KAEDAH BERDAKWAH DENGAN ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN AL-KITAB (BIBLE)

*

Author Topic: KAEDAH BERDAKWAH DENGAN ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN AL-KITAB (BIBLE)  (Read 3259 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

2ming

  • *
  • Posts: 160
  • Mencari keredhaan Allah S.W.T
    • View Profile
11 October, 2010, 03:21:47 PM
  • Publish
  • Langkah pertama, pinjam Al-kitab daripada orang yang ingin anda dakwahkan selama satu atau dua minggu, rujuk ayat-ayat dalam Al-kitab pada 3 isu utama iaitu tentang Tuhan Allah, babi haram, dan larangan minuman keras. Ayat-ayat ini hendaklah dihafal supaya kita mudah dan lancar berhujah.
    Semasa memulangkan Al-Kitab,tanyakan 7 soalan yang disertakan.
    1) Pertama :Adakah Al-Kitab ini kamu gunakan secara keseluruhannya atau tidak?. Biasanya orang Kristian akan diam tanpa menjawab.Kita acah dia dengan menyatakan bahawa orang Islam menggunakan keseluruhan isi kitab Al-Quran.Maka, dengan segera dia akan menjawab “Kami juga menggunakan Al-Kitab keseluruhannya”.Terus kepada soalan yang kedua.
    2) Kedua :Jika seseorang Kristian itu tidak percaya satu ayat di dalam Al-Kitab, apakah hukumnya?.Katakan padanya jika seseorang Islam tidak percaya satu ayat dalam Kitab Al-Quran,maka dia akan menjadi kafir. Dia juga akan menjawab “Kami juga begitu iaitu akan menjadi kafir.Ajukan soalan seterusnya.
    3) Ketiga :Siapa nama Tuhan kamu?. Biasanya dia akan menjawab “Tuhan Jesus” tetapi kadang-kadang dia akan menjawab Allah. Sekiranya mereka jawab Allah, tanyakan pula siapa pula Jesus Kristus. Dia akan menjawab bahawa ia juga adalah Tuhan.Justeru itu, katakan padanya bahawa mereka telah mempunyai 2 Tuhan. Dia akan mengatakan bahawa Tuhan mereka tetap satu.Tanyakan soalan yang seterusnya.
    4) Keempat :Tunjukkan ayat yang menyatakan Tuhan itu Jesus Kristus. Dia tidak akan dapat menunjukkan ayat itu tetapi sekiranya kita tanya sama ada ayat itu ada atau tidak maka dia akan menjawab ada.Justeru, sekiranya ada, minta dia menunjukkan kepada kita.Pada hakikatnya, ayat tersebut tidak wujud.
    HUJAH : TUHAN ALLAH
    Sekarang kita pergi kepada hujah kita yang pertama.Buka bab ulangan fasal 4 ayat 35.Cara mencarinya ialah dengan membuka bab ulangan fasal 4.Pada bab ulangan,cari nombor 4 yang ditulis dengan besar kemudian di bawahnya bermula ayat 1 hingga seterusnya.Ayat 35 berbunyi “Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui TUHANlah Allah, tidak ada yang lain kecuali Dia “.Begitu juga dengan ayat 39 yang berbunyi “Bahawa TUHANlah Allah yang dilangit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain”.Minta dia terangkan kepada kita tentang kedua-dua ayat tersebut kerana ayat itu terdapat dalam kitab mereka.
    Ayat tersebut adalah jelas.Tanyakan padanya sama ada dia percaya atau tidak percaya dengan ayat tersebut. Sekiranya dia mengatakan percaya,katakan padanya “Maka kamu adalah Islam, kerana ini adalah akidah (pegangan/kepercayaan) Islam “. Jika dia menjawab tidak percaya maka soalan yang ke-2 telah mengikat dia yang mana sekiranya dia tidak percaya maka dia adalah kafir.
    Justeru itu, tanyakan padanya di mana kedudukan dia yang sebenarnya. Katakan bahawa kita telah menolak hujahnya tentang tuhan Jesus. Sekiranya dia tidak setuju, minta dia tunjukkan ayat mana yang menyatakan tentang Tuhan Jesus. Maka, semestinya dia tidak akan dapat menunjukkannya kerana sebenarnya ayat tersebut tidak wujud.
