Bidadari Syurga

Author Topic: Bidadari Syurga  (Read 9144 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

uswah teladan

  • *
  • Posts: 235
    • View Profile
01 February, 2009, 06:37:44 PM
  • Publish Di FB


  • Penulis: Munif Ahmad
    Terbitan: Hijjaz Records Publishing
    Edaran: Marketing Dept. HRSB
    Tarikh dipasarkan: Januari 2009
    Harga Semenanjung: RM25.90
    Harga Sabah/Sarawak: RM27.90

    Alu-aluan Penulis

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad saw. Nabi yang telah membawa seluruh umatnya ke jalan keredhaan dan keselamatan. Dia juga merupakan sebaik-baik manusia yang diutuskan Allah di muka bumi ini sebagai ikutan seluruh umat, yang membawa rahmat dan cahaya keberkatan kepada seluruh manusia.

    Melalui penulisan pertama saya ini, saya ingin mengajak anda semua menghayati dan menelurusi liku-liku kehidupan dan pengorbanan wanita-wanita serikandi dahulu yang sanggup berkorban dan mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah swt sehingga tanpa ragu-ragu sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah ini.

    Idea penulisan buku ini tercetus dari tugas dan tanggungjawab sebagai composer lagu-lagu nasyid. Bagi yang sering mengikuti perkembangan saya, pasti anda sedar saya banyak menghasilkan lagu-lagu yang bertemakan penceritaan sejarah srikandi Islam, kehebatan wanita-wanita terdahulu memperjuangkan Islam dan kesanggupan mereka untuk mati kerana Islam. Dari inspirasi sebuah lagu, saya terjemahkannya melalui buku ini supaya sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan inspirasi kepada pejuang-pejuang agama dan dorongan untuk kita sentiasa menjadikan wanita-wanita yang hebat ini sebagai ilham dan sumber kekuatan untuk melayari liku-liku kehidupan yang mencabar lewat ini. Betapa tidak? Mereka yang dikatakan kaum yang lemah, mampu berdiri sebaris dengan pahlawan-pahlawan Islam yang jauh lebih gagah tanpa ada rasa gentar walau sedikit pun. Biarpun perjuangan itu menurut kemampuan mereka masing-masing, namun ganjaran yang dijanjikan Allah swt untuk mereka tetap standing dengan apa yang telah dijanjikanNya untuk para syuhada’.

    Di samping itu saya sertakan juga lirik-lirik lagu sering berkumandang di radio-radio. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Sumayyah? Siapakah Ratu Syahadah? Siapakah Zinirrah? Jadi melalui buku ini, Insyaallah anda akan lebih mengenali para wanita penghuni syurga ini.

    Hasil dari bacaan dan rujukan buku-buku, kitab-kitab sejarah lama dan kisah-kisah dari Al-Quran maka mana yang dirasakan sesuai dan menepati kehendak penceritaan maka saya himpunkan. Mudah-mudahan ada kebaikan untuk umat Islam seluruhnya dan untuk diri saya serta keluarga.

    Untuk mendapatkan keberkatan di atas usaha-usaha ini sama-samalah kita mengirimkan Surah Al-Fatihah buat srikandi-srikandi ini. Moga-moga kita akan mendapat kekuatan dan kehebatan seperti mereka... Al-Fatihah.

    Akhir kalam, apa yang benar datangnya dari Allah swt dan yang tidak benar datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Wassalam.

    Hamba yang daif
    Munif ahmad @ Putra Aiman
    Munifhijjaz@yahoo.com

    Boleh pesan terus dari Hijjaz Records:
    http://lamanpenerbithrp.blogspot.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 17 May, 2009, 12:48:02 PM
  • Publish Di FB
  • SIAPAKAH ZINNIRAH YANG MENJADI BIDADARI SYURGA

    Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalamkeadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome ,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang.

    Sejak itudia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.

    Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

    Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan.

    Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

    “Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkanZinnirah di situ.

    Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 17 May, 2009, 12:51:37 PM
  • Publish Di FB
  • [box title= Sumayyah binti Khayyat Radhiallaahu ‘anha]
    Dialah Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughiroh. Beliau dinikahi oleh Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekkah sehingga tidak ada kabilah yang dapat membela, menolak dan mencegah kezaliman atas dirinya, karena dia hidup sebatang kara. Posisinya menjadi sulit dibawah naungan aturan yang berlaku pada masa Jahiliyah.

