Permasalahan Berkaitan Anjing dan Babi

*

Author Topic: Permasalahan Berkaitan Anjing dan Babi  (Read 55223 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #100 01 March, 2011, 07:30:50 AM
  • Publish
  • ikut qawl utama mazhab Shafii dan satu qawl dalam mazhab hanbali, tangan basah pegang babi, kena samak.
    Ikut qawl lain dalam mazhab Shafii (pendapat imam nawawi) dan lagi satu qawl dalam mazhab hanbali tak payah samak, tapi kena basuh.

    ikut mazhab hanafi dan maliki, tak payah buat apa-apa. Cuma ikut mazhab hanafi, haram guna sebarang peralatan dari babi.
    ikut maliki, babi haram dimakan sahaja.

    jawapan unutk soalan anda, memandangkan anda di malaysia dan yaqin dengan qawl utama mazhab Shafii dalam bab ini, samaklah tangan anda.

    berkenaan dengan jawapan saudara kepada sahabat kita ayatul ukhuwwah td....
    sy nk tny...kalau kita di malaysia pun.. x salah kan kalau kita nak ikut mazhab Maliki.....
    (senyum) pokok pangkal Nya Diri -
    ikut lah apa yg di laksanakan di malaysia...
    kalau tidak mahu ikut silakan...
    (senyum)

    Islam itu mudah dan x menyusahkan umatnya...lgpn sy ada terbaca yang kita xbleh terlalu taksub sngt dgn sesuatu mazhab...kl ada cara mudah better guna yg mudah. yg penting berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Mmg kita berada di Malaysia, tp kita menganut agama yg sama iaitu ISLAM...jd kl ikut mazhab Maliki pn xpela kan... Tiada tertulis pon dlm Al-Quran dan Sunnah, kita mesti mengikut sesuatu mazhab mengikut negara mana yg kita berada kan....kl macam ni nmpknya sudah taksubla pada sesuatu mazhab .... padahal kita seharusnya berpandukan ajaran di dalam Al-Quran dan Sunnah.


    ini hanyalah pendapat saya yg kurang arif..jika ada yg silap tlgla betulkan yer...
    « Last Edit: 01 March, 2011, 04:00:37 PM by suhaida77 »

    Reply #101 01 March, 2011, 08:07:43 AM
  • Publish
  • nak share info dengan sahabat2 semua....

    Pandangan mazhab lain diamalkan di Malaysia
    0diggsdigg

    Assalamualaikum ustaz,
    Adakah dibolehkan orang Islam Malaysia mengikut Mazhab selain Mazhab Syafii'e di negara ini? Setahu saya, kita dibolehkan mengikut mazhab lain di Mekah kerana ia lebih sesuai untuk diamalkan di sana terutamanya untuk menunaikan haji atau umrah. Tetapi jika tiada sebab yang kukuh, bolehkah kita mengamalkan ajaran mazhab lain di mana-mana?

    Jawapan:

    :الحمد لله والصلاة والسلام علي رسول الله وبعد

    Sebenarnya sebelum ini saya telah menjawab persoalan mengenai seseorang yang beramal dengan pandangan mazhab lain. Sila lihat jawaban yang telah saya berikan dalam ruangan arkib di bawah tajuk
    "Beramal dengan mazhab lain" atau di alamat berikut:

    http://muis.ismaweb.net/2010/03/feqah-semasa/

    Dalam jawaban tersebut saya telah menyatakan ada tiga keadaan di mana seseorang itu boleh mengikut pandangan mazhab lain. (sila rujuk tiga keadaan tersebut di alamat website di atas). Menganggap boleh beramal dengan mazhab lain hanya apabila berada di Mekah adalah suatu yang perlu diperbahaskan semula.

    Tidakkah anda mengetahui bahawa masyarakat Islam di Malaysia yang bermazhab Shafi’e sebenarnya telah mengamalkan banyak pandangan mazhab lain di bumi Malaysia tanpa pergi ke Mekah. Sebagai contoh;

    1) Rata-rata masyarakat Islam di Malaysia membayar zakat fitrah dengan nilai matawang. Membayar zakat fitrah dengan nilai matawang adalah pandangan mazhab lain. Pada pengamatan saya ia adalah sesuai diamalkan di Malaysia walaupun ia merupakan pandangan mazhab lain dan setakat ini tiada masalah yang timbul.

    2) Melakukan solat sunat terawih di bulan Ramadhan sebanyak lapan rakaat. Banyak surau dan masjid menunaikan solat sunat terawih sebanyak lapan rakaat dan masyarakat boleh menerimanya dengan baik walaupun ia bukan pandangan mazhab Shafie. Nampaknya masyarakat sudah matang. Yang melakukan lapan rakaat menghormati golongan yang melakukan dua puluh rakaat dan begitulah sebaliknya.

    Sebagai kesimpulan, sebenarnya kita telah banyak beramal dengan pandangan mazhab lain samada kita sedar atau tidak. Dan amalan tersebut walaupun dari pandangan mazhab lain tetapi ia adalah sesuai dan masyarakat Islam Malaysia telah menerimanya dengan baik seperti membayar zakat fitrah dengan nilai matawang tidak dengan beras.

    Sekian والله أعلم

    Disediakan oleh:
    Ustaz Ahmad Zainal Abidin
    Setiausaha MUIS
    « Last Edit: 01 March, 2011, 08:23:06 AM by suhaida77 »

    Reply #102 01 March, 2011, 08:08:51 AM
  • Publish
  • lagi info.......

    Re: Hukum Tidak Terikat Dengan Mazhab

    Salam,

    Mazhab mula muncul puluhan malah ratusan tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.  Berikut petikan dari buku "Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam" Oleh Hafiz Firdaus Abdullah. Sila muat turun buku ini di http://www.smartebooklibrary.com.

