Permasalahan Berkaitan Anjing dan Babi

Author Topic: Permasalahan Berkaitan Anjing dan Babi  (Read 47462 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

masri

  • *
  • Posts: 28
    • View Profile
01 June, 2007, 06:43:28 PM
  • Publish Di FB
  •  Assalamualaikum,

    Ada anjing jilat bucu pagar rumah. Esoknya hujan lebat. perlukah saya membasuh (menyertu) pagar tersebut? Dikhuatiri terkena badan semasa ianya basah.jawapan:

    Wassalam

    al-Jawab

    Jilatan anjing yang telah terkena hujan, maka dinding itu menjadi suci; inilah pendapat Syafi’iy (Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal); Ibn Qayyim (Ighasah alLahafan, Jld 1, ms 155) berpendapat jika najis itu terkena panas matahari dan tiupan angin pun telah menghilangkan najis itu. Syaikhul Islam Abul Abbas Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 1 ms 475) berpendapat sesungguhnya najis yang lenyap dengan apa jua secara tabi’iy termasuk panas matahari, angin, atau hujan, maka hilanglah hukum najis ke atasnya.” WA

    anjing jilat pagar « Koleksi Soal Jawab Agama

    mmas_forever1991

    • *
    • Posts: 263
      • View Profile
    Jawab #1 24 July, 2007, 06:47:27 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    Ada anjing jilat bucu pagar rumah. Esoknya hujan lebat. perlukah saya membasuh (menyertu) pagar tersebut? Dikhuatiri terkena badan semasa ianya basah.jawapan:

    Wassalam

    al-Jawab

    Jilatan anjing yang telah terkena hujan, maka dinding itu menjadi suci; inilah pendapat Syafi’iy (Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal); Ibn Qayyim (Ighasah alLahafan, Jld 1, ms 155) berpendapat jika najis itu terkena panas matahari dan tiupan angin pun telah menghilangkan najis itu. Syaikhul Islam Abul Abbas Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 1 ms 475) berpendapat sesungguhnya najis yang lenyap dengan apa jua secara tabi’iy termasuk panas matahari, angin, atau hujan, maka hilanglah hukum najis ke atasnya.” WA

    http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/01/anjing-jilat-pagar/


    agama islam itu mudah dan

    tidak menyusahkan
    yang hak itu hak , yang batil itu batil
    http://fightforjusticeforever.blogspot.com/

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #2 04 April, 2009, 02:48:24 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    Ustaz,

     Saya bekerja dengan orang islam tetapi pejabat berhampiran kedai Cina. Apa yang patut saya lakukan kerana tiap-tiap hari kereta saya bersentuhan dengan anjing, kerana anjing berkeliaran dan milik  tuan kedai Cina tersebut. Malahan anjing tersebut juga pernah tidur di bawah kereta saya. Adakah saya perlu samak kereta saya ? Jika perlu, bagaimana ? Boleh ustaz terangkan cara-caranya.

     Terima Kasih

    Wassalam

    -----------------------------------------------------------------

    w.salam

    Dalam kedaan seperti yang saudara ceritakan, tidak wajib membasuh kereta saudara samada bahagian atas atau bahagian bawah kereta melainkan jika terlihat najis dari anjing tersebut melekat pada kereta saudara.

    Jika memang ada najis dari anjing tersebut itu terkena pada pintu kereta misalnya maka buanglah najis itu terlebih dahulu. Kemudian basuh tempat yang kena najis itu dengan air tanah dan dibasuh pula selepas itu dengan 6 kali basuhan air bersih.

    wallahua'lam
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #3 25 April, 2009, 02:19:22 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum Ustaz ,
    saya baru beli kereta 2nd hand , pemilik sebelum bangsa cina . selepas beli timbul perasaan was was dalam hati berkaitan dengan najis berat ( air liur anjing dan bekas tangan makan daging babi )

    Bagaimana cara untuk menyucikan bahagian dalaman kereta tersebut ? . masa beli tak terfikir pun masalah najis ini , dok berahi ke sunroof dan leather seat . sekarang dlm proses mencari no tel pemilik tersebut untuk mendapatkan kepastian ( belum pasti samaada boleh dapat no tel tersebut )

    Boleh kah di lap dengan air tanah kemudian di lap pula dengan air bersih , atau wajib basuh ngan air tanah ?

