Ilmu Mantiq

*

Author Topic: Ilmu Mantiq  (Read 15536 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nurizmi

  • *
  • Posts: 27
    • View Profile
08 May, 2009, 01:45:27 AM
  • Publish
  •   :)
    saya ingin tahu pandangan anda  tentang ilmu matiq
     adakah anda mengetahuai tantang ilmu mantiq ini?
    perlukan pandangan anda semua...............................
    « Last Edit: 17 May, 2009, 08:30:15 PM by Munaliza Ismail »

    aako_dkm

    • *
    • Posts: 434
    • cintailah ilmu
      • View Profile
    Reply #1 08 May, 2009, 09:38:46 AM
  • Publish
  •   :)
    saya ingin tahu pandangan anda  tentang ilmu matiq
     adakah anda mengetahuai tantang ilmu mantiq ini?
    perlukan pandangan anda semua...............................


    Mantiq adalah sebuah ilmu yang membahas tentang alat dan formula berpikir, sehingga seseorang yang menggunakannya akan selamat dari cara berpikir salah. Manusia sebagai makhluk yang berpikir tidak akan lepas dari berpikir. Namun, saat berpikir, manusia seringkali dipengaruhi oleh berbagai tendensi, emosi, subyektifitas dan lainnya sehingga ia tidak dapat berpikir jernih, logis dan obyektif. Mantiq merupakan upaya agar seseorang dapat berpikir dengan cara yang benar, tidak keliru.


    ada betul ka?

    nurizmi

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Reply #2 16 May, 2009, 01:42:21 AM
  • Publish
  • nampak nya warga halaqah  tidak berapa minat tentang membahaskan  ilmu mantiq

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #3 16 May, 2009, 07:36:59 AM
  • Publish
  • Oleh DR. SYED ALI TAWFIK AL--ATTAS dalam Utusan Malaysia


    Setiap manusia diberi keupayaan berfikir yang berkembang sejajar dengan pertumbuhan jasmani dan akali. Keupayaan berfikir ini mempunyai pelbagai bentuk bergantung kepada tahap-tahap pertumbuhan yang berlainan. Pemikiran seseorang dibentuk oleh persekitarannya dan ini dapat dilihat pada rupa bentuk dan kaedah tertentu. Dengan kesungguhan seseorang berupaya membina pemikirannya menjadi matang dan bernas sehingga mengatasi pemikiran terdahulu. Semua itu berlaku melalui pentaakulan dan penghujahan.


    Bolehlah dikatakan bahawa kemunculan mantiq semula jadi, falsafah, dan pemikiran secara umumnya adalah bersekali dengan kewujudan manusia, yakni bermula dengan kelahirannya. Mantiq, yang ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan berfikir yang betul, melalui kefahaman (inference) yang menghasilkan kesimpulan- kesimpulan yang benar dan sahih, menjadi panduan kepada manusia dalam soal berfikir dan gerak daya yang berkaitan dengannya.


    Dalam ulasannya terhadap mantiq Timur, Ibn Sina mendapati bahawa ada kemungkinan besar mantiq berasal dari Timur, mendahului mantiq Aristotle. Beliau mengatakan:


    “Ada kemungkinan bahawa kita juga mewarisi ilmu dari sumber-sumber lain dari Greek..., kita mengalu-alukan ilmu ini kerana ia diperoleh melalui kaedah-kaedah ilmiah. Orang-orang Greek menamakannya Logic. Tetapi ada kemungkinan bahawa orang-orang Timur menamakannya dengan nama lain.”
    Secara jujur kaum Muslimin telah bekerja keras mendalami mantiq Aristotle dan menguasainya dengan cemerlang berbanding bidang-bidang lain. Semua ini mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa karya mantiq beliau telah diterjemah berkali-kali.


