POLIGAMI~ Isteri Pertama Minta Cerai

*

Author Topic: POLIGAMI~ Isteri Pertama Minta Cerai  (Read 10572 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

dol_bendol

  • *
  • Posts: 1661
  • http://al-merapu.blogspot.com
    • View Profile
Reply #20 25 August, 2009, 10:19:08 AM
  • Publish
  • isteri pertama yg tak boleh terima isteri kedua suaminya tu, memang tak dapat mengikhlaskan diri, kepada Allaah

    sebenarnya, Ujian Allah ingin melihat, manusia mahu, dengan ikhlas, menyembah Allah

    dan sedar, Allah maha kuasa atas segala sesuatu

    kemudian, jika kita benar, kita kenalah saling tolong menolong di dalam kebaikan,

    janganlah sikap mementingkan diri sendiri sahaja - selfish, childish

    cuba fikir, action kita ambil, m,embina Islam kah, atau menjatuhkan nilai Islam, nilai diri kita, Islam tetapt Tinggi, tak tercapai akal ke

    baihaqi

    • *
    • Posts: 56
      • View Profile
    Reply #21 21 November, 2009, 08:36:23 PM
  • Publish
  • kalau nikah secara rahsia?camne lak eh?

    Soalan :

    Saya merupakan isteri k-2 berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama. Tidak dinafikan isteri yg pertama tidak dapat menerima saya sehingga kehari ini..peringkat awal perkahwinan saya tidak ada giliran..n memintanya agar seluruh giliran saya dibahagi kepadanya..untuk tidak mengeruhkan keadaan saya menerimanya.

    Jawapan:

    Pertama sekali dalam kehidupan suami isteri sama ada seorang isteri ataupun berbilang isteri yang ingin kita capai adalah Sakinah, Mawaddah dan Rahmah sebagaimana yang diajarkan oleh Allah kepada kita dalam Al Quran Ayat 21 : Surah : Ar Ruum . Apatah lagi dalam rumahtangga poligami yang terkadang kita terjerumus kepada mementingkan hak kita sama ada isteri pertama atau isteri kedua sehingga kita mengabaikan elemen sakinah, mawaddah dan rahmah itu. Merujuk kepada penulisan puan dibawah ini saya perturunkan beberapa point penting :

    Perkahwinan telahpun berlaku. Salah satu risiko yang akan ditanggung oleh isteri kedua yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama ialah sebagaimana yang berlaku ke atas puan. Sekiranya suami kurang bertanggungjawab dan tidak menjalankan amanah di atas perkahwinan ini maka ia akan mudah melakukan penyelewengan dalam soal keadilan.

    Persoalan sama ada isteri pertama menerima puan atau tidak bukanlah asas yang membolehkan suami puan tidak menjalankan tanggungjawab dan menyeleweng dari segi keadilannya terhadap isteri-isterinya. Ini kerana apabila akad yang dilakukan itu sah, maka suami puan bertaggungjawab sepenuhnya atas lafaz tersebut sebagaimana beliau harus bertanggungjawab kepada isteri pertamanya. Namun oleh kerana perkahwinan ini dilakukan secara rahsia, maka di sinilah isteri-isteri kedua ini banyak terperangkap dalam ‘mengalah’ agar suami tidak menghadapi kesukaran dan isteri kedua pula berpada demi ‘mengharmonikan’ suami dan ‘mendamaikan’ keadaan rumah tangga sendiri.

    Namun apa yg berlaku sebagaimana yang dialami oleh puan, keadaan ‘mengalah’ ini tidak dapat bertahan lama kerana suami tidak mengambil langkah-langkah positif setelah beliau mempunyai dua orang isteri. Oleh kerana asas pertama perkahwinan tidak dilakukan dengan baik maka akhirnya puan yang akan menderita sedang suami seolah-olah ‘lepas tangan’ terhadap puan.

