Ilmu Mantiq

*

Author Topic: Ilmu Mantiq  (Read 15580 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nazri0070

  • *
  • Posts: 2401
  • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
    • View Profile
Reply #20 02 June, 2012, 08:47:52 AM
  • Publish
  • apa beza mantiq ngan khasyaf?
    ke same aje??
    kurang faham bab ni.. huhuu
    Kasyaf lain,mantiq lain. Kasyaf ertinya terbuka.

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #21 02 June, 2012, 09:20:52 AM
  • Publish
  • SATURDAY, AUGUST 11, 2007

    Sejarah Ringkas IImu Mantiq

    Oleh DR. SYED ALI TAWFIK AL--ATTAS dalam Utusan MalaysiaSetiap manusia diberi keupayaan berfikir yang berkembang sejajar dengan pertumbuhan jasmani dan akali. Keupayaan berfikir ini mempunyai pelbagai bentuk bergantung kepada tahap-tahap pertumbuhan yang berlainan. Pemikiran seseorang dibentuk oleh persekitarannya dan ini dapat dilihat pada rupa bentuk dan kaedah tertentu. Dengan kesungguhan seseorang berupaya membina pemikirannya menjadi matang dan bernas sehingga mengatasi pemikiran terdahulu. Semua itu berlaku melalui pentaakulan dan penghujahan.Bolehlah dikatakan bahawa kemunculan mantiq semula jadi, falsafah, dan pemikiran secara umumnya adalah bersekali dengan kewujudan manusia, yakni bermula dengan kelahirannya. Mantiq, yang ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan berfikir yang betul, melalui kefahaman (inference) yang menghasilkan kesimpulan- kesimpulan yang benar dan sahih, menjadi panduan kepada manusia dalam soal berfikir dan gerak daya yang berkaitan dengannya.Dalam ulasannya terhadap mantiq Timur, Ibn Sina mendapati bahawa ada kemungkinan besar mantiq berasal dari Timur, mendahului mantiq Aristotle. Beliau mengatakan:“Ada kemungkinan bahawa kita juga mewarisi ilmu dari sumber-sumber lain dari Greek..., kita mengalu-alukan ilmu ini kerana ia diperoleh melalui kaedah-kaedah ilmiah. Orang-orang Greek menamakannya Logic. Tetapi ada kemungkinan bahawa orang-orang Timur menamakannya dengan nama lain.”Secara jujur kaum Muslimin telah bekerja keras mendalami mantiq Aristotle dan menguasainya dengan cemerlang berbanding bidang-bidang lain. Semua ini mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa karya mantiq beliau telah diterjemah berkali-kali.Merujuk kepada karya-karya sejarawan, al-Hujayri percaya bahawa mantiq dan falsafah yang dikembangkan oleh Aristotle secara berhati-hati melalui kaedah penyusunan dan pengkategorian, pada hakikatnya telah diwarisi oleh orang-orang Parsi, yang kemudiannya menulisnya secara tersusun dan formal.Kalau kita melihat kepada sejarah sains dan falsafah, kita dapati para filsuf Greek menekankan prinsip-prinsip mantiq sebelum kedatangan Aristotle dan menggunakan prinsip-prinsip mantiq sebelum kedatangan Aristotle lagi, dan menggunakan prinsip-prinsip mantiq dalam penyelesaian masalah. Sebagai contoh, Sarton menyatakan dalam History of Philosophy bahawa Zeno menyiapkan kerja-kerja Parmenides dari segi ruang lingkup, kaedah dan pembuktian. Beliau mengesahkan bahawa sekiranya seseorang mengambil kira perubahan dan sifat berubah alam ini sebagai suatu hakikat dia pasti akan menemui kesimpulan yang mantiqi. Mungkin disebabkan oleh pendekatannya yang tersusun dan teratur beliau mampu memandu orang-orang yang datang kemudian. Aristotle menamakannya pengasas mantiq dan hujah dialektikal.Zeno adalah filsuf aliran pemikiran Aela. Beliau dilahirkan pada 486 SM. Beliau hidup selepas Parmenides, dua kurun sebelum Aristotle. Beliau meyakini dan mengajar bahawa mustahil dua hakikat yang saling bercanggah disatukan. Prinsip ini digunakan bagi membuktikan kesatuan alam. Beliau dianggap orang yang banyak berbicara tentang mantiq.Segala bukti yang dikemukakan oleh Zeno digunakan bagi menyokong teori kesatuan alam dan bagi menolak kemungkinan pergerakan dan perubahan. Semua bukti-bukti ini disandarkan kepada undang-undang percanggahan.Golongan sufasta‘iyyah pula berusaha mengkaji khitabah dan jadal. Minat mereka ini akhirnya membawa mereka mengajar nahu dan sintaks. Dengan berbuat demikian mereka mengesahkan Protagoras, sofist yang pertama sebagai pengasas ilmu nahu. Beliau mempunyai pengaruh besar ke atas para pelajarnya terutama dalam soal kepelbagaian dan bentuk-bentuk kata kerja. Pada masa sama dia adalah guru pertama mantiq