    Maksud Perkataan "Mazhab" dan "Imam"

    Sebelum ditinjau sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam, ada baiknya jika kita tinjau terlebih dahulu maksud perkataan "Mazhab" dan "Imam" itu sendiri.

    Mazhab dari sudut bahasa bererti "jalan" atau "the way of". Dalam Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan: dari sudut akidah dan dari sudut fiqh.

    Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qada', hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi`ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu'tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah. Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh ialah apa yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya. Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab al-Syafi`e dan Mazhab Hanbali.[1]

    Mazhab fiqh pula, sebagaimana terang Huzaemah Tahido, bererti:

    Jalan fikiran, fahaman dan pendapat yang ditempoh oleh seorang mujtahid dalam menetapkan suatu hukum Islam dari sumber al-Qur'an dan al-Sunnah. Ianya juga bererti sejumlah fatwa atau pendapat-pendapat seorang alim besar yang bergelar Imam dalam urusan agama, baik dalam masalah ibadah ataupun lainnya.[2]

    Contoh imam mazhab ialah Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi`e dan Ahmad bin Hanbal. Pengertian mazhab ini kemudiannya beralih menjadi satu kumpulan ajaran fiqh Islam yang diikuti dan diterima oleh satu-satu kumpulan umat Islam dalam sesebuah wilayah atau negara. Ianya menjadi sumber rujukan dan pegangan yang diiktiraf sebagai ganti atau alternatif kepada ikutan, ijtihad dan analisa terhadap ajaran asli al-Qur'an dan al-Sunnah.

    Perkataan "Imam" dari sudut bahasa bererti "teladan" atau "pemimpin." Dalam Islam, perkataan "Imam" memiliki beberapa maksud selari dengan konteks penggunaannya, iaitu:

    1. Imam sebagai pemimpin solat berjamaah.

    2. Imam sebagai pemimpin atau ketua komuniti orang-orang Islam.

    3. Imam sebagai tanda kelebihan kedudukan ilmunya, sehingga dijadikan sumber pembelajaran dan rujukan ilmu agama. Contohnya ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik bin Anas dan sebagainya. Walaupun mereka dijadikan sumber rujukan ilmu, autoriti mereka hanyalah terhad kepada apa yang tertera dalam al-Qur'an dan al-Sunnah.

    4. Imam sebagai wakil Allah dan pemimpin umat serta penentu zaman. Imam sebegini hanya khusus bagi Mazhab Syi`ah. Imam-imam ini bukan sahaja dijadikan rujukan syari`at tetapi juga memiliki autoriti dalam menetapkan sesuatu yang berkaitan dengan syari`at tanpa terhad kepada al-Qur'an dan al-Sunnah.[3]

    Sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam

    Mazhab-mazhab fiqh Islam yang empat iaitu Maliki, Hanafi, Shafi`e dan Hanbali hanya muncul dan lahir secara jelas pada era pemerintahan Dinasti Abbasid, iaitu sejak kurun ke 2H/8M. Sejarah kemunculan dan perkembangannya boleh dilihat dalam 4 peringkat, iaitu:

    1. Pada era Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam dan para Khalifah al-Rashidun yang empat.

    2. Pada era Pemerintahan Dinasti Umayyad dan Abbasid di mana pada ketika inilah mazhab-mazhab Islam mula muncul dan berkembang.

    3. Pada era kejatuhan Islam, iaitu mulai kurun ke 4H/10M di mana mazhab-mazhab Islam tidak lagi berperanan sebagai sumber ilmu kepada umat tetapi hanya tinggal sebagai sesuatu yang diikuti dan diterima secara mutlak.

    4. Era kebangkitan semula Islam dan ilmu-ilmunya sama ada dalam konteks mazhab atau ijtihad ulama' mutakhir.[4]

    Lanjutannya sila download dan baca sendiri dari buku tersebut. Buku ini termasuklah buku Fekah as-Sunnah Volume 1 ~ 5 akan turut dimuatkan dalam projek perisian SEL, insyaallah.

    _____________________________________

    Nota kaki:

    [1] Ensiklopidi Islam (ed: Hafidz Dasuki; PT Ichtiar Baru van Hoeve, Jakarta, 1994) - 'Mazhab'.

    [2] Huzaemah Tahido - Penghantar Perbandingan Mazhab (Logos Wacana Ilmu; Jakarta, 1997), ms. 71-72.

    Dr. Huzaemah Tahido Yanggo lahir di Indonesia pada 1365H/1946M dan memegang kelulusan al-Azhar dalam jurusan Muqaranah Mazahib iaitu Perbandingan Mazhab. Buku ini beliau usahakan sebagai bahan rujukan bagi memenuhi dasar silibus Institut Agama Islam Nasional (IAIN) Indonesia yang sejak tahun 1415H/1995M sudahpun mula mengajar jurusan perbandingan mazhab kepada pelajarnya. Selain itu Huzaemah adalah juga ahli Majlis Fatwa Indonesia.

    [3] Syi'ah memiliki sejumlah dalil daripada al-Qur'an dan al-Sunnah bagi membenarkan mazhab mereka tersebut. Penulis dalam rangka mengusahakan sebuah buku yang khusus dalam menjawab hujah-hujah mereka yang insya-Allah akan disiapkan dengan judul: Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi'ah al-Rafidhah dalam persoalan al-Imamah.

    [4] Penulisan dalam bab ini hanya akan membicarakan sejarah Islam secara ringkas dengan perhatian ditumpukan kepada evolusi fiqh Islam dan perkara-perkara berhubung-kait dengannya. Sejarah politik, ekonomi, peradaban dan selainnya hanya akan dihuraikan secara ringkas jika memiliki kaitan dengan evolusi fiqh.

     Wassalam,

    Moderator.
     