    Sekira puan berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan juga suami puan tidak mempunyai surat kebenaran dari jabatan agama islam negeri serta tidak mempunyai surat perintah mahkamah yang membenarkan poligami dilaksanakan, maka benteng pertahanan pihak puan untuk meminta suami menjalankan tanggungjawabnya semakin tipis kerana beliau tidak terikat dgn mana-mana institusi yang boleh mengawal beliau dari melakukan ketidakadilan.

    Perkara inilah yang selalu dipandang ringan oleh bakal isteri kedua, ketiga dan keempat sebelum mereka mendirikan rumahtangga. Walaupun berjanjian antara puan dan suami puan dilakukan namun oleh kerana perkahwinan ini tidak mengikut prosuder undang-undang yang betul maka sukar untuk puan mendapatkan apa yang dijanjikan oleh suami puan kepada puan sebagaimana yang diterangkan dalam perenggan di atas.

    Sekiranya puan masih mengharap sesuatu yang baik dari perkahwinan ini, maka puan dan suami puan perlulah berbincang untuk memperbaiki keadaan yang ada. Sekiranya isteri pertama masih tidak menerima puan, itu tidaklah menjadi penyebab kepada suami puan untuk mengabaikan puan pula yang juga isteri yang sah. Walaupun disisi undang-undang suami puan boleh terlepas, namun mungkin puan perlu memperingatkannya tentang tanggungjawabnya dengan Allah yang akan dipersoakan kelak.

    Isteri pertama. Kedua. Ketiga ataupun keempat, statusnya sama sahaja. Giliran perlulah dilakukan dengan adil sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita. Sekiranya berlaku kelebihan kepada isteri pertama atau kedua, ia mestilah memperolehi kebenaran dan keredhaan daripada isteri-isteri. Cuma dalam aspek pengendalian kehidupan seperti jumlah anak yang berbeza sudah pasti keadilan itu tidak diukur dgn sama rata. Isteri mempunyai anak yang ramai tentulah pengurusannya tidak sama dengan isteri yang mempunyai anak yang sedikit. Namun, secara keseluruhan aspek kehidupan, baik isteri pertama mahupun isteri kedua, perlukan saling bekerjasama dan berlapang dada. Namun dalam aspek ini tidaklah sampai hak dan kebajikan isteri pertama atau kedua terabai. Pun begitu tidaklah kerana mementingkan hak tersebut keharmonian rumahtangga tergugat. Ini kerana tiada kebahagiaan dapat dicapai oleh isteri pertama atau isteri kedua sekiranya salah satu pihak selalu melakukan masalah dan menggugat keharmonian rumahtangga kita.


    HafizahUmairoh

    • *
    • Posts: 435
      • View Profile
    Reply #22 18 December, 2009, 02:38:41 PM
  • Publish
  • salam...

    wanita yg ingin menjadi yg ke5 dlm rumah tangga wanita yg pertama, seharusnya bijak. baik kah wanita mendengar kata2 seorang lelaki yg memburukkan kaum sejenis nya? tega kah kita mendengar wanita lain d perkatakan? sy tak sanggup. walaupun itu kebenaran nya. lelaki yg ingin berkahwin selalunya memburukkan isteri pertama d hadapan wanita yg ingin dia kahwini. dan tdk kah terfikir akan wanita itu, suatu hari dia juga akan d lakukan sedemikian.... dan nampak lah lelaki yg ingin berkahwin dgn sahabat awk nie kurang ilmu agamanya... nak kawin ikut sunnah NABI.. Rasullah SAW berkahwin bukan atas dasar nafsu dan cinta... tapi yang dia kahwini adalah wanita yg sgt2 memerlukan seorang lelaki dlm kehidupan meraka.. Rasullullah SAW juga tidak pernah memburuk2 kan isteri2nya d hadapan isteri2 yg lain... tetapi lelaki skrg.. d tanya napa nak kawin lagi? jawapan nya, ikut sunnah Nabi... tp apa yg terjadi... memburukkan isterinya, pada wanita lain... adil kah utk kita?

    bukan senang nak jadi yg ke5 dlm alam rumah tangga, yg telah terbina sekian lama.. mengapa sy kata yg ke5?... kerana yg pertama bg lelaki yg beriman adalah ALLAH SWT.. 2 IBUBAPA..3 ISTERI..4 ANAK2... FIKIRKAN...
    maaf andai ada yg tersalah.. tlg betulkan...
    Timbangan yang paling berat diakhirat ialah Akhlak.

