0 Halaqian and 2 Tetamu are viewing this topic.
syukran tuan.saya ingin lanjutkan lagi pertanyaan saya (maaf kerana lambat untuk saya faham). maknanya setelah selesai saja proses ibu melahirkan, dia perlu mandi kerana wiladah dulu? kemudian apabila darah nifas berhenti (dalam tempoh tertentu) si ibu perlu mandi kerana nifas pula ye?saya ada bertanya akan hal ini pada seorang sahabat yang masih dalam keadaan nifas tentang mandi wiladah. katanya, sehingga lahirnya anak yang ke-5 dia tidak pernah mandi wiladah pun tetapi cuma mandi kerana nifas sahaja apabila darah berhenti. boleh terangkan situasi ini? saya sedikit keliru. maaf masih jahil lagi. saya gusar sebab saya menunggu hari untuk bersalin tetapi pengetahuan tentang mandi kerana wiladah & nifas masih lemah. mohon bantuan. syukran
saya nak tanya, jika seseorang itu memang tidak tahu mengenai mandi wiladah dan dah pun melahirkan anak. apa yang kena dia buat. dia kena mandi jugak ke
Lama tak ziarah kat sini. bincang pasal mandi wiladah ni kita kena faham tujuan mandi, untuk mensucikan diri dari hadath dan membolehkan seseorang menunaikan ibadat wajib seperti solat dll.Kesimpulannya wanita yang melahirkan ada 3 keadaan:1) Jika ia melahirkan tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah semata-mata, dan wajib ia menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam pantang. 2) Jika ia melahirkan dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya mandi nifas semata-mata setelah kering darah nifas dan wajiblah ia mendirikan solat selepas itu.3) Jika ia melahirkan, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib ia mandi wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika ia didatangi pula dengan nifas, maka dia hendaklah berhenti solat dan wajib ia mandi nifas apabila kering darah nifas. kemudian wajiblah ia solat.Wallahu A'lam.
Quote from: abuqais on 08 June, 2009, 10:46:29 PM Lama tak ziarah kat sini. bincang pasal mandi wiladah ni kita kena faham tujuan mandi, untuk mensucikan diri dari hadath dan membolehkan seseorang menunaikan ibadat wajib seperti solat dll.Kesimpulannya wanita yang melahirkan ada 3 keadaan:1) Jika ia melahirkan tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah semata-mata, dan wajib ia menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam pantang. 2) Jika ia melahirkan dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya mandi nifas semata-mata setelah kering darah nifas dan wajiblah ia mendirikan solat selepas itu.3) Jika ia melahirkan, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib ia mandi wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika ia didatangi pula dengan nifas, maka dia hendaklah berhenti solat dan wajib ia mandi nifas apabila kering darah nifas. kemudian wajiblah ia solat.Wallahu A'lam.alhamdulillah..jelas.. syukran tuan atas maklumat. saya juga baru bertanya dgn sorang ustaz di kwsn rumah, jwpnnya sama mcm tuan. syukran..
1. Menurut mazhab Syafi’ie; ia bukan darah nifas, akan tetapi darah penyakit. Mazhab Syafi’ie meletakkan syarat bagi darah nifas; hendaklah darah itu keluar selepas kosong rahim sepenuhnya dari bayi (yakni bayi telah keluar sepenuhnya dari rahim). Jika sebahagian sahaja badan bayi yang telah keluar dan masih tinggal sebahagian lagi yang belum keluar walaupun sedikit, maka darah yang keluar belum lagi dianggap darah nifas.
kan wiladah kene mandi wajib..dan nifas juga kene mandi wajib..soalan saya..bolehke disekalikan mandi wajib bagi keduanya setelah habis nifas??atau kene mandi asing2??syukran ye
Quote from: khalila on 18 October, 2009, 03:35:50 PMkan wiladah kene mandi wajib..dan nifas juga kene mandi wajib..soalan saya..bolehke disekalikan mandi wajib bagi keduanya setelah habis nifas??atau kene mandi asing2??syukran yeKesimpulannya wanita yang melahirkan ada 3 keadaan:1) Jika ia melahirkan tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah semata-mata, dan wajib ia menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam pantang.2) Jika ia melahirkan dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya mandi nifas dan wiladah disekalikan setelah kering darah nifas dan wajiblah ia mendirikan solat selepas itu.3) Jika ia melahirkan, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib ia mandi wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika ia didatangi pula dengan nifas, maka dia hendaklah berhenti solat dan wajib ia mandi nifas apabila kering darah nifas. kemudian wajiblah ia solat.
salam..sy ingin bertanya..bagaimana pula jika keguguran?adakah perlu juga mandi nifas atau wiladah atau sekadar mandi wajib biasa atau tidak perlu..
Quote from: miftahulQalb on 30 October, 2009, 06:11:42 PMsalam..sy ingin bertanya..bagaimana pula jika keguguran?adakah perlu juga mandi nifas atau wiladah atau sekadar mandi wajib biasa atau tidak perlu..Hukum Darah yang Menyertai KeguguranOleh: Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullaahuFadhilatusy Syaikh ditanya tentang hukum darah yang keluar setelah keguguran?Beliau menjawab:Jika janin keluar, maka darah keluar mengikuti keluarnya janin tersebut. Jika telah nampak bentuk manusia pada janin tersebut, tampak tangan, kaki dan anggota badan lainnya, maka darah yang keluar adalah darah nifas sehingga dia tidak boleh shalat dan puasa sampai suci dari darah tersebut. Jika belum nampak bentuk manusia maka darahnya bukan darah nifas, sehingga dia tetap shalat dan puasa kecuali pada hari-hari yang biasanya dia mengalami haidh. Sehingga pada hari-hari tersebut dia tidak melaksanakan shalat dan puasa sampai berakhir masa kebiasaan haidhnya.
Dimulakan Oleh sari_madu Feqah Islam