cara memakai serban - video

*

Author Topic: cara memakai serban - video  (Read 12862 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

zaitihamdan

  • *
  • Posts: 559
  • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
    • View Profile
01 June, 2007, 09:27:25 AM
  • Publish
  • Bagi sapa2 yang nak belajar cara pakai serban ni ada video yang dikirim oleh member aku dari Malaysia...beliau akan menunjukkan teknik2 memakai serban yang betul berdasarkan ilmu yang dipelajarinya dari arwah datuknya Ustaz Ismail bin Ahmad (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau)

    Memakai songkok adalah adat Melayu, memakai Serban adalah adat Arab. Nabi saw adalah seorang arab maka sudah tentunya baginda memakai serban sebagai pakaiannya. Cuma memakai serban ini termasuk sunnah yang bukan disyariatkan. Sebagaimana terdapat sebuah khabar dhaef :-

    ??????? ????? ?????
    "Serban adalah mahkota orang Arab"

    Dr Abdulah al-Faqih mengatakan :-

    ????? ???? ??? ?? ??? ?? ????? ???? ??????? ?? ??? ??????? ???? ????? ?????? ?? ??????? ???? ??? ????? ?? ?????? ????? ?????? ??????? ??????? ???.
    "Maka jelaslah kepadanya apa yang diriwayatkan didalam kisah-kisah dan buku-buku sejarah dari beberapa ulama' bahawa serban adalah untuk bangsa Arab dulu dan ia bagaikan mahkota bagi mereka"

    Orang yang memakainya sudah tentu mendapat ganjaran dari Allah dengan niat kita mencintai Nabi saw didalam sudut pemakaian. Menurut Dr Abdullah al-Faqih, jika benar-benar ingin mencontohi sunnah Nabi saw didalam aspek pemakaian serban, lakukannya sepanjang masa (dan bukan semasa bersolat sahaja) sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw.

    Perbandingan diantara mereka yang memakai tutup kepala eg: serban, songkok dsb dengan mereka yang tidak memakainya adalah dilihat dari sudut 'menghiaskan' diri atau mencantikkan diri apabila mengadap Allah swt. Menghiasi diri atau mencantikkan diri sebelum menghadap Allah swt hukumnya mustahab (digalakkan). Firman Allah swt :-

    ??????? ??????????? ????? ????? ????????
    "Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)" [surah al-'Araf : 31].

    Sejauh ini, kebanyakkan hadith-hadith yang memaparkan ganjaran-ganjaran khusus memakai serban didalam solat bertaraf dhaif atau palsu (mawdhu'). Contohnya :

    Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar secara Marfu' :-

    ???? ?????? ???? ????? ???? ??? ?????
    "Solat dengan memakai serban itu ganjarannya 70 kali dari solat tanpa serban"

    atau riwayat dari Anas ra:-

    ???? ?????? ???? ????? ???? ????
    "Solat dengan memakai serban ganjarannya 10,000 kebaikkan"

    al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan al-Shakawy mengkelaskan hadith ini sebagai palsu. Al-Sayuthi juga memasukkan hadith ini didalam bahagian hadith2 palsu.

    Hadith riwayat Jabir ra :

    ?????? ?????? ??? ?? ????? ???? ??? ?????
    "Dua rakaat solat memakai serban lebih baik dari 70 rakaat tanpa serban"

    Syiekh Nasyiruddin al-Albani mengkelaskan hadith ini sebagai palsu didalam al-Silsilah al-Dhaefah dan Dhaef al-Jaami' al-Shagir.