    Merujuk kepada karya-karya sejarawan, al-Hujayri percaya bahawa mantiq dan falsafah yang dikembangkan oleh Aristotle secara berhati-hati melalui kaedah penyusunan dan pengkategorian, pada hakikatnya telah diwarisi oleh orang-orang Parsi, yang kemudiannya menulisnya secara tersusun dan formal.
    Kalau kita melihat kepada sejarah sains dan falsafah, kita dapati para filsuf Greek menekankan prinsip-prinsip mantiq sebelum kedatangan Aristotle dan menggunakan prinsip-prinsip mantiq sebelum kedatangan Aristotle lagi, dan menggunakan prinsip-prinsip mantiq dalam penyelesaian masalah. Sebagai contoh, Sarton menyatakan dalam History of Philosophy bahawa Zeno menyiapkan kerja-kerja Parmenides dari segi ruang lingkup, kaedah dan pembuktian. Beliau mengesahkan bahawa sekiranya seseorang mengambil kira perubahan dan sifat berubah alam ini sebagai suatu hakikat dia pasti akan menemui kesimpulan yang mantiqi. Mungkin disebabkan oleh pendekatannya yang tersusun dan teratur beliau mampu memandu orang-orang yang datang kemudian. Aristotle menamakannya pengasas mantiq dan hujah dialektikal.
    Zeno adalah filsuf aliran pemikiran Aela. Beliau dilahirkan pada 486 SM. Beliau hidup selepas Parmenides, dua kurun sebelum Aristotle. Beliau meyakini dan mengajar bahawa mustahil dua hakikat yang saling bercanggah disatukan. Prinsip ini digunakan bagi membuktikan kesatuan alam. Beliau dianggap orang yang banyak berbicara tentang mantiq.


    Segala bukti yang dikemukakan oleh Zeno digunakan bagi menyokong teori kesatuan alam dan bagi menolak kemungkinan pergerakan dan perubahan. Semua bukti-bukti ini disandarkan kepada undang-undang percanggahan.


    Golongan sufasta‘iyyah pula berusaha mengkaji khitabah dan jadal. Minat mereka ini akhirnya membawa mereka mengajar nahu dan sintaks. Dengan berbuat demikian mereka mengesahkan Protagoras, sofist yang pertama sebagai pengasas ilmu nahu. Beliau mempunyai pengaruh besar ke atas para pelajarnya terutama dalam soal kepelbagaian dan bentuk-bentuk kata kerja. Pada masa sama dia adalah guru pertama mantiq amali (practical logic).


    Aristotle adalah orang pertama memperkenalkan logic sebagai kaedah ilmiah yang tersendiri dan seterusnya menulis tentangnya pada kurun keempat sebelum Masihi. Dengan sebab itu dia dikenali sebagai pengasas mantiq dan guru pertama.


    Pada kurun yang pertama Hijrah kaum Muslimin dikenali dengan suatu kaedah mantiq yang tersendiri. Ini sebelum mantiq Aristotle berkembang luas. Mantiq kaum Muslimin dapat dilihat dengan jelas dalam bidang teologi dan prinsip-prinsip perundangan Islam. Dalam kurun-kurun berikutnya kedua-dua bidang ini menjadi bidang keutamaan kaum Muslimin. Mereka mengenal pasti dan menyelesaikan permasalahan agama dengan pertolongan dua bidang ilmu ini, khususnya teologi. Mereka bergantung kepada mantiq bagi membuktikan hujah-hujah mereka, dan bagi memperolehi kesimpulan-kesimpulan yang sahih, tanpa perlu merujuk kepada mantiq Aristotle.


    Bidang ilmu yang membicarakan dasar-dasar perundangan adalah hasil mantiq para fuqaha. Golongan Mutakallimun tidak menggunakan mantiq Aristotle hinggalah ke kurun ke-5 hijrah disebabkan kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan dan keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan dan keyakinan yang diberikan oleh mantiq mereka sendiri pada ketika itu.


    Ramai ilmuwan ulung telah menyumbang kepada bidang mantiq, antaranya al-Kindi, Abu Bishr Matta b. Yunus, al-Qarani, Yahya Ibn Adi al-Nasrani, al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali, Bihminyar dan al-Lawkari. Walaupun Ibn Sina tidak menghuraikan sepenuhnya mantiq Aristotle dalam bukunya al-Shifa’, dan tidak menjelaskannya dengan sempurna, dia telah melakukannya dalam buku-buku yang lain, dan dia telah menyampaikannya dengan tepat.


