Tanam URI

*

Author Topic: Tanam URI  (Read 17369 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

sarina1509

  • *
  • Posts: 19
    • View Profile
06 May, 2009, 01:27:05 PM
  • Publish
  • assalamualaikum
       Bagaimana caranya menanam URI dengan betul? Ibu saya kata kene basuh dengan asam garam, then bungkus dlm kain puteh, then letak dalam tempurung , barulah di tanam. Setengah org kata taman kat area surau atau masjid. Minta penjelasan

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 06 May, 2009, 02:04:47 PM
  • Publish
  • assalamualaikum
       Bagaimana caranya menanam URI dengan betul? Ibu saya kata kene basuh dengan asam garam, then bungkus dlm kain puteh, then letak dalam tempurung , barulah di tanam. Setengah org kata taman kat area surau atau masjid. Minta penjelasan
    :ws:

    Setelah dibersihakan, macam yang mak awak ajar tu, sebenarnya tak perlu pun basuh dengan asam ,cuma orang tua
    tua basuh dengan asam , supaya tidak berbau hanyir darah, di mana boleh menarik deria binatang untuk menggali
    dan memakannya. Setelah basuh uri sampai bersih, bungkus dengan kain putih dan tanam. Semasa nak tanam,
    Tidak perlu guna apa-apa bekas samada tempurung atau  setengah tempat ada yang guna tempayan/belanga kecil.


    Tanam dalam tanah, dengan kedalaman binatang seperti anjing tidak boleh mengoreknya. Boleh tanam di mana sahaja,
    tidak semestinya di kawasan surau atau masjid. Depan atau belakang rumah yang ada kawasan bertanah, boleh saja
    ditanam uri tersebut.
    « Last Edit: 06 May, 2009, 02:13:13 PM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 06 May, 2009, 02:09:36 PM
  • Publish

  • Info tambahan:

    Siapa yang selayaknya membasuh dan menguruskan uri tersebut?

    Orang yang paling layak adalah suami isteri tersebut. Kenapa suami? Bukan ayah isteri atau mertua isteri?

    Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka

    suami lah yang semestinya mencuci uri dan menguruskannya. Bukan tak boleh beri orang lain buat

    tapi fikir-fikirkan lah, bahawa uri itu dulu duduknya di mana dan keluarnya dari mana. Maka selayaknya

    yang menguruska uri itu adalah suaminya. Seego, setinggi mana tarafnya suami, bila bab urus uri, suami yang

    kena buat.

    Daeng Jati

    • *
    • Posts: 616
    • Daeng Jati Merah Silu
      • View Profile
    Reply #3 06 May, 2009, 02:29:52 PM
  • Publish
  • Tima kasih ibu atas penerangan. InsyaAllah teman akan belajar bagaimana nak menguruskan Uri ni dengan baik.
    'Berjinjang Naik, Bertangga Turun' - http://signifikankkal.blogspot.com

    Insignia of Islam

    • *
    • Posts: 243
    • Help each other
      • View Profile
    Reply #4 06 May, 2009, 03:25:16 PM
  • Publish
  • Kalau bab tanam uri ni, macam-macam petua & adat yg ntah datang dari mana, boleh jadi khurafat.

    Uri boleh ditanam sendiri atau dilupuskan mengikut prosedur hospital (jika ada). Sepengajian saya, tiada cara khusus yang digariskan Islam untuk pelupusan uri. Tak perlu dibalut dengan kain putih pon, kalau ada, mana hadithnya? Mungkin ada yang tau, boleh dikongsi bersama. Yang sy tahu, ulama' sarankan dibuang seperti mana kuku dan rambut dibuang.

    Yang perlu ialah tanam atau lupus dengan selamat supaya tidak berbau, tidak dikacau oleh binatang, tidak dibuat main dsbnya.

