Hukum Meraikan Perayaan Kaum Bukan Islam

*

Author Topic: Hukum Meraikan Perayaan Kaum Bukan Islam  (Read 19191 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #40 31 December, 2010, 02:11:43 PM
  • Publish
  • # Majlis itu tidak disertakan upacara bertentangan akidah Islam contohnya menyertakan simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin dan pokok Krismas.

    Macam mana pula dengan hiasan pokok krismas di pusat-pusat beli belah?
    Saya tengok ramai orang Islam yang ambil gambar bersama pokok krismas tu,
    siap ajak anak-anak lagi bergambar.
    Begitu juga ketika deepavali. Ada pusat beli-belah yang buat hiasan di lantai pusat beli belah.
    Dan kebanyakan orang juga ambil gamabr bersama hiasan itu.
    Adakah mereka umpama merayakan perayaan itu?

    Reply #41 31 December, 2010, 02:16:56 PM
  • Publish
  • emm...
    tiba2 terfikir bila amyunus tanya....
    bagaimana pula dengan pengurus2 pusat membeli belah yang muslim.....?
    mereka yang memutuskan rekabentuk dan hiasan didalam pusat membeli belah....
    adakah decision mereka untuk menghiaskan pusat membeli belah mengikut musim perayaan sama seperti mereka meraikan juga perayaan itu...?

    dan bagaimana pula bagi sesetengah pakar dekorasi muslim yang terlibat dalam mendecorate hiasan dalaman untuk pusat membeli belah itu....?

    Reply #42 31 January, 2011, 03:53:25 PM
  • Publish
  • Perayaan Krismas yang disambut golongan Kristian dan turut dimeriahkan oleh umat Islam masih sahaja boleh dilihat di mana-mana tempat di Malaysia. Kemalasan dan kejahilan umat Islam di dalam memahami hukum syarak telah menyaksikan saban tahun Krismas disambut mereka bersama golongan kuffar Kristian ini. Bahkan, hampir tidak ada perayaan Krismas yang dianjur besar-besaran yang tidak dihadiri oleh pemimpin Negara mahupun tokoh politik lainnya. Toleransi dan persatuan kerapkali dijadikan sebagai dalih oleh golongan ini bagi menyambut perayaan kaum kuffar ini. Keadaan semakin parah dan semakin celaru apabila ada sejumlah ’ulama’ atau ’tokoh Islam’ yang turut terlibat di dalamnya, malah mereka ‘mensahkan’ sikap tersebut dengan pelbagai dalil dan dalih yang telah disimpang-siurkan sedemikian rupa.

    Bagaimana sesunguhnya pandangan Islam tentang hukum melibatkan diri dalam perayaan Krismas dan hari raya agama-agama lainnya?

    Haram Hadir dalam Perayaan Kufur

    Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri di dalam perayaan hari raya orang-orang kafir, apapun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Sedangkan perayaan hari raya orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik musyrik mahupun ahlul kitab.

    Ketentuan ini didasarkan pada firman Allah swt;
     
    وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا (الفرقان 72

    Menurut sebagian besar Mufassirin, makna kata al-zur (kepalsuan) di sini adalah syirik (Imam al-Syaukani, Fath al-Qadîr, juz 4, hal. 89). Beberapa Mufassirin seperti Abu ‘Aliyah, Thawus, Muhammad bin Sirrin, al-Dhahhak, al-Rabi’ bin Anas, dan lainnya, memaknai al-zur di sini adalah hari raya kaum Musyrikin. Lebih luas, Amru bin Qays menafsirkannya sebagai majlis-majlis yang buruk dan kotor (Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346).

    Sedangkan kata la yasyhaduna, menurut jumhur ulama’ bermakna la yahdhuruna al-zur, tidak menghadirinya (Imam al-Syaukani, Fath al-Qadîr, juz 4, hal. 89). Memang ada yang memahami ayat ini berkenaan dengan pemberian kesaksian palsu (syahadah al-zur) yang di dalam Hadis Shahih dikatagorikan sebagai dosa besar. Akan tetapi, dari konteks kalimatnya, makna yang lebih tepat adalah la yahdhurunahu, tidak menghadirinya. Ini kerana, dalam ayat berikutnya disebutkan,
     
    وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

    “...dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya” [TMQ al-Furqan (25):72].

