Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
Penulis Topik: ISTERI SUKA MENGUNGKIT  (Dibaca 999 kali)
0 Halaqian and 1 Tetamu sedang melihat topik ini.
Topic starter
*
Offline
13.11.08 5

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« pada: 29 April, 2009, 02:45:11 PM »

APAKAH HUKUM NYA APABILA SEORANG ISTERI ITU BEKERJA KEMUDIAN SUKA MENGUNGKIT SEMULA KEPADA SUAMINYA SETELAH DIA MEMBANTU SUAMINYA DARI SEGI KEWANGAN. DAN BLH KAH TERANG KAN PATUTKAH ISTERI MEMBANTU ORG LAIN TANPA PENGETAHUAN SUAMINYA MAKSUDNYA BANTUAN KEWANGAN.
*
Terengganu
Offline
25.03.09 4660

Syukron
Beri: 325 Terima: 458
Paparan Profil WWW
« Jawab #1 pada: 29 April, 2009, 02:53:47 PM »

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

"Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
Http://cahayarabbani.blogspot.com
Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
assiddiq@ymail.com
*
Terengganu
Offline
25.03.09 4660

Syukron
Beri: 325 Terima: 458
Paparan Profil WWW
« Jawab #2 pada: 29 April, 2009, 02:58:50 PM »

Ketika Nabi Ibrahim menziarahi menantunya, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Kemudian terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).

Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawabanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahasia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail nikah lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,
tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.

Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kpdnya.

Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya
sepertimu.

Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.

Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Berpandukan sejarah tersebut, dapat ditegaskan bahwa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)


Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.
*
Terengganu
Offline
25.03.09 4660

Syukron
Beri: 325 Terima: 458
Paparan Profil WWW
« Jawab #3 pada: 29 April, 2009, 02:59:38 PM »

APAKAH HUKUM NYA APABILA SEORANG ISTERI ITU BEKERJA KEMUDIAN SUKA MENGUNGKIT SEMULA KEPADA SUAMINYA SETELAH DIA MEMBANTU SUAMINYA DARI SEGI KEWANGAN. DAN BLH KAH TERANG KAN PATUTKAH ISTERI MEMBANTU ORG LAIN TANPA PENGETAHUAN SUAMINYA MAKSUDNYA BANTUAN KEWANGAN.

cuba tengok gambaran kisah nabi ismail dan nabi ibrahim tu..
moga2 kamu ianya dapat membantu sedikit..
dan yang lain terserah pada yang lebih arif..~
*
Offline
21.04.09 78

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #4 pada: 29 April, 2009, 03:22:30 PM »

Kalo si isteri tu nak membantu dari segi kewangan,biar lah ikhlas hatinya. Kalo x ikhlas ni yg buat timbul kes ungkit mengunkit.
Elok2 kang dpt pahala,jd dapat dosa lak.
Berat sama dipikul, ringan kan sama dijinjing.
Rasa nye elok la bgtau si suami kalo nak bantu org lain (x kisah la bantuan dari segi RM or apa2 pun), untuk elakkan fitnah n syak wasangka jek
*
Terengganu
Offline
25.03.09 4660

Syukron
Beri: 325 Terima: 458
Paparan Profil WWW
« Jawab #5 pada: 29 April, 2009, 03:29:37 PM »

Kalo si isteri tu nak membantu dari segi kewangan,biar lah ikhlas hatinya. Kalo x ikhlas ni yg buat timbul kes ungkit mengunkit.
Elok2 kang dpt pahala,jd dapat dosa lak.
Berat sama dipikul, ringan kan sama dijinjing.
Rasa nye elok la bgtau si suami kalo nak bantu org lain (x kisah la bantuan dari segi RM or apa2 pun), untuk elakkan fitnah n syak wasangka jek
ya la..berbincang dulu kedua2 pihak..
buat apa nak mengungkit?
ikhlas ni antara kita ngan ALLAH..
*
Offline
07.04.09 72

Syukron
Beri: 0 Terima: 4
Paparan Profil
« Jawab #6 pada: 29 April, 2009, 04:03:11 PM »

