Kenapa janda selalu 'dihina'?

*

Author Topic: Kenapa janda selalu 'dihina'?  (Read 20645 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ibnuwalidaini

  • *
  • Posts: 2894
  • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
    • View Profile
Reply #20 18 May, 2009, 04:56:38 AM
  • Publish

  • adakah saudari yakin apa yang berlaku sekarang ni adalah tanda2 hari kiamat?

    miker pulak berpandangan cam maner?

    maksud pak ibnu?

    aii punya senang bahasa teman tu miker takleh nak paham..cuber baca elok2 dan jawab...
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14489
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #21 18 May, 2009, 04:59:52 AM
  • Publish


  • nak mencelah ni, ini topik cerita tanda kiamat, kita berada di akhir zaman atau topik kenapa janda di pandang hina?

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2894
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #22 18 May, 2009, 05:03:48 AM
  • Publish
  • opss salah tapak lak pulak..:senyum:...pusing balik ke tajuk janda..

    janda baik dicari orang.. :-)

    alkhawarizmi

    Reply #23 18 May, 2009, 05:05:50 AM
  • Publish


  • nak mencelah ni, ini topik cerita tanda kiamat, kita berada di akhir zaman atau topik kenapa janda di pandang hina?



    macam persoalan timbul ummi daripada satu soalan ke satu soalan...ada link la ckit...

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 515
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Reply #24 18 May, 2009, 08:09:53 AM
  • Publish
  • Assalamua'laikum wbt....

    janganlah dihina janda...
    mereka tidak diminta begitu...
    dan jodoh mereka tidak panjang...

    ana setuju dengan pendapat ibnu...

    janda baik dicari orang...
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    aako_dkm

    • *
    • Posts: 434
    • cintailah ilmu
      • View Profile
    Reply #25 18 May, 2009, 09:05:58 AM
  • Publish
  • Assalamua'laikum wbt....

    janganlah dihina janda...
    mereka tidak diminta begitu...
    dan jodoh mereka tidak panjang...

    ana setuju dengan pendapat ibnu...

    janda baik dicari orang...


    ader yang menghina janda ker?
    takder masaalah dengan status macam nih..
    konsep pemikiran masyarakat kita jer yang sering salah tafsir status ni..
    kata janda berhias lah,itulah,inilah..
    janda ni perlu dilindung bukan nya ditohmah..
    perlu dibimbing,bukan nya dicemuh..

    banyak je janda yang berjaya,..
    boleh berdikari atas kaki sendiri..

    ader peluang,kahwinlah dengan janda kan?
    bagus,pengalaman dier dah ader,sifat tanggungjawap lagi..bagus2..
    bak kata irwansyah,ku tunggu jandamu..:senyum:,..

    aako_dkm

    • *
    • Posts: 434
    • cintailah ilmu
      • View Profile
    Reply #26 18 May, 2009, 09:47:31 AM
  • Publish
  • Ade juga rakan office saya yang minat dengan wanita janda.. Kadang2 ade juga golongan duda yang berminat dgn janda... Kenapa pulak golongan janda dihina.


    takder salahnnyer suker kat saper..
    bukan persoalan nyer..
    cinta bukan nya tahu bezakan status,..
    janda ker,aper ke..
    yang penting hubungn tu kerana Allah..
    insyaallah,bahagia hingga ke akhir hayat..

    TokDdeka

    • *
    • Posts: 199
      • View Profile
    Reply #27 25 February, 2010, 12:06:55 PM
  • Publish
  • Salam.

    Allah Taala mengingatkan isteri-isteri Rasulullah SAW mengenai kemungkinan jika Rasulullah SAW menceraikan isteri baginda, pengganti isteri yang lebih baik boleh jadi dari janda atau anak dara.
     
    Surah Tahriim, ayat 5:
    Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang anak dara.

    Allah Taala design, engineer dan build manusia, lelaki dan perempuan, untuk digunapakai dan dimanafaatkan oleh manusia lain secara kolektifnya, samada yang muda, yang tua, sampai manusia itu mati. Sebagaimana kita dimanafaatkan oleh manusia lain, kita juga boleh mendapat manafaat dari manusia lain.

    Daripada Abu Hurairah r.a:
    Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.

    (Riwayat Muslim)


    Kita masih jauh dari boleh membudaya dan melumrahkan para janda dan ibu tunggal supaya berani menawarkan dirinya untuk dinikahi oleh lelaki yang baik dan layak, tidak kira samada lelaki itu suami orang atau single. Samada tawaran itu akan diterima atau tidak, itu soal kedua, tetapi sekurang-kurangnya hasrat itu dinyatakan dengan jelas, dengan ikhlas. Manalah tahu, dengan izin Allah Taala, tawaran sedemikian akan membuka hati dan minda lelaki itu bahawa ada seseorang yang mengharapkannya, dan akan membuatkan lelaki itu berfikir.

