Pelajar Mengantuk Semasa Belajar

*

Author Topic: Pelajar Mengantuk Semasa Belajar  (Read 27043 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14487
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
Reply #60 09 January, 2011, 05:29:53 PM
  • Publish
  • Tajuk topik Pelajar Mengantuk Semasa Belajar,panjang lebar msa berikan tips, ni macamana ummi yang mengantuk ketika membaca kiriman halaqian. Apa ubatnya  ya?  Adakah tips agar saya tidak mengantuk membaca  kiriman-kiriman halaqian?
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    ana_muna141

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Reply #61 09 January, 2011, 08:31:58 PM
  • Publish
  • banyak tips2 berguna dapat kita belajar dari halaqian2. selain itu, ape yg saya lihat dan berdasarkan pengalaman..

    ramai pelajar IPT selalu tidur lewat melepasi jam 11pm. tidur selepas waktu ni menyebabkan kita tak dapat tidur yang sebenar2 nyenyak dan berkualiti. dan sebab itulah kita mengantuk walaupun bangun lewat atau telah tidur melebihi 6 atau 8 jam. puncanya sbb kita tak dpt tidur yang lena.

    sebaiknye tidur awal selepas isyak, sblm jam 11pm dan bangun awal. jika tidur awal sebelum jam 11, insyaAllah tidur 4 jam pun sudah memadai dan merasa puas tidur.  ini tips yg saya dapat melalui pembacaan

    wallahua'lam




    msa

    • *
    • Posts: 1607
      • View Profile
    Reply #62 09 January, 2011, 09:23:26 PM
  • Publish
  • Tajuk topik Pelajar Mengantuk Semasa Belajar,panjang lebar msa berikan tips, ni macamana ummi yang mengantuk ketika membaca kiriman halaqian. Apa ubatnya  ya?  Adakah tips agar saya tidak mengantuk membaca  kiriman-kiriman halaqian?

    Oooo...ubat untuk ummi ketika mengantuk semasa membaca kiriman halaqian ni special sikit...saya preskripsikan ubat TIDUR untuk ummi, sebab rasanya ummi ni kurang tidur... senyum* okaja*
    ~ Begin with the End in Mind ~

    kasihiro

    • *
    • Posts: 567
    • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
      • View Profile
    Reply #63 10 January, 2011, 12:15:56 AM
  • Publish
  •  :)

    ana ada cara...dengan memasang earphone ditelinga..mendengar ayat-ayat Allah swt ^__^

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #64 10 January, 2011, 03:20:18 AM
  • Publish
  •  :)

    5 sebab utama mengapa pelajar-pelajar mengantuk di dalam kelas.

    Tiada persediaan :–
    Ya, ramai di kalangan pelajar tidak kira di alam persekolahan atau pun ketika di alam universiti yang tidak membuat persediaan yang cukup sebelum ke kelas. Apabila anda tidak membaca dahulu apa yang akan diajar oleh guru dan pensyarah pada hari tersebut, anda akan cepat hilang tumpuan. Yalah, apa yang diajar oleh guru anda tidak pernah pun tahu. Bagaimana mahu rasa seronok? Macamana ingin merasa mudah ketika guru mengajar? Justeru, pastikan anda membaca dahulu apa yang akan disampaikan oleh guru atau pensyarah pada hari tersebut sebelum ke kelas.

    Kurang tidur :–
    Ramai yang beranggapan bahawa, tidur lewat adalah jalan penyelesaian terbaik untuk score di dalam peperiksaan. Ya, benar. Ramai orang berjaya yang berbuat demikian. Tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran. Tapi lebih ramai orang berjaya yang tidak mengamalkan kaedah sedemikian. Apabila anda tidur lewat, anda akan mengantuk di dalam kelas. Dan apa yang cikgu dan pensyarah ajar anda akan kurang faham. Justeru mengapa tidur lewat?

