Penyakit Gout

*

Author Topic: Penyakit Gout  (Read 15210 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

26 April, 2009, 02:11:48 PM
  • Publish
  • Oleh Hafizah Iszahanid

    GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

    Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

    Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

    Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

    Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

    GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

    Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

    Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

    Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal berat badan anda. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan

    Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

    Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat- ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.

    Antara makanan yang harus dielakkan:

    Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis

    Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam

    Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung

    Daging merah

    Cendawan

    Yis (roti putih, roti manis)

    FAKTA: Golongan berisiko

    Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

    Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout

    Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat

    Wanita putus haid

    Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

    Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    Reply #1 05 June, 2009, 04:15:25 PM
  • Publish
  • insyAllah akan menyerang InsyAllah tidak.......hndk membasminya?????? nanti ana siarkan artikelnya....
    JIHAD JALAN KAMI MATI SYAHID CITA2 KAMI

    Reply #2 23 July, 2009, 12:21:13 AM
  • Publish

  • Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
    Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Sila lihat: Metabolisme asid urik

    Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.

    Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

    Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

    Diagnosis


    Gout pada sendi jari kaki. Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.

    Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi (Sturrock 2000). Hiperurisemia ditakrifkan sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga daripada semua kes (Siva et al 2003). Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya artrisis sepsis.

    Diagnosis muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #3 23 July, 2009, 12:24:07 AM
  • Publish
  • Peringkat Gout

    Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:asimptomatik akut interkritikal kronik. Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun.

    Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
    Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

    Cadangan untuk melegakan kesakitan.

    Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.
    « Last Edit: 05 November, 2009, 06:59:48 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #4 23 July, 2009, 01:17:01 AM
  • Publish

  • Penyakit Artritis Gout adalah penyakit yang agak kerap didiagnos oleh para doktor. Namun sebenarnya, penyakit ini mempunyai implikasi dan komplikasi tersendiri. Ia melibatkan pemendapan asid urik di dalam bahagian ekstraselular.

    Penyakit artritis gout adalah sebahagian daripada spektrum penyakit gout yang terdiri daripada artritis inflamasi akut, gout tophaceous kronik dan batu karang gout di dalam buah pinggang.

    Penyakit artritis gout akut

    Serangan artritis gout biasanya berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan sendi yang terlibat itu membengkak dan sakit sehingga menyebabkan seseorang pesakit itu sukar untuk berdiri ataupun berjalan. Kesan ini menjadi maksimum setelah beberapa jam dan hanya hilang setelah berminggu-minggu lamanya.

    Sebanyak 80 peratus daripada serangan artritis gout berlaku di sendi ibu jari kaki atau secara tepatnya sendi metatarsal pertama. Sendi kedua adalah sendi lutut. Namun, sendi-sendi lain juga boleh terlibat dan menyukarkan diagnosis.

    Para pesakit artritis gout akut boleh mengalami demam dan ujian darah yang tidak normal. Ujian darah boleh menunjukkan radang yang aktif. Cecair sendi akan menunjukkan kristal-kristal gout apabila diteliti melalui mikroskop polaraiz.

    Ujian serum asid urik boleh menunjukkan tahap yang normal walaupun semasa serangan gout. Ujian sinar-X kadangkala menunjukkan hakisan tulang di sekitar sendi. Namun ini hanya boleh dilihat di dalam pesakit-pesakit yang tidak dirawat ataupun yang teruk.

    Dua puluh peratus daripada pesakit yang mengalami serangan satu sendi boleh juga mengalami penglibatan sendi-sendi lain secara serentak. Ini dikenali sebagai penglibatan poliartikular.

    Namun, penglibatan poliartikular ini lebih biasa dialami oleh pesakit-pesakit leukemia, limfoma dan yang mengambil ubat ciclosporin. Pemendapan kristal gout di kulit atau “tophi” juga boleh berlaku.

    Faktor-faktor yang boleh menyebabkan serangan sendi akut adalah trauma, pembedahan, kebuluran, diet yang keterlaluan, pengambilan alkohol dan pengambilan ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi tahap asid urik di dalam darah contohnya, diuretik.

    Antara 12 hingga 43 peratus pesakit gout mempunyai tahap asid urik yang normal ataupun rendah tatkala serangan berlaku. Apabila sesuatu episod serangan gout itu telah reda, bahagian kulit pada sendi yang terlibat akan mengelupas.