    Dengan demikian, keseluruhan ayat ini memberikan pengertian bahwa ‘mereka tidak menghadiri al-zur.’ Dan jika mereka melewatinya, maka mereka segera melaluinya, dan tidak mahu terpalit kekotorannya sedikit pun (lihat Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346).

    Berdasarkan ayat ini pula, banyak fuqaha’ yang menyatakan haramnya menghadiri perayaan/hari raya kaum kafir. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kaum Muslimin telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani. “ (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Shirath al-Mustaqim, hal.201).

    Imam al-Amidi dan Qadhi Abu Bakar al-Khalal menyatakan,

    ”Kaum Muslimin dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya orang-orang kafir dan musyrik.” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Shirath al-Mustaqim, hal.201).

    Al-Qadhi Abu Ya’la al-Fara’ berkata,

    “Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang kafir atau musyrik”. (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Shirath al-Mustaqim, hal. 201)

    Imam Malik menyatakan,

    “Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang musyrik atau kafir, atau memberikan sesuatu (hadiah), atau menjual sesuatu kepada mereka, atau naik kendaraan yang digunakan mereka untuk merayakan hari rayanya. Sedangkan memakan makanan yang disajikan kepada kita hukumnya makruh, baik yang  dihantar oleh mereka  atau mereka mengundang kita (kepadanya).” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Shirath al-Mustaqim, hal. 201).

    Ibnu Qayyim al-Jauziyyah mengatakan,

    “Sebagaimana mereka (kaum Musyrikin) tidak diperbolehkan menampakkan syiar-syiar mereka, maka tidak diperbolehkan pula bagi kaum Muslimin menyetujui dan membantu mereka melakukan syiar itu serta hadir bersama mereka. Demikian menurut kesepakatan ahli ilmu.” (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235).

    Abu al-Qasim al-Thabari mengatakan,

    “Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mereka karena mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli mungkar, tanpa mengengkari mereka, maka ahli ma’ruf itu aadalah sebagaimana halnya orang yang meredhai dan terpengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jama’ah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murka-Nya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235).

    Abdul Malik bin Habib, salah seorang ulama Malikiyyah menyatakan,

    “Mereka tidak (boleh) dibantu sedikit pun pada perayaan hari mereka. Sebab, tindakan (tersebut) merupakan penghormatan terhadap kemusyrikan mreka dan membantu kekufuran mereka. Dan seharusnya para penguasa melarang kaum Muslimin melakukan perbuatan tersebut. Ini adalah pendapat Imam Malik dan lainnya. Dan aku tidak mengetahui perselisihan tentang hal itu” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, juz 6 hal 110).

    Pada masa-masa kejayaan Islam, pemerintahan Islam saat itu –sejak masa Rasulullah saw–, kaum Muslimin tidak diperbolehkan merayakan hari raya Ahlul Kitab dan kaum musyrik. Dari Anas ra bahawa ketika Rasulullah saw datang ke Madinah, mereka (kuffar) memiliki dua hari raya yang mereka rayakan, beliau pun bersabda:
     
    قَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا : يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

    “Sungguh Allah swt telah mengganti dua hari itu dengan dua hari yang lebih baik daripada keduanya, yaitu Idul Adha dan Idul Fitri.” (HR. Abu Dawud dan al-Nasa’i dengan sanad yang shahih).

    Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khaththab, beliau juga telah melarang kaum Muslimin merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqi telah menuturkan sebuah riwayat dengan sanad shahih dari ‘Atha’ bin Dinar, bahawa Umar ra pernah berkata,
     
    لَا تَعَلَّمُوا رَطَانَةَ الْأَعَاجِمِ وَلَا تَدْخُلُوا عَلَى الْمُشْرِكِينَ فِي كَنَائِسِهِمْ يَوْمَ عِيدِهِمْ فَإِنَّ السُّخْطَ يَنْزِلُ

    عَلَيْهِمْ

    “Janganlah kalian memempelajari bahasa-bahasa orang-orang Ajam. Janganlah kalian memasuki kaum Musyrik di gereja-gereja pada hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah swt akan turun kepada mereka pada hari itu.”

