Bagaimana Cara Ingin Bertaubat?

Author Topic: Bagaimana Cara Ingin Bertaubat?  (Read 12871 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

acit

  • *
  • Posts: 705
  • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
    • View Profile
Jawab #20 18 May, 2009, 04:55:52 PM
  • Publish Di FB
  • Mandi dengan qasad niat taubat bersungguh-sungguh dengan kombinasi zikr sirr (darajat) akan memberi kesan berbeza pada kebersihan dosa batin.Begitu juga ada perbezaan antara makan begitu saja dengan makan dengan menyebut Bismillah.Begitu juga ada perbezaan antara Burong Tiong atau Ng Kor Ming yang menyebut Bismillah dengan kita yang Muslim.
    Taubat begitu juga,ia tidak terzahir terus melalui perbuatan jikalau tidak bermula dengan niat ,qasad dan istiqfar yang bersungguh-sungguh; kalau kita tak makan,bagaimana kita mahu merasai nikmat kekenyangan.Kalau taubat kita tidak dapat membersihkan hati,tentu masih ada kekurangan dalam ikhtiar taubat kita itu; bila hati tidak bersih,amatlahlah mustahil untuk mendapat zuk. 
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #21 18 May, 2009, 04:57:08 PM
  • Publish Di FB



  • atau dibezakan dengan niat? niat tanpa penghayatan pula bagaimana? sekadar lafaz taubat dengan mulut, tetapi tidak dengan perbuatan adalah kebohongan yang nyata.
    Semua perkara niat kerana ALLAH mmg benda baik~
    Yang ini pula di katakan yang "khusus pada ahlinya.."
    Apa awk cakap ni macam istigfar tanpa hadir dalam hati penyesalan.
    Tu masalah orang itu sendiri..
    Sebelum menerimanya haruslah akidah itu ada..
    Atau belajar betul2 dan faham betul2 akidah sebelum amal suatu amalan..
    Kerana amalan itu sebenarnya peringkat yang dah tinggi..
    Jaga tapak(asas) dulu baru insyaALLAH yang lain akan baik~
    Akidah oh akidah..
    Ya ALLAH..peliharakanlah tauhid kami..~
    Zasss..~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #22 18 May, 2009, 06:25:00 PM
  • Publish Di FB
  • Mandi dengan qasad niat taubat bersungguh-sungguh dengan kombinasi zikr sirr (darajat) akan memberi kesan berbeza pada kebersihan dosa batin.Begitu juga ada perbezaan antara makan begitu saja dengan makan dengan menyebut Bismillah.Begitu juga ada perbezaan antara Burong Tiong atau Ng Kor Ming yang menyebut Bismillah dengan kita yang Muslim.
    Taubat begitu juga,ia tidak terzahir terus melalui perbuatan jikalau tidak bermula dengan niat ,qasad dan istiqfar yang bersungguh-sungguh; kalau kita tak makan,bagaimana kita mahu merasai nikmat kekenyangan.Kalau taubat kita tidak dapat membersihkan hati,tentu masih ada kekurangan dalam ikhtiar taubat kita itu; bila hati tidak bersih,amatlahlah mustahil untuk mendapat zuk. 

    kadang2 ALLAH mahu menguji kita untuk terus berusha..
    berusha dan berusha untuk mencapainya..
    insyaALLAH..kan acit?
    apa acit cakap ari tu ek yang 10 hari tu..?

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #23 18 May, 2009, 06:27:55 PM
  • Publish Di FB
  • Dari Qais bin Ashim ,ketika dia masuk Islam ;Rasulullah S.A.W menyurohnya mandi -salafytobat.wordspress.
    Kenapa Rasulullah menyuruh beliau mandi ? Adakah beliau belum mandi lagi ?
    Penyucian dosa itu ada dua bahagian ; dosa yang zahir dan yang batin.

    Begitu juga apabila Saidina Ali memohon pada Rasulullah supaya diajar zikir yang khusus lalu Baginda menjawab ,
    Lailahaillallah.Saidina Ali berkata,semua orang sudah berzikir Ya Rasulullah ! (zikir tersebut)
    Lalu Baginda mengajar kaedah zikr tersebut secara khusus kepada Saidina Ali.
    Di sini ada perbezaan antara umat Islam pada masa itu yang berzikir Lailahaillallah dengan kaedah zikir Lailahaillallah
    secara khusus yang diajar oleh Rasulullah kepada Saidina Ali.Begitu juga dengan bab-bab lain seperti mandi misalnya.

