Terjemahan Doa selepas Azan

Author Topic: Terjemahan Doa selepas Azan  (Read 13278 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assiddiq

  • *
  • Posts: 4596
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
29 April, 2009, 03:35:52 PM
  • Publish


  • Assamualaikum.......ustaz saya nak tanya......berkaitan terjemahan doa selepas azan yang siarkan didalam radio yang bermaksud "sesungguhnya kamu tidak memungkiri janji".....apa pandangan dan pendapat ustaz maksud terjemahan tersebut adakah ianya menyentuh zat Allah?

    W.Salam

    Maksud perkataan 'sesungguhnya Tuhan tidak memungkiri janji" sebenarnya menafikan sifat yang tidak layak bagi Allah yaitu termasuk sifat2 yang mustahil.

    Menafikan suatu bagi Allah ialah mengisbatkan lawanya bagiNya.

    Allah swt bersifat dengan sifat2 kesempurnaan seperti kuasa, hidup dan lainnya.

    Apabila dikatakan kuasa, yang perlu kita fahami ialah zat Allah yang kuasa bukannya kuasa yang terhenti atas sifat semata2.

    Jadi apabila dikatakan "Allah tidak memungkiri janji" ialah Allah bukannya zat yang bersifat memungkiri janji kerana mungkir janji itu bukan sifat kholik tetapi ialah sifat makhluk.

    Tidak salah berkata seperti itu menurut setengah ulamak usuluddin kerana termasuk dalam menafikan barang yang tidak layak bagi Tuhan seperti kita kata Tiada Tuhan melainkan Allah.

    Wallahua'lam
    « Last Edit: 22 October, 2009, 06:56:41 AM by Ummi Munaliza »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 22 October, 2009, 06:55:27 AM
  • Publish

  • Doa selepas azan dan Iqamah


    Maksudnya:
    Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

    (Riwayat Bukhari).
    « Last Edit: 22 October, 2009, 07:01:58 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ruji

    • *
    • Posts: 95
      • View Profile
    Reply #2 22 October, 2009, 10:17:33 AM
  • Publish
  • Orang Islam itu setiap detik waktu boleh berbuat kebaikan, banyak peluang beramal yang mendatangkan kebaikan. Banyak sekali amal ibadah yang boleh dibuat yang mendatangkan fadhilat yang besar, termasuk doa selepas azan dan doa selepas wuduk. Berdoalah dengan khusyuk. Banyak kebaikan dan keuntungannya. Firman Allah maksudnya : 'Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalannya baik, dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia; dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi sebarang kekeruhan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." (Surah Yunus : 26) . 
    "Ya Allah, Dzat yang mengendalikan hati, kendalikanlah hati kami untuk taat kepadaMu. " Kepada sahabat-sahabat, sila lawati blog saya http://memorygreen1.blogspot.com/

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 22 October, 2009, 02:00:13 PM
  • Publish
  •  :) wm.

    Apakah janji Allah dan RasulNya ? Sesungguhnya janji Allah dan RasulNya terlalu banyak...

    ayat 75-77 Surah At-Taubah

    BismillahirRahmanirRahim
    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

    Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji.

    Tetapi janji Allah dan RasulNya amat jauh bezanya dengan janji insan.

     Manusia sering mungkir janji,
     malah seolah-olah menjadikannya sebagai kesukaannya sedangkan janji Allah dan RasulNya sentiasa benar dan tepat.
     
    Apakah janji Allah dan RasulNya ?

     Sesungguhnya janji Allah dan RasulNya terlalu banyak....adalah terlalu mustahil untuk dicatatkan kesemuanya.
    Di sini hanya dijelaskan beberapa janji tersebut sebagai renungan kita bersama.

    Islam asalnya agama asing dan lemah. Kerdil di tengah-tengah keperkasan agama berhala ciptaan manusia, ditindas oleh keangkuhan generasi jahiliyyah, lemas di bawah siksaan dan tekanan masyarakat Quraisy.

     Dalam keadaan inilah,  Allah dan RasulNya menjanjikan ketinggian martabat dan kemuliaan maruah di tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah dengan syarat yakin sepenuh hati dan mengamalkan ajaran Islam dengan ikhlas.

    Janji Allah dan RasulNya benar-benar terjadi. Umat Islam yang benar-benar ikhlas dan patuh bukan sahaja berjaya menyebarkan panji-panji Allah bahkan mereka menjadi masyarakat yang mulia, digeruni dan dihormati di seluruh dunia.
    . Semua ini tidak mustahil asalkan ada pertolongan Allah. Ini janji Allah dan RasulNya.

    Benarlah firman Allah dalam kitabnya :
    "Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"

    Seumpamanya  gambaran kisah  ini;

    Janji Rasulullah SAW memang benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar dengan linangan airmata kegembiraan dan tanda terharu betapa benarnya janji Allah dan RasulNya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah b Malik sambil berkata :
    "Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra (maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik".
     
     Seterusnya Rasulullah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai     Istanbul di Turki). Konstantinople adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah. Sesiapa yang menguasainya bermakna menguasai Asia dan Eropah sekaligus. Baginda juga memberi pengiktirafan kepada tentera yang berjaya menawannya sebagai tentera  terbaik dan pemimpinnya merupakan pemimpin yang terbaik. Janji Rasulullah SAW tidak pernah dimungkiri, semuanya tetap berlaku. Sultan Muhammad Al-Fatih telah berjaya menawan Konstantinople dan sekaligus merancakkan lagi penyebaran agama Islam ke benua Eropah.

    Jelas, janji-janji Allah dan Rasulnya memang tepat dan dikotakan. Sesungguhnya di sana terdapat janji Allah yang lebih besar dan penting kepada kehidupan insan. Janji yang pasti !!! Allah dan RasulNya telah menjanjikan kehidupan di dunia dan akhirat yang gemilang bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan kehidupan yang sukar di qubur dan neraka bagi mereka yang ingkar.  :msya:


    WabillahitTaufiq Walhidayah
    Wassalam.

     
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #4 24 August, 2012, 01:49:21 PM
  • Publish
  • Daripada Anas Radiyallahu'Anhu,

    Sabda  Nabi SAW;
    " Tiap tiap Doa akan terhijab hinggalah sesaorang itu bersolawat keatas Nabinya Saw"

    Diriwayatkan oleh Ad-Dailami disandarkan Misnadil-Firdaus.


    Antara doa yang cepat dimaqbulkan adalah ketika mendengar azan langsung bersolawat kepada Rasulullah saw

    Maka Berdoalah ;

    Dari Aisyah Radiyallahu'Anha;

    'Ya Allah  Jadikanlah serta meluaskanlah RezkiMu keatas Kami semasa kami membesar/mendewasakan diri hingga putusnya/akhir umur kami"

    (Diriwayatkan Al-Hakim)



    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1284 Views
    Last post 22 September, 2012, 12:28:44 AM
    by Qasehsayang
    1 Replies
    1752 Views
    Last post 22 June, 2010, 03:25:57 PM
    by halawah
    6 Replies
    841 Views
    Last post 10 May, 2014, 08:01:55 AM
    by Sid