    Tolong ustaz , tolong bagi jernih sikit .....

    Jawapan
    Tak wajib basuh ngan air tanah jika tidak yakin kena najis berat tetapi sunat dibilas dengan air bersih sekali atas jalan mengambil cermat.


    icahmanja

    • *
    • Posts: 41
      • View Profile
    Jawab #4 28 May, 2009, 05:17:19 PM
  • Publish Di FB
  • Salam,

    Dua hari lepas, saya menerima panggilan daripada seorang kawan yang dia termakan sos speghetti
    yang mengandungi daging tu. Dia menangis-nangis kerana terlalu terkejut dan menyesal kerana tidak
    berhati-hati semasa membeli sos tersebut. Ceritanya lebih kurang macam ni la...

    Dia bagitau saya yang anak-anaknya suka sangat makan speghetti. Memandangkan semua bahan-bahan
    memang tersedia ada, dia pun masaklah. Lagipun katanya masak speghetti ni senang, sebab sosnya
    memang siap jual. Tak susah nak buat. Bahan pun tak banyak pakai. Bila dah siap masak...pakat-
    pakat makan. Kawan saya setakat rasa masam dan masin je.

    Anak-anak yang makan lebih..cuma rasa tak sedap hati tu bila anak-anak cakap..sedap sangat daging
    yang kawan saya bubuh dalam mee tu. Dia terkejut...yang dia tahu, dia hanya letak udang je.
    Anak-anak cakap daging tu rasa masin-masin sikit..Bila rasa pelik, dia pergi ambil sos tu dan baca
    bahan-bahannya : tomato, bla-bla, .....pork minced meat.

    Masa tu juga dia termuntah..taubat tak nak makan spegetthi lagi. Mohon pandangan sahabat-sahabt di halaqah.
    Macam mana nak buat kalau dah jadi macam ni...


    « Last Edit: 23 June, 2010, 07:19:31 AM by Ummi Munaliza »

    efa_reeza

    • *
    • Posts: 113
      • View Profile
    Jawab #5 28 May, 2009, 09:48:19 PM
  • Publish Di FB
  • salam,

    tak silap ana jenama prego...memang tak suka makan spageti.perut tak dapat terima la makanan macam tu.cepat muak rasanya.

    hairil.abubakar

    • *
    • Posts: 422
      • View Profile
    Jawab #6 28 May, 2009, 09:55:18 PM
  • Publish Di FB
  • salam,

    tak silap ana jenama prego...memang tak suka makan spageti.perut tak dapat terima la makanan macam tu.cepat muak rasanya.

    prego ada yang pork ke? prego ni jenama untuk syarikat campbell's, setahu saya untuk malaysia semuanya halal. kalau salah, harap dapat betulkan.

    tapi memang ada sos spaghetti lain yang ada pork, cuma jenama lain je.
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al-Furqan: 74] http://hairilabubakar.blogspot.com/

    shaniza

    • *
    • Posts: 216
    • Ya Allah Engkaulah Maksudku, keredhaan Mu impianku
      • View Profile
    Jawab #7 28 May, 2009, 10:32:10 PM
  • Publish Di FB

  • Salam,

    Dua hari lepas, saya menerima panggilan daripada seorang kawan yang dia termakan sos speghetti
    yang mengandungi daging tu. Dia menangis-nangis kerana terlalu terkejut dan menyesal kerana tidak
    berhati-hati semasa membeli sos tersebut. Ceritanya lebih kurang macam ni la...

    Dia bagitau saya yang anak-anaknya suka sangat makan speghetti. Memandangkan semua bahan-bahan
    memang tersedia ada, dia pun masaklah. Lagipun katanya masak speghetti ni senang, sebab sosnya
    memang siap jual. Tak susah nak buat. Bahan pun tak banyak pakai. Bila dah siap masak...pakat-
    pakat makan. Kawan saya setakat rasa masam dan masin je.