    Nyatakan padanya “Dokumen ketuhanan adalah dokumen yang sangat penting,jadi bagaimana mungkin ia tidak terdapat di dalam kitab kamu.Ini bermakna, akidah Kristian hanya diambil dari cakap-cakap paderi sahaja.Seperti yang kita sedia maklum,para paderi boleh bertukar ganti namun kitab tetap kitab yang sama.Oleh kerana itu,kitab sepatutnya menjadi ikutan.Jelasnya ,orang-orang Kristian telah tersalah pegangan akidah kerana di dalam kitab kamu dinyatakan Tuhan ALLAH tetapi akidah orang-orang Kristian adalah tuhan Jesus.Ini menunjukkan orang-orang Kristian telah syirik kerana ‘mempertuhankan’ Jesus”.
    Dia akan berkata “Kami tidak syirik”.Katakan padanya “Jika kamu tidak syirik, kamu pasti akan jelaskan sejak awal lagi bahawa Tuhan ALLAH tiada yang lain.Tetapi sekiranya kamu katakan bahawa Tuhan ALLAH, Jesus dan Rohul kudus semuanya sebagai tuhan maka itu adalah akidah yang syirik dan tidak diterima oleh Allah”.Kita ajukan pula soalan yang kelima
    5) Kelima:Tunjukkan ayat yang menyatakan bahawa agama Kristian adalah agama yang benar.Dia pasti tidak dapat menunjukkannya kerana ia sememangnya tidak wujud dalam kitabnya.Nyatakan padanya “Kami mempunyai ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan Agama Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah.Jadi apa hujah kamu yang menyatakan bahawa Kristian adalah agama yang benar .Kami tolak hujah kamu,adakah kamu setuju?, Sekiranya kamu tidak setuju,sila tunjukkan ayatnya”.
    3
    6) Keenam :Semasa Jesus hidup, adakah dia pernah menyatakan kepada orang ramai “Akulah tuhan,sembahlah aku?”. Kebanyakan orang Kristian menjawab tidak pernah, padahal orang Kristian percaya bahawa tuhan Jesus adalah tuhan yang dijelmakan sebagai manusia kerana dengan kasih sayang tuhan maka tuhan merendahkan dirinya menjelma sebagai manusia supaya dapat merasai bagaimana hidup sebagai manusia dan mengorbankan dirinya untuk menebus dosa semua manusia. Seterusnya katakan padanya “Mengapa kamu mengatakan tidak pernah, memang betul jika kamu mengatakan ‘tidak pernah’ kerana dia bukan tuhan. Sekiranya dia adalah tuhan maka semasa hidupnya dia pasti akan mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan sebagaimana seorang raja”.
    ”Andaikan jika saya pergi ke sebuah kampung dan seterusnya saya mengisytiharkan diri saya sebagai ketua kampung pastinya saya akan dicerca atau dipukul.Tetapi jika memang ketua kampung di situ yang mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kampung maka ia adalah benar dan tiada masalah”.
    Ini jelas menunjukkan bahawa akidah ketuhanan Jesus Kristian adalah salah kerana Jesus (Isa) sendiri semasa hayatnya mengatakan dia adalah Nabi pesuruh Allah.
    7) Ketujuh: Apakah pandangan Kristian terhadap orang-orang Islam ?. Biasanya sukar untuk dijawab olehnya. Oleh itu, tanyakan padanya “Nyatakan pada saya,di dalam ajaran Kristian,orang-orang Islam masuk syurga atau neraka?”Dia akan mengatakan bahawa orang Islam masuk syurga dan mereka juga akan masuk ke syurga”.Bagi pihak paderi mereka akan menjawab “Semua orang yang percaya pada tuhan akan masuk ke syurga tidak kira sama ada dia kristian,Islam mahupun Buddha”.Tanyakan padanya benarkah ajaran Kristian begitu.Jika dia mengatakan benar,maka kita mengiakannya tetapi katakan pula padanya “Di dalam Islam, hanya orang Islam sahaja yang layak untuk masuk ke syurga kerana hanya akidah orang Islam sahaja yang bertepatan dan berpandukan kitab Taurat, Injil (perjanjian baru) dan Al-Quran yang mana di dalam ketiga-tiga