Forum > Feqah Islam

Permasalahan Berkaitan Anjing dan Babi

<< < (4/27) > >>

Ummi Munaliza:

--- Quote from: hatiwanita9 on 30 November, 2009, 12:27:32 AM ---Kucing tidak najis tapi bulu kucing yang gugur tu najis kan? Tak boleh solat jika pakaian kita terlekat bulu kucing kan?


--- End quote ---

Bulu kucing yang telah gugur dari tubuhnya adalah najis. Rujuk di sini:


--- Quote from: IbnuNafis on 22 September, 2008, 11:01:58 PM --- BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

  HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.

Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu  yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.

Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.

Sumber : Mufti Brunei

--- End quote ---

syarqowy:
Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah

 Soalan 11

Apakah hukum orang yang memakai kasut yang diperbuat daripada kulit babi? Adakah anggota yang bersentuh dengan kasut itu ternajis? Adakah wajib di atasnya menyamak anggota ternajis itu, oleh sebab sekarang baru ia sedar bahawa kasutnya itu diperbuat daripada kulit babi sedangkan kasut itu telah dipakainya sejak beberapa lama, maka apakah hukum sembahyangnya yang fardu dan yang sunat yang dikerjakan selama ia menggunakan kasut itu? Anggota yang ternajis itu manakala basah dengan sebab mandi atau sebagainya tersentuh dengan lantai rumah atau pakaian maka adakah benda-benda yang tersentuh dengannya itu menjadi ternajis juga dan wajib dibersihkan dengan cara membersihkan sesuatu yang terkena najis mughallazah?

 

Jawapan

Hukum memakai kasut yang diketahui diperbuat daripada kulit babi itu haram, anggota yang tersentuh dengan bahagian-bahagian kasut yang diperbuat daripada kulit babi jadi ternajis jika mana-mana satu anggotanya atau kulit itu basah wajib dibasuh dengan tujuh kali basuh dengan air yang suci lagi menyucikan satu daripadanya dicampur dengan tanah yang bersih dan bukan yang telah digunakan bagi umpama tayammum, adapun tempat-tempat atau benda-benda yang disyaki disentuh/tersentuh maka tiadalah dihukum najis bahkan dihukum suci, ini adalah diqiaskan kepada masalah bilik mandi yang dimasuki anjing dan tiada pernah dibersihkan dan manusia selalu masuk dan mandi di dalamnya beberapa lama dan bersimbah najis kepada tikar-tikar, tuala dan lain-lain di dalamnya, maka apa-apa yang diyakinkan terkena simbahan najis maka dihukum najis dan jika tiada maka dihukum bersih/suci, dan jika menunai seorang itu akan sembahyang fardu dengan najis yang tiada dimaafkan yang ia tiada tahu sama ada pada badannya atau pakaiannya atau tempatnya wajib di atasnya qodha sembahyang itu manakala diketahuinya dengan yakin bahawa sembahyangnya itu berserta dengan najis dan dikehendaki dengan qodha itu ialah, ia’dat ( mengulangi ) di dalam waktu atau kemudiannya kecuali jika ada ihtimal adanya najis itu kemudian daripada sembahyang maka tiadalah wajib diqodhakan ( ia’dah ) sembahyang itu tetapi disunatkan dan sembahyang-sembahyang fardu yang wajib diqodha ( ia’dah ) ialah sembahyang yang pada zhonnya dilakukan selepas daripada ia mula memakai kasut yang diperbuat daripada kulit najis itu.

http://mufti.kedah.gov.my/readfatwa.php?fatwa_id=35

Fatwa Kerajaan Mufti Sabah:-

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 8, Enakmen Fatwa Negeri Sabah 2004 sebagai berikut :-

1. Di sisi Syarak Khinzir / Babi merupakan najis ‘Ain dan termasuk di dalam najis yang berat ( mughalazah )

2. Seluruh angota Khinzir / babi adalah najis seperti kulit, bulu, tulang, daging dan apa-apa bahagian daripadanya.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1469

Tarikh Hantar Soalan: 29/04/2008 10:00 AM
Soalan   :

asslamualaikum...
saya nak tanya berkaitan isu khinzir atau babi.Ada rakan mengatakan, Didalam Quraan, Allah hanya haramkan kita memakan daging babi. Yang lain tak diharamkan. Kalau kita membuat hukum sendiri, itu dikatakan bidaah.Dan ada rakan yg lain pula mengatakan khinzir bkn shj HARAM d MAKAN...tp...HARAM jugak DISENTUH... sbbtula khinzir t'golong dlm najis berat...bkn kate najis khinzir shj...tp sgale isi badannye....xkirela...buluke... tulangke... waima daging khinzir y dipangang sekali pn....asap yg berterbangan dr hasil panggangan khinzir tu pn dikira najis...persoalan ini timbul disebabkan terbeli kasut yg dibuat dari kulit babi yang dikenal pasti sebab ada 3 dot dilapisan dalam kasut...harap boleh tolong perjelaskan secepat yang boleh...trima kasih....

Jawapan   :

Benar kata-kata rakan anda.Babi diharamkan Allah S.W.T. dalam al-Quran bukan sahaja dagingnya haram dimakan malah keseluruhan tubuhnya juga haram.Oleh itu jika tersentuh babi, wajib disamak tempat/anggota yang terkena tersebut..