    Anak-anak yang makan lebih..cuma rasa tak sedap hati tu bila anak-anak cakap..sedap sangat daging
    yang kawan saya bubuh dalam mee tu. Dia terkejut...yang dia tahu, dia hanya letak udang je.
    Anak-anak cakap daging tu rasa masin-masin sikit..Bila rasa pelik, dia pergi ambil sos tu dan baca
    bahan-bahannya : tomato, bla-bla, .....pork minced meat.

    Masa tu juga dia termuntah..taubat tak nak makan spegetthi lagi. Mohon pandangan sahabat-sahabt di halaqah.
    Macam mana nak buat kalau dah jadi macam ni...




     :)
    Cerita ni pun pernah berlaku pada kawan kepada kawan ummi sha.
    Kawan kepada kawan ummi sha ni buat jamuan dan masak speghatti juga..
    selepas semua orang balik dia sendiri pun nak makanlah..anak dia makan dulu dan cakap dagingnya rasa lain..
    dia pun rasa dan lihat daging tu dan kemudian baru tengok label..(ni beli kat pasaraya Muslim la)
    rupanya sos PREGO dalam botol tu ada daging babi..dan tak ada tanda halal pun..
    Nak buat macam mana? Kena taubat dan minta ampun kepada Allah.

    Persoalannya kenapa sos Prego yang ada tanda halal dicampurkan dengan yang tak halal?
    Kenapa pengusaha pasaraya tu tak peka tentang hal ini?
    Hmm..bila nak beli barang pastikan tanda halalnya ada dan tanda halal yang sah..
    Bagi mendapatkan info tambahan, layari blog-blog ummi sha
    http://sarimahshaniza.blogspot.com/

    aqwadiniy

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #8 20 November, 2009, 03:04:41 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Disini ana ingin mengemukakan soalan,

    1)bolehkah kita menggunakan air lumpur yang bercampur dgn simen@kapur?
    2)adakah air basuhan najis mughazzah itu dikira air mutanajis?bagaimana pula jika air tersebut terpercik kepada anggota tubuh kita, adakh perlu disamak?
    3)bagaimanakah dikira najis mughallazah itu?adakah jika kita memegang anjing dengan tangan dikira perlu dibasuh dengan basuhan utk najis mughallazah?(dalam hal ini tangan yg menyentuh dan tmpat disentuh pada anjing tersebut adalah kering).

    Syukran min ana..ana harap para ilmuan dapat mnjawab permasalah yang bermain d fikiran ana..terima kasih :-)
    « Last Edit: 29 November, 2009, 01:36:18 PM by Ummi Munaliza »
    "azab Allah itu amat SEKSA & syurga itu sungguh SELESA"

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 29 November, 2009, 02:04:48 PM
  • Publish Di FB

  • Jika kita lihat hadith berikut huraian mengenai air tanah...

    Membersihkan Najis Mughallazah

    Hadith :
    Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w;”Membersihkan bejana yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah." (Muslim)
     
    Huraian

    Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
    1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
    2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampurkan dengan air.
    3. Gunakan air mutlak untuk basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

    Sumber hadith : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1498

    Quote
    1)bolehkah kita menggunakan air lumpur yang bercampur dgn simen@kapur?

    Air lumpur yang bercampur kapur dan simen bukan lagi dari tanah yang bersih.

    Quote
    2)adakah air basuhan najis mughazzah itu dikira air mutanajis?bagaimana pula jika air tersebut terpercik kepada anggota tubuh kita, adakh perlu disamak?


    Ia seperti juga jika najis anjing yang bercampur air kemudian terpercik pada pakaian, perlu di samak.


    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #10 29 November, 2009, 02:08:00 PM
  • Publish Di FB
  • Quote
    3)bagaimanakah dikira najis mughallazah itu?

    Najis Mughallazah (Berat)

    Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:

       1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
       2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
       3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

    Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:

    "Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 29 November, 2009, 02:47:08 PM
  • Publish Di FB
  • Quote
    Adakah jika kita memegang anjing dengan tangan dikira perlu dibasuh dengan basuhan utk najis mughallazah?(dalam hal ini tangan yg menyentuh dan tmpat disentuh pada anjing tersebut adalah kering).