amali (practical logic).Aristotle adalah orang pertama memperkenalkan logic sebagai kaedah ilmiah yang tersendiri dan seterusnya menulis tentangnya pada kurun keempat sebelum Masihi. Dengan sebab itu dia dikenali sebagai pengasas mantiq dan guru pertama.Pada kurun yang pertama Hijrah kaum Muslimin dikenali dengan suatu kaedah mantiq yang tersendiri. Ini sebelum mantiq Aristotle berkembang luas. Mantiq kaum Muslimin dapat dilihat dengan jelas dalam bidang teologi dan prinsip-prinsip perundangan Islam. Dalam kurun-kurun berikutnya kedua-dua bidang ini menjadi bidang keutamaan kaum Muslimin. Mereka mengenal pasti dan menyelesaikan permasalahan agama dengan pertolongan dua bidang ilmu ini, khususnya teologi. Mereka bergantung kepada mantiq bagi membuktikan hujah-hujah mereka, dan bagi memperolehi kesimpulan-kesimpulan yang sahih, tanpa perlu merujuk kepada mantiq Aristotle.Bidang ilmu yang membicarakan dasar-dasar perundangan adalah hasil mantiq para fuqaha. Golongan Mutakallimun tidak menggunakan mantiq Aristotle hinggalah ke kurun ke-5 hijrah disebabkan kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan dan keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan dan keyakinan yang diberikan oleh mantiq mereka sendiri pada ketika itu.Ramai ilmuwan ulung telah menyumbang kepada bidang mantiq, antaranya al-Kindi, Abu Bishr Matta b. Yunus, al-Qarani, Yahya Ibn Adi al-Nasrani, al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali, Bihminyar dan al-Lawkari. Walaupun Ibn Sina tidak menghuraikan sepenuhnya mantiq Aristotle dalam bukunya al-Shifa’, dan tidak menjelaskannya dengan sempurna, dia telah melakukannya dalam buku-buku yang lain, dan dia telah menyampaikannya dengan tepat.Para filsuf Muslim pada umumnya menghabiskan banyak masa dan usaha bagi menjelaskan masalah-masalah berkaitan mantiq. Sesetengahnya, seperti al-Farabi, Ibn Sina dan Nasiruddin al-Tusi, adalah contoh-contoh yang cemerlang dalam soal ini. Setengah ilmuwan dan pemikir lain seperti Fakhr al-Din al-Razi, Abu al-Barakat al-Baghdadi, al-Qutb al-Razi dan Sadr al-Din al-Shirazi turut memberi sumbangan besar terhadap bidang ini.Abu Nasr al-Farabi telah menulis suatu kajian yang luas dan lengkap tentang mantiq, walaupun pada hakikatnya beliau hanyalah menulis suatu ringkasan dalam pembicaraannya tentang Organon karya Aristotle. Dia percaya, dengan menggalakkan mantiq seseorang boleh memperbaiki kaedah yang digunakan; jika digunakan dengan betul, seseorang akan dipandu oleh akal ke jalan yang benar dan terpelihara dari kesilapan.Dia juga percaya bahawa kaitan mantiq dan akan seumpama kaitan nahu dan bahasa, atau prinsip-prinsip ‘arud dengan syair. Beliau menekankan aspek-aspek amali mantiq, dan meletakkan akal di bawah prinsip-prinsip mantiq.Al-Farabi berhujah bahawa penggunaan khitabah dan jadal, ataupun kejuruteraan dan arithmetik, tidak berupaya menggantikan peranan mantiq kerana mantiq bukanlah ibarat suatu perhiasan yang tidak bermakna. Sebaliknya kecenderungan semula jadi manusia menyebabkannya mustahil ditukar ganti.Isi kandungan dan unsur-unsur mantiq adalah berkenaan dengan perkara-perkara yang mengkaji prinsip-prinsip yang sahih dalam gerak daya berfikir. Karya yang dipersembahkan oleh al-Farabi dalam bidang syair mempunyai dua aspek. Yang pertama menyentuh keupayaan beliau memahami secara menyeluruh dan tepat mantiq Aristotle yang sudah tersebar ke dunia Arab; yang kedua menyentuh kemampuannya mengasaskan lima seni, yakni lima bentuk hujah.Pada kurun-kurun ke-5 dan ke-6 Hijrah, Ibn Sina berjaya menjelaskan mantiq Aristotle, meringkas dan mengkajinya, dan menghabiskan masa yang banyak dalam usaha memahaminya. Dalam pendahuluan bukunya beliau ada menyebut tentang mantiq Timur, dan mendakwa ia selaras dengan mantiq aliran Mashsha‘i. Beliau mengajarkan falsafah gaya baru yang cenderung ke arah aliran Aristotle dan Mashsha‘i, menggabungkan kedua- duanya dengan pendekatan kaedah berdasarkan falsafah Neo-Platonik.Antara karya-karya terpenting sumbangan Ibn Sina ialah Kitab al-Najat yang kemudiannya diterjemah ke bahasa Parsi dengan judul Danishnamah Ala‘i. Ibn Sina menulis buku berkenaan bagi memujuk Sultan Dinasti Kakwayh, dan mempersembahkannya kepada baginda sebagai hadiah.Sumbangan lain beliau tentang mantiq boleh dilihat dalam al-Nukat wa al-Fa