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1289
      • View Profile
    Reply #23 24 December, 2009, 03:44:57 PM
  • Publish
  • Saya rasa ramai lelaki yang berhasrat berkahwin lebih dari satu hari ini dengan harapan supaya dia ringan beban menanggung isteri dan anak2, jadi dia pilih isteri2 untuk menjadi yang keduanya itu bergaji besar dan buleh berdikari, jadi dia buleh la lepas tangan kepada kedua2nya, pada pendapat saya, isteri pertama seharusnya merelakan perkahwinan suaminya itu dengan harapan, ringan lah beban untuk menanggung si suaminya,

    mcm berbelit je ayat
    Mrs. Ikan Pari

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1289
      • View Profile
    Reply #24 24 December, 2009, 04:04:49 PM
  • Publish
  • Saya rasa ramai lelaki yang berhasrat berkahwin lebih dari satu hari ini dengan harapan supaya dia ringan beban menanggung isteri dan anak2, jadi dia pilih isteri2 untuk menjadi yang keduanya itu bergaji besar dan buleh berdikari, jadi dia buleh la lepas tangan kepada kedua2nya, pada pendapat saya, isteri pertama seharusnya merelakan perkahwinan suaminya itu dengan harapan, ringan lah beban untuk menanggung si suaminya,

    mcm berbelit je ayat

    Fuhhh rasa terbelit jugak membaca ni pun eheee...okaja*

    Tapi tak salah pun macam tu kan...
    Kalau isteri mampu dari segi kewangan & suami mampu dari segi kepimpinan..apa salahnya saling membantu...
    Siti Khadijah yang kaya raya dulu pun mengorbankan hartanya berjuang bersama2 Rasulullah untuk menegakkan syiar Islam senyum*

    Betul tu, dan Rasulullah SAW tidak memadukan beliau sepanjang hayatnya=)

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1289
      • View Profile
    Reply #25 24 December, 2009, 04:10:32 PM
  • Publish
  • =)

    nur_87

    • *
    • Posts: 699
      • View Profile
    Reply #26 24 December, 2009, 04:12:49 PM
  • Publish
  • =)

     :syukur:
    cahaya lurus memang murah dengan senyuman..
    tapi bagilah pandangan sikit, lebih molek kan..
    ~bErSuJuD KpD ALLAH ~

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1289
      • View Profile
    Reply #27 24 December, 2009, 04:13:24 PM
  • Publish
  • =)

     :syukur:
    cahaya lurus memang murah dengan senyuman..
    tapi bagilah pandangan sikit, lebih molek kan..

    Ada orang bilang cahayalurus ni garang, jadi kena tambah ikon senyum dalam tulisan, =)

    Pandangan yang macamana tu?
    « Last Edit: 24 December, 2009, 04:37:46 PM by cahayalurus »

    sari_madu

    • *
    • Posts: 98
      • View Profile
    Reply #28 14 September, 2010, 05:30:52 PM
  • Publish
  • Salam sahabat semua....kena tanya suami mengapa nak tambah isteri lagi... apakah kekurangan isteri yg sekarang?  Rasullallah s.w.t kalau saya tak silap (kalau salah tolong betulkan).. berpoligami setelah Siti Khadijah wafat....Kena ada sebab yang munasabah agar isteri pertama redha dengan permintaannya untuk berpoligami.  Isteri juga kena jujur dengan keputusannya samada menerima atau menolak... kena luahkan kepada suami agar suami faham.