    Tidak fokus :-
    Percayakah anda kalau saya katakan bahawa lebih separuh peratus pelajar-pelajar yang tidak memberikan perhatian ketika guru atau pensyarah mengajar di kelas. Kelas dan dewan kuliah bukan tempat untuk anda berangan atau membiarkan fikiran anda bebas menanar ke mana-mana. Pensyarah, guru perasan kalau anda berangan. Pensyarah nampak. Justeru, sebelum ke kelas, ikhlaskan hati. Betulkan semula niat. Ya, aku hendak ke kelas untuk mengutip seberapa banyak ilmu. Buat begitu, insyaAllah segala yang diajar akan lekat di minda.

    Kurang minat :–
    Mengapa tidak minat? Bosan? Kalau anda ingin berjaya, anda harus minat. Ya, anda wajib untuk menyukai setiap pelajaran dan subjek yang anda ambil. Apa guna anda belajar subjek berkenaan jika anda sendiri tidak minat subjek itu. Ingat, sesuatu yang sukar itu seringkali bermula dengan yang sukar-sukar. Kuatkan hati, tanamkan azam yang jitu. Tambahkan minat terhadap mata pelajaran yang kurang diminati. Lakukanlah apa sahaja untuk memastikan anda minat dan seronok terhadap  tajuk dan subjek berkenaan.

    Fizikal dan Mental : Ya, kekadang itu kita tidak sedar bahawa mental dan fizikal kita juga perlu rehat yang mencukupi. Dapatkah anda bayangkan sebuah kereta yang bergerak 24 jam tanpa henti dan ia terus bergerak lagi untuk 24 jam yang seterusnya tanpa henti. Apa akan terjadi? Ya, begitu juga tubuh kita. Manusia bukannya robot. Robot juga kalau tidak digunakan dengan sebaiknya akan rosak. Justeru, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Rehat fizikal, rehat juga minda. Buanglah segala masalah yang sedang melanda dan mengusutkan anda. Semoga anda menjadi manusia paling berjaya!
    « Last Edit: 10 January, 2011, 03:23:22 AM by rabbitah »
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    farahiyah0394

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #65 10 January, 2011, 05:25:42 AM
  • Publish
  • Tajuk topik Pelajar Mengantuk Semasa Belajar,panjang lebar msa berikan tips, ni macamana ummi yang mengantuk ketika membaca kiriman halaqian. Apa ubatnya  ya?  Adakah tips agar saya tidak mengantuk membaca  kiriman-kiriman halaqian?
    kalau saya pelik sikit.. mase study mate mengantuk.. bila buke je halaqah.net ni.. mata tibe2 jadi sego :senyum:

    farahiyah0394

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #66 10 January, 2011, 05:26:21 AM
  • Publish
  • Quote
    5 sebab utama mengapa pelajar-pelajar mengantuk di dalam kelas.

    satu lagi nak tambah.. :senyum:
    terlebih tidur..


    D_humaira

    • *
    • Posts: 251
      • View Profile
    Reply #67 19 February, 2011, 10:03:52 AM
  • Publish

  • Dulu mase sekolah2 cara nak hilang rase mengantuk:

    berdiri mase cikgu mengaja..
    bile mengantuk je terus berdiri..
    kalu seat kat tengah2, mintak kat kawan yg tepi tingkap exchange..
    supaya tak mengganggu penglihatan org lain..
    kompem ade org kate mencapub..mencari publisiti murahan..
    ade aku kesah???
    aku lagi kesah mengantuk dalam kelas..jap lagi nak kene anto latihan..tapi tak paham..pastu meniru..
    elok lagi aku berdiri daripada tertido..
    mule2 je org mengata..pastu senyap lerr..last2 org lain yg ikut...
    tambah2 dalam kelas sejarah..
    aduss suara cikgu sangat sentimental..
    hampir separuh kelas berdiri..
    bila kelas sejarah je cikgu bawak sebalang gula2..sorang dapat dua..
    ahaks! paham pulak cikgu tu budak2 ngantuk kelas die..
    kalau hari khamis je kompem kalaula pegi check, paras gula dalam darah tinggi..
    kesimpulannye..cikgu kene main peranan penting dalam proses pembelajaran..
    gune care yg menarik sikit mase mengajar..
    paling penting intonasi tu..
    kadang2 slow, tinggi, sergah, menjerit..
    ahaa barula budak terkejut dan tak tido...
    ~* Tuhan leraikanlah dunia,Yang mendiam di dalam hatiku.Kerana di situ tidak ku mampu,Mengumpul dua cinta..Hanya cinta-Mu Ku harap tumbuh,Dibajai bangkai dunia yang kubunuh*~