    Para filsuf Muslim pada umumnya menghabiskan banyak masa dan usaha bagi menjelaskan masalah-masalah berkaitan mantiq. Sesetengahnya, seperti al-Farabi, Ibn Sina dan Nasiruddin al-Tusi, adalah contoh-contoh yang cemerlang dalam soal ini. Setengah ilmuwan dan pemikir lain seperti Fakhr al-Din al-Razi, Abu al-Barakat al-Baghdadi, al-Qutb al-Razi dan Sadr al-Din al-Shirazi turut memberi sumbangan besar terhadap bidang ini.


    Abu Nasr al-Farabi telah menulis suatu kajian yang luas dan lengkap tentang mantiq, walaupun pada hakikatnya beliau hanyalah menulis suatu ringkasan dalam pembicaraannya tentang Organon karya Aristotle. Dia percaya, dengan menggalakkan mantiq seseorang boleh memperbaiki kaedah yang digunakan; jika digunakan dengan betul, seseorang akan dipandu oleh akal ke jalan yang benar dan terpelihara dari kesilapan.


    Dia juga percaya bahawa kaitan mantiq dan akan seumpama kaitan nahu dan bahasa, atau prinsip-prinsip ‘arud dengan syair. Beliau menekankan aspek-aspek amali mantiq, dan meletakkan akal di bawah prinsip-prinsip mantiq.
    Al-Farabi berhujah bahawa penggunaan khitabah dan jadal, ataupun kejuruteraan dan arithmetik, tidak berupaya menggantikan peranan mantiq kerana mantiq bukanlah ibarat suatu perhiasan yang tidak bermakna. Sebaliknya kecenderungan semula jadi manusia menyebabkannya mustahil ditukar ganti.


    Isi kandungan dan unsur-unsur mantiq adalah berkenaan dengan perkara-perkara yang mengkaji prinsip-prinsip yang sahih dalam gerak daya berfikir. Karya yang dipersembahkan oleh al-Farabi dalam bidang syair mempunyai dua aspek. Yang pertama menyentuh keupayaan beliau memahami secara menyeluruh dan tepat mantiq Aristotle yang sudah tersebar ke dunia Arab; yang kedua menyentuh kemampuannya mengasaskan lima seni, yakni lima bentuk hujah.


    Pada kurun-kurun ke-5 dan ke-6 Hijrah, Ibn Sina berjaya menjelaskan mantiq Aristotle, meringkas dan mengkajinya, dan menghabiskan masa yang banyak dalam usaha memahaminya. Dalam pendahuluan bukunya beliau ada menyebut tentang mantiq Timur, dan mendakwa ia selaras dengan mantiq aliran Mashsha‘i. Beliau mengajarkan falsafah gaya baru yang cenderung ke arah aliran Aristotle dan Mashsha‘i, menggabungkan kedua- duanya dengan pendekatan kaedah berdasarkan falsafah Neo-Platonik.


    Antara karya-karya terpenting sumbangan Ibn Sina ialah Kitab al-Najat yang kemudiannya diterjemah ke bahasa Parsi dengan judul Danishnamah Ala‘i. Ibn Sina menulis buku berkenaan bagi memujuk Sultan Dinasti Kakwayh, dan mempersembahkannya kepada baginda sebagai hadiah.


    Sumbangan lain beliau tentang mantiq boleh dilihat dalam al-Nukat wa al-Fawa‘id. Risalah ini tidak diketahui umum sebagai karyanya. Walau bagaimanapun terdapat satu salinan karya ini, di Istanbul. Secara ringkasnya ia merupakan suatu risalah tentang mantiq, fizik dan metafizik. Persoalan-persoalan yang dibincangkan itu juga boleh dijumpai di dalam kitab al-Najat dan juga al-Isharat yang juga merupakan karangan beliau.