    1. Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan najis. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah, maka dikira najis dan ianya wajib disamak.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 29 November, 2009, 04:42:21 PM
  • Publish Di FB
  • Kenapakah Daging Khinzir Dianggap Najis?

    Ramai orang yang membuat rumusan bahawa daging khinzir adalah najis kerana ia adalah binatang yang lazimnya memakan kotoran dan hidup di habitat yang kotor. Oleh itu memakan daging khinzir akan membawa kesan yang negatif kepada manusia. Ini adalah pendapat yang berdasarkan logik yang mudah serta penemuan sains yang tidak muktamad. Sebab pada realitinya banyak manusia yang memakan daging khinzir tanpa menghadapi apa-apa kesan negatif daripadanya. Pada waktu yang sama ada manusia yang menerima kesan negatif kerana memakan daging lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Lalu bagaimanakah hendak dineracai hakikat ini?

    Hal ini sebagaimana pendapat sebahagian orang yang mengatakan terdapat virus pada air liur anjing sehingga dengan itu kita diwajibkan samak daripada jilatannya. Akan tetapi pada realitinya anjing lazim menjilat orang yang memeliharanya sebagai binatang kesayangan dan kita tidak melihat apa-apa kesan negatif kepada mereka.

    Yang benar istilah najis itu sendiri memiliki banyak maksud di dalam bahasa Arab. Yang penting bagi kita ialah menjauhinya, bukan kerana logik atau penemuan sains tetapi kerana “Kami dengar dan kami taat” terhadap perintah larangan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Ini kerana perintah larangan Allah adakala memiliki alasan logik di sebaliknya, adakala memiliki alasan ilmiah di sebaliknya dan adakala memiliki alasan ujian bagi orang yang beriman. Bukankah Allah telah berfirman:
     

    Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (bagi kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.

    [al-Mulk 67:02]


    Syaikh Yusuf al-Qaradhawi memperincikan hakikat ini:

    Mungkin ada beberapa orang yang mempersoalkan, kotoran apa yang terdapat di dalam khinzir? Sebagaimana yang kami katakan mengenai air liur anjing, maka demikian juga kami katakan mengenai daging khinzir. Kita terikat oleh perintah larangan serta beban syari‘at sama ada kita mengetahui alasannya atau tidak. Ini merupakan bentuk ujian terhadap keimanan kita semua. Apakah kita taat kepada Tuhan kita atau kita taat terhadap akal kita? Sesungguhnya kewajipan kita adalah mengatakan apa yang diperintahkan kepada kita walaupun kita tidak mengerti maknanya. Kita mendengar dan kita taat. Kita meminta ampun kepada-Mu wahai tuhan dan kepada-Mu kita kembali. [Fikih Thaharah, ms. 28]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #13 29 November, 2009, 06:33:03 PM
  • Publish Di FB
  • Pengharaman Anjing Dan Khinzir Dalam Islam

    Di dalam Al-Quran, Allah mengkategorikan khinzir sebagai binatang yang haram dimakan. Adapun anjing merupakan binatang yang membawa najis mughallazah (najis yang berat). Kedua-dua binatang ini adalah haram bagi umat Islam.

    Namun perbahasan mengenai anjing agak panjang di kalangan ulama. Ini kerana ada ketikanya anjing boleh dimanfaatkan seperti mengajar memburu dan membantu di dalam menjalankan siasatan seperti mana anjing-anjing yang diajar oleh polis untuk mengawal keselamatan dan sebagainya.

    Dalam pengharaman khinzir pula Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Baqarah: 173)

    Di dalam memanfaatkan anjing Allah berfirman yang bermaksud: "Mereka menanyakan kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu [1]. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu [2] dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya) [3] dan bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya." (Al-Maidah: 4)

    [1] Maksudnya: binatang buas itu dilatih menurut kepandaian yang diperoleh daripada pengalaman; fikiran manusia dan ilham daripada Allah tentang melatih binatang buas dan cara berburu.