    --- In Islamic-ebook@yahoogroups.com, Bahazin Yeop Harun Harun <bahaziin@...> wrote:
    >
    > Saya nak tanya, Rasul Allah ( Nabi Muhammad ) apa mazhab beliau ?
    >
    > 2010/5/25 Mohamed Yasir Bin Yacob (OS BE M QM SQE) <
    > mohamed.yasir@...
    >
    > > Hukum Tidak Terikat Dengan Mazhab
    > >
    > > Disiarkan pada May 21, 2010 dalam kategori Fatwa<http://drmaza.com/home/?cat=40>|
    > >
    > > [image: http://drmaza.com/home/wp-content/sinar3.jpg]

    > > *Soalan:* Dr Asri, saya membaca buku *Fekah as-Sunnah* karangan Sayyid
    > > Sabiq. Saya amat tertarik dengan perbahasan buku tersebut yang mengambil
    > > kira pendapat berbagai mazhab. Tapi, kawan saya melarang membaca buku
    > > tersebut. Dia memberitahu saya bahawa pendapat yang tidak mengikut Mazhab
    > > Shafie adalah sesat. Saya keliru, sebab saya juga diberitahu buku *Fekah
    > > as-Sunnah* diterima di seluruh dunia. Bolehkah Dr Asri huraikan masalah
    > > ini?

    > > *Kamaruzaman, Kuala Selangor.*

    > > *Jawapan Dr MAZA:*

    > > Saudara, wajib bagi kita umat Islam menghormati imam-imam akidah dan fekah
    > > dari semua aliran mazhab Islam yang muktabar. Sikap menyesatkan aliran
    > > mazhab fekah yang lain adalah sikap fanatik dan melampaui batas. Merujuk
    > > kepada masalah yang dikemukakan, saya tegaskan perkara-perkara berikut;

    > > 1. Kitab *Fekah as-Sunnah* adalah rujukan yang baik. Ia ditulis oleh tokoh
    > > ilmuwan besar al-Imam Sayyid Sabiq r.h atas cadangan al-Imam Hasan al-Banna
    > > r.h. Tujuan buku tersebut ditulis antaranya untuk membebaskan sikap fanatik
    > > mazhab yang wujud dalam kalangan umat Islam. Sebab itu adanya kata aluan
    > > Hasan al-Banna pada buku tersebut. Sayyid Sabiq sendiri menjelaskan tujuan
    > > bukunya untuk menghapuskan taksub mazhab dan khurafat yang menganggap bahawa
    > > pintu ijtihad telah tertutup. Buku ini amat baik untuk bacaan. Ia telah
    > > diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Sebahagian hadis dalam buku diberi
    > > komentar oleh al-Albani dalam bukunya *Tamam al-Minnah*.

    > >
    > > 2. Bermazhab dalam fekah itu bukan satu kesalahan. Namun fanatik mazhab
    > > adalah menyanggahi syarak. Imam-imam mazhab yang mulia seperti para imam
    > > yang empat dan selain mereka melarang sikap fanatik mazhab. Fanatik mazhab
    > > dalam ertikata berpegang dengan sesuatu pandangan dalam masalah fekah secara
    > > keras dan enggan melepaskannya sekalipun dirinya mengetahui bahawa pandangan
    > > tersebut salah, atau tidak berasas atau lemah, atau menyanggahi dalil syarak
    > > yang lebih kuat dan ada pendapat lain yang lebih benar atau kuat.

    > >
    > > Prof Dr. Muhammad Raft `Uthman menyebut:
    > >
    > > *"Taksub mazhab adalah sesuatu yang dibenci dan dilarang di sisi syarak.
    > > Ini kerana maksud taksub mazhab ialah seseorang beriltizam dengan pendapat
    > > tertentu dalam masalah syarak dan enggan berubah, sedangkan dalam masa yang
    > > sama –antara dirinya dengan Allah azza wajalla- dia sedar pendapat tersebut
    > > tidak sahih, atau lemah, dan mazhab lain, atau ahli fekah lain telah
    > > memberikan pendapat yang sahih. Namun dia meninggalkan pendapat yang sahih
    > > tersebut dan mempertahankan pendapat yang lemah lagi bertentangan dengan
    > > yang sahih. Ini sikap yang dikecam di sisi syarak, kerana seseorang itu
    > > wajib beramal dengan apa yang dia yakin benar dari segi dalil dan
    > > kesahihannya. Seseorang tidak boleh berpegang dengan sesuatu pandangan
    > > sedangkan dia tahu pandangan itu lemah, atau tidak sahih. (lihat: **al-Ta'asub
    > > al-Mazhabi Atharuhu `Ala al-Mazahib al-Islamiyyah**,
    > > http://www.al-forqan.net)*

    > > 3. Mengikut sesuatu mazhab seperti Mazhab al-Syafi'i atau Hanafi atau
    > > Hanbali atau Maliki selain mereka dari kalangaan imam-imam yang muktabar
    > > bukan satu kesalahan, namun bukan juga satu kewajipan untuk seseorang
    > > menentu diri mesti sentiasa bermazhab tertentu. Seseorang muslim wajib
    > > menghormati para imam dan juga pandangan-pandang mereka. Namun, kita
    > > dilarang untuk taksub yang menghalang kita untuk meneliti atau memahami
    > > pendapat yang pelbagai dari mazhab-mazhab Islam tersebut.