    Wallahu'alam.
    « Last Edit: 06 May, 2009, 03:27:41 PM by Insignia of Islam »

    Daeng Jati

    • *
    • Posts: 616
    • Daeng Jati Merah Silu
      • View Profile
    Reply #5 06 May, 2009, 03:31:58 PM
  • Publish
  • Ya, kalau macam2 perkara yang ditokok tambah ditakuti akan menjadi kurafat. Tapi seeloknya ia mesti diurus dengan baik. Memang tiada cara khusus.. Memang tiada dalil berkenaan nak guna kain putih, tapi salah ke nak gunakan kain putih, tak salah sebab putih tu nampak lebih bersih... tak salah nak guna kain batik ka, kain pelikat ka, nak guna surat kabo pun tak pa. Tapi kita ni bangsa beradab, jadi kita uruskan dengan cara yang baik.

    Sekadar pendapat saya yang daif.

    squad izzuddin

    • *
    • Posts: 560
      • View Profile
    Reply #6 06 May, 2009, 04:25:20 PM
  • Publish
  • Bagaimanakah caranya di dalam Islam untuk menguruskan uri bayi yang bari lahir?

    wa'alaikumussalam

    Alhamdulillah. Soalan yang sdr squid kemukakan ini telah pun dijawab oleh kedua-dua moderator fiqh al-ahkam, iaitu al-fadhil Ustaz thtl dan Ustaz Pendekar. Sila klik url dibawah ini :-

    SJ – 2528 : HUKUM MENANAM GIGI
    http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=12675

    SJ-1909: Menanam uri?
    http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=8263

    'Ala kulli hal, kami juga menjumpai soalan yang dijawab secara lisan oleh bekas Mufti Saudi, Sheikh Utsaimin, berhubung dengan apa yang perlu dilakukan keatas uri/placenta (مشيمة) yang tidak digunakan :-

    Soalan :
    سؤال : وإذا لم يكن لها فائدة هل يجب دفنها ؟ أم تلقى في أي مكان ؟
    "Dan jika ia (uri) tidak berguna, apakah perlu di tanam, atau boleh di buang dimana-mana tempat?

    Jawab :
    جواب : الظاهر أنها من جنس الأظافر والشعر . والله أعلم
    "Ia kelihatan serupa dengan cara kuku dan rambut"

    --------------
    Kuku dan rambut ini dimanakan Fitrah Al-deen, sebagaimana hadith yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra yang berkata :-
    الفطرة خمس أو خمس من الفطرة : الختان ، والاستحداد ، ونتف الإبط ، وتقليم الأظفار ، وقص الشارب
    'Rasulullah saw bersabda :'Lima perkara yang sebahagian dari fitrah : bersunat, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai,' - [Hadith riwayat al-Bukhaari #5550; Muslim #257]

    Bagaimana pula mengurus perkara fitrah ini? Islam tidak mengariskan cara dan bagaimana menguruskan perkara-perkara ini, cuma sunnat membuangnya sahaja. Sebagai contoh, terdapatnya riwayat-riwayat yang aneh-aneh, seperti hadith yang menunjukkan cara memotong kuku, dan juga adat-adat yang mewajibkan uri itu ditanam dengan beberapa cara-caranya yang tersendiri. Sheikh Saleh Al-Munajjid didalam menjawab amalan bersekitar dengan memotong kuku, katanya :-
    وكذلك القول بأنّه لا بدّ من التسمية ثلاثا على الأظافر والشّعر قبل رميها وإلا استعملها الشيطان لا أصل له أيضا وكذلك إيجاب دفنها لا يصحّ أيضا وقد ورد فيه حديث ضعيف جدا . فيجوز رميها في القمامة أو البلاعة أو دفنها وإذا خشي الشخص من وقوعها في أيدي السحرة فإنه يتخلص منها في مكان لا يصلون إليه فيه ، والله تعالى أعلم
    "Dan begitu juga dengan kenyataan yang menyuruh agar membaca Bismillah 3 kali ketika memotong kuku atau rambut sebelum membuangnya, dan jika tidak syaitan akan menggunakannya, kenyataan ini tidak ada asalnya (no basis). Begitu juga yang mengatakan ia mesti di tanam; hadith yang datang dengan permasalahan ini sangat daif (da'if jiddan). Adalah dibolehkan membuangnya kedalam tong sampah atau kedalam longkang, atau boleh ditanam. Jika seseorang khuawtir benda tersebut akan jatuh kepada tukang sihir, maka hendaklah ia membuangnya disuatu tempat yang tidak boleh dicapai oleh mereka, wallahu ta'ala 'alam." [sumber : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=11993&dgn=4&dgn=2 ].