    Begitulah Yasir mendapatkan dirinya menyerahkan perlindungannya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Huzaifah. Dia akhirnya dinikahkan dengan budak wanita bernama Sumayyah, tokoh yang kita bicarakan ini. Beliau hidup bersamanya dalam suasana yang tenteram. Tidak berselang lama dari pernikahan tersebut, merekapun dikaruniai dua orang anak, yaitu ‘Ammar dan Ubaidullah

    Tatkala ‘Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam kepada beliau. Maka berfikirlah ‘Ammar bin Yasir sebagaimana yang difikirkan oleh penduduk Mekkah, sehingga kesungguhan beliau di dalam berfikir dan lurusnya fitrah beliau, menggiringnya untuk memeluk Dienul Islam.

    ‘Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lezatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya.

    Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh berkah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.

    Dari sinilah dimulai sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam dan sejak fajar terbit untuk pertama kalinya.

    Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, karena ‘Ammar dan keluarganya tidak memungkiri bahwa mereka telah masuk Islam bahkan mengumumkan keislamannya dengan kuat sehingga orang-orang kafir menyikapinya dengan menentang dan memusuhi mereka.

    Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan bermacam-macam siksaan agar mereka keluar dari dien mereka. Mereka memaksa dengan cara menyeret mereka ke padang pasir tatkala cuaca sangat panas dan menyengat. Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan diatas dadanya sebongkah batu yang berat, akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan melainkan ucapan Ahad….Ahad…., beliau ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang diucapkan juga oleh Yasir, ‘Ammar dan Bilal.

    Suatu ketika Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam menyaksikan keluarga muslim tersebut yang tengah tersiksa secara kejam, maka beliau menengadahkan tangannya ke langit dan berseru :
    "Bersabarlah keluarga Yasir karena sesungguhnya tempat kembali kalian adalah surga"

    Sumayyah mendengar seruan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bertambah tegar dan optimis dengan kewibawaan imannya. Dia mengulang-ulang dengan berani: "Aku bersaksi bahwa engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahwa janjimu adalah benar".

    Sehingga bagi beliau kematian adalah sesuatu yang sepele dalam rangka memperjuangkan aqidahnya. Di hatinya telah dipenuhi kebesaran Allah ‘Azza wa Jalla, maka dia menganggap kecil setiap siksaan yang dilakukan oleh para Thaghut yang zhalim, yang mana mereka tidak kuasa menggeser keimanan dan keyakinannya sekalipun hanya satu langkah semut.

    Sementara Yasir telah mengambil keputusan sebagaimana yang dia lihat dan dia dengar dari istrinya. Sumayyah pun telah mematrikan dalam dirinya untuk bersama-sama dengan suaminya meraih kesuksesan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam.

    Tatkala para Thaghut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang-ulang oleh Sumayyah maka musuh Allah, Abu jahal melampiaskan keberangannya kepada Sumayyah dengan menusukkannya sangkur yang berada dalam genggamannya ke tubuhnya. Maka terbanglah nyawa beliau dari raganya yang beriman dan bersih. Dan beliau adalah wanita pertama yang syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh yang baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan, yang mana beliau telah mengerahkan segala apa yang beliau miliki, dan menganggap remeh kematian dalam rangka memperjuangkan imannya. Beliau telah mengorbankan nyawanya yang mahal dalam rangka meraih keridhaan Rabb-nya. "Dan mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanan".
    [/box]

    (Diambil dari buku Mengenal Shahabiah Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam dengan sedikit perubahan, penerbit Pustaka AT-TIBYAN

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 17 May, 2009, 12:55:23 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=RATU SYAHADAH]
    Rasuluallah s.a.w bersabda:
    "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu ialah Asiah Binti Muzahim (iateri firaun) , Maryam binti imran (bonda isa) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasuluallah) dan Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasuluallah )

    Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

    "Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak.Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."

    Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat...

    Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah diabadikan di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah SWT :

    [box title=(At-Tahrim : 11)] "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang² yang beriman, ketika ia berkata : "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah
    rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
    [/box]

    Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai
    umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita
    semua...
    [/box]

    nni

    • *
    • Posts: 346
    • ingin kan kedamaian jiwa..
      • View Profile
    Jawab #4 17 May, 2009, 02:49:28 PM
  • Publish Di FB


  • Penulis: Munif Ahmad
    Terbitan: Hijjaz Records Publishing
    Edaran: Marketing Dept. HRSB
    Tarikh dipasarkan: Januari 2009
    Harga Semenanjung: RM25.90
    Harga Sabah/Sarawak: RM27.90




    dah beli awal bulan 4 lps kat MPH Alamanda tp x bace2 lg... :sedihnya:
    tp mak yg baca.. ;p
     :ins: sy bace gak.
    Help me transforming into a good muslimah, please...

    http://hidupinas.blogspot.com/

    alkhawarizmi

    Jawab #5 17 May, 2009, 04:04:49 PM
  • Publish Di FB


  • Penulis: Munif Ahmad
    Terbitan: Hijjaz Records Publishing
    Edaran: Marketing Dept. HRSB
    Tarikh dipasarkan: Januari 2009
    Harga Semenanjung: RM25.90
    Harga Sabah/Sarawak: RM27.90




    dah beli awal bulan 4 lps kat MPH Alamanda tp x bace2 lg... :sedihnya:
    tp mak yg baca.. ;p
     :ins: sy bace gak.


    nanti boleh ringkaskan ceritanya tak nni?
    saya pon nak tau gak...
    agak2 berapa harga buku tu ye?

    nni

    • *
    • Posts: 346
    • ingin kan kedamaian jiwa..
      • View Profile
    Jawab #6 17 May, 2009, 04:14:31 PM
  • Publish Di FB


  • Penulis: Munif Ahmad
    Terbitan: Hijjaz Records Publishing
    Edaran: Marketing Dept. HRSB
    Tarikh dipasarkan: Januari 2009
    Harga Semenanjung: RM25.90
    Harga Sabah/Sarawak: RM27.90




    dah beli awal bulan 4 lps kat MPH Alamanda tp x bace2 lg... :sedihnya:
    tp mak yg baca.. ;p
     :ins: sy bace gak.


    nanti boleh ringkaskan ceritanya tak nni?
    saya pon nak tau gak...
    agak2 berapa harga buku tu ye?


    same la dgn harga atas tuh.. rm25.90 je.
    sy x tau nak start bace bila sbb skrng ni tgh baca buku lain..
    tp sy baca review psl buku ni kat blog org lain...
    klu awk ade masa, awk search buku ni kat google-blog-search, byk tau org komen psl buku ni.
    sume kata cam best...

    alkhawarizmi

    Jawab #7 17 May, 2009, 05:00:24 PM
  • Publish Di FB


  • nanti boleh ringkaskan ceritanya tak nni? saya pon nak tau gak...agak2 berapa harga buku tu ye?


    boleh link kan blog tu disini?
    « Last Edit: 17 May, 2009, 05:23:33 PM by Munaliza Ismail »

    wArDaH iSlAm

    • *
    • Posts: 372
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Jawab #8 17 May, 2009, 07:37:12 PM
  • Publish Di FB


  • Penulis: Munif Ahmad
    Terbitan: Hijjaz Records Publishing
    Edaran: Marketing Dept. HRSB
    Tarikh dipasarkan: Januari 2009
    Harga Semenanjung: RM25.90
    Harga Sabah/Sarawak: RM27.90




    dah beli awal bulan 4 lps kat MPH Alamanda tp x bace2 lg... :sedihnya:
    tp mak yg baca.. ;p
     :ins: sy bace gak.


    nanti boleh ringkaskan ceritanya tak nni?
    saya pon nak tau gak...
    agak2 berapa harga buku tu ye?


    same la dgn harga atas tuh.. rm25.90 je.
    sy x tau nak start bace bila sbb skrng ni tgh baca buku lain..
    tp sy baca review psl buku ni kat blog org lain...
    klu awk ade masa, awk search buku ni kat google-blog-search, byk tau org komen psl buku ni.
    sume kata cam best...



    wardah nk beli buku nih tapi x jumpe2 lagi...
    pastu nak beli buku cetusan rasa nik nur madihah..nak beli...........
    berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #9 17 May, 2009, 09:17:04 PM
  • Publish Di FB
  • nafsu membuak2 untuk ke syurga bila baca kisah bidadari..
    subhanallah..
    moga2 kita semua ke syurga..
    amin~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    alkhawarizmi