    Adakah syarat ini perlu untuk membolehkan seseorang lelaki berpoligami? 

    adam_hawa

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #29 15 September, 2010, 09:15:20 AM
  • Publish
  • sahabat saya berkawan dgn suami org. dan mereka ingin berkahwin tetapi masalh nya skrg isteri pertama meminta dia memilih antra isteri atau sahabat saya. kwn sahabat saya ingin berkahwin dgn nya kerana tidak tahan dgn perangai isterinya yg terlalu ego serta tidak hormat pada kawan sahabat saya

     :)

    dah menjadi lumrah alam..
    lelaki bila terasa ingin nak berkahwin lagi akan memburukkan isteri pertama..
    Semua yang baik akan menjadi buruk..semua yang disukai menjadi sesuatu yang dibenci..
    bisa laa tu..bila hati dah berubah arah..
    Tak mustahil..suatu hari nanti,bila hatinya dah berubah..sahabat anda juga akan menerima nasib yang sama..
    Isteri pertama minta cerai,ada banyak sebab..mungkin salah 1 nya..kerana si isteri yakin yang suami tak mampu berpoligami...
    Hati seorang wanita..tiada siapa yg mampu menduga.. Hanya seorang isteri yang memahami hati suami..kerana segalanya dikongsi bersama..bukan wanita asing....yang datang sekadar nak merampas segalanya..
    Nasihatkan sahabat anda untuk berbaik dengan isteri pertama,segalanya yang menjadi rahsia isteri pertama..pasti akan dikongsi bersama..
    Dan buatlah pilihan disamping banyakkan berdoa..minta petunjuk..

    uranicade

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #30 15 September, 2010, 10:44:41 AM
  • Publish
  • salam,
    kenapa bila sebut poligami,ada yang tak berapa setuju?
    memacam pendapat dapat dibaca....
    nak keluarkan pendapat pun,bukannya kawin lagi apantah lagi poligami.

    jadi lebih baik tukar pendapat dulu la...

    TokDdeka

    • *
    • Posts: 199
      • View Profile
    Reply #31 15 September, 2010, 01:18:29 PM
  • Publish
  • sahabat saya berkawan dgn suami org. dan mereka ingin berkahwin tetapi masalh nya skrg isteri pertama meminta dia memilih antra isteri atau sahabat saya. kwn sahabat saya ingin berkahwin dgn nya kerana tidak tahan dgn perangai isterinya yg terlalu ego serta tidak hormat pada kawan sahabat saya

    Kalau nak berpoligami, mengapa pula perlu lelaki itu mendedahkan keburukan isterinya pada sesiapa? Pendedahan lelaki itu tentang "ego serta tidak hormat pada kawan", pada pendapat saya ialah satu tindakan yang KURANG BIJAK. Calon yang ada untuk isteri barunya pun belum tentu kesempurnaannya. Adakah kelemahan isteri baru juga akan didedahkan nanti sebagai alasan untuk terus berkahwin lagi?

    Nak kawin, kawin lah, dan tak perlu mendedahkan apa jua kekurangan yang ada pada isteri pertama. Kekurangan itu ialah untuk SUAMI menanganinya, dan bukan untuk diketahui oleh bakal isteri barunya. Pendedahan itu juga boleh jadi akan dieksploitasi oleh pelbagai pihak, dan hanya mendedahkan kelemahan suami itu sendiri dalam menangani masalah dengan isterinya yang sediada.

    Wallaahu a'lam.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #32 15 September, 2010, 02:18:52 PM
  • Publish
  • sahabat saya berkawan dgn suami org. dan mereka ingin berkahwin tetapi masalh nya skrg isteri pertama meminta dia memilih antra isteri atau sahabat saya. kwn sahabat saya ingin berkahwin dgn nya kerana tidak tahan dgn perangai isterinya yg terlalu ego serta tidak hormat pada kawan sahabat saya
    Ada caranya nak menundukkan ego seseorang. Pergilah menuntut ilmu tu dengan orang yang 'alim lagi 'arif...

