Memperkasa Sukarelawan Dakwah

*

Author Topic: Memperkasa Sukarelawan Dakwah  (Read 2866 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14525
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
30 April, 2009, 11:43:45 AM
  • Publish
  • Memperkasa sukarelawan dakwah
    Oleh MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI


    Mencari individu untuk melaksanakan tugas secara sukarela bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi dalam kegiatan dakwah.

    Namun, Islam telah menggariskan bahawa tugas mengajak manusia membuat kebaikan dan meninggalkan maksiat melibatkan setiap individu Muslim.

    Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala kebajikan dan melarang melakukan perkara yang keji. Dan mereka yang demikian itu adalah orang yang berjaya. (ali-Imran: 104)

    Menyedari hakikat itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Sukarelawan Perkim dari seluruh semenanjung Malaysia.

    Seminar itu mendapat kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM)

    Ia dianjurkan untuk memberi ilmu khidmat masyarakat kepada sukarelawan di dalam pembabitan aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan.

    Ini sejajar dengan misi dan visi Perkim iaitu menjadikan ia pertubuhan penggerak dakwah terunggul untuk memberi sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa.

    Seminar sehari pada 18 April lalu itu diadakan di Hotel Grand Pacific, Kuala Lumpur. Ia disertai oleh 250 peserta terdiri daripada saudara muslim dan pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), UKM dan Pusat Asasi Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    Perasmiannya dilakukan oleh Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi.

    Naib Pengerusi Islamic Outreach ABIM, Norma Sulaiman membentangkan kertas kerja 'Metodologi Dakwah Pemandu Pelancong Masjid' manakala mantan Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik pula membentangkan kertas kerja 'Sukarelawan dari Perspektif Islam'.

    Seorang lagi pembentang kertas kerja ialah Pengerusi Persatuan Sahabat PPUM, Dr. Dzulkhaini Hussain ('Metodologi Dakwah Ziarah Pesakit').

    Pada sebelah petangnya diadakan sesi diskusi dan dialog di antara penceramah dan sukarelawan.

    Sesi ini melibatkan tiga modul iaitu 'Ke arah Pembangunan Belia Cemerlang', 'Senario Dakwah Semasa' dan 'Manhaj Dakwah Semasa'.

    Ia dikendalikan oleh dua pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah Kepimpinan UKM, Prof. Madya Dr. Zulkepli Abd. Ghani dan Prof. Madya Dr. Ghaffar Don dan Presiden MBM, Azizuddin Ahmad.


    Bagaimana kita mahu mengujudkan dan Memperkasa sukarelawan dakwah pada masa ini?


    Antara metodologinya ialah:
    1)  Metodologi Dakwah Ziarah Pesakit.
    2)  Metodologi Dakwah Pemandu Pelancong Masjid

    Sila berikan pandangan dan pendapat bagi menjayakan metodologi ini.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 11 May, 2009, 04:14:15 PM
  • Publish
  • JALAN DAKWAH

    Setiap yang mengaku Da'ie pasti tidak akan terlepas daripada ujian Allah. Memang Allah telah menjanjikan bahawa jalan ini bukanlah dihampar dengan permaidani merah tapi sebaliknya hamparan ini disediakan dengan duri-duri. Semakin jauh kaki ingin melangkah dalam jalan dakwah, semakin besar dan semakin berat ujian yang Allah sediakan untuk diri.