    > >
    > > Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
    > >
    > > *"Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam
    > > mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya.
    > > Ianya bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan
    > > mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh
    > > al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah tidak mewajibkan seseorang
    > > terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim
    > > bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan
    > > agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan
    > > seseorang ilmuan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah
    > > dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman
    > > sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca
    > > ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah
    > > sesiapa yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa
    > > yang tidak diwajibkan Allah ta'ala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari
    > > kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah
    > > yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu".( Al-Qaradawi: Dr
    > > Yusuf, **Kaif Nata'amal Ma' al-Turath**, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab
    > > Wahbah).*
    > >
    > >
    > >
    > > 4. Beraliran mazhab tertentu seperti orang Malaysia beraliran Mazhab
    > > al-Syafi'i, Pakistan beraliran Hanafi, Morocco beraliran Maliki dan Saudi
    > > beraliran Hanbali, tidak menjadi masalah. Namun yang menjadi masalah
    > > keengganan untuk akur kepada dalil yang diyakini dan sikap sudah menuduh
    > > orang yang beraliran lain sebagai sesat. Dr Wahbah al-Zuhaili dalam bukunya
    > > *Al-Rukhas al-Syar'iyyah* meletakkan satu tajuk: *Adakah beriltizam dengan
    > > mazhab tertentu perkara yang dituntut syarak?.*
    > >
    > > Beliau menyebut tiga pendapat. Namun beliau telah mentarjihkan (memilih)
    > > pendapat yang menyatakan tidak wajib. Kata beliau: "Kata majoriti ulama:
    > > Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian
    > > yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana
    > > mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti
    > > mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafi'i atau selainnya, maka tidak wajib dia
    > > berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab.
    Ini kerana tiada
    > > yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan RasulNya. Allah dan
    > > RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam
    > > tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan
    > > hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain.

    > >
    > > Firman Allah: (maksudnya): *"Maka bertanyalah kamu kepada Ahl al-Zikr jika
    > > kamu tidak mengetahui."* Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman
    > > sahabah dan tabi'in tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka
    > > bertanya sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang
    > > sahaja.

    > >
    > > Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut
    > > hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah.
    > > Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa
    > > kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan
    > > dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh.

    > >
    > > Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi
    > > Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu.
    > > Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang
    > > lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan –seperti
    > > yang dijelaskan-. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan
    > > sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan
    > > oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau
    > > pendetilannya". (Al-Zuhaili, Dr Wahbah, *al-Rukhas al-Syar'iyyah*, m.s.
    > > 17-19, Beirut: Dar al-Khair).

    > >
    > >
    > >
    > > 5. Maka, elakkanlah fanatik mazhab. Dalam masa yang sama kita menghormati
    > > para imam mazhab atas limpahan kesarjanaan mereka. Dr al-Qaradawi
    > > menjelaskan:

    > >
    > > *"Kebebasan kita dari sikap keras dalam bertaklid dan taksub mazhab
    > > tertentu tidak bermaksud kita mencerca mazhab-mazhab, atau menghina
    > > kedudukan para imam r.ahum. Ini tidak mungkin untuk dilakukan oleh seorang
    > > muslim yang mencium haruman ilmu. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah
    > > mengarang kitab yang bernilai lagi masyur mengenai hal ini. Beliau namakan
    > > Raf'u al-Malam `an al-Immah al-A'lam yang mana diterangkan dalamnya keuzuran
    > > buat para imam apabila mereka meninggalkan hadis. Beliau menjelaskan bahawa
    > > tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang sengaja menyanggahi RasululLah
    > > s.a.w., atau cuba berpaling dari sunnah baginda yang thabit…Namun yang kita
    > > maksudkan kebebasan dari mazhab ialah: seorang ahli fekah tidak mengikat
    > > dirinya dengan ikatan yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya. Maka
    > > dia hendaklah mengambil pandangan dari mana-mana mazhab sekalipun, yang
    > > didapati lebih kuat hujahnya berdasarkan penilaian syarak". (Al-Qaradawi,
    > > **Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu'asir**, m.s. 36).*
    « Last Edit: 01 March, 2011, 03:55:34 PM by suhaida77 »

    Reply #103 07 March, 2011, 05:19:43 PM
  • Publish
  •  :)

    Untuk mengikut mazhab lain pastikan dengan ilmu dan bukan dengan mengikut hawa nafsu iaitu mempermudah-mudah agama. Benar Islam itu mudah, namun bukan untuk bermudah-mudah. Apatah lagi belajar semata-mata berdasarkan internet. Lalu semuanya hendak dicampuradukkan menjadi mudah. Akhirnya nanti ada orang boleh kata... Aku sengaja sentuh perempuan nih, wuduk aku tak batal.. kerana aku takda nafsu terhadapnya (dengan menggunakan pendapat dari Mazhab hanafi kononnya). Atau "Halal kahwin mut'ah sebab dalam al Quran mana ada haramkan kahwin mut'ah (sebagaimana yang dilakukan oleh Syiah).

    Persoalan saya : adakah ini yang kita mahukan ?

    Mengambil pendapat yang paling mudah dari mazhab-mazhab lain ditakuti membawa kepada  talfiq mengikut hawa nafsu hukumnya adalah haram.

    Jika begitu ingin mempermudah-mudahkan Islam dengan alasan ikut sahaja al Quran dan Sunnah walaupun dalam keadaan jahil, maka jadilah syariat Agama Islam itu sendiri menjadi rosak akibat jatuh di tangan orang yang jahil juga.

    Saudari Suhaida membuat kesimpulan mudah dengan mengambil beberapa pandangan mazhab lain yang sebenarnya kita ambil melalui keputusan dari mufti di Malaysia seperti bayar dengan zakat dengan wang mengikut keperluan keadaan semasa bukan suka-suka bayar dengan wang. Kalau benar-benar mengikut sunnah maka kita tak boleh bayar dengan wang. Bahkan dengan makanan ruji setempat, jika di zaman Rasulullah kena bayar dengan tamar, gandum  dan matawangnya adalah dinar dan dirham. Adakah anda sudah mengikut sunnah ?