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #22 02 June, 2012, 09:51:43 AM
  • Publish
  • Taqiyyuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Halim, juga dikenali sebagai Ibn Taymiyyah, dilahirkan di Harran pada tahun 661 Hijrah. Dalam bukunya, al-Raddu ala al-Matiqiyyin, beliau merujuk kepada suatu buku yang bertajuk al-Ara’ wa al-Diyanah yang ditulis oleh al-Hassan bin Musa al-Nawbakhti yang mendedahkan dan menjelaskan kesilapan-kesilapan Aristotle dan falsafahnya. Ada permulaan bukunya Ibn Taimiyyah membicarakan tentang istilah ilmu mantiq. Seperti al-Hadd, al-Qawl al- Sharih dan istilah-istilah lain. Beliau juga membicarakan tentang silogisme, yang dibahagikan kepada pembuktian, jadal, khitabah, syair dan safsatah. Di hujung perbahasan tentang silogisme beliau memberikan penjelasan yang begitu cemerlang tentang kias dan induksi.Selepas Ibn Taymiyyah seorang lagi ilmuwan muslim yang terkenal telah muncul, Abdul Rahman bin Muhammad Khaldun al-Maghribi, atau lebih dikenali sebagai Ibn Khaldun. Beliau amat kritikal terhadap mantiq Aristotle dan merupakan seorang tokoh ilmu kemasyarakatan dalam dunia Islam.Ibn Khaldun membicarakan tentang mantiq dalam beberapa bab bukunya al-Muqaddimah. Beliau melihat persoalan ini dari sudut sejarah dan menjelaskan bagaimana ia muncul dan disebarkan ke seluruh dunia Islam. Beliau mentakrifkan intipati ilmu logik secara tepat dan kemudiannya menjelaskan asas-asasnya dan perbezaan-perbezaan yang berkenaan. Beliau dengan keras mengkritik mantiq Aristotle dan mempertahankan kritikannya itu dalam karya-karya beliau.Kemunculan Sadr al-Din al-Shirazi pada kurun ke-10 dan ke-11 menandakan kemuncak pencapaian akliah dalam tamadun Islam. Tatkala kelihatan tanda-tanda kejumudan dan keruntuhan, zaman ini membuka jalan kepada kaedah baru dalam ilmu-ilmu akal yang menggabungkan falsafah Greek, falsafah Mashsha‘i, falsafah Iluminasi dan ajaran-ajaran Islam.Dalam muqaddimah bukunya al-Asfar, beliau membahagikan ilmu kepada dua: ilmu teori yang terdiri daripada mantiq, matematik, fizik dan metafizik; dan ilmu amali yang mengandungi akhlak pentadbiran (ekonomi) dan politik bernegara.- DR. SYED ALI TAWFIK AL--ATTAS ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #23 02 June, 2012, 11:51:25 AM
  • Publish
  • Ilmu mantik - ilmu bahas akal, ilmu jalan fikiran tentang sebab dan kejadian yang terbit daripadanya.