    [2] Iaitu: buruan yang ditangkap binatang buas semata-mata untukmu dan tidak dimakan sedikitpun oleh binatang itu.

    [3] Maksudnya: pada waktu melepaskan binatang buas itu disebut nama Allah sebagai ganti binatang buruan itu sendiri menyebutkan waktu menerkam buruan.

    Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah." (Riwayat Muslim)

    Adapun pengharaman anjing dapat dilihat melalui hadis Rasulullah S.A.W di atas. Walaupun pada asasnya hadis ini menyuruh kita membersihkan bekas yang dijilat anjing tetapi ia membawa maksud yang luas sehingga para ulama mengistinbatkan (mengeluarkan hukum) bahawa jika mulutnya dikira membawa najis apatah lagi tubuhnya, serta apa-apa sahaja yang keluar daripada anjing dihukum najis.

    Mengikut pendapat Al-Syafieyyah jika anjing itu kering ia boleh disentuh, jika basah tidak boleh. Ini kerana kemungkinan kuman menjadi aktif dan mudah berpindah ke tubuh badan manusia. Adapun mazhab Al-Malikiyyah berpendapat yang haram pada anjing hanyalah apa-apa yang keluar dari mulutnya sahaja ini kerana hadis Nabi S.A.W di atas menyuruh kita menyamak bekas yang terkena air liur anjing sahaja.

    Suruhan Rasulullah supaya bekas yang terkena air liur anjing disamak kerana mulut adalah tempat anjing memakan pelbagai benda serta terdedah kepada kekotoran, maka dilihat bahawa yang membawa bahaya adalah apa-apa yang keluar dari mulut anjing dan bukannya badan anjing tersebut. Kedua-dua ayat di atas serta hadis Rasulullah S.A.W jelas kepada kita bahawa kedua-dua binatang itu adalah haram dalam Islam.

    Dari sudut bahayanya pula kita sedia maklum akan bahaya gigitan anjing. Kesan gigitan anjing, jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia.

    Ini terbukti dari kajian yang diterbitkan di dalam jurnal sains barat, di mana mereka telah mengkaji tentang bahaya anjing sebagai binatang peliharaan.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #14 29 November, 2009, 09:42:36 PM
  • Publish Di FB

  • Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran, tidak akan jumpa dalilnya. Bagi orang Islam sumber syariah selain daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma'‚ Ulama'. 

    Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan, perkataan dan hal yang didiamkan oleh Rasulullah SAW. Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan Al-Quran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt juga, Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis, Qias dan Ijma' adalah hukum yang sah dan wajib diterima pakai di sisi syariat Islam.

    Begitulah juga di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut kewajipan solat sehari semalam sebanyak lima kali dan 17 rakaat. Al-quran juga tidak menyebut berkaitan dengan najis yang dimaafkan, kotoran manusia dan air kencing. Walaupun al-Quran tidak menyebutnya, tetap kita mengatakan ianya bernajis dan tidak boleh dimakan atau minum. Begitulah juga apabila seseorang selesai membuang air kecil atau besar tidak terus menunaikan solat walaupun al-Quran tidak menyebut kenajisannya. Hal ini kerana najis demikian disebut dalam sunnah Nabawiyah.

    Dalam memahami syariah Islam, kita diharamkan hanya berdalil pada Al-Quran sahaja tanpa melihat kepada sunnah Nabawiyah. Kufur kepada sunnah Nabawiyah sama seperti kufur kepada Al-Quran. Karena sunnah Nabawiyah itu bersumber dari wahyu Allah SWT juga.

    Adapun dalil dari sunnah Nabawiyah yang telah diterima semua ulama tentang najisnya air liur anjing adalah sebagai berikut:

    Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,`Sucinya bekas kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali." Menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salah satunya dengan tanah."

    Maka seluruh ulama sepakat bahawa air liur anjing itu najis, bahkan kedudukan najisnya adalah najis yang berat (mughallazhah), kerana untuk mensucikannya dengan menggunakan tujuh kali air dan salah satunya dengan menggunakan air tanah, sama seperti najis babi.