    Dalam erti kata lain yang mudah , tidak semua ilmu itu boleh dipelajari dari Ustaz-ustaz,guru-guru,kiyai-kiyai,professor
    dan kitab-kitab selain dari belajar dan menjadi murid kepada Guru yang mursyid.

    nur_inlife

    • *
    • Posts: 92
    • salam ukhwahfillah untuk semua...
      • View Profile
    Jawab #24 13 September, 2009, 11:11:54 AM
  • Publish Di FB
  • Salam ukhwah..
    Islam itu indah..lagi indah kalau kita hayati setiap maksudnye..
    disini kita akan lihat LIMA SYARAT KE TAUBAT NASUHA..

    Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

    SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
    Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

    SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
    Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

    SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
    Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

    SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

    SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
    Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.

    semoga diri kita diterima taubatnya..insyaAllah...
     
    Allah aku rindu Kamu....

    zikri

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Jawab #25 13 September, 2009, 11:48:54 AM
  • Publish Di FB
  • salah satu cara bertaubat adalah berzikir...lailahaila anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin

    miftahulQalb

    • *
    • Posts: 160
      • View Profile
    Jawab #26 02 November, 2009, 12:28:02 PM
  • Publish Di FB
  • Salam..baru-baru ini ana terdengar ada sahabat bertanya tentang mandi taubat..ana ingin bertanya pada yang pakar tentang isu ini dlm halaqah ini..setahu ana tidak terdapat dlm sunnah nabi tentang mandi taubat..cuma mgkn ini satu amalan dr tarekat atau sebagainya..jadi minta nasihat dan pandangan Halaqian semua..Terima kasih

    aman_arab

    • *
    • Posts: 221
    • Don't just be all talk, do what you want to do!
      • View Profile
    Jawab #27 02 November, 2009, 12:43:34 PM
  • Publish Di FB
  • Salam..baru-baru ini ana terdengar ada sahabat bertanya tentang mandi taubat..ana ingin bertanya pada yang pakar tentang isu ini dlm halaqah ini..setahu ana tidak terdapat dlm sunnah nabi tentang mandi taubat..cuma mgkn ini satu amalan dr tarekat atau sebagainya..jadi minta nasihat dan pandangan Halaqian semua..Terima kasih

    Rasanya ahli halaqah ada penah bincang pasal mandi taubat ni..cuba rujuk sini
    Bagaimana Cara Ingin Bertaubat?
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    miftahulQalb

    • *
    • Posts: 160
      • View Profile
    Jawab #28 02 November, 2009, 01:06:55 PM
  • Publish Di FB
  • oh..terima kasih bnyk2..Alhmdulillah..

    aku kecil

    • *
    • Posts: 129
    • islam itu indah.
      • View Profile
    Jawab #29 02 November, 2009, 05:29:25 PM
  • Publish Di FB
  • salam..tp,yg penting,klu kte nk bertaubat,kne hati yg ikhlas..n amik mase gak kn??
    dan jangan pedulikan pe orang sekeliling nk ckp psl kte..
    kte brubah niat krn ALLAH..klu x,sparuh jalan jelah nmpknye..cm ana gak..

    akyanaza

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #30 02 November, 2009, 06:15:25 PM
  • Publish Di FB
  • kalo bertaubat then buat lagi ...camne ek ....tak ke namanye cam mempersendakan Allah je

    zuljihad

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #31 02 November, 2009, 07:15:20 PM
  • Publish Di FB
  • betul la 2... kita perlu bertaubat dengan sebenar-benar taubat/Taubat Nasuha... kita perlu meninggalkan segala larangan Allah S.A.W....amar makruf nahi mungkar........

    farahin

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #32 02 November, 2009, 09:55:38 PM
  • Publish Di FB
  • Seangkuh & sehebat mana pun kamu, namun ke sejadah jua dahimu sujud..
    Seindah & semahal mana pakaianmu,secarik kain & secebis kapas jua membalutimu..
    Sebesar & seindah mana rumahmu,sekujur badan yg dlm gelita jua tempat tinggalmu..
    Seramai mana kwnmu & sebanyak mana duitmu,tetapi kamu keseorangan!
    Di sana amal ibadat jd temanmu..
    Secantik mana rupamu,tulang putihmu jua yg akn tinggal..
    Fikirkanlah,hidup cuma seketika,
    di sana kekal abadi,
    dunia hanya persinggahan sementara..
    Let us unite n strive for the best in education to make Muslim today stronger n blessed by ALLAH THE ALMIGHTY~~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #33 09 November, 2009, 05:57:03 AM
  • Publish Di FB
  • kalo bertaubat then buat lagi ...camne ek ....tak ke namanye cam mempersendakan Allah je