    Kasyaf ertinya terbuka,terbuka segala yang menjadi rahsia. Tersingkap alam ghaib melalui pandangan matahati.

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk
    « Last Edit: 02 June, 2012, 11:58:41 AM by nazri0070 »

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #24 02 June, 2012, 01:10:31 PM
  • Publish
  • ilmu mantik - terbit dari sesiapa yang mengerti isi Kitab Allah. Al Quran itu Kitab bermutu Tinggi, tinggi teknolojinya, tinggi bahasanya - sebab itu cabaranNya agar sesiapa yang tidak percaya ianya Wahyu Ilahi, sila datangkan yang serupa - jika sampai kering air di lautan, air di langit menjadi dakwatnya, tiadalah dapat mengadakan sepertinya, subhanallah

    kepada yang meneliti isi al quran, di berinya izin akibat mahu berfikir, menguasai ilmu mantik

    kepada yang merasai kuasanya, kemahuannya hendk belajar mantik, ternyata, kesukaran mengertikannya

    demikianlah mantik, ilmu dari kurniaan Allahu Taala

    subhanallah

    sementara Kasyaf peringkat tertinggi ialah, yang di berikanNya kepada Muhammad SAW
    Kasyaf dia, membaca Takdir yang kita sedang hadapi - umat masuk lubang dhob, ikut kesesatan bawaan yahudi dan nasara - subhanallah

    Kasyaf daripada mukjizatNya - Mikraj dan isra' di perlihatkannya, perkara ghaib ( kisah dalam perjalananya)

    kasyaf selain dari tu ada yang termasuk persangkaaan

    apabila tidak Ihlas, maka mudahlah di perdayakan syaitan

    hanya hamba hamba KU yang ikhlas, tiadalah dapat di sesatkan

    subhanallah


    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #25 02 June, 2012, 04:29:13 PM
  • Publish
  • Mohon tuan batu terangkan apa ertinya ikhlas yang selalu tuan tonjol-tonjolkan?

