KHASIAT ULAM-ULAMAN KEPADA KESIHATAN

Author Topic: KHASIAT ULAM-ULAMAN KEPADA KESIHATAN  (Read 13962 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14507
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
01 May, 2009, 03:13:45 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=Pengenalan]Ulam ialah sejenis tumbuhan yang dimakan mentah dan segar. Generasi kini lebih kenal dengan makanan ringan seperti ayam goreng Kentucky, kentang goreng McDonald dan sebagainya.

    Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan zat galian bukan sahaja berpotensi mengubati penyakit-penyakit tetapi mempunyai bahan anti-bakteria dan anti-oksidan.

    kempen makan ulam-ulaman bukan sahaja mendapat perhatian orang Melayu bahkan orang Cina dan bangsa lain juga menunjukkan minat untuk memakan ulam-ulaman.
    [/box]

                                  [box title=CARA MAKAN ULAM]Sudah tentu ianya menyihatkan.  Dan sudah tentu ianya bersih.  Ulam mudah diperolehi di pasar-pasar pagi, pasaraya dan pasar-pasar malam.  Malah ulam boleh didapati dibelakang rumah, tepi rumah dan kawasan kebun.  Lebih meyakinkan kalau tanam sendiri.


    Ulam adalah makanan asli Melayu, lebih enak kalau ada banyak jenis lagi, ulam tak semestinya dimakan pagi, malah tengahari dan malam juga enak dimakan, tak susah nak sediakan ulam, begini langkahnya:- 1.  Petik 2. Basuh/Celur  3.  Hidang  4.  Makan senang je.  Bergembiralah melihat gambar ulam-ulaman ini bagi peminat-peminat salad.
    [/box]

                                           
    « Last Edit: 01 May, 2009, 03:38:42 PM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 01 May, 2009, 03:21:06 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=FOTO ULAM ULAMAN]Foto ulam-ulaman yang dipamerkan adalah sebahagian daripada ulam-ulaman yang terdapat di negara ini. Ia sejenis makanan istimewa di samping rasanya yang enak dan menjadi pembuka selera.[/box]

                                            

                                                


    « Last Edit: 01 May, 2009, 03:39:29 PM by Munaliza Ismail »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 01 May, 2009, 03:46:16 PM
  • Publish Di FB
  •                                     
                                                    

                                                                                 daun maman
    [box title=Ulam]
    Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas, seperti ulam daun maman di atas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 01 May, 2009, 03:58:28 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=ULAM ULAMAN KAMPUNG]Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.

    Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.

    Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.

    Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya.

    Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

    Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.

    Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.

    Antaranya, ulam pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

    Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.

    Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.

    Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

    Khasiat petai bergantung kepada umur dan kesegaran biji petai tersebut. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat, dikatakan kurang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

    Disebabkan khasiat yang terselindung, ulam-ulaman diminati ramai biarpun rasanya pahit dan baunya busuk.

    Sebolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan kerana selain ia mampu membuka selera, turut 'dijamu' khasiatnya yang tinggi tidak kira dari segi pemakanan mahupun perubatan.

    Untuk itu, para petani perlu memainkan peranan menanam pokok-pokok ulam secara komersial bukan hanya mengharapkan ia tumbuh melata di hutan atau kebun mereka.
    [/box]

          PETAI       

                                                                                                     PUCUK PAKU
    « Last Edit: 01 May, 2009, 04:03:21 PM by Munaliza Ismail »

    rainwidd

    • *
    • Posts: 133
    • sobrun jamil..innALLAHA maa'na
      • View Profile
    Jawab #4 01 May, 2009, 04:03:41 PM
  • Publish Di FB
  • salam ummi
    Nampak segar jer ulam-ulam ni.Tapi saya tak pandai makan.sedap ke>
    Kalau kat sabah kami ajar makan ulam-ulam ni kecuali ada sesetengah yang dah biasa
    Saya pandai makan salad jer..ulam-ulam ni baik untuk kesihatan..nak cuba la nnti
    Terima kasih bagi info ummi
    "Agama buat kehidupan di akhirat, Harta buat kehidupan di dunia.Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati..TETAPI orang yang tidak beragama akan merasa lebih sengsara"..ISLAM dinni fiddunya walakhirat

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 01 May, 2009, 04:36:02 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=PEGAGA]Ummi yakin ramai dari kita yang pernah makan ataupun melihat daun pegaga. Ianya merupakan sejenis tumbuhan ulam yang tidak meninggi sebaliknya menjalar di tanah.
    Memang diakui ianya sedikit sebanyak telah mula dilupakan. Maklumlah ulam-ulaman ini kurang menjadi pilihan oleh remaja-remaja sekaran yang lebih minat dengan makanan segera. Namun rasanya masih ramai yang minat dengan ulam ni termasuk ummi.
    [/box]

                                                         

                                                                            PEGAGA KAMPUNG
    [box title=Kegunaan Pegaga]
    Kebiasaannya kegunaan pegaga di rumah ni bagi masakan lemak.Tapi boleh juga dimakan begitu saja.. Mestilah dibasuh lah dulu nanti ada pulak kena kuman. Selain itu ianya boleh dijadikan sebagai ‘jus’ dengan mem’blender’ pegaga tersebut.
    Kepada sesiapa yang ingin melakukan penanaman taman dapur (edible garden), rasanya pegaga ini sesuai untuk dijadikan sebagai landskap memandangkan ianya tidak tinggi sebaliknya menjalar di tanah.
    [/box]
    [box title=Jenis jenis pegaga]
        Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata. Antara jenis-jenisnya ialah :-
        1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
        2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
        3. Pokok Pegaga Kelantan,
        4. Pokok Pegaga Renek
        5. Pokok Pegaga Salad
        6. Pokok Pegaga Gajah
        7. Pokok Pegaga Brunei
    [/box]

      [box title= Khasiat Pegaga]
        Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

        Antara khasiat lain pegaga adalah:

        * penawar alahan
        * anti kanser
        * melawaskan air kencing
        * penawar batu karang
        * penawar kencing berdarah
        * penawar ulser
        * merangsang peredaran darah
        * merawat cirit birit
        * menurunkan tekanan darah

    [/box]

    fath

    • *
    • Posts: 148
      • View Profile
    Jawab #6 01 May, 2009, 07:05:49 PM
  • Publish Di FB
  • Wah.. alhamdulillaah.

    Terima kasih maklumat ni.

    Ummi suke makan ulam ye.. sebabtu awet muda.
    hehehehehehe....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    5245 Views
    Last post 31 March, 2009, 04:05:59 PM
    by iktihal
    37 Replies
    8898 Views
    Last post 18 August, 2013, 11:26:43 PM
    by msa
    0 Replies
    3557 Views
    Last post 13 August, 2011, 04:07:10 AM
    by nazmieski