Peristiwa Hajarul Aswad

*

Author Topic: Peristiwa Hajarul Aswad  (Read 4427 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

faseh

  • *
  • Posts: 999
  • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
    • View Profile
01 June, 2007, 01:06:07 PM
  • Publish
  • Peristiwa Hajarul Aswad



    MAKA dengan rahmat Allah, menjadi lunaklah hati engkau (ya Muhammad) terhadap mereka. Kalau sekiranya engkau berbudi jahat, berhati kasar, nescaya bercerai-berailah mereka menjauhi engkau, maka maafkanlah mereka dan minta ampunlah untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka tentang urusan itu. Apabila engkau telah bercita-cita (yang tetap), maka bertawakallah kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya Allah s.w.t. mengasihi orang-orang yang bertawakal. (Ali Imran: 159)

    KETIKA Nabi Muhammad s.a.w. berusia dalam lingkungan awal 30-an, kota Mekah pernah dilanda banjir besar. Banjir besar itu telah menyebabkan sebahagian daripada Kaabah runtuh.

    Setelah banjir surut, orang Quraisy membina Kaabah semula. Rasulullah juga menolong mereka.

    Semasa bekerja membina Kaabah, semua suku kaum Quraisy bekerja bersama, sedangkan mereka sering bertelagah sebelum ini. Mereka bersama-sama membina Kaabah yang rosak itu. Apabila siap, semua pihak mula berselisih faham. Setiap suku berebut hendak meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

    “Suku akulah yang paling suci. Hajarul Aswad adalah batu suci. Jadi akulah yang layak meletakkan batu itu ke tempatnya,” kata salah seorang ketua suku kaum Quraisy dengan lantang.

    “Tak boleh!” Tingkah yang lain. “Kaum aku tinggal lebih dekat dengan Kaabah. Maka kamilah yang layak.”

    “Kami pun ada hak juga,” jerit suku kaum yang lain pula.

    Perselisihan itu makin melarat. Hampir-hampir sahaja suku kaum itu hendak berperang sesama sendiri. Ketua-ketua mereka segera berbincang mencari jalan penyelesaian. Tiba-tiba bangun seorang lelaki bernama Huzaifah.

    “Aku cadangkan supaya kita pilih seseorang. Orang itu akan memilih suku mana yang layak untuk meletakkan Hajarul Aswad,” cadang Huzaifah.

    “Bagus cadangan itu, tapi kita hendak pilih siapa?” tanya seorang ketua suku.

    “Apa susah, kita pilih saja salah seorang daripada kita.”

    “Eh, mana boleh!,” tingkah Huzaifah.

    “Kalau kita pilih daripada kalangan kita, tentulah tidak adil. Apa kata kalau kita suruh orang lain. Pagi esok sesiapa yang pertama memasuki Kaabah, dialah yang akan memilih suku mana yang layak untuk meletakkan Hajarul Aswad,” cadang Huzaifah.

    Cadangan Huzaifah itu dipersetujui oleh semua yang ada di situ. Keesokkan harinya, ketua-ketua kaum itu bersembunyi untuk melihat siapakah yang mula-mula memasuki Kaabah.

    Tidak lama kemudian, seorang lelaki menuju ke Kaabah. Ketika itu hari masih terlalu awal dan kebanyakan penduduk Mekah masih tidur.

    “Eh, itu macam Muhammad!” kata seorang ketua suku.

    “Ya, benar. Nampaknya kita bertuah kerana orang yang kita nantikan adalah orang yang boleh kita percayai,” sahut yang lain.

    Kemudian mereka mendapatkan Rasulullah dan mengadu masalah mereka. Baginda Rasulullah berfikir sejenak, lalu membentangkan serban Baginda.

    Baginda mengambil batu Hajarul Aswad dan meletakkan ke atas serbannya. Semua ketua suku diminta memegang tiap-tiap hujung serban itu.

    Setelah itu, Rasulullah menyuruh mereka mengangkat serban itu bersama-sama. Apabila sampai di tempatnya. Rasulullah sendiri meletakkan Hajarul Aswad itu di tempat asalnya.

    Cara Rasulullah itu sangat adil. Semua suku kaum itu sangat berpuas hati. Mereka memuji-muji kebijaksanaan Rasulullah.

    Baginda sedar bahawa mereka sangat gembira. Baginda berharap suku-suku kaum Quraisy itu akan terus berbaik-baik dan tidak bergaduh lagi.

    - Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel: edusb@streamyx. com.

    PENGAJARAN

    *Sesuatu perkara penting hendaklah dibincangkan bersama, sebelum keputusan dibuat.

    *Apabila sesuatu hal tidak dapat diselesaikan dan menemui jalan buntu, hendaklah perkara itu dirujuk kepada orang yang lebih arif.

    PERBENDAHARAAN KATA

    bertelagah: berselisih faham

    suku: kaum

    membentangkan: menghamparkan

    serban: kain diikat di kepala

    INFORMASI

    Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih tapi lama kelamaan dikatakan menjadi hitam akibat disentuh oleh orang-orang kafir.

    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #1 01 June, 2007, 02:24:48 PM
  • Publish
  • dulu pak kanjeng ingat bahawa..
    seluruh batu yang berwarna hitam tu..
    adalah hajarul aswad...

    rupa2nya..kat bahagian ..
    dalamnya ada melekat...
    7 butir batu...
    itulah sebenarnya..
    hajarul aswad...
    lagi satu ianya bukan berwarna..
    hitam...
    tetapi cam warna karat...
    TuhAN cInTa aGuNg..

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 693
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Reply #2 01 June, 2007, 05:30:04 PM
  • Publish
  • Selalu dengar cerita ini.
    Lebih2 lagi bila berbincang tentang keadilan dalam Islam.
    Inilah contoh terbaik.
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    diya

    • *
    • Posts: 380
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Reply #3 01 June, 2007, 09:00:03 PM
  • Publish
  • diya ada terbaca satu kisah... ttg Ust. Harun Din dpt masuk ke dlm kaabah. Tp diya x pasti cerita sahih ke x, sbb di fowardkan ke e-mail diya. Siap dgn gambarajah struktur di dalam kaabah sekali disertakan.

    Tp menurut cerita yg di sent ke email tu, katanya batu Hajarul Aswad x berwarna hitam.. wallahualam
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    zendaani

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Reply #4 02 June, 2007, 12:09:06 AM
  • Publish
  • betul lah kanjeng... arap2 dapat gi lah thn nie tuk mengadap yg
    Maha Esa...
    hayya rigaLL RoHHu KitaLL

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1424 Views
    Last post 08 October, 2007, 10:29:05 AM
    by alhaudhie
    4 Replies
    4262 Views
    Last post 27 August, 2010, 02:11:03 AM
    by nazirul razali
    9 Replies
    5419 Views
    Last post 14 June, 2011, 10:28:15 PM
    by Izzah0404