    Kesimpulannya, kami memetik fatwa Dr Abdullah al-Faqih yang menyebut :-

    ??? ????? ????? ?? ?????? ??????? ????? ???? ?? ??? ?????? ? ????? ?? ??? ?????? ???????? ????????. ??? ??? ????? ?????? ??? ??? ?? ????? ?????? ??? ???? ???? ?????: (???? ?????? ??? ?? ????).
    "Sesungguhnya memakai serban ketika solat bagi kaum lelaki bukanlah termasuk didalam bab sunat-sunat solat, tidak kira samada dia Imam, makmum atau solat bersendirian. Akan tetapi menutup kepala adalah digalakkan (mustahab) bagi sesiapa yang membiasakan diri berhias (mencantikan diri) dengannya sebagaimana firman Allah : 'Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid'".

    sumber : weblog seifumd.blogspot.com

    serban 3 hasta


        YouTube
            - cara pakai serban 3 hasta
     


    serban 7 hasta


        YouTube
            - cara pakai serban 7 hasta
     


    serban 12 hasta


        YouTube
            - cara pakai serban 12 hasta
     


    sumber : weblog seifu
    « Last Edit: 01 June, 2007, 05:36:50 PM by zaitihamdan »
    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #1 01 June, 2007, 10:05:42 AM
  • Publish
  • thank 4 the info..
    ana biasa pakai yang 3 hasta jer,,
    yang panjang-panjang..
    tak pernah cuba lagi...
    dan takde dalam ...
    simpanan...(serbannya...)
    TuhAN cInTa aGuNg..

    myzul

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #2 01 June, 2007, 11:33:32 AM
  • Publish
  • not specify pada lelaki..perempuan kena belajar jugak..esok2 u people boleh tolong pakaikan for your husband..besar pahala tu..
    the word "triumph" starts with "try" and it ends with "UMPH" - that's right, a great, big UMPH!

    faseh

    • *
    • Posts: 999
    • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
      • View Profile
    Reply #3 01 June, 2007, 12:56:27 PM
  • Publish
  • NAK TOLONG PAKAIKAN CAM NER...SURE AIR WUDUK HUSBAND BATAL NANTI...:senyum:...KANG DAH ELOK2 KENE AMIK WUDUK LG...HE
    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #4 01 June, 2007, 03:35:21 PM
  • Publish
  • pemakaian serban dikategorikan sebagai sunnah JIBLIYYAH
    iaitu fesyen Nabi S.A.W
    Berambut panjang juga termasuk dalam sunnah ini.
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    alyani

    • *
    • Posts: 212
    • amna_mujahidah
      • View Profile
    Reply #5 10 July, 2007, 07:26:53 AM
  • Publish
  • NAK TOLONG PAKAIKAN CAM NER...SURE AIR WUDUK HUSBAND BATAL NANTI...:senyum:...KANG DAH ELOK2 KENE AMIK WUDUK LG...HE

    erm,nak blaja ker nti.... :-\
    KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU LAIN DIBUKAKAN.TAPI SERINGKALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA.

    faseh

    • *
    • Posts: 999
    • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
      • View Profile
    Reply #6 10 July, 2007, 07:32:30 AM
  • Publish
  • NAK TOLONG PAKAIKAN CAM NER...SURE AIR WUDUK HUSBAND BATAL NANTI...:senyum:...KANG DAH ELOK2 KENE AMIK WUDUK LG...HE

    erm,nak blaja ker nti.... :-\

    Eh mesti la nak yani...
    beso pahale menyenangkan suami..:senyum:
    tapi kene pakai glove la nnt...sian kene amik wuduk balik nnt...

    an.nashruum

    • *
    • Posts: 279
    • Juba, the baghdad sniper
      • View Profile
    Reply #7 02 January, 2008, 05:33:09 PM
  • Publish
  • info yg berguna...em, mslmh pn elok la blajr gk..tp,pkaikn utk zauj je tau :)..klu xleh zauj, pkaikn utk adk@abg pn xpe, ttp leh pahala (insyaALLAH)..em, tp, yg dlm vid ni lain dr cre yg ana pkai..tp, xpe, leh la klu nk cbe yg ni lak.. :)
    pemakaian serban ni, bnyk style, cam kt klntan, klu p pondok, skul tahfiz sains, mcm2 style leh tgk, ade yg main lilit, ade yg nmpk kemas..tp, pape hal, niat pnting, klu pkai krn sunnah, insyaALLAH, dpt pahala, klu pkai nk mnunjuk, insyaALLAH, dpt dosa :), buatlah 'amal, krn ALLAH, jgn nti, dgn 'amalan 2, mnimbulkan riak dlm diri kte, ktahuilah, 'amalan yg dilakukan dgn riak, sia2(insyaALLAH)..ISLAM, agama yg pnuh dgn niat, tiap 'amal, prlukan niat, spye nnt, tiap 'amal 2 dlakukan, bnr2 ikhlas lillahita'ala...
    Live as a real Khalifa..

