Aurat Menantu Perempuan Dgn. Ibu Mertua

Author Topic: Aurat Menantu Perempuan Dgn. Ibu Mertua  (Read 20258 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

06 May, 2009, 09:33:19 PM
Assalamualaikum...
saya nak tahu aurat antara menantu perempuan dengan mak mertuanya dari mana ke mana.
Dalam zaman yang serba moden ini ada lagi menantu yang tak tahu nak berpakaian sopan bila tinggal bersama  mak mertuanya...
meskipun sesama perempuan.

Reply #1 06 May, 2009, 11:22:26 PM
Wa'alaikumsalam,

Kalau sesama wanita tak perlulah kita tutup aurat sebagaimana kita berdepan dgn lelaki ajnabi.

Walau bagaimana pun eloklah berpakaian sopan, pakaian yg menyenangkan bila dipandang oleh mak mertua.  Saya rasa mak mertua kalau lihat menantu perempuan pakai seluar pendek dgn 'top' tentu dia tak senangkannn.

Reply #2 06 May, 2009, 11:38:12 PM
salam

aurat menantu dgn mak mertuanya adlah sama seperti aurat wanita islam dgn wanita islam iaitu antara pusat hingga ke lutut berbeza dgn wanita bukan islam iaitu seseluruhan tubuh kecuali tapak tangan dan muka .....
dan sy setuju dgn pendapat lily_mawar perlulah berpakaian sopan depan org yang lebih tua atau pun sesama islam dan umat islam yang sejantina dgn kita

wArDaH iSlAm

  • *
  • hidup penuh dengan perjuangan..
    • View Profile
Reply #3 07 May, 2009, 06:11:00 AM
em..betul2...lainlah kalau mak mertua tu lain agama...auratnya seluruh badan kecuali kedua belah tapak tangan dan muka...ada kan mak mertua lain agama..contoh anak dia memeluk agama islam kan??
berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...

nur zulaikha

  • *
  • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
    • View Profile
Reply #4 07 May, 2009, 07:47:07 AM
Assalamua'laikum wbt...

aurat menantu perempuan dan ibu mertua sama seperti aurat anak perempuan dan ibunya..

disini kita telah ketahui

aurat wanita yang telah disyariatkan Islam hanya boleh menampakkan muka dan kedua-dua tapak tangan.

bagaimanapun dalam kes ini aurat kedua-dua wanita ini boleh diperlihatkan aurat biasa (yakni) dalam keadaan biasa ketika duduk di rumah...melainkan wanita tadi bukan seagama.

wallahua'lam...
cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
rasulmu dan ALLAH
cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

nurdiyana

  • *
  • ana Muslimah
    • View Profile
Reply #5 31 July, 2009, 01:33:33 PM
YE BTOL AURAT MENANTU DGN IBU MERTUA SAMA MCM AURAT WANITA DGN WANITA.JIKA SESAMA MUSLIM DR PUSAT HINGGA LUTUT,JIKA BERBEZA AGAMA ADALAH SELURUH TUBUH KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN.
Islam Terlalu Indah & Sempurna *Image Removed*

zaujah_mithali

  • *
  • be nice to other........
    • View Profile
Reply #6 04 August, 2009, 04:24:38 PM
aurat dgn mentua saya rasa takde masalah asal kita jgn bogel sudah la, hhehe tp yg penting aurat dgn adik ipar (lelaki) tu kena betul2 jaga la.............dlm rumah, klu boleh bertudung setiap masa hatta ketika tidur beramai2 bak kata org pahang beghado-ghado........still kene jaga aurat, masa tido,
Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Reply #7 05 August, 2009, 04:47:14 PM
rasenya ckup la dgn brpkaian sopan dan sesuai..
w/pun sy belum brkawen, tp sefaham sy aurat juga prlu dijaga.