Assalammualaikum w.b.t
Orang yang suka mengungkit ni tiada keikhlasan di hati semasa menghulur tangan meringankan beban orang lain.  Biasa la isteri mengungkit sebarang bentuk pertolongan yang diberi kepada suami bila suami itu tidak memenuhi keperluan isteri.  Mungkin isteri tu menolong suami dengan mengharapkan balasan tapi malangnya lain pulak yang isteri tu dapat.  Itu yang jadi ungkit-mengungkit sampai pinjam duit lima sen pun nak diungkit.  Isteri tak usahlah berperangai seperti kanak-kanak.  Berfikiran matang.  Yang dibantu tu kan suami, bukan orang lain.  Buruk-buruk pun suami.  Biarlah suami meminta tolong dengan isteri daripada suami itu meminta pertolongan dengan orang luar. Bila suami minta tolong dengan orang luar terutama wanita, isteri janganlah pulak cemburu.  Dengan siapa lagi suami tu nak mengharap kalau tak dengan isterinya.  Isteri kan insan yang paling hampir dengan suami.  Jadi, fahamilah masalah suami.  Biar Allah S.W.T yang beri ganjaran jika suami tak nak beri ganjaran atas segala bentuk pertolongan suami.  Ungkit-mengungkit, say "NO".  Redhakan ajelah segala pemberian/pertolongan. 
       
Membantu orang yang tengah susah amatlah digalakkan.  Jika isteri nak bantu pun sebaik-baiknya biarlah dengan pengetahuan suami terlebih dahulu supaya tidak timbul syak-wasangka atau fitnah di belakang hari.  Biar suami tu tahu betapa penting dan bernilainya suami di mata dan hati isteri.  Betapa isteri menghormati suami, jika suami izinkan, teruskanlah. Jika tidak, janganlah curi-curi membantu takut tak berkat jadinya.  Jika suami yang baik, awal-awal lagi suami itu akan meredhai apa yang isteri itu buat selagi tidak melanggar batasan.  Isteri dapat pahala, suami pun dapat pahala.  Berkat rumahtangga.  Wassalam.
*
Pulau Pinang
Offline
11.12.09 2

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #7 pada: 11 December, 2009, 05:41:17 PM »


salam

macamana pula kesnya kalau suami berkemampuan untuk mantapkan kewangan secara tetap malahan boleh memperolehi pendapatan jauh lebih tinggi dari isteri (bagi kes isteri bekerja), tetapi tidak berbuat demikian. sebaliknya dia lebih rela bekerja secara tidak tetap dan langsung tidak hulurkan nafkah buat isteri dan anak2.
bagi si isteri pula, di peringkat awal agak boleh terima dgn situasi trsebut, tetapi dek kerana kekangan kewangan semasa yg memerlukan prbelanjaan harian melebihi kemampuan isteri untuk menolong, si isteri tidak dpt mengimbangi kerelaan hati dlm situasi trsebut. bagi mengelak hati terus terganggu dpd berlaku keadaan ungkit mengungkit, si isteri terpaksa-rela berjauhan dgn suami (dek kerana ditukarkan tmpt kerja).

hmmm..kompius kompius... ("_)
*
Kuala Lumpur
Offline
02.07.07 217

Syukron
Beri: 0 Terima: 10
Paparan Profil WWW
« Jawab #8 pada: 11 December, 2009, 05:48:55 PM »

bagi si isteri 'syurga d bawah tapak kaki suami"

berbuat baiklah serta taatilah suami

wallahua'lam

^ku mohon kepadaMu Ya Rabbi "kurniakan Hamba suami yang baik lagi soleh"^
ameen

*
Pulau Pinang
Offline
10.12.09 3

Syukron
Beri: 0 Terima: 1
Paparan Profil
« Jawab #9 pada: 11 December, 2009, 06:31:30 PM »

Salam,
Sy pun pernah dan masih alami masalah yang sama.....namun ada beberapa petua yang diberikan oleh seorang ustaz kpd saya
1. Pendapatan suami biarlah menjadi rahsia
2. Jgn sesekali meminta tolong pada isteri dlm masalah kewangan
3. Berikan nafkah yang termampu bukan yang terbaik
4.Carilah jalan untuk sentiasa berada diatas dalam segi kewangan dari isteri
Ini untuk isteri yg jenis macam yang diceritakanlah kalau isteri yang solehah tu tak ape la..... tu pun kena hati-hati gak
sebab selalunya punca keretakan keluarga adalah masalah duit

Untuk menjadi pemimpin hatta dalam keluarga sekalipun kena ada dua perkara
1. Ilmu
2. Harta