    Tempoh interkritikal gout dan serangan gout berulang

    Tempoh interkritikal gout bermaksud tempoh antara serangan. Tempoh ini berbeza-beza bagi setiap individu. Ia akan menjadi pendek jika seseorang itu tidak diubati dan jika berlanjutan kerosakan sendi boleh menyebabkan tempoh ini menjadi lebih singkat. Keadaan ini diikuti oleh kejadian tophi dan kecacatan sendi yang kekal.

    Gout tophacoeus kronik

    Kejadian tophi boleh berlaku di cuping telinga, kulit, sendi-sendi mahupun tulang. Biasanya tophi tidak menyakitkan namun jika inflamasi berlaku pada sendi yang berdekatan keadaan sebaliknya berlaku.

    Sinar-X sendi akan menunjukkan hakisan di kawasan berhampiran sendi. Tempoh berlakunya serangan gout pertama sehingga pemendapan tophi adalah lima hingga 40 tahun, berbeza daripada individu kepada individu.

    Komplikasi buah pinggang hiperuresemia kronik
    Terbahagi kepada batu karang asid urik dan urate nephropathi yang kronik.

    Batu karang asid urik adalah komplikasi utama gout meliputi 20 peratus pesakit gout. Batu karang ini terdiri daripada 80 peratus asid urik dan selebihnya kalsium oksalat ataupun kalsium fosfat.

    Terdapat tiga faktor bagi penghasilan batu karang asid urik iaitu: Pertambahan pengeluaran asid urik, pengurangan isi padu air kencing dan urin yang lebih asidik.

    Urate nephropathi kronik pula melibatkan kerosakan buah pinggang yang melibatkan pemendapan asid urik di dalam bahagian medulari interstium buah pinggang ataupun bahagian tengah buah pinggang. Pemendapan ini mendatangkan inflamasi, fibrosis ginjal dan kerosakan kekal.

    Bagaimanapun, kerosakan buah pinggang pesakit gout turut berkaitan dengan penyakit diabetis, darah tinggi, kegemukan dan aterosklerosis. Di dalam individu-individu sedemikian kerosakan buah pinggang disebabkan oleh pelbagai faktor.

    Rawatan

    Pengurangan risiko komorbid
    Risiko komorbid bermaksud penyakit atau keadaan yang boleh memburukkan sesuatu penyakit. Bagi gout ia melibatkan penyakit darah tinggi, diabetes, kegemukan, diet, aterosklerosis dan pengambilan alkohol.

    Penambahan berat badan sebanyak 30 paun boleh meninggikan risiko gout sebanyak dua kali ganda. Indeks jisim tubuh (BMI) 25 ke atas juga berkaitan dengan perkara ini. Pengurangan berat badan mengurangkan risiko ini.

    Di dalam badan manusia purin ditukar kepada asid urik. Bahan-bahan ini ada di dalam makanan kekacang, organ-organ dalaman, daging merah dan ikan. Jika pengambilan purin dikurangkan, rembesan asid urik melalui air kencing akan dikurangkan sebanyak 200mg ke 400mg/sehari. Namun, ini akan menyebabkan makanan tersebut menjadi sukar dimakan. Oleh itu, aspek ini agak sukar dilaksanakan.

    Justeru, seseorang pesakit gout perlu mengurangkan daging merah dan ikan serta menambah bahan-bahan tenusu yang kurang lemak yang terbukti merendahkan tahap asid urik di dalam badan.

    Pengambilan alkohol juga merupakan risiko kepada gout. Meminum dua atau lebih bir akan menambahkan risiko 2.5 untuk mendapat serangan gout.

    Bagi pesakit darah tinggi, penggunaan diuretik meninggikan tahap asid urik di dalam badan. Ubat losartan pula menurunkan tahap asid urik kerana ia menambahkan rembesan asid urik di dalam air kencing.

    Namun ini tidak bermaksud ubat diuretik tidak sesuai sebagai ubat darah tinggi kerana ia murah dan terbukti baik untuk sistem kardiovaskular. Oleh itu, rawatan seseorang pesakit gout adalah berlainan daripada individu kepada individu yang lain.