    Kita masih terlalu kuat dihantui oleh ungkapan ‘PERAMPAS SUAMI ORANG’ yang dicipta oleh kita sendiri; ungkapan yang diletakkan di tempat yang begitu ‘istimewa’ sehingga ianya terlalu kuat melekat dalam budaya kita, sehingga kita sendiri kini tidak berani untuk menanggalkannya, walaupun kita tahu itu adalah sesuatu yang TIDAK BENAR.

    AGAKNYA, itulah yang ada dalam fikiran janda dan ibu tunggal sewaktu mereka masih bersuami dulu, yakni, jika ada orang yang ingin menikahi suami mereka, maka orang itu akan dianggap sebagai PERAMPAS.

    Ghalibnya, teruna akan memilih dara sebagai isteri, walaupun terdapat ramai juga teruna yang menikahi janda dan balu. Namun, the bigger chances are, janda dan balu akan dinikahi oleh lelaki yang sudah beristeri, manakala mensyaratkan lelaki supaya menceraikan isterinya yang sediada sebelum menikahi seseorang yang lain adalah sesuatu yang sangat TIDAK BETUL.

    Selamat berforum.

    Wallaahu a’lam.

    sofia_luv

    • *
    • Posts: 93
      • View Profile
    Reply #28 25 February, 2010, 04:32:17 PM
  • Publish
  • Seringkali kita dengar status janda dipandang begitu rendah dalam masyarakat seolah2 mereka ada membuat kesilapan yang besar sehinggakan ada isteri yang sangat takut dengan janda atau menjadi janda.
    Ada isteri yang tak bahagia dalam perkahwinan pun tetap mempertahankan perkahwinannya kerana takut & malu bergelar janda.

    Kesiannya masyarakat kita yang masih mentah mentaliti bab ini...

    betul kak long...kalau yang menjanda sebab kena cerai...
    masyarakat umum buat persepsi sendiri....think negatif je
    "tak pandai jaga suami...tu sebab suami lari"...:sedihnya:

    sofeahoney

    • *
    • Posts: 62
      • View Profile
    Reply #29 22 March, 2010, 05:19:38 PM
  • Publish
  • nak respon sket...bg pndgn segelintir masy seorg is3 yg diceraikan suami tu bukan is3 yg baik....jd janda dipandang serong dan apa yg mereka lakukan semuanya jd perhatian atau isu.....mereka yg berpndgn sedemikian sbnrnya xtahu apepunca atau sebab musababnya berlakunya perceraian itu....biasalah,masing2 nak menegakkan kebenaran...saling salah menyalahi... yg tahu kedudukan sebenar hnylah ialah pasangan suami is3 itu sendiri.....di mn silapnya dan muhasabah diri agar lebih baik dr sebelumnya...insya allah....sekian

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1086
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #30 22 March, 2010, 06:16:18 PM
  • Publish
  •  :)

    bukan yang dicerai je yang dipandang serong..yang cerai mati pun kena jugak..mak saya cerita kat saya, lepas arwah pergi, abang belikan motor baru kat mak..yela, untuk kemudahan mak ke sana ke sini. semua mak kena uruskan sendiri. tapi ada pulak mulut2 orang cakap mak bukan main, lepas suami pergi ke hulu ke hilir dengan motor baru. astaghfirullah..mak bukan pergi mana pun. mak pergi kedai cari barang, pergi pasar, hantar adik pergi sekolah. pergi kerja..dulu pun mak buat semua tu jugak. tapi sebab arwah dah takde orang kata pulak..tapi mak sabar aje.mak tau mak tak buat salah. kadang geram jugak, nak aje marah orang2 kampung tu. nak aje tunjuk kat diorang betapa susahnya hidup mak selama ni. tapi tak apelah. biarlah..  :ins: sabar mak ada ganjarannya..sekarang, mak teruskan hidup macam biasa. malah, mak selalu jadi rujukan ibu2 tunggal untuk mohon ape2 untuk anak yatim and ibu tunggal sedangkan mak tu tak ade jawatan ape2 pun. tapi sebab mak yang rajin ke sana ke sini, usahakan untuk dapat bantuan kat adik2, mak dah tahu selok belok surat2 ni..bukan mak saja meminta2, tapi memang tu hak mak and adik2 yang yatim. mak kata, biarlah mak malu asalkan keperluan anak2 cukup..
    tak payah la pandang serong kat ibu tunggal ni..kita tak merasa ape yang mereka rasa..

    anasameen

    • *
    • Posts: 1052
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Reply #31 22 March, 2010, 06:20:42 PM
  • Publish
  • :)

    kenapa ya??
    kalau diperhatikan,
    janda selalu jd buah mulut/ umpatan orang?
    padahal,
    bkn hina pn jd janda..
    ada sesiapa blh bg teori?