    Di dalam kitab al-Shifa’, yang dianggap salah satu karya teragung dalam bidang falsafah, Ibn Sina telah menulis suatu bab khusus tentang mantiq. Tajuk bab itu ialah al-Burhandan ia telah diterbitkan secara berasingan di Kaherah pada tahun 1954 oleh Abdul Rahman Badawi.


    Nasruddin al-Tusi juga dianggap ilmuwan besar ilmu mantiq, lebih daripada keahlian beliau dalam perundangan Islam, sains, teologi, falsafah, matematik dan astrologi.


    Nasruddin al-Tusi menyatakan bahawa mantiq itu adalah merupakan suatu ilmu dan suatu alat. Tujuannya sama dengan sains yang menyelidiki makna-makna dan sifat. Ia juga seperti suatu alat disebabkan sifatnya seumpama kunci kepada tanggapan dan kefahaman terhadap ilmu-ilmu yang lain. Beliau percaya bahawa ilmu mantiq mampu menghalang akal fikiran daripada terjerumus ke dalam kesilapan dan kekeliruan.


    Al-Tusi membahagikan semua ilmu kepada faham (konsep) dan hukum. Beliau berhujah bahawa kefahaman terhadap sesuatu faham itu boleh dicapai melalui takrif, dan manakala hukum pula diketahui melalui kias (analogi). Beliau percaya bahawa takrif dan kias adalah merupakan alat-alat, dengan menggunakannya seseorang akan memperolehi ilmu.


    Kias, berdasarkan kepada takrif yang diberikan oleh Ibn Sina berbeza daripada takrif Aristotle. Ibn Sina membahagikan silogisme kepada dua: Konjunktif dan ekseptif. Beliau menyempurnakan takrifan itu dengan menggunakan gaya bahasanya yang tersendiri.


    Taqiyyuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Halim, juga dikenali sebagai Ibn Taymiyyah, dilahirkan di Harran pada tahun 661 Hijrah. Dalam bukunya, al-Raddu ala al-Matiqiyyin, beliau merujuk kepada suatu buku yang bertajuk al-Ara’ wa al-Diyanah yang ditulis oleh al-Hassan bin Musa al-Nawbakhti yang mendedahkan dan menjelaskan kesilapan-kesilapan Aristotle dan falsafahnya. Ada permulaan bukunya Ibn Taimiyyah membicarakan tentang istilah ilmu mantiq. Seperti al-Hadd, al-Qawl al- Sharih dan istilah-istilah lain. Beliau juga membicarakan tentang silogisme, yang dibahagikan kepada pembuktian, jadal, khitabah, syair dan safsatah. Di hujung perbahasan tentang silogisme beliau memberikan penjelasan yang begitu cemerlang tentang kias dan induksi.


    Selepas Ibn Taymiyyah seorang lagi ilmuwan muslim yang terkenal telah muncul, Abdul Rahman bin Muhammad Khaldun al-Maghribi, atau lebih dikenali sebagai Ibn Khaldun. Beliau amat kritikal terhadap mantiq Aristotle dan merupakan seorang tokoh ilmu kemasyarakatan dalam dunia Islam.


    Ibn Khaldun membicarakan tentang mantiq dalam beberapa bab bukunya al-Muqaddimah. Beliau melihat persoalan ini dari sudut sejarah dan menjelaskan bagaimana ia muncul dan disebarkan ke seluruh dunia Islam. Beliau mentakrifkan intipati ilmu logik secara tepat dan kemudiannya menjelaskan asas-asasnya dan perbezaan-perbezaan yang berkenaan. Beliau dengan keras mengkritik mantiq Aristotle dan mempertahankan kritikannya itu dalam karya-karya beliau.


    Kemunculan Sadr al-Din al-Shirazi pada kurun ke-10 dan ke-11 menandakan kemuncak pencapaian akliah dalam tamadun Islam. Tatkala kelihatan tanda-tanda kejumudan dan keruntuhan, zaman ini membuka jalan kepada kaedah baru dalam ilmu-ilmu akal yang menggabungkan falsafah Greek, falsafah Mashsha‘i, falsafah Iluminasi dan ajaran-ajaran Islam.