    Bagi Mazhab As-Syafiyah dan Al-Hanabilah sepakat mengatakan bahawa bukan hanya air liurnya sahaja yang bernajis, tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat, termasuk air peluhnya. Bahkan haiwan lain yang kahwin dengan anjing, akan ikut hukum yang sama juga (iaitu najis yang berat). Pada pandangan Syafiiyah , badan,  air liur dan mulut anjing adalah najis kerana sumber air liur itu datangnya dari badan. Maka badannya itu juga merupakan sumber kepada najis. Termasuklah air yang keluar dari tubuh badan anjing itu sendiri seperti air kecil, air besar dan peluhnya.

    Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadis lain seperti: Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda,"Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny).

    Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis. Wallahua'lam.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 30 November, 2009, 09:56:21 PM
  • Publish Di FB
  • Kucing tidak najis tapi bulu kucing yang gugur tu najis kan? Tak boleh solat jika pakaian kita terlekat bulu kucing kan?


    Bulu kucing yang telah gugur dari tubuhnya adalah najis. Rujuk di sini:

    BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

    Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati.
    Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

      HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

    Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.

    Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu  yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

    Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.

    Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

    Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.

    Sumber : Mufti Brunei

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Jawab #16 30 November, 2009, 10:11:33 PM
  • Publish Di FB
  • Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah

     Soalan 11

    Apakah hukum orang yang memakai kasut yang diperbuat daripada kulit babi? Adakah anggota yang bersentuh dengan kasut itu ternajis? Adakah wajib di atasnya menyamak anggota ternajis itu, oleh sebab sekarang baru ia sedar bahawa kasutnya itu diperbuat daripada kulit babi sedangkan kasut itu telah dipakainya sejak beberapa lama, maka apakah hukum sembahyangnya yang fardu dan yang sunat yang dikerjakan selama ia menggunakan kasut itu? Anggota yang ternajis itu manakala basah dengan sebab mandi atau sebagainya tersentuh dengan lantai rumah atau pakaian maka adakah benda-benda yang tersentuh dengannya itu menjadi ternajis juga dan wajib dibersihkan dengan cara membersihkan sesuatu yang terkena najis mughallazah?

     

    Jawapan

    Hukum memakai kasut yang diketahui diperbuat daripada kulit babi itu haram, anggota yang tersentuh dengan bahagian-bahagian kasut yang diperbuat daripada kulit babi jadi ternajis jika mana-mana satu anggotanya atau kulit itu basah wajib dibasuh dengan tujuh kali basuh dengan air yang suci lagi menyucikan satu daripadanya dicampur dengan tanah yang bersih dan bukan yang telah digunakan bagi umpama tayammum, adapun tempat-tempat atau benda-benda yang disyaki disentuh/tersentuh maka tiadalah dihukum najis bahkan dihukum suci, ini adalah diqiaskan kepada masalah bilik mandi yang dimasuki anjing dan tiada pernah dibersihkan dan manusia selalu masuk dan mandi di dalamnya beberapa lama dan bersimbah najis kepada tikar-tikar, tuala dan lain-lain di dalamnya, maka apa-apa yang diyakinkan terkena simbahan najis maka dihukum najis dan jika tiada maka dihukum bersih/suci, dan jika menunai seorang itu akan sembahyang fardu dengan najis yang tiada dimaafkan yang ia tiada tahu sama ada pada badannya atau pakaiannya atau tempatnya wajib di atasnya qodha sembahyang itu manakala diketahuinya dengan yakin bahawa sembahyangnya itu berserta dengan najis dan dikehendaki dengan qodha itu ialah, ia’dat ( mengulangi ) di dalam waktu atau kemudiannya kecuali jika ada ihtimal adanya najis itu kemudian daripada sembahyang maka tiadalah wajib diqodhakan ( ia’dah ) sembahyang itu tetapi disunatkan dan sembahyang-sembahyang fardu yang wajib diqodha ( ia’dah ) ialah sembahyang yang pada zhonnya dilakukan selepas daripada ia mula memakai kasut yang diperbuat daripada kulit najis itu.