kitab tersebut tuhan yang disebutkan adalah Tuhan ALLAH sebagaimana akidah orang Islam”. Jadi, jelaslah bahawa akidah orang Islam adalah benar tetapi akidah Kristian pula adalah salah sekalipun dirujuk kepada ketiga-tiga kitab tersebut. Oleh itu, Allah telah maklumkan bahawa haram bagi orang-orang Kristian itu untuknya syurga kerana telah nyata keimanan mereka adalah syirik. Syirik adalah dosa yang paling besar yang tidak boleh diampunkan oleh Allah s.w.t maka, jelasnya penganut Kristian bagi mereka adalah neraka dan mereka kekal di sana selama-lamanya.Tamat 7 soalan.
    Perkara penting lain yang perlu disampaikan
    • Katakan padanya ‘’ Kami sebagai umat Islam menyedari betapa bahaya dan pedihnya siksaan yang akan diterima jika kamu mati sebagai Kristian yang mana kamu telah menempah neraka dan akan kekal sebagai penghuninya buat selamanya.Maka, sudah jelas bahayanya "
    • Seterusnya,minta dia fikir dan renungkan betapa jelasnya kesalahan akidah yang terdapat dalam akidah orang Kristian.
    • Katakan padanya ‘’ Saya sayangkan kamu,maka kerana itulah sebabnya saya menjelaskan kepada kamu.Jika kamu sayangkan diri kamu, marilah bersama dalam agama Islam kerana jika tidak bahayanya sangat dahsyat. Masuklah agama Islam kemudian ajaklah kaum keluarga kamu kepada Islam. Allah sudah menyatakan dengan jelas akibatnya dosa syirik yang nyata menempah neraka’’.
    Hakikatnya, kita sebagai umat Islam mempunyai hujah yang sangat kuat iaitu dengan menggunakan kitab mereka sendiri cuma kelemahan kita adalah tidak mahu mengambil tahu apa isi yang terkandung dalam al-Kitab(Bible) yang mana kita boleh menggunakan kitab tersebut untuk meng’Islam’kan mereka.
    HUJAH : BABI HARAM
    Seterusnya kita pergi kepada hujah tentang haramnya babi yang mana binatang tersebut adalah dihukumkan haram di dalam kitab Bible tetapi umumnya masih menjadi amalan dalam pemakanan orang-orang kristian.
    Berpandukan kepada Al-Kitab,larangan tentang haramnya babi telah dijelaskan pada Imamat fasal II ayat 7 dan 8 yang berbunyi “Demekian juga babi hutan ,kerana memang berkuku belah iaitu kukunya bersela panjang tetapi tidak memamah biak,haram itu bagimu.Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh,haram semua bagimu ‘’.Begitu juga dengan Ulangan fasal 14 ayat 8 yang berbunyi ‘’Juga babi hutan , kerana memang berkuku belah tetapi tidak memamah biak,haram itu bagimu.Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan janganlah kamu terkena bangkainya’’.Maka,telah begitu jelas terdapatnya larangan terhadap babi di dalam kitab mereka sendiri.
    4
    HUJAH :LARANGAN MINUMAN KERAS
    Begitu juga dengan meminum minuman keras yang menjadi amalan orang-orang kristian padahal telah jelas di dalam kitab mereka sendiri akan larangan meminum minuman tersebut.Larangan tersebut boleh dilihat pada Imamat fasal 10 ayat 8 yang berbunyi ‘’Janganlah engkau minum anggur atau minuman keras, dan engkau serta anak-anakmu ,bila kamu masuk ke dalam khemah pertemuan,supaya jangan kamu mati. .Itulah suatu ketetapan untuk selamanya bagi kamu turun- temurun. Demekianlah seperti yang telah dijelaskan di dalam Al-Kitab. Maka jelaslah di sini bahawa amalan hidup orang-orang Kristian tidak berpandukan Al-Kitab(Bible) dan nyata bertentangan dengan apa yang telah digariskan dalam Al-Kitab mereka.Lebih terperinci lagi, bolehlah dikatakan bahawa Kristian boleh melakukan apa sahaja tanpa mempunyai apa-apa larangan kerana amalan mereka jelas tidak berpaksikan Al-Kitab.Maka tidak melampau jika dikatakan pada mereka ‘’Kamu tidak mencuri bukan kerana patuh pada Al-Kitab tetapi kerana takut ditangkap polis’’.Begitulah perbandingannya.