    Mengikut mazhab memang tiada disebut di dalam al Quran. Namun anda perlu ketahui bahawa

    ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman bermaksud :
    Quote
    "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui" -
    (Surah an Nahl:43)


    Para ulama telah sepakat bahawa ayat itu merupakan perintah kepada orang yang tidak mengerti hukum dan dalil agar mengikuti orang yang memahaminya. Seluruh ulama usul telah menetapkan ayat itu sebagai dasar pertama untuk mewajibkan orang awam agar taqlid kepada mujtahid.

    Bahkan mengikuti mazhab itu sebenarnya adalah mengikut pengasas mazhab yang diikuti oleh murid-muridnya dan para ulamak yang lain yang semuanya berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah.

    Sedikit pengisian yang saya ambil dari Dr Asmadi Mohamed Naim (Pensyarah dari UUM Sintok Kedah) -  B. Shariah di Jordan pengajian MIRKH (1998-99)dan PhD di UIAM pada dari 2000 hingga 2004 :

    Saya didatangi dengan soalan 'adakah mengikut mazhab itu wajib?'. Saya akan cuba menjelaskan secara ringkas.

    Secara khususnya, seseorang yang bertaraf mujtahid adalah dilarang mengikut mazhab sebaliknya hendaklah dia berijtihad berdasarkan dalil al-Quran dan sunnah.


    Bagaimana pula orang-orang awam?

    Sepakat ulama-ulama Usul (untuk diiktiraf ulama usul mereka mesti mahir quran & sunnah dan penafsirannya) mengatakan mazhab orang-orang awam ialah mazhab muftinya, kerana sekiranya didatangkan dalil kepada orang-orang awam, dia tidak tahu sahihnya atau dhaifnya; atau dia tidak tahu cara penghujahannya; dan dia juga tidak tahu nasikh atau mansukh. Akhirnya dia juga terpaksa bertaqlid dengan ustaz-ustaz untuk bertanya mana sahih, dan yang mana dhaif; atau bertanya maksudnya. Maka muqallid jugalah tu, Cuma berubah dari taqlid Imam-Imam mazhab kepada taqlid ustaz itu.

    Apabila ditanya kepada saya, adakah saya mengikut mazhab, saya katakan:

    Saya bukan mujtahid, jadi saya mengikut dan mengeluarkan pandangan kebanyakkannya berdasarkan mazhab Imam Shafie Rahimahullah seboleh mungkin.


    Saya ditanya lagi: Kalau begitu ustaz seorang muqallid (pentaklid) jugalah? Saya katakan:
    Antara muqallid dan mujtahid, ada martabat pertengahan iaitu 'muhafiz', iaitu berpegang pada pandangan mazhab, dengan juga melihat dalil-dalil. Kalau saya dapat sampai ke tahap ini, saya bersyukur banyak-banyak pada Allah SWT.

    Saya ditanya lagi: Kenapa Ustaz berpegang pada pandangan orang dah mati? Saya katakan:
    Ulama Usul sepakat membenarkan berpegang kepada pandangan orang yang sudah mati sebab yang mati ialah orangnya, tapi ilmunya tidak mati.

    Saya ditanya lagi: Kenapa Ustaz tak mengikut mana-mana profesor/Dr/Ustaz sekarang yang boleh bina mazhab sendiri? Saya jawab:
    Kenapa perlu saya berubah keyakinan dari orang yang dekat zamannya dengan Rasulullah SAW (العالي), kepada orang di zaman sekarang (النازل) yang saya tak tahu sejauh mana ketakwaan dia dan ilmunya!


    Saya ditanya lagi: Tak cukupkah ijazah PhD yang ustaz dapat untuk menjadi mujtahid? Saya akan katakan sambil gelak:
    Tidak ada pun ulama-ulama besar mensyaratkan ada PhD/Prof. Madya sebagai mujtahid. Setahu saya mereka mensyaratkan hafal al-Quran dan sunnah, tahu ijma' dan qiyas, mahir dalam usul fiqh, mahir bahasa Arab, tahu nasikh dan mansukh dan lain-lain beserta sifat taqwa! Sistem belajar sekarang, kalau saya kaji pasal kuman, saya mahir dalam kuman sahaja, belum lagi bidang lain. Untuk Prof. Madya/prof pula, kena tulis bagi masuk Jurnal-Jurnal terkemuka, buku-buku, buat kajian dan markah-markah persidangan, jawatan dan sebagainya. Tapi kalau banding dengan kitab-kitab ulama dulu yang tebal-tebal dan diiktiraf dalam pelbagai bidang, merah padam dan malu rasanya. Bersyukurlah kalau dapat menjadi hamba yang tahu dirinya......


    Saya ditanya lagi: Habis tu, ada orang mendakwa dia mampu berijtihad! Saya katakan lagi:
    Biarkan Si luncai terjun dengan labu-labunya....... adakah anda mahu terjun sama...silakan....tapi belum pasti selamat....

    Apa keperluan untuk mengambil pendapat Mazhab Maliki sedangkan ia bukan satu keperluan ? Dan dalam keadaan kita di Malaysia, majoriti Umat Islam adalah mengikut Mazhab Syafie ?