    http://mufti.kedah.gov.my/readfatwa.php?fatwa_id=35

    Fatwa Kerajaan Mufti Sabah:-

    Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 8, Enakmen Fatwa Negeri Sabah 2004 sebagai berikut :-

    1. Di sisi Syarak Khinzir / Babi merupakan najis ‘Ain dan termasuk di dalam najis yang berat ( mughalazah )

    2. Seluruh angota Khinzir / babi adalah najis seperti kulit, bulu, tulang, daging dan apa-apa bahagian daripadanya.

    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1469

    Tarikh Hantar Soalan: 29/04/2008 10:00 AM
    Soalan   :

    asslamualaikum...
    saya nak tanya berkaitan isu khinzir atau babi.Ada rakan mengatakan, Didalam Quraan, Allah hanya haramkan kita memakan daging babi. Yang lain tak diharamkan. Kalau kita membuat hukum sendiri, itu dikatakan bidaah.Dan ada rakan yg lain pula mengatakan khinzir bkn shj HARAM d MAKAN...tp...HARAM jugak DISENTUH... sbbtula khinzir t'golong dlm najis berat...bkn kate najis khinzir shj...tp sgale isi badannye....xkirela...buluke... tulangke... waima daging khinzir y dipangang sekali pn....asap yg berterbangan dr hasil panggangan khinzir tu pn dikira najis...persoalan ini timbul disebabkan terbeli kasut yg dibuat dari kulit babi yang dikenal pasti sebab ada 3 dot dilapisan dalam kasut...harap boleh tolong perjelaskan secepat yang boleh...trima kasih....

    Jawapan   :

    Benar kata-kata rakan anda.Babi diharamkan Allah S.W.T. dalam al-Quran bukan sahaja dagingnya haram dimakan malah keseluruhan tubuhnya juga haram.Oleh itu jika tersentuh babi, wajib disamak tempat/anggota yang terkena tersebut..

    Status: Selesai - Paparan Web.
    Nombor Rujukan : PANEL SJAI 290408
    Tarikh Selesai   : 29/04/2008 05:12 PM

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

    Jwapan dari JAKIM lagi

    Soalan   :
    1) perlukah samak jika terpegang kasut/beg buatan kulit khinzir?
    2) bagaimanakah cara samak yg sempurna?.
    Jawapan   :Wajib menyamak mana-mana anggota yang terkena najis mughallazah dengan tujuh kali basuhan iaitu satu kali dengan air tanah dan enam kali air mutlak.

    Status   :Selesai - Paparan Web.
    Nombor Rujukan: BSJAI (F ) KUMP 5/ 2009- ( 801-1000)
    Tarikh Selesai   :11/11/2009 07:47 AM

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/5ba76314c3f6fc7f0025729f00072561?OpenDocument


    Jawapan JAKIM lagi

    Soalan   : Bolehkah kulit/bulu/tulang kinzir disamak? setelah disamak bolehkah diguna pakai.cth kasut atau berus bulu babi..
    Jawapan   : Khinzir adalah haiwan yang najis ainnya. Segala yang ada padanya tidak boleh digunakan sama sekali.

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/5ba76314c3f6fc7f0025729f00072561?OpenDocument

    Wallahu a'lam

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Jawab #17 01 December, 2009, 08:02:22 PM
  • Publish Di FB

  • Jika kita lihat hadith berikut huraian mengenai air tanah...

    Membersihkan Najis Mughallazah

    Hadith :
    Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w;”Membersihkan bejana yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah." (Muslim)
     
    Huraian

    Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.

    Ada tak hadis @ ayat al-quran yang menyatakan pegang/ sentuh babi juga kena samak?
    Sebab ada yang membahaskan najis berat ni terpecah kpd dua...sama ada sentuhan @ makan.
    Sebab dalam al-quran menyakatakn haram memakan daging babi sahaja...tidak menyakatakn tentang sentuhan.
    Maka ada pendapat mengatakan jika tersentuh babi maka tak perlu di samak. Hanya anjing saja yang perlu disamak sebagai mana hadis di atas.