    Dalam muqaddimah bukunya al-Asfar, beliau membahagikan ilmu kepada dua: ilmu teori yang terdiri daripada mantiq, matematik, fizik dan metafizik; dan ilmu amali yang mengandungi akhlak pentadbiran (ekonomi) dan politik bernegara.


    - DR. SYED ALI TAWFIK AL--ATTAS ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
    TuhAN cInTa aGuNg..

    wArDaH iSlAm

    • *
    • Posts: 372
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Reply #4 16 May, 2009, 10:10:39 AM
  • Publish
  • salam...
    pandangan yea..
    his,,,best...rase nak belajar je tapi tu tingkatan 6 je belajar
    em tahlah,,ilmu nie boleh bace orang kan??

    berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...

    nurizmi

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Reply #5 17 May, 2009, 04:05:32 PM
  • Publish
  • salam...
    pandangan yea..
    his,,,best...rase nak belajar je tapi tu tingkatan 6 je belajar
    em tahlah,,ilmu nie boleh bace orang kan??









    salam
    mantiq ni satu ilmu yang selalu kita junakan tampa belajar pun....
    ilmu mantik tu sendiri bermaksudهو العام بالقواعد التى وتعصم العقل عن الخطأ فى التفكر
    dalam ilmu mantik terbahagi pada 2 bahagian iaitu tasawurat dan tasdiqat
    dalam tasawurat kita belajar tentang gambaran di dalam dalam tasawar ulama mantiq membahaskan tentang adilah,al-lafaziah,kuli juzie,mafhum musadiq,al-kuliyyah tul al-khoms,dan takrif

    belajar ilmu mantik ni memang seronok..pensyrah sy kata kalau kita dapat menguasai ilmu mantik kita dapat memelihara akal kita dari pada tersalah berfikir .dan kita juga tahu sesuata benda itu betul atau salah ....

    wArDaH iSlAm

    • *
    • Posts: 372
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Reply #6 17 May, 2009, 07:47:50 PM
  • Publish
  • salam...
    pandangan yea..
    his,,,best...rase nak belajar je tapi tu tingkatan 6 je belajar
    em tahlah,,ilmu nie boleh bace orang kan??









    salam
    mantiq ni satu ilmu yang selalu kita junakan tampa belajar pun....
    ilmu mantik tu sendiri bermaksudهو العام بالقواعد التى وتعصم العقل عن الخطأ فى التفكر
    dalam ilmu mantik terbahagi pada 2 bahagian iaitu tasawurat dan tasdiqat
    dalam tasawurat kita belajar tentang gambaran di dalam dalam tasawar ulama mantiq membahaskan tentang adilah,al-lafaziah,kuli juzie,mafhum musadiq,al-kuliyyah tul al-khoms,dan takrif

    belajar ilmu mantik ni memang seronok..pensyrah sy kata kalau kita dapat menguasai ilmu mantik kita dapat memelihara akal kita dari pada tersalah berfikir .dan kita juga tahu sesuata benda itu betul atau salah ....

    iye ke x kne blajar???/
    kak2 stam kte ader subjek nie....

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #7 17 May, 2009, 10:36:04 PM
  • Publish
  • Dulu waktu sekolah minat= V Best=result=Mumtaz..
    tapi sdh tua ni otak sdh mulai lemah....=jd kebas rasanya otak ni...
    Ya Allah semoga tak sampai usia nyanyuk sudahlah..
    Nauzubillahimin zalik.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    nurizmi

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Reply #8 17 May, 2009, 10:52:51 PM
  • Publish
  • salam...
    pandangan yea..
    his,,,best...rase nak belajar je tapi tu tingkatan 6 je belajar
    em tahlah,,ilmu nie boleh bace orang kan??