    Umar bin al-Khaththtab ra juga mengatakan,
     
    اجْتَنِبُوا أَعْدَاءَ اللَّهِ فِي عِيدِهِمْ

    “Jauhilah musuh-musuh Allah pada di hari raya mereka.”

    Demikianlah, Islam telah melarang umatnya melibatkan diri di dalam perayaan hari raya orang-orang kafir, apapun bentuknya. Ditegaskan sekali lagi di sini bahawa melibatkan diri bermaksud apa jua aktiviti seperti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Dan adapun perayaan hari raya orang kafir di sini bermaksud seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik musyrik mahupun ahlul kitab.

    Melenyapkan Syubhat

    Di antara kaum Msulimin, ada golongan yang membolehkan mengucapkan Selamat Hari Krismas kerana beristidlal dengan firman Allah SWT:
     
    وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا

    “Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali” [TMQ Maryam (19):33].

    Memanglah di dalam ayat ini disebutkan tentang keselamatan pada hari kelahiran Isa. Akan tetapi, kita mesti ingat bahawa hal ini tidak ada kaitannya langsung dengan ucapan Selamat Hari Krismas. Ia adalah dua hal yang berbeza. Ini kerana, Krismas atau Natal adalah perayaan golongan kuffar Kristian dalam rangka mereka memperingati kelahiran Yesus di Bethlehem sebagai Tuhan. Tetapi semenjak abad keempat Masehi, pesta atau perayaan natal telah ditetapkan pada tanggal 25 Disember, menggantikan perayaan Natalis Solis Invioti (kelahiran matahari yang tak terkalahkan).

    Semua kaum Muslimin maklum bahawa keyakinan orang-orang kafir Kristian terhadap Isa as –yang mereka sebut sebagai Yesus– adalah sebagai Tuhan. Dan keyakinan ini menjadi salah satu penyebab kekufuran mereka. Banyak sekali ayat menegaskan hal ini, seperti firman Allah SWT,
     
    لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي

    وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

    “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah adalah Al Maseh putra Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Wahai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.” [TMQ al-Maidah (5):72].
     
    لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ وَاحِدٌ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ

    الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

    “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih. Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ al-Maidah (5):73-74].

    Berdasarkan fakta ini, perayaan Krismas yang merupakan perayaan menyambut ‘kelahiran Tuhan’ merupakan sebuah kemungkaran besar. Sikap yang sewajibnya dilakukan oleh kaum Muslimin terhadap pelakunya adalah menjelaskan kesesatan mereka dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar (yakni) Islam. Bukannya malah mengucapkan selamat terhadap mereka. Tindakan mengucap selamat atau terlibat di dalam memeriahkan perayaan kuffar ini bermaksud sikap redha dan cenderung terhadap kemungkaran besar yang mereka lakukan. Padahal Allah SWT mengingatkan kita dengan nerakaNya,
     
    وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

    “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.”  [TMQ Hud (11):113].

    Menurut Abu al-Aliyah, makna kata al-rukun dalam ayat ini adalah ‘redha’. Ertinya redha terhadap perbuatan orang-orang zhalim. Ibnu Abbas memaknainya sebagai al-mayl (cenderung). Sedangkan menurut al-Zamakhsyari, al-rukun tidak sekadar al-mayl, bahkan al-mayl al-yasir (kecenderungan ringan). Ini berarti, setiap Muslim wajib membebaskan dirinya dari kezaliman. Bukan menyertai kezaliman secara praktik, bahkan sekadar kecenderungan sedikit sahaja sudah tidak diperbolehkan.