    putri_hambali

    • *
    • Posts: 1060
    • menjadi isteri dan mujahidah solehah impian diriku
      • View Profile
    Reply #68 19 February, 2011, 10:59:58 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Mengantuk dalam kelas...
    Teringat masa sekolah dekat asrama sebuah sekolah teknik..
    Kena baling buku setebal kamus bahasa sebab tertidur dalam kelas..
    Sejak itu tak berani tidur dalam kelas..
    Time kena baling,benjol lah juga kepala..
    tapi terima sahaja lah,memang salah diri sendiri..
    Sebab tidur dalam kelas..
    Apa2pun kejadian itu menjadi pengajaran buat putri...
    Supaya tak tidur dalam kelas lagi..
    Kalau mengantuk pun..tahan sahajalah..
    sampai kena tegur dengar pensyarah "putri,awak terharu ke dengan cara saya mengajar"
    (Sebab putri kalau mengantuk mengalir air mata)sebab itu kena tegur dengar pensyarah..Lucu-lucu...senyum*..
    Kalau nak tidur dalam kelas kenalah pandai cover ye sahabat sekalian..
    Putri selalu dalam kelas duduk depan..jadi tak pandai nak cover..senyum*..
    Assalamualaikum..
    « Last Edit: 19 February, 2011, 11:08:32 AM by putri_hambali »
    Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

    kasihiro

    • *
    • Posts: 567
    • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
      • View Profile
    Reply #69 19 February, 2011, 11:52:20 AM
  • Publish
  •  :)

    memang ada penyakit tidor dalam kelas dari skolah dulu lg...

    cikgu pun tak boleh buat apa..ahak..

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #70 19 February, 2011, 12:10:27 PM
  • Publish
  •  :)
    selalunya yastel..tapi budak luar pun ada jugak...mungkin pemakanan dan cara hidup tak seimbang..sebab tu mudah mengantuk.. :jaz:
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #71 17 May, 2011, 10:08:14 PM
  • Publish

  • Ini tipsnya..
    Sila tepuk kuat2 kat dahi
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #72 18 May, 2011, 12:55:11 AM
  • Publish
  • serius ana katakan melalui pengalaman ana, cara terbaik untuk hilangkan mngatok adalah dengan tidur, 5 mnit dlm kuliah satu jam, lg baik dari pening2 lalat slamat 1 jam, apa pun x masuk... dlm bilik tutoran tido terus.. heehe... (semasa di matrik)

    lislam

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #73 18 May, 2011, 08:33:46 AM
  • Publish

  • Ini tipsnya..
    Sila tepuk kuat2 kat dahi

    kak izzah tak cukup lawak lagi tuh.....petua nya bawak bantal yang kita paling selesa ke kelas...selimut pun jangan lupa....pastu tidor kat bawah lantai....konpem cikgu tak perasan terus....

    Ayatul Ukhuwwah

    • *
    • Posts: 388
    • sy mahu jd serikandi berjiwa pejuang..InsyaAllah
      • View Profile
    Reply #74 18 May, 2011, 01:27:53 PM
  • Publish
  •  :)

    Elakkan mengantuk dekat dalam kelas masa belajar..hurmm..hisap gula-gula..itulah yang selalu ayatul buat kalau mengantuk masa dekat kelas..

    ingat lagi, dulu masa form 5..masa belajar sejarah memang mengantuk sangat-sangat..jadi cikgu pun beritahu sesiapa yang mengantuk sila berdiri..jadi ramai pelajar yang buat macam tu..bila kita berdiri automatik mata kita jadi segar balik..

    itu dulu..masa sekolah..sekarang dekat IPT dah tak buat..hisap gula-gula je..hihihi..yelah tiba-tiba berdiri, nanti lecturer hairan pula..kenapa budak nie..??..:senyum:..