Reply #8 05 August, 2009, 05:52:21 PM
aurat dgn mentua saya rasa takde masalah asal kita jgn bogel sudah la, hhehe tp yg penting aurat dgn adik ipar (lelaki) tu kena betul2 jaga la.............dlm rumah, klu boleh bertudung setiap masa hatta ketika tidur beramai2 bak kata org pahang beghado-ghado........still kene jaga aurat, masa tido,

camne aurat ngan bapa mertua pulak??..dengar-dengar bapa mertua sama dengan bapa kandung..makneny klu tak pakai tudung pon xpe la kan??..klu dengan adik beradik ipar tu memang sy tahu..

Reply #9 11 August, 2009, 09:43:41 AM
1. Hukum bersentuhan dengan bapa mertua tidak membatalkan air sembahyang. Boleh rujuk firman di bwh:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya(hingga ke dada) dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (an-Nur : 31)"

2. Hukum sentuh bukan muhrim samalah dengan hukum menutup aurat terhadap bukan muhrim. Sekiranya boleh buka aurat, maka bolehlah juga sentuh. Ayat di atas menujukkan bahawa seorang perempuan hendaklah menutup aurat kecuali kepada muhrimya, termasuk bapa mertua. Jadi, apabila bapa mertua adalah muhrim dan sama juga dengan mak mertua, tidak batal air sembahyang.

Bapa mertua haram selamanya untuk dikahwini. Hukum sama dengan bapa sendiri. Jadi, aurat sama macam aurat terhadap bapa.


Reply #10 11 August, 2009, 10:48:14 AM
nak wat perbetulan penggunaan bahasa ye

muhrim :
itu berarti orang yang sedang ihram yakni menunaikan rukun-rukun haji atau umrah dengan menggunakan pakaian yang tidak berjahit dan berwarna putih.

mahrom atau mahram :
orang-orang yang haram dinikahi oleh seorang lelaki selamanya (tanpa batas). (Di sisi lain lelaki ini) boleh melakukan safar (perjalanan) bersamanya, boleh berboncengan dengannya, boleh melihat wajahnya, tangannya, boleh berjabat tangan dengannya dan seterusnya dari hukum-hukum mahram.

dah terbiase agaknye org melayu pakai muhrim2 nie kadang2 tersasul pun iya jugak
tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

Reply #11 11 August, 2009, 03:37:41 PM
Salam. betul tu hakim114. tadi ana tak berapa fokus ketika membaca. terima kasih atas pembetulan yang dilakukan. sememangnya orang yang sibuk meneliti perkara lain tidak seharusnya merespon secara cepat. perlukan penelitian dan pembacaan yang berulang2 supaya ianya tepat dan jelas. Syukran

Reply #12 30 September, 2009, 10:21:01 AM
Assalamualaikum

Saya selaku wanita Islam yang telah berkahwen merasakan aurat dengan mak mentua bukan isu yang besar. Tetapi isu yang besar adalah aurat dengan ipar duai dalam keluarga suami dan keluarga kita sendiri. Ramai yang mengambil mudah hal ini. Sedangkan impak pada amalan kita tersangatlah besar. Bernikah dengan suami bukan alasan aurat untuk ditayangkan pada adik beradik suami atau ipar duai kita yang lain. Dan suami juga berperanan untuk membantu isterinya menutup aurat yang sewajibnya. Dengan ayah mentua sekalipun, atas keizinan suami sama ada boleh membuka aurat lahir ataupun menutup aurat tersebut.