    Dalam bab nak tambah isteri perlu belajar ilmu bab bagaimana keadilan dalam berpoligami yang dituntut Allah dan RasulNya..Bakal isteri pun sama. Bagaimana nak jadi isteri yang Allah dan RasulNya redha. Isteri pertama pula, suaminya lah yang kena tarbiyah...Jika tak mampu, carilah orang 'alim, belajar.

    Dalam bab cerai, tak de hukum mengatakan jika nak kahwin satu lagi kena ceraikan isteri sedia ada! Jangan nanti silap haribulan jatuh berdosa pula menceraikan isteri atas sebab yang tak dibolehkan syarak...Perkara halal yang paling DIBENCI Allah ialah talak.(hadis)...Bila Allah benci walau halal sekalipun, agaknya kat mana tempatnya tu?
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #33 19 January, 2011, 10:51:45 AM
  • Publish
  • sahabat saya berkawan dgn suami org. dan mereka ingin berkahwin tetapi masalh nya skrg isteri pertama meminta dia memilih antra isteri atau sahabat saya. kwn sahabat saya ingin berkahwin dgn nya kerana tidak tahan dgn perangai isterinya yg terlalu ego serta tidak hormat pada kawan sahabat saya


    Sila hadamkan apa yang diberikan oleh Pak Arab ini...


    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Ujian terbesar kepada lelaki adalah wanita! 

    Kerana wanita seorang lelaki sanggup berperang!
    Kerana wanita seorang lelaki sanggup bermusuhan!
    Kerana wanita seorang lelaki sanggup berbunuhan!

    Wanita adalah fitnah terbesar bagi seorang lelaki!


    Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :


    مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى الرِّجَالِ مِنََ النِّسَاءِ

    “Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah  yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita.” (Muttafaqun ‘alaih)




    Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

    :
    إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ وَتُدْبِرُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ، فَإِذَا أَبْصَرَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ

    “Sesungguhnya wanita itu datang dalam bentuk syaitan dan berlalu dalam bentuk syaitan pula. Apabila salah seorang kalian melihat seorang wanita (dan bangkit syahwatnya) maka hendaknya dia mendatangi istrinya (menggaulinya), karena hal itu akan mengembalikan apa yang ada pada dirinya (meredakan syahwatnya).” ( Muslim)



    Sebagaimana yang disebutkan oleh Ulama2,    mengambil pengajaran daripada dua hadis ini adalah ;    wanita itu sentiasa menjadi cubaan akepada lelaki.  Wanita akan sentiasa di hiasi oleh syaita  agar nampak cantik, menarik dan menggiurkan nafsu lelaki.  Syaitan akan menggunakan berbagai tipu helah untuk mendekatkan dua insan ini akan agar mendurhakai ALlah Ta'ala sebagaimana dia berjaya memperdayakan Nabi Adam dan Hawa!



    Quote
    sy tidak percaya sy terpikat padanya disebabkan nafsu tp sy betul2 tertarik dan cintakannya kerana kesedrhanaan yg ada padanya.



    Bercinta bukan sebab nafsu???

    Cinta yang lahir didalam hati seorang lelaki  kepada wanita  lain (yang ajnabi/bukan muhrimnya)  atau 'vise-versa' adalah berpunca dari nafsu yang ada didalam hatinya.   Ini adalah sifat naluri yang menjadi Sunnatullah!   Jika nafsu ini diangkat oleh Allah Ta'ala maka tidak akan ada lelaki mencintai wanita dan tidak ada lelaki mengahwini seorang wanita.   

    Tinggal persoalan sekarang adalah cinta yang diizinkan dan cinta yang dilarang.!!!

    Apabila seseorang lelaki atau wanita didatangi keinginan syahwatnya kepada lawannya, lalu menimbulkan cinta didalam hatinya, maka jalan selamat adalah dengan berkahwin.   Tidak boleh  diturutkan dengan "perbuatan bercinta"  seperti berjumpa2,  mencurah perasaan dll kerana ini jelas haramny didalam syari'at.