    Bagi orang-orang Kristian,apabila sudah terdesak maka mereka akan mengatakan‘’Kami tidak menggunakan Taurat(Perjanjian Lama) tetapi kami menggunakan Perjanjian Baru sahaja.Mereka mengatakan begitu kerana mahu mengelak.Sekiranya mereka mengatakan begitu,tanyakan padanya ‘’Benarkah kamu hanya menggunakan Perjanjian Baru sahaja.Maka, dia akan mengatakan ‘’Betul‘’.Jika benar demikian,lihat pada Perjanjian Baru ,kaji Injil Matius fasal 5 ayat 17 dan 18 yang berbunyi ‘’Janganlah kamu menyangka bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi.Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.Kerana aku berkata padamu :’’Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini,satu inota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat,sebelum semuanya terjadi’’.Ayat tersebut bermaksud, Jesus(Isa) berkata bahawa ‘’Aku datang membawa kitab Injil tetapi hukum Taurat masih digunakan ‘’.Satu titikpun dari hukum Taurat tidak dibuang oleh Jesus tetapi kenapa orang kristian tidak memakai Perjanjian Lama(Taurat) , ini bermaksud mereka telah membuang semua hukum Taurat,maka tidakkah itu bererti mereka lebih bijak pandai dari Jesus ?.
    Tanyakan padanya ‘’Adakah kamu percaya dengan ayat yang disebutkan di atas iaitu yang terdapat dalam Injil (Perjanjian Baru) atau tidak ?’’. Nyatakan padanya ‘’Sekiranya kamu percaya,maka Taurat adalah digunakan keseluruhannya tetapi jika kamu tidak percaya ,maka saya pun tidak tahu apa pendirian kamu terhadap Perjanjian Baru kerana kamu juga tidak mempercayainya’’.
    Dalam Perjanjian Baru juga dinyatakan pada Injil Markus fasal 12 ,ayat 29 dan 30,jelas menunjukkan bahawa tuhanlah Allah,Tuhan yang Esa tetapi tiada maklumat yang menyatakan bahawa tuhan itu Jesus.
    Sebenarnya Jesus (Isa) itu beragama Islam. Semua nabi dan rasul sejak nabi Adam adalah beragama Islam dan semuanya menyeru manusia menyembah Allah s.w.t Yang Maha Esa.Pada asalnya, umat Kristian dahulu percaya kepada Allah yang satu tetapi sebahagian orang Kristian telah terpengaruh dengan agama Hindu, Mesir kuno dan Persia yang mana semua agama tersebut percaya kepada Trinitas (Tuhan 3). Ini bermakna pada waktu itu orang-orang Kristian terbahagi kepada 2. Yang mana, satu pihak berkepercayaan bahawa tuhan itu satu manakala pihak yang satu lagi percaya kepada Trinitas (Tuhan 3).
    Oleh yang demikian,untuk menyatukan mereka, maka telah diadakan satu persidangan di Costantinopel pada tahun 381 masihi. Ketika persidangan tersebut berlangsung, telah diadakan kiraan undi yang mana undian tersebut telah dimenangi oleh kumpulan kristian Trinitas.Maka bermula dari saat itulah penganut kristian berpegang kepada akidah Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga tetapi tetap dianggap satu sehinggalah orang-orang kristian sendiri kebingungan.Tahap yang paling menghairankan adalah orang yang menerangkan tentang konsep Trinitas itu sendiri juga tidak begitu pasti apa yang diterangkan olehnya.
    Ini dapat kita buktikan sendiri jika kita betul-betul bertanya “Adakah anda yakin 100% apa yang tersirat dalam Trinitas itu ?’’.Kebanyakan mereka menjawab ‘’Tidak begitu pasti’’.Dan,kerana itulah apabila seseorang Kristian itu memeluk agama Islam,mereka akan merasakan akidah yang lebih mantap dan teguh di hati mereka tanpa sebarang keraguan dan was-was.Wallahua’lam.

