Bahaya Fitnah

*

Author Topic: Bahaya Fitnah  (Read 6869 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assiddiq

  • *
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
01 May, 2009, 09:40:52 AM
  • Publish
  • Bahaya fitnah

    Hadith  dari   Huzaifah r.a:
    Sayidina Umar r.a pernah bertanya aku ketika aku bersamanya.
    Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan tentang fitnah?
    Para sahabat menjawab: Kami pernah mendengarnya.
    Sayidina Umar bertanya: Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan jiran tetangganya?
    Mereka menjawab: Ya, benar.
    Sayidina Umar berkata: Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh sembahyang, puasa dan zakat.
    Huzaifah berkata:Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang?
    Para sahabat terdiam.
    Kemudian Huzaifah berkata: Aku, wahai Umar!
    Sayidina Umar berkata: Engkau.
    Lantas Sayidina Umar memuji dengan berkata ayahmu adalah milik Allah.
    Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan (Hadith Riwayat Muslim)
    « Last Edit: 23 May, 2009, 08:08:57 AM by hairil.abubakar »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #1 23 May, 2009, 02:31:00 AM
  • Publish
  • inginku kongsikan tentang prkara bgini pd kalian..
    renungkanlah...

    Ayat Fitnah

    AYAT al-Quran berhubung fitnah terhadap Aisyah r.a., Ummul Mukminin, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

    Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga.

    Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Setiap seorang daripada mereka mendapat balasan kerana dosa yang dikerjakan.

    Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya azab yang besar.

    Mengapa pada waktu kamu mendengar berita palsu itu, orang-orang mukmin dan mumkinat menaruh baik sangka terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) berkata: ``Ini adalah suatu tuduhan dusta yang nyata.''

    Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?

    Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saki, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang berdusta.

    Sekiranya tidak ada kurniaan Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana perbicaraan kamu tentang berita palsu itu.

    Ingatlah pada waktu kamu menerima berita palsu itu dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.

    Dan mengapa kamu tidak berkata pada waktu mendengar berita palsu itu: ``Sekali-kali tidaklah layak bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar.

    Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali membuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman.

    Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu. Dan Allah maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

    Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

    Dan sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua, dan Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang, (nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar.)

    (An-Nur : 11-20)

    « Last Edit: 23 May, 2009, 08:09:11 AM by hairil.abubakar »
    " wHerEvEr aNd In wHaTeVer CiRcUsTaNcEs yoU Are, fEaR AlLaH; Do a gOoD DeEd aFtEr eVeRy sIn, fOr iT WiLl aNnUl iT; AnD Be kInD aNd cOrDiAl iN CoNdUcT ToWoRdS tHe SerVaNtS oF yOuR LORd."          


                                    "" Ahmad, Ad-Darimi & At-Tirmidhi ""

    aako_dkm

    • *
    • cintailah ilmu
      • View Profile
    Reply #2 26 May, 2009, 09:47:59 AM
  • Publish
  • Bahaya Fitnah

        Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

        Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

        Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

        Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

        Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

        Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

        Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

        Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

        Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

        Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

        Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

    Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

    Reply #3 26 May, 2009, 11:16:34 AM
  • Publish
  •  :)

    Bahaya Fitnah

    Berbicara tentang kejelekan orang lain dan mencelahnya di sebut menggujing jika benar dan di sebut fitnah jika tidak benar. Manusia pada umumnya hidup dibalik tabir, dengan kebijakan Allah segala perbuatan-perbuatan kita di tutupinya. Kalau tabir Illahi ini diangkat untuk memperlihatkan semua kesalahan dan kekeliruan kita, niscaya semua orang akan lari dari yang lain dengan rasa jijik dan masyarakat akan runtuh hingga kedasar-dasarnya itulah sebabnya mengapa Allah melarang membicarakan kejelekan orang lain. Maksudnya agar kita terlindung dari pembicaran orang lain mengenai diri kita.

    Dalam wujud dan kelemahan manusia maka agama melarang di dalam firmanNya:
    “Sesungguhnya mengada-adakan kebohongan hanyalah orang-orang pendusta” (Al-Nahl:105)

    Dan dipertegas oleh sabda Rasulullah:
    “Tidak masuk surga orang yang menghambur-hamburkan fitnah” (suka menadu domba) (HR Abu Dawud dan At Tharmudzi)

    Menurut Islam, perilaku manusia dan tindakannya di dalam kehidupan merupakan salah satu dari fenomena akidahnya. Untuk itu kita diminta untuk berpegang teguh pada akidah yang telah di tetapkan dan digariskan agama. Apabila akidah kita rusak, akan rusak juga prilaku kita, oleh karena itu, maka akidah tauhid dan iman adalah penting dan dibutuhkan oleh manusia untuk menyempurnakan pribadinya dan mewujudkan kemanusiaannya.

    Ajakan kepada akidah ini merupakan hal pertama yang dilakukan Rasulullah agar ia menjadi batu pertama dalam membangun umat Islam. Hal ini dikarenakan kekokohan akidah didalam jiwa manusia akan mengangkatnya dari matrealisme yang rendah dan mengarahkannya kepada kebaikan, keluhuran, kesucian dan kemulian. Apabila akidah telah berkuasa, maka akan melahirkan keutamaan-keutamanan manusia yang tinggi seperti keberanian, kedermawanan dan pengorbanan. Orang yang berpegang pada akidah tidak akan mau melakukan pernbuatan-perbuatan mengarah pada fitnah, karena dengan akidahnya itu, ia tidak ingin tergelincir pada jurang dosa yang di kutuk oleh Allah.