    Lihat panduan yang diberikan oleh Dr Wahbah Az Zuhaili mengenai orang yang ingin mengambil mana-mana pendapat dari mazhab yang lain :


    Harus bertaqlid kepada semua mazhab walaupun ini akan menyebabkan berlakunya talfiq ketika darurat, keperluan, tidak mampu dan uzur. Ini boleh dilakukan kerana menurut pendapat yang sah dalam Mazhab Maliki dan juga sekumpulan ulama Hanafi, mereka mengharuskannya. Begitu juga harus mengambil mazhab yang mudah ataupun menggunakan rukhsah (keringanan) jika keadaan memerlukan atau kerana sesuatu maslahat, kerana agama Allah adalah mudah dan tidak susah. (xliv)

    Walaupun demikian, tidak mencari rukhsah dengan tujuan yang sia-sia atau untuk memuaskan hawa nafsu sendiri, seperti seseorang itu memilih pendapat daripada mana-mana mazhab yang ringan tanpa sebarang keperluan atau keuzuran. (xlv)

    Ibnu Umar berkata : “Majlis fiqh adalah lebih baik daripada beribadat 60 tahun.” (xlvii)

    Sumber : FIQH & PERUNDANGAN ISLAM (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu al-Juz al-Awwal) oleh Syeikh Wahbah az-Zuhaili. Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain et al. Terbitan DBP-KPM-KL 1995 (setakan kedua)





    Reply #104 07 March, 2011, 05:24:07 PM
  • Publish
  • (Senyum) dah mengenali Insyallah dan Alhamdulilah...
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #105 07 March, 2011, 05:27:34 PM
  • Publish
  • Apa kata Dr Yusof Al Qardhawi mengenai Talfiq ?

    HUkum at Talfiq antara mazhab-mazhab.

    Soalan : Apakah hukum bertaqlid kepada seorang Imam dalam satu masalah dan kemudiannya bertaqlid kepada Imam lain dalam masalah yang lain pula?

    Jawapan : Inilah yang dinamakan talfiq. Sebahagian ulama membenarkannya dan sebahagian yang lain melarangnya. Pada pandangan saya. sekiranya talfiq ini bertujuan mencari hukum yang termudah dan yang bertepatan serta disukai oleh hawa nafsu tanpa mengira dalil, maka hukumnya adalah tidak harus.

    Para salaf telah berkata :
    Quote
    "Orang yang mencari rukhsah(Keringanan) daripada mazhab-mazhab adalah fasiq."

    Sebagai contoh : Seseorang yang mengambil pendapat mazhab tertentu apabila kepentingannya terdapat di dalam pendapat tersebut seperti seorang lelaki mengambil pendapat Abu Hanifah yang mengatakan jiran mempunyai syuf'ah bagi membolehkannya memiliki rumah jiran sebelahnya. Tetapi jika pendapat mazhab tersebut mendatangkan maslahat kepada jirannya, dia akan mengambil pendapat sebaliknya iaitu jika dalam masalah yang sebaliknya.

    Dia berkata : " Aku mengambil pendapat Imam Syafi'ie dan aku menolak pendapat lainnya." Ini adalah kerana dia mengikut hawa nafsunya, mempermain-mainkan agama dan menjadikan mazhab-mazhab sebagai hamba kepada kepentingannya.

    Seorang Mukmin sepatutnya sentiasa bersama-sama kebenaran sama ada kebenaran itu baginya atau ke atasnya (zahirnya menguntung atau merugikannya). ALlah telah mencela kaum Munafiq di dalam firmannya yang berertii :
    Quote
    "Dan (dia antara orang-orang yang tidak dikehendakinya ke jalan yang lurus ialah mereka yang berkata :"Kami beriman kepada ALLah dan kepada RasulNya serta kami taat, kemudian segolongan dari mereka berpaling (membelakangkan perintah ALLah dan Rasul) Sesudah pengakuan itu dan (Kerana berpalingnya Tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman. Dan (Bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada kitab ALlah dan sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta segolongan dari mereka berpaling engkar (menolak ajakan itu kiranya keputusan tidak menguntungkan mereka). Dan (sebaliknya) jika keputusan itu mmeberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya denan tunduk dan ta'at (menerima hukumannya)"
    (Surah An Nur : 47-19)

    Kaum ini mahukan kebenaran mengikut mereka, bukannya mereka mengikut kebenaran seperti yang dilakukan oleh Mukmin sebenar.

    Adapun sekiranya seseorang itu mengikut pendapat yang paling betul (rajih) pada pandangannya (dari segi dalil dan hujah) dan paling kuat pada penilaian hatinya, bolehlah dia mengikut pandangan Abu Hanifah yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wuduk, pandangan Syafi'e yang mengatakan bahawa keluar darah tidak membatalkan wuduk dan pandangan Maliki yang mengatakan bahawa Air tidak akan najis melainkan apabila berubah warna, bau atau rasa, setelah dia merasa tenang dengan dalil-dalilnya. - (Tambahan dari saya : Orang yang sebegini sebenarnya telah mencapai satu taraf sebagai mujtahid tarjih. Imam as Syatibi menyatakan :

    Ia belum mencapai tingkat ijtihad tetapi mampu memahami dalil dan mampu melakukan tarjih. Untuk golongan ketiga ini, kita perlu melihat keadaannya. Bila berkemampuan tarjihnya dapat dianggap memenuhi syarat, bererti ia adalah mujtahid sebab hakikat mujtahid hanyalah mengikuti ilmu dan menganalisisnya. Jadi orang yang mampu melakukan tarjih dan dapat diterima hasil tarjihnya adalah seorang mujtahid.

    Akan tetapi, bila tarjihnya masih belum dapat diterima, keadaannya adalah sama dengan orang awam. Hal ini kerana orang awam mengikut mujtahid untuk mendapatkan kebenaran ilmu yang tidak mampu ia lakukan sendiri. Demikianlah halnya orang yang tarjihnya masih belum diterima . ( Al I'tisham, susunan Imam Asy Syatibi, jilid III, hlmn 250))

    Inilah fatwa saya. Semoga ALlah memudahkan kita untuk memahami agama-Nya. Sesiapa yang ALlah hendak berikan kebaikan akan diberi kefahaman dalam agama. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Rujukan : Feqh Mu'asaroh - Fatwa Masakini Jilid 5&6 - Dr Yusuf al Qardhawi

    Kesimpulan : Sekiranya jika kita masih orang awam, dan bukan mujtahid. Maka wajiblah mengikut mufti-mutfi yang berkelayakan yang mengikut mazhab di Malaysia ini iaitu Mazhab Syafie. Sekiranya memang orang berkenaan memang mengikut Mazhab Maliki - maka bolehlah ia mengamalkan menurut fahaman mazhabnya dan kita saling berlapang dada. Namun silalah hormati mazhab Syafie yang diamalkan di Malaysia agar tidak berlaku permusuhan dan bertelingkah dalam perkara ini.