*
Sarawak
Offline
28.11.09 123

Syukron
Beri: 0 Terima: 10
Paparan Profil
« Jawab #10 pada: 11 December, 2009, 09:08:24 PM »

sesetengah isteri mengungkit kerana rasa sakit hati bila suami mengambil kesempatan dan mula buat perangai seperti bermain cinta tetapi belanja rumah serba tak cukup.
*
Terengganu
Offline
18.11.09 203

Syukron
Beri: 1 Terima: 20
Paparan Profil
« Jawab #11 pada: 11 December, 2009, 10:02:53 PM »

setuju dgn kak long hati..
kdg masalah tu datang kerana berpuncanya dari kite sendiri..suami atau isteri itu sendiri..
semua org kalau blh nak buat yg terbaik pada pasangan masing..tp tiap hamba yg diciptakan..ade kelemahan..kekurangan..
mengungkit ni akn bawa kpd pergaduhan..blh jadi besar kalau berterusan..
so peliharalah rumahku syurga ku..baik2..spy antum semua berada dlm keredhaanya..amin

bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup..
selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..
kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya..
*
Kuala Lumpur
Offline
21.10.09 35

Syukron
Beri: 0 Terima: 2
Paparan Profil
« Jawab #12 pada: 22 December, 2009, 02:18:38 PM »

Terima kasih dengan perkongsian dari assidiq.
Walaupun pernah dengar kisah nabi itu, namun bila baca semula.. rasa tersentuh hati..
Sungguh menginsafkan diri..
Ya Allah, syukur dengan kurniaan-Mu selama ini..
Semoga hamba-Mu ini dapat sentiasa mengikhlaskan hati, dan mentaati suami.. amin..
*
Terengganu
Offline
06.05.09 39

Syukron
Beri: 0 Terima: 4
Paparan Profil
« Jawab #13 pada: 10 February, 2010, 10:42:25 AM »

isteri akan mengungkit bila suami tak menghargainya kot...

kadang2 perempuan ni ada yg cam tu sebab suami takde kerjasama dalam rumahtangga...

isteri dah letih2 keje..balik kena wat keje umah lg..suami dok relex depan tv je..sape tak angin..hehe

kejarlah cita-cita sebelum cinta, andai cita-cita tercapai, maka hadirlah cinta...
*
Offline
04.03.09 141

Syukron
Beri: 1 Terima: 9
Paparan Profil
« Jawab #14 pada: 10 February, 2010, 11:12:47 AM »

bkn isteri je makwe pun suka ngunkit...hati panas je..pinjam seratus mintak bayar 3ratus..text lebih..bakau darah...:P
*
Perak
Offline
10.02.10 18

Syukron
Beri: 0 Terima: 2
Paparan Profil
« Jawab #15 pada: 10 February, 2010, 11:16:27 AM »

isteri akan mengungkit bila suami tak menghargainya kot...

kadang2 perempuan ni ada yg cam tu sebab suami takde kerjasama dalam rumahtangga...

isteri dah letih2 keje..balik kena wat keje umah lg..suami dok relex depan tv je..sape tak angin..hehe

ckp ngan suami2 yang cam tu, kalau nak relax jer, suruh dia tanggung sumer. isteri kena taat dia jer...
*
Kelantan
Offline
20.11.09 1057

Syukron
Beri: 27 Terima: 123
Paparan Profil
« Jawab #16 pada: 10 February, 2010, 11:29:39 AM »

Kenapa berlakunya ungkit-mengungkit??

Kerana pasangan suami isteri tersebut mempunyai expectation yang tinggi pada pasangan masing2,
mereka terlupa bahawa belahan jiwa mereka itu bukanlah manusia sempurna,
masing2 melengkapi antara satu sama lain,

ikhlas itu bukan lah pada kata semata,
ikhlas itu hanya lah bernama ikhlas setelah dibuktikan dengan amal

Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat-sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk perkenalan kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.
 
Pindah ke:  

Related Topics
Subjek Dimulakan Oleh Jawapan Views Kiriman Terakhir
ISTERI-ISTERI YANG DI GAMBARKAN DALAM AL-QURAN Muslimah Ummi Munaliza 6 1126 Kiriman Terakhir 10 February, 2010, 03:17:07 PM
oleh cahayalurus
Semua Suka Islam Muslim rich_km 6 736 Kiriman Terakhir 08 September, 2009, 12:45:53 AM
oleh rich_km
Suka tangguh2 kerja Kaunseling mahupulang 3 84 Kiriman Terakhir 13 March, 2010, 08:03:16 AM
oleh asz_zinnirah