    salam
    mantiq ni satu ilmu yang selalu kita junakan tampa belajar pun....
    ilmu mantik tu sendiri bermaksudهو العام بالقواعد التى وتعصم العقل عن الخطأ فى التفكر
    dalam ilmu mantik terbahagi pada 2 bahagian iaitu tasawurat dan tasdiqat
    dalam tasawurat kita belajar tentang gambaran di dalam dalam tasawar ulama mantiq membahaskan tentang adilah,al-lafaziah,kuli juzie,mafhum musadiq,al-kuliyyah tul al-khoms,dan takrif

    belajar ilmu mantik ni memang seronok..pensyrah sy kata kalau kita dapat menguasai ilmu mantik kita dapat memelihara akal kita dari pada tersalah berfikir .dan kita juga tahu sesuata benda itu betul atau salah ....

    iye ke x kne blajar???/
    kak2 stam kte ader subjek nie....



    salam
     ia memang betul ilmu mantik ini salah satu sabjek stam dan sesiapa yang ambil bidang usuluddin ia adalah salah satu sabjek usuluddin ia  akan memperlajari ilmu ini lagi mendalam
     mantik itu sendiri bermaksud kaedah2 berfikir dari pada tersalah berfikir
    ia juga ilmu yang berfikir secara logik.......
    contohnya mendengar suara di sebalik tembok menandakan ada orang di sebalik tembok itu
    ini di panggil sebagai al-dilalah al-lafaziah al-akaliyyah
    kenapa dia panggil sebagai al-dilalah al-lafaziah akaliyyah kerana kita dapat memahami secara akal fikiran kita
    jadi dalam kehidupan kita kita sentiasa menggunakan matik ini kerana mantik ini berfikir secara logik dan banyak lagi kaeedah ilmu mantik ni.....

    nurizmi

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Reply #9 17 May, 2009, 11:01:58 PM
  • Publish
  • Dulu waktu sekolah minat= V Best=result=Mumtaz..
    tapi sdh tua ni otak sdh mulai lemah....=jd kebas rasanya otak ni...
    Ya Allah semoga tak sampai usia nyanyuk sudahlah..
    Nauzubillahimin zalik.



    salam
    insyallah tak nyanyuk
    sebab mantik ini perbuatan yang selalu kita buat
    inyaallah saya akan cuba tulis kaedah2 mantik ke dalam halaqah ini
    kaedah  mantik yang saya belajar di kolej ini

    sepaya kita dapat berkonsi ilmu insyaallah

    aisyahsolehah

    • *
    • Posts: 8
    • [..al-takjil lissu al-zaman..]
      • View Profile
    Reply #10 17 May, 2009, 11:25:17 PM
  • Publish
  • mantiq?ssgguh'y mantiq amt sush utk d cernakn :sedihnya:=)
    ~harus ada rasa brsyukur di setiap kali ujian menjelma itu jelas nya mmbuktikan Allah mengasihimu setiap masa~

    nurizmi

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Reply #11 18 May, 2009, 12:14:14 AM
  • Publish
  • mantiq?ssgguh'y mantiq amt sush utk d cernakn :sedihnya:=)

    salam

    adakah anda pernah mempelajari mantiq

    kenapa susah untuk di cerita kan :senyum:..

    AuFa_RisYa

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #12 21 August, 2009, 07:10:20 PM
  • Publish
  •  :)Salam..hmm..dlu ana pnah blja sbjek ni dlm STAM..
    tp amat mngecewakan  & malang skali ana xdpt nk mmhaminya dgn baik..
    hrp sgt2 de sape2 blh trgkn lbih mudah lg.utk dsmpaikn kpd org lain..
     :ins:
    ..MenDamBa Kasih ILahi..MenuJu CinTa Hakiki..

    nurainzahra

    • *
    • Posts: 77
      • View Profile
    Reply #13 21 August, 2009, 07:36:37 PM
  • Publish
  • salam..mmg mantiq salah satu matapelajaran yg agak susah dimengertikan,
    tp kalau study betul2..dgn cara yg betul..insyaAllah mudah jdnya..
    cantik wanita krn kejernihan wajah,
    manis wanita krn seyuman indah,
    ayu wanita krn kesedrhanaan lahiriah,
    hebat wanita krn kesabaran,
    kemuliaan wanita krn keimanan..