    hazanutz

    • *
    • Posts: 426
    • Salam ukhuwah
      • View Profile
    Reply #1 29 October, 2010, 03:04:23 PM
  • Publish
  • KITAB INJIL ASLI DIJUMPAI !!!

    Saya menulis ruangan ini di dalam bahasa Melayu supaya tiada mat-mat  Saleh yang kuffar (tidak semua) dapat membacanya kerana ia menyentuh  tentang isu agama. Saya harap pemuda-pemudi Malaysia yang beragama Islam dapat mengambil iktibar daripada kisah ini. Cerita yang saya nak sampaikan ni... kisah benar bukan rekaan.

    ----------------------------------------------------------------------

    Hari Raya baru ini, kira cerita baru dalam beberapa tahun, semasa di  kampung. Bapa saya telah menceritakan... Bulan puasa hari itu, di  masjid Taiping (my hometown) ada ceramah. Penceramah ni diundang khas  dari Terengganu (Pusat Tahfiz). Penceramah ini menceritakan kepada my  dad's best friend personally yang dia ada senior yang menceritakan  sendiri kepada penceramah ini tentang pengalaman seorang teman  sepengajiannya semasa di Mesir (or somewhere there..i lupa).

    Teman ni asalnya dari Sarawak... penganut agama Kristian pada  asalnya. Orang Sarawak ni dihantar oleh pakciknya sendiri, yang juga  seorang paderi besar di Sarawak, untuk mendalami Kristian di  Sepanyol. So... macam ni dia telah di hantar ke universiti di  Sepanyol. Kesemuanye ada 25 students yang menuntut ilmu tersebut. Ini  bukan calang-calang punya belajar... sebab mereka ni pergi belajar di  Gereja Besar (somewhere in Spanyol dan gurunya ialah POPE).  So..setelah lebih kurang 2 tahun pengajian, mereka akan tamat pengajian dan jadi educated paderi. Kesemua 25 students ni datang dari different country all over the world! So... bila dah dekat nak graduate, mereka diberi pilihan untuk wish…dan satu permintaan akan
    dimakbulkan. So... semua ni minta hendak masuk sebuah Library besar dalam gereja tu jugak. Dalam library itu ada pelbagai jenis buku.  So..dalam masa 2 minggu terakhir ni mereka akan menghabiskan masa
    mereka membaca buku di Library. Tapi, POPE cakap dengan satu  syarat... dalam banyak-banyak buku di dalam tu, ada satu buku yang khas diletak di tengah tasik/kolam dalam library tu. Bayangkanlah  betapa besarnya library tu!! Buku itu lah yang dilarang oleh POPE  daripada dibaca. So, salah seorang daripada 25 pelajar telah melanggar syarat. Dia ambil buku tersebut tapi tidak faham kandungan bahasa dalam buku tersebut. Ia adalah Bahasa Tabrani..seakan bahasa Sepanyol (lama). Dia pun berkongsi dengan yang lain dan hendak dijadikan cerita. Ada seorang yang faham tentang beberapa bahasa tersebut. Dia pun baca dan menerangkan kepada ke semua 24 yang lain.