    an.nashruum

    • *
    • Posts: 279
    • Juba, the baghdad sniper
      • View Profile
    Reply #8 04 January, 2008, 07:12:00 PM
  • Publish
  • eh..apsal ana taip kuar 'assalamu'alaikum' 2?

    alyani

    • *
    • Posts: 212
    • amna_mujahidah
      • View Profile
    Reply #9 07 January, 2008, 12:41:54 PM
  • Publish
  • eh..apsal ana taip kuar 'assalamu'alaikum' 2?

    myb ada taip simbol bagi salam gaknye... :-*

    serikandisufi

    • *
    • Posts: 477
    • Ilahi, pandanglah aku yang tiada daya ini
      • View Profile
    Reply #10 07 January, 2008, 02:42:17 PM
  • Publish
  • eh..apsal ana taip kuar 'assalamu'alaikum' 2?

    sbb enta buat ikon snyum tu guna kan keybord kan? kat halaqah similys kna pick dr smilys chart..

    an.nashruum

    • *
    • Posts: 279
    • Juba, the baghdad sniper
      • View Profile
    Reply #11 09 January, 2008, 05:52:01 PM
  • Publish
  • owh..yke..ana xtau simbol2 ni sbb ana msh baru kt forum ni.. ^_^

    NoZaBiZz

    Reply #12 10 January, 2008, 02:32:44 PM
  • Publish
  • nak pakaikan anak2 ler serban nie (kalau dapat anak lah kan). comelnyer... tapi kalau ada serban yg siap terus lagi senang (ada ker? macam samping tue pasang siap). budak2 pakai tak tercabut2... kalau pakai serban dah siap lilit terus tue dapat pahala ker? sekarang sumer org nak pasang siap.

    Johncena12

    • *
    • Posts: 29
    • Sesungguhnya Allah itu Lebih Mengetahui
      • View Profile
    Reply #13 14 October, 2009, 09:47:27 AM
  • Publish
  • ade ke yang pasang siap setahu saya kena ikat sendiri
    yA Allah AmPUnKaN HaMBAmU YAnG lEmaH Ini

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Reply #14 28 October, 2009, 09:47:35 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Sememangnya video tentang cara-cara memakai serban ni sangat bagus. Diharapkan budaya memakai serban ni kembali subur dikalangan remaja muslim. Kerana pada saya dengan suburnya budaya pemakaian serban ni akan meninggikan syiar Islam itu sendiri kerana semua orang Islam tau bahawa memakai serban ni adalah suatu amalan yang selalu dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

    Jadi sekiranya kita berniat memakai serban kerana beramal dengan apa yang diamalkan oleh Nabi, insyaAllah ganjarannya pasti ada. Teringat saya masa mula-mula belajar memakai serban dulu. Kalau yang tak biasa memang susah juga, bila dikenangkan balik memang lawak. Tapi bila dah menjadi kebiasaan mudah jer. Jadi semoga anda dapat belajar memakai serban dan mengamalkannya.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    musuchiha

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #15 30 December, 2011, 06:03:26 PM
  • Publish
  •  :)...ada serban yg pasang siap tpi setahu ana di indonesia la

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    SERBAN

    Started by adil Al-Hadeeth

    8 Replies
    4787 Views
    Last post 31 January, 2010, 05:26:18 PM
    by naim_mahmood
    2 Replies
    4919 Views
    Last post 25 December, 2012, 06:36:07 PM
    by halawah
    22 Replies
    14647 Views
    Last post 28 June, 2012, 12:15:21 PM
    by rabbitah