    Sent from my celcom

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1375
      • View Profile
    Reply #26 02 June, 2012, 04:49:33 PM
  • Publish
  • (2:267)  Hai org2 yg beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dr hasil usahamu yg baik-baik & sebagian dr apa yg Kami keluarkan dr bumi untuk kamu. & janganlah kamu memilih yg buruk-buruk lalu kamu menafkahkan drpdnya, pdhal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dgn memincingkan mata terhadapnya. & ketahuilah, bhw Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
    (2:268)  Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dgn kemiskinan & menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan drpd-Nya & karunia . & Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.
    (2:269)  Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yg dalam tentang Al Qur'an & As Sunnah) kpd siapa yg dikehendaki-Nya. & barangsiapa yg dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yg banyak. & hanya org2 yg berakallah yg dapat mengambil pelajaran (dr firman Allah).
    (2:270)  Apa saja yg kamu nafkahkan atau apa saja yg kamu nazarkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. org2 yg berbuat zalim tidak ada seorg penolongpun baginya.
    (2:271)  Jika kamu menampakkan sedekah(mu) , maka itu adalah baik sekali. & jika kamu menyembunyikannya  & kamu berikan kpd org2 fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. & Allah akan menghapuskan dr kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; & Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan.
    (2:272)  Bukanlah kewajibanmu menjadikan mrk mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yg memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yg dikehendaki-Nya. & apa saja harta yg baik yg kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. & janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan krn mencari keridhaan Allah. & apa saja harta yg baik yg kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dgn cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan).

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #27 02 June, 2012, 05:33:38 PM
  • Publish
  • Mohon tuan batu terangkan apa ertinya ikhlas yang selalu tuan tonjol-tonjolkan?

    Sent from my celcom



    silakan baca  http://al-merapu.blogspot.com/2011/03/ikhlas-mampukah-men-capai-nya.html

    http://al-merapu.blogspot.com/2012/05/ikhlas-vs-iblis-syaitan.html

    KITA - Peringatan

    banyak dah thread dalam ni ceritakannya

    silakan

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #28 02 June, 2012, 05:36:34 PM
  • Publish
  • Mohon sh turut menerangkan erti ikhlas menurut hikmah yang ada(kefahaman yang dalam tentang al-quran & sunnah yang dimiliki )

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk
    « Last Edit: 02 June, 2012, 05:38:10 PM by nazri0070 »

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1101
      • View Profile
    Reply #29 02 June, 2012, 05:41:36 PM
  • Publish
  • Kalian adalah haiwan ... betul tak?
    Boleh sapa-sapa jelaskan.

    Jika benar kalian sedang membicarakan tentang ilmu mantik atau telah memahami apa yang sedang kalian bincangkan..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #30 02 June, 2012, 06:11:31 PM
  • Publish
  • Kalian adalah haiwan ... betul tak?
    Boleh sapa-sapa jelaskan.

    Jika benar kalian sedang membicarakan tentang ilmu mantik atau telah memahami apa yang sedang kalian bincangkan..




     Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    (An-Nuur 24:45)
    And Allah has created every animal from water: of them there are some that creep on their bellies; some that walk on two legs; and some that walk on four. Allah creates what He wills for verily Allah has power over all things.

    semuanyalah, bukan sekadar Kalian, termasuklah semuanya,
    adapun manusia di katakan haiwan, mamalia, berdarah panas
    manusia ada yang melampaui batas, mengalahkan haiwan yang melata

    jadi, ada idak akal, mahu idak berfikir

    inshallah ya

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1101
      • View Profile
    Reply #31 02 June, 2012, 06:29:32 PM
  • Publish
  • Next, ada sape2 lagi yang boleh terangkan..
    Yang tu berkenaan air.
    Saya mahu jawapan yang lebih tepat

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #32 02 June, 2012, 06:37:21 PM
  • Publish
  • Kalian adalah haiwan ... betul tak?
    Boleh sapa-sapa jelaskan.

    Jika benar kalian sedang membicarakan tentang ilmu mantik atau telah memahami apa yang sedang kalian bincangkan..
    Awok ceghite dulu.