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #75 18 May, 2011, 03:05:25 PM
  • Publish
  • kak izzah tak cukup lawak lagi tuh.....petua nya bawak bantal yang kita paling selesa ke kelas...selimut pun jangan lupa....pastu tidor kat bawah lantai....konpem cikgu tak perasan terus....

    Eh yang tu cikgu still boleh perasan..
    Ade 1 cara taknak bagi cikgu perasan, ape dia???
    hehhehheh. Ini dia;

    Ini barang baik punya....hehhehheh.
    Barang ni dicipta khas untuk student2 yang suke sangat tidur dalam kelas. hahhahhah
    Pasni korang bolehlah tidur dengan senang lenang je kat dalam kelas. Kompem cikgu tak perasan. hehhehheh



    Tengoklah gambar kat atas ni. Tak perasan sangat kan yang dia sebenarnye tengah tido.
    JUST PEEL, STICK & SLEEP!! :senyum: :D


    Selamat mencuba!!! hehheh :p

    Iffah Rezali

    • *
    • Posts: 214
    • Kini kusudah 16. =']
      • View Profile
    Reply #76 15 November, 2012, 11:53:21 AM
  • Publish
  • Antara sebab lain mengantuk:
    1) Merokok
    2) tak ambil sarapan pagi
    3) terlebih makan

    Wallahua'lam. ^-^
    Fa'tabiru!

    md_helmi84

    • *
    • Posts: 150
      • View Profile
    Reply #77 15 November, 2012, 05:21:40 PM
  • Publish
  • sebab mengantuk yg paling ketara ialah...guru atau pensyarah yang membosankan


    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #78 15 November, 2012, 06:56:37 PM
  • Publish
  • Antara sebab lain mengantuk:
    1) Merokok
    2) tak ambil sarapan pagi
    3) terlebih makan

    Wallahua'lam. ^-^

    Yang saya dengarnya terbalik,orang merokok nak kasi tak mengantuk,contohnya merokok semasa memandu..-ni alasan mereka..:senyum:

    Tak ambil sarapan tu tak pasti, tapi kalau terlebih makan tu iya,selalu.. :senyum:

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1352
      • View Profile
    Reply #79 15 November, 2012, 10:16:27 PM
  • Publish
  • sebab mengantuk yg paling ketara ialah...guru atau pensyarah yang membosankan

    erm....ya la jugak tu....tapi kalo kita nak salahkan cara cikgu mengajar yang membosankan.....kita jugak yang rugi nya...
    cikgu mungkin tak kisah...takpa la cukup bulan ja duit masuk...tapi kita yang belum tentu arah lagi nie macam mana? kan
    tak semua cikgu akan fun ja selalu...masing2 cikgu dengan cara yang tersendiri.....cikgu subjek nie macam nie...cikgu subjek tu macam tu...not same la
    kalo kita mengantuk...kita jugak yang rugi...apa yang cikgu sampaikan...kita terlepas...yang first2 cikgu bagitau tu la...yang terbaik...bila cikgu ulang balik...mungkin dah tak sama dengan yang first tu....boleh ja nak tanya kawan...tapi apa yang kawan terangkan tak akan sama dengan apa yang cikgu terangkan...
    nak ilmu baik kita amik direct terus daripada gurunya kan.....
    kadang tu....cikgu yang tak membosankan p0n kita boleh mangantuk jugak..

    p/s:berleter kat diri sendiri ja
    "The spirit of knowledge is action"..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    257 Replies
    48336 Views
    Last post 05 March, 2014, 09:45:19 AM
    by mujahidah_a-sha
    65 Replies
    15217 Views
    Last post 03 October, 2012, 05:16:48 PM
    by Ayatul Ukhuwwah
    16 Replies
    3011 Views
    Last post 16 November, 2012, 12:58:16 PM
    by Ana Tholibah