    Saya bagi contoh pinggan yang diguna di kedai2 bukan muslim yg memakan babi. Mereka tidak menyamak pinggan2 itu...cuma basuh guna air sabun biasa saja. Kemudian kita pun guna pinggan yang sama. Macam mana tu?

    Sebelum saya jawab...perlu diketahui dulu, hukum menyentuh anjing maupun babi TIDAKLAH HARAM. Yang diharamkan adalah memakannya atau jual beli menurut mazhab Syafi'i dan yang mengikutinya. kalu pegang sama ada lil hajat atau bukan sekalipun tidaklah haram. Banyak orang Malaysia salah faham sehingga dulu pernah ada movie yang tunjuk ustaz sentuh anjing, terus depa condemn habis2...ini adalah salah. Dalam case ini sama juga bagi babi.

    Apakah babi juga harus disamak? menurut Mazhab Syafi'i tetap wajib disamak. ketetapan ini bukan karena ada hadis semacam anjing. tapi berdasarkan qiyas. qiyas disini adalah qiyas Aulawi atau qiyas yang lebih tinggi. kalau anjing saja wajib disamak, apatah lagi babi. karena babi lebih jelek dari anjing. cuba baca ibarat dari fiqh Islami berikut ini:

    وقال الشافعية والحنابلة: ما نجس بملاقاة شيء (من لعاب أو بول، وسائر الرطوبات، والأجزاء الجافة إذا لاقت رطبا) من كلب أو خنزير، وما تولد منهما، أو من أحدهما من حيوان طاهر، يغسل سبع مرات إحداهن بالتراب الطاهر، ولو غبار رمل، لقوله (ص): [يغسل الإناء إذا ولغ فيه الكلب سبع مرات، أولاهن أو أخراهن بالتراب]، وفي حديث عبد الله بن مغفل: [إذا ولغ الكلب في الإناء، فاغسلوه سبع مرات، وعفروه الثامنة بالتراب].
    ويقاس الخنزير على الكلب؛ لأنه أسوأ حالا منه، وشر منه، لنص الشارع
    على تحريمه، وتحريم اقتنائه، فثبت الحكم فيه بطريق التنبيه، وإنما لم ينص الشارع عليه؛ لأنهم لم يكونوا يتعادونه
    .

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Jawab #18 01 December, 2009, 09:08:00 PM
  • Publish Di FB
  • Simplenya...

    Awal2 dia terangkan bahwa apa saja yang najis disebabkan bertemu dengan sesuatu dari anjing dan babi (entah tahi ker kencing ker, cairan ker etc) itu harus dibasuh dengan 7 basuhan dan salah satunya dengan debu (turab) karena ada hadis.....

    lalu khinzir diqiyaskan terhadap anjing karena dia lebih jelek daripada anjing, lebih buruk, karena ada nash Syari' yang mengharamkannya. maka hukum itu tetap terhadap babi dengan jalan mengingatkan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #19 01 December, 2009, 09:19:44 PM
  • Publish Di FB

  • Semoga pencerahan dari saudara mooks menjawap kekeliruan pada sesetengah pihak berkaitan keharaman babi seperti yang terdapat dalam al-quran  surah Al-Baqarah , ayat 173 yang hanya menyebut haram memakan bukan haram menyentuhnya. Menyentuh anjing dan babi memang tidak haram, selepas sentuh sertu/samaklah tangan kita itu. Begitu juga bekas-bekas yang digunakan oleh sahabat non-muslim yang menggunakan pinggan yang sama untuk makan babi.Selepas mereka guna, bila kita nak guna sertu/samaklah terlebih dahulu.

    Walaupun tiada dalam al-quran tentang perlunya menyamak tangan apabila tersentuh babi, tapi ada qias dai ulama' menerangkan perkara yang berkaitan.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    1876 Views
    Last post 22 June, 2012, 11:07:28 PM
    by Yuzie
    132 Replies
    44964 Views
    Last post 02 November, 2012, 06:46:55 AM
    by al_ahibbatu
    53 Replies
    19963 Views
    Last post 06 May, 2014, 11:22:10 AM
    by al-baab