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #33 02 June, 2012, 06:41:22 PM
  • Publish
  • Next, ada sape2 lagi yang boleh terangkan..
    Yang tu berkenaan air.
    Saya mahu jawapan yang lebih tepat






    selalu kot di baca solat maghrib, isyak

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1101
      • View Profile
    Reply #34 02 June, 2012, 06:52:58 PM
  • Publish
  • Adakah en Nazri juga haiwan?,
    Cuba tuan jelaskan

    Sbbnya sy lihat tuan banyak paste tentang kenyataan dn istilah Mantik di atas.

    Mana aci terus minta jawapan dr penyoal?

    Atau mana2 halaqian lain?? Yang juga haiwan?

    Jawab, jangan tak jawab.
    Yang jwb pulak, sila gunakan mantik. Yang guna Ayat Qoran tu, bukan jawapan mantik.


    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #35 02 June, 2012, 07:10:18 PM
  • Publish
  • takkan tak boleh fikir

    manusia boleh menjadi sebaik baik kejadian
    namun sebab melampau lampau nafsunya, boleh lebih hina dari sekalian haiwan yang melata

    itu dari surah at tiin

    sebab tu, dalam hal Tafsir, banyak yang kata haiwan, banyak yang tak kata haiwan, still kata manusia yang rendah martabatnya

    begitulah munculnya pemikiran, daripada yang nampak bawah tempurung, atau nampak dari mata burung

    subhanallah

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #36 02 June, 2012, 07:28:47 PM
  • Publish
  • Hewan ni kerjanya mengawan,makan, minum,tak berpakaian apalagi nak menutup aurat ,tidur ,buang air pun ikut suka jer, banyak la lagi..Sapa yang banyak buat perangai hewan yang tak sepatutnya macam kencing berdiri ke, jadilah dia lebih teruk dari hewan. Wana'uzubillah …

    Saya cadangkan tok ngoh buat thread baru langkah pertama haiwan atau langkah ke5 ngoh. Tulis panjang-panjang dalam thread tu!

    Tapi ada juga hewan masuk syurga! Unta Saleh as,kambing Habil bin Adam as, anjing ashabul kahfi dll. …

    (Senyum)
    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk
    « Last Edit: 02 June, 2012, 07:30:24 PM by nazri0070 »

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1375
      • View Profile
    Reply #37 02 June, 2012, 08:42:44 PM
  • Publish
  • perghh ........ saya la tu .... saya haiwan yg dimaksudkan dalam Quran tu ..... malah lebih teruk dari haiwan ternak ......

    (7:178)  Barangsiapa yg diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yg mendapat petunjuk; & barangsiapa yg disesatkan Allah , maka mrklah org2 yg merugi.
    (7:179)  Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dr jin & manusia, mrk mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) & mrk mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), & mrk mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mrk itu sebagai binatang ternak, bahkan mrk lebih sesat lagi. Mrk itulah org2 yg lalai.
    (7:180)  Hanya milik Allah asmaa-ul husna , maka bermohonlah kpd-Nya dgn menyebut asmaa-ul husna itu & tinggalkanlah org2 yg menyimpang dr kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya . Nanti mrk akan mendapat balasan terhadap apa yg telah mrk kerjakan.
    (7:181)  Dan di antara org2 yg Kami ciptakan ada umat yg memberi petunjuk dgn hak, & dgn yg hak itu (pula) mrk menjalankan keadilan.
    (7:182)  Dan org2 yg mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mrk dgn berangaur-angsur (ke arah kebinasaan), dgn cara yg tidak mrk ketahui.
    (7:183)  Dan Aku memberi tangguh kpd mrk. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.