    Apabila kita telah bertaubat, kita perlu istiqomah. Jangan diulangi, kerana jika diulangi seseolah kita mempersendakan Allah pula. Janga sesekali rasa jemu atau jangan pernah putus asa memohon ampun dari Allah kerana Allah tidak pernah menutup keampunanNya kepada sesiapa pun dari hambaNya. Di dalam hadis, Nabi s.a.w. ada bersabda; "Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya di waktu malam untuk hambanya yang melakukan dosa di siang hari agar ia bertaubat dan Dia membentangkan tangannya di siang hari untuk hambanya yang melakukan dosa di malam hari agar ia bertaubat" (HR Imam Muslim dari Abu Musa r.a..).

    Sememangnya memulakan taubat lebih mudah dari untuk istiqamah selepas taubat. Kerana itu, untuk memastikan kita tidak kembali semula kepada cara hidup lama kita, kita perlu mengubah gaya hidup kita termasuk suasana dan rakan-rakan sekeliling kita. Untuk itu, para ulamak menasihatkan orang yang bertaubat untuk melakukan amalan-amalan berikut;

    1. Melazimi majlis ilmu secara istiqamah; iaitu sentiasa mendengar kupasan-kupasan tentang ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kerana ia akan memberi motivasi kepada diri untuk terus istiqamah di atas jalan yang diredhai Allah.
    2. Banyak membaca buku-buku tentang Allah; iaitu yang mengupas kebesaran Allah dan rahmat serta kasih-sayangnya kepada hamba-hambaNya. Antara buku yang amat baik dibaca ialah yang mengupas tentang Asma-Allah (nama-nama Allah). Lagi banyak ilmu yang kita ketahui tentang Allah, akan semakin cinta kita kepadaNya dan apabila kecintaan kepada Allah telah mensebati dengan hati/jiwa, senanglah untuk kita taat kepadaNya.
    3. Sentiasalah menjaga solat berjamaah terutama di masjid. Sabda Nabi s.a.w.; "Apabila kamu lihat seorang itu sentiasa berulang-alik ke masjid, bersaksilah bahawa ia sememangnya benar-benar beriman" (HR Imam Ahmad dan at-Tirmizi dari Abi Sa'id r.a.).
    4. Berkawan dengan orang-orang soleh. Sabda Nabi s.a.w.; "Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan" (HR Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.).
    Akhirnya, banyaklah berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan mental dan spiritual untuk istiqamah. Manfaatkanlah saat-saat yang mustajab doa antaranya di dalam solat khususnya ketika sujud dan sebelum memberi salam. Sabda Nabi s.a.w.; "Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika ia sedang sujud. Maka banyakkanlah berdoa pada ketika tersebut".

    Wallahu a'lam.

    Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 12:54 PM
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Jawab #34 09 November, 2009, 05:34:45 PM
  • Publish Di FB
  • (Senyum)

    WAJIB  bagi seseorang hamba segera bertaubat dan berusaha mencapai makna taubat yang sebenar supaya  hamba itu dapat membersihkan diri dari kemurkaan Allah dan Kebencian Allah.  Surah An Nur Ayat 31 “ dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang2 yang beriman  agar kamu beroleh kemenangan “.

    Menurut  as-Syeikh Abu Talib Makki 
    Taubat Nasuha ada  terkandung 10 syarat di dalamnya :- 
    1.   Orang yang bertaubat itu tidak melakukan maksiat lagi .
    2.   Sekiranya dia melakukan maksiat juga maka dia tidak berlarutan di dalam maksiat itu tetapi ia bersegera taubat .
    3.   Dia mesti merasa kembali kepada jalan Allah dan keredhoanNya
    4.   Dia mestilah ada rasa kesal terhadap perbuatan maksiat yang telah dilakukan olehnya.
    5.   Dia bersungguh2 mahu istiqamah di dalam ketaatan kepada Allah sehingga MATI.
    6.   Dia mestilah ada rasa takut yang sebenar2nya  terhadap azab Allah.
    7.   Dia mestilah ada keyakinan bahawa Allah sentiasa bersedia memberikan Rahmat dan menerima Keampunan. Keyakinan tersebut dikenali juga sebagai sifat raja’ atau mengharap Rahmat Allah.
    8.   Dia mestilah mengakui bahawa dirinya itu adalah orang yang benar2 berdosa
    9.   Dia mestilah mengiktiqadkan bahawa Allah telah mengtakdirkan dirinya itu menjadi orang yang melakukan maksiat dan Allah juga yang menentukan dan yang mengkehendaki ianya menjadi orang yang taatkan Allah.
    10.   Dia mestilah melakukan amal2 yang soleh setelah bertaubat supaya ia dapat menyempurnakan apa juga kekurangan yang telah berlaku.

    w.a.b.s

    ( Catatan Muridin )
    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    sansetsu

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #35 18 September, 2011, 04:54:08 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,
    saye ade banyak persoalan mengenai Taubat.
    kepada sesiapa yang arif tentang soal ini, mohon jawapan.