Status: Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan : PANEL SJAI 290408
Tarikh Selesai   : 29/04/2008 05:12 PM

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

Jwapan dari JAKIM lagi

Soalan   :
1) perlukah samak jika terpegang kasut/beg buatan kulit khinzir?
2) bagaimanakah cara samak yg sempurna?.
Jawapan   :Wajib menyamak mana-mana anggota yang terkena najis mughallazah dengan tujuh kali basuhan iaitu satu kali dengan air tanah dan enam kali air mutlak.

Status   :Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan: BSJAI (F ) KUMP 5/ 2009- ( 801-1000)
Tarikh Selesai   :11/11/2009 07:47 AM

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/5ba76314c3f6fc7f0025729f00072561?OpenDocument


Jawapan JAKIM lagi

Soalan   : Bolehkah kulit/bulu/tulang kinzir disamak? setelah disamak bolehkah diguna pakai.cth kasut atau berus bulu babi..
Jawapan   : Khinzir adalah haiwan yang najis ainnya. Segala yang ada padanya tidak boleh digunakan sama sekali.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/5ba76314c3f6fc7f0025729f00072561?OpenDocument

Wallahu a'lam

mooks:

--- Quote from: hatiwanita9 on 29 November, 2009, 04:19:10 PM ---
--- Quote from: Ummi Munaliza on 29 November, 2009, 02:04:48 PM ---
Jika kita lihat hadith berikut huraian mengenai air tanah...

Membersihkan Najis Mughallazah

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w;”Membersihkan bejana yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah." (Muslim)
 
Huraian

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.

--- End quote ---

Ada tak hadis @ ayat al-quran yang menyatakan pegang/ sentuh babi juga kena samak?
Sebab ada yang membahaskan najis berat ni terpecah kpd dua...sama ada sentuhan @ makan.
Sebab dalam al-quran menyakatakn haram memakan daging babi sahaja...tidak menyakatakn tentang sentuhan.
Maka ada pendapat mengatakan jika tersentuh babi maka tak perlu di samak. Hanya anjing saja yang perlu disamak sebagai mana hadis di atas.

Saya bagi contoh pinggan yang diguna di kedai2 bukan muslim yg memakan babi. Mereka tidak menyamak pinggan2 itu...cuma basuh guna air sabun biasa saja. Kemudian kita pun guna pinggan yang sama. Macam mana tu?

--- End quote ---

Sebelum saya jawab...perlu diketahui dulu, hukum menyentuh anjing maupun babi TIDAKLAH HARAM. Yang diharamkan adalah memakannya atau jual beli menurut mazhab Syafi'i dan yang mengikutinya. kalu pegang sama ada lil hajat atau bukan sekalipun tidaklah haram. Banyak orang Malaysia salah faham sehingga dulu pernah ada movie yang tunjuk ustaz sentuh anjing, terus depa condemn habis2...ini adalah salah. Dalam case ini sama juga bagi babi.

Apakah babi juga harus disamak? menurut Mazhab Syafi'i tetap wajib disamak. ketetapan ini bukan karena ada hadis semacam anjing. tapi berdasarkan qiyas. qiyas disini adalah qiyas Aulawi atau qiyas yang lebih tinggi. kalau anjing saja wajib disamak, apatah lagi babi. karena babi lebih jelek dari anjing. cuba baca ibarat dari fiqh Islami berikut ini:

وقال الشافعية والحنابلة: ما نجس بملاقاة شيء (من لعاب أو بول، وسائر الرطوبات، والأجزاء الجافة إذا لاقت رطبا) من كلب أو خنزير، وما تولد منهما، أو من أحدهما من حيوان طاهر، يغسل سبع مرات إحداهن بالتراب الطاهر، ولو غبار رمل، لقوله (ص): [يغسل الإناء إذا ولغ فيه الكلب سبع مرات، أولاهن أو أخراهن بالتراب]، وفي حديث عبد الله بن مغفل: [إذا ولغ الكلب في الإناء، فاغسلوه سبع مرات، وعفروه الثامنة بالتراب].
ويقاس الخنزير على الكلب؛ لأنه أسوأ حالا منه، وشر منه، لنص الشارع
على تحريمه، وتحريم اقتنائه، فثبت الحكم فيه بطريق التنبيه، وإنما لم ينص الشارع عليه؛ لأنهم لم يكونوا يتعادونه.

mooks:
Simplenya...

Awal2 dia terangkan bahwa apa saja yang najis disebabkan bertemu dengan sesuatu dari anjing dan babi (entah tahi ker kencing ker, cairan ker etc) itu harus dibasuh dengan 7 basuhan dan salah satunya dengan debu (turab) karena ada hadis.....

lalu khinzir diqiyaskan terhadap anjing karena dia lebih jelek daripada anjing, lebih buruk, karena ada nash Syari' yang mengharamkannya. maka hukum itu tetap terhadap babi dengan jalan mengingatkan.

Ummi Munaliza:

Semoga pencerahan dari saudara mooks menjawap kekeliruan pada sesetengah pihak berkaitan keharaman babi seperti yang terdapat dalam al-quran  surah Al-Baqarah , ayat 173 yang hanya menyebut haram memakan bukan haram menyentuhnya. Menyentuh anjing dan babi memang tidak haram, selepas sentuh sertu/samaklah tangan kita itu. Begitu juga bekas-bekas yang digunakan oleh sahabat non-muslim yang menggunakan pinggan yang sama untuk makan babi.Selepas mereka guna, bila kita nak guna sertu/samaklah terlebih dahulu.

Walaupun tiada dalam al-quran tentang perlunya menyamak tangan apabila tersentuh babi, tapi ada qias dai ulama' menerangkan perkara yang berkaitan.

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version