    Kesimpulannya amalan menanam uri ini merupakan satu adat sahaja dan tidak dijelaskan dari mana-mana Nas didalam Islam. Ada dikalangan ulama' yang mencadangkan agar uri itu dibuang sebagaimana kita membuang kuku dan rambut. WA.

    wassalam.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 06 May, 2009, 04:28:00 PM
  • Publish

  • Memang benar apa yang Insignia of Islam katakan. tidak ada nas dan dalil. Saya juga tidak menekankan ia
    perkara yang wajib. Cuma sekadar menjaga adapnya yang uri itu pernah tinggal didalam tubuh manusia.
    Telah pernah dikendong ditempat mulia.Kalau tak mahu uruskan buang dalam tong sampah pun boleh juga.
    Tak jadi hal dan masalah pelupusan tu. Sedangkan bayi pun orang boleh buang merata tempat, apatah uri
    yang tidak bernyawa ini.
    « Last Edit: 06 May, 2009, 04:29:35 PM by Munaliza Ismail »

    squad izzuddin

    • *
    • Posts: 560
      • View Profile
    Reply #8 08 May, 2009, 07:03:36 PM
  • Publish

  • Memang benar apa yang Insignia of Islam katakan. tidak ada nas dan dalil. Saya juga tidak menekankan ia
    perkara yang wajib. Cuma sekadar menjaga adapnya yang uri itu pernah tinggal didalam tubuh manusia.
    Telah pernah dikendong ditempat mulia.Kalau tak mahu uruskan buang dalam tong sampah pun boleh juga.
    Tak jadi hal dan masalah pelupusan tu. Sedangkan bayi pun orang boleh buang merata tempat, apatah uri
    yang tidak bernyawa ini.

    cuma apa yg diharapkan kepada bakal bapa @ bapa2 dpt mengekalkan tanggungjawab bukan sahaja berkaitan uri tetapi konsistan dlm mendidik anak2 sehingga dewasa....tidaklah menjadi kesalahan jika menguruskan uri seperti yg dinyatakan oleh ummi....

    ibnusina

    Reply #9 08 May, 2009, 08:36:08 PM
  • Publish
  • assalamualaikum
       Bagaimana caranya menanam URI dengan betul? Ibu saya kata kene basuh dengan asam garam, then bungkus dlm kain puteh, then letak dalam tempurung , barulah di tanam. Setengah org kata taman kat area surau atau masjid. Minta penjelasan

    basuhkan dengan asam supaya hilang bau....balut je dengan kain putih....tanam kat mane2 pon boleh...

    rishaRs

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Reply #10 13 May, 2009, 08:41:41 PM
  • Publish

  • Memang benar apa yang Insignia of Islam katakan. tidak ada nas dan dalil. Saya juga tidak menekankan ia
    perkara yang wajib. Cuma sekadar menjaga adapnya yang uri itu pernah tinggal didalam tubuh manusia.
    Telah pernah dikendong ditempat mulia.Kalau tak mahu uruskan buang dalam tong sampah pun boleh juga.
    Tak jadi hal dan masalah pelupusan tu. Sedangkan bayi pun orang boleh buang merata tempat, apatah uri
    yang tidak bernyawa ini.

    Assalamualaikum, islam itu menghendaki kebersihan. .memang tak ada dalil mengatakan uri itu harus di buat begitu dan begini. .tetapi membuang uri itu seperti tak elok. .bukan kah uri itu adalah penghubung kepada bayi semasa di dalamkandungan. .sesungguhnya islam itu menitik beratkan kebersihan.