    Nak tahu apa dia??

    Itu sebenarnya adalah kitab Injil yang asal! Apabila kesemua 25 pelajar itu membaca, mereka mula sedar yang Kristian yang mereka belajar selama ini, adalah salah satu sebab semua yang terkandung di dalam buku itu adalah benar seperti yang terdapat dalam ajaran Islam hari ini. Hari terakhir mereka keluar dari situ, POPE datang jumpa mereka dan dia sudah syak mesti ada sesuatu yang berlaku. Setelah semuanya di PROVOKE oleh POPE, mereka akhirnya tewas dan mengaku mereka telah membaca kitab itu. POPE pun berkata, "Sebenarnya kita Kristian ni memang dicipta sebagai agama duniawi sahaja. Yang betul
    adalah Islam. Kalau hendak tahu, setiap paderi yang tertinggi itu, bila ada orang Kristian yang sedang nazak, tugasnya ialah pergi ke telinga orang itu dan berkata Islam adalah sebenarnya.

    Selepas itu, POPE berkata lagi kepada pelajar tersebut, yang mereka semua tidak akan lepas dari tempat itu memandangkan mereka sudah tahu yang sebenarnya. Maka semuanya akan dibunuh. Pelajar-pelajar tersebut cuba cari jalan untuk lari. Setelah sekian lama mereka merancang, mereka berjaya merasuah seorang JAGA dalam gereja besar itu. Tetapi JAGA itu meminta US$4 juta. Kesemua pelajar-pelajar tersebut
    mempunyai sponsor dari Govt! Mereka mengumpul wang scholarship mereka sebanyak US$4 juta itu. JAGA itu berkata dia akan menyembunyikan rahasia pelajar-pelajar tersebut dengan membunuh seorang lagi JAGA
    lain sebagai alasan kepada POPE yang JAGA itu pembelot. Pelajar-pelajar tersebut hanya ada satu jalan keluar. Iaitu mereka akan melalui satu terowong bawah tanah beberapa meter untuk sampai ke
    laut. Mereka terpaksa berenang melalui salur najis(it's the only way that they have to went through that thing!). Bila dah keluar, ada sebuah bot yang akan menunggu mereka. It's all up to them untuk
    melepaskan diri lepas tu. Bot itu juga yang sediakan oleh JAGA itu. Then, si budak Sarawak ni pun call uncle yang send dia ke Sepanyol.

    Uncle dia cakap jangan balik lagi ke M'sia sebab seluruh negara dah dapat arahan untuk membunuh dia. Maknanya dia telah disenaraikan dalam 'blacklisted'. Jadi dia pun lari ke Mesir dan menganut agama
    Islam menjadi Al-tahfiz. Sampai sekarang dia tak balik. Jadi cerita ni kiranya sudah orang kedua yang tahu. Hmm... dekat dengan sumber ni kan? Katanya lagi, dah banyak pelajar-pelajar yang 25 tu yang mati
    dibunuh. Mereka pakai spy untuk track gerak geri pelajar-pelajar tersebut!

    Well... dalam pada tu..kalau u nak tahu, dalam pengalaman di atas tadi, dia cakap simbol sebenar orang putih meniup lilin semasa birthday tu ialah... kek tu diibaratkan sebagai dunia.. lilin tu ialah simbol sebagai NUR ISLAM. Dan apabila lilin tu ditiup, maka padamlah nur islam, dan kek sebagai dunia tu dipotong-potong dan dimakan oleh musuh Islam!! Hmm..hebat tak orang-orang kafir punya style? Yang kita kat sini dok syok ikut style mereka tanpa tahu apa-apa.