    Penggunaan ubat perendah tahap asid urik

    Prinsip terapi termasuk menambahkan rembesan asid urik di dalam air kencing (agen urikosurik) dan mengurangkan pembentukan asid urik (inhibitor xanthin oksidase). Ubat-ubat ini akan mengurangkan tahap asid urik dan seterusnya mengelakkan kerosakan sendi dan tulang.

    Bagaimanapun, bukan semua orang yang mempunyai tahap asid urik tinggi perlu diubati. Indikasi-indikasinya adalah: serangan gout akut sekurang-kurangnya tiga kali setahun, pemeriksaan klinikal dan bukti sinar–x kerosakan yang disebabkan oleh gout, pemendapan tophi, kerosakan buah pinggang gout dan batu karang asid urik.

    Tahap asid urik yang dikehendaki adalah 5 hingga 6mg/dL (297 hingga 357mol/L). Ubat-ubat perendah asid urik hanya boleh dimulakan dua minggu setelah kesakitan hilang. Akan tetapi jika seseorang pesakit itu mengalami serangan semula semasa memakan ubat-ubat ini, beliau tidak sepatutnya berhenti memakan ubat.

    Ubat-ubat yang mengurangkan kekerapan serangan
    Ubat colchicine bertindak dengan mengurangkan aspek inflamasi synovium sendi. Dos permulaan biasanya dua kali sehari tetapi bagi serangan yang akut dos ini biasanya dikerapkan. Malangnya, ia boleh menimbulkan cirit-birit dan muntah-muntah.

    Jika seseorang itu tidak tahan dengan colchicine, maka ubat-ubat penahan sakit (NSAIDS) boleh digunakan. Akan tetapi, ubat-ubat ini boleh menimbulkan gastritis dan ulser serta masalah ginjal. Oleh itu, penggunaannya terhad.

    Ubat-ubatan baru
    Ubat-ubat yang baru adalah ubat yang dinamakan febuxostat dan uricase (masih dalam penyelidikan).

    Terapi pesakit buah pinggang

    Rawatan di dalam aspek ini agak sukar kerana agen urikosurik tidak berkesan dan allopurinol perlu dikurangkan dari segi dosnya. Penggunaan colchicine juga sukar kerana ia mendatangkan kesan-kesan sampingan serius.

    Peranan pembedahan
    Pembedahan bertujuan membetulkan sendi dan mengeluarkan tophi yang menyebabkan kesakitan. Namun, sebelum pembedahan boleh dijalankan, tahap asid urik mesti dikurangkan.Rawatan gout sepatutnya berpanjangan dan tidak hanya pada ketika sakit.
    « Last Edit: 05 November, 2009, 07:00:26 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #5 23 July, 2009, 02:31:43 AM
  • Publish
  • untuk sesiapa yang mengalami gout yang terasa bisa bisa di bengkak itu, saya syorkan memakai pantiliner love moon anion. telah terbukti berkesan melalui beberapa pengguna, rasanya anda boleh search di internet, anion itu negative caj, bertindakbalas dengan cecair/air lalu mengeluarkan ion beroksijan, menyahkan bisa bisa gout dari diri pesakit.

    demikian antara lain, kegunaan, pantiliner, love moon anion

    dalam ilmu perubatan oleh CHI, QIGONG, pengamal ilmu itu, mengalihkan jenis jenis penyakit dari tempat sakit ke tempat lain dalam badan, dan dapat juga membuang terus penyakit itu. Tulisan berkaitan ini telah keluar dalam The star satu masa dulu, di tulis oleh doktor melayu.

    dalam Ilmu Tauhid, Allah menciptakan segala galanya, Miracles berlaku if u believe, bagaimana pun hanya 'mekanik tauhid' dapat memulihkan sistem 'wiring' diri, satelah itu dapatlah diri melakukan 'maintenance diri' muga dapatlah 'balancing' dan eloklah perjalanan diri itu. ( Rahsia itu adalah sesuatu yang belum diri mengetahui - satelah dapat pengetahuan, rahsia tadi bertukar menjadi Ilmu pengetahuan - membawa kemudahan pada diri )

    Reply #6 01 September, 2009, 08:20:21 AM
  • Publish

  • Peringkat Gout

    Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:asimptomatik akut interkritikal kronik. Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang
    teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun.

    Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
    Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

    Cadangan untuk melegakan kesakitan.

    Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.


    Salam.....Ibu saya kene ghout sejak 6 tahun lalu....menderita beliau...kesian, tak saggup saya lihat, bermacam ubat sampingan diberi selain dari ubat doktor..kini ibu saya bertongkaat 4 kaki...

    Reply #7 01 September, 2009, 10:40:18 AM
  • Publish
  • trylah beli pantiliner love moon, kerana ia dapat bantu kurangkan dan ilangkan bisa gout, bila kita letakkan pantiliner tu di tempat gout. pantiliner tu di titikkan air utk beri tindakbalas caj sebelum di tampal ke tempat sakit, pakaikan stokin. Carilah pengedar anion love moon, sanitary napkin d tempat awak, cubalah

    pastu jika nak try perubatan alternatif, boleh datang jumpa kami, Inshallah, rawatan dari dalam diri, lebih berkesan, janji, ada yakin Allah

    jangan berputus asa dari mencuba, jika mahu boleh mencuba, peluang terbuka luas di hadapan kita

    Reply #8 01 September, 2009, 01:50:01 PM
  • Publish
  • http://www.klik4sihat.com/ubatgout/
    Ardisia menggunakan herba Ardisia Crispa (Mata Pelanduk) yang mempunyai fungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat di bahagian sendi-sendi. Apabila ini tidak diatasi, ia boleh menyebabkan berlakunya sakit pada sendi dan peradangan hingga menyebabkan bengkak. Asid urik yang berlebihan ini merupakan punca utama berlakunya penyakit gout dan Athritis. Asid urik ini akan dikeluarkan melalui pembuangan air kencing.

    Herba ini adalah bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Pengguna juga dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Selain itu, Ardisia juga dapat menurunkan panas dalam serta untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

    Komposisi (75 Kapsul per botol) :
    1. Ardisia Crispa
    2. Carica Papaya.
    3. Morinda Eliptica
    4. Micromelum Longifolia
    5. Cinamomum Iners.



    2) Malac




    Herba malac adalah herba yang bersifat diuretik iaitu herba yang memperbanyakkan air kencing yang berfungsi sebagai anti hipertensi (turunkan tekanan darah) dan anti piretik (penurunan panas) amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, penyakit epilipsi (sawan), infeksi saluran kencing, demam campak, dan penyakit gout.

    Malac menggunakan herba utama lalang yang telah terbukti amat mujarab dan dicadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut.

    Komposisi (75 Kapsul per botol) :
    1. Tetra Indica
    2. Bamboo Spp
    3. Imperata Cylindrica



    3) Teh Herba



    Teh herba menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba ini yang mempunyai ciri pahit mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik dalam merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak).

    Teh Herba selain itu mujarab untuk buasir, gout, radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mempunyai anti oksidan yang tinggi.

    -HPA-ke arah merealisasi perubatan jawi..

    Reply #9 09 September, 2009, 09:16:57 PM
  • Publish

  • Peringkat Gout

    Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:asimptomatik akut interkritikal kronik. Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang
    teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun.

    Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
    Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

    Cadangan untuk melegakan kesakitan.

    Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.


    Salam.....Ibu saya kene ghout sejak 6 tahun lalu....menderita beliau...kesian, tak saggup saya lihat, bermacam ubat sampingan diberi selain dari ubat doktor..kini ibu saya bertongkaat 4 kaki...

    salam,
    lestari, tak cuba berbekam ker?..untuk buang mendapan asid yang terkumpul pada kaki?..
    itulah aku...padamu

    Reply #10 05 November, 2009, 06:50:08 PM
  • Publish
  • Salam semua.....

    Ada lagi ahli-ahli atau saudara mara kena penyakit gout?

    Reply #11 18 April, 2010, 12:27:20 AM
  • Publish
  • salam....
    penyakit gout ni sakit keturunan sebab bapa saye,abg2 saye sumanye pernah kena gout ni...
    makan pil gout baru leh redakan kesakitan dan pulih tapi doktor nasihatkan tak boleh amalkan pil gout ni...
    makan bila sakit je.
    so, kena jaga pemakanan dengan baik.
    kesian tengok mereka bengkak kaki tak dapat berjalan
    kadang tu bila sakit sangat,sampai nangis2 dorang...:sedihnya:

    Reply #12 18 April, 2010, 12:53:01 AM
  • Publish
  • Penyakit Gout tidak diwarisi secara genetik ....