     :ws:

    Manusia, memang benda yang tak penting pun jadi hal yang besar. Yang tak susahkan mereka pun nak juga terlibat. Kalau senyap, nafsu tak puas. Waktu tu pulak, iman longgar bahagia je syaitan bila ikut pelajaran dia. Malaikat tegur kat hati, iman nak tolong, buat tak layan je. Dah memang manusia, macam tu la gayanya. Nasib baiklah ALLAH bagi iman, kalau guna eloklah perangainya. Tapi kalau tak, sendiri mau ingatlah. ALLAHu'alam
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    sofeahoney

    • *
    • Posts: 62
      • View Profile
    Reply #32 24 March, 2010, 07:18:57 PM
  • Publish
  • ader plak klu sesorg lelaki tu berkawin ngan janda,nnt dikata pula mcm dah xder anak dara lain ke kat dunia ni,janda jugak yg ko pilih....
    so,bile dah jd janda ni,peluang utk bhg bersama insan yg begelar suami tu agak terhad.....tul ker gitu?

    sofeahoney

    • *
    • Posts: 62
      • View Profile
    Reply #33 24 March, 2010, 07:21:16 PM
  • Publish
  • kenapa ekk pemikiran masy smp camtu sekali?

    Badar

    • *
    • Posts: 145
      • View Profile
    Reply #34 24 March, 2010, 08:32:58 PM
  • Publish
  •  :) Jodoh pertemuan semuanya ditangan allah, muda atau tua ,dara mahupun janda..semuanya adalah ketentuan illahi , kita sebagai hamba tiada hak untuk mempertikaikan..segala yang terjadi ada hikmah disebaliknya , sesungguhnya allah itu maha mengetahui..

    nkarul

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #35 24 March, 2010, 08:40:34 PM
  • Publish
  • Seringkali kita dengar status janda dipandang begitu rendah dalam masyarakat seolah2 mereka ada membuat kesilapan yang besar sehinggakan ada isteri yang sangat takut dengan janda atau menjadi janda.
    Ada isteri yang tak bahagia dalam perkahwinan pun tetap mempertahankan perkahwinannya kerana takut & malu bergelar janda.

    Kesiannya masyarakat kita yang masih mentah mentaliti bab ini...

    betul kak long...kalau yang menjanda sebab kena cerai...
    masyarakat umum buat persepsi sendiri....think negatif je
    "tak pandai jaga suami...tu sebab suami lari"...:sedihnya:

    nak nasi tambah sket

    pastu golongan2 yang berkawin dan berumah tangga pun memulau janda
    takut2 janda tersebut kawin ngan suami diorang mahupun anak2 lelaki diorang


    Badar

    • *
    • Posts: 145
      • View Profile
    Reply #36 24 March, 2010, 09:21:48 PM
  • Publish
  • "Dan hak Allah menerangkan jalan yang lurus dan diantaranya ada jalan yang menyimpang. Dan jika ia mengkehendaki tentu dia memberi petunjuk kepada kamu semua ke jalan yang benar" surah an_nahl ayat 9

    Badar

    • *
    • Posts: 145
      • View Profile
    Reply #37 24 March, 2010, 09:48:35 PM
  • Publish
  • Rasulluah tidak mengajar umatnya hina menghina...mengapa kita perlu hina menghina terutamanya saudara seagama kita sendiri sedangkan kita semua adalah sama iaitu hamba di muka bumi ini..ingat allah serta rasul insyaallah kita selamat..

    binabdulkamal

    • *
    • Posts: 91
      • View Profile
    Reply #38 25 March, 2010, 10:12:06 AM
  • Publish
  • Saya berpandangan yg memandang rendah janda selalunya bukan kaum adam tetapi kaum hawa sendiri. Mereka yg sering memandang rendah ini tidak dapat berfikir dgn waras bahawa setiap kaum hawa termasuk mereka sendiri terdedah kepada gelaran janda atau balu.

    nornadiah

    • *
    • Posts: 135
      • View Profile
    Reply #39 25 March, 2010, 10:15:25 AM
  • Publish
  • Salah satu persepsi masyarakat kita sekarang..
    itulah belenggu yang susah hendak di buang pada diri kita sendiri..
    Sumbangan;
    CIMB: 01180004462058
    Halaqah Net Services

    http://truecalling87yahoocom.blogspot.com/
    email,YM :true_calling87@yahoo.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    57 Replies
    8019 Views
    Last post 02 September, 2011, 11:32:57 PM
    by hani muslim
    1 Replies
    1426 Views
    Last post 13 October, 2010, 03:49:23 PM
    by khalila
    10 Replies
    2190 Views
    Last post 23 December, 2011, 08:53:16 PM
    by nurnania