    Nasiha Sakina

    • *
    • Posts: 97
    • _ Insan Dhaif, Faqir _
      • View Profile
    Reply #14 01 June, 2012, 10:42:02 PM
  • Publish
  • Ilmu MantiQ menggunakan Logik Akal... Tapi ana tak minat MantiQ.. Ana minat FALSAFAH.. Ada siapa-siapa yang boleh memberi Ilmu tentang FALSAFAH YUNANI DAN FALSAFAH ISLAM pada Ana.. best sangat bila kita faham...

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #15 01 June, 2012, 11:22:01 PM
  • Publish

  • Ni contoh ilmu mantiq …

     Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata"."Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan."Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz. "Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara. "Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan? 

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1375
      • View Profile
    Reply #16 01 June, 2012, 11:38:11 PM
  • Publish
  • ni contoh ilmu mantiq kot .....

    kucinggg oooo kucinggg ....

    manusiaaa oooo manusiaa .....

    kalau manusia terpijak kucingg .... aduhai kucing mengiau kuat sakittt .... kalau tak dilepas digigit

    sebab nak bagi tau pun tak boleh cakap ... nak sabo pun sebab takde akal ....

    tapi apabila terlepas dijilat2 bahagian yg sakit .... takde maki2 pun mungkin sebab takde akal

    tapi kalau manusia ke ... diberi nasihat ... diberi teguran @ peringatan ....

    mudah ke nak terima .....

    sebab tu kalau bab gaduhh nie ... adoiii saling mencela2 ... jenuh la ada yg nak sabarkan ... disaran mengucap la ... sebab siapa ingat Allah hati akan jadi tenang

    so kalau kucing dgn kucing gaduh ada yg simbah air sebab kalau ditegur atau dihalau belum tentu larik ..takpe takde akal

    tapi di mana akal saya sebagai manusia kalau ada yg mula menguji .... perghhh masyaAllah ... Maha BerIlmu

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #17 02 June, 2012, 12:08:01 AM
  • Publish
  • Definisi Mantik dengan melihat kepada faedahnya

    Iaitu suatu disiplin yang dapat mengawal fikiran daripada kesalahan ketika berfikir.

    Pengertian kanun ialah: Kaedah-kaedah umum

    Pengertian mengawal ialah: Menjaga akal daripada kesalahan ketika berfikir.

     

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #18 02 June, 2012, 12:52:10 AM
  • Publish
  • Kisah mantiq kucing dan manusia.

    Adapun kucing,satu-satunya binatang jinak yang dipelihara ramai manusia. Abu Hurairah ra sangat suka memelihara kucing! Manusia selalu juga menzalimi kucing,manusia ada akal fikiran tapi sebahagian besarnya tak cerdik dan tak gheti guna daya fikir mantiqnya! Kucing pula ada sikit akal tapi tiada kuasa fikir yang hebat,yang  hebatnya kucing tidak pernah menzalimi manusia!! Kucing turut banyak berjasa untuk manusia,kucing makan lebihan makanan dan lauk-pauk manusia, membantu manusia agar tidak membazir begitu saja,kucing turut membinasakan makhluk perosak seperti tikus. Banyak lagi sebenarnya kelebihan dan kebaikan kucing..Insya Allah bersambung …

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk

    farahiyah0394

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #19 02 June, 2012, 01:50:48 AM
  • Publish
  • apa beza mantiq ngan khasyaf?
    ke same aje??
    kurang faham bab ni.. huhuu

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    17 Replies
    9054 Views
    Last post 23 August, 2011, 01:52:06 PM
    by mail kacip
    24 Replies
    16583 Views
    Last post 28 January, 2014, 05:35:39 PM
    by ZakiaAliaMedina
    1 Replies
    615 Views
    Last post 07 February, 2012, 09:24:25 PM
    by al_ahibbatu