    Satu lagi... pasal HOLY-WATER mereka tu. Nak tahu tak mana asalnya? Mmm..di dalam gereja besar itu tadi, once a year ada satu occasion di dalam sebuah special hall yang hanya boleh dimasuki oleh paderi and rahib tertinggi all over the world saje. Di situ mereka boleh berbuat ape saje termasuk berzina. Anak hasil penzinaan mereka itu lah akan dibunuh dan darah bayi tu akan disuling dan hasilnya ialah HOLY-
    WATER!! Mm... takut kan dengar betapa dahsyatnya mereka punya planning?

    Sumber dari email yang di hantar pada saya
    Abdullah Faqir

    Nur^ Iman

    • *
    • Posts: 689
    • I am proud to be a MUSLIM
      • View Profile
    Reply #2 29 October, 2010, 03:56:56 PM

    bro..sini bertimbun http://www.google.com.my/search?hl=en&client=firefox-a&hs=g04&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&prmdo=1&tbs=vid%3A1&q=jesus_own_family_refute_crucifixion_and_resurrection_lies&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=
    I am proud to be a MUSLIM

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 473
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Reply #3 14 December, 2010, 08:26:17 PM
  • Publish
  • Sekadar berkongsi. 

    ANAK PADERI PELUK ISLAM

    Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...Bacalah dan Renungkanlah. ...

    Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

    Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga
    Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .

    Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Jo sep h Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
    penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat.. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

    Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka.. Berbagai
    masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

    Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

    Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

    Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

    Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
    kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
    - Mengapa orang Islam sembah Kaabah
    -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
    -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. 
    -Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
    -Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang
    asalnya.
    Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan- kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

    Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

    - Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

    Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - kon sep ketuhanan Jesus.

    Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
    ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

    Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

    Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

    Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

    Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah
    hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

    Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... "

    Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

    Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

    Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

    Saya segera meninggalkan rumah sehelai sep inggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

    Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

    6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

    Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

    Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

    Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
    katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

    Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

    Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. .. ...

    Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

    Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

    Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

    Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

    Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

    Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
    bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

    Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

    Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan.. ..purapura ....dimurtadkan.

    Saya sudah pergi banyak IPT... Saya paling bimbang di Universiti Putra  Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

    Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

    Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU
    TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi..

    InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 523
      • View Profile
    Reply #4 21 February, 2011, 09:33:02 AM
  • Publish
  • Salaam..

    Pada pendapat saya, Semua Kitab² (yang mereka percaya) adalah benar.. Hanya pengamalnya telah memesongkannya disebabkan oleh ego dan rasa dirinya benar dan betul.. mungkin juga kerana pangkat.. kerana dia sebagai pengamal kitab (dipandang tinggi oleh manusia), terpaksa menurunkan pangkatnya kerana kelahiran Nabi s.a.w.. Nabi akhir zaman..

    Nyatanya, Mereka mengamalkan segala² amalan dan ajaran seperti yang dikehendaki oleh Islam.. Cuma mereka tidak mahu bersetuju bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi akhir zaman.. Adakah mereka juga ke syurga? wallahu 'alam.. Dalam ajaran mereka juga ada balasan syurga.. Mungkin mereka tergolong dalam umat nabi yang selain Nabi s.a.w. Kita pun tak tahu..

    Tu Jer pendapat saya, Wallahualam..

    Dan; Cara untuk mengajak mereka memasuki Islam, Hakikatnya ada banyak cara.. dan cara yang paling baik adalah sepertimana FirmanNya:

    "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (Al-An'aam 6:108)

    Kemudian, tunjukkan sifat tolong menolong dan berkasih sayang antara sesama manusia.. Ini akan mengambil tempoh masa yang lama/panjang.. Tetapi, hasilnya amat berQualiti.. Percaya lah..

    Sekian, penulisan ringkas dari saya.. sama-samalah kita menaikkan akhlak kita sesama manusia..
    InsyaAllah..

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1674 Views
    Last post 24 December, 2012, 08:29:06 AM
    by al_ahibbatu
    0 Replies
    1165 Views
    Last post 11 October, 2010, 03:38:25 PM
    by 2ming
    0 Replies
    372 Views
    Last post 27 January, 2014, 12:45:25 AM
    by rosszlanz