0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
saya nak tahu mcm nak bezakan antara kulit babi dengan kulit lembu..??..sebab saya risau sekarang nie banyak jenis barangan kulit seperti kasut dan beg yg dijual dipasaran..saya risau kalau saya tersalah beli tanpa usul periksa..sebab perkara nie pernah berlaku pada ayah saya..dia pernah terbeli kasut kulit babi..tersedar pun sebab ada seorang hamba Allah yang memberitahunya bahawa kasut kulit yg ayah saya beli tu menggunakan kulit babi..menurutnya..kulit babi ada tanda bintik tiga..lepas tu ayah saya terus buang kasut tu..mohon sape2 boleh jelaskan perkara ini..
Quote from: Ayatul Ukhuwwah on 22 February, 2011, 02:33:16 PM saya nak tahu mcm nak bezakan antara kulit babi dengan kulit lembu..??..sebab saya risau sekarang nie banyak jenis barangan kulit seperti kasut dan beg yg dijual dipasaran..saya risau kalau saya tersalah beli tanpa usul periksa..sebab perkara nie pernah berlaku pada ayah saya..dia pernah terbeli kasut kulit babi..tersedar pun sebab ada seorang hamba Allah yang memberitahunya bahawa kasut kulit yg ayah saya beli tu menggunakan kulit babi..menurutnya..kulit babi ada tanda bintik tiga..lepas tu ayah saya terus buang kasut tu..mohon sape2 boleh jelaskan perkara ini..kulit babi ada bintik - bintik hitam cam bintang 3 heeee- dah kulit nya berkualiti tinggi berbading kulit haiwan yang lain-* Rata-rata kita tahu bahawa kulit babi banyak digunakan dalam produk-produk atau barangan yang diperbuat daripada kulit. Kalau tidak diperhatikan betul-betul, mungkin kita akan terbeli barangan tersebut. Oleh itu, kalau nak membeli barangan kulit, eloklah dibelek-belek dulu luar dan dalam supaya tidak terbeli barangan daripada kulit babi.Mungkin juga ramai yang sudah tahu cara mengenal kulit babi ini, walau bagaimanapun eloklah kita kongsi bersama info ini, untuk kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain.Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada kasut kulit atau barangan lain seperti tali pinggang, sarung telefon bimbit, beg tangan, purse, wallet dan lain-lain yang dijual diperbuat daripada kulit babi?Petuanya, perhatikan betul-betul corak pada kulit kasut atau barangan tersebut, dan jika anda menjumpai corak 3 titik yang seragam, kemungkinan besar ia adalah kulit babi.
ikut qawl utama mazhab Shafii dan satu qawl dalam mazhab hanbali, tangan basah pegang babi, kena samak. Ikut qawl lain dalam mazhab Shafii (pendapat imam nawawi) dan lagi satu qawl dalam mazhab hanbali tak payah samak, tapi kena basuh. ikut mazhab hanafi dan maliki, tak payah buat apa-apa. Cuma ikut mazhab hanafi, haram guna sebarang peralatan dari babi.ikut maliki, babi haram dimakan sahaja.jawapan unutk soalan anda, memandangkan anda di malaysia dan yaqin dengan qawl utama mazhab Shafii dalam bab ini, samaklah tangan anda.
Salam, sy ingin bertanya mengenai perkara ini, harap ada yg sudi menjawab...kl boleh sy ingin mengetahui bukan saja hukum mengikut pendapat syafi'iy tetapi juga pendapat imam2 yg lain juga1. jika ada seorang cina memakan babi menggunakan tangannya, kemudian dia membasuh tangannya, belumpun kering tangannya dia telah menyentuh tangan kita pula. perlukah disamak tangan kita itu?
2. seseorang mengecat rumah menggunakan berus cat yg dikhuatiri bulu babi, kemudian selepas mengecat dia membasuh tangannya, kemudian memegang pula kasut saya, sejurus selepas itu sy pula terus memegang kasut itu. adakah najis berjangkit dengan cara itu ummi? sy khuatir kalau tangannya yg basah tadi terkena kasut saya, dan saya pula terpegang kasut yg basah tadi... bolehkah najis berjangkit dengan cara ini, tp saya sendiri tidak pasti samada kasut tadi basah atau kering...terima kasih .....
AssalamualaikumSaya ingin bertanya. Adakah sah samak sekiranya menggunakan tanah dari pasu bunga?
Quote from: hondaex5 on 22 February, 2011, 04:46:30 PMikut qawl utama mazhab Shafii dan satu qawl dalam mazhab hanbali, tangan basah pegang babi, kena samak. Ikut qawl lain dalam mazhab Shafii (pendapat imam nawawi) dan lagi satu qawl dalam mazhab hanbali tak payah samak, tapi kena basuh. ikut mazhab hanafi dan maliki, tak payah buat apa-apa. Cuma ikut mazhab hanafi, haram guna sebarang peralatan dari babi.ikut maliki, babi haram dimakan sahaja.jawapan unutk soalan anda, memandangkan anda di malaysia dan yaqin dengan qawl utama mazhab Shafii dalam bab ini, samaklah tangan anda. berkenaan dengan jawapan saudara kepada sahabat kita ayatul ukhuwwah td....sy nk tny...kalau kita di malaysia pun.. x salah kan kalau kita nak ikut mazhab Maliki.....
Dimulakan Oleh akhafullah Artikel Agama
Dimulakan Oleh ruhani Kisah
Dimulakan Oleh HandyMan Bait Muslim