*Maaf, off topic pulak

Sum79

  • *
  • THE TRUTH IS OUT THERE!!
    • View Profile
Reply #13 30 September, 2009, 10:36:59 AM
nak wat perbetulan penggunaan bahasa ye

muhrim :
itu berarti orang yang sedang ihram yakni menunaikan rukun-rukun haji atau umrah dengan menggunakan pakaian yang tidak berjahit dan berwarna putih.

mahrom atau mahram :
orang-orang yang haram dinikahi oleh seorang lelaki selamanya (tanpa batas). (Di sisi lain lelaki ini) boleh melakukan safar (perjalanan) bersamanya, boleh berboncengan dengannya, boleh melihat wajahnya, tangannya, boleh berjabat tangan dengannya dan seterusnya dari hukum-hukum mahram.

dah terbiase agaknye org melayu pakai muhrim2 nie kadang2 tersasul pun iya jugak
kebiasaaan  dalm masyarakat melayu yg susah nak diubah...
"It's better to be hated for what you are, than to be loved for what you're not..." - Kurt Cobain

Reply #14 30 September, 2009, 03:29:00 PM
ada tak sesiapa yang boleh bagi penerangan pasal ni..kalau ada ilmuan2 yg boleh jelaskan isu ni..
CETAK T-SHIRT, CENDRAHATI DAN KURSUS PRINT T-SHIRT : http://www.t-shirtprinting2u.com 
http://myfabricshop.blogspot.com (pashmina shawl)

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #15 30 September, 2009, 03:32:21 PM
ada tak sesiapa yang boleh bagi penerangan pasal ni..kalau ada ilmuan2 yg boleh jelaskan isu ni..



Ada di sini   , klik saja link ini ....

Re: Aurat Menantu Perempuan Dgn. Ibu Mertua

Re: Aurat Menantu Perempuan Dgn. Ibu Mertua
Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim


Reply #16 30 September, 2009, 04:04:54 PM
owh ada dua pages rupanya..maaf saya tak perasan..

Reply #17 30 September, 2009, 09:12:26 PM
Assalamualaikum

Saya selaku wanita Islam yang telah berkahwen merasakan aurat dengan mak mentua bukan isu yang besar. Tetapi isu yang besar adalah aurat dengan ipar duai dalam keluarga suami dan keluarga kita sendiri. Ramai yang mengambil mudah hal ini. Sedangkan impak pada amalan kita tersangatlah besar. Bernikah dengan suami bukan alasan aurat untuk ditayangkan pada adik beradik suami atau ipar duai kita yang lain. Dan suami juga berperanan untuk membantu isterinya menutup aurat yang sewajibnya. Dengan ayah mentua sekalipun, atas keizinan suami sama ada boleh membuka aurat lahir ataupun menutup aurat tersebut.

*Maaf, off topic pulak

tp btol..mslah aurat nan ipar duai..biras2 sume lam fmly ble sume bkumpul..
tu yg jd mslh ble sume bkumpul..

Reply #18 01 October, 2009, 07:27:50 AM
Tak akan menjadi masalah jika kita kuatkan hati. Pakailah pakaian yang menutup aurat semasa berkumpul dalam ahli keluarga lain yang tidak berhak untuk melihat aurat kita selain yang dihalalkan oleh Allah sahaja. InsyaAllah, lama kelamaan ia akan menjadi rutin kita. Dan tidak mustahil ia akan menjadi teladan mulia pada wanita muslimah yang masih dilema yang lain
.

Reply #19 04 October, 2009, 07:38:49 PM
Tak akan menjadi masalah jika kita kuatkan hati. Pakailah pakaian yang menutup aurat semasa berkumpul dalam ahli keluarga lain yang tidak berhak untuk melihat aurat kita selain yang dihalalkan oleh Allah sahaja. InsyaAllah, lama kelamaan ia akan menjadi rutin kita. Dan tidak mustahil ia akan menjadi teladan mulia pada wanita muslimah yang masih dilema yang lain
.
Alhamdulillah.. berkat bimbingan suami tersayang nuhaa dah banyak berubah. Syukur kepada Allah..nuhaa dulu yang tak berapa menitikberatkan soal aurat, kini menjadikan pakaian yang menutup aurat sebagai satu rutin..terutama bila berada dalam keluarga suami...ternyata Allah masih sayangkan nuhaa...

divider3
halaqahforum4