    Dengan ini, jelaslah bahawa haram hukumnya bagi kaum Muslimin terlibat dalam perayaan hari raya kaum kuffar, baik Musyrik maupun Ahli Kitab, baik Krismas atau Deepavali dan sebagainya. Wallahu a’lam bi al-sawab. (Di sunting dari HTI Press - Syamsuddin Ramadhan & Rokmat S. Labib –Lajnah Tsqafiyyah -no comment- Indonesia).

    http://www.-no comment-.com[HHHIIIZZZBBBUUUTTT TTTAAAHHHRRRIIIRRR MALAYSIA]

    Reply #43 24 December, 2011, 07:16:34 PM
  • Publish
  • assalammualaikum halaqian sekalian...

    Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

    Pertanyaan:

    Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya:

    Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) kepada orang-orang Kafir? Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita? Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?

    Jawapan:

    Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).

    Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata, Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap Hari-Hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.


    Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.

    Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang Kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meridhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena Allah Taala tidak meridhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

    Ertinya: “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.:” [Az-Zumar:7]

    Ertinya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu.” [Al-Ma`idah :3]

    Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.

    Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga keranana ia adalah hari besar yang tidak diridhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.

    Artinya : “Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi”. [Ali Imran:85]

    Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ‘ikut serta’ bersama mereka di dalamnya.

    Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam,

    Ertinya : “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka”. [Hadits Riwayat Abu Daud]

    Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

    Menyerupai mereka di dalam sebagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.

    Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

    [Disalin dari Majmu Fatwa Fadllah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Jilid.III, h.44-46, No.403]

    artikel ini saya copy dari http://malay.bismikaallahuma.org/hukum-ucapan-merry-christmas-selamat-hari-natal/

    mohon rakan2 sekalian dapat menjelaskan dengan lebih lanjut.benarkah semua ini??ade yang mengatakan tak salah kerana kita ingin menghormati mereka.. jadi  yang mana satu ni? boleh atau tidak...


    Reply #44 25 December, 2011, 02:18:40 AM
  • Publish
  • Salam,gereja pon tak boleh bagi runtuh,agama dia orang dengan untuk dia orangla,kalau jiran atau orang agama lain ucap selamat dekat kita macam mana pulak.jangang percaya apa yang mereka ikut dan jangan lah sombong,Allah tahu.

    Reply #45 25 December, 2011, 04:56:08 PM
  • Publish
  • kalau ucap selamat natal... haram hukumnya...
    boleh tahu apa hukumnya pula kalau ucap selamat menyambut hari natal/krismas?
    adakah tetap sama hukumnya haram?
    dan bagaimana pula hukum mengunjungi rumah terbuka sempena perayaan krismas?
    Adakah hukumnya haram walaupun makanan yang disediakan oleh orang islam?
    « Last Edit: 25 December, 2011, 04:58:32 PM by Ixora_skru »
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Reply #46 25 December, 2011, 05:58:02 PM
  • Publish
  • ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    Reply #47 25 December, 2011, 06:10:48 PM
  • Publish
  • Assalammualaikum...kat sini ada soal jawab pasal isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada non muslim yg telah dijawab oleh Ustaz Azhar. Yang ni jawapan2 yang telah dikumpulkan untuk dibuat satu status lengkap supaya semua dapat baca terus...semoga bermanfaat.

    Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak

    Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..

    Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..

    Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tapi jenis melayu ni degil..

    Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?

    Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jangan buat amalan2 berkait agama mereka..

    Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dalam jamuan tersebut?

    Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jangan ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dengan agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...

    Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun tak ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..

    Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dengan ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..

    Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....Setakat mana umat Islam dapat merayakannya?

    Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pada hari2 raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...

    Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?

    Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yang bolih ialah ziarah rumah jiran yang kafir pada hari raya mereka sahaja..

    Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..

    Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pada hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab

    Bahrulmmazi. ~ BOLEH SHARE ATAU COPY UNTUK MANFAAT BERSAMA ~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    36 Replies
    15917 Views
    Last post 28 October, 2009, 12:05:19 AM
    by Ummi Munaliza
    5 Replies
    2162 Views
    Last post 20 April, 2012, 08:17:08 PM
    by Meoranizam
    3 Replies
    3492 Views
    Last post 23 November, 2012, 06:17:51 PM
    by Iffah Rezali