    Jawab #10 17 May, 2009, 09:18:14 PM
  • Publish Di FB
  • nafsu membuak2 untuk ke syurga bila baca kisah bidadari..
    subhanallah..
    moga2 kita semua ke syurga..
    amin~

    bagaimana kita nak menuju ke syurga?

    wArDaH iSlAm

    • *
    • Posts: 372
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Jawab #11 17 May, 2009, 09:23:29 PM
  • Publish Di FB
  • nafsu membuak2 untuk ke syurga bila baca kisah bidadari..
    subhanallah..
    moga2 kita semua ke syurga..
    amin~

    bagaimana kita nak menuju ke syurga?



    buat amal ibadat,,,iman kne mantap..aqidah sekali

    alkhawarizmi

    Jawab #12 17 May, 2009, 09:26:12 PM
  • Publish Di FB
  • nafsu membuak2 untuk ke syurga bila baca kisah bidadari..
    subhanallah..
    moga2 kita semua ke syurga..
    amin~

    bagaimana kita nak menuju ke syurga?



    buat amal ibadat,,,iman kne mantap..aqidah sekali

    adakah dengan amalan spiritual diatas saja dijamin kita masuk ke syurga?

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #13 17 May, 2009, 09:34:49 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=SIAPAKAH ZINNIRAH YANG MENJADI BIDADARI SYURGA]


    Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah….
    [/box]

    IQRA'............sebutlah dengan nama Tuhan mu.Pabila kita jaga hak Allah;Insyaallah Allah Ta'ala akan menjaga kita.
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    alkhawarizmi

    Jawab #14 17 May, 2009, 09:36:13 PM
  • Publish Di FB
  • adakah dengan amalan spiritual saja,kita dijamin masuk kesyurga?

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #15 17 May, 2009, 11:33:18 PM
  • Publish Di FB

  • adakah dengan amalan spiritual diatas saja dijamin kita masuk ke syurga?

    jalan menuju ke syurga ialah meninggalkan hawa nafsu..
    jalan menuju ke neraka ialah mengikut hawa nafsu..

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #16 18 May, 2009, 12:29:38 AM
  • Publish Di FB
  • adakah dengan amalan spiritual saja,kita dijamin masuk kesyurga?

    Sabda Rasulullah S.A.W : "Waman salaka thoriqon yatlubu fiihi ilman sahhalallahu lahu thoriqon ilaljannah "
    " Barangsiapa mensulukkan akan sesuatu tariqat (ya'ni menjalani suatu tariqat) untuk mendapatkan padanya
    akan suatu pengetahuan (ya'ni pengetahuan yang bangsa rohani) maka dimudahkan Allah Ta'ala baginya
    akan jalan kepada syurga"
     Riwayat Bukhori / petikan dari Syeikh Imam Ishak dalam Kitab Membentuk Jiwa Sufi - Prof.Dr Hj Jahid Hj Sidk

    alkhawarizmi

    Jawab #17 18 May, 2009, 04:35:49 AM
  • Publish Di FB

  • adakah dengan amalan spiritual diatas saja dijamin kita masuk ke syurga?

    jalan menuju ke syurga ialah meninggalkan hawa nafsu..
    jalan menuju ke neraka ialah mengikut hawa nafsu..


    meninggalkan hawa nafsu....
    adakah dengan meninggalkan hawa nafsu saja kita dijamin masuk syurga?

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2895
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Jawab #18 18 May, 2009, 04:51:56 AM
  • Publish Di FB

  • meninggalkan hawa nafsu....
    adakah dengan meninggalkan hawa nafsu saja kita dijamin masuk syurga?

    cuba miker senaraikan perkara yang boleh membuatkan kita masuk neraka...
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    alkhawarizmi

    Jawab #19 18 May, 2009, 04:53:19 AM
  • Publish Di FB

  • meninggalkan hawa nafsu....
    adakah dengan meninggalkan hawa nafsu saja kita dijamin masuk syurga?

    cuba miker senaraikan perkara yang boleh membuatkan kita masuk neraka...

    salah satunya memisahkan agama daripada kehidupan...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    11 Replies
    7265 Views
    Last post 19 September, 2011, 02:11:40 AM
    by amirah balqisy
    27 Replies
    8337 Views
    Last post 20 October, 2010, 12:32:01 PM
    by nazri0070
    9 Replies
    2327 Views
    Last post 02 February, 2010, 03:21:44 PM
    by nur_inlife