Forum > Pendidikan

Guru

<< < (7/41) > >>

Ummi Munaliza:
Jika melihat hasil didikan guru dahulu dan guru sekarang,

terutama kesannya kepada anak murid,

lihat lah sahaja anak-anak muda di halaqah ini...

Cara menulis perkataan dengan ejaan yang betul.

Rasanya masa sekolah rendah, memang ada buku ejaan / spelling

yang guru bahasa buat.

Jika ejaan salah,murid kena denda, kena buat pembetulan.

Bahasa Melayu di ajar kepada semua murid hingga ke tingkatan 5,

diwajibkan kepada semua pelajar.

Tapi apa hasil yang kita lihat?

Adakah cara mengajar cikgu dulu berbeza dengan cara guru kini mengajar?

Adakah ejaan yang betul tidak diberatkan lagi di sekolah?

Adakah sekarang pelajar boleh menulis karangan atau ayat dengan menggunakan singkatan

perkataan?

Ejaan yang salah akan memberi makna dan fahaman yang salah.

Kepada bakal guru yang banyak memberi komen di sini, sila baiki ejaan yang cikgu tulis

sebelum cikgu mengajar anak murid cikgu di sekolah.

Kami yang tua-tua di sini adalah hasil didikan guru zaman dahulu, masih ingat

tulisan dan ejaan bahasa melayu yang betul.

Ummi Munaliza:

Dengan berulangnya lagi kes buli, dera, isu gangster di luar sekolah dan sekarang 

wujud pula sekumpulan pelajar-pelajar senior seseolah sedang membentuk gangsterisme

di asrama sekolah.

Sesiapa pun tidak pasti siapakah yang merekrut atau membentuk kumpulan-kumpulan

samseng di sekolah hingga pelbagai tindakan di luar dugaan atau batas kemanusiaan

berlaku di sekolah, sedangkan sekolah dianggap sebagai institusi pendidikan yang

bakal melahirkan generasi berilmu bukannya kumpulan samseng.

     Senario hari ini,rata-rata sekolah mempunyai bilangan guru perempuan melebehi 70% dan

selebihnya adalah guru lelaki. Nisbah bilangan guru dan pelajar di sekolah adalah 1:40.

Nisbah ini adalah tinggi. Maka masalah displin makin meningkat.

Oleh itu adakah wajar bilangan guru lelaki ditambah bagi membantu menangani masalah

salah laku pelajar di sekolah.

Haireey:
Hmm.... good idea jugak, but Guru lelaki tu sendiri kena la garang skit, sbb di skolah saya dulu ada yg cikgu lelaki yg lembik skit & kurang ditakuti/dihormati oleh plajar2...

adeq_fauzy:
Sekarang ni ibubapa manjakan sangat anak.
Kalo kena pukul anak kat skolah dah serang cikgu.
nak garang camana lagi?

anak dah kena tangkap polis baru terbeliak biji mata.

uranicade:
pada pendapat saya,masalah disiplin di sekolah dapat dibendung sekiranya penghayatan terhadap Al-Quran di laksanakan.mungkin para guru boleh kaitkan antara pembelajaran biasa dengan sirah ataupun akhlak dan adab dalam Islam.jadinya para pelajar akan lebih minat dan tertarik disamping menjaga perilakunya kerana kesedaran tanggungjawab yang akan mereka hadapi.

wallahu'alam

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version