    Cuma selalunya apa yang dimakan si Ayah akan dimakan oleh si Anak ....

    Sebabtu la kalau anda ada Gout , Doktor cepat2 tanya Ayah ada gout tak ..

    I related secara "cara hidup" bukan secara genetically ....
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    Reply #13 18 April, 2010, 10:02:16 AM
  • Publish
  • Betul ke pengidap penyakit ghout banyak dari kalangan kaum lelaki?
    Knapa? Kenapa kaum wanita kurang mendapat penyakit ini?
    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    Reply #14 11 May, 2010, 04:37:03 PM
  • Publish
  • Bismillah.
    salam.

    mengikut apa yg ana belajar,
    Gout ni satu penyakit yg disebabkan oleh Metabolisma 'PURINE" iaitu sejenis amino asid(building block for protein).
    masalah pada metabolisma purine ini menyebabkan pengumpulan Asid Urik yg kemudianya akan mengumpulkan seakan2 kristal dalam badan yg biasanya terbentuk pada sendi2.

    biasanya terdapat dua jenis terapi untuk penyakit ini,iaitu terapi medikal (ubat) dan terapi makanan.

    untuk terapi makanan,antaranya ialah;

    -minum air dgn banyak (> 8 gelas sehari) kerana ia akan membantu penyingkiran kristal ini melalui air kencing
    -elakkan dari makanan yg tinggi kandungan Purine contohnya organ dalaman binatang(jantung,ginjal,otak,hati),makanan2 laut contohnya udang,ikan bilis,ikan parang.ulaman seperti petai,jering dan rebung.
    -elakkan makanan yg berlemak dan lemak kerana obesiti merupakan salah satu faktor risiko untuk penyakit Gout.(berlebihan berat badan akan menyebabkan menghasilan Asid Urik yg berlebihan dalam badan)
    -Amalkan diet yg seimbang mengikut piramid makanan.InsyaAllah.

    Firman Allah(yg bermaksud);
    “Makan dan minumlah, tapi jangan berlebihan; Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” (Qs al-A’raf, 7 : 31).

    sunnatullah dan stari'atullah,kedua2 perlu hadir.


    sedikit perkongsian,
    Muslim Dietitian wanna be..

    dan Allah Yang Maha Mengetahui.
    kerana Dia..

    Reply #15 11 May, 2010, 04:48:36 PM
  • Publish
  • Betul ke pengidap penyakit ghout banyak dari kalangan kaum lelaki?
    Knapa? Kenapa kaum wanita kurang mendapat penyakit ini?


    salam,

    according to Mayo Clinic(satu 'badan' untuk kajian saintifik) ,lelaki secara genetiknya mempunyai kandungan Asid Urik yg lebih banyak dalam badan berbanding wanita.jadi asid Urik yg berlebihan berkumpul dalam badan inilah akan menyebabkan berlakunya Gout(biiznillah).bagaimanapun,selepas Menoupus,wanita mempuyai faktor risiko yg sama dengan lelaki untuk mendapat Gout,kerana dikatakan selepas menoupus(putus haid) ,penghasilan Asid Urik bertambah dalam badan wanita.Ini adalah fakta sebab musabab.yang pasti semua berlaku dengan izin dari Allah.


    sedikit perkongsian,
    Muslim Dietitian wanna be..

    dan Allah Yang Maha Mengetahui.

     

    Reply #16 24 October, 2010, 08:40:28 AM
  • Publish
  • Kepada semua saudara mara rakan-rakan sekalian yang kena gout, saya ada beberapa perkara yang saya ingin kongsi dan ingatkan.

    1. Memang diakui penyakit gout ini disebabkan hereditary factor (keturunan) sebab ianya disebabkan oleh darah. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes mcm saya, cuma saya ajer yang kena gout. Adik beradik saya semuanya kena. Cuma belum pasti in the future diaorg akan kena atau tidak. Nau'zubillah.

    2. Diakui juga gout juga disebabkan oleh pemakanan kita seharian. That's why biasanya org akan berkata gout ini kena masa umur 40 thn ke atas. Walau bagaimanapun kalau kita mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti selalu bersenam dan sebagainya, dgn izin Allah,  :ins: penyakit ni takkan kena pada kita.

