspot.com/

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    23 Replies
    15828 Views
    Last post 13 June, 2012, 03:04:57 PM
    by faa zahra
    1 Replies
    13613 Views
    Last post 27 June, 2009, 10:43:11 AM
    by Daeng Acan
    64 Replies
    11895 Views
    Last post 30 September, 2010, 12:49:33 PM
    by nuroul