    1. saye pernah dengar mengenai Hadis yang mengatakan Syirik tidak akan diampunkan Allah, dan perkara ini turut dinyatakan dalam Al-Quran. tapi saye tertanya-tanya adakah orang yang melakukan Syirik masih boleh bertaubat setelah menyedari kesalahannya?

    2. kita sedia maklum mengenai kisah seorang pelacur perempuan yang memberi minum seekor anjing dan dia telah mendapat ganjaran syurga walaupun banyak melakukan maksiat di dunia. adakah Allah memilih hamba-Nya yang layak ke syurga berdasarkan pahala & dosa sahaja?

    3. bagaimanakah orang yang tidak pernah mandi wajib ingin bertaubat? bagaimana pula dengan ibadah-ibadah wajibnya yang tidak sah?

    saye rasa itu sahaja untuk kali ini,
    terima kasih kepada yang sudi memberikan jawapan.

    Assalamualaikum...

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #36 18 September, 2011, 07:58:58 PM
  • Publish Di FB
  • jawab:
    1. selagi nyawa di kandung badan, Allah masih menerima taubat. termasuklah dosa syirik. itu sebab, sesiapa yang MURTAD. di beri masa 3 hari, untuk bertaubat, sebelum di jatuhkan hukuman, HUDUD,
    walaupun SYIRIK itu dosa besar, selalu sahaja kita syirik khafi, tak sedar, terikut ikut Nafsu, melebihi, tak ingat Allah, tak akur aturan Allaah. Jadi lebih baik, perbaharui syahadah, mendirikan solat, silakanlah belajar mendalami tauhid, mendalami ilmu solat, inshallah

    2. Ikhlas kan diri apabila melakukan apa sahaja amal perbuatan. maksudnya, amal aku adalah atas kuasa yang Allah berikan daku. Solat aku atas izinNYA, ibadahku atas izinNYA, Allah tak izin aku bermaksiat dan berbuat keji, mungkar, inshallah
    Syurka itu atas Izin Allah, sebagaimana, maksudNYA: kamu hanya menyampaikan kebenaran, AKU ALLAH yang memberikan HIDAYAH

    3. Mandi wajib itu udah namanya wajib, tentulah BERAT jika kekal di dalam HADAS
    bernajis tanpa menyucikan diri.

    kita MELAYU, hanyalah lahir dalam keluarga melayu, samada Melayu itu Muslim, hanya Allah yang tahu
    bila kah diri mu SEDAR, kamu sudah Islam?

    dan kamu menyatakan syahadah dengan pengetahuan kamu, mengerti akannya

    kita ambil waktu nabi berdakwah di MEKAH
    zaman kejahilan Allah hapuskan, satelah menyedari, dan mahu mengakui, Allah, tiada tuhan selain Allah, muhammad rasulullah.

    zaman kejahilan di ampunkan
    Islam mewajibkan, umatnya, mengetahui, agar dapat berbuat sesuatu dengan pengetahuan

    kaedah nak bertaubat: elok lah cari GURU
    nyatakan depan GURU itu, saya mahu bertaubat
    minta Tuan Guru, bantu saya

    selalunya, kena mandi sunat taubat, sekiranya belum pernah mandi wajib, maka silakan, MANDI WAJIB menyucikan zahir bathin, lillahi Taala

    selepas itu solat taubat

    selepas itu, istigfar, meyesali kehidupan tanpa Taat tanpa kebenaran sebelumnya, tak ingin mengulangi lagi. teruskan istigfar, selawat, meditasi, menghisab diri, sampailah kamu yakin, kamu tenang, kamu redha, dengan apa yang Allah berikan kamu

    ikutilah seterusnya dengan berbuat kebaikan

    inshallah

    boleh mesej saya, jika masih ber masalah, inshallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    76 Replies
    16284 Views
    Last post 18 April, 2011, 11:11:38 AM
    by hanan_annisa
    1 Replies
    812 Views
    Last post 23 July, 2009, 10:08:19 PM
    by assiddiq
    1 Replies
    838 Views
    Last post 05 January, 2013, 11:10:01 AM
    by Fakir Billah