    3. Sebagai seorang pesakit gout tegar (kena gout sejak umur 14 tahun lagi), saya, ingin menasihatkan mereka yang kena gout begini :

       a) Kita mesti terima hakikat betul2, redha, bahawa kita ni adalah pesakit gout. Maka dengan sebab itu, Allah telah menarik nikmat makan daripada kita. Kalau sebelum ini kita BEBAS makan apa saja, maka skrg ni, 60 jenis makanan kita tak leh nak makan.

       b) Bila dah redha, maka kita kena jaga diri kita, tubuh badan kita yang dianugerahkan Allah. Jaga mcm mana? Yang PERTAMA : PANTANG... pantang sepantangnya makanan2 atau minuman2 yang terlarang utk pesakit gout. Untuk lebih lanjut tengoklah website2 perubatan. Tolonglah sesangat. PANTANG... kita kena redha...

       c) Amalkan minum air masak / air mineral / air tapis dan seumpamanya sebanyak dua botol 1.5 liter tu tanpa gagal Sebalah pagi bila pergi kerja, jadikan amalan, mesti habiskan sebotol.  sebelah petang, sebotol lagi.. jgn minum banyak sgt masa malam... karang asyik nak pergi buang air ajer masa tengah sedap tido. So 3/4 air dah minum sebelah siang.

       d) Amalkan pemakanan kesihatan (contohnya habbatus sawda' asli tanpa campur apa2 dan madu asli tanpa campur apa2) selalu tanpa gagal.

       e) Istiqamah selama 6 bulan, then, try, dengan amalan2 tu tadi, try sikit benda yang pantang tu... tengok ada effect ke tak pada diri kita.

       f) Perihal ubat hospital / klinik. Elakkan kalau boleh pil tahan sakit. Kalau sakit sikit2 takyah lah makan. Takut kena sakit buah pinggang pulak. Allupurinol untuk mengurangkan asid urik tu takpe... tapi tgk lah betul2 dosage nya...

    Sekadar itu perkongsian saya pasal penyakit gout...

    p/s - DEHYDRATION IS THE WORSE ENEMY FOR GOUT PATIENTS!!! SERIOUS!!!

    Reply #17 16 February, 2011, 01:55:32 AM
  • Publish
  • Saya juga salah seorg pesakit gout,jika sesiapa yg terkena penyakit ini
    call la saya insyaallah boleh bantu,sebelum itu,
    cuma sediakan 5 biji buah nanas dan 2 botol air masak
    (019-3090904)


    http://www.rawatankampung.blogspot.com

    Reply #18 02 April, 2011, 10:59:50 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum w.b.t

    Cubalah memakan biji aprikot yang pahit yakni diyakini dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.Biji aprikot kaya dengan vit B17 yang dapat menyingkirkan pelbagai sel asing didalam tubih badan kita.Harga sekilo hanya RM80 sahaja.Sangat baik untuk pesakit kanser juga.Boleh juga hubungi saya di email markay84@yahoo.com .InsyaAllah dapat membantu..

    Reply #19 02 November, 2013, 09:23:50 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum. Untuk penyakit seperti Ghout...boleh juga ikhtiar dengan formulasi pemakanan sunnah yg kesemuanya hasil ciptaan ALLAH swt. Terbukti berkesan dengan Jus Kurma Qaseh Gold.  :syukur: Ramuan yg hebat dari DIA. Kurma, Madu, Buah Tiin, Minyak Zaitun, Delima, Gam Arab, Zafaran, Sireh, Habbatus Sauda, Air ZamZam. Jus Kurma Qaseh Gold Adinda untuk Wanita, Qaseh Gold Kekanda utk Lelaki atau para Suami. Hubungi 012-2979285 jika ingin berikhtiar dengan Qaseh Gold.
    Memartabatkan Pemakanan Sunnah :)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    33 Replies
    15337 Views
    Last post 21 November, 2011, 06:47:40 PM
    by aini zinnirah
    2 Replies
    1032 Views
    Last post 07 December, 2011, 10:43:04 PM
    by elsanxs
    6 Replies
    2122 Views
    Last post 13 August, 2012, 07:56:26 AM
    by Sejadah_Usang