    Sesungguhnya, Ujian-ujian yang Allah berikan bukanlah untuk membebankan, tetapi sebenarnya untuk mentabiyyah diri supaya lebih tabah dan kuat untuk menghadapi cabaran yang lebih besar. Apabila melakukan muhasabah, saya sedar bahawa setiap ujian yang Allah sediakan untuk saya sebenarnya adalah salah satu latihan untuk saya untuk membentuk peribadi yang lebih mantap dan kuat. Tapi, terkadang, diri sering terlupa dan diri sering tewas dengan godaan nafsu menyebabkan kita tersungkur di tengah jalan dakwah. Dan, syaitan tidak akan berputus asa selagi kita tidak meninggalkan jalan yang mulia ini.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 21 February, 2011, 10:20:31 AM
  • Publish
  • Apabila disebut perkataan dakwah, yang terlintas di kotak pemikiran kita bagi perkataan ini adalah seorang yang mempunyai ilmu agama atau dipanggil ustaz memberikan ucapan atau memperkatakan serta mengajarkan kepada khalayaknya berkenaan dengan Islam.

    Bentuk gambaran yang tipikal ini serta sempitnya dimensi dakwah seperti yang digambarkan, membuatkan kerja dakwah seolah-olah hanya dimiliki oleh golongan yang mempunyai ilmu agama semata-mata. Golongan ini atau panggilan rasminya golongan agama atau ustaz adalah golongan yang selalu dibebankan dengan permasalahan dakwah dan penyebaran risalah dakwah ini.

    Hakikatnya, pemikiran dan tanggapan yang sebegini amat jauh dan langsung tidak menepati roh dan semangat dakwah itu sendiri. Bebanan dan gerak kerja dakwah yang mulia ini sebenarnya merupakan tugas yang sepatutnya bukan sahaja dipikul oleh golongan ustaz bahkan terpikul di atas bahu kesemua umat Islam yang mensyahadahkan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 21 February, 2011, 10:22:52 AM
  • Publish
  • Tanggungjawab mempersembahkan ajaran Islam dalam apa jua bentuk dan memperkenalkan Islam dengan wajahnya yang tulen kepada manusia sejagat adalah tugas hakiki yang harus dilaksanakan dengan penuh kesungguhan oleh seluruh umat Islam.

    Jika kita membuka dan menyorot isi kandungan al-Quran, terdapat banyak sekali nas yang menyentuh persoalan dakwah serta tanggungjawab umat Islam dalam menjayakannya.

    Antaranya firman Allah yang mafhumnya, Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali-Imran: 104)

    Daripada ayat ini, amat jelas kepada kita satu perintah Allah supaya umat Islam membentuk diri mereka dan menjadi umat atau kelompok manusia yang sentiasa menyeru kepada kebaikan iaitu Islam, menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari berlakunya kemungkaran.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 21 February, 2011, 10:23:41 AM
  • Publish

  • Dakwah yang dirintis oleh seorang Muslim bukan sahaja satu usaha untuk menyampaikan risalah Islam kepada khalayak bahkan merupakan satu terjemahan yang jelas terhadap ketinggian keimanan seseorang itu kepada Allah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 21 February, 2011, 10:25:29 AM
  • Publish
  • Sebuah hadisnya yang sahih lagi masyhur. Sabda Nabi s.a.w yang mafhumnya, Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya (kuasa yang ada pada seseorang) jika dia tidak mampu maka ubahlah ia dengan lidahmu, jika dia tidak mampu maka gunakanlah hatinya (dalam membenci dan tidak meredai berlakunya kemungkaran itu) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Hadis ini mengungkapkan persoalan tentang langkah-langkah yang patut diambil seorang muslim itu dalam usahanya mencegah kemungkaran. Tetapi di sebalik mafhumnya yang mendasar diungkapkan persoalan Iman yang mempunyai konotasi yang rapat dengan dakwah.

    Kemampuan seseorang itu dalam mencegah kemungkaran - salah satu dari unsur penting dalam dakwah - diukur bersama dengan tahap keimanannya kepada Allah s.w.t.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    2319 Views
    Last post 29 December, 2009, 12:31:57 AM
    by imamah84
    30 Replies
    12683 Views
    Last post 09 June, 2014, 11:34:08 AM
    by Saya Hamba
    0 Replies
    295 Views
    Last post 21 December, 2011, 10:52:57 AM
    by munawwarah88