    “Dunia ini bagi orang beriman adalah ladang dzikir & akhirat akan menjadi panen bagi mereka.
    Mereka berjalan dengan memakai sarana syukur kepadaNya, hingga sampai pada anugerah-anugerah yg dikeluarkan dari perbendaharaan simpananNya. Sesungguhnya Dia Raja Yang Maha Mulia”

    ahmad_siddiqui

    • *
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #4 26 May, 2009, 12:57:54 PM
  • Publish
  • sesungguhnya fitnah selepas kewafatan Rasulullah sudah diramal baginda, sepertimana yang dirahsiakan oleh Abu Hurairah. ada hadis yang diriwayatnya dan ada yang disimpannya, tetapi semasa akhir hayatnya Abu Hurairah telah membukanya takut berdosa.
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    wArDaH iSlAm

    • *
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Reply #5 26 May, 2009, 02:28:32 PM
  • Publish
  • "Sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh"
    berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...

    Reply #6 14 December, 2010, 08:38:55 AM
  • Publish
  • .."Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191

    "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

     "..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12


     "Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)." An Nur 24:24


    "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu" "Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat" "Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga." "Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32

    Reply #7 14 December, 2010, 08:54:38 AM
  • Publish
  • fitnah lebih dasyat dari membunuh.... ish takutnya... tapi sayangnya ada segelintir masyarakat masih suka memfitnah tanpa kira tempat dan waktu....bagi sesiapa yang suka memfitnah tu bawa-bawa la insaf sebab takut nanti Allah balas kat kita pulak atas perbuatan yang kita dah buat :aamiin:

    Reply #8 14 December, 2010, 10:23:37 AM
  • Publish
  • fitnah lebih dasyat dari membunuh.... ish takutnya... tapi sayangnya ada segelintir masyarakat masih suka memfitnah tanpa kira tempat dan waktu....bagi sesiapa yang suka memfitnah tu bawa-bawa la insaf sebab takut nanti Allah balas kat kita pulak atas perbuatan yang kita dah buat :aamiin:

    Betul tu...
    Memfitnah tu lagi buruk daripada membunuh.
    Dengan fitnah, maruah seseorang akan tercemar.
    Dngan fitnah, seseorang akan dipandang hina.

    Reply #9 14 December, 2010, 10:33:12 AM
  • Publish
  • fitnah lebih dasyat dari membunuh.... ish takutnya... tapi sayangnya ada segelintir masyarakat masih suka memfitnah tanpa kira tempat dan waktu....bagi sesiapa yang suka memfitnah tu bawa-bawa la insaf sebab takut nanti Allah balas kat kita pulak atas perbuatan yang kita dah buat :aamiin:

    Betul tu...
    Memfitnah tu lagi buruk daripada membunuh.
    Dengan fitnah, maruah seseorang akan tercemar.
    Dngan fitnah, seseorang akan dipandang hina.

    jadi kita jauhi FITNAH dan dekati amaln yang baik.... okaja*

    Delima^Biru

    • *
    • Kembara ku di Kejora Biru
      • View Profile
    Reply #10 26 November, 2011, 09:14:58 PM
  • Publish
  • Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

    Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

    Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 26 November, 2011, 09:16:28 PM
  • Publish
  • Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

    Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #12 26 November, 2011, 09:43:23 PM
  • Publish
  • Sejahtera hendak-NYA ke atas kalian ....

    Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan fitnah." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

    Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    so jikalah kita nak jadi org yg beriman ... eloklaha bersangka baik dengan org yg nampak berbuat kesalahan kerana sesiapa punya untuk bertaubat ...... jika kita menghebah keburukan dengan rasa benci dan marah tu ... hati2lah .... jika sekadar memberi peringatan agar beringat2 tu moga2 diampuni Allah

    Reply #13 19 December, 2013, 07:13:53 AM
  • Publish
  • .."Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191

    "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

     "..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12


    Hemmm.... terfikir balik....

    Reply #14 19 December, 2013, 04:30:57 PM
  • Publish
  • dari mana semuanya bermula???

    dari hati
    « Last Edit: 19 December, 2013, 04:32:28 PM by Ana Tholibah »
    “Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinya akan terpelihara."

    Reply #15 19 December, 2013, 04:47:59 PM
  • Publish
  • Fitnah perempuan kpd lelaki sering kita dengar.
    Fitnah lelaki kpd perempuan juga tidak kalah hebatnya.
    Fitnah kecantikan perempuan, begitu juga fitnah ketampanaan lelaki.

    Syeikh Hamid Akram Al-Bukhori hafidzahullah bercerita tentang hal itu pada waktu qiraah Sahih Imam Muslim.

    Syeikh Abdullah al Muthlaq hafidzahullah salah seorang ulama besar saudi dihubungi oleh seorang perempuan, perempuan itu meminta kepada syeikh agar syeikh mendoakan perempuan itu dapat dijodohkan Syeikh Muhammad Al-Arifi.

    Syeikh Abdullah al-Muthlaq bertanya." Apakah kamu mahu dijodohkan dengan Syeikh Muhammad Al-Arifi kerana ilmunya?"

    Perempuan : Ya, kerana ilmunya.

    Syeikh Abdullah al-Muthlaq," Saya berdoa kepada Allah semoga kamu bertemu jodoh dengan Syeikh Sholeh Sadlan kerana beliau lebih berilmu dari Syeikh Al-Arifi.."

    Perempuan itu hanya diam.

    Syeikh Muhammad Al-Arifi seorang da'ie yg sangat tampan, syeikh Sholeh Sadlan adalah seorang ulama yang sudah agak berumur.

    Syeikh Hamid kemudian mengingatkan bahawa para da'ie yang muncul di tv2 Islam boleh menjadi fitnah bagi para akhawat.

    divider3
    halaqahforum4