    Jika dia tidak dapat mengahwini wanita tersebut kerana sesuatu halangan, maka wajib berusaha untuk melupakannya kerana berterusan 'mencintai' seseorang ajnabi (dan tidak segera berkahwin)  akan  membawa kepada dosa dan ma'siat kepada Allah Ta'ala :

    (1)  Keasyikan didalam perasaan cinta ini akan  menggugat pemikirannya sehingga dia lupa kepada Allah, lalai didalam zikir dan solat....sedang semua ini membawa kepada dosa!

    (2) Perasaan cinta yang dibiarkan menguasai diri akan menyebabkan perasaan cinta yang menyala2 dan  membawa kepada dosa2 lain seperti berjumpa, mencurah rasa, berpegangan dll yang diharamkan!

    (3) Perasaan cinta yang berlanjutan tanpa pernikahan yang sah boleh membawa kepada zina!



    untuk bacaan lanjut sila rujuk kupasan berikut :

    Mahu ber'couple', adakah boleh?



    Quote
    dan sentiasa menaruh impian dan berdoa menjadi suami kepada kekasih baru saya sebelum nyawa saya dicabut oleh ilahi...



    Menaruh impian kepada seorang wanita sebelum mati?   Adakah ini anjuran Agama?  Adakah ini anjuran Allah dan RasulNya?

    Orang beriman bercita2 untuk mati didalam Iman dan Islam, bukan bercita2 untuk berkahwin dengan kekasihnya sebelum mati!  Apalagi unsur 'kekasih' yang disebut ini pun banyak syubhatnya!!!   Bagaimana timbul istilah 'kekasih'  sedangkan dia belum menjadi milik ummar secara syar'i ??? 

    Orang2 beriman diperintah membuang segala angan2 pada makhluk, dunia yang fana' sebelum menemui Tuhan mereka!  Mereka diperintah mencari kasih dan redha Ilahi ketika mengingati mati!   Adalah suatu perkara yang sangat dimusykilkan seseorang Islam masih mahu mengingat dunia, wanita  ketika dia mengingati MATI!!!   

    Apa yang dikhuatiri ini cuma mainan Iblis yang cuba menggugat perasaan!



    Quote
    saya yakin kekentuan ilahi dan jika wanita itu dilahirkan jadi is3 saya yg ke2 saya akan berusaha mendptkannya..
    .


    Jika benar dia dilahirkan untuk ummar, dia tetap akan menjadi milik ummar. Tiada siapa akan dapat menghalang.  Sebaliknya jika dia bukan ditakdirkan untuk ummar, maka tiada siapa dapat tolong ummar.  Tetapi ingat jangan di turutkan perasaan syahwat cinta berpanjangan sehingga mengganggu ibadah. Ini adalah termasuk perkara keji dan mungkar yang  mendatangkan kemurkaan Allah Ta'ala.

    Dengan demikian cara terbaik adalah memohon petunjuk kepada Allah dengan mengerjakan solat istikharah turut2 selama 3 hari.  Jika jawapannya "YA", berbincanglah dengan isteri dengan baik!   Jika jawapannya "TIDAK", maka wajib dilupakan wanita tersebut kerana dia bukan di taqdirkan untuk ummar.!


    Mudah-mudahan Allah Ta'ala memberi petunjukNya!
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #34 19 January, 2011, 10:52:21 AM
  • Publish

  • :)
    Dengan ulasan, nasihat dan pandangan dari PAK ARAB, maka topik ini dikunci. Begitu banyak pandangan  dan nasihat yang diberikan, maka hanya tinggal memilih, mahu menurut nasihat dan pandangan yang mana. Namun semua nasihat itu adalah untuk kita mencari redha Allah.
     :ws:

    TOPIK DIKUNCI OLEH ADMIN


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    2583 Views
    Last post 23 April, 2011, 12:05:37 AM
    by cahayE_matE
    191 Replies
    23834 Views
    Last post 19 January, 2011, 10:49:40 AM
    by Ummi Munaliza
    5 Replies
    548 Views
    Last post 05 March, 2014, 02:48:10 PM
    by Paduka81