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #11 18 May, 2009, 10:20:16 AM
  • Publish
  • bagaimana pula dengan uri yang ditanam bersama-sama dengan anak pokok kelapa?

    adakah ini boleh dianggap sebagai khurafat?
    I lOVE ISLAM

    aako_dkm

    • *
    • Posts: 434
    • cintailah ilmu
      • View Profile
    Reply #12 18 May, 2009, 11:29:49 AM
  • Publish
  • bagaimana pula dengan uri yang ditanam bersama-sama dengan anak pokok kelapa?

    adakah ini boleh dianggap sebagai khurafat?

    dier macam ni Nurul..ramai yang menanam uri ni dengan macam2 benda..
    terkadang dengan niat tertentu..
    misalnya dengan paku,dengan niat syaitan tak datang mengganggu..
    tanam ngan buku,nanti baby jadi pandai..
    tengokkan niat nya..
    ini yang salah nyer..niat dengan selain dari Allah,kan buruk tu akibatnya..
    adat dan niat ader kalanya bukan semuanya boleh diikuti...
    takut mendatangkan syirik secara halus..

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #13 18 May, 2009, 11:30:46 AM
  • Publish
  • bagaimana pula dengan uri yang ditanam bersama-sama dengan anak pokok kelapa?

    adakah ini boleh dianggap sebagai khurafat?

    tujuan nya apa nurul?
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #14 18 May, 2009, 12:55:42 PM
  • Publish
  • bagaimana pula dengan uri yang ditanam bersama-sama dengan anak pokok kelapa?

    adakah ini boleh dianggap sebagai khurafat?

    tujuan nya apa nurul?


    waulahualam..

    disekitar perkampungan ana, banyak yang mengamalkannya...

    @ bersangka baik, mungkin hanya nak dijadikan tanda tempat uri di tanam...


    squad izzuddin

    • *
    • Posts: 560
      • View Profile
    Reply #15 18 May, 2009, 01:18:26 PM
  • Publish
  • bagaimana pula dengan uri yang ditanam bersama-sama dengan anak pokok kelapa?

    adakah ini boleh dianggap sebagai khurafat?

    tujuan nya apa nurul?


    waulahualam..

    disekitar perkampungan ana, banyak yang mengamalkannya...

    @ bersangka baik, mungkin hanya nak dijadikan tanda tempat uri di tanam...


    teringat kuliah utz ismail kamus
    org melayu nie suka memandai-mandai...
    so kalau nak anak tu bijak matematik..
    kena la tanam uri dgn calculator....
    cuma pd zaman nie kena tambah satu lagi....
    kamus bahasa ...(maklum la ajar pakai english)

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Reply #16 18 May, 2009, 01:28:51 PM
  • Publish
  • Tanamlah uri tu ditempat yang sebaik mungkin , elak dari digali binatang atau dihurungi semut atau digali orang lain untuk dipuja dalam amalan Ilmu Hitam.Uri itu adalah datangnya dari perut isteri , tempat duduknya anak kita.Sepatutnya kita lebih meletakkan nilainya di situ. Amalan-amalan yang kita rasa baik dan bukan dari amalan yang khurafat,tidak salah kita ikut.Ia bukanlah suatu masaalah yang besar.
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #17 14 June, 2009, 10:20:45 PM
  • Publish
  • AlhamduliLlah, masalah yang dibincangkan sudah selesai.


    Hukum menanam uri :

    Hukum menanam uri adalah harus. Jika anda hendak mengelakkan daripada dikorek anjing, gali lubang tersebut dalam sedikit sama seperti lubang hendak menanam pokok bagi mengelakkan daripada dikorek oleh anjing tersebut..
       
    Sumber : Baheis

    Cara menguruskan uri :

    Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan..

    Sumber : Baheis


    Mengapa menanam uri ?


    Uri adalah sebahagian daripada anggota manusia. Oleh itu, ia hendaklah dihormati dengan cara membersih dan ditutup serta ditanam ke dalam tanah dengan kadar yang tidak dapat digali oleh binatang..

    Sumber : Baheis

    WaLlahua'lam

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #18 26 August, 2009, 10:23:12 AM
  • Publish



  • Jika sesiapa ada persoalan mengenai tajuk ini, sila merujuk dahulu artikel di atas, kemungkinan penyelesaian masalah telah ada jawapan dan jika masih musykil sila berhubung dengan mana-mana MOD.

    TOPIK DIKUNCI

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    16549 Views
    Last post 23 October, 2012, 08:47:27 AM
    by elsanxs