    WaLlahua'lam

    Reply #106 07 March, 2011, 05:35:17 PM
  • Publish
  • Quote
    ikut qawl utama mazhab Shafii dan satu qawl dalam mazhab hanbali, tangan basah pegang babi, kena samak.
    Ikut qawl lain dalam mazhab Shafii (pendapat imam nawawi) dan lagi satu qawl dalam mazhab hanbali tak payah samak, tapi kena basuh.

    ikut mazhab hanafi dan maliki, tak payah buat apa-apa. Cuma ikut mazhab hanafi, haram guna sebarang peralatan dari babi.
    ikut maliki, babi haram dimakan sahaja.


    berkenaan dengan jawapan saudara kepada sahabat kita ayatul ukhuwwah td....
    sy nk tny...kalau kita di malaysia pun.. x salah kan kalau kita nak ikut mazhab Maliki.....

    na ikut mazhab mana2 pun tak jadi masalah asalkan kita tahu dan faham akan hujanya..tapi bagi pandangan ana kebersihan itu asas keimanan jadi kan lebih baik kita membersihkan diri dengan yakin kerana babi, anjing telah jelas haramnya di dalam al-Qur'an sendiri..
    yakin itu lebih baik dari merasa was-was..
    « Last Edit: 07 March, 2011, 05:37:38 PM by mufidah »

    Reply #107 07 March, 2011, 05:39:59 PM
  • Publish
  •  :syukur:

    Saya merasakan cukuplah perkara ini dibahaskan menurut kadarnya kita sebagai ORANG AWAM. Saya lock topik ini ya. Maaf dan terima kasih ^_^

    Reply #108 10 March, 2011, 08:12:13 AM
  • Publish
  • asalamualaikum....
    Saya ada pertanyaan....
    3 blan yang lepas... semasa saya menyidai kain di tingkat atas saya ternampak seekor anjing lalu di lantai hadapan rumah saya yang basah,kesan tpak kakinya tidak jelas kerana lantai basah........ rumah saya tidak berpagar kerana tinggal di kuarters kerajaan dan saya tidak mengambil apa2 tindakan kerana dikawasan itu memang ada anjing2 yang sentiasa berkeliaran....... selepas 3 @ 4 jam suami saya dan kawan2nya lalu disitu untuk ke rumah ustaz disebelah(rumah saya semi-d). lantai tersebut telah kering dan tidak meninggalkan kesan tetapi kasut mereka basah kerana pijak di kawasan yang basah sebelum pijak lantai tersebut...saya memberi tahu suami tentang hal tersebut dan suami bertanya kepada ustaz disebelah rumah...jawapan yang diberikan ialah tk perlu disamak kerana ia merupakan suatu yg dimaafkan...

    1) benarkah begitu...?
    2)jika pendapat ustaz berlainan.. apa yg perlu saya lakukan memandangkan saya dan suami serta yg lain telah lalu lalang dikawasan tersebut seblum ini...
    3) setelah mendengar jawapan itu saya masih was2 tetapi saya kuatkan hati menegaskan dlm hati bhwa tempat itu telah kering dan tidak meninggalkan apa2  kesan...cuma rasa was2 itu datang kembali...apa yg perlu saya lakukan..

    Saya telah mengalami penyakit was was sangat kronik selepas melahirkan anak pertama.... soalan saya adakah yakin saya ini boleh diterima...mcmmana kita boleh pastikan yakin yang disebabkan gangguan /hasutan jin dan syaitan


    wasalam...........



    Reply #109 10 March, 2011, 10:59:25 AM
  • Publish
  •  :)
    bismillahirrahmanirrahim...
    rsnye jln yg trbek elah dgn mhilangkan rs was2 2 dgn samk tmpt yg terbabit. samak nmpk cm sush dbuat tp sebenrnya sgt mudah dlkukn krn mggunakn air bcmpur tnh yg mdh ddpti skali shj. tp tnh tsebt hndklah diyakini suci!! kmudian air mutlk(air paip) 6kli. xperlu berus@gosok pd tmpt tersebut melainkn hnya perlu menjirus air tsbt pd tmpt yg terkna njis muqallazoh e2.
    waallahu'alam..

    Reply #110 10 March, 2011, 11:10:06 AM
  • Publish
  • :)
    bismillahirrahmanirrahim...
    rsnye jln yg trbek elah dgn mhilangkan rs was2 2 dgn samk tmpt yg terbabit. samak nmpk cm sush dbuat tp sebenrnya sgt mudah dlkukn krn mggunakn air bcmpur tnh yg mdh ddpti skali shj. tp tnh tsebt hndklah diyakini suci!! kmudian air mutlk(air paip) 6kli. xperlu berus@gosok pd tmpt tersebut melainkn hnya perlu menjirus air tsbt pd tmpt yg terkna njis muqallazoh e2.
    waallahu'alam..


    [error]Mohon betulkan ejaan agar mudah dibaca. Biarlah ilmu yang ingin kita sampaikan itu difahami dan tidak silap tafsir disebabkan oleh kesalahan ejaan. Jangan gunakan singkatan ejaan. Patuhi peraturan berforum di Halaqahnet. 