    Allah pun bagi tangguh(peluang) kat org buat silap ... saya idaklah mendoakan ... malah mencela pulak tu ... aparaaa

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #38 02 June, 2012, 08:46:16 PM
  • Publish
  • Mengaku sendiri nasib ler …apa-apa pun Allah tau isi hati tu,Allah tak pernah leka apatah lagi lupa …

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1101
      • View Profile
    Reply #39 02 June, 2012, 11:00:36 PM
  • Publish
  • Nampak gayanya,
    Orang yang cuba mengulas ilmu mantik
    Sebenarnya cuba mem bypass ilmu-ilmu yang juga salah satu drpd ilmu agama.

    Itu adalah soalan yang terlalu asas yang mana sepatutnya mereka yang menuntut ilmu mantik akan tahu jawapannya.

    Ilmu mantik adalah salah satu ilmu kaedah dan ianya tidak sesuai dengan jawapan menggunakan ayat-ayat al-qoran kerana ayat Al-qoran adalah bersifat muktamad yang mempunyai pecahan daripada jenis-jenis ayat termasuk jenis ayat tashbih, ayat nyata, ayat perintah atau larangan, ayat kinayah dan sebagainya. Yang didatangkan oleh wahyu. yang hanya perlu didengar dan ditaati (tidak boleh didolak dalik).

    Tetapi Ilmu mantik adalah suatu kaedah yang didatangkan daripada pengolahan akal fikiran yang menjurus kepada suatu titik kefahaman.

    Manakala ilmu falsafah pula seumpama suatu prinsip pemikiran yang juga berlainan daripada wahyu walaupun ia mirip kepada ilmu mantik.

    Perbezaan Ilmu mantik ialah ianya bebas daripada kesalahan berfikir. Manakala Ilmu falsafah pula ianya selalu berbeza dan banyak terdapat percanggahan atau kesalahan. Kerana ianya melibatkan TEORI yang mana selalu didapati teori yang sering berubah dan berlainan diantara ahli-ahli falsafah.

    Kasyaf pula bukannya suatu ilmu pengetahuan, tetapi ianya seumpama suatu deria tambahan.

    Dan diantara perkara ini, perkara yang paling tinggi ialah; HIDAYAH. Iaitu suatu petunjuk daripada suatu kuasa yang sebenar. Inilah yang menjadikan mereka yang mendapat hidayah atau petunjuk itu lebih istimewa daripada ahli falsafah atau pendita sekalipun.

    Perbezaanya juga ialah Hidayah ialah suatu pemberian atau anugerah. Manakala Falsafah, mantik dsbgnya adalah masih pada peringkat berusaha atau mencari lagi sebenarnya. Yang mana ianya masih berlegar pada logik atau kebarangkalian.
    ....

    Namun masih lagi tiada jawapan kepada ;
    " kalian adalah haiwan....".
    Mengapa kalian adalah haiwan?
    atau memang kalian adalah haiwan?

    Takkan tidak ada halaqian yang mampu menjawab solan tersebut?
    Seolah-olah solan alif ba ta didalam ilmu mantik.

    Saya semakin sedar bahawa ramai sebenarnya yang cuba menceroboh didalam ilmu-ilmu islam yakni bukan sebenarnya ahli didalam ilmu islam. Bukan nak mengata, tetapi ingin memperingatkan bahawa ilmu agama bukannya suatu yang boleh main lompat atau bypass, cedok paste sesuka hati yang mana perlu melangkah satu persatu melebihi langkah 5 dan seterusnya.
    Yang mana harus dilangkahi dengan keikhlasan demi mendapat hidayah agar dapat terus melangkah.
    Demi kejayaan menghindarkan diri daripada kemurkaan Allah SWT.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    17 Replies
    9087 Views
    Last post 23 August, 2011, 01:52:06 PM
    by mail kacip
    24 Replies
    16620 Views
    Last post 28 January, 2014, 05:35:39 PM
    by ZakiaAliaMedina
    1 Replies
    623 Views
    Last post 07 February, 2012, 09:24:25 PM
    by al_ahibbatu