    ETIKA BERFORUM

    1.1.    Gunakan huruf besar pada permulaan perkataan,
              pada permulaan perkataan selepas noktah dan nama khas.

    1.1.1.  Dilarang Bahasa 'Rojak'
    1.1.2.Dilarang menggunakan singkatan ejaan perkataan. Eja perkataan dengan betul.[/error]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #111 10 March, 2011, 11:33:51 AM
  • Publish
  •  :)
    Maaf atas bahasa yang kurang sesuai.
    Tentang perihal was-was tersebut, lebih meyakinkan jika dapat menghilangkn rasa was-was dengan menyamak bahagian yang terbabit. Samak bukanlah sukar bahkan mudah untuk dilakukan kerana menggunakan air bercampur tanah yang sangat mudah didapati. Namun harus diyakini tanah tersebut adalah suci. Kemudian disusuli dengan air mutlak(air paip) sebanyak 6 kali. Mudah sahaja....
    namun begitu, sedikit perkongsian jika kasut terkena najis memadailah jika disucikan dengn tanah. Seperti mana
    Nabi Muhammad saw:
    "(mafhumnya) jika salah seorang daripada kami terpijak kotoran dengan seliparnya, maka tanah adalah sebahagian penyuci baginya." -riwayat Abu Daud-
    waallahu'alam.

    Reply #112 10 March, 2011, 02:09:54 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum saya juga ada masalah seperti puan ... cuma perbezaan nya... anjing ditaman selalu tidur dibawah kereta saya ..... dan selalu bekeliaran di depan rumah saya...  mahu pun basah atau tidak basah itu adalah sebab hujan ..... ....... dan depan rumah saya punyai pasir....

    Reply #113 26 March, 2011, 11:42:56 PM
  • Publish
  • [info][11:33:34 PM] ucree: apakah...dari segi hukum..tentang permasalahan ...orang Islam kita yang suka menyentuh anjing....dan saya ada satu kenalan di pejabat dan dia ada memelihara haiwan tersebut di tempat kerja....dan ini ...menimbulkan..keadaan yang kurang menyenangkan...

    [11:35:06 PM] ucree: beliau..ada menyentuh haiwan tersebut....dan selepas menyentuh haiwan tersebut ..beliau menyentuh segala peralatan di pejabat sebagai contoh....tombol pintu....dan talipon...

    [11:35:42 PM] ucree: apa pendapat...teman2 dan sahabat sekelian...?

    [11:36:50 PM] ucree: apa hukum...mengenai..perkara tersebut....?

    [11:39:20 PM] ucree: dari segi sentuhan di antara tangan dan anjing tersebut...dalam keadaan kering.....dan beliau...tanpa melakukan samak.....menyentuh...tombol pintu ......dan orang lain pun menggunakan tombol pintu tersebut.....

    [11:40:36 PM] ucree: saya ingin bertanyakan kepada teman2.....dari segi hukum..macam mana ....jikalau...kita ...tahu...yang beliau...memegang tombol pintu itu....

    [11:41:47 PM] ucree: lepas tu ada pulak mamat tangan dia basah pegang tombol pintu..tu.....macam mana...?

    [11:43:14 PM] ucree: adus..takan....taip2 hari kena pakai..sarung tangan plastik...

    [11:44:09 PM] ucree: nak tegur...nanti masam muka....pulak...[/info]


    Sila baca thread ini dari awal...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Reply #114 31 August, 2011, 03:43:28 PM
  • Publish
  • bagaimanakah cara basuh najis anjing[ mughalazah] mengikut imam malik. dan adakah harus kita ekut akannya[ kita mazhab syafiein ]

    Reply #115 31 August, 2011, 03:45:52 PM
  • Publish
  • bagaimanakah cara basuh najis anjing[ mughalazah] mengikut imam malik. dan adakah harus kita ekut akannya[ kita mazhab syafiein ]

    :)

    Ya Allah..ikut je la mazhab syafi'i..ade problem ke nak ikut mazhab syafi'i dalam bab ni..?

    Reply #116 31 August, 2011, 09:41:15 PM
  • Publish
  • saya ingin tahu kerana kawan kawan  saya tanya .saya tidak boleh jawab.

    Reply #117 31 August, 2011, 10:04:52 PM
  • Publish
  • silakan membaca di sini  Permasalahan Berkaitan  Anjing  dan Babi

    hendakkan kemudahan, carikan keyword, dan type di Carian ya

    inshallah

    Reply #118 31 August, 2011, 10:06:26 PM
  • Publish
  • kita ikut mazhab syafie kita kalu boleh ikut je,tapi jangan menyalahkan mazbab lain

    Reply #119 12 September, 2012, 09:35:07 PM
  • Publish
  • Salam,

    Saya sedang berkerja dan anjing banyak berkeliaran di kawasan berkerja saya...kebetulan saya ternampak anjing berdekatan dengan peralatan saya berkerja...dan kami perlukan peralatan tersebut untuk membuat kerja.saya khuatir jika peralatan saya terkena anjing atau najis anjing seperti tahi atau kencing. setelah menggunakan peralatan itu saya was-was mengenai samak. Soalan saya:

    1-adakah perlu saya samak tangan yang memegang peralatan tersebut.
    2-adakah perlu saya samak anggota lain jika tangan saya terpegang anggota badan saya yang lain.
    3-adakah perlu saya samak pakaian saya jika saya terpegang baju saya.

    Sekian Wasalam

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    1987 Views
    Last post 22 June, 2012, 11:07:28 PM
    by Yuzie
    132 Replies
    48150 Views
    Last post 02 November, 2012, 06:46:55 AM
    by al_ahibbatu
    53 Replies
    21223 Views
    Last post 06 